Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT INFO! Cerita Menarik Di lokasi Pertempuran Kampung Simunul Semporna Sabah! #PrayforSabah

Posted: 23 Mar 2013 08:18 AM PDT


DUA puluh hari berlalu.

Kampung Simunul yang terletak di Semporna, Sabah terus diingati sebagai lokasi yang menyaksikan enam pegawai dan anggota polis kita terbunuh setelah diserang hendap sekumpulan pengganas militan Sulu yang tidak berhati perut itu.

Tidak cukup dengan ditembak, ada di antara pahlawan kita yang gugur itu diseksa, ditetak kepalanya, dirodok perutnya hingga terburai malah ada di antara mereka yang dipenggal kepalanya.

Yang cedera pula ada yang ditetak tangannya hingga hampir putus.

Tiga musuh bagaimanapun berjaya ditembak mati manakala beberapa orang lagi berjaya diberkas.

Bagi mengingati kembali peristiwa kejam itu, beberapa media ke kampung tersebut.

Ia hanya kira-kira tiga kilometer dari bandar Semporna.

Setibanya kami di kampung itu, kami mendapati kehidupan penduduknya berjalan seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku walaupun kejadian itu ternyata telah mencatatkan detik hitam dalam sejarah negara.

Kami pada mulanya singgah di sebuah restoran. Memesan secawan kopi sambil memerhatikan keadaan sekeliling.

Mungkin menyedari kehadiran 'orang asing', banyak mata tertumpu ke arah kami hingga membuatkan kami merasa tidak selesa.

Apatah lagi memikirkan ramai di antara mereka merupakan pendatang asing dari Filipina yang moritinya orang Sulu, etnik yang sama menceroboh Lahad Datu tempoh hari. Etnik yang sama juga membunuh keenam-enam pegawai dan anggota polis di situ.

Menyedari reaksi kami yang seolah-olah 'kurang senang' dengan apa yang berlaku, salah seorang pengunjung restoran yang sama menghulurkan tangan untuk bersalaman.

Dia mendakwa salah seorang ahli jawatankuasa penduduk di kampung itu.

" Selamat datang ke Kampung Simunul, jangan risau…tiada apa-apa yang perlu ditakutkan," katanya sambil tersenyum. Kami membalas senyuman itu walaupun agak 'tawar' bentuk senyuman itu barangkali.

Tidak lama kemudian muncul seorang lelaki, agak tegap orangnya. Pengunjung restoran tadi memperkenalkan lelaki itu kepada kami.

Namanya Ramlee Saraman.

Beliau ketua kampung di situ, penduduk menggelarkannya Panglima Ramlee.

" Saya tahu mungkin kamu dengar macam-macam cerita mengenai kampung kami, maaf cakap, banyak daripada cerita itu sebenarnya ditokok-tambah.

" Kami di sini unik kerana tak kira penduduk asal ke, pendatang ke, semuanya bagai satu keluarga yang menghormati antara satu sama lain.

" Jenayah pun jarang berlaku, tetapi bergaduh sikit-sikit tu adalah di antara anak-anak muda, biasalah… cuma peristiwa 2 Mac itu memusnahkan segalanya, demi Allah, saya sendiri tak menyangka yang kejadian itu boleh berlaku di sini, sangat-sangat tidak menyangka," kata Ramlee dengan wajah yang sayu.

Kesempatan bertemu dengan Ramlee membuatkan kami meminta kebenaran untuk melawat kembali lokasi peristiwa berdarah itu.

Beliau ternyata tidak menolak permintaan tersebut, bahkan sedia menemani kami ke sana.

Kesudian Ramlee membuatkan kami menarik nafas lega, apatah bila sebelum ini kami dimomokkan cerita yang 'panas-panas' mengenai kampung itu.

Rupanya lokasi kejadian itu terletak di penghujung kawasan kampung berkenaan.

Ia merupakan kampung atas air di mana setiap buah rumah dihubungkan dengan jambatan dan titi-titi kecil.

Sebaik saja melangkah masuk, perasaan kami bercampur-baur.

Di satu sudut kami rasa takut kerana segalanya boleh berlaku dengan sekelip mata dan tidak diduga, seperti mana kejadian serangan mengejut ke atas pegawai dan anggota polis tempoh hari.

