Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANASS GILA! Nabil Akhirnya Mengaku Menyokong Dasar Barisan Nasional Kerana Kebenaran! #BNYCT
- HOT INFO! #LahadDatu Syaitan Sulu Lancar Perang, Tapi Adiknya dah Lari Lintang Pukang! #PrayforSabah
- PANASS!! Video Tian Chua Kata Pencerobohan di #LahadDatu Satu Sandiwara! #PrayforSabah
- HOT INFO! Apa Itu Tanah #Felda dan Tanah Peneroka? #FGVH
- PANASS!! Mahasewel Aju Soalan 'BUNUH' Kepada @TunFaisal!! #Mahasewel
- GEMPAR!! Bukti 30 Ribu Penyokong Pas Kedah Bakal Kalahkan UMNO? #TukarKedah
- PANASS!! Apakah Benar Itu Gambar 'Raja Goyang' Pemimpin Pembangkang?
| PANASS GILA! Nabil Akhirnya Mengaku Menyokong Dasar Barisan Nasional Kerana Kebenaran! #BNYCT Posted: 18 Mar 2013 08:48 AM PDT Nabil pelawak popular yang memenangi Raja Lawak, berani mengakui bahawa beliau menyokong dasar Kerajaan. Artis seperti beliau tidak takut untuk berhadapan dengan cemuhan dan tohmahan semata-mata untuk memperjuangkan kebenaran. Ternyata Mc mengagumi semangat Nabil. Artis yang sokong BN bukan artis yang dah expired dan suam-suam kuku, semuanya artis popular. Bukan macam Pakatan, artis mak janda meroyan, artis tua yang kedut seribu, pelawak basi dan hero malaya gila betina. Tak best langsung! Disebabkan demikian, Mc minta para cybertroopers Pro BN menyokong perjuangan ikhlas Nabil, jangan biar artis seperti Nabil berjuang seorang diri. Takut nanti, lama kelamaan mereka menjadi takut dan undur diri dari bidang seni. Lagi satu, tolong LIKE video ni boleh tak? Support la sikit! Tak semangat langsung! he he.. McTheory: Sokong Nabil 100% dalam perjuangannya.. | ||||||||||||
| HOT INFO! #LahadDatu Syaitan Sulu Lancar Perang, Tapi Adiknya dah Lari Lintang Pukang! #PrayforSabah Posted: 18 Mar 2013 06:49 AM PDT Operasi menghabiskan saki baki penganas akan diteruskan, walaupun Sultan Sulu takdak Istana dan daulat sudah melancarkan perang gerilla terhadap Malaysia. Namun itu tidak mematahkan semangat pasukan anggota keselamatan Malaysia untuk terus memburu mereka. Adalah kelakar bila Syaitan Sulu melancarkan perang, sedangkan adiknya sudah melarikan diri dari medan tempur. Kepala perang konon, telur pun takdak! Pasukan keselamatan akan terus memburu saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu dan yakin dapat menumpaskan mereka dalam tempoh terdekat. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pasukan keselamatan percaya jumlah militan yang berkubu di Kampung Tanjung Batu kini kurang daripada 50 orang. Beliau berkata pasukan keselamatan juga tidak menghiraukan pengumuman Jamalul Kiram yang disiar media Filipina bahawa kumpulan pengganas itu akan melancarkan perang gerila ke atas Malaysia. "Jamalul Kiram boleh cakap apa saja. Kami akan tentang mereka habis-habisan," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mejar Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini. Hamza berkata dua pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas pada hari ke-14 Operasi Daulat iaitu pada 8.05 pagi dan 9.45 pagi. Menjawab pertanyaan wartawan stesen televisyen Filipina GMA 7 mengenai pasukan keselamatan mengambil kesempatan ke atas pengganas setelah Jamalul Kiram mengumumkan gencatan senjata, Hamza berkata pengganas terlebih dahulu menyerang dan membunuh dua anggota polis serta mencederakan tiga lagi dalam pertempuran di Kampung Tanduo, dekat sini 1 Mac lepas. "Kami tidak akan hormati kata Jamalul Kiram kerana pengikutnya menembak mati dua anggota polis, sedangkan sehari sebelum itu beliau umum gencatan senjata," katanya. Hamza turut memberitahu bahawa Malaysia dan Filipina sedang berunding berhubung tuntutan mayat 28 pengganas yang ditembak mati dalam insiden pencerobohan itu. Sementara itu, Ahmad Zaki berkata 12 kereta kebal berantai jenis Adnan milik tentera darat tiba di Felda Sahabat untuk membantu mengukuhkan pertahanan dan membanteras pengganas di Kampung Tanjung Batu. "Kereta perisai itu juga bertujuan untuk memberi perlindungan yang lebih efektif kepada pasukan keselamatan dalam menggeledah kawasan