Kedah Ke KL - MctHeory |
- TUDIAA!! Video Pemimpin Pembangkang 'Mengayat' Mahasiswa Sebelum di LIWAT!
- PANASS AIHH!! Oit Pas! Buat Masjid Pun Mau Tipu Ka? #SaveKedah
- HOT INFO! Azumudie Dibunuh Oleh Pengawalnya Sendiri? #LahadDatu
- INFO TERKINI! #LahadDatu Seorang Penganas Telah Ditembak Mati! #PrayforSabah
- HOT INFO! Cerita Ngeri Seorang VAT 69 Ketika Pertempuran! #LahadDatu
- PANASS! #IsuAirSgor Air Liur Khalid Tak Cukup Untuk Tampung Kegunaan Air Selangor!
- PANASS!! Skandal Abby Abadi Dengan Jantan Dan RM50 Ribu?
- TUDIAA!! Kisah Disebalik Phahrolrazi Kena 'Culik' Dengan Orang Azizan! #TukarKedah
| TUDIAA!! Video Pemimpin Pembangkang 'Mengayat' Mahasiswa Sebelum di LIWAT! Posted: 21 Mar 2013 08:17 AM PDT Mc tengok gambar kat atas tu, muka macam kenai. Tapi betul atau tidak tu taktau la. Rasanya macam dia.. tapi entah la. Pembaca boleh nilai sendiri. Pehh mengayat nak dapat kunyit sampai macam tu sekali? ha ha ha.. teruk dohh.. macam ni nak jadi pemimpin? Fikir-fikirkanlah.. Kalau diluar negara, pemimpin yang disabitkan skandal seks, akan terus dikecam dan disingkirkan. Tapi kat Malaysia ni hebat, dah meliwat 2,3 kali pun boleh lepas lagi. Siap nak jadi calon PM? ha ha ha.. Malang betul rakyat Malaysia ada pembangkang yang bangang macam puak Pakatan ni. McTheory: Pembangkang ke pembangang? |
| PANASS AIHH!! Oit Pas! Buat Masjid Pun Mau Tipu Ka? #SaveKedah Posted: 21 Mar 2013 05:36 AM PDT Kalau dah nama penipu tu, buatlah macam mana pun, dia tetap akan menipu. Sampai bina masjid pun nak menipu? Tu maknanya Pas Kedah ni dah sampai tahap nazak. Kalau tak mampu nak bina masjid, jangan la menipu. Parah-parah! Kat bawah ni ada list masjid, 'KONONNYA' dibina oleh Kerajaan Negeri sejak 2008. Betul ke dibina oleh Kerajaan Negeri? Takpa, tengok dulu list tu.. Untuk pengetahuan pembaca, takdak satu pun masjid dalam list diatas, yang Pas buat! Semuanya dibina oleh Kerajaan Persekutuan! Pembohongan yang jelas dan nyata ni dapat Mc buktikan melalui satu surat kelulusan dari Jabatan Perdana Menteri sendiri mengenai Masjid Telaga batu, Ayer Hitam, Jerlun. Surat tu ada kat bawah, Itu baru satu masjid, 11 lagi akan dibongkar secara berperingkat. Kalau bab bina masjid pun Kerajaan Negeri yang mengaku Islam terlebih ni sanggup menipu. Bayangkanlah hal yang lain! Kalau pembaca blog ada dapat atau jumpa buku seperti dibawah, Mc harap sila buanglah kedalam tongsampah. Kerana, dari muka depan, hingga belakang, semuanya hanya menipu. Mc sendiri dah belek dan tengok isi kandungan dalam buku Kedah Sejahtera tu. Memang isinya haprak gila lah!! Tunggu Mc akan dedahkan semuanya bersama rakan blogger Kedah yang lain. Bawah ni ada video Datuk Mukhriz bercakap sikit mengenai masjid telaga batu. Bina rumah Allah pun nak menipu! Apa punya haprak puak Pas mangkaq ubi ni! McTheory: Demi undi, membohong dan menipu dihalalkan! |
