Apple Biru |
- UPDATED 4.45 PM : 'Saya disuruh dan diupah' Jadi Pengganas
- BREAKING NEWS! Video Mirip Anwar Tersebar
- Rozita Che Wan : Buka Skirt Sikit Tak Boleh Ke?
- UPDATED 2.15 PM : Dua Pengganas Yang Didakwa Bakal Berdepan Hukuman Mati
- UPDATED 2.00 PM: Anggota pasukan keselamatan cedera dalam pertempuran
- ADUHH! Lari Tak Cukup Tanah ke Bang Nuar?
- UPDATED 1.00 PM : Seorang Lagi Pengganas Ditembak Mati, Seorang Wanita Ditahan
- BREAKING NEWS! Anwar Failkan Saman Fitnah RM100 Juta Pada Papagomo!
- BONGKAR! Bukti Manifesto Pakatan Rakyat Penipu Besar
- GAY Atau Bisex? YES OR NO?
- Kisah Komando VAT 69 : Walau Di Hujani Peluru Kami Teruskan Bertempur
- ALFATIHAH! HELIKOPTER TERHEMPAS SEBABKAN KEMATIAN DI KOMPLEKS BELIA PAROI SEMALAM!!
- FOTO (11) : Sekitar Gambar Kereta Kebal Adnan Beraksi Di Lahad Datu
- GAMBAR TERKINI : Pengganas Sulu Di Dakwa ( 5 Gambar)
- HOT NEWS! Kerajaan Pas Kedah Diambang Kehancuran
- PANAS! Rahsia Nur Misuari Akhirnya Terbongkar
- PANAS! Azizan Razak Takut Dengan Bayang-Bayang Sendiri
- Weh! Ops Kibar! Apa tu?
- BERITA PALSU : Parlimen Bubar!
- HOT! Amaran Kepada Nur Misuari?
- Dah Kantoi Nak Janji Lagi Ker? Bingung!
| UPDATED 4.45 PM : 'Saya disuruh dan diupah' Jadi Pengganas Posted: 21 Mar 2013 01:53 AM PDT Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya. Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah. Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya. Sejurus kenyataan Hooland diterjemah, Hakim Ravinthran meminta jurubahasa menjelaskan kepada tertuduh bahawa dia tidak perlu berkata demikian dan segala pengakuan akan dibuat selepas diwakili peguam pada 12 April nanti. Ketika prosiding pagi ini, Hakim Ravinthran memberi peluang kepada setiap tertuduh untuk memberitahu mahkamah berhubung pertuduhan ke atas mereka dan jurubahasa perlu menjelaskan beban hukuman bagi setiap kesalahan. Tertuduh juga diterangkan tentang pembelaan mereka yang perlu diwakili peguam kerana tuduhan ke atas mereka membabitkan hukuman berat iaitu gantung dan penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan. Lapan warga Filipina didakwa di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. Dua tertuduh itu bersama empat yang lain turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas manakala dua lagi didakwa cuba melindungi pengganas. Ini merupakan kali kedua tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agung dikenakan di negara ini selepas insiden kumpulan pemberontak Al Maunah di Bukit Jenalik Sauk, Perak pada tahun 2000. Sementara itu, Timhar Hadir, yang juga didakwa atas kesalahan sama (menjadi anggota pengganas) memberitahu bahawa dia datang ke Malaysia pada Febuari lepas menggunakan pasport antarabangsa. Bagaimanapun Hakim Ravinthran meminta dia tidak menyatakan selanjutnya sebelum berbincang dengan pihak peguam. Seorang lagi tertuduh yang menghadapi tuduhan sama, Habil Suhaili merupakan tertuduh yang mengambil masa agak lama untuk memahami pertuduhan. Dia yang kelihatan berusia lebih daripada 60 tahun tidak dipakaikan straight jacket seperti tertuduh lain dan jurubahasa membacakan pertuduhan berulang kali dalam bahasa Suluk. Habil sempat menyatakan bahawa dia tidak melakukannya namun hakim menjelaskan pengakuan itu tidak akan direkod. Tertuduh pertama Atik Hussin Abu Bakar yang didakwa atas tuduhan melancarkan perang dan menjadi anggota pengganas hanya memohon penjelasan hukuman yang akan dihadapinya. Atik Hussin yang berbahasa Bajau kelihatan bersahaja seperti tertuduh lain. Empat tertuduh lagi, Lin Mad Salleh, Basad Manuel, Kadir Uyung dan Lating Tiong hanya menyatakan nothing to say (tiada apa yang hendak dicakapkan). Basad menghadapi dua pertuduhan yang sama seperti Atik Hussin manakala Lin hanya didakwa menjadi anggota pengganas dan Kadir serta Lating menghadapi tuduhan melindungi kumpulan pengganas. Kesemua terduduh hanya menundukkan kepala ketika berada di kerusi sebelum dibawa ke kandang tertuduh untuk dibaca pertuduhan. Kesemua mereka tidak dibenarkan jamin. Sementara itu, wartawan dan jurugambar yang membuat liputan di Mahkamah Tinggi Tawau hari ini dikawal ketat oleh anggota polis lengkap bersenjata dan hanya seorang wartawan daripada setiap organisasi yang dibenar masuk. Kesemua wartawan yang dibenar memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi hanya dibolehkan membawa buku nota dan pen manakala semua alat komunikasi dan peralatan lain tidak dibenarkan. Tiada wartawan asing hadir membuat liputan prosiding hari ini. Lapan tertuduh yang ditutup bahagian kepala dibawa menaiki lori polis kira-kira 10.10 pagi. - BERNAMA |
| BREAKING NEWS! Video Mirip Anwar Tersebar Posted: 21 Mar 2013 01:19 AM PDT Tu dia! Tempoh 48 jam yang diberikan oleh papagomo dah tamat. Maka pendedahan video episod 1 ditayangkan. Teman tak komen panjang-panjang. Apa yang didedahkan oleh blogger Papagomo adakah orang yang dimaksudkan? Ikuti video yang dimaksudkan tersebut.. http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=XC1TYCbnuzM#! Sumber : Papagomo |
