Apple Biru

Apple Biru


PATUT BACA! Ingat Ambiga, Ingat Iblis Yang Patut Direjam!

Posted: 24 Mar 2013 09:00 AM PDT


Mengukit kembali cerita Ambiga Iblis Laknatullah yang cuba memporak-perandakan umat Islam di Malaysia dengan berbagai-bagai kaedah berlandas hukum hak asasi manusia waima seks bebas sekali pun. Jika dirungkai kembali satu persatu, Ambiga adalah rakan sekutu Dajjal yang sedang bermaharaja lela menabur fitnah merata-rata. 

Teman ingin memaparkan semula 14 tuntutan IFC yang didalangi oleh Pakatan Rakyat dimana Ambiga dan IFC saling berkait rapat. Manakala Ambiga Laknatullah ini adalah sekutu rapat parti Dajjal pemusnah Islam di Malaysia..

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

CELAKA! Badrul Amin Hina Pasukan Keselamatan Sebagai Anjing! Kurang Ajar!

Posted: 24 Mar 2013 08:03 AM PDT


Ini lagi sekor pemimpin PKR yang tak ada insuran. Main suka-suka mak bapak dia kutuk pasukan keselamatan. Ustaz khalwat yang biadab mengutuk Polis melalui akuan Twitternya, @drbadrulamin semalam yang berbunyi: "Hei anjing! Pegi tangkap samseng UMNO tu."

Memang celakalah kamu Badrul Amin! Ustaz celup! ptuii! Mengutuk dan menghina pasukan keselamatan yang menjaga ketenteraman awam. Tanpa mereka mungkin kita tidak boleh tidur lena. Mike pun tak dapat nak buat khalwat lagi  mera-rata..kahkahkah..Punya bodohnya Badrul Amin,..Badrul Amin Bodoh Bangang, biul....

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron didesak memohon maaf secara terbuka kerana didakwa menggelar pasukan keselamatan negara sebagai anjing menerusi akaun Twitternya semalam.

Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri berkata, kenyataan itu bukan sahaja berniat jahat malah menunjukkan pembangkang cuba menjadikan pasukan keselamatan negara sebagai 'kambing hitam' demi kepentingan politik mereka.

Menurut beliau, Badrulamin juga tidak menunjukkan sikap seorang pemimpin dengan ilmu agama tinggi seperti yang sering ditonjolkan beliau kepada masyarakat.

"Bagaimana seorang pemimpin yang kononnya mempunyai ilmu agama tinggi tergamak menyamakan manusia khususnya pasukan keselamatan dengan binatang?

"Atas sebab itu, saya mendesak Badrulamin memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataannya yang sangat menghina itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan biadab Badrulamin menerusi akuan Twitternya, @drbadrulamin semalam yang berbunyi: "Hei anjing! Pegi tangkap samseng UMNO tu."

Sementara itu, Penaung Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) 1Malaysia Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Ruslee Hashim menyifatkan kenyataan tersebut tidak wajar dikeluarkan mana-mana rakyat Malaysia.

Katanya, pasukan keselamatan yang sentiasa mempertaruhkan nyawa demi keamanan negara tidak sepatutnya menjadi mangsa kejian dan penghinaan sedemikian rupa.

"Pasukan keselamatan yang dihina inilah yang sentiasa bersengkang mata mempertahan dan menjaga keselamatan negara daripada sebarang ancaman ketika orang seperti Badrulamin sedang lena dibuai mimpi.

"Sehubungan itu, mana-mana individu termasuk Badrulamin perlu dikenakan tindakan tegas sekiranya berterusan menghina pasukan keselamatan negara," katanya. - UTUSAN

Tanding Guna Tiket PAS: Umpama Badan Lembu Daging Khinzir

Posted: 24 Mar 2013 06:58 AM PDT


ADA macam-macam pandangan dan pendapat yang dilemparkan berikutan cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah, Johor  dengan menggunakan tiket PAS dalam pilihanraya umum akan datang.

Sudah tentu di kalangan bongok-bongok dalam PAS, berita ini disambut dengan sorak gembira kerana kononnya menunjukkan bukti bahawa DAP tunduk di tangan PAS sehingga penasihatnya pun bertanding dengan menggunakan lambang parti tersebut.

Sementara di kalangan bongok-bongok DAP pula, keputusan ini menimbulkan persoalan mengenai kekuatan parti tersebut sehingga Kit Siang terpaksa bertanding dengan menggunakan lambang PAS.  Maklumlah, banyak disebut tentang kejayaan parti rasis tersebut dalam memenangi sokongan orang Melayu, tapi kenapa Kit Siang perlu bertanding atas lambang PAS?

Realitinya, orang Melayu waima dalam PAS dan PKR pun tidak boleh terima DAP.  Sebab itu kalau kita lihat bendera-bendera parti politik pembangkang yang bersepah sekarang, jarang yang kita boleh jumpa bendera DAP diletakkan sekali, biasanya hanya bendera PKR dan PAS sahaja, lebih lagi di dalam kawasan majoriti Melayu.

Malah ada kes dimana bendera DAP yang diletakkan pihak-pihak tertentu bersama-sama bendera PKR dan PAS, ditanggalkan tidak sampai 24 jam pun.

Sebab itulah agaknya Kit Siang bercadang memperalatkan PAS untuk bertanding di Gelang Patah dengan menggunakan tiket PAS.

PAS (bukan PKR) dipilih Kit Siang sebab parti ini memang bodoh dan ketandusan pemimpin.  Kita perlu ingat dalam pilihanraya umum 2008, PAS meletakkan Datuk Ibrahim Ali bertanding atas tiket parti tersebut di Pasir Mas, walaupun tahu Ibrahim Ali tidak akan menyokong parti tersebut jika menang sekalipun!!

Itulah yang dibuat Ibrahim Ali sebaik menang pada 2008, mengisytiharkan dirinya sebagai calon bebas, meninggalkan PAS terkulat-kulat!!  Tapi macam biasalah, PAS masih dengan tak malu mengaku kemenangan itu adalah kemenangan mereka, dan sekarang sampailah giliran Kit Siang pula untuk mengambil kesempatan di atas 'kecacatan' PAS itu.

Rakyat diharapkan tidak terpedaya dengan taktik Kit Siang memperkudakan PAS ini.  Takde mananya PAS mengawal DAP sehingga Kit Siang bertanding dengan menggunakan lambang parti tersebut.  Itu gimik dan propa sahaja, bukan fakta yang sebenarnya.

Pembangkang nak kalah ni macam-macamlah taktik pelik-pelik dibuat untuk mengaburkan pandangan rakyat.

Mykmu.net


PANAS! 20 Ribu Membanjiri Padang Kota Lama! #rempuh243 #jomsokongbn

Posted: 24 Mar 2013 05:37 AM PDT


Tu dia! Sekitar 20,000 orang membanjiri Padang Kota Lama Pulau Pinng untuk menyertai Himpunan Rakyat Bersatu. Turut hadir semua kepimpinan Barisan Nasional Pulau Pinang. Orang ramai mula membanjiri Padang Kota Lama sejak jam 3 petang lagi dan acara kemuncaknya pada jam 5 petang. Beberapa ucapan daripada pemimpin-pemimpin BN Negeri Pulau Pinang termasuk Pengerusi BN Negeri Pulau Pinang, Teng Cheng Haw dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.
 
Orang-ramai memakai head band "Jom Sokong BN' sebagai tanda sokongan kepada Barisan Nasional. Program tersebut juga mendapat sokongan dari NGO-NGO yang menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional.









Ketua keluarga dibawa tinjau Kampung Tanduo Selasa ini

Posted: 24 Mar 2013 04:08 AM PDT


Setelah lebih sebulan terpaksa meninggalkan kampung dan rumah masing-masing, kira-kira 100 penduduk Kampung Tanduo di sini mendapat khabar gembira daripada pasukan keselamatan yang akan membawa setiap ketua keluarga untuk meninjau kampung berkenaan selewat-lewatnya pagi Selasa ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika mengumumkan khabar gembira itu hari ini berkata, kampung berkenaan telah diisytiharkan selamat daripada kumpulan pengganas Kiram selepas operasi penggeledahan dan pembersihan dilakukan oleh pasukan keselamatan.

