Apple Biru

Apple Biru


PANAS ! Tian Chua Biadap Penyebab Rakyat Menjauhi Pakatan Rakyat

Posted: 18 Mar 2013 04:00 PM PDT


Dalam ramai-ramai pimpinan di dalam pakatan pembangkang, populariti Tian Chua ketika ini dilhat begitu besar sekali apabila sering menjadi tajuk perbualan masyarakat di kedai-kedia kopi sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar. Ia bukan disebabkan kerana khidmat atau jasa baktinya yang mengharumkan nama negara, namun kerana kelancangan mulutnya dalam mengeluarkan kenyataan yang bodoh lagi biadap.

Atas sebab itu, setiap kali Naib Presiden PKR itu hadir di mana-mana untuk menyampaikan ceramah, pasti kehadirannya akan ditunggu baik di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kepimpinan dan masyarakat setempat sehinggalah kepada orang perseorangan.

Kehadiran mereka pula bukan untuk mendengar cerita hikayat seribu satu malamnya, tetapi lebih kepada ingin berjumpa sendiri bagi menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap manusia yang dianggap kurang ajar ini. Sebagai contoh, hampir saban hari kita akan dapat melihat laporan di media-media pembangkang yang berkenaan himpunan dan bantahan terhadap kehadiran di kawasan mereka.

Walaupun media pembangkang cuba mengambarkan kononnya kehadiran Tian Chua disambut dengan ancaman dan pelbagai bentuk keganasan. Namun dari satu sudut sekiranya diteliti, kemarahan mereka itu ada mempunyai asasnya, kerana sehingga hari ini tiada sebarang ucapan maaf atau kenyataan bagi menarik balik kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

Malah Ahli Parlimen Batu itu, ketika menyampaikan ucapan sulungnya di Taman Melewar baru-baru ini, mengatakan bahawa dia mengakui mengeluarkan kenyataan tersebut. Malah dia turut berkata idak akan menafikan kenyataan tersebut kerana mendakwa kononnya ia memang merupakan sandiwara BN/Umno.
Melalui kenyataan itu jelas menunjukkan sikap keras kepala yang berkeras mahu mengherat isu pencerobohan bersenjata di Sabah sebagai isu politik walaupun tragedi itu telah mengorbankan seramai 10 orang perwira negara.

Namun setelah menerima pelbagai kecaman dari pelbagai lapisan masyarakat, Tian Chua kembali meminta perlindungan polis atas alasan berasa terancam dan khuatir dengan keselamatan dirinya.

Apa yang menariknya ialah, disebabkan kenyataan itu juga program dan ceramah anjuran pembangkang akhir-akhirnya ini kurang mendapat sambutan seperti kebiasaanya. Rata-rata ceramah yang diadakan hanya mampu mengumpul angka sekitar 100-300 orang sahaja dan sekali-sekali mencecah kepada 500 orang.

Berbanding ceramah yang diadakan sebelum ini, mereka mampu mengumpukan paling kurang 3,000 – 5,000 orang hadirin dalam satu-satu masa. Malah sokongan terhadap ceramah Ketua Pembangkang juga memperlihatkan penurunan sokongan yang agak ketara.

Sebagai contoh, ceramah Anwar yang diadakan di Kuala Krau, Pahang baru-baru ini hanya mampu mengumpulkan sekitar 500 orang hadirin sahaja, dan menurut salah seorang penduduk tempatan hampir setengah daripadanya merupakan orang yang tidak dikenali dan dipercayai merupakan orang luar.
Ia berdasarkan kepada penelitian plat kereta yang rata-rata mengunaka no pendaftaran dari Kelantan, Terengganu dan Selangor. Ia jelas membuktikan semakin hari rakyat semakin muak dengan pendekatan pakatan pembangkang yang sarat dengan penipuan dan janji kosong.

Suara Generasi Baru

HOT NEWS : Lagi Manifesto Bukan Janji

Posted: 18 Mar 2013 03:00 PM PDT


Janji untuk memberikan bantuan kepada ibu tunggal di Selangor pada pilihan raya lalu belum ditunaikan, pakatan pembangkang malam ini menabur janji baharu kepada golongan tersebut.

Dalam satu ceramah yang diadakan di Lembah Keramat malam tadi, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Rodziah Ismail berjanji untuk menubuhkan tabung khas bagi golongan itu jika pakatan pembangkang dapat menawan Putrajaya.
Malahan beliau turut berjanji untuk memberikan saham kepada setiap pengguna air di negeri Selangor jika kerajaan negeri yang dikuasai mereka sekarang dapat mengambil alih pengurusan air daripada Syabas dan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Selain Rodziah, ceramah yang turut menampilkan Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad itu gagal mendapat sambutan apabila tidak sampai 1,000 yang hadir dan kebanyakan mereka adalah penyokong tegar pembangkang. - UTUSAN