| Rozita Che Wan : Buka Skirt Sikit Tak Boleh Ke? Posted: 21 Mar 2013 12:13 AM PDT Adeeh! Teman nak join sekaki kisah Rozita Che Wan yang tengah heboh-heboh berpakaian seksi dan didakwa tak senonoh ni. Bukan apa, dah lama tak komen bab artis Malaysia ni. Komen terbaru pelakon Rozita Che Wan ni menyebut sebagai adalah menjadi hak dia untuk memakai apa yang dia mahu! Aduyaii! Apa cer? Memang la dah jadi hak mike tapi mike tu artis. Masyarakat melihat setiap pergerakan kemana je mike pergi waima masuk hotel sekali pun..opppsss..Udah le sebelum ni cerita gambar web cam yang didakwa mike yang tak senonoh pun penah keluo..Lagi tambah la menjadi hak mike nak buat apa pun..macam-macam la mike ni. Umur tu dah 40-an. Bawak-bawak la bersopan sikit.. Teman hanya nak nasihatkan aje. Hak mike kan,.kan nak dengar ke tak! Udah le pandangan masyarakat pada artis-artis Malaysia ni agak kureng sikit, tup..tup.. tambah pulak cerita mike. Yang teman hairan, mengapa la Pak We mike gatai-gatai upload kat instagram tu wat per? Pakai skirt pendek, memang mudah la terbukak der! Cuba la pakai yang labuh-labuh sikit la. Tak cukup kain ke nak bagi labuh! Kalau rasa tak cukup kain tu, meh teman bagi kain batik teman tampal-tampal kat mana yang patut. heeee..Jangan mare der! Nanti kena jual! Adeesss!!!! |
| UPDATED 2.15 PM : Dua Pengganas Yang Didakwa Bakal Berdepan Hukuman Mati Posted: 20 Mar 2013 11:27 PM PDT Lapan warga Filipina didakwa di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. Tiada sebarang pengakuan direkodkan ketika prosiding di hadapan Hakim P. Ravinthran berlangsung dan mereka hanya dibacakan pertuduhan untuk mencatatkan sama ada memahaminya atau tidak. Ravinthran membuat keputusan untuk tidak merekod pengakuan setelah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengetuai barisan pendakwaan memohon supaya perkara itu dilakukan setelah kesemua tertuduh diwakili peguam masing-masing. Pertuduhan dalam bahasa Melayu itu diterjemah ke bahasa Bajau serta Suluk oleh jurubahasa mahkamah. Atik Hussin Abu Bakar dan Basad Manuel ialah dua individu yang dituduh atas pertuduhan melancarkan perang dan mereka turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas. Atik Hussin didakwa melakukan dua kesalahan itu di Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu dari 9 Feb hingga 3 Mac lepas manakala Basad melakukan dua kesalahan yang sama dari 9 Feb hingga 2 Mac di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas ialah Lin Mad Salleh, Holland Kalbi, Habil Suhaili dan Timhar Hadir. Lin dan Holland didakwa melakukan kesalahan itu Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu, dari 9 Feb hingga 3 Mac manakala Habil dan Timhar didakwa melakukan kesalahan sama di Jalan Kastam Lama, Lahad Datu dari 9 Feb hingga 4 Mac. Dua tertuduh lagi, Kadir Uyung dan Lating Tiong didakwa cuba melindungi sekumpulan pengganas. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan pos Pasukan Gerakan Am (PGA) Tanjung Labian, Lahad Datu pada pukul 4.30 petang, 4 Mac lalu. Semalam kelapan-lapan mereka didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu dan kes itu diperintah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau hari ini. Bagi kesalahan memerangi Yang di-Pertuan Agong, Atik dan Basad didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung atau penjara seumur hidup dan denda. Manakala bagi tuduhan menganggotai kumpulan pengganas, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130KA kanun yang sama. Kadir dan Lating pula didakwa mengikut Seksyen 130K Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama. Kedua-dua pertuduhan itu (menganggotai dan melindungi pengganas) membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda. Sepanjang prosiding, keadaan mahkamah dikawal ketat oleh polis dan tujuh daripada pengganas dipakaikan 'straight jacket' (seperti dipakai pesakit mental) berwarna putih. Kelapan-lapan mereka dipercayai berusia antara 17 hingga 66 tahun dan diletakkan di bahagian kerusi hadapan mahkamah. Ketika dibacakan pertuduhan, Hakim Ravinthran meminta jurubahasa menjelaskan mengenai pertuduhan dan memberi kebenaran untuk setiap tertuduh menyatakan sesuatu berhubung prosiding yang berlangsung. Terdahulu Abdul Gani memaklumkan bahawa pihaknya telah menghubungi Persatuan Peguam Sabah untuk berbincang mengenai perlantikan peguam tertuduh. "Pihak pendakwaan juga akan menghubungi kedutaan Filipina atas semangat Asean berhubung perkara ini dan sekiranya tiada peguam yang tampil, pihak mahkamah boleh melantik peguam untuk membela mereka," katanya. Berikutan itu, mahkamah menetapkan 12 April untuk sebutan kes. Turut membantu Abdul Gani ialah Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan dan Dusuki Mokhtar. - Bernama |
| UPDATED 2.00 PM: Anggota pasukan keselamatan cedera dalam pertempuran Posted: 20 Mar 2013 11:00 PM PDT Seorang anggota pasukan keselamatan cedera pergelangan tangan kiri dalam satu pertempuran di Kampung Tanjung Batu, di sini semalam. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, anggota berkenaan dilaporkan stabil selepas pembedahan. Alhamdulillah! Semoga wira-wira negara akan dilindungi Allah S.W.T. Rakyat Malaysia akan bersama-sama mendoakan kejayaan wira-wira negara mempertahankan negara..Amin.. |