"Kita sedang mengatur untuk membawa ketua-ketua keluarga ini bersama ketua kampung sekali memasuki rumah-rumah mereka bagi melihat kesan kerosakan.

Insya Allah...selewat-lewatnya pagi Selasa ini," katanya dalam sidang akhbar di sini.
Sejak pencerobohan kumpulan pengganas itu pada 12 Februari lalu, kesemua penduduk kampung berkenaan ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara iaitu di Dewan Embara Budi dan Dewan Cenderawasih.

Tambah Khalid, rombongan itu nanti akan diiringi oleh pegawai-pegawai Pejabat Daerah Lahad Datu dan pasukan keselamatan.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tarikh kesemua penduduk kampung berkenaan akan dibenarkan pulang terus ke rumah masing-masing.

Dalam pada itu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, pasukan penilaian kerosakan yang terdiri daripada Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Daerah Lahad Datu, Polis Diraja Malaysia dan agensi-agensi lain telah memasuki kampung itu beberapa hari lalu.

Jelasnya, walaupun telah dibersihkan tetapi pihaknya tetap menempatkan sejumlah anggota pasukan keselamatan di kampung itu untuk tujuan keselamatan.

"Sekalipun Ops Daulat dilihat agak perlahan pergerakan ketika ini tetapi kita tetap meneruskan fokus utama dalam pembersihan di kawasan Tanjung Batu," katanya. - UTUSAN

UPDATED Lahad Datu: 4 Pengganas Mati Di Tembak, Askar Cedera, Rumah Penduduk Dibakar

Posted: 24 Mar 2013 03:03 AM PDT


Satu pertempuran telah berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dengan lanun-lanun Sulu di sebuah kawasan berpaya. Dalam pertempuran jam 9.15 pagi tadi, pasukan keselamatan Malaysia berjaya membunuh empat orang lanun Sulu, manakala seorang anggota tentera mengalami kecederaan. Seorang kanak- kanak juga ditemui cedera berada disamping 4 mayat pengganas tersebut.

Tembakan dilepaskan oleh lanun-lanun Sulu tersebut, dan kemudian melarikan diri ke dalam sebuah rumah penduduk tempatan. Kemudian, rumah tersebut dibakar bagi tujuan melengah-lengahkan pasukan keselamatan Malaysia.

Lanun-lanun Sulu yang berjaya ditembak dan dibunuh itu, tidak mempunyai sebarang pengenalan diri dan merupakan warga asing.

Semalam, pasukan keselamatan Malaysia telah berjaya menahan Komander utama Jamalul Kiram III bersama-sama isterinya yang telah menjadi talibarut dan pemberi maklumat serta perancang utama bersama-sama Agbimuddin Kiram dalam serangan dan pencerobohan lanun-lanun Sulu tersebut.

Saki-baki lanun Sulu yang masih bebas, dilaporkan berada dalam keadaan yang amat terdesak serta kebuluran. Keadaan mereka dikatakan menyerupai pengganas komunis yang ramai mati kebuluran selepas Kerajaan British di bawah Harold Briggs mewujudkan perkampungan baru di tanah-tanah 'pinjam' daripada Sultan-Sultan Melayu dan kemudian mengadakan 'PUSAT MAKANAN BERKELOMPOK' apabila tiada lagi beras yang diberikan, sebaliknya makanan yang telah siap dimasak kepada penduduk kampung-kampung baru.

Di Filipina pula, golongan Kiram semakin kelam-kabut dan cuba untuk mewujudkan suasana yang menyebelahi mereka. Namun berdasarkan kepada senario yang dihidangkan, keluarga Kiram sebenarnya sangat layak menjadi badut sarkas kalau tidak pun, pak lawak, memandangkan kebanyakan cerita yang dikhabarkan semuanya bersifat lawak-lawak belaka terutama sekali yang membabitkan Jacel Kiram yang perasan dia adalah seorang puteri raja.

UPDATED 4.00 PM: Himpunan Rakyat #rempuh243 #jomsokongbn

Posted: 24 Mar 2013 01:40 AM PDT

Orang ramai mula berpusu-pusu membanjiri Padang Kota Lama menyertai Himpunan Rakyat Bersatu Pulau Pinang. Sekitar gambaran di Padang Kota Lama Jam 4.00 petang. Acara kemuncak jam 5.00 petang hingga 7 petang.

Tu Dia! Guan Eng Jadi Serabut #rempuh243

Posted: 24 Mar 2013 01:03 AM PDT

Tu Dia! Orang ramai mula berkumpul seajak 3 petang tadi. Satu Program Himpunan Rakyat Bersatu akan bermula petang ini jam 5.00 petamg hingga 7 malam di Padang Kota Lama Pulau Pinang.

Beberapa gambar sekitar jam 3.00bpetang tadi yang sempat teman rakam.


BREAKING NEWS : Kronologi Siasatan Penglibatan Anwar ke atas insiden Lahad Datu #rempuh243

Posted: 24 Mar 2013 12:00 AM PDT


16.7.2012 - Anwar jumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan. Pertemuan melebihi 1 Jam.

17.7.2012 - Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari. Pertemuan kurang 1 Jam.

18.7.2012 - Sehari kemudian, Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO. Imbas semula pada tahun 1994, Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS.

12-13.10.2012 - Anwar ke Lahad Datu, turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram.

18.10.2012 - Anwar sekali lagi menemui Nur Misuari! Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus.

2.11.2012 - Anwar mula membuat "spin" dengan lagu "SABAH NAK HILANG" lirik asal "tanya sama pokok".

1.12.2012 & 7.12.2013 - Anwar sekali lagi mempengaruhi minda rakyat dengan lagu "SABAH NAK HILANG"

17.1.2013 - Kapal Perang USS Guardian berlabuh secara salah di Laut Sulu.

29.1.2013 - Anwar meyakinkan rakyat Malaysia "SABAH DAH HILANG"

7.2.2013 - ANWAR menghantar Tian Chua & R. Sivarasa ke Manila. Mereka turut membawa dan menguruskan sejumlah wang. Pergerakan mereka diintip oleh Philipine Military Intelligence. Anwar turut berjumpa sekali lagi Nur Misuari, pertemuan Anwar dengan Nur misuari direkod dan diambil gambar oleh Philipine Military Inteligence.

8.2.2013 - Sebelum mendarat di Lahad Datu, pengganas-pengganas Kiram memberikan sejumlah wang yang banyak kepada keluarga masing-masing selepas mereka dibayar-upah oleh seseorang. Mereka meneka istilah Individu Penting Pembangkang Malaysia, ianya merujuk kepada Anwar Ibrahim.

9.2.2013 - Pendaratan pertama Pengganas-pengganas Kiram, selepas kedatangan Tian Chua dan R.Sivarasa pada 7.12.2013. - Pada hari yang sama juga, Tian Chua dan R. Sivarasa mendarat di KLIA.

16.2.2013 - Nurul Izzah Anwar memperlekeh PGA.

19.2.2013 - Pengganas Kiram menaikkan bendera Kiram di sekitar Kg. tandou dan Kg. Tg. Batu di Lahad Datu. - Pada hari yang sama, di Kuala Lumpur, Tian Chua dan R. Sivarasa mengadakan Press Conference mengenai Filipina.

28.2.2013 - Pengganas Kiram dimaklumkan Parlimen akan dibubarkan, SERENTAK dengan itu juga serangan dimulakan ke atas pasukan keselamatan kita. - Anwar berharap dengan "peperangan" yang meletus di Lahad Datu, kerajaan akan mengisytiharkan Darurat di Sabah. Anwar berharap PRU13 hanya akan diadakan di Semenanjung. - Pada hari yang sama Anwar menyanyi dengan gembira lagu "SABAH DAH HILANG"

1.3.2013 - Inqurer.Net, The Manila Times, Reuters, Kedutaan Amerika di Manila dan Wikileaks menyebut "Tokoh Pemimpin Pembangkang" lebih jelas "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu. Mereka diberitahu oleh Philipine Military Intelligence! - Pada hari yang sama, Tian Chua mengatakan kes di Lahad Datu SANDIWARA!