BN Yakin Menang PRU-13 Dan Terus Tadbir Negara

Posted: 18 Mar 2013 02:00 PM PDT


Biarpun bakal berhadapan dengan cabaran besar pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti, Barisan Nasional(BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin menang dan terusmentadbir negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang Timbalan Pengerusi BN dan Umno berkata, keyakinan itu diambil kira berdasarkan persediaan yang begitu rapi dan tersusun parti komponen BN, selepas hilang majoriti dua pertiga pada PRU-12.
Katanya, selain anggota komponen BN yang telah disuntik semangat kerja berpasukan, persatuan-persatuan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan sukarelawan turut berganding bahu dan bekerja keras bagi memastikan kemenangan BN, sekali gus merampas negeri-negeri yang hilang kepada pembangkang pada PRU-12.
"Situasi kini umumnya bertambah baik. Banyak pakar-pakar, 'think tank' (kumpulan pemikir) dan penganalisis berkata BN akan menang. Mereka mesti ada fakta dan perkiraan. Saya melihat bahawa trendnya bertambah baik.
"Jangkaannya, kita (BN) boleh dapat pertahankan kedudukan kita. Cuma kita nak perkukuhkan di kawasan-kawasan tumpuan," katanya ketiba berucap pada majlis dialog PRU-13 untuk Wilayah Persekutuan anjuran bersama Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan, Veteran Umno Wilayah Persekutuan dan Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan Wilayah Persekutuan.
Selain itu, katanya, pembaharuan dan transformasi yang giat dilakukan kerajaan dalam usaha menjamin masa depan rakyat dan negara ternyata disedari dan diterima rakyat secara terbuka.
Muhyiddin berkata, sebagai pemimpin berwawasan tinggi, Najib sememangnya sedar pembaharuan secara menyeluruh dan holistik membabitkan semua lapisan masyarakat perlu dilaksanakan bagi mempertahankan dasar dan pembangunan kerajaan yang dibina sejak negara mencapai merdeka lagi.
"Kita nak mempertahankan ini kerana kita telah membentuk sebuah negara yang boleh dikatakan aman, selamat dan telah maju untuk satu tempoh yang panjang. Mungkin tidak mudah untuk membandingkan mana kah negara-negara lain yang telah mencapai tahap kejayaan dan kecemerlangan seperti Malaysia," katanya.
Dalam menghadapi PRU-13, Muhyiddin yang juga anggota Parlimen Pagoh mahukan pemimpin dan anggota BN di semua peringkat memberikan sokongan padu kepada calon yang diputuskan pucuk pimpinan parti kelak.
Menyedari kekuatan dan cabaran besar daripada parti pembangkang, beliau berkata, BN akan membariskan calon yang boleh menang dan munasabah, namun sokongan padu amat diperlukan supaya tidak timbul masalah yang boleh menggugat peluang BN untuk menang.
"Yang paling penting bagi kita ialah kalau keputusan (mengenai calon) sudah dibuat (oleh Perdana Menteri selaku Pengerusi BN) maka pihak pimpinan di peringkat bahagian itu bersedia menerima itulah calon dan tidak menimbulkan isu dan permasalahan sehingga berbalah sesama sendiri...dia boleh membantu memenangkan calon itu dengan cara yang lebih baik" katanya. - BERNAMA

Penulis Berperanan Corak Keperibadian Dan Ketamadunan Masyarakat

Posted: 18 Mar 2013 01:00 PM PDT


Penulis memainkan peranan yang amat penting dalam mencorak serta membentuk keperibadian dan ketamadunan sesebuah masyarakat, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, setiap hasil penulisan mempunyai idealisme serta magisnya yang tersendiri, dan ia tentunya turut menonjolkan daya intelek penulis.
"Kita sedia maklum bahawa pada kebanyakan masa, pemikiran masyarakat dipengaruhi oleh bahan-bahan bacaan dan penulisan tanpa mengira genre.
"Saya percaya golongan penulis sememangnya dianugerahkan dengan ketajaman pemikiran, justeru pepatah 'mata pena adalah lebih tajam daripada mata pedang' masih lagi relevan pada hari ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran sepuluh buku penulis wanita terbitan terkini Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) sempena lawatan kerja ke Kedai Buku 1Malaysia di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu Sentral di sini, Isnin.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata wanita kini juga mampu menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara dan membantu membentuk minda masyarakat sungguhpundengan hanya bekerja dari rumah, melalui bidang penulisan.
Katanya, walaupun pada awal kemunculan kesusasteraan di negara ini, penglibatanpengarang wanita tidak begitu ketara, namun keadaan telah berubah.
Beliau berkata, sifat semula jadi wanita yang menjadikan mereka lebih tekun apabila berkarya adalah realiti yang tidak dapat dinafikan sekali gus membuktikan keupayaan perjuangan sastera wanita yang selama ini didominasi penulis lelaki.
"...dan telah terbukti, penulis wanita kini juga menjadi sebahagian daripada khazanah kesusasteraan tanah air. Malahan dalam beberapa aspek, penulis wanita dilihat lebih dominan berbanding penulis lelaki," katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan sentiasa memberi sokongan di atas segala usaha yng dilakukan menerusi pelbagai dasar, program, prasarana dan dana yang bersesuaian bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif demi pembangunan bidang kesusasteraan, penulisan dan penerbitan tanah air.
Katanya, adalah wajar golongan penulis diberi sokongan dan platform yang tepat bagi membangunkan bidang penulisan seperti penganjuran Bengkel Penulisan dan Penerbitan di enam zon di seluruh negara pada tahun lepas oleh ITBM dan Pena.
"Saya yakin kerjasama sebegini mampu merangsang penulis untuk lebih giat berkarya dan menghasilkan penulisan lebih berkualiti dalam usaha membentuk bangsa Malaysia yang cemerlang minda dan cerdas akal," katanya.
Sementara itu, Muhyiddin berkata kemunculan Kedai Buku 1Malaysia adalah tepat kerana dilihat mampu membantu memastikan karya penulis tempatan disebarluaskan kepada masyarakat.
Katanya, melalui Kedai Buku 1Malaysia juga, golongan penulis dan penerbit buku diberi peluang mempromosi dan meluaskan jaringan pemasaran buku yang diterbitkan di seluruh negara termasuk di kawasan luar bandar.
"Harapan saya agar semua penulis dapat memanfaatkan sebaik-baiknya ruang yang disediakan agar usaha ini dapat membantu memupuk dan menyuburkan budaya membacadalam kalangan rakyat Malaysia," katanya.
Pada majlis pada Isnin, Timbalan Perdana Menteri melancarkan karya terkini 10 penulis wanita tempatan yang membuktikan kaum wanita di Malaysia berketrampilandalam bidang penulisan dan kesusasteraan.
Buku yang dilancarkan melibatkan genre novel, kumpulan cerpen, puisi dan karya umum merangkumi aspek keagamaan, kemanusiaan, kebudayaan, alam semula jadidan kekuatan wanita menghadapi cabaran selain memberi manfaat serta menambah nilai moral kepada pembaca.
Sepuluh penulis wanita tempatan itu ialah Dayangku Mastura, Hamiza Hamzah (Nilamsuri), Rebecca Ilham, Rositah Ibrahim, Siti Zaleha Hashim, KathirinaSusanna Tati, Kamariah Kamaruddin, Faridah Abdul Hamid, Sasya Zainal dan Siti Zainon Ismail.
Kesemua buku itu boleh didapati di Kedai Buku 1Malaysia atau rangkaian kedai buku utama di seluruh negara selain boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman E-Beli-belah ITBM di ecommerce.itnm.com.my. - BERNAMA

Pasar Raja Bot Di Chow Kit Bakal Lalui Pembangunan

Posted: 18 Mar 2013 12:00 PM PDT

Pasar Raja Bot yang begitu dikenali di Chow Kit di sini akan melalui pembangunan semula dengan peruntukan sejumlah RM200 juta, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin.