| ADUHH! Lari Tak Cukup Tanah ke Bang Nuar? Posted: 20 Mar 2013 10:30 PM PDT Adeeh! Bang Nuar oooi! Lari tak cukup tanah ke? Rakyat Permatang Pauh dah bising-bising pasal Anwar tak turun padang. Banyak janji-janji Anwar masa PRK Parlimen Permatang Pauh Ogos 2008 tak tertunai. Tidak hairan la Anwar mula mencanak lari dari kampung halaman sendiri ke tempat lain. Timbul pulak isu saman fitnah terhadap blogger Papagomo..Kesian ek! Dengan blogger pun kantoi, macam mana pulak la nak jadi Perdana Menteri..payah tu weh!! Terbaru, Anwar membayangkan akan bertanding kerusi Parlimen di Perak jika beliau memutuskan untuk tidak mempertahankan kerusi Permatang Pauh pada pilihan raya akan datang. "Terdapat kemungkinan saya akan kekal di Permatang Pauh tetapi tiada keputusan muktamad yang dibuat kerana terdapat cadangan supaya saya bertanding di Perak atau Selangor," Ye le Bang Nuar ooi! Rakyat Perak boleh terima ke pemimpin yang kaki hentam belakang nih! Jawap dulu skandal video seks sumbang yang telah bertebaran di internet, tapi masih lagi nak berdolak dalih dan memutar belitkan skandal sendiri..Spin Bang Nuar ooi! Ramai yang nak tengok Bang Nuar spin skandal sendiri.. |
| UPDATED 1.00 PM : Seorang Lagi Pengganas Ditembak Mati, Seorang Wanita Ditahan Posted: 20 Mar 2013 10:12 PM PDT Seorang lagi pengganas Sulu ditembak mati dan pasukan keselamatan turut menahan seorang wanita berusia lewat 40-an dalam satu pertempuran di Kampung Tanjung Batu, di sini, Rabu. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin mengesahkan perkara ini pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Felda Sahabat 16, di sini, Khamis. |
| BREAKING NEWS! Anwar Failkan Saman Fitnah RM100 Juta Pada Papagomo! Posted: 20 Mar 2013 09:37 PM PDT Tu Dia! Anwar dah failkan saman fitnah terhadap blogger papagomo! Dah cukup 48 jam la kot! Pada masa yang sama tempoh yang diberikan Papagomo pada Anwar untuk menarik saman fitnah terhadapnya pun dah cukup. Kira adil la tuh! Tak sabar nak tunggu video terbaru yang pasti hangat dipasaran.. Laporan mStar, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap blogger Papa Gomo berhubung video seks yang didakwa berkaitan Ketua Pembangkang baru-baru ini. Beliau menuntut ganti rugi RM100 juta daripada blogger, yang namanya dinyatakan dalam tuntutan sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris. Anwar memfailkan permohonan itu melalui peguam N.Surendran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis. Pada 16 Mac www.papagomo.com memaparkan gambar tunggal hitam-putih yang menunjukkan bahagian belakang seorang lelaki berbogel di dalam bilik hotel. Paparan itu juga menyediakan pautan ke laman blog lain dipanggil "Aksi si Raja Goyang", yang menyiarkan 13 gambar yang menunjukkan dua lelaki meraba-raba dan mencium satu sama lain, kononnya diambil dari video yang sama. Anwar telah menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video berkenaan. |
| BONGKAR! Bukti Manifesto Pakatan Rakyat Penipu Besar Posted: 20 Mar 2013 09:00 PM PDT Benarlah bagai dikatakan oleh Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim bahawa manifesto bukannya satu perjanjian. Maksudnya ia sekadar tawaran sebagai umpan politik kepartian yang tidak wajib ditunaikan sebaliknya hanya untuk dimungkiri kemudian di capati. Sebab itu apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan untuk melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut dan tiga lebuh raya pada awal Mac 2013 lalu, tak ramai yang teruja kerana tahu itu hanya sandiwara untuk mengabui mata rakyat menjelang pilihan raya sahaja. Tapi ada segelintir penyokong PR yang kembang dada kerana merasakan terowong itu jika menjadi realiti akan dapat dilalui tanpa bayaran tol. Maka berkokoklah mereka memuji kehebatan buatan Setiausaha Agung DAP. Tapi khalayak ramai tidak mudah lupa sekitar bulan November 2011 dulu, Ketua Menteri yang sama jugalah telah menyatakan kos pembinaan terowong bawah laut itu kelak akan diperoleh semula modalnya melalui kutipan tol. Siapa yang perlu membayarnya? Tentu sahaja penggunanya. Semasa Guan Eng berbangga membuat pengumuman tersebut semestinya Setiausaha Agung itu pun sudah lupa kenyataan lamanya yang sudah berusia lebih dua tahun. Itu kebiasaan orang politik yang gila publisiti dan banyak bercakap bila saja menjelang pilihan raya tapi bab kerja buat amat kurang. Menariknya baru sahaja 25 Februari 2013 yang lalu PR yang melancarkan manifesto Pakatan Harapan Rakyat yang antara lain kandungannya ialah menghapuskan kutipan tol konon demi kesejahteraan hidup rakyat. Tika itu juga gah berkokok sakan segelintir penyokong PR meraikannya. Hakikatnya, PR sendiri hanya pandai menabur janji, bila berhasrat nak membina terowong angan-angan kutipan tol tetap juga wujud. Semasa sesetengah pemimpin PR yang lain sibuk mempromosikan janji manis untuk menghapuskan kutipan tol, DAP pula terus berkeras untuk membina terowong dasar laut yang bertol. Akhirnya jadilah manifesto bukan perjanjian seperti mana diungkapkan oleh pemimpin PR dari Selangor. Patutlah semasa sesi dialog antara Guan Eng dengan rakyat berhubung projek mega berharga RM6.3 bilion itu baru-baru ini, dapat dilihat reaksi negatif di kalangan peserta yang tampak meragui kesungguhan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk merealisasikannya. Rakyat tidak teruja dengan projek itu kerana ia tidak hanya satu pembaziran wang rakyat tatkala Jambatan Kedua Pulau Pinang sudah hampir nak siap, tapi ia juga bukti nyata yang pemimpin PR memang juara membohongi rakyat. Sumber |