| HOT INFO! Azumudie Dibunuh Oleh Pengawalnya Sendiri? #LahadDatu Posted: 21 Mar 2013 02:17 AM PDT Berita yang kami terima, Pengganas Azumudie yang mengepalai lebih kurang 250 pengganas Kiram dilaporkan telah terbunuh. Ianya sesuatu yang sukar dipercayai apabila kematiannya bukan disebabkan oleh tembakan pasukan Perajurit Negara kita, sebaliknya kematian Pengganas Azumudie kerana ditembak oleh salah seorang pengawalnya sendiri. Tidak ramai yang tahu, Pengganas Azumudie yang menggunakan Tangkal bersaiz besar di lehernya dikelilingi oleh kira-kira 60 pengawal peribadinya yang lengkap berpakaian tentera dan bersenjata. Tiada siapa boleh mendekatinya. Kepungan oleh pasukan Perajurit Negara telah membunuh semangat mereka. Semangat pengawal elit Azumudie jatuh menjunam kerana perancangan awal mereka semuanya tidak menjadi. Sebelum kematian Azumudie, diberitakan kepada kami bahawa pengawal elit Azumudie terlebih dahulu menembak mati anggota-anggota mereka yang belot dan ingin menyerah diri. Terdapat banyak kubur-kubur besar dan sederhana besar dipenuhi mayat-mayat mereka, sama ada mati semasa pertempuran atau mati kerana dibunuh oleh mereka sendiri. Segala Mitos kononnya Azumudie boleh berjalan di atas air laut menyeberangi lautan ke pulau-pulau di selatan Filipina hanya kepercayaan kurafat. Semuanya tidak menjadi. Sehingga kini tiada siapa tahu di mana mayat Azumudie. Sama ada dia telah ditanam di mana-mana kawasan hanya diketahui oleh 60 pengawal elitnya yang kini berpecah-pecah menjadi kumpulan kecil 10 dan 15 orang. Jika sumber kami ini benar, maknanya Perang ke atas pengganas Kiram sudah sampai ke kemuncaknya. Perjuangan mereka sia-sia sahaja. SALAH PERKIRAAN Rancangan Pengganas Azumudie ialah, apabila dibubarkan sahaja Parlimen pada 28 Februari 2013 atau 1 Mac 2012, mereka akan melakukan serang hendap ke atas kedudukan strategik seperti Balai Polis Lahad Datu dan Balai Polis Semporna. Rancangan asal mereka ialah untuk mencolek seberapa banyak tokoh-tokoh politik untuk dijadikan tebusan dalam tuntutan mereka kelak. Pada 19 Februari 2013, mereka mula menaikkan bendera kononnya kerajaan Jamalul Kiram di pesisir Kg. Tandou, Tg. Batu, Tg. Labian dan sekitar Sungai Nyamuk. Mereka mula berlatih berkawad. Namun begitu, berlaku kesilapan apabila Parlimen tidak dibubarkan pada masa mereka mendarat. Di pihak Anwar, kesilapan turut berlaku bila mana Rancangan Anwar mahu melihat Porak-Peranda berlaku di Lahad Datu menjelang Pembubaran Parlimen pada 1 Mac 2013 tidak menjadi. Anwar mendapat maklumat yang tidak tepat tentang tarikh pembubaran parlimen. Anwar tahu, untuk berkuasa beliau mesti Menghuru-harakan Sabah kerana Sabah merupakan Fix Deposit BN. Anwar tahu jika PRU13 Digantung di Sabah, Anwar yakin untuk menang di Semenanjung. Perancangan Anwar semakin parah apabila Presiden Filipina dan Agensi Risikan Filipina menemui Bukti pembabitan Anwar dalam insiden di Lahad Datu. Ianya merupakan proses "give and take" dan "win-win situation" antara pihak ANwar dengan pihak Jamalul Kiram (melalui Nur Misuari). Kesilapan semakin besar apabila, orang kanannya Tian Chua melakukan Kesilapan awal bilamana memperolok dan memperlekeh insiden di Lahad Datu sebagai "Sandiwara". Malang kepada mereka, apabila hari ini di mana saja Tian Chua pergi Rakyat Bangun menentangnya dan menghalaunya. Bersambung... Sumber: Mymassa |
| INFO TERKINI! #LahadDatu Seorang Penganas Telah Ditembak Mati! #PrayforSabah Posted: 21 Mar 2013 12:56 AM PDT Berita terbaru dari Lahad Datu! Pasukan keselamatan menembak mati seorang pengganas Kiram dan menahan seorang wanita berusia lewat 40-an dalam satu pertempuran di Kampung Tanjung Batu, di sini semalam. Perkara itu disahkan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Felda Sahabat 16, di sini hari ini. - UTUSAN Ini penganas yang kita nampak, bagaimana nak perangi penganas dan pengkhianat dalam negara? Lagi susah dari berperang dengan gerilla, betul tak? |