Di satu segi pula, perasaan sedih menerpa bila mengenangkan kesengsaraan yang terpaksa ditanggung mereka apabila dizalimi oleh pengganas militan Sulu ini.

Ketibaan kami 'disapa' bau yang agak menusuk hidung. Rupanya ia adalah bau longgokan sampah yang terapung di pintu masuk kampung itu.

Kami hanya menggelengkan kepala, bagaimanalah penduduk di sini boleh hidup dalam keadaan sebegitu.

" Kat kawasan sini ramai pendatang Filipina, tidak seperti mana bahagian sebelah sana yang kesemuanya rakyat kita. Mereka (pendatang) ini bukan pentingkan sangat keselesaan, janji mereka dapat berteduh, itu pun dah cukup buat mereka," bisik Ramlee seolah-olah dapat menangkap perasaan kami.

Kami terpaksa menyusun langkah dengan berhati-hati kerana titian kecil yang kami lalui itu berlubang di sana-sini. Silap haribulan, kami boleh terhumban ke dalam laut!

Yang lucunya, walaupun keadaan rumah tidak begitu selesa, ramai di antara mereka mampu memasang Astro di kediaman masing-masing, hebat.

Aura Ramlee juga jelas kelihatan di sini. Ramai pendatang yang menghuni kampung tersebut menegur dan memberi salam bila bertemu dengannya.

Malah ada yang sempat menahannya di pertengahan jalan untuk mengadu masalah yang mereka hadapi, persis wakil rakyat pula bila melihatnya.

Rata-rata penduduk di situ juga agak mesra, hampir semua yang bertembung dengan kami melemparkan senyuman, ada juga yang menghulurkan salam.

Pendek kata, kita seolah-olah tidak percaya yang di situ pernah terjadi peristiwa tragis 2 Mac itu.

Kira-kira 10 minit meniti laluan yang agak mencabar itu, Ramlee menghentikan langkah.

Dia kemudiannya menunjukkan kami ke arah sebuah rumah.

" Encik, di rumah itulah anggota polis kita kena 'ambush'. Di situlah kita menemui mayat mereka dan di tepi itulah mayat pengganas Sulu tertiarap," katanya.

Kami terdiam seribu bahasa. Perasaan hiba tiba-tiba menerpa, menenggelamkan perasaan takut dan seram yang menghantui kami pada awalnya.

Ada sembilan buah rumah yang terletak betul-betul berhampiran lokasi pembunuhan itu, semuanya kini kosong dan tidak berpenghuni.

Kami terbayang kesakitan yang pegawai dan anggota polis kita alami, kami terbayang tangisan isteri dan anak-anak mereka yang kehilangan orang yang mereka sayang, sedih betul rasanya…malah ada di antara kami yang menitiskan airmata.

" Hebat ye encik-encik ini kerana datang ke sini malam-malam begini, kami orang kampung pun tak berani, " kata salah seorang penghuni yang kebetulan lalu di situ.

Kami hanya tersenyum hambar.

Sepatah perkataan pun tak mampu nak dilafazkan.

Kami berjalan keluar setelah menghabiskan masa kira-kira 10 minit di situ.

Sebelum beredar, Ramlee sempat berpesan pada kami agar jangan menghukum semua penduduk di sini hanya kerana perbuatan segelintir mereka yang tidak bertanggung jawab ini.

Malam semakin gelap di Kampung Simunul.. entah bila 'cahaya' dapat hadir menggantikan kesuramannya.

Al-Fatihah buat Supritendan Ibrahim Lebar, Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, ASP Michael Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikon dan Koperal Salam Togiran.

Sumber adal dari Mynewshub.my, Mc kagum dengan wartawan yang pergi kesana. Bukan sebarangan wartawan yang sanggup ke tempat tu. Tempat dimana pembelot boleh ada dimana-mana.

Tempat ngeri yang mengorbankan enam orang anggota keselamatan kita. Tapi jika tidak ada wartawan seperti mereka ini, tak mungkin kita mengetahui keadaan sebenar dikampung tersebut! Betul tak?

McTheory:
Korang ada berani pergi sana ka?

HOT INFO! Syaitan Sulu Mengamuk Mau Saman Malaysia! #PrayforSabah

Posted: 23 Mar 2013 05:37 AM PDT


Siri mengarut oleh puak Syaitan Sulu ni semakin menjadi-jadi. Sudah la menceroboh negara orang, mereka pula berlagak nak mampus serupa kita Malaysia ni buat salah.