dan mendominasi kawasan," katanya. Di KUALA LUMPUR, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pasukan keselamatan yakin operasi pembersihan di Kampung Tanjung Batu akan selesai dalam masa dua atau tiga hari lagi sebelum penduduk dibenar pulang ke rumah masing-masing. "Operasi di Sungai Nyamuk dan Kampung Tanduo telah selesai dan kini dalam peringkat menentukan kerosakan yang dialami penduduk kampung," katanya kepada pemberita di Kementerian Pertahanan di sini hari ini. Mengenai tempoh Operasi Daulat, Zulkifeli berkata pasukan keselamatan tidak dapat memberi jangka waktu bila operasi itu akan berakhir. - BERNAMA | ||||||||||||
| PANASS!! Video Tian Chua Kata Pencerobohan di #LahadDatu Satu Sandiwara! #PrayforSabah Posted: 18 Mar 2013 05:37 AM PDT | ||||||||||||
| HOT INFO! Apa Itu Tanah #Felda dan Tanah Peneroka? #FGVH Posted: 18 Mar 2013 02:16 AM PDT Sebelum ini ramai yang tak tahu apa itu tanah FELDA dan apa pula status tanah peneroka, namun selepas isu FGVH ni tersebar diseluruh pelusuk Malaysia. Ramai yang ingin tahu, sebab Mazlan Aliman dalam ceramahnya banyak sembunyikan fakta dan kebenaran. Apa itu Tanah FELDA? Nama pun tanah FELDA..sudah tentu tanah ini milik FELDA..tanah ini diusahakan sendiri oleh pihak FELDA dan langsung tiada kaitan dengan peneroka..FELDA ada hak untuk memberi hak ini kepada para peneroka melalui tawaran permohonan peneroka baru...jikalau seseorang anak FELDA tidak menjadi salah seorang keluarga peneroka FELDA, mereka masih boleh berkhidmat di FELDA dengan menjadi kakitangan atau pekerja FELDA walaupun bukan bergelar peneroka... Pembangkang perlu tahu..kebanyakan daripada mereka beranggapan..anak FELDA jer pasti kerjanya menyawit..walhal sehingga hari ini, macam-macam benda anak-anak FELDA ini sudah buat...ada yang mengusahakan pembuatan elektronik telefon, ada yang ingin mendaki gunung Everest dan ada yang sudah bermain bola sepak dieropah... Satu perkara yang saya banggakan anak-anak FELDA ini ialah mereka sangat bermotivasi untuk memajukan diri mereka disamping membawa nama FELDA di persada dunia... Tanah peneroka ini adalah hak milik peneroka. Pada waktu dulu, felda akan dibagikan 1/2-1 ekar untuk tempat tinggal...Felda akan membahagikan 1 bahagian mengikut sistem blok yang mana satu block terdapat 10 ekar tanah.. Dalam 10 ekar ini terdapat 4 orang pemilik...setiap orang pemilik akan dapat memperolehi 10 ekar tanah di blok yang berbeza..makanya setiap orang pemilik akan dapat 2.5 ekar tanah di setiap blok yang mana mereka akan ada hak 2.5 ekar dalam 4 blok berbeza...ini adalah salah satu pendekatan untuk memudahkan urusan... Felda akan memberi tanah dan rumah ini dalam bentuk ansuran yang mana harganya sangat berpatutan..sebelum ini, para peneroka diberi hak sebanyak 2.5 ekar x 4 bahagian...1 bahagian itu dikongsi dengan orang lain..sampai 1 masa, kesemua tanah ini akan dicantumkan menjadi 10 ekar..bolehlah nego suka sama suka... Tanah dan rumah yang diansuran akan menjadi hak mutlak setelah semua bayaran selesai..para peneroka juga akan dapat geran... Bila tanah dah jadi hak milik para peneroka..mereka ada 2 pilihan samada nak urus sendiri atau suruh FELDA urus...sekiranya mereka menebang pokok untuk penanamn semula tiada income akan diperolehi sehingga pokok mengeluarkan hasil... Jika peneroka tidak mampu untuk mengurus sendiri tanah mereka, maka mereka boleh mengambil inisiatif untuk FELDA menguruskan...sepanjang FELDA menguruskan tanah ini, mereka akan menerima hasil walaupun duduk goyang kaki di rumah... Manakala sekiranya mereka mampu mengurus sendiri, mereka boleh upah pekerja dari kalangan anak peneroka mahupun warga indonesia...FELDA akan memberi bantuan dari segi baja subsidi...cumanya mereka perlu mengeluarkan modal sendiri untuk tanam semula dan pengurusan...hasilnya mereka boleh menjual kepada FELDA walaupun mereka menguruskan sendiri... Walaupun peneroka memilih untuk mengurus sendiri tanah, mereka tetap mendapat hak seperti peneroka yang mengamanahkan FELDA mengurus tanah...jikalau FELDA memberi bonus raya, bonus hasil sawit dan apa sahaja betuk bonus...semua peneroka akan mendapat manfaat... Lihatlah betapa bertuahnya badan peneroka, itu pun tak, masih ada yang tak tahu bersyukur. Kalau Mc jadi peneroka, tadah tangan dan bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Malah Mc rasa bertuah kerana Allah kekalkan negara kita dibawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional. Moga kekal atas kehendaknya, Aminn... | ||||||||||||
