Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Nabil Tak Gentar Dengan Ugutan Pencacai Pakatan Terhadapnya!

Posted: 24 Mar 2013 08:17 AM PDT



Cayalah bro Nabil, jangan risau, lu kena hentam kami back up, jangan diam diri, lawan balik, artis-artis tamat tempoh puak Pakatan pun tunjuk lagak. Inikan pulak lu bro.. rakyat Malaysia majoriti sokong BN bro, cuma geng Pakatan yang suka syok sendiri.

Perjuangan belum selesai, harus diteruskan..

TUDIAA!! Bila Ayahanda Tun Dr Mahathir Kata Anwar Pengecut!

Posted: 24 Mar 2013 05:37 AM PDT



Bila kita tengok si Anwar ni berceramah, seolah-olah dia yakin gila dia boleh menang. Malah baru-baru ni ada mangkuk dari Pakatan kata, mereka akan menang di 9 negeri.

Kalau dah yakin boleh menang di 9 negeri, dah tentu hebat aura si Anwar ni. Tapi hairanlah pula bila Anwar nak angkat kaki dari kubu kuatnya ke tempat lain.

Anwar Ibrahim kata bahawa dia mungkin bertanding di Perak pada pilihan raya umum ke-13 ini, menunjukkan keyakinan dia terhadap pengaruhnya di kawasan Permatang Pauh semakin berkurangan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia negara bebas dan "Anwar boleh pergi ke mana saja yang dia mahu, tetapi untuk menang, satu cerita lain."

"Maksud saya jika beliau mahu lari daripada Permatang Pauh, tak mengapa. Ini jelas menunjukkan keyakinan beliau terhadap (mengekalkan) kerusi Parlimen Permatang Pauh semakin hari semakin berkurangan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada persidangan ulung Persekutuan Perusahaan Islam Sedunia yang juga Forum Ekonomi Islam Sedunia.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu baru-baru ini berkata beliau mungkin bertanding di kawasan parlimen Perak pada pilihan raya akan datang, semasa ditanya sama ada beliau akan mempertahan kerusi parlimen Permatang Pauh.

Kenapa Perak? Apakah Anwar nak lari ke kawasan yang ramai pengundi cina? Anwar yakin cina akan support Anwar? Anwar tak takut Dap 'sailang' Anwar di kerusi ramai pengundi cina dan menyebabkan Anwar tersungkur? he he..

Ohh lupa la pulak, Anwar lebih percayakan Dap dari UMNO, betul tak?

McTheory:
Biasa la Pas pun kata Dap lebih ISLAM dari UMNO.. he he..

P/s: jangan lupa PM Tersayang ada kempen baru Jom Bertindak nak tau apa KLIK SINI

MAKK AII!! Grand Opening Exco Pas Selangor Rasmi Jamban Baru?!

Posted: 24 Mar 2013 02:18 AM PDT


Pehhh..Grand Opening beb. Siap bawa konco 8 orang ambil gambar, bertelur sebiji tapi riuh senegeri. Tengoklah sendiri apa yang wakil rakyat Pas buat ni. Buat jamban cam ni pun nak upload ke? Buat jamban pun nak bangga ke? kah kah kah..

Kelakar soit! Setakat ni saja ka yang mampu kerajaan pakatan buat untuk rakyat? Zaman sekarang ni, jamban dah tak pakai kat luar la Yb. Sekarang ni tiap tiap bilik ada jamban. Orang dah tak pakai jamban kat luar macam Yb rasmi ni. 
 
sumber gambar dari Medan Tempur
 
 
McTheory:
Ada nickname baru untuk YB ni nanti, he he.. YB JAMBAN!

PANASS!! Kisah Ayahanda Tun Dr Mahathir Masuk Kedalam Kaabah!!

Posted: 23 Mar 2013 11:17 PM PDT



Saya tak pasti berapa ramai antara kita yang mengetahui mengenai fakta ini. Ya benar, Tun Mahathir adalah antara pemimpin negara yang pernah masuk ke dalam Kaabah. Beruntungnya Tun Mahathir kerana beliau adalah yang dipilih untuk masuk ke dalam dan merasai pengalaman yang hebat berada di dalam Kaabah. Dan kepada anda semua, agaknya apa yang ada di dalam Kaabah, boleh rujuk posting saya: The Interior of The Kaabah yang dibuat September lalu.