Muhyiddin berkata, projek itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memodenkan pasar sedia ada, yang diwujudkan pada tahun 1955, kepada ikon mercu tanda.
"Projek ini akan melibatkan 48,000 hekyat yang akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan di kawasan berkenaan," katanya yang berucap pada majlis pelancaran projek itu di sini.
Beliau berkata, pasar baru itu dijadualkan siap sepenuhnya pada 2017 akan bercirikan seni bina Melayu, dengan menempatkan 1,527 peniaga sedia ada.
"Gerai-gerai yang lain akan ditawarkan kepada usahawan muda yang mahu menjalankan perniagaan," katanya, sambil menambah bahawa bangunan bertingkat itu akan mempunyai 800 tempat letak kereta.
Beliau berkata, kawasan sementara akan diwujudkan untuk peniaga yang terjejas ekoran projek itu, yang akan berpindah ke pasar baru secara berperingkat.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

mStar

Media Filipina Sengaja Tuduh Anggota Keselamatan Kita Zalim

Posted: 18 Mar 2013 11:00 AM PDT

Penyiar berita ABS-CBN dari Filipina melaporkan dalam lamannya semalam Senator Miriam Defensor-Santiago berkata pasukan tentera adalah dibenarkan untuk menyelamatkan rakyat mereka jika Malaysia tidak dapat menjamin keselamatan mereka walaupun undang-undang antarabangsa menghalang penggunaan tentera tersebut.

"Selagi boleh, kami mahu elak menggunakan tentera," kata Santiago yang dipetik oleh ABS-CBN semalam.

"Tetapi jika ini sikap Malaysia... maka kita hendaklah mendapatkan pengecualian," kata bekas pengerusi jawatankuasa hal ehwal luar Senat Filipina itu, sambil menegaskan penggunaan tentera adalah jalan terakhir yang akan diambil Filipina.

Santiago juga mengecam Malaysia kerana menggunakan jet pejuang dan serangan udara untuk menghalau penceroboh Sulu di Lahad Datu pada minggu lepas dengan berkata: "Ia seperti menggunakan peluru berpandu Scud untuk membunuh lalat."

Laporan juga mendakwa ekoran tindakan oleh pasukan keselamatan Malaysia yang menyerang penceroboh Sulu serta beberapa penganiayaan keatas warga Filipina juga mencetuskan rasa takut mereka yang tinggal berdekatan dengan kawasan konflik tersebut.

Walaubagaimanapun tiada sebarang bukti pelanggaran hak asasi manusia seperti dilapor media Filipina dibekalkan, serta Putrajaya juga mendakwa tuduhan tersebut sebagai "palsu".

Rabu lepas, Presiden Filipina Benigno Aquino III dilaporkan mengarahkan pegawai rasmi kerajaannya untuk menghantar bekalan makanan dan memulakan bantuan kemanusiaan kepada warga Filipina ― termasuk pendatang haram yang masuk mencari pekerja ― yang mana ratusan mereka telah pulang semula republik tersebut sejak Jumaat lalu.

Media Filipina melaporkan tuduhan terhadap penderaan dan pembunuhan sewenang-wenangnya semasa serbuan oleh pasukan keselamatan Malaysia semasa mencari saki baki penceroboh serta keatas mereka yang bersimpati terhadap kumpulan Sulu tersebut yang mendarat di Lahad Datu sejak bulan lepas.

Laporan The Philippine Daily Inquirer Selasa lalu mengatakan warga Filipina telah didakwa ditembak oleh polis di Sandakan selepas diarah berlari sepantas mungkin sebelum.

Ketika ini, ramai pemimpin Filipina mendesak pentadbiran Aquino untuk memfailkan aduan kepada Putrajaya atas tuduhan penderaan warga Filipina yang didedahkan semasa pulang ke negara tersebut sejak konflik berdarah tersebut berlaku.

Bantilan Esmail II, abang kepada "Sultan" Sulu Jamalul Kiram III, dilaporkan oleh Philippine Daily Inquirer pada Selasa lalu berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia telah didakwa melayan buruk warga Filipina di Sabah sejak sebelum berlaku pencerobohan itu lagi.

Jumlah kematian yang dilaporkan setakat ini sepanjang pencerobohan Sulu adalah 66 orang, termasuk 56 penceroboh Sulu dan lapan pasukan polis serta seorang askar, serta seorang remaja yang tidak diketahui kewarganegaraannya.

Malaysia Instinct

PANAS! Budak Kurang Ajar Yang Hina PM Sebagai BABI Ditemui

Posted: 18 Mar 2013 10:00 AM PDT


Kesilapan paling besar yang dilakukan oleh penjilat jubur Anwar Ibrahim ini ialah apabila dia gagal menjaga dan mengawal mulutnya. Mungkin dia berasakan apabila dia menyokong Pakatan Rakyat, maka dia kebal daripada sebarang tindakan, sama ada tindakan undang-undang mahupun tindakan orang ramai.

Sekarang dia sudah tersilap besar!

Namanya dan wajahnya telah diketahui. 

Bahkan nombor telefonnya pun telah diketahui.

Semua butiran tersebut sekarang disiarkan untuk DINIKMATI oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. 

Yang pasti, budak kurang ajar ini tidak boleh lagi melarikan diri ke mana-mana sahaja. 

Atau dia boleh mengadu kepada Anwar Ibrahim dan meminta perlindungan daripada Sivarasa Rasaiah, N.Surendran atau Latheefa Koya bagi tujuan keselamatannya. 

Atau barangkali pula, dia boleh meminta Unit Amal PAS  menghantar anggota dan mengawalnya ke mana-mana sahaja dia pergi.

Tengok dan camkan mukanya baik-baik!!!

Lebih menarik lagi ialah apabila dia MENCABAR, SESIAPA SAHAJA YANG TIDAK BERPUAS HATI DENGANNYA BOLEH BERJUMPA DENGANNYA...

Tapi... apasal telefon kau berbunyi, kau langsung tak berani jawab?

Sumber

GANAS! Akhirnya Anwar Main Belakang Jui Meng! Bolos der!