| PANASS!! Mahasewel Aju Soalan 'BUNUH' Kepada @TunFaisal!! #Mahasewel Posted: 17 Mar 2013 11:17 PM PDT Jom kita tengok seorang pelajar yang mungkin rasa, dialah yang lebih bijak dan advance. Soalan yang mahasewel ni ajukan kepada Tun Faisal seolah-olah soalan provokasi, antaranya Isu Pembunuhan Altantuya, kemudian kenapa tidak memberi ruang kepada parti pembangkang untuk berhujah di dalam Media Arus Perdana? dan Isu Debat dengan PM Najib Razak dan Anwar Liwat Ibrahim. Bagaimana seorang pelajar boleh bertanyakan soalan yang jauh dari perbincangan dalam program itu sendiri. Mc tak kata, bertanya soalan tu salah. Tapi soalan yang dia tanya tu, sudah pun dijawab berkali-kali oleh agensi kerajaan, media dan blogger sendiri. Tidak lain tidak, soalan yang ditanya tidak ikhlas, dan cuba mewujudkan sesuatu yang tidak baik dalam program tersebut. Tengok video dibawah, Kenapa tidak bertanyakan soalan hak mahasiswa berpolitik? Tanyakan sesuatu yang mewakili mahasiswa, bukannya tanya pasal ISU POLITIK permainan pembangkang. Kata mahasiswa cerdik pandai, kenapa sering dipergunakan oleh pembangkang? Muka-muka macam nilah yang selalu panjat pagar dan guling atas jalanraya untuk hantar memorandum pukul 12 tengah malam. McTheory: Ingatkan pandai, rupanya pandir ja pun.. | ||||||||||||
| GEMPAR!! Bukti 30 Ribu Penyokong Pas Kedah Bakal Kalahkan UMNO? #TukarKedah Posted: 17 Mar 2013 08:31 PM PDT Mc agak tertarik dengan penelitian blog Medan Tempur dalam himpunan Pas Kedah di Setar Walk pada baru-baru ini. Puak Pas kata depa dah hebat sangat dah!! Betui ka depa hebat? he he.. Biaq betui apa yang aku dengaq ni?? Semua blog pencacai Pas Kedah tulis sampai berpuluh puluh ribu hadir..Huh !! tak agak agak nak tulis pun..Sekali aku tengok dah boleh tau berapa ribu saja yang mai semalam..Tu pun semua yang mai totok totok hijau kelat bukannya pengundi atas pagar..
Lori yang menjadi stage untuk pemimpin pakaton berada betul betul di hadapan pintu masuk holiday villa dan bertentangan dengan kedai paling hujung iaitu Zon Ria.. Manakala kedai Farmasi Guardian adalah barisan terakhir penganut penganut pakaton berdiri..Jarak antara kedai Zon Ria dan Farmasi Guardian adalah 100 meter jika dikira melalui tiang lampu dihadapan kedai tersebut.. Gambar diatas pula pandangan dari tepi Lihat baris penyokong Pas berdiri betul betul dihadapan Guardian..Gambar dibawah pula diambil dari belakang
Lihat betapa dekatnya jarak antara baris belakang dengan stage di hadapan...Banyak ini sajakah penyokong Pas di Kedah?? Gambar ini pula diambil dari hadapan Kedah Zon Ria..Baris melintang adalah baris penyokong Pas berdiri hingga bulatan pada papan tanda bersebelahan Guardian..Bandingkan dengan gambar gambar sebelumnya diatas.. Gambar diatas ini pula lakaran grafik yang menunjukkan jarak dan keluasan tempat himpunan kebangkitan penyokong Pas diadakan dan dibenarkan.. Kalau dilihat pada nombor nombor lot kedai diatas, jarak antara kedai paling hujung iaitu Zon Ria dan lot Kedai yang keenam Guardian adalah 100 meter sahaja.. Kalau difikirkan logik akal, mampukah jarak 100 meter dan lebar 30 meter termasuk kaki lima hotel dan kedai mampu menampung seramai 30 ribu orang??? Inilah buktinya beloger tua Pas Kedah bodoh tak sudah.. Terpaksa bohong sebab nak cover program FAIL ni.. Mai sini aku nak tunjuk gambaq manusia ini yang sampai sudah tak mengaku beloger Pas Kedah .. Jeng jeng jeng
Zul ya sedang memberi arahan kepada orang suruhannya untuk mengambil gambar orang ramai..(kalau hangpa tak caya pi la buka blog dia tengok angle yang dia ambil tu..