4.3.2013 - Media Antrabangsa ABS.CBN melaporkan Pengganas Kiram sebenarnya diundang oleh "Tokoh Pembangkang" lebih tepatnya ialah "Anwar Ibrahim"!

7.3.2013 - Anwar membayar Azlan Mohd. Lazim supaya memohon maaf kepadanya dan menyertai PKR. Anwar menguruskan hal ini melalui Johari Abdul. - Nur Misuari dalam FB nya menyatakan Kegembiraannya, Azlan Mohd. Lazim memohon maaf kepada Anwar!

10.3.2013 - Seorang Palauk yang terlatih, memaklumkan bahawa Pengganas Azumudie sudah mati ditembak pengawal elitnya atau 4 orang askar MNLF. - Sebuah lagi Media Internasional, Global Research mendedahkan "Anwar Ibrahim" dalang di sebalik Pencerobohan di Lahad Datu!

11.3.2013 - Pasukan tentera Filipina berjaya menangkap 38 Pengganas Kiram yang melarikan diri dari Lahad Datu, bersama-sama mereka sejumlah Senjata M16, senapang patah, pistol dan senjata tradisonal seperti parang dan pisau.

12.3.2013 - Wikileaks sekali lagi mendedahkan "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu.

13.3.2013 - Azmin Ali Mengakui Anwar memang ada menghubungi Nur Misuari!

15.3.2013 - PKR menyatakan sokongan kepada Harry Roque mengadakan Protes di Kedutaan Malaysia di Manila.

16.3.2013 - Setiausaha Luar Filipina mengesahkan mereka mempunyai Bukti Kukuh penglibatan Anwar Ibrahim dalam pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu!

20.3.2013 - Akhirnya, tidak tahan dengan pendedahan demi pendedahan, Anwar mengaku ada menemui Nur Misuari !

21.3.2013 - Pengganas Kiram didakwa di Mahkamah Tawau. Beberapa Pengganas Kiram menyatakan kepada Mahkamah mereka Diupah, Dibayar dan Dijanjikan bayaran.

22.3.2013 - Ejen Palauk di Kunak dan Lahad Datu menyatakan Keluarga Pengganas Kiram di Filipina menuntut Ganti Rugi dari "Tokoh pembangkang Malaysia", lebih tepat "Anwar Ibrahim"

Sumber

HOT NEWS : Guan Eng Mengeletar Ketakutan Melihat Kebangkitan Rakyat Pulau Pinang #rempuh243

Posted: 23 Mar 2013 11:00 PM PDT


Di saat pakatan pembangkang begitu yakin dan mendabik dada, kononnya pengundi Cina akan tetap menyokong mereka dalam pilihanraya umum -13, tiba-tiba masyarakat dikejutkan dengan laporan himpunan bantahan terhadap kerajaan DAP Pulau Pinang. Dianggarkan sekitar 400 orang yang terdiri daripada belia Cina dan India telah berarak dari Jalan Macalister menuju ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) baru-baru ini.

Ia ekoran dari rasa tidak puas hati terhadap kerajaan pimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan gagal menanggani pelbagai isu yang melibatkan kepentingan masyarakat. Antara yang disuarakan ialah kegagalan DAP dalam meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Cina kerana lebih tertumpu kepada kroni yang ada kepentingan dan rapat dengan 'Dinasti Lim'.


Mereka juga mengatakan tidak lagi percaya kepada anak Lim Kit Siang itu yang dikatakan gagal mengotakan janji-janji yang pernah diucapkan ketika kempen pilihan raya umum lalu. Malah mereka juga dikatakan turut membantah pembinaan terowong dasar laut yang ingin dibangunkan kerana merasakan ia merugikan duit rakyat dan bakal mengundang kesesakan yang lebih teruk di bahagian pulau.

Guan Eng sebelum ini mengumumkan keputusan kerajaan pimpinannya yang ingin membangunkan terowong dasar laut bernilai 6.3 billion.


Tambah menarik, di masa yang sama turut berlangsungnya satu lagi himpunan yang dianjurkan oleh Gabungan NGO Islam Pulau Pinang yang mendesak agar Setiausaha DAP itu menarik kembali kenyataannya berhubung pengunaan kalimah Allah di dalam Bible.

Himpunan yang diadakan sejurus selepas solat jumaat itu dikatakan berjaya menghimpunkan sekitar 300 orang yang turut dihadiri oleh ahli dan penyokong dari Pas.

Kumpulan tersebut dilaporkan telah berarak sejauh 1 kilometer itu telah bermula dari Masjid Simpang Enam menuju ke Komtar. Kedua-kedua kumpulan tersebut akhirnya bergabung di dataran Komtar menjadi satu kumpulan yang membawa suara rakyat negeri Pulau Mutiara itu.

Salah seorang peserta yang ditemui berkata, perarakan ini adalah merupakan lanjutan dari himpunan yang diadakan sebelum ini dan sekiranya Guan Eng masih berdegil pihak penganjur akan terus mengadakan himpunan yang sama setiap dua minggu. Ia bagi mendesak dan memberi pengajaran kepada Guan Eng agar tidak celupar terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Menurut sumber pula, pada sebelah pagi satu laporan polis telah dibuat oleh Guan Eng sendiri di IPK Timur Laut bagi mengesa pihak polis mengambil tindakan terhadap penganjur agar membatalkan himpunan dan perarakan tersebut.

Mungkin kerana takut dan panik, telah menyebabkan pimpinan DAP itu terlupa akan Akta Himpunan Aman yang telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia tidak berapa lama dahulu. Bukankah ia merupakan salah satu tuntutan yang pernah diperjuangan oleh parti sekular itu?

Nampak sangat Guan Eng ini merupakan seorang ahli politik yang 'double standard', apabila pakatan pembangkang mengadakan himpunan, mereka akan mendesak agak pihak polis memberikan kebenaran atas nama kebebasan, demokrasi dan hak asasi yang dijami perlembagaan. Namun apabila himpunan tersebut ditujukan kepada mereka, dengan pantas laporan polis dibuat, agar tindakan diambil agar ia segera dibatalkan.

Malah atas 'arahan' pihak-pihak tertentu juga, semua pintu masuk ke dalam bangunan tersebut dikatakan telah ditutup. Tidak cukup dengan itu semua perkhidmatan lif dan eskalator turut dimatikan bagi mengelakkan peserta himpunan naik ke tingkat atas yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri.

Rupa-rupanya, mereka yang sebelum ini sering melaungkan slogan kebangkitan rakyat dengan meminta masyarakat turun ke jalanraya untuk menumbangkan kerajaan BN, sebenarnya takut dan gentar apabila berhadapan dengan sitausi yang sama.

Lebih-lebih lagi apabila himpunan yang diadakan itu bertujuan untuk menyuarakan rasa ketidakpuasan hati rakyat terhadap kegagalan kerajaan pakatan di Pulau Pinang.

Syabas dan tahniah kepada rakyat Pulau Pinang yang berani bangkit mempertahankan hak mereka ia sekaligus dapat membuka hati dan minda masyarakat di negara ini yang sering tertipu dengan janji-janji Pakatan Pembangang.

Suara Generasi Baru



UPDATED : ketua Pengganas Sulu Disahkan Ditangkap

Posted: 23 Mar 2013 10:28 PM PDT


Gerakan pengganas Sulu kini lumpuh berikutan penangkapan ketua utama mereka berpangkat jeneral lima bintang di sebuah kawasan paya bakau Kampung Sri Melor Bugaya, Semporna dekat sini awal pagi semalam.