| Posted: 20 Mar 2013 08:21 PM PDT Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berbolak dalih menyatakan status orientasi dirinya sebenarnya sama ada 'dia homoseksual atau biseksual' semasa ditemubual dalam satu sesi rakaman video bersama penyampai radio BFM 89.9 Noelle Lim baru-baru ini. Merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sumber Kamus Pelajar Edisi Kedua 'berbolak-balik' ditakrifkan bercakap dengan tidak tetap atau berubah-ubah, berputar belit; Dia ~ dlm mempertahankan tindakannya itu'. Kewajiban melantik pemimpin yang adil adalah merupakan satu tanggungjawab yang tidak dapat disangkal lagi buat setiap insan yang mengungkap dua kalimah syahadah ,ini kerana pemimpin adalah merupakan khalifah Allah yang melata diatas muka bumi Allah ini. Kepincangan dalam pemilihan ini sebenarnya boleh membawa kepada lenyapnya keadilan dan keamanan dan seterusnya akan meletusnya kemungkaran dan kerosakan yang tidak terhingga. Maka tidak hairanlah, Islam telah menjanjikan kedudukan yang tinggi kepada para imam yang adil dan mereka inilah pewaris para nabi yang sentiasa menjaga kesucian agama Allah daripada terus dicemari. Sabda Rasulullah S.A.W dalam hadisnya: "Orang yang paling disayangi oleh Allah pada hari kiamat dan paling rapat kedudukan nya dengan Allah kelak ialah para imam yang adil" (Riwayat Tarmizi). Berdasarkan bukti pada rakaman video tersebut, Anwar jelas tidak layak menjadi pemimpin negara ini. Anwar yang selama ini dikenali serta diketahui umum kerana kepetahannya dalam ceramahnya, dicanang antara pemidato terbaik negara secara tiba-tiba 'terkedu' sehingga 'berbelit belit lidahnya' menjawab satu soalan asas berbentuk dwi pilihan 'Ya atau Tidak' dalam rakaman video berdurasi 10.09 minit itu. Jika perhatikan rakaman video pada minit 06.00 hingga 08:18, jelas memaparkan raut wajah Anwar berubah serta merta, gerakan badan serta intonasinya cuba 'memusing jawapan' mengalihkan fokus serta konsentrasi penyampai radio berkenaan. Oleh kerana tidak mahu Anwar melalut lebih lama, buat kali keduanya penyampai radio wanita itu terpaksa memotong percakapan beliau dan bertanyakan jawapan 'Ya atau Tidak'. Anwar langsung tidak mengendahkan soalan tersebut sebaliknya menukar topik menyebabkan penyampai radio mengulangi soalan kali ketiga dalam nada tegas meminta Anwar menyatakan pendiriannya. Memetik sepotong kata jawapan yang telah dinyatakan oleh Al-imam Hasan al Basri kepada Amirul Mukminin – Umar bin Abd Aziz ketika ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang pemimpin umat Islam; "Sungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi. Dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya "Dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnya menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-kali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka, tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustad'afin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka". Menyentuh aspek psikologi pula, ia adalah terlalu jelas bahawa Anwar telah gagal untuk mengekalkan hubungan mata dengan penyampai radio tersebut dan ada 'kesunyian janggal' yang diikuti oleh 'kegagapan' sekejap pertuturannya. Sseorang ahli psikologi yang pakar dalam bahasa badan tingkah laku boleh mengesahkan urutan ini sikap sebagai tanda bagi orang-orang yang 'terpedaya' Justeru, Islam telah melakarkan kepada kita beberapa ciri yang perlu ada pada umara-rabbani antaranya Islam iaitu pemimpin itu mestilah seorang muslim yang benar-benar menghayati agamanya. Ini kerana islam tidak membenarkan adanya golongan kafir yang memerintah umat Islam. Kedua adil iaitu sifat ini perlu dimiliki oleh pemimpin umat islam, ekoran begitu pentingnya tampuk pemerintahan yang dipegangnya itu. Ia adalah ibarat penyaksian kepada terlaksananya hukum Allah atau tidak dimuka bumiNya ini. Sebagimana syarat penerimaaan syahadah dalam hukum jenayah memerlukan sifat adil ini, maka apatah lagi tugas besar memimpin umat Islam. Ciri ketiga pula, golongan ulama dan umara perlu digabungkan untuk membentuk satu kesatuan bersepadu merencanakan arah geraknya masyarakat Islam didalam kehidupan seharian. Apatah lagi kalau sifat ini dimiliki pula oleh seorang pemimpin yang berwibawa dan berhemah tinggi, manakala ciri keempat melaksanakan hukum Allah serta bersikap sama rata dan terakhir sekali tidak berlaku zalim. Rakyat harus memilih calon pemimpin negara mempunyai sifat berani, bermaruah. keberanian yang harus dimiliki ialah ketetapan dan ketahanan hati, taat kepada ALLAH, tidak ada wahn (cintakan dunia dan takut mati), berani berterus terang dalam menyatakan yang haq, pandai menyimpan rahsia, sanggup mengakui kesilapan, insaf terhadap diri dan mampu mengawal kemarahan. Buat Anwar Ibrahim, 'THAT'S NOT A TOUGH QUESTION AT ALL!!!!! Suara Generasi Baru |