Bandingkan kedua dua gambar ni..Sama tak kedudukan antara budak laki dalam bulatan dan pak cik berbaju kuning tu dengan jurufoto upahan zulya ??
Bukan susah pun nak cari budak budak beloger Kedah ni.. Tapi macam biasalah sampai sudah dia tak mengaku dia tu beloger..Kepada Zulya jangan khuatir, banyak lagi bukti bukti ada dalam simpanan aku..Heh Bagi aku, himpunan ini bukannya untuk rakyat tapi hanya untuk lihat kekuatan Pas di kedah sahaja..Kalau macam ni punya sambutan, Umno Kedah tak heran pun..Nak heran apanya kesemua yang hadir memang penyokong Pas bukannya pengundi atas pagar..Lihat pada pakaian pun dah tahu betapa pekatnya mereka.. Sambung baca di Medan Tempur. Kah kah kah.. sekali lagi Pas Kedah kantoi dengan permainan bodoh mereka sendiri. Agak-agak la nak tipu pun. Apa Pas memang diajar menipu untuk menangkah? Zul Ya oii.. mai jumpa Mc la kalau nak belajar taktikal Perang Cyber, kesian ahh tengok. Takpa tak payah bayar.. kah kah kah.. kesian tengok troopers Pas Kedah terhegeh-hegeh belajar spin gambar dan isu. Berlongok-longok Pas Kedah habiskan duit kat blogger dan troopers depa, tapi tetap gagal! Kesiann kesiann.. betul lah orang kata, duit tak jamin kemenangan, hanya doa dan kebijaksanaan saja mengatasi segalanya. Tapi apa pun Mc respect Pas Kedah sanggup bantu blogger depa, UMNO Kedah? takmau komenlah, nanti kena marah lagi!! ha ha ha.. McTheory: Tunggu lepas PRU, kita tengok, langit tinggi ka rendah! | ||||||||||||
| PANASS!! Apakah Benar Itu Gambar 'Raja Goyang' Pemimpin Pembangkang? Posted: 17 Mar 2013 05:37 PM PDT Semalam tersebar berkeping gambar yang agak menjijikan diantara dua individu yang salah seorangnya muka seakan pemimpin tertinggi Pakatan Haram. Kalau sekali imbas kita tengok mukanya sama seperti pemimpin tersebut. Malah ramai diantara kita mengatakan permimpin tersebut, namun benarkah itu dia? Kadang-kadang kita leka dan seronok bila ada perkara sebegini. Mungkin kita anggap ini jalan termudah untuk menjatuhkan individu tersebut. Tapi adakah kita sedar ini mungkin juga perangkap dari pihak sebelah sana. Andaikata gambar-gambar tersebut diupload oleh pihak sebelah sana dengan niat lain, mungkin kita yang sedang asyik memainkan gambar tersebut sudah termakan umpan mereka. Tidakkah pelik sedang kita asyik dengan isu Lahad Datu, tiba-tiba muncul gambar-gambar ghairah dua ekor gay tu. Apa kejadahnya nak keluarkan gambar tersebut diwaktu Pakatan Haram sedang teruk ditekan disebabkan perkara buruk yang mereka lakukan sendiri di Lahad Datu? Isu Tian Chua hina polis, Anwar berkonspirasi dengan Kiram pasal serangan Lahad Datu dan Kalimah Allah, tiga isu tersebut cukup besar untuk membuatkan Pakatan Haram tertekan. Buktinya Pakatan membuat pelbagai cara untuk alih perhatian media keatas isu tersebut. Keluarnya isu Azlan mengaku Saiful tak diliwat merupakan salah satu cara untuk alihkan isu. Kini gambar 'songsang' pulak, Mc tak tahu sejauh mana isu gambar 'songsang' itu dapat dimainkan dan siapa yang upload. Namun bagi pendapat Mc sendiri, Jika benar kelibat dalam gambar memang sah pemimpin pembangkang tu pun, penyokong tegar Pakatan tetap takkan percaya! Dari kita mainkan isu yang bahaya dan boleh backfire, Mc rasa baik kita kekal dengan isu yang menguntungkan kita secara amnya. Isu lucah dan seks memang la panas, tapi bahaya, silap-silap melecur diri sendiri. McTheory: Bukan semua orang suka isu seks dan lucah! |
| You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.



















No comments:
Post a Comment