Suspek dikenali sebagai Datu Amirbahar Hushin Kiram, berusia 40-an dikatakan anak saudara kepada ketua pengganas Sulu, Jamalul Kiram III dan memiliki kad pengenalan Filipina.

Ketika serbuan pada pukul 1.30 pagi itu, dia dan isteri, Gina Taves Kiram yang bersembunyi di satu kawasan paya cuba melarikan diri tetapi gagal. Difahamkan Amirbahar juga merupakan Menteri Pertahanan Suluk.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan keselamatan turut menahan seorang penduduk tempatan dan isterinya yang menjadi tali barut yang berperanan menyediakan segala keperluan kepada pengganas berkenaan.

HOT! Pemecatan Anwar Satu Realiti Bukan Konspirasi #rempuh243 #jomsokongbn

Posted: 23 Mar 2013 10:02 PM PDT


Satu pendedahan rakaman video wawancara khas bertajuk 'Pemecatan Anwar bukan konspirasi tetapi realiti' disiarkan di laman Youtube baru – baru ini.  Rakaman video durasi 9.42 minit dengan mempunyai suara latar itu turut mendedahkan siapa diri Anwar yang sebenarnya diikuti segmen wawancara khas dengan beberapa pemimpin politik tanahair termasuk ahli akademik.

Bekas Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Sidek Baba turut melahirkan perasaan kehairanan dengan sikap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahatir Mohamad dan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew berikutan pendedahan mereka menyatakan Anwar seorang homoseksual.

Menurut Dr Sidek maklumat itu diperolehi daripada sebuah buku biografi yang ditulis oleh Tun M 'A Doctor In The House' dan juga kenyataan Kuan Yew pernah disiarkan di laman Wikileaks.

"Saya ada terbaca buku Tun Mahathir, soal integriti mengapa Anwar tidak saman Mahathir, di kalangan orang tertentu yang membuat pendedahan hubungan skandal dengan Anwar sepatutnya mesti disaman.

"Saya masih ingat bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kwan Yew pernah bercakap dan membuat kenyataan dalam Wikileaks di mana dia mempunyai bukti yang cukup tentang apa yang Anwar buat, harus disaman, ini soal integriti. Apa yang bermain di fikiran saya apabila ada isu contohnya Anwar tidak saman tidak ambil tindakan," katanya dalam satu rakaman video wawancara khas 'Pemecatan Anwar bukan konspirasi tetapi realiti' disiarkan di laman Youtube.

Difahamkan, rakaman video itu mendedahkan  Anwar mendakwa dirinya sebagai pejuang kemerdekaan Afrika Selatan Nelson Mandela atau Aung Suu kii di Myanmar.

Malah, majalah tabloid Newsweek pernah menamakan Anwar sebagai Asian Of The Year. Sehingga ke hari ini masih ramai yang percaya Anwar dengan imej diri yang diperkenalkannya. Anwar seorang Narcisist yang sebenar, dia percaya mempunyai tempat khas di alam semesta ini, tetapi beliau bukanlah dirinya sebenar seperti yang gambarkannya.

Pada tahun 1998, pemimpin pembangkang terulung, Karpal Singh menuduh Anwar seorang homoseksual melakukan liwat dan mempunyai hubungan seks dengan lelaki dan perempuan selain dari isterinya.  Dalam satu sidang akhbar, Pengerusi DAP, Karpal Singh pernah mendesak Tun Dr Mahathir supaya memecat Anwar dan mempersoalkan mengapa beliau dibiarkan begitu sahaja masih kekal dalam kabinetnya.

Namun Tun M tidak percayainya sama juga seperti beliau tidak mempercayai Anwar akan mencabarnya.  Sepucuk surat ditulis Bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Chandra Muzaffar pada waktu itu meminta Anwar supaya tidak meneruskan langkah meminta Mahathir meletakkan jawatan ketika krisis kewangan terjadi di negara ini satu ketika dahulu.

 "Dia (Anwar) tidak menjawab surat saya yang dihantar pada Mac 2002, tetapi selepas beberapa bulan dia jawab juga dalam bentuk surat yang tertulis yang begitu kasar bahasa digunakan.

 "Anwar menafikan segalanya memang itu stail beliau dan mengecam saya dengan macam macam frasa sindiran. Saya tak jawab surat kerana ini menganggap bahawa ini adalah perasaan yang diluahkan oleh seorang individu yang tidak rasional, tidak ada hujah mempertahankan pendirian tanpa hujah kukuh," jelasnya.

Menyentuh mengenai Anwar seorang homoseksual, Dr Chandra memberitahu pernah bertanya kepadad Anwar secara terus terang di mahkamah.

"Saya tanya beliau secara terus terang masa itu dia bersama kawan lain di mahkamah masa perbicaraan Anwar. Saya tanya beliau adakah ini benar dan beliau menafikan. kita percaya pada masa itu ketika beliau menafikan adalah satu sebahagian daripada konspirasi besar.

"Saya 'terpercaya' pada teori konspirasi, kita semua percaya ada teori konspirasi untuk menghancurkan kerjaya politik beliau," jelasnya.

Sementara itu, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mendedahkan bahawa ada orang dalam PAS berharap sangat Anwar menyertai parti itu.

"Dia (Anwar) sertai UMNO kalau tak silap saya tidak dapat restu majlis syura Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan sebagainya, dalam gerakan Islam perlu dapat persetujuan daripada Syura, itu satu perkara yang dahsyat yang berlaku," katanya.

Mengulas lanjut, Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia berkata, musuh-musuh politik Anwar tidak sampai hati hendak mendedahkan segalanya dalam konteks secara menyeluruh.

"Memang tidak sampai hati. Apa yang misterinya mahkamah pun tidak secara total (menyeluruh) 100 peratus mengiyakan salah lakunya, itu misteri.

"Seharusnya secara logik menyatakan orang macam ini sudah tenggelam, tetapi dia masih timbul lagi sebab ada manusia yang bagi pelampung padanya, siapa yang bagi pelampung, teman PKR, teman PAS Anwarinas," jelasnya.

Suara Generasi Baru

PANAS! Ajak PM Berdebat- Agenda Jahat Pembangkang #rempuh243 #jomsokongbn

Posted: 23 Mar 2013 09:50 PM PDT

Beberapa hari lepas, kecoh ada kumpulan kecil mahasiswa ditangkap polis kerana merempuh masuk bangunan Angkasapuri RTM Kuala Lumpur. Tersebar gambar-gambar tiga anak muda ditangkap dan digari. Ada juga gambar anak muda yang memakai gari bergambar dengan riak wajah bangga menayangkan tangan yang digari. Anda boleh nampak agenda sebenar perlakuan tersebut?

Pasti ada yang tidak terfikir bahawa semua kejadian telah diatur sempurna untuk memastikan keputusan di akhir rancangan, kerajaan yang salah dan kejam. Agenda terancang tersebut sudah beberapa kali dibuat oleh pembangkang termasuk demonstrasi BERSIH yang telah berlaku.

Agendanya mudah sahaja, bermula dengan demonstrasi hadapan RTM, kemudian membuat provokasi untuk memasuki RTM dan dihalang oleh pengawal keselamatan. Akhirnya mereka ditangkap oleh polis kerana tidak mengikut arahan. Agenda tersebut berjaya dan akhirnya keluar di media-media pembangkang isu "double standard" di mana demonstrasi anjuran kerajaan tidak ada tangkapan dan demonstrasi pembangkang ada tangkapan.

Itu sahaja agenda sebenar kejadian yang berlaku tempoh hari. Namun rakyat tidak bodoh untuk menilai perkara sebenar yang berlaku. Oleh itu, rakyat harus tahu juga apa agenda sebenar ajakan pembangkang untuk mengajak Perdana Menteri berdebat secara umum. Pasti ada agenda buruk yang dirancang untuk menjatuhkan kerjaan.