| Kisah Komando VAT 69 : Walau Di Hujani Peluru Kami Teruskan Bertempur Posted: 20 Mar 2013 07:00 PM PDT "Walaupun dihujani dengan beribu-ribu butir peluru dan nyawa kami terancam ketika itu, namun demi tugas dan kedaulatan negara kami teruskan bertempur." Demikian diungkapkan Konstabel Mohammad Qaiyum Aiqal Zolkifli, 22, anggota komando VAT 69 yang cedera ketika pertempuran menentang pengganas Sulu di Ladang Tandou, Lahad Datu, Sabah pada 1 Mac lepas. "Pada saya nyawa tidak penting, yang penting bagi kami pengganas Sulu yang menceroboh negara kita dihapuskan," katanya lagi. Mohammad Qaiyum Aiqal yang ditemui di majlis menyambut kepulangannya di rumah keluarganya di Kampung Bukit Kelicap, Senggarang ternyata masih trauma dan sebak apabila diminta menceritakan kembali detik peristiwa berdarah itu yang turut mengorbankan dua rakan sepasukannya. Beliau tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir apabila mengenang dua rakan sepasukannya yang terkorban dalam pertempuran itu. Mengimbas kembali kejadian, anak kelima daripada tujuh beradik itu berkata beliau terjatuh sebaik terkena tembakan di bahu kanan. "Walaupun telah cedera dan terjatuh, pihak musuh masih tetap menembak ke arah saya termasuk menggunakan senjata berat. Nasib baik ketika itu, seorang rakan iaitu Koperal Hairi menarik saya ke belakang sebatang pokok kelapa sawit untuk berlindung," katanya. Ketika itu beliau hanya berserah kepada Allah SWT dan reda jika umurnya tidak panjang, namun beliau bersyukur kerana Tuhan masih mengizinkannya untuk terus hidup. Ekoran tembakan peluru musuh yang menembusi dadanya, tiga tulang bahunya patah dan beliau dikejarkan ke Hospital Lahad Datu dan kemudiannya Hospital Sandakan sebelum dibawa ke Hospital Tentera di Lumut, Perak, untuk mendapatkan rawatan lanjut. Ditanya sama beliau serik dengan kejadian itu, dengan penuh bersemangat Mohammad Qaiyyum Aiqal berkata perkataan serik dan putus asa tidak ada dalam dirinya. "Selagi saya bernyawa dan selagi saya boleh melangkah, saya akan terus mempertahankan kedaulatan negara. "Apabila saya sembuh dan jika diizinkan saya akan kembali ke Lahad Datu demi memastikan keamanan negara pulih seperti sediakala," katanya. Dalam kejadian pada 1 Mac lepas, dua anggota komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban, manakala 12 penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina maut dalam kejadian tembakan membabitkan kedua-dua pihak di Kampung Tanduo. Dua anggota komando VAT 69 yang terbunuh dalam pertempuran itu ialah ASP Zulkifli Mamat dari Besut, Terengganu dan Sarjan Sabaruddin Daud dari Sabak Bernam, Selangor. Selain Mohammad Qaiyum Aiqal, dua lagi anggota yang cedera ialah Koperal Azman Ampong dan Koperal Mohd Tarmizi Hashim. Sementara itu lebih 500 penduduk Kampung Kelicap dan kawasan sekitar berkumpul di rumah Mohammad Qaiyum Aiqal sejak pukul 2 petang sebaik mengetahui beliau akan pulang ke rumah. Mereka sabar menanti sehingga pukul 6.30 petang dan ramai di kalangan penduduk kelihatan mengalirkan air mata apabila melihat kecederaan yang dialaminya. Turut menyambut wira negara itu ialah Anggota Parlimen Batu Pahat Dr Mohd Puad Zarkashi dan Anggota Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad yang menyampaikan sumbangan kepada beliau. BERNAMA |
| ALFATIHAH! HELIKOPTER TERHEMPAS SEBABKAN KEMATIAN DI KOMPLEKS BELIA PAROI SEMALAM!! Posted: 20 Mar 2013 06:23 PM PDT Gimik Pelancaran Padang Sintetik yang dianjurkan di Kompleks Belia Paroi dengan menggunakan Helikoper Kawalan Jauh berakhir dengan tragedi apabila helikopter yang dikawal menjunam dan terkena beberapa penonton yang sedang berada di situ. Ia mengakibatkan 2 orang tercedera dan seorang kanak-kanak dalam lingkungan 2-3 tahun meninggal dunia. Dalam kejadian kira-kira jam 9.55 malam itu, budak berkenaan dikatakan sedang tidur. Kemalangan dipercayai berpunca daripada helikopter kawalan jauh itu gagal dikawal selepas terlanggar benang yang ada di situ. Walaubagaimanapun siasatan sedang dijalankan dan YAB Menteri Besar yang dijemput hadir dalam majlis berkenaan merasa kesal perkara seumpama itu terjadi dan mengarahkan siasatan teknikal dijalankan agar perkara seumpama itu tidak berlaku lagi. YAB Menteri Besar Negeri Sembilan bergegas berlari mendapatkan budak itu sejurus selepas helikopter kawalan jauh itu terhempas. Beliau yang ditemui di Hospital Tuanku Jaafar juga menyatakan akan memberikan bantuan dan sumbangan yang sepatutnya kepada ahli keluarga mangsa. "Perkara ini amat mengejutkan dan ia satu kemalangan yang tidak disengajakan", ujar seorang saksi. Persembahan nyanyian dibatalkan serta merta selepas kejadian itu. Kemungkinan ada unsur sabotaj juga tidak dapat ditolak. Siasatan menyeluruh perlu dijalankan. Apa-apa pun rakyat yang menyaksikan perkara itu amat bersimpati dengan keluarga mangsa. Al Fatihah 3x.... ALFATIHAH !! Sumber |
| FOTO (11) : Sekitar Gambar Kereta Kebal Adnan Beraksi Di Lahad Datu Posted: 20 Mar 2013 06:00 PM PDT Pasukan keselamatan menggunakan kereta perisai jenis Adnan dalam Ops Daulat untuk mengempur saki-baki pengganas bersenjata Sulu di Kampung Tanjung Batu. Kereta Perisai Adnan telah beroperasi menggeledah pengganas sejak beberapa hari yang lalu. Teman nak berkongsi beberapa keping foto kereta Perisai kebanggaan ini yang dikutip daripada beberapa sumber. |
| GAMBAR TERKINI : Pengganas Sulu Di Dakwa ( 5 Gambar) Posted: 20 Mar 2013 05:00 PM PDT |