Kemuncak lawak yang dibuat oleh puak Syaitan Sulu ni apabila, mereka mahu menyaman kerajaan Malaysia. Baca berita dibawah yang telah diterjemaah.


MANILA: Kesultanan Sulu akan menyaman kerajaan Malaysia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa sebagai tindak balas untuk keganasan terhadap lapan pengikut sultan yang telah ditangkap di Sabah, satu jenayah yang boleh dihukum dengan kematian.

Jurucakap kesultanan, Abraham Idjirani, berkata pasukan undang-undang mereka telah bersiap sedia untuk memfailkan aduan perampasan kuasa dan pembangunan haram kekayaan semula jadi di Sabah terhadap Malaysia.

"Tidak ada asas bagi Malaysia untuk memfailkan tuduhan terhadap mereka lapan orang Filipina, kerana itu Sabah tanah air mereka. Kami adalah pemilik yang sah (Sabah), "Idjirani berkata di kediaman Sultan Jamalul Kiram III di City Taguig.

Ini akan menjadi kali ketiga Kesultanan Sulu akan memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Malaysia. Yang pertama telah difailkan pada tahun 1992 sebelum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kedua telah difailkan pada tahun 2004 sebelum Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Idjirani berkata kedua-dua kes ini masih belum selesai kerana pemilikan Sabah tidak diselesaikan.

Menganggap, bahawa langkah Malaysia adalah menyalahi undang-undang, Idjirani berkata langkah untuk memfailkan tuduhan keganasan terhadap pengikut sultan melanggar perjanjian 1963 yang ditandatangani oleh ketua Malaysia, Filipina dan Indonesia.

1963 Manila perjanjian menyatakan bahawa "kemasukan Sabah ke dalam Persekutuan Malaysia tidak akan menjejaskan kepentingan pihak-pihak yang berkenaan sehingga isu tuntutan Sabah akhirnya diselesaikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)."

"Malaysia hanya penghuni Sabah, jadi mereka tidak mempunyai hak untuk memfailkan tuduhan terhadap orang-orang Filipina," tambah Idjirani.

Beliau berkata kesultanan tidak mempunyai cara untuk mengesahkan sama ada lapan orang Filipina adalah sememangnya anggota Tentera Diraja Sulu yang menduduki Lahad Datu.

Presiden Benigno Aquino III pada Khamis berkata kerajaan akan membantu lapan orang Filipina yang didakwa di Malaysia melakukan, keganasan dan melancarkan perang di Sabah.

"Ia adalah tanggungjawab kami untuk melindungi hak-hak rakyat kita," kata Presiden.
Aquino berkata beliau sudah mengarahkan Hal Ehwal Luar dan Jabatan Keadilan untuk memberikan bantuan guaman dari Filipina.

Di bawah undang-undang Malaysia, caj keganasan membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun, malah melancarkan perang terhadap Raja boleh dihukum bunuh.

Sekumpulan peguam yang berpangkalan di Sabah juga telah menyatakan hasrat mereka untuk membantu lapan pengikut kesultanan.

Persatuan Undang-Undang Sabah, dalam laporan yang dibawa oleh akhbar Malaysia, berkata ia telah bersedia untuk memastikan bahawa lapan Filipina yang diberikan proses yang sewajarnya.

Aquino sebelum ini mengarahkan satu pasukan antara-agensi yang diketuai oleh Setiausaha Eksekutif Paquito Ochoa Jr untuk tampil dengan pelan tindakan untuk menyelesaikan konflik Sabah aman.

Aquino berkata Filipina adalah terbuka untuk berunding dengan Malaysia dan memulakan pada pendekatan yang berasaskan peraturan untuk menyelesaikan tuntutan Sabah sama dengan kes yang difailkan oleh Manila terhadap Beijing untuk menangani pertikaian wilayah ke atas Panatag Shoal.

Kesultanan pada Khamis lalu, menyelar Istana untuk menolak dakwaan plot pembunuhan terhadap sultan dan keluarganya. Sumber dari Agensi tapi Mc translate sendiri. Kacau bilau! he he..


McTheory:
Mangkuk hayun punya penganas, tak sedar diri sungguh..