Posted: 18 Mar 2013 09:16 AM PDT

Alahai! Kesian teman! Kesian kat Chua Jui Meng, Anwar dah main belakang Jui Meng. Teruk ek! Beriya-iaya la Chua Jui Meng bertekak dengan DAP Johor nak dapatkan kerusi Gelang Patah, tapi akhirnya Anwar serah pada Kit Siang bertanding disitu. Kes Naya ni. Ini semua salah UMNO der! Tak pun salah Jui Meng bagi bontot buat apa? Sakit der! Kan dah dapat sebijik. Percaya sangat dengan Anwar! kahkahkah..


Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya 'mengalah' kepada DAP apabila memberi laluan kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk bertanding kerusi parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis anjuran DAP di Taman Sutera Utama di sini malam ini, sambil menyifatkan isu 'perebutan' kerusi di Johor sudah selesai.

"Kita tidak nafi memang ada sedikit masalah yang timbul berhubung kerusi itu sebelum ini, namun Kit Siang memberitahu saya dia sudi bertanding di situ, jadi saya menyokong penuh hasratnya itu," kata Anwar.

Kerusi Parlimen Gelang Patah menjadi punca sengketa antara PKR dan DAP Johor apabila Pengerusi PKR negeri, Dr. Chua Jui Meng menyatakan hasrat untuk bertanding di kawasan tersebut tetapi ditentang oleh Pengerusi DAP negeri, Dr. Boo Cheng Hau.

Pada pilihan raya 2008 lalu, kerusi tersebut ditandingi oleh wakil PKR, Dr. Zaleha Mustafa tetapi tewas kepada Tan Ah Eng daripada BN dengan majoriti 8,851 undi manakala pada 2004, ia ditandingi oleh calon Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Sementara itu, kelibat Jui Meng tidak kelihatan pada majlis itu malam ini. - UTUSAN

UPDATED 10.00 PM : Tiga Suspek Lelaki Ditahan Di Sandakan

Posted: 18 Mar 2013 07:43 AM PDT


Polis Daerah Sandakan menahan tiga lelaki yang mencurigakan di Kampung Sim-Sim di sini, pada Isnin selepas menerima laporan daripada penduduk kampung itu.
Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata, ketiga-tiga suspek ituditahan pada 3 petang Isnin mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkahKhas) 2012.
"Identiti ketiga-tiga suspek belum dikenal pasti dan sejauh mana penglibatan mereka dengan kes pencerobohan di Lahad Datu.
"Bagaimanapun ketika ditahan, mereka tidak memiliki senjata berbahaya atau senjata api," katanya ketika dihubungi Bernama.
Rowell turut memohon kerjasama penduduk di daerah ini agar tidak sama sekali mempercayai khabar angin atau membuat andaian dan menokok tambah cerita yangmempunyai hubung kait dengan aspek keselamatan.
Sebaliknya, beliau berkata sekiranya penduduk mempunyai sebarang maklumat,mereka diminta segera menghubungi balai polis berhampiran.
Sementara itu, tinjauan Bernama di Kampung Sim-Sim petang tadi mendapati beberapa anggota polis mengadakan kawalan di kampung itu yang merupakan antara perkampungan yang didirikan di atas air, di daerah ini. - BERNAMA

BREAKING NEWS : U Ulang I Saman U, Kali ini Ghafir Pulak

Posted: 18 Mar 2013 07:06 AM PDT

Apa cerita ni der! Macam chipmore pulak! Kejap ada kejap tak ada. Bab nafi menafi ni dah jadi macam isi dan kuku pafa Pakatan Rakyat. Begitu lah sikap deme suka putar belitkan fakta. Akhirnya orang lain pulak disalahkan. Sudah tentu UMNO yang salah. Modal basi sampai nak termuntah teman dengar!!! Ptuii!!!



Terbaru dipetik di Meloyakini, bekas pegawai tertinggi tentera Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid berkata, beliau tidak pernah menghina pasukan keselamatan dengan menyifatkannya tiada misi jelas sehingga perlu "duduk di bawah rumah orang dan reban ayam". 

Bekas timbalan panglima Angkatan Tentera Darat itu sebaliknya berkata, kenyataannya pada 12 Mac lalu di sebuah forum di Kuala Lumpur itu diputar belit oleh akhbar UmnoUtusan Malaysia



Tengok tu! Dia yang cakap, nafikan pulak. Lepas tu  nak salahkan UMNO. Untuk menutup malu nak saman pulak! Adeehh!!!

UPDATED : Pasukan Keselamatan Akan Tentang Habis-Habisan Pengganas Sulu

Posted: 18 Mar 2013 05:52 AM PDT


Pasukan keselamatan akan terus memburu saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu dan yakin dapat menumpaskan mereka dalam tempoh terdekat.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dalam reaksi segeranya ke atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Jamalul Kiram III, pada awal Isnin menegaskan yang raja Sulu itu boleh kata apa yang dia suka tetapi pasukan keselamatan Malaysia akan memberi tentangan habis-habisan.
Malah katanya, pasukan keselamatan percaya jumlah militan yang berkubu di Kampung Tanjung Batu kini kurang daripada 50 orang.
Pasukan keselamatan, katanya tidak menghiraukan pengumuman Jamalul Kiram III yang disiar oleh media Filipina bahawa kumpulan pengganas itu akan melancarkan perang gerila ke atas Malaysia.
"Jamalul Kiram boleh cakap apa saja. Kami akan tentang mereka habis-habisan," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16, dekat sini pada lewat petang Isnin. Hamza berkata, dua pertempuran telah berlaku antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas pada hari ke-14 Operasi Daulat iaitu pada jam 8.05 pagi dan 9.45 pagi.
Menjawab pertanyaan wartawan stesen televisyen Filipina GMA 7 mengenai pasukan keselamatan mengambil kesempatan ke atas pengganas setelah Jamalul Kiram III mengumumkan gencatan senjata, Hamza berkata pengganas terlebih dahulu menyerang dan membunuh dua anggota polis serta mencederakan tiga lagi dalam pertempuran di Kampung Tanduo, dekat sini pada 1 Mac lepas.
"Kami tidak akan hormati kata Jamalul Kiram III kerana pengikutnya menembak mati dua anggota polis, sedangkan sehari sebelum itu beliau umum gencatan senjata," katanya lagi.
Hamza turut memberitahu bahawa Malaysia dan Filipina sedang berunding berhubung tuntutan mayat 28 pengganas yang ditembak mati dalam insiden pencerobohan itu.
Sementara itu, Ahmad Zaki menjelaskan, 12 kereta kebal berantai jenis Adnan milik tentera darat telah tiba di Felda Sahabat untuk membantu mengukuhkan pertahanan dan membanteras pengganas di Kampung Tanjung Batu.
"Kereta perisai itu juga bertujuan untuk memberi perlindungan yang lebih efektif kepada pasukan keselamatan dalam menggeledah kawasan dan mendominasi kawasan," katanya.
Sementara itu Di KUALA LUMPUR, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, pasukan keselamatan yakin operasi pembersihan di Kampung Tanjung Batu akan selesai dalam masa dua atau tiga hari lagi sebelum penduduk dibenar pulang ke rumah masing-masing.
"Operasi di Sungai Nyamuk dan Kampung Tanduo telah selesai dan kini dalam peringkat menentukan kerosakan yang dialami penduduk kampung," katanya kepada pemberita di Kementerian Pertahanan.
Mengenai tempoh Operasi Daulat, Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan tidak dapat memberi jangka waktu bila operasi itu akan berakhir.