| HOT NEWS! Kerajaan Pas Kedah Diambang Kehancuran Posted: 20 Mar 2013 04:00 PM PDT Ibarat cuba menutup bangkai gajah dengan pelepah kelapa, krisis pergolakan yang melanda Pas Kedah telah membuatkan kepimpinan Pas Pusat semakin pening kepala dalam mencari kaedah terbaik untuk mendamaikan kelompok pimpinan yang rakus untuk berkuasa. Lebih membingungkan tindakan mereka telah menyebabkan jentera parti di negeri Kedah berada dalam keadaan yang paling lemah bagi menghadapi gelombang BN yang semakin kuat dan yakin untuk merampas kembali negeri Jelapang padi itu. Ekoran pergeseran yang melanda di antara enyokong Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi itu, ramai merasakan ia sebagai pemulaan runtuhnya kerajaan Pas Kedah yang sering dibelenggu dengan pelbagai masalah. Selain saling menyalahkan antara satu sama lain, mereka turut mengunakan pendekatan menjaja dan mengadu domba pelbagai cerita yang langsung tidak mengambarkan sebagai pemimpin yang kononnya mewakili parti Islam. Pertikaian Azizan-Phahrolrazi semakin panas susulan wujudnya ura-ura bahawa orang nombor dua PAS Kedah itu dikatakan tidak dinamakan untuk mempertahankan kerusi yang disandang, sebaliknya diletakkan di Parlimen Jerlun untuk menentang anak bekas perdana menteri Datuk Mukhriz Mahathir. Ketika diminta mengulas mengenai perkembangan politik Pas di Kedah itu, Azizan pernah menempelak kumpulan-kumpulan penentangnya sebagai musuh dalaman yang ingin mewujudkan huru-hara. Momentum penentangan terhadap Azizan bertambah kuat apabila ahli-ahli Pas di Jerlun dan Jerai termasuk penyokong-penyokong kuat Azizan di Sungai Limau secara terbuka mendesak Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sungai Limau itu meletakkan jawatan sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah. Menurut salah seorang ahli Pas seumur hidup Mohd Salleh Abu, menegaskan kesombongan dan keangkuhan Azizan semakin ketara apabila dipilih sebagai Menteri Besar Kedah. "Saya pernah berkhidmat dengan beliau selama empat penggal, malah menatang dia seperti minyak penuh dan dilakukan seperti keldainya. Tetapi dia hina saya sebagai orang gila" katanya. Walaupun ramai di kalangan penyokong Pas melihat, pepecahan itu bakal merugikan Pas tambahan pula di saat negara akan berdepan dengan PRU13, namun Timbalan Presiden Pas Pusat, mat Sabu masih cuba berlagak 'macho' untuk menutup kelemahan itu. Ketika diminta mengulas, Mat Sabu hanya mengatakan ia adalah merupakan satu perkara biasa dan langsung tidak akan menjejaskan peluang Pas Kedah untuk terus mempertahankan kerajaan negeri yang telah dipimpin selama 5 tahun itu. Kesimpulannya, episod perebutan kuasa ini merupakan satu rahmat buat rakyat Kedah, untuk melihat sendiri kerakusan kuasa pemimpin Pas yang selama ini sering mengunakan Islam sebagai modal meraih undi. Sedangkan pada hakikatnya mereka hanya bertopengkan Islam demi untuk menghalalkan semua salah laku yang dilakukan. Cukuplah dengan penderitaan yang ditanggung rakyat selama 5 tahun berada di pimpinan negeri yang hanya sibuk bergaduh untuk kepentingan peribadi semata-mata. Suara Generasi Baru |
| PANAS! Rahsia Nur Misuari Akhirnya Terbongkar Posted: 20 Mar 2013 03:00 PM PDT Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menolak dakwaan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari kononnya Kerajaan Malaysia telah menggunakan MILF bagi memperkukuh tuntutannya ke atas Sabah dan bertanggungjawab mendorong perpecahan di kalangan rakyat Moro. Ketua Sekretariat MILF Mohammad Ameen berkata dakwaan itu adalah satu pembohongan dan palsu semata-mata. "Misuari melakukan dosa berat kerana membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan cuai terhadap MILF dan kerajaan Malaysia," beliau disebut sebagai berkata oleh Pusat Berita Luwaran. Serangan lisan terbaru Misuari itu disiarkan oleh Al-Jazeera, YouTube dan beberapa media arus perdana Malaysia di Kuala Lumpur pada Selasa. Ameen mengingatkan Misuari bahawa Malaysialah yang telah menggesa pembentukan Persidangan Perpaduan Bangsamoro (BSC) pada 2002 demi menyatukan pelbagai puak dalam MNLF dan MILF dan menggalakkan pendirian bersama di kalangan mereka terutama untuk berurusan dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). "Bagaimana pula Malaysia boleh menggunakan MILF bagi mengukuhkan tuntutannya ke atas Sabah, bila Sabah tidakpun menjadi sebahagian daripada agenda rundingan damai sejak 2001?" kata Ameen. Ameen turut memberitahu Misuari bahawa Malaysia tidak pernah menawarkan diri untuk mengatur rundingan damai Kerajaan Filipina-MILF (GPH-MILF), tetapi Presiden Gloria Macapagal-Arroyo pada 2001 yang meminta Malaysia bertindak sebagai orang tengah antara dua pihak berkenaan setelah rundingan diadakan semula, selepas Presiden Joseph Estrada melancarkan perang terhadap MILF pada tahun 2000. Presiden Arroyo, dalam lawatan luar negaranya yang pertama sejak menjadi presiden selepas penggulingan Presiden Estrada, telah berkunjung ke Kuala Lumpur untuk secara rasmi meminta Malaysia mengatur rundingan damai GPH-MILF. "Malaysia setakat memberi respon ikhlas terhadap permintaan jiran yang baik," jelas beliau. Ameen juga mempersoal niat Misuari yang begitu beria-ia menyokong tuntutan Sabah sekarang sedangkan beliau tidak pernah menimbulkan isu itu sepanjang 21 tahun rundingan damainya dengan kerajaan Filipina. Sementara Perjanjian Damai Muktamad Kerajaan Republik Filipina-MNLF (GRP-MNLF) pada 1996 tidak pernah merujuk kepada tuntutan Sabah. BERNAMA |