INFO TERKINI! #LahadDatu! Dua Penganas Dikehendaki Tumpas!! #PrayforSabah

Posted: 23 Mar 2013 02:12 AM PDT


Pasukan keselamatan berjaya melumpuhkan pergerakan militan Sulu susulan penangkapan pemerintah tentera yang memimpin pencerobohan di Lahad Datu di Semporna awal hari Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an itu ditangkap bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada 1.30 pagi hasil maklumat orang ramai.

Beliau berkata selain itu, pasukan keselamatan turut menahan seorang rakyat tempatan yang bertindak menyediakan segala keperluan kepada militan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo sehingga kini.

Tanpa menjelaskan butiran lanjut mengenai lelaki tempatan berusia awal 40-an itu, Khalid berkata suspek ditangkap bersama isterinya di satu kawasan di kampung tersebut pukul 10 malam Jumaat.

"'Local coordinator' itu dikenal pasti sebagai individu yang bertindak mengatur makan dan minum, tempat tinggal, kenderaan serta perubatan kepada militan Sulu sejak daripada awal pencerobohan.

"Dengan penahanan 'military commander' atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini, Sabtu.

Khalid berkata dengan penangkapan dua individu terbabit, beliau percaya pergerakan saki-baki pengganas kini semakin terbatas dan lemah ekoran kehilangan arah selain tidak lagi mendapat bantuan daripada warga tempatan.

Sambil merakam penghargaan kepada masyarakat yang membantu memberikan maklumat sehingga tertangkapnya individu paling dikehendaki itu, Khalid berkata Operasi Daulat yang memasuki hari ke-19 hari ini tetap diteruskan dan membayangkan masyarakat sekitar Lahad Datu akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa tidak lama lagi.

Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, beliau berkata sehingga kini 408 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati kekal 63 orang.

Katanya sejumlah 38 mayat berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi termasuk lapan yang dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu semalam dan sedang melalui proses bedah siasat di Hospital Lahad Datu.
Berkenaan kejadian di Kembara Sakti semalam, Khalid berkata jumlah pasukan keselamatan di perkampungan itu kini ditambah bagi memberi keyakinan kepada penduduk untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Tidak ada sebab untuk mereka merasa takut dan saya nasihatkan semua ahli masyarakat, penduduk dan pekerja ladang di Kembara Sakti supaya kembali ke rumah masing-masing kerana pasukan keselamatan sentiasa melindungi mereka," katanya.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati perkara itu hanya satu khabar angin yang diperbesar-besarkan sehingga mendatangkan kerisauan kepada penduduk.

Kira-kira 1,000 penduduk di kampung Kembara Sakti dilapor bertindak berpindah ke sekolah agama serta masjid berdekatan selepas seorang suri rumah mendakwa dia yang bersendirian di rumahnya didatangi empat pengganas yang kelaparan dan mengikat kedua-dua kaki dan tangannya.

Wanita itu bagaimanapun dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan. - BERNAMA

TUDIAA!! Soalan yang Susah Benar Anwar Ibrahim Nak Jawab!!

Posted: 23 Mar 2013 12:02 AM PDT


Mc percaya dah ramai pembaca tengok video kat bawah ni. Tapi taktaulah sekadar tengok atau memahami apa yang terjadi diantara temubual Anwar kat bawah tu. Ini bukan kali partama Anwar disoal sedemikian, dan soalan berkaitan dengan seks dan minatnya tu memang susah dia nak jawab.

Kesusahan Anwar nak jawab soalan tu disebabkan dia ni kaki pusing! Kalau dia jawab 'YES' maka Anwar akan hilang penyokongnya yang normal dan beragama. Kalau dia nak jawab 'NO' secara jelas, dia akan hilang penyokong yang tak normal, contohnya puak LGBT, liberal dan pluralisme. Soo.. dia teragak-agak dan cuba spin jawapan.

Namun wartawan yang menyoalnya tu bagus dan terus berkehendakan jawapan tepat. Kalau di Malaysia, sudah tentu wartawan tersebut telah dimaki dan dihalau keluar oleh Anwar. Silap-silap, wartawan tu terus diCOP sebagai ejen UMNO. he he..


Inilah nasib si penipu, kaki pusing dan kaki kencing. Nak jawab soalan pun payah. Kalau wartawan soal soalan macam tu pada Mc, sudah tentu awal-awal lagi Mc akan jawab NOOOOOOOOOOOOOOO... sebab Mc bukan gay. Tapi Anwar masih terkial-kial tu, faham-faham je la. Mana ada manusia normal yang takkan marah bila dituduh GAY!