Tak ramai yang pernah lihat dan mengetahui mengenai apa yang ada di dalam Kaabah, apatah lagi masuk ke dalam perut Kaabah itu sendiri. Fakta sejarah menyingkap hanya keturunan Banu Syaibah yang memegang dan menjaga kunci pintu Kaabah, dan hanya pemimpin negara Islam tertentu sahaja dibenarkan masuk ke dalamnya.


Tun Mahathir pernah masuk ke dalam Kaabah pada tahun 1993 semasa beliau mengerjakan umrah di tanah suci itu. Peristiwa 17 tahun lalu ini telah diceritakan semula oleh Rosme – bekas pegawai waran TUDM ketika bertugas sebagai kuartermaster dalam jet eksekutif Falcon-900 yang dinaiki Tun Mahathir semasa pergi menunaikan umrah di dalam Kosmo (21 November 2010).

"Perdana Menteri mengerjakan solat dalam rumah Allah itu dan turut berdoa tetapi apa yang didoakan beliau, tiada siapa tahu," cerita bekas pegawai waran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Rosme Hassan, 45 – sumber: Sioloon

Rosme berasal dari Kuala Sanglang, Kedah dan dibesarkan di Ipoh, Perak, menyertai TUDM pada 1973 dan bersara pada 1993. Beliau kini menetap di Langkawi, Kedah. Dan beliau juga adalah antara 14 orang yang bertuah yang dapat mengiringi Tun M masuk ke dalam Kaabah.

"Mereka kemudian meletakkan tangga di tepi dinding Kaabah dan kami dengan didahului Perdana Menteri menaiki tangga berkenaan untuk memasukinya. Sebaik berada dalam Kaabah, saya mendapati keadaan di dalamnya samar-samar tetapi apa yang pasti semua yang berada di dalamnya mengerjakan solat mengikut arah kiblat masing-masing kerana kita berada dalam Kaabah," katanya ketika ditemui di Langkawi. – sumber: Sioloon

Mereka yang dapat masuk segera mengambil kesempatan untuk menunaikan solat sunat di dalam Kaabah.

Kebetulan malam itu – 21 Oktober 2002 – ialah malam Nisfu Syaaban. Kira-kira pukul 11 malam, rombongan Dr. Mahathir dibawa masuk ke dalam Kaabah. Lama juga beliau berada di dalamnya sehingga sempatlah beliau menunaikan sembahyang sunat pada empat penjuru Kaabah itu. – sumber: Pakcikim; ditulis oleh Datuk Dusuki Ahmad – mantan Setiausaha Politik kepada Tun M. Beliau adalah cucunda kepada ulama terkenal Kelantan, Tok Selehor

Merakamkan gambar di dalam Kaabah adalah dilarang, jadi anda tidak akan menemui gambar sebenar keadaan di dalam Kaabah. Namun menurut Rosme, keadaan dalam Kaabah agak gelap dan terdapat satu sudut yang cantik bercahaya dengan sinaran perak di dinding – di sinilah tempat Tun M menunaikan solat sunatnya.

Menurut Rosme lagi, keadaan di dalam Kaabah adalah tidak 'sama' seperti dilihat dari luar. Dari luar jika dilihat, ia kelihatan seperti kecil. Tetapi bila masuk ke dalam, terasa lapang dan sangat luas. Untuk fakta, saiz Kaabah adalah 12 x 10x 15 meter dan menurut ahli sejarah, Kaabah telah dibina semula antara 5 hingga 12 kali.

Antara pengalaman lain yang dikongsi oleh Rosme ialah bagaimana dia merasakan terlanggar sesuatu ketika menuju ke bahagian tengah Kaabah yang menghalang dia meneruskan lalu membelok. Dia pasti ia bukan tiang sebab ketinggiannya kurang lebih dari paras lutut.