| PANAS! Azizan Razak Takut Dengan Bayang-Bayang Sendiri Posted: 20 Mar 2013 02:00 PM PDT Kerajaan negeri Kedah yang diterajui PAS dan pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (Kuin) seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri apabila menggunakan khidmat Unit Amal PAS serta Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Kuala Ketil sebagai pengawal keselamatan pada satu majlis di kampus induknya, Selasa. Kehadiran lebih 50 anggota Unit Amal dan MTD itu sepanjang Majlis Anugerah dan Jasamu Dikenang juga menunjukkan mereka takut dengan perjuangan petugas kolej universiti milik kerajaan negeri menerusi Bersih Kuin dalam memperjuang hak serta kebajikan mereka. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata tindakan pentadbiran tertinggi Kuin dan kerajaan negeri itu hanya berdasarkan andaian kononnya 10 petugas Kuin yang diberi surat tunjuk sebab bulan lepas ingin membuat kecoh pada majlis berkenaan. "Mereka kata kumpulan petugas ini akan buat heboh semasa majlis ini berjalan. Itu andaian yang mereka buat sehingga membawa masuk Unit Amal PAS untuk buat kawalan, kononnya nak elak kekecohan tetapi sebenarnya tiada apapun yang berlaku. "Lagipun jumlah petugas yang dilarang masuk hanya 10 orang, tetapi mereka bimbang dan takut sehingga ke tahap itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Himpunan Usahawan Kedah di sini, Rabu. Beliau berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana Kuin mempunyai unit keselamatan mereka sendiri yang mampu mengawal keadaan ekoran larangan terhadap 10 petugas menghadiri majlis berkenaan. Katanya, selama ini Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang juga Pengerusi Kuin, mendakwa Umno menjadi dalang pelbagai isu yang melanda Kuin namun insiden semalam menyaksikan PAS sendiri mempolitikkan kolej universiti itu. Ahmad Bashah berkata tidak keterlaluan jika dikatakan PAS mengamal budaya politik samseng dengan tindakan kasar Unit Amal dan MTD parti itu dalam kejadian berkenaan. "Apakah kuasa yang ada pada kumpulan ini untuk bertindak demikian? Kalau dalam politik, seperti dalam ceramah, bolehlah mereka 'bertugas' tetapi Kuin adalah hak kerajaan negeri," katanya. Difahamkan, petugas Unit Amal PAS dan MTD memakai ves dengan logo PAS ketika bertugas mengawal pergerakan petugas Kuin pada majlis yang dirasmikan anggota exco kerajaan negeri Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul, mewakili Menteri Besar. BERNAMA |
| Posted: 20 Mar 2013 01:00 PM PDT Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor akan melancar Operasi Kibar (Ops Kibar) iaitu pemasangan bendera parti di lokasi strategik di 22 kawasan Parlimen di negeri ini bagi mewujudkan kesedaran mengenai parti gabungan itu. Pengerusi Pemuda BN Negeri Ungku Salleh Ungku Jamal berkata operasi itu juga bertujuan menyatakan komitmen BN yang sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat terbaik untuk mereka. Beliau berkata pihaknya juga akan mengadakan perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Perdana Menteri Bersama Warga Industri Selangor di Padang Bukit Jelutong di sini Ahad ini. Pertandingan akhir itu diadakan susulan pertandingan bola sepak itu yang bermula sejak 10 Mac lepas melibatkan 15,000 peserta terdiri daripada kalangan warga industri. "Pertandingan akhir ini dijangka bermula pada pukul 9 pagi dan kami turut menawarkan pelbagai hadiah kepada pasukan yang memenangi kejohanan itu termasuk piala dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM16,000," katanya. BERNAMA |
| BERITA PALSU : Parlimen Bubar! Posted: 20 Mar 2013 12:00 PM PDT Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat laporan mendakwa terdapat berita palsu berkaitan pembubaran Parlimen yang disiar beberapa laman sosial pada Rabu. Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata suruhanjaya itu dengan kerjasama polis sedang menyiasat laporan itu. "Jika didapati (terdapat pihak) melanggar undang-undang, mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. Mereka yang didapati bersalah mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan berdepan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya, katanya. "Orang ramai diperingat supaya tidak menyebar maklumat atau berita palsu melalui SMS atau media sosial kerana maklumat sedemikian, jika diangkat di dalam blog contohnya, boleh mengganggu-gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini," katanya. BERNAMA |