mStar

PADAN MUKA! Mulut Tak Ada Insuran, Dapat Sebijik!

Posted: 18 Mar 2013 05:25 AM PDT


Itu la. Gatal sangat. Cikgu yang menghina anggota keselamatan di Lahad Datu digantung tugas! Padan Muka! Biar dia rasa. Jadi cikgu, tapi tak cikgu guna tak boleh pakai!Macamana la dia ni mengajar anak-anak bangsa..

Seorang guru lelaki yang didakwa menghina anggota pasukan keselamatan berhubung isu pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah digantung perkhidmatan mulai semalam, kata Pengarah Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan Hussain Awang.

"Tindakan ke atas guru terbabit berkuatkuasa sehingga kes itu selesai disiasat polis," kata Hussain kepada pemberita pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2012 di sini, hari ini.

Guru sebuah sekolah rendah di jajahan Pasir Puteh itu dilapor membuat kenyataan menghina pasukan keselamatan sebagai "anjing" dan menganggap kematian mereka sebagai "mati katak" dalam laman sosial Facebooknya.

Dalam pada itu, polis hari ini mendapat perintah di Mahkamah Majistret Pasir Puteh untuk menyambung reman selama tiga hari lagi terhadap guru berusia 37 tahun itu.

Guru itu pada mulanya ditahan Khamis lalu di sebuah rumah di Jalan Panglima Raja, Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh. - Bernama

HANGAT! PM Tempelak Harun Taib dan Tian Chua! Sandiwara Anwar La Tu!Adeeh!!

Posted: 18 Mar 2013 05:04 AM PDT


Teman pun pelik la! Apakah agenda PAS memperkecil-kecilkan pengorbanan wira-wira negara yang terkorban di insiden Lahad Datu. Jika sebelum ini Tian Chua yang didakwa mengeluarkan kenyataan insiden Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO dan telah menafikan kenyataan tersebut, namun pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tak henti-henti mempertikaikan pengorbanan anggota keselamatan negara.

Terbaru, Harun Taib telah dipetik sebagai berkata di Kuala Terengganu baru-baru ini bahawa anggota keselamatan hanya meninggal dunia sebagai wira 'syahid dunia'.  Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengecam Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berhubung ucapannya yang memperkecil-kecilkan pengorbanan pasukan keselamatan melawan pasukan bersenjata Sulu di Lahad Datu.

Najib berkata Majlis Fatwa Kebangsaan telah menetapkan bahawa 10 anggota polis dan tentera yang terbunuh dalam pertempuran meninggal dunia sebagai 'syahid akhirat'.

Teman  tak hairan, apa juga melibatkan kes kematian, pastinya akan dipolitikkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat, mahupun dari PAS, PKR atau DAP. Semacam tiada modal lagi untuk berpolitik. Kesian..

BREAKING NEWS! Agbimuddin Kiram Sah Mati Kojol!

Posted: 18 Mar 2013 03:52 AM PDT


Teman pun pelik, kenapa Jamalul Kiram masih bermain-main dengan propaganda tentang adiknya Agbimuddin Kiram. Mengikut sumber Portal Philstar, tiada tanda-tanda bahawa Agbimuddin Kiram, abang kepada Jamalul Kiram III, telah kembali ke Filipina.

Sumber memberitahu percaya Agbimuddin tidak pulang ke ke kampung halamannya dan tiada petunjuk Agbimuddin telah kembali ke Filipina. sumber tentera itu menyebut, Agbimuddin tidak akan menderhaka dan akan akur dengan perintah Jamalul Kiram untuk terus tinggal di Sabah. Beliau akan pulang jika diarahkan oleh "Sultan Sulu". Teman masih yakin Agbimuddin ini sudah kojol terkena bedilan serangan tentera Malaysia cuma mayatnya masih lagi tidak dijumpai.

Sebelum ini sekurang-kurangnya 38 penyokong "Sultan Sulu" telah kembali ke negara asal dan telah dipintas oleh pihak berkuasa Filipina. Sumber percaya matlamat pencerobohan tersebut bukanlah mahu memenangi konflik terhadap Malaysia tetapi untuk mendapat perhatian antarabangsa.

BREAKING NEWS! Fatwa Songsang Azhar Idrus?

Posted: 18 Mar 2013 03:29 AM PDT


Semakin hari, pendekatan politik pembangkang dilihat semakin sesat dan menyesatkan khususnya pendekatan yang digunakan oleh pimpinan Pas. Menjelang pilihanraya umum ini dapat dilihat bermacam-macam 'fatwa songsang' yang dikeluarkan bagi mengelirukan orang awam.

Sebagai contoh sekiranya dahulu, apabila tiba musim pilihanraya umum, ayat yang sering digunakan ialah 'mengundi Pas masuk syurga', 'bekerja dan membantu Pas adalah seperti membantu Islam', 'tidak masuk syurga bagi sesiapa yang tidak mengundia Pas' dan sebagainya.

Itulah antara ayat-ayat kempen yang dilihat mengunakan Islam bagi mengelirukan orang awam khususnya kepada mereka yang tidak mempunyai kefahaman tentang agama yang tinggi.

Terbaru, penceramah bebas yang diangkat sebagai ulama tersohor Pas, Azhar Idrus mengatakan hukum menghasut dibenarkan di dalam Islam sekiranya berniat untuk melakukan perubahan. Bekas pemain gitar kumpulan pop Iklim itu mengeluarkan kenyataan tersebut ketika diajukan soalan oleh Hishamuddin Rais dalam wacana Malam Seni Untuk Perubahan semalam.