McTheory:
Orang gila pun tak mengaku GAY ooii..

HOT INFO! Bertuahnya Badan Jadi Keluarga Peneroka #Felda!

Posted: 22 Mar 2013 11:17 PM PDT



Bertuah betul jadi anak peneroka Felda ni. Awat la Mc dulu tak dilahirkan dalam keluarga peneroka. Pada yang bijak pandai, ada biasiswa khas untuk melanjutkan pelajaran. Pada yang agak kurang pandai pun tak dilupakan, Felda tetap membantu.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata matlamat Felda ialah memberi peluang kedua kepada generasi kedua Felda yang kurang cemerlang di bidang akademik bagi mendapat latihan untuk bersaing di pasaran kerja.

"Setakat ini sebanyak 80 buah institut latihan kemahiran menjalin kerjasama dengan Felda dalam usaha menyediakan program latihan kemahiran itu.

"Sejak 2005 seramai 35,000 orang generasi kedua Felda yang kurang cemerlang dalam bidang akademik telah mengikuti pelbagai program latihan yang disediakan, sekurang-kurangnya seorang satu kemahiran," katanya.

Mohd Isa berkata setiap tahun Felda memperuntukkan RM50 juta untuk program latihan kemahiran kepada generasi kedua.

Pada anak peneroka yang dapat keputusan SPM kurang baik. Mc rasa tak perlu risau dengan peluang yang diberikan oleh Felda.

Sudahlah dapat lot saham, dapat durian runtuh, nak sambung belajar pun dibantu lagi? Tapi mengapa masih ada peneroka yang menyokong pembangkang?


Malah ada yang percaya betul dengan pengkhianat Felda si, Mazlan Aliman. Kalau ada masalah dengan pengurusan tu, perkara biasa. Bawak-bawaklah berbincang. Takkan disebabkan sedikit hal yang kecil, telah memadam memori bantuan Felda kepada peneroka? Fikirkanlah..


McTheory:
Fikir betul-betul yang mana lebih banyak berjasa..

PANASS AIHH!! Sekali Lagi @RafiziRamli KANTOI Atas Kebodohan Diri Sendiri!

Posted: 22 Mar 2013 08:17 PM PDT



Kelakar amatlah kelakarnya, apabila Rafizi Ramli, si jambu dan juga pembodek nombor satu Anwar, sudah buat sidang media untuk mempertahankan bosnya.

Sebagai pekerja yang paling setia dan pembodek tahap dewa, tentulah dia hendak mempertahankan bosnya, Rafizi seperti biasa cuba berlagak bijak. Walaupun ramai yang melihat Rafizi ni macam badut sarkas.

Rafizi dengan yakin dan penuh tenaga membawa isu menuduh Suruhajaya Pilihanraya (SPR) gagal melakukan kerja dengan betul dan amanah. (betul ke?).

Paling kelakar bila, Rafizi menuduh nama sebenar PapaGomo, yang kononnya si Wan Muhammad Azri Wan Deris dua kali namanya ada dalam daftar pemilih. Lagi sekali Mc nak tanya betul ke dakwaan jambu Anwar ni.

Cerita ini menjadi lebih menarik bila dengan bangganya Rafizi mendakwa;

"That means that 2008 besar kemungkinan dia mengundi dua kali dan 2013 kalau tidak dihentikan dia juga akan undi dua kali.".

Sayang sekali…

Ada satu aspek penting yang Rafizi terlepas pandang sebelum beriya-iya buat sidang media pagi tadi.

Memanglah ada dua nama yang sama…tapi tarikh lahir jelas berbeza…so nama aje kebetulan sama tetapi sah itu dua individu yang berbeza.

Lain tarikh lahir, lain alamat apa semua.

Laa tak percaya? Tengok la sini beb..


Jangan pula ada cacai yang kata SPR dah tukar semua data tu. Teruk betul si Rafizi ni, dakwa PapaGomo pengundi hantu depan media. Malah fitnah PapaGomo depan-depan media lak tu.

Dengan penuh keyakinan Rafizi membuat tuduhan berbentuk kutukan terhadap SPR pagi tadi.