| HOT INFO! Cerita Ngeri Seorang VAT 69 Ketika Pertempuran! #LahadDatu Posted: 20 Mar 2013 11:17 PM PDT Mc agak tertarik dengan cerita seorang VAT 69. Di saat beliau dan anggota yang lain diserang. Ternyata pengalaman pahit tersebut menjadi trauma kepada beliau. "Walaupun dihujani dengan beribu-ribu butir peluru dan nyawa kami terancam ketika itu, namun demi tugas dan kedaulatan negara kami teruskan bertempur." Demikian diungkapkan Konstabel Mohammad Qaiyum Aiqal Zolkifli, 22, anggota komando VAT 69 yang cedera ketika pertempuran menentang pengganas Sulu di Ladang Tandou, Lahad Datu, Sabah pada 1 Mac lepas. "Pada saya nyawa tidak penting, yang penting bagi kami pengganas Sulu yang menceroboh negara kita dihapuskan," katanya lagi. Mohammad Qaiyum Aiqal yang ditemui di majlis menyambut kepulangannya di rumah keluarganya di Kampung Bukit Kelicap, Senggarang ternyata masih trauma dan sebak apabila diminta menceritakan kembali detik peristiwa berdarah itu yang turut mengorbankan dua rakan sepasukannya. Beliau tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir apabila mengenang dua rakan sepasukannya yang terkorban dalam pertempuran itu. Mengimbas kembali kejadian, anak kelima daripada tujuh beradik itu berkata beliau terjatuh sebaik terkena tembakan di bahu kanan. "Walaupun telah cedera dan terjatuh, pihak musuh masih tetap menembak ke arah saya termasuk menggunakan senjata berat. Nasib baik ketika itu, seorang rakan iaitu Koperal Hairi menarik saya ke belakang sebatang pokok kelapa sawit untuk berlindung," katanya. Ketika itu beliau hanya berserah kepada Allah SWT dan reda jika umurnya tidak panjang, namun beliau bersyukur kerana Tuhan masih mengizinkannya untuk terus hidup. Ekoran tembakan peluru musuh yang menembusi dadanya, tiga tulang bahunya patah dan beliau dikejarkan ke Hospital Lahad Datu dan kemudiannya Hospital Sandakan sebelum dibawa ke Hospital Tentera di Lumut, Perak, untuk mendapatkan rawatan lanjut. Ditanya sama beliau serik dengan kejadian itu, dengan penuh bersemangat Mohammad Qaiyyum Aiqal berkata perkataan serik dan putus asa tidak ada dalam dirinya. "Selagi saya bernyawa dan selagi saya boleh melangkah, saya akan terus mempertahankan kedaulatan negara. "Apabila saya sembuh dan jika diizinkan saya akan kembali ke Lahad Datu demi memastikan keamanan negara pulih seperti sediakala," katanya. Dalam kejadian pada 1 Mac lepas, dua anggota komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban, manakala 12 penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina maut dalam kejadian tembakan membabitkan kedua-dua pihak di Kampung Tanduo. Dua anggota komando VAT 69 yang terbunuh dalam pertempuran itu ialah ASP Zulkifli Mamat dari Besut, Terengganu dan Sarjan Sabaruddin Daud dari Sabak Bernam, Selangor. Selain Mohammad Qaiyum Aiqal, dua lagi anggota yang cedera ialah Koperal Azman Ampong dan Koperal Mohd Tarmizi Hashim. McTheory: Tahniah wira negara, semangat mu amat kami kagumi! |