Walaupun kenyataan yang diberikan itu agak ringkas, namun sekiranya diteliti ia mempunyai maksud yang mendalam dan boleh menyebabkan berlakunya kerosakkan yang lebih besar.

Menurut Kamus Dewan (edisi ke-4) menghasut membawa maksud menjadikan orang sakit hati atau marah kepada orang lain, mengapi-apikan dan sebagainya. Manakala menurut Islam disebut juga sebagai mengadu-domba yang merupakan perkataan Arab 'an-namimah'.

An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut. Dalam kitab al-Mausu'ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.

Menurut Imam al-Ghazzali Rahimahullah, perkataan an-namimah pada kebanyakan pendapat adalah menyampaikan percakapan orang lain kepada orang yang dikatakan. Contoh: Seseorang berkata kepada seseorang yang lain " Si Fulan mengatakan tentang engkau begini begini".

Selain daripada itu, ia juga diertikan sebagai 'Ghibah' iaitu keinginan untuk menghancurkan orang, suatu keinginan untuk menodai harga diri, kemuliaan dan kehormatan orang lain, sedang mereka itu tidak ada di hadapannya. Ini menunjukkan kelicikannya, sebab sama dengan menusuk dari belakang. Sikap semacam ini salah satu bentuk daripada penghancuran.

Firman Allah SWT:

"Dan jangan sebagian kamu mengumpat sebagiannya." (al-Hujurat: 12)

Rasulullah SAW turut menjelaskan maksud ayat tersebut agar mudah difahami oleh para sahabat.

"Bertanyalah Nabi kepada mereka: Tahukah kamu apakah yang disebut ghibah itu? Mereka menjawab: Allah dan RasulNya yang lebih tahu. Maka jawab Nabi, yaitu: Kamu membicarakan saudaramu tentang sesuatu yang ia tidak menyukainya. Kemudian Nabi ditanya: Bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi? Rasulullah s.a.w. menjawab: Jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan itu, maka berarti kamu mengumpat dia, dan jika tidak seperti apa yang kamu bicarakan itu, maka berarti kamu telah menuduh dia." (Riwayat Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasa'i)

Seterusnya, perlu juga difahami, perbuatan menghasut ini adalah merupakan sebagian dari perbuatan syaitan, lihat sahaja bagaiman dia menghasut Nabi Adam AS dengan tipu dayanya sehingga melanggar arahan dan perintah Allah SWT. Natijahnya dari itu Nabi Adam AS dan isterinya dikeluarkan dari syurga dan dicampak ke dunia.

Ia memberikan maksud yang jelas kepada kita, perbuatan menghasut ini adalah merupakan satu satu dari perangai Syaitan yang dilaknat bagi menyesatkan manusia sehingga ke hari kiamat, sesuai dengan janjinya. Firman Allah SWT:

" Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan ucapan-ucapan yang amat baik; sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka;  sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia". [al-Isra' 17:53]

"Dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui". [al-Baqarah 2:168-169]

Kesimpulanya hukum menghasut adalah merupakan perbuatan yang dilarang Islam selain berdosa besar ia juga merupakan salah satu perangai Syaitan dalam menyesatkan manusia.

Namun fatwa sonsang Azhar Idrus ini mungkin saling berkait rapat dengan kenyataan Nik Aziz suatu ketika dahulu yang mengatakan `Pas sanggup berkawan dengan syaitan sekalipun untuk mengalahkan BN'. Selamat Beramal.

Suara Generasi Baru

MANUSIA MUNAFIK! Bukti Anwar Kaki Putar Belit Alam Semesta

Posted: 18 Mar 2013 03:23 AM PDT


Seperti sudah menjadi lumrah, tiap kali Anwar membuka mulutnya di luar negara atau berdepan dengan media antarabangsa pasti akan ada kenyataan yang bercanggah dengan pendiriannya ketika berceramah dan berdepan dengan rakyat negara ini. Terbaru, ketika bercakap kepada The Sydney Morning Herald (SMH), Anwar memberitahu, beliau bersedia menyokong operasi kilang Lynas sekiranya siasatan awam mengesahkan operasi kilang tersebut benar-benar selamat.

Selain dari itu sebelum ini ketika ditemubual oleh akhbar Wall Street Journal(WSJ) Anwar dilaporkan menyatakan sokongan terhadap usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan Israel yang akhirnya menimbulkan kemarahan dan kecaman masyarakat di Malaysia.

Manakala ketika menyampaikan ucapan yang bertajuk "Religion and Pluralism in a Divided World" di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010, Anwar secara jelas menyatakan pendiriannya menyokong fahaman 'pluralisme'. Ia merupakan satu ideologi yang menyamaratakan semua agama dan tidak ada mana-mana agama yang lebih benar daripada agama lain.

Pendirian yang mengatakan semua agama adalah benar adalah merupakan satu pendapat yang di tolak oleh Islam dan mereka yang mengambil pendirian tersebut boleh dikategorikan sebagai MURTAD.

Ia hanya merupakan satu contoh kecil yang pendirian Anwar yang boleh di ibaratkan sebagai 'sesumpah' dan munafik. Ini kerana ketika berdepan dengan satu golongan kenyataan Anwar akan selari dengan pendirian kumpulan tersebut dan akan berubah sekiranya berhadapan dengan kumpulan yang lain.

Namun apabila di persoalkan, Anwar dengan pantas akan mengatakan ia adalah merupakan salah BN/Umno, walaupun bukti dan fakta jelas menunjukkan ia adalah merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar.

Sebagai contoh mudah, kenyataan berhubung pluralisme adalah merupakan ucapan yang diambil dari blog rasminya dan bukannya diperolehi dari sumber lain. Masakan teks ucapan yang dikeluarkan oleh pihaknya sendiri boleh dikaitkan dengan BN/Umno?

Apabila sesuatu isu dilihat mendapat bantahan dan kecaman dari masyarakat maka Anwar dengan pantas akan mencari isu lain yang boleh digunakan untuk mengalihkan tumpuan masyarakat. Manakala ketika menyampaikan ceramah dia akan segera mengulas pendek bagi mempengaruhi masyarakat bahawa dirinya adalah merupakan mangsa fitnah.