Anda boleh baca menerusi ruangan Jurnal di Kosmo 21 November

Sumber Asal: asrulhasan

TUDIAA!! Jamalul Kiram Puji Keputusan SPM di Sabah Bagus? #LahadDatu

Posted: 23 Mar 2013 07:27 PM PDT


Mula-mula sekali Mc dapat gambar ni, bila dibelek-belek memang kelakar gila. ha ha ha.. Si Kiram ni siap rambut belah tengah lagi. Siapa agaknya yang kreatif ni, memang idea dan hasil karya yang terbaik.

Akhirnya si Kiram percapai juga cita-cita nak jadi pemerintah Sabah!!  ha ha ha..

Jadi Sultan tanpa daulat! he he..

GEMPAR!! Negara Kita Akan Diserang Kumpulan Ajaran Sesat? #PrayforMsia

Posted: 23 Mar 2013 05:37 PM PDT



Kumpulan sesat ni ka?

Semalam Mc ada keluarkan kisah seorang mamat yang mereng, mengaku Sultan Kedah yang sebenar. Sesungguhnya kenyataan yang mamat tu keluarkan, memanglah tak waras. Nak baca boleh klik SINI.

Kemudian, SPR  pula keluar kenyataan tentang wujudnya kumpulan sesat untuk buat kacau pada PRU ke 13 nanti. Bahaya betul, ada dalang disebalik semua ini. Kalau tidak mana mungkin kumpulan gila seperti diatas muncul secara tiba-tiba pada waktu hampir pilihanraya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mendedahkan wujud usaha terancang pihak tertentu - yang dilabel sebagai 'kumpulan ajaran sesat' - mahu mencetuskan kekecohan dan suasana huru-hara di tempat mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihak-pihak berkenaan mula mengambil langkah tersusun menyediakan individu-individu, yang terdiri daripada pengundi, bagi mencetuskan suasana kecoh, dengan diberi latihan khusus.

"Kami juga ada memperoleh nota yang digunakan oleh mereka untuk tujuan latihan mencetuskan kecoh di bilik mengundi," kata beliau ketika berucap pada Program Taklimat Pegawai Pengurus Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Bukit Tinggi di sini, hari ini.

Pegawai Pengurus PRU13 bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menerima watikah pelantikan masing-masing hari ini daripada Abdul Aziz.

Kata Abdul Aziz, nota latihan yang dikenalikan kumpulan berkenaan diperoleh pihaknya baru-baru ini.

Sambil melabelkan kumpulan itu sebagai "pengacau", beliau berkata, nota yang diperoleh antara lain memberi panduan kepada pengundi tentang cara-cara menimbulkan protes dan rasa tidak puas hati berkenan kertas undi.

"Berdasarkan maklumat nota ini, pengundi diminta mempersoalkan (status) kertas undi, dan mendesak diberi kertas undi lain, dan jika tidak dilayan, akan menjerit di tempat mengundi untuk menarik perhatian ramai dan media," katanya.

Bagaimanapun Abdul Aziz berkata, pihaknya belum membuat laporan polis mengenai perkara tersebut.

"Setakat ini, kami memberi penerangan kepada pegawai pengurus supaya ambil langkah berjaga-jaga.

"Pegawai-pegawai pengurus perlu berhati-hati dengan kumpulan yang menyebarkan ajaran sesat ini, yang meminta pengundi mencetuskan kekecohan pada hari pengundian," kata beliau lagi.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan butiran pihak terbabit.

Tambah beliau, kumpulan berkenaan juga menghasut pengundi dengan mendakwa dakwat kekal yang bakal digunakan tidak halal.

Sambil menekanan kerahsiaan undi terjamin, Abdul Aziz berkata, meskipun setiap kertas undi ada nombor siri, tetapi maklumat itu tidak dicatatkan pada daftar pemilih, malah kertas undi tidak membawa nama atau nombor kad pengenalan seseorang pengundi.

Penggunaan dakwat kekal merupakan antara pembaharuan diperkenalkan pada PRU13 kali ini.

Mengulas mengenai dakwat kekal, kata beliau, SPR akan menggunakan dua warna masing-masing bagi pengundi biasa dan pengundi awal.

Katanya, sebanyak 10,000 botol dakwat kekal disediakan bagi pengundian awal dan 200,000 bagi pengundian biasa.

Seramai 10.3 juta layak untuk mengundi pada PRU13.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...