| PANASS! #IsuAirSgor Air Liur Khalid Tak Cukup Untuk Tampung Kegunaan Air Selangor! Posted: 20 Mar 2013 08:17 PM PDT Sampai sekarang Mc menantikan tindakan drastik dari Kerajaan Negeri Selangor untuk tangani masalah air yang semakin meruncing. Nak kata tak pernah kena krisis air, baru dua bulan lepas dah kena. Tapi tindakan still 'zero'. Khalid, bila kita soal dia mengenai masalah air di Selangor, dia akan sebut pasal penstrukturan air. Bila sebut pasal penstrukturan air, dia akan buka cerita kata Kerajaan Persekutuan halang dan Kerajaan Persekutuan tak bantu Kerajaan Negeri untuk beli syarikat konsesi. Betul ke Kerajaan Persekutuan halang? Sedangkan Kerajaan Persekutuan berlapang dada dan menyokong Kerajaan Negeri Selangor beli syarikat konsesi. Cuma nak beli tu, gunalah cara bisnes. Bincang harga yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak, baru beli, ini tidak, nak beli syarikat orang, tapi harga ditetapkan oleh orang yang nak beli. Dah tentulah tak jadi. Nak kata Khalid buta bisnes, dia sendiri bekas 'CEO' yang hebat, kononnyalah. Tapi cara buat kerja, nak beli syarikat pun tak tahu. Kali terakhir Khalid buat offer nak beli syarikat air tu, pada tahun 2010. Selepas ditolak kerana harga terlalu rendah. Terus Khalid tak pernah buat tawaran lagi, cuma dok bercakap macam dia tawar syarikat konsesi tu tiap-tiap hari. Khalid dan exco Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya banyak bercakap dari bekerja. Masalah air yang serius pun dorang buat boleh buat main-main. Contoh semasa dalam forum air baru-baru ni. Faekah banyak bercakap dan berjanji untuk selesaikan masalah air, tapi untuk melaksanakan dia tak cakap pun nak buat macam mana. Contohnya, dulu Khalid pernah mencadangkan untuk guna kaedah teknologi membran dan 'Hybrid Off River Augmentation System' (HORAS) di Selangor. Katanya, kedua kaedah itu alternatif lebih murah berbanding projek Langat 2 untuk meningkatkan kapasiti air. Selepas itu Dr. Xavier diberi tugasan untuk 'handle' projek ini. Apa yang Mc dengar ayat terakhir Xavier mengenai projek membran tu, dia akan mengkaji dan selidik mengenai teknologi membran dengan keadaan di Selangor. Selepas membran, pernah Kerajaan Negeri Selangor nak buka kembali loji lama yang telah tutup, nak bersihkan sungai dan pelbagai lagi cadangan. Namun sehingga ke hari ini, belum ada satu pun cadangan yang mereka telah buat. Semuanya hanya cakap kosong saja! Apa yang mereka tahu hanyalah bercakap kosong didepan media, ceramah maki hamun, sebarkan maklumat palsu dan politikkan isu air ini habis-habisan. Kalau bab nak melaksana, memang tak nampak langsung Kerajaan Negeri Selangor ni berusaha untuk selesaikan masalah air. Bila terjadi masalah dan gangguan air, Kerajaan Negeri Selangor akan cepat-cepat tuding jari kepada Syabas. Contohnya seperti masalah air di Wangsa Maju dua bulan lepas, disebabkan masalah rumah Pam. Kerajaan Negeri Selangor salahkan Syabas kerana tidak pandai menjaga peralatan dan jentera. Sedangkan Syabas dianiaya oleh Kerajaan Negeri Selangor kerana menyekat CAPEX untuk bantu mereka terus beroperasi. Malah Kerajaan Negeri Selangor sendiri berhutang dengan Syabas. Dalam keadaan tersebut, macam mana Syabas nak terus beroperasi dengan baik. Mujurlah Kerajaan Persekutuan telah membantu dengan peruntukan RM606 juta bagi melaksana pelan mitigasi di Selangor. Plan tersebut mampu menangguhkan sekejap krisis air 2014 kepada 2016 dan ditambah pula peruntukan khas berjumlah RM120 juta memperbaiki infrastruktur air yang bermasalah untuk memastikan rakyat Selangor tidak putus bekalan air. Kalau nak harap Kerajaan Negeri Selangor, dengar mereka cakap saja boleh la. Cukup hari dan tahun, rakyat Selangor terpaksa angkut air lagi la nampaknya. Selagi Langat 2 tidak dibina, selagi itulah risiko kekurangan air di Selangor tidak akan selesai. Kalau nak rasa angkut air lagi lepas ni, boleh la undi si Khalid dan konco-konconya lagi! Kat bawah ni Mc sertakan video terbaik untuk krisis air di Selangor |