| HOT! Amaran Kepada Nur Misuari? Posted: 20 Mar 2013 11:00 AM PDT Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot pada Rabu memberi amaran kepada bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MILF) Nur Misuari supaya tidak cuba mengambil kesempatan daripada insiden Lahad Datu untuk meraih agenda kepentingan peribadinya. Ketika menyangkal dakwaan Misuari bahawa Sabah secara sah milik apa yang dipanggil sebagai Sultan Sulu, beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telahpun menyatakan dengan jelas bahawa negeri itu sebahagian daripada Malaysia dan tiada siapapun boleh mempertikaikan kedaulatan dan kedudukan mutlaknya sebagai wilayah yang sah dalam Malaysia. "Nasihat saya kepada Misuari adalah jika beliau cintakan keamanan seperti yang didakwanya dan jika beliau benar-benar sayang dan mengambil berat terhadap Bangsamoro, beliau sepatutnya menyokong serta menyertai usaha ke arah perjanjian damai dalam lingkungan kerangka yang dimeterai baru-baru ini antara kerajaan Filipina dan Bangsamoro bagi perdamaian yang berkekalan di Mindanao," katanya pada persidangan media di sini. Sambil memberi amaran kepada Misuari agar 'jangan menangguk di air yang keruh', beliau menggesa Misuari supaya menumpukan tenaga dan masa beliau yang masih ada kepada perjanjian damai itu demi manfaat rakyat senegaranya dan kerajaan Filipina, yang menuntut kesetiaannya. Beliau berkata menggalakkan keamanan adalah satu daripada tonggak dasar luar Malaysia dan untuk itu, negara akan bersungguh-sungguh melindungi dan mempertahankan setiap inci bumi Sabah daripada pencerobohan asing dan sebarang tindakan keganasan. "Kita telah menyaksikan kacau-bilau dan ketidakstabilan di selatan Filipina yang sememangnya tidak membawa apa-apa keuntungan kepada sesiapa pun, sebaliknya hanya membebankan Malaysia dan negara berjiran lain kerana terpaksa memberi perlindungan kepada mereka yang meninggalkan kampung halaman untuk mencari perlindungan dan kehidupan lebih baik," kata Riot. Tiada apa yang Malaysia hasratkan daripada jirannya selain daripada untuk mereka menikmati keamanan, kestabilan dan kemakmuran, katanya. Bagi tujuan itu, beliau berkata Malaysia terlibat secara aktif dalam misi pengaman di seluruh dunia dan sedia menjadi pengantara dalam usaha ke arah perdamaian di negara berjiran, khususnya Filipina. Beliau berkata hubungan dua hala yang mesra antara kedua-dua negara itu terserlah apabila gabenor serantau wilayah otonomi Islam Mindanao Mujir S Hataman mengadakan kunjungan hormat ke atas beliau di pejabatnya di Putrajaya pada Oktober tahun lepas. BERNAMA |
| Dah Kantoi Nak Janji Lagi Ker? Bingung! Posted: 20 Mar 2013 10:00 AM PDT Walaupun gagal untuk menunaikan janji-janji yang pernah dibuat ketika kempen pilihanraya yang lalu, pakatan pembangkang kembali untuk menaburkan janji-janji baru bagi membodohkan rakyat khususnya di Selangor. Terbaru kerajaan pakatan di Selangor kembali menaburkan umpan lama dengan BERJANJI untuk memberikan bantuan kepada ibu tunggal sekiranya terus dipilih menerajui kepimpinan negeri. Dalam satu ceramah yang diadakan di Lembah Keramat malam tadi, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Rodziah Ismail berjanji untuk menubuhkan tabung khas bagi golongan tersebut sekiranya pakatan pembangkang berjaya merampas Putrajaya. Walaupun secara zahirnya tawaran BARU yang diberikan itu sungguh manis, namun sekiranya diteliti semula semua janji-janji yang pernah diberikan ketika kempen pilihanraya 2008, nyata semua yang dikatakan itu adalah dusta dan pembohongan semata-mata. Lebih mengecewakan, Rodziah sebelum ini ketika diminta mengulas mengenai isu saman yang dikemukan oleh ibu-ibu tunggal Selangor mengatakan kumpulan tersebut hanya berlakon. Ketika mengulas lanjut, dia turut melemparkan tuduhan dengan mengatakan mereka sebagai hipokrit dan bermuka-muka kerana ingin memancing simpati untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Pada 22 November tahun lalu, Persatuan Ibu Tunggal Selangor, telah mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri bagi menuntut tunggakan elaun bulanan berjumlah RM10.9 juta yang dijanjikan dalam manifesto 'Barisan Alternatif' 2008. Persatuan yang mewakili 2,020 ibu tunggal selaku plaintif menamakan kerajaan negeri Selangor sebagai defendan pertama dan Abdul Khalid sebagai defendan kedua. Dalam saman tersebut, plaintif mendakwa, defendan pertama berjanji kepada rakyat Selangor termasuk mereka untuk memberi elaun elaun sebanyak RM100 sebulan kepada ibu tunggal sekiranya defendan pertama memenangi pilihan raya umum 2008. Namun apabila pakatan membentuk kerajaan negeri di Selangor, semua yang dijanjikan hanya tinggal janji. Manakala pada 12 Disember lalu, seramai 3,011 ibu tunggal, turut memfailkan tuntutan sama terhadap kerajaan negeri dan Abdul Khalid dengan menuntut tunggakan elaun ibu tunggal kira-kira RM16.26 juta. Kerajaan negeri sebelum ini juga pernah membuat permohonan untuk membatalkan saman yang dikemukan itu dengan alasan 'MANIFESTO PAKATAN BUKAN JANJI' namun telah ditolak oleh mahkamah. Hakim Datuk Yaacob Md. Sam ketika membuat keputusan mengatakan sama ada janji atau manifesto, ia boleh dikuat kuasa sebagai satu kontrak dan mahkamah berpendapat isu tersebut melibatkan keperluan keterangan dan tafsiran undang-undang. Mahkamah turut memutuskan janji-janji tersebut masih wujud dan berterusan untuk diterjemahkan sebagai polisi oleh pihak terpilih berdasarkan janji-janji tersebut yang mendorong dan memberikan keyakinan serta kepercayaan kepada pengundinya bagi bertindak ke atasnya. Suara Generasi Baru |
| You are subscribed to email updates from Apple Biru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.



































No comments:
Post a Comment