Sudah la bergaduh dengan wartawan perempuan sampai nak panggil security guard apa semua…lepas tu keseluruhan kandungan sidang media itu salah kerana melibatkan dua orang yang berlainan…malunya…

Rasanya PapaGomo boleh saman si Rafizi ni 100 juta kerana memfitnahnya! Saman malu wooo...

Berikut adalah transkrip soal jawab semasa PC Rafizi (selepas selesai baca kenyataan akhbar mengenai Papagomo tengahari tadi):

Rafizi: I would like to caution chairman dan deputy chairman of SPR do not underestimate how this joke that actually will have a big impact on the trust and integrity of SPR. Simple saja. Dia boleh tolak. Dia boleh kata. Dia boleh tuduh. Tapi dengan bukti yang cukup jelas, kena atas batang hidung Papagomo pulak tu, I think it will spread very quickly, terutamanya pengundi muda – it will have a severe impact on SPR's integrity. Jadi saya akan tunggu respon daripada SPR. Papagomo ini is just a side issue saja. Dia nak meroyan lepas ini biarlah dia meroyan. I am not interested to entertain him. I am just interested to find out from SPR how did you allow a person who was convicted, sacked and no longer being in service with PDRM to continue to be in the database pengundi sebanyak dua kali pilihanraya. That means that 2008 besar kemungkinan dia mengundi dua kali dan 2013 kalau tidak dihentikan dia juga akan undi dua kali. Ada soalan?

KL Pos: Tadi saudara Rafizi cakap suruh tolak budaya rasuah sedangkan DS Anwar Ibrahim dulu pernah juga terlibat dengan tuduhan rasuah.

Rafizi: Semua tuduhan itu telah melalui proses mahkamah.

KL Pos: Begitu juga dengan Papagomo

Rafizi: Hang on…(tak bagi peluang wartawan teruskan soalan itu)….saya tak habis…semua tuduhan itu telah melalui proses mahkamah dan semua telah dibuktikan bahawa dia tidak bersalah. Bukti2 lain yg keluar yg jelas juga menunjukkan bahawa yang ini semua konspirasi dan fitnah yang dalangnya, termasuklah juga orang2 seperti Papagomo ini. I mean, you can write whatever you want to write. The ultimate judge is going to be the public. And the public is a lot more aware now. They can put two and two together. dia boleh tengok apabila lebih ramai tokoh2 yg dulu berada di belakang tabir yg terlibat dalam proses ini…pendakwaraya pun akhirnya mengaku, bapa kpd saiful bukhari pun mengaku, dan sampai sekarang tidak ada satu bukti yang betul2 jelas pun. Dan datuk seri melalui the whole proses. And the fact that he proved himself, he withstood the fitnah, dan sokongan yg dtg daripada rakyat menunjukkan rakyat tidak percaya dengan fitnah dan juga political set-up yang dibuat. So i think if Anwar Ibrahim went through all that dan kalau dia betul2 tidak melakukan rasuah, he will come out unscathed.

Jadi, perkara yang sama juga dengan Papagomo ini. Finally i am telling Umno Barisan Nasional, the ultimate judge is the public. You can continue to use Papagomo. You boleh terus mendokong, menyokong dia. Ramai2 saya minta bila dia disaman nanti, menteri-menteri Umno turun ke mahkamah untuk memberi sokongan kerana itulah strategi terbaharu yang akan memberi kemenangan kepada Pakatan dan rakyat. Don"t underestimate the wisdom.

Agendadaily: Tadi encik Rafizi cakap DS Anwar telah melalui proses dan Papagomo juga pernah melalui proses dan telah dihukum. You said you are not interested and all that. Tapi the issue here is, why Anwar berani saman Papagomo dalam isu ini tapi kes dahulu yang China Doll dia tak berani saman Papagomo dan juga Datuk Trio. Why?

Rafizi: No. saman ini terhadap Papagomo is keseluruhan. Pertama kita orang islam, saudari…ayat quran cukup jelas bahawa apabila ada sesuatu berita itu dibawa oleh orang yang fasik maka kita kena menolak berita itu. I dont know about u. And you are are reporter, u carry news. I don't know about you. You have your news to fill up, tapi kalau saya…kalau seorang seperti Papagomo yg telah dijatuhkan hukuman, masuk penjara, semua rayuan ditolak, membawa berita yg memang jelas ada motif politik. saya akan lebih berhati2. Sebab itu saya rasa ramai rakyat malaysia mengambil pendirian menolak.