Dengan berbekalkan beberapa baris ayat Al-Quran yang digunakan sebagai selingan, nama tokoh-tokoh Islam seperti Yusuf al-Qaradawi pula akan 'dilacurkan' semata-mata untuk memastikan para penyokongnya terus terpedaya.

Lihat sahaja bagaimana dia memperbodoh dan mengunakan Hadi Awang sebagai 'kambing hitam' berhubung isu kalimah Allah. Apabila melihat tentangan hebat dari majoriti masyarakat Islam dengan pantas kesalahan diletakkan keatas bahu Presiden Pas itu.

"Pakatan Rakyat dalam mesyuarat yang lalu, meneliti kenyataan Presiden Pas, dan kami ambil pendirian untuk menyatakan persetujuan kenyataan Presiden Pas yang memberikan ruang tetapi memberikan juga peringatan supaya jangan disalah tafsir atau disalahgunakan,".

 "Kita ikut Presiden Pas, dia bentang balik dalam (mesyuarat) Pakatan..Kalau Presiden Pas, dia bawa balik apa-apa isu nak dinilai semula, dia (sepatutnya) bawalah (tapi) dia tak bawa.

Kesimpulannya, selagi cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri belum tercapai, maka masyarakat khususnya para penyokongnya akan terus tertipu dan dipedaya dengan dakyah-dakyah songsang yang adakalanya jelas bertentangan dengan akidah.

Ia selari dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Ka'ab bin Malik ra, "Dua ekor serigala yang dilepas kepada seekor kambing tidak lebih parah kerosakannya bagi kambing itu, bila dibandingkan ketamakan seseorang terhadap harta dan pangkat-kedudukan dalam merosakkan agamanya." (At-Tirmidzi).

Suara Generasi Baru

PANAS! Dendam Lama Tun Musa Hitam Pada Tun Mahathir ?

Posted: 18 Mar 2013 03:16 AM PDT


Tun Musa Hitam pastinya satu-satunya personaliti dari luar Pakatan Pembangkang yang menyokong Buku Jingga. Sekurang-kurangnya itulah yang dijaja oleh PR mengenai Musa Hitam berikutan kenyataannya di dalam program 'Bicara Minda 'Survival Ekonomi Melayu' yang berlangsung di Karangkraf baru-baru ini.

Setelah diselidik teks asal, ternyata Tun Musa bukanlah 'membela kitab suci Pakatan Rakyat' itu secara langsung, tetapi Tun Musa hanya 'membela Pakatan Rakyat'.

Pakatan Rakyat juga menganggap kenyataan Tun Musa mengenai politik perkauman merupakan sindiran langsung terhadap Tun Mahathir. Dan terbahak-bahaklah mereka, suka mendengarnya.

Sebenarnya, bukan baru kali ini Tun Mahathir dituduh sebagai bersifat rasis, tetapi sejak dari awal penglibatannya di dalam politik lagi Tun Mahathir telah digelar 'Ultra Melayu' oleh kaum Cina. Semuanya kerana beliau begitu prihatin dan lantang membela Melayu yang dilihatnya ketinggalan dalam semua bidang. Keprihatinan dan kasih sayangnya terhadap bangsanya telah ditafsir oleh kaum Cina sebagai ancaman terhadap kaum mereka dan kaum lain. Kaum Cina menyangka bahawa kerana sayang pada bangsanya, maka Tun Mahathir pasti membenci bangsa lain.

Namun, setelah beberapa tahun memerintah negara, kaum Cina mula mengenali diri Tun Mahathir yang sebenar, iaitu sayangnya pada bangsa sendiri, tidak bermakna yang beliau bersifat rasis dan membenci kaum lain. Malah, beliau begitu adil, cuba memastikan yang bahagian kek ekonomi yang dijana oleh kaum Cina tidak dirampas tetapi sebaliknya berusaha membesarkan kek tersebut, agar turut dinikmati oleh kaum Melayu.

Harapan beliau, kaum Melayu akan berusaha untuk menjana bahagian mereka juga. Akhirnya semua kaum memahami strategi beliau dan persoalan mengenai sifat Ultra Melayu beliau tidak lagi timbul. Malaysia berkembang pesat dan semua kaum hidup dalam harmoni serta turut menyayangi Perdana Menteri yang bijaksana tersebut.

Namun, itu dulu. Hari ini, kita lihat sikap segelintir generasi baru kaum Cina tidak lagi membawa semangat perpaduan dan keharmonian yang sama seperti dahulu.

Semuanya kerana wujudnya kumpulan ekstremis seperti Dong Zong yang berdegil ingin memisahkan kaum Cina dari arus pendidikan kebangsaan. Lebih buruk lagi apabila DAP turut mengambil kesempatan menghasut menuduh dasar-dasar kerajaan yang telah terbukti berkesan membawa keharmonian dan kemakmuran kepada negara ini, sebagai bersifat perkauman. Media-media berbahasa Cina juga langsung tidak membantu menyemai semangat perpaduan, tetapi gemar sekali memburukkan keadaan dengan menuangkan minyak kepada api yang dinyalakan oleh DAP.

Maka, lahirlah manusia-manusia seperti Namewee yang jiwanya penuh dengan kebencian terhadap kaum Melayu. Mereka biadap, angkuh dan langsung tidak menghormati kaum Melayu. Mereka juga memusuhi Institusi Raja-raja, kerajaan, pihak berkuasa dan apa saja yang dikaitkan dengan Melayu. Alasan mereka mudah iaitu UMNO rasis dan perlembagaan berat sebelah! Kemewahan yang mereka kecapi tidak lagi dilihat sebagai bukti keadilan kerajaan, tetapi dilihat sebagai hasil dari usaha kaum mereka semata-mata.

Sikap biadap dan angkuh ini tidak boleh diterima sebagai identiti rakyat Malaysia. Sikap menentang sistem dan perlembagaan, memburukkan segala-galanya tentang negara ini serta membanding-bandingkan pula dengan negara lain membuktikan tiadanya rasa cinta dan bangga dengan negara ini.

Justeru, tidak hairanlah mereka sering 'dihalau' keluar dari negara ini dan digelar pendatang.