Ianya juga boleh satu dikatakan perancangan yang mudah. Sekiranya PM menerima ajakan untuk berdebat, sudah pasti pihak pembangkang akan mengutuk dan sentiasa mencari salah kerajaan di mana dalam debat hanya suara yang berkumandang. namun fakta suara tersebut masih dicurigai. Adakah Fakta tersebut fakta sebenar atau direka-reka?

Penyokong pembangkang yang hanya akan bersorak seperti yang sudah berlaku di dalam debat-debat anjuran pembangkang. Namun, di akhir perdebatan, tiada apa-apa keputusan dapat dibuat. Sudah pasti dalam debat umum tidak akan menyelesaikan sebarang masalah dan hanya mencari salah.

Agenda busuk pembangkang sudah lama dihidu kerajaan. Seperti pengalaman penulis yang telah banyak meghadiri debat-debat umum, terasa seperti menghadiri sebuah majlis yang membuang masa dengan melihat ke dua-dua parti hanya menunding jari menyalahkan pihak lawan. Tiada faedah atau penyelesaian masalah yang diperolehi di akhir majlis debat.

Oleh itu, anda sebagai rakyat harus sedar agenda sebenar pembangkang tidak habis-habis bersuara mengajak Perdana Menteri berdebat. Jadi lah rakyat yang bijak berfikir dan jangan terlalu taksub dengan parti politik yang hanya memperjuangkan sesuatu yang tidak jelas.

KURANG AJAR! Lucutkan Kewarganegaraan Nurul Izzah #rempuh243 #jomsokongbn

Posted: 23 Mar 2013 09:43 PM PDT


Sungguh melampau, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar beberapa hari yang lalu dalam sebuah ceramah di Kampung Jemapoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Anak perempuan Anwar itu yang juga merupakan Naib Presiden PKR telah mengeluarkan kenyataan menghina tugas anggota perisikan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kenyataan yang secara terang-terangan yang memperlekehkan anggota Cawangan  Khas itu memang tidak boleh diterima akal, ke mana perginya jati diri beliau sebagai anak bangsa Malaysia. Sepatutnya orang sedemikian rupa ini dibuang negara atau dilucutkan saja taraf kerakyatannya kerana kenyataan biadap dan menghina itu.

Berikut adalah transkrip petikan ucapan Naib Presiden PKR semasa berceramah di Kampung Jemapoh Kuala Pilah Negeri Sembilan.

"Apa tugas anggota keselamatan ? Kerja mereka untuk intip rakyat. Kerja mereka untuk intip pemimpin PKR. Kerja mereka keseluruhannya untuk membantu BN supaya berjaya… sehingga sempadan di Lahad Datu, Sabah berjaya dicerobohi.."

"Bayangkanlah 200 pengganas berjaya masuk kedalam negara dan apa tindakan Menteri Dalam Negeri? Pengganas dijamu dengan minuman dan kuih-muih dan menunggu sehingga 23 hari untuk bertindak.."

Ini bukannya pertama kali beliau berucap menghina serta memperlekehkan anggota PDRM di hadapan orang ramai dalam siri ceramahnya. Sebagai contoh dalam ucapannya pada 16 Mac yang lalu, beliau turut dikatakan telah mengeluarkan kenyataan yang menghina polis dengan mengatakan telah menyeleweng dari tugasan sebenar.

Malah sebelum ini juga Tian Chua yang juga merupakan Naib Presiden PKR turut dilaporkan menghina anggota PDRM yang terkorban sebagai sandiwara Umno mengikut laporan lidah rasmi PKR, Suara Keadilan.

Itu belum lagi diambil kira kenyataan Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Chegu Bard dan ramai lagi pimpinan PKR yang sering menjadi anggota keselamatan negara sebagai bahan lawak jenaka di dalam ceramah mereka.

Bukan sahaja polis, malah mereka turut akan menyerang mana-mana agensi, badan atau institusi yang difikirkan menjadi penghalang kepada gerakan untuk meletakkan Anwar sebagai perdana menteri.

Sebagai contoh institusi Raja juga pernah diserang ketika kes peralihan kuasa di Perak dan tidak ketinggalan Mahkamah juga akan dijadikan sebagai modal ceramah sekiranya membuat keputusan yang tidak memihak kepada mereka.

Persoalannya mengapa semua ini boleh terjadi? Jawapan mudah, ia sebagai salah satu strategi serampang dua mata bagi merosakkan kredibilititi dan mewujudkan sentimen kebencian terhadap tonggak kekuatan sesebuah negara. Ini kerana dengan cara itu, rakyat akan mudah diperdaya dan dimasa yang sama akan meletakkan semua kesalahan yang terjadi berpunca dari kerajaan.

Apabila doktrin tersebut berjaya menyusup masuk ke dalam minda masyarakat, maka rakyat akan mula meletakkan kepercayaan kepada mereka bagi memulihkan kembali sistem yang kononnya telah tercemar.

Padahal ia hanyalah merupakan agenda jahat pakatan pembangkang untuk menarik sokongan dan simpati, khususnya para pengundi. Maka atas dasar itulah, setiap kali pimpinan pembangkang berceramah mereka akan menghina, mencemuh dengan pelbagai isu yang sengaja direka cipta.

Maka apabila ia diulang berkali-kali, rakyat akan mula merasakan apa yang dikatakan itu adalah betul sedangkan ia merupakan satu penipuan dan fitnah semata-mata.

Suara Generasi Baru

HOT NEWS! “U Ulang I Panggil Pengawal Keselamatan” #rempuh243 #jomsokongbn

Posted: 23 Mar 2013 09:38 PM PDT


Masihkah anda semua ingat detik 3 Mei 2012??? Apabila sekumpulan wartawan berpakaian hitam telah berhimpun sempena "Hari Kebebasan Media Sedunia" anjuran Malaysiakini di hadapan pejabat portal tersebut di Bangsar? Jika tidak ingat, biar penulis menyingkap kembali peristiwa tersebut, yang kononnya hendak menunjukkan solidariti menentang apa yang di dakwa mereka sebagai keganasan polis ketika demo Bersih 3.0.

Tapi yang datang hanya wartawan-wartawan yang pro-pembangkang dan selebihnya bukan wartawan pun malah langsung tidak ada kena-mengena dengan media baik cetak mahupun elektronik. Mereka hanya datang untuk meramaikan majlis bagi mengambarkan kononnya perhimpunan itu mendapat sokongan dan dokongan dari para petugas media.

Majoriti di kalangan wartawan pada ketika itu hanya tersenyum sinis, apabila melihat gelagat mereka yang buta menilai apa sebenar yang dimaksudkan dengan kebebasan media.

Persoalannya, adakah penganjur program, Malaysiakini turut mengamalkan kebebasan media? Pasti ramai yang mendengar soalan ini akan ketawa terbahak-bahak hahahaa. Kerana portal tersebut hanya berselindung disebalik nama ketelusan semata-mata, tapi pada hakikatnya adalah merupakan media propaganda pembangkang.

Tambahan pula, sebelum ini portal tersebut turut pernah terkait dengan dakwan menerima dana asing yang dibiayai oleh penyangak mata wang asing, keturunan Yahudi iaitu George Soros. Dengan menerima dana tersebut, portal tersebut secara tidak langsung telah hilang kredibiliti sebagai media yang kononnya tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Berbalik kepada isu tadi, tidak salah untuk meraikannya tapi kalau nak bercakap pasal kebebasan media tu cerminlah diri dulu. Antara jaguh yang menyekat kebebasan media ini adalah PKR yang diketuai oleh makhluk yang bernama Anwar Ibrahim.

Terbaru, Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli telah dilaporkan mengugut untuk memanggil pengawal mengheret wartawan keluar, hanya kerana tidak mampu menjawab soalan yang ditanya.

"Tapi the issue here is, why Anwar berani saman blogger dalam isu ini, tapi kes dahulu yang melibatkan China Doll dia tidak berani saman Datuk Trio (Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuib). Why?" antara soalan yang dikemukan oleh wartawan tersebut.