But don't subscribe the big issue in this. That's your problem. What is the biggest issue? Papagomo is a non entity. The real issue is SPR. Kenapa you tak tanya, bahawa SPR ada pengundi hantu? That is a much…YOU DARI MANA?

AD: Saya dari Agendadaily:

Rafizi: Ahh patut pun!! Agendadaily? Hah! Kalau ada yang melibatkan Umno tiba-tiba Agendadaily akan datang tanya soalan2 macamn ini. Sy minta balik, tanya kepada pengerusi SPR, kenapa boleh ada pengundi hantu macam ini, yg dgn kuasa Allah, banyyak2 orang kita dpt buktikn, hari ini kita dpt buktikn Papagomo.

AD: baru nak buka mulut…Rafizi terus…

Rafizi: Bagi peluang kepada org lain kerana you are… (wartawan Agendadaily cuba tanya lagi)..No no no no no no. I have answered already.

AD: Yes, I will ask SPR psl tu, tapi you belum jawab soalan saya.

Rafizi (potong cakap). No No No. Can i get next question. Kita bagi orang lain.

AD: Soalan saya kenapa tak berani saman Datuk Trio.

Rafizi: No…sudah saman Papagomo.

AD: Papagomo itu ikan bilis dibandingkan dengan DS Anwar.

Rafizi: Can I have more questions yang lebih credible yang bukannya datang daripada portal yang lebih kurang sama seperti Papagomo? Can I get a proper reporter punya questions.

AD: You amalkan kebebasan media. I pun mengamalkan kebebasan media untuk bertanya.

Rafizi: No..saya dah jawab. Saya dah bagi ruang. Can I get the other ones?

AD: You did not answer my second question.

Rafizi: No. No. Saya dah jawab bahawa dia sudah saman Papagomo keseluruhanlah. We'll go through the process in court. You tunggu…you turun.

AD: I ikut your suggestion, I akan tanya SPR, tapi you jawab soalan I.

Rafizi: Yeah…I don't trust you at all. Kita boleh semak Agendadaily.

AD: I only ask a simple question?

Rafizi: Can we get the guard kalau begini seterusnya? Sebab saya nak teruskan dengan soalan2 yang lain. Kalau Agendadaily datang setiap kali hanya untuk tanya soalan dan mengganggu dengan bertanya perkara2 ini…kita dah beri ruang. Kita tak tolak pun. Tapi hormati sidang media yang ada orang lain semua. You akan tanya dan you akan ambil masa, semata-mata kerana you nak ambil 2-3. Bagilah pada orang lain. Ada soalan lagi? Okay di belakang…Aida (tunjuk wartawan yang die kenal bernama Aida)

Nak lebih menarik tengok saja la video kat bawah ni,


McTheory:
Kesiann si Jambu Anwar diperbodohkan!!


P/s: jangan lupa PM Tersayang ada kempen baru Jom Bertindak nak tau apa KLIK SINI

GEMPAR GILA!! Makhluk Ajaib Ni Mengaku Sultan Kedah Sebenar? @PDRMsia Tolong tangkap Si Gila Ni!

Posted: 22 Mar 2013 05:37 PM PDT


Semalam Mc dihubungi oleh rakan FB, memberi tahu pasal si mamat mereng nilah. Mc ingat Kiram III kat Filipina tu sorang saja yang gila, rupanya ada lagi sekor kat Malaysia ni. Mula-mula Mc malas nak layan, tapi fikir balik baik Mc buat posting minta POLIS mengambil tindakan pada mamat sekor ni.

Apakah kehadiran mamat ini untuk memberitahu kita, Kedah juga bakal diceroboh seperti Sabah? Mc pernah menulis pasai ni, nak baca boleh klik SINI.

Cuma Mc minta, pihak Polis mengambil tindakan secepat mungkin. Siasat, apakah mamat mereng ni hanya seorang ataupun berkumpulan. Perkara yang dia bawa bukan benda yang boleh dibuat main. Mengaku Sultan Kedah, malah mengaku juga diri sebagai Agong! Memang celaka gila mamat ni!

McTheory:
Kalau tak dicegah, ramai pulak Sultan palsu yang akan keluar nanti.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...