| PANASS!! Skandal Abby Abadi Dengan Jantan Dan RM50 Ribu? Posted: 20 Mar 2013 06:39 PM PDT Rasanya masa Abby sudah sampai. Mulut celupar yang selalu mengutuk dan memfitnah orang akhirnya bakal ditimpa bala. Baca cerita dibawah, Andaikata kalau dibongkar cerita ini, Mc percaya Abby tak tahu nak letak mukanya dimana. Tapii.. masalah moral ni sebenarnya agak biasa dalam Pakatan. Kalau Anwar masih boleh bermegah walaupun ada video 'meliwat' apa la sangat skandal Abby jual diri ni ye tak? McTheory: Apakah moral tidak penting bagi kita? |
| TUDIAA!! Kisah Disebalik Phahrolrazi Kena 'Culik' Dengan Orang Azizan! #TukarKedah Posted: 20 Mar 2013 05:37 PM PDT Sebelum ni Mc pernah cerita pasal Phahrol, exco derhaka yang telah diculik oleh orang Ustaz Azizan. Rupa-rupanya Phahrol bukanlah diculik seperti yang didakwa, tapi lebih kepada dikurung! Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi 'terkunci' di dalam perkarangan sebuah sekolah agama selama dua jam untuk menghalang beliau daripada berucap pada satu ceramah. Phahrolrazi berkata, beliau dalam perjalanan ke tempat ceramah di Kampung Kabu yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak apabila pengetua Sekolah Agama Nahdah Bukit Besar menghubunginya untuk berhenti di sekolah tersebut. "Sebaik saja kereta saya memasuki perkarangan sekolah, mereka mengunci pagar dan saya sedar bahawa saya tidak dapat keluar," katanya. Beliau kemudiannya menuju ke kantin sekolah di mana pengetua sekolah Ustaz Nasir Othman cuba menghalangnya daripada meneruskan ceramah. Ustaz Nasir merupakan ahli jawatan PAS bahagian Jerai di mana Azizan adalah pengerusinya. "Dia mendakwa terdapat kumpulan pesaing di tempat ceramah dan oleh itu dia tidak mahu sesiapa saja melakukan sesuatu kepada saya. Saya cuba untuk meninggalkannya beberapa kali tetapi dia memberitahu saya supaya jangan pergi dan dia berbuat demikian kerana ingin melindungi saya. Dia amat mesra tetapi persoalannya adalah saya dihalang keluar sehingga dua jam kemudian," katanya. Apabila Phahrolrazi menghubungi penganjur ceramah mengenai masalahnya dan mereka menghantar empat wakil ke sekolah tersebut untuk berbincang dengan Ustaz Nasir tetapi dia enggan membuka pintu pagar tersebut. Beberapa penyokong Phahrolrazi mendakwa beliau diculik tetapi beliau menegaskan ia mungkin 'amaran mesra' untuk menghalangnya daripada memasuki kawasan Menteri Besar itu. Penyokong Phahrolrazi berkata, mereka akan membuat laporan polis mengenai insiden itu. Ceramah itu akhirnya dibatalkan kerana Phahrolrazi tidak hadir. "MB merupakan pengerusi PAS bahagian Jerai tetapi saya adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah. Sesungguhnya saya bebas untuk berucap dalam mana-mana ceramah. Saya tidak menyalahkan Ustaz Nasir, saya percaya dia takut dengan bosnya," kata Phahrolrazi. SUMBER |
| You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.












No comments:
Post a Comment