Apa yang tidak kena dengan soalan ini? Jika kita lihat soalan tersebut, ianya jelas wartawan tersebut hanya mahukan penjelasan. Kenapa Rafizi perlu mengamuk sehingga mahu memanggil pengawal untuk mengheret wartawan keluar?

Tak cool la brader…mana pergi kebebasan media yang dilaung-laungkan?

Tindakan di bawah sedar Rafizi itu jelas menunjukkan mereka dalam keadaan hilang arah dan panik. Pelbagai mala petaka sedang menimpa pakatan pembangkang yang akhirnya menyebabkan pakatan pembangkang berada dalam keadaan tertekan.

Belum pun selesai satu isu, keluar pula isu yang lain, sehingga menyebabkan Rafizi tidak menang tangan untuk membela dan menjaga kehormatan Anwar.

Sedarlah wahai Rafizi, golongan bloggers hanya watak kecil @ ikan bilis sekiranya ingin dibandingkan dengan Anwar. Macam mana nak menjadi perdana menteri, sekiranya baru dicuit ikan bilis, bagai nak gila Anwar dibuatnya.

Mana hak kebebasan bersuara yang ingin diperjuangkan? Hahahahaha

Suara Generasi Baru

RAHSIA KEHEBATAN TENTERA MALAYSIA YG MUNGKIN ANDA BELUM TAHU..!!

Posted: 23 Mar 2013 09:29 PM PDT


1 – Percaya atau tidak jika dikatakan Komando² Malaysia sentiasa diberi tugas sebagai QSR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika.. Diharapkan informasi ini dapat dikaji dan dikongsi bersama….hal ini dan diperakui oleh tentera² asing dan mengelarkan pasukan yang datang untuk garisan mati.

2 – ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang Berjaya mengekang komunisme .

3 – VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL.

4 – Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik dalam dunia…percaya atau tidak? Pada 1988 seorang perisik KGB ditangkap iaitu Siddiq Ghouse kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah,KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas² lain tanpa mengambil masa yang lama.

5 – ATM dianggap pakar modified dan pakar intergrasi oleh negara luar, sebagai contoh MiG29N Malaysia satu²nya pesawat tempur jenis itu yang memiliki peluru berpandu, dan ranking pertama hingga 22 pemandu pesawat tempur adalam anggota TUDM walau hanya menggunakan pesawat buruk tersebut! ATM juga telah mengubah suai SU-30KMM Malaysia menjadi lebih baik daripada pesawat tempur terbaik dunia iaitu SU-30MKI milik Tentera India !…

ATM juga mengubah suai SCORPHENE menjadi lebih senyap dan paling efisen dalam seluruh kapal selam milik angkatan tentera seluruh dunia! Bahkan percaya atau tidak jika dikatakan kapal kontena sumbangan MISC kepada ATM di ubah suai menjadi kapal seba guna dan kini ia berkhidmat dalam OPS FAJAR mengawal perairan Eden!

6 – Sebelum pasukan elit MARINIR (tentera laut Indonesia ) berjaya "TAWAN" Singapura…..pada 1980an pasukan komando udara Malaysia HANDAU telah menerobos pangkalan peluru berpandu udara milik tentera singapura yang terletak di BUKIT BATUK! Paling diingati pada kes itu Komando Malaysia meletakkan bendera MALAYSIA .!

7 – Pada lewat 1980an, sekumpulan tentera singapura ditangkap oleh askar wataniah Malaysia kerana cuba memasang radar di sebuah bukit yang terletak di johor. Tindakan ini dibalas Malaysia apabila dilimbungan kering dan basah singapura kerap berlaku letupan sabotaj yang menjejas pelancaran ekonomi Negara itu.

8 – Percaya atau tidak ? Indonesia risau apabila RELA ditubuhkan dan diperbesarkan? Ini kerana mereka tahu adanya pasukan bantuan khas dalam RELA. Ini mengingatkan pada bantahan singapura sewaktu penubuhan Pasukan Terjun Payung (briged para)

9 – Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM,apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar untuk memohon passport atau visa ke luar Negara.

10 – Semua anggota elit komando Malaysia (ATM) dilarang memakai motorcar ber"clutch"percaya atau tidak?

11 – Percaya atau tidak panggilan "cikgu" digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM?

12 – ATM menjadi rebutan Amerika dan Britain.Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS ? Disini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan amerika US ARMY.

13 – Indonesia pernah mengutuk angkatan tentera Malaysia kerana sewaktu latihan , anggota tentera Malaysia membawa resin makanan! Namun ia dibalas Malaysia apabila sewaktu gempa bumi PADANG, makanan yang dihulurkan Malaysia adalah resin tersebut! Makanan inilah yang dikatakan expired padahal mereka kalah malu pada Malaysia.

14 – Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api !ini amt memalukan mereka…

15 – Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sebagi pasukan elit dari negara2 rantau ini.

Jamalul Kiram ‘Diburu’: Pembunuh Pun Takut Mati?

Posted: 23 Mar 2013 04:00 PM PDT


PENULIS tak sangka, pembunuh seperti Jamalul Kiram III ini yang bertangungjawab terhadap kematian 10 anggota pasukan keselamatan negara juga takut mati.

Ini setelah Setiausaha kepada lanun Sulu ini, Abraham Iridjani mengadu mengenai kehadiran 4 anggota komando Malaysia di negara itu bersedia untuk membunuh ketuanya.  Lebih menarik, boleh pulak si Iridjani ini tahu pulak pangkat ketua pasukan komando tersebut dan kekuatan mereka!!

Begitu seriusnya perkara tersebut sehingga Menteri Pertahanan Malaysia pun terpaksa keluar kenyataan menafikannya.

Agaknya bodoh juga komando Malaysia ni yang datang dalam misi membunuh di negara asing, mewar-warkan kehadiran mereka kepada sasaran yang nak dibunuh,  apa tak bagi bunga dan kad nama sekali?

Bagaimanapun, penulis perlu akui, misi seumpama ini memang berlaku di mana-mana hampir setiap masa.

CIA, NSA, Mossad, FSB dan kebanyakkan agensi perisikan dunia yang lain sering kali melakukannya untuk menghapuskan musuh negara masing-masing, tapi bukanlah begitu bodoh nak maklumkan kepada dunia kehadiran mereka.

Operasi seumpama itu biasanya dilakukan dengan penuh kerahsiaan dan dilakukan oleh agen yang terlatih dengan teknik 'stealth killing', seperti penggunaan racun dan lain-lain.

Hantar komando ini untuk operasi serangan terbuka melibatkan kuasa tembak yang agak banyak.  Jelasnya disitu, tidak logik langsung negara ini nak hantar komando untuk membunuh Kiram kerana ia akan memburukkan hubungan baik dengan Filipina selain melibatkan risiko yang tinggi.

Walaupun kita tahu elemen Group Gerak Khas (GGK) ATM ada unit yang boleh jalankan tugas seumpama itu.

Maklum sajalah, tidak ada kerajaan dalam dunia yang menyokong pembunuhan rakyatnya oleh pihak asing dalam negara sendiri!!

Dalam masa yang sama, tertanya juga, apa Kiram nak takut sangat?  Kalau kau boleh hantar lanun kau untuk ceroboh negara orang dan bunuh pasukan keselamatan kita, takkan kita tak boleh nak masuk negara kau dan bunuh kau seorang?


Nyawa balas dengan nyawalah dan dalam mood rakyat Malaysia hari ini, tak seorang pun akan mempertikaikan tindakan kerajaan kalau menghantar pasukan pembunuh ke Filipina untuk menamatkan riwayat Kiram.  Walaupun begitu, penulis tidak rasa itu pendekatannya kerajaan sekarang.

Kiram pun dah tak sihat sangat dah tu, mata buta sebelah, buah pinggang masalah, membunuh si tua zalim ini hanya membazirkan peluru dan membuang masa kerajaan untuk melayan kecaman antarabangsa kerana tindakan seumpama itu.

Lagipun kerajaan Filipinan sangat bekerjasama dengan kerajaan Malaysia semenjak insiden pencerobohan ini berlaku sehingga tidak disenangi keluarga lanun ini sendiri.  Kononnya Presiden Filipina, P'noy menyebelahi kerajaan Malaysia, eh dah tentulah, takkan dia nak sokong rakyat dia ceroboh negara lain.

Kang kita pulak ceroboh Filipina, apa P'noy  nak kata?



HOT! Kerajaan PAS Berlaku Zalim Rampas Tanah Rakyat Kelantan

Posted: 23 Mar 2013 03:00 PM PDT


Ekoran terlalu lama memendam rasa, akhirnya semakin ramai rakyat Kelantan yang mula sedar dan bangkit menyatakan bantahan terhadap kerajaan negeri pimpinan Pas. Terbaru seramai 300 orang rakyat Gua Musang melakukan protes terhadap tindakan kerajaan negeri yang merampas tanah yang telah lama di usahakan mereka kepada syarikat swasta.

Walaupun telah mengusahakan tanah tersebut sejak 30 tahun lalu, ia tidak menghalang kerajaan pimpinan Nik Aziz yang dianggap 'ulama' bertindak kejam dengan merampas tanah mereka sekaligus menafikan hak penduduk Kampung Sungai Badong di Kuala Betis.

Tanah seluas kira-kira 378.8 hektar itu telah diusahakan oleh penduduk kampung dengan pelbagai tanaman seperti getah, kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Malah permohonan yang dibuat bagi mendapatkan hak milik sebelum ini, dikatakan telah mendapat persetujuan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang sehingga ada penduduk yang telah menjelaskan bayaran premiumnya 10 tahun lalu.

Menurut penduduk kampung itu lagi, kerajaan Ulama Pas Kelantan, melalui Pejabat Tanah dan Galian jajahan Gua Musang dikatakan meluluskan permohonan tanah itu kepada dua buah syarikat sekitar November tahun lepas dan telah mengeluarkan geran pada 28 Januari lalu.

Nampak gayanya, jubah dan serban yang digunakan pimpinan Pas yang kononnya diterajui oleh 'ulama' tidak menghalang mereka dari bersikap kejam dan zalim. Apakah ini ciri-ciri Islam yang ingin diterapkan oleh Pas di negeri yang terkenal dengan gelaran serambi mekah itu?

Yang menjadi persoalanya ialah, bagaimanakah kerajaan negeri tergamak untuk menganiaya rakyat Kelantan dengan menyerahkan hak milik tanah tersebut kepada syarikat asing? Sedangkan mengikut logik akal mereka yang telah lama memohon malah telah membayar premium dengan lebih awal wajar dipertimbangkan terlebih dahulu.

Atau apakah ini merupakan satu bukti kerajaan Pas Kelantan lebih mengutamakan keuntungan dari melihat dan merasai denyut nadi rakyat miskin??? Kalau itulah pendekatkan yang diguna pakai, maka dakwaan yang mengatakan Kelantan di pimpin oleh ulama adalah salah. Sebenarnya rakyat Kelantan telah dipimpin oleh 'Ular Dalam Semak' yang hanya menunggu dan ketika yang sesuai untuk mengigit dan menindas rakyat.

Lebih menyedihkan, apabila menteri besar yang mengangap Anwar Ibrahim sebagai idola ini, pernah mengatakan setiap mata cangkul tanah yang diusahakan adalah hak mereka dan akan diberi hak milik sebagai jaminan masa depan. 

Episod sedih yang melanda penduduk ini boleh dikatakan selari dengan perumpamaan Melayu 'kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan'. Walaupun ada yang bersikap sinikal dengan mengatakan "Padey doh mung keno, undi lah Tok Guru tuh pah ceroh" namun ia seharusnya dijadikan pengajaran buat rakyat Kelantan secara keseluruhannya.

Malah menurut maklumat yang diterima, sekitar pertengahan tahun 1960 -1970, kerajaan 'Tok Guru' pernah memajakkan tanah seluas 300,000 ekar di Hulu Kelantan kepada syarikat Singapura.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan Pas Kelantan sebelum ini juga dikatakan sanggup menyerahkan pajakan sehingga tahun 2092 untuk tanah seluas 10,000 ekar kepada pimpinan DAP, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min.

Kesimpulannya, rakyat Kelantan perlu membuka mata dan hati dengan seluas-luasnya untuk menilai semula sokongan yang pernah diberikan kepada Pas yang jelas mengunakan Islam sebagai modal untuk menipu rakyat di negeri Che Siti Wan Kembang itu.

Buat rakyat Kelantan – Bo La Weiiii!!!

Jering Daily

Masyarakat Suluk Di Sabah Tak Perlu Takut

Posted: 23 Mar 2013 02:00 PM PDT


Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata masyarakat Suluk tempatan, yang merupakan warganegara Malaysia, tidak perlu takut kerana pihak berkuasa mempertingkat operasi keselamatan di Sabah.

"Adalah tidak wajar untuk menyalahkan masyarakat Suluk tempatan di negeri ini dalam insiden pencerobohan Lahad Datu kerana tindakan itu dilakukan pengikut (Jamalul) Kiram," katanya ketika melancarkan Yayasan Sabah dan Roadshow Rakyat di Pusat Komuniti Tun Mustapha di sini, Sabtu.

Beliau berkata kebanyakan penduduk Sabah mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kaum Suluk.

"Saya tidak fikir ada masalah (tetapi) kita akan mempertahan Sabah hingga ke akhirnya daripada orang luar yang cuba menceroboh negeri ini. Kami bersetuju dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) bahawa Malaysia tidak akan menyerah walau seinci pun negeri Sabah... Sabah milik rakyat Sabah," katanya.

Musa, yang juga pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri, berkata atas alasan inilah Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) diwujudkan.

Ketua Menteri juga mendedahkan sebuah balai polis akan segera dibina di Pulau Banggi yang terletak berhampiran sempadan maritim antarabangsa di utara perairan Sabah.

Beliau kemudian menyaksikan penyampaian sumbangan berjumlah RM35,000 untuk Tabung Perwira Lahad Datu daripada wakil yang dilantik dan individu.

Terdahulu, Musa berhenti sejenak ketika berucap untuk menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada anggota keselamatan yang terbunuh di Lahad Datu.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan kerana mempertingkat kehadiran pasukan keselamatan bagi memastikan Malaysia, khususnya Sabah, adalah selamat.

"Kita mesti menaruh sepenuh kepercayaan kepada pasukan keselamatan kita," katanya.-BERNAMA

HOT! Anwar Sudah Tenggelam Punca!

Posted: 23 Mar 2013 01:00 PM PDT


Cadangan pembangkang supaya ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding bagi kerusi Parlimen Lumut pada pilihan raya umum ke-13 dilihat sebagai satu tindakan terdesak dan cuba menagih simpati rakyat.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pembangkang khasnya di negeri ini semakin kehilangan sokongan berikutan pelbagai pendekatan yang dibuat Barisan Nasional (BN) dalam usaha membantu rakyat.

"Apa yang disuarakan itu adalah hak mereka tetapi saya hairan dan agak teruja apabila Ketua Pembangkang itu dicadangkan bertanding di Lumut. Kita melihat tindakan membawa Anwar bertanding di Perak sebagai suntikan semangat kepada pembangkang bagi mengatasi kelebihan BN yang terus mendapat tempat di hati rakyat," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau sebelum itu menyampaikan cek pinjaman Tekun dan Yayasan Basmi Kemiskinan pada Program RTM Merentas Kampung Bersama TM di Arena Square, Pulau Pangkor di sini.

Zambry berkata beliau berasa agak 'teruja' dengan cadangan Pemuda PAS Perak yang kelihatan seperti memujuk Anwar untuk bertanding bagi Parlimen Lumut. Beliau mengulas cadangan Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss baru-baru ini supaya Anwar sebagai calon kerusi Parlimen Lumut.

Zambry yang Pengerusi BN Perak dan anggota Dewan Undangan Negeri Pangkor berkata tindakan itu menunjukkan pembangkang di Perak mahu ketua mereka itu menjadi penyelamat dalam PRU-13 nanti.

"Saya sendiri berasa hairan apabila pihak pembangkang khususnya PAS begitu beria-ia mahu Anwar di Perak. Hanya kerana manusia kecil seperti saya, pembangkang terpaksa 'angkut' Anwar untuk lawan BN.

"Saya tidak tahu apa dah jadi dengan pembangkang hingga sampai ke peringkat merayu-rayu kepada ketua pembangkang agar datang dan bertanding di negeri Perak," katanya.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga anggota Parlimen Parlimen Lumut ketika mengulas perkara yang sama berkata beliau tidak gentar menghadapi pemimpin pembangkang itu jika benar beliau bertanding di Parlimen Lumut.

"Saya sudah bertanding tiga kali di sini...dan sedia bertanding menghadapi sesiapa sahaja. Rakyat boleh membuat penilaian sewajarnya terhadap khidmat wakil rakyat BN sejak tiga penggal yang lepas," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry mengingatkan pemimpin parti yang tidak terpilih sebagai calon pilihan raya umum ke-13 supaya tidak berkecil hati, sebaliknya mereka sewajarnya terus memberi sokongan kepada calon BN.

Ini, katanya, akan memastikan kelangsungan kuasa mentadbir negara terus kekal di tangan parti gabungan itu.

Mereka yang terpilih sebagai calon BN pula diingatkan supaya tidak menganggap pemilihan itu sebagai satu kedudukan istimewa, bahkan perlu bekerja keras berkhidmat untuk rakyat, katanya.

Zambry, yang juga Pengerusi BN Perak, berkata senarai nama calon BN negeri kini berada di peringkat saringan akhir termasuk tapisan keselamatan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi memastikan calon itu bebas daripada kes bankrap dan rasuah. -BERNAMA

Ahmad Maslan Selar Cubaan Rafizi Kaitkan Azzimudie Dengan Umno Sabah

Posted: 23 Mar 2013 12:00 PM PDT


Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menyelar tindakan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli yang dilihat cuba mengaitkan Agbimuddin Kiram dengan Umno Sabah.

Agbimudin Kiram, adik kepada ketua kumpulan yang menceroboh Sabah, Jamalul Kiram, didakwa Rafizi pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah (ADO)Kudat atau penjawat awam bermula 1 Mac 1974 dengan gaji RM610.

"Kalau benar dia pernah jadi ADO Kudat pada 1970-an, ia tidak ada kaitan dengan Umno," kata Ahmad kepada pemberita selepas merasmikan 'Himpunan Patriot Gabungan NGO2 Sabah' di Dewan Maksak, Likas dekat sini, Sabtu.

"Mana ada Umno (di Sabah) waktu itu...Umno masuk ke Sabah pada tahun 1990. Saya kira ini satu lagi tuduhan terhadap Umno. Umno adalah satu parti yang amat rasional dan Barisan Nasional (BN) mempunyai tindakan yang rapi.

"Kita tidak sebodoh apa yang mereka sangkakan...takkan kita ingin melakukan sandiwara," kata Ahmad sebagai mengulas kenyataan Rafizi yang disiarkan media sosial.

"Saya sendiri pergi melihat (keadaan Lahad Datu) bukan sandiwara...Mereka (pembangkang) hanya duduk di bilik hawa dingin di pejabat PKR di Semenanjung, mana ada melihat apa yang berlaku...susahnya kita berhadapan dengan puak-puak pengganas ini," tegas Ahmad.

Beliau berkata Umno dan BN sentiasa memikirkan bagaimana mempertahankan bumi Sabah.

"Kita pertahankan supaya tidak ada seinci pun tanah kita ini jatuh ke tangan pengganas itu...itu kerja kita, kerja mereka (pembangkang) asyik menuduh macam-macam hal yang amat menjengkelkan dan (ini) amat mendukacitakan," katanya.

Mengenai 'Himpunan Patriot Gabungan NGO2 Sabah', Ahmad berkata ia bertujuan menunjukkan sokongan kepada usaha kerajan Sabah dan Malaysia bagi menyelesaikan dan menjamin kemenangan dalam membanteras pengganas Kiram.

Ahmad berkata NGO-NGO yang menyertai program itu turut mencadangkan tambahan pengambilan anggota keselamatan di Sabah.

"Kita harap jumlah anak-anak Sabah yang menganggotai polis, tentera dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ditambah supaya apabila anak Sabah sendiri yang pertahankan bumi Sabah ini, sentimen patriotisme atau cintakan negeri itu lebih berbanding orang lain," katanya. -BERNAMA

RCI Lahad Datu : Dalang Akan Dibongkar!

Posted: 23 Mar 2013 11:00 AM PDT


Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dalang insiden pencerobohan di Sabah akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Isnin ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan perkara tersebut pada sidang media sempena sambutan Hari Polis.

"Pada ketika ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah pun "menjalankan kerja" bagi mengenal pasti dalang insiden itu yang sehingga kini telah mengorbankan 10 anggota keselamatan dan 63 pengganas," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Hishammuddin yang juga anggota Parlimen Semberong berkata demikian selepas majlis perasmian Pusat Giat Semberong di Dewan Taman Sri Lambak, di sini.

Sementara itu, beliau berkata KDN telah bekerjasama dengan agensi perisikan serantau bagi menyiasat dan mengenal pasti dalang insiden pencerobohan kumpulan militan dari selatan Filipina di Sabah.

Menurutnya, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menjalin kerjasama rapat dengan National Intelligence Coordinating Agency (NICA) Filipina.

"National Intelligence Coordinating Agency, Filipina memang mempunyai kerjasama yang rapat dengan Cawangan Khas kita. Kita mendapatkan maklumat (perisikan) terkini berhubung kait dengan pembabitan pihak ketiga selain daripada maklumat tentang kumpulan (Jamalul) Kiram (pemimpin pengganas Sulu).

"Ia juga (maklumat perisikan) sama ada membabitkan MILF (Barisan Pembebasan Islam Moro) ke, kumpulan Nur Misuari (bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF)), kepada pihak-pihak politikus atau pengganas-pengganas tertentu," katanya

Jelasnya, kerjasama baik di antara Kuala Lumpur dan Manila terbukti baru-baru ini apabila kapal pengawal pantai Filipina menahan 38 penceroboh di perairan Tawi-Tawi apabila mereka cuba balik ke republik tersebut.

KDN, katanya, telah mewujudkan rangkaian kerjasama yang baik dengan agensi perisikan serantau sejak daripada dahulu, bertujuan memastikan rantau ini terus kekal aman dan stabil.

Hishammuddin berkata, hubungan perisikan baik bukan sahaja terjalin di antara Malaysia dengan Filipina tetapi juga dengan Aseanapol dan secara kerjasama dua hala seperti dengan Indonesia.

mStar

CELAKA! Macai Hina Lagu Negaraku! Kurang Ajar!

Posted: 23 Mar 2013 10:00 AM PDT


Celaka sungguh budak hinggus nih! Lagu Kebangsaan Negeraku dihina sebegitu rupa. Kalau tak suka mana-mana pemimpin pun, jangan la dihina lagu kebangsaan. Teman rasa budak ni tak boleh lari jauh! Semua orang tengah cari dia nih! Nak tengok dia nyanyi sekali lagi kalau berani. Teman rasa pihak yang berwajib kena ambil tindakan keatas budak hingus ni. Jangan tunggu dah parah baru nak ambil tindakan..

Ini lah rupa macai-macai asuhan Pakatan Rakyat! Langsung tak ada semangat patriotik dan sayangkan negara. Asyik nak menghancurkan negara aje. Sama macam pemimpin-pemimpin idola macai ni jugak, nak menghancurkan negara sanggup panggil musuh luar menyerang dan menghuru-harakan Sabah demi kepentingan agenda peribadi masing-masing. Adakah ini yang kita mahu kepada anak bangsa kita?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...