Tun Mahathir sebagai bekas pemimpin tentunya tidak senang dengan sikap generasi baru ini kerana ia jelas merosakkan Malaysia yang telah dipupuk, dididik dan dibinanya dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya dan cemerlang. Oleh itu, beliau berkali-kali menegur sikap kaum Cina yang tidak memahami asas penubuhan dan kunci keamanan dan kemakmuran negara ini. Di masa yang sama juga berkali-kali menempelak sikap kaum Melayu yang masih di takuk lama.

Jika menegur kaum Cina dianggap rasis, maka bagaimana pula dengan menempelak kaum Melayu? Bukankah itu menunjukkan beliau melayan keduanya sama saja? Sebenarnya, Tun Mahathir hanya bercakap yang benar kepada rakyat Malaysia tidak mengira bangsa apapun mereka. Jika sikap mereka tidak membantu atau memberi manfaat kepada negara, maka sikap itu harus ditegur dan dibuang. Jika perlu, teguran harus dilakukan dengan keras demi memastikan kesinambungan negara ini.

Sikap terus terang Tun Mahathir ini jarang dimiliki oleh masyarakat Asia, terutamanya Melayu.

Oleh itu, beliau sering dimusuhi hanya kerana berkata benar. Sikap orang kita ialah, tidak boleh ditegur, enggan menerima kebenaran dan kebaikan yang dibawa oleh orang yang kita tidak suka, selain dengki dengan mereka yang disanjung serta berdendam hanya kerana orang yang kita benci itu tidak membalas dengan kebencian yang sama terhadap kita. Lebih sakit hati lagi, jika orang itu terus berjaya dan dihormati manakala kita masih jauh di belakangnya.

Dan inilah yang berlaku antara Tun Mahathir dan Tun Musa, malah dengan entah berapa ramai lagi 'bekas' rakan-rakannya, termasuk mereka yang pernah terhutang budi dengannya yang enggan menerima hakikat bahawa beliau bukannya berada dalam liga yang sama dengan mereka, tetapi di liga manusia hebat pemimpin dunia.

Sifat dengki, iri hati dan pendendam umat Melayu ini amat sukar untuk dijelaskan mahupun dihapuskan kerana mereka yang mempunyai sifat ini tidak mampu menerima kenyataan.

Kerana itu, walaupun Tun Mahathir telah bersara, beliau terus menerus diserang di segenap arah. Namun, berkat keikhlasan dan doa berjuta-juta umat manusia yang telah menerima manfaat dari kebijaksanaan dan keprihatianannya, beliau terus gagah mengharungi cabaran mereka.

Kita pasti Tun Musa lebih tahu bahawa Buku Jingga Pakatan Rakyat adalah sampah semata-mata kerana itu beliau enggan mengulas secara terperinci mengenainya. Malah, hanya menyatakan secara umum bahawa tidak mungkin PR akan membiarkan negara bankrap tanpa mengaitkan secara spesifik kepada sebarang cadangan di dalam buku tersebut seperti penghapusan tol, PTPTN, penurunan harga barang termasuk minyak, dan lain-lain.

Jika puak PR berfikir lebih sedikit mereka akan mendapati bahawa keengganan Tun Musa mengulas Buku Jingga secara spesifik dalam membincangkan subjek 'tidak akan dengan sengaja membankrapkan negara', menunjukkan yang beliau tidak yakin dengan perancangan di dalam buku tersebut.

Hakikatnya, permainan kata-kata Tun Musa untuk menunjukkan sokongan kepada PR hanyalah untuk menyatakan penentangannya terhadap Tun Mahathir dan mengharapkan cara itu akan dapat menyakitkan hati negarawan tersebut.

Dendamnya pada Tun Mahathir adalah bertitik tolak dari keinginannya untuk menggantikan tempat negarawan tersebut sebagai Perdana Menteri. Ia menjadi parah apabila Allah SWT telah mentakdirkan konspirasinya terdedah dan Tun Mahathir berjaya mematahkannya. Ketika itu, Tun Musa sanggup bergabung dengan sesiapa saja, antaranya Ku Li untuk menjatuhkan Ketuanya. Malangnya Ku Li juga turut tergilakan jawatan yang sama, selain Anwar Ibrahim.

Namun, kesemua perancangan mereka telah tidak disertai Allah SWT lalu kecundang di tengah jalan. Bagaimanapun, Tun Mahathir tetap memaafkan kedua-dua Ku Li dan Tun Musa dan tidak terus membuang mereka selama-lamanya, tetapi tetap memberikan mereka jawatan yang sesuai dengan kebolehan mereka di dalam kerajaan atau parti.

Dan inilah yang amat menyakitkan hati mereka.

Terdapat juga khabar angin yang Tun Musa merupakan agen barat kerana pegangannya yang liberal berdasarkan cara hidup keluarganya, tetapi itu adalah cerita lain.

Perlu diulang bahawa Tun Musa sanggup bergabung dengan sesiapa sahaja asal dapat melegakan dendamnya pada Tun Mahathir. Oleh itu, jika dulu beliau sanggup bergabung dengan Kuli, dan kemudiannya menghimpit Tun Abdullah Badawi sekadar ingin menyertai koir memburukkan Tun Mahathir, maka beliau juga tentu tiada masalah untuk bergabung dengan Anwar atau PR hari ini. Mungkin bukan untuk jawatan kerana beliau sebenarnya cukup arif akan ketidakmampuan PR, tetapi seperti yang dikatakan tadi, iaitu sekadar mencari ruang biar pun kecil, untuk melampiaskan dendam.

Justeru, tidak perlulah pencacai PR terkinja-kinja sangat dengan sokongan yang ditunjukkan Tun Musa terhadap PR. Ingatlah bahawa beliau tidak menyentuh langsung mengenai butir-butir perancangan di dalam Buku Jingga kerana beliau tahu ianya tidak masuk akal.

Pendek kata, Tun Musa cuba memberitahu bahawa jika PR memerintah, Buku Jingga itu juga akan masuk tong sampah kerana tidak mungkin PR akan melaksanakan perancangan yang bakal membangkrapkan negara.

Namun, walaupun PR tidak mungkin akan dengan sengaja membiarkan negara bankrap, itu tidak bermakna yang negara tidak boleh bankrap di bawah pemerintahan graduan Pengajian Melayu merangkap boneka pihak Neo-con, yang hampir membangkrapkan negara pada tahun 1997/98. Tidak mustahil sumber negara akan disedut keluar untuk kepentingan ketuanya di barat.

Apatah lagi dengan sikap DAP yang rakus merampas hak-hak Melayu dan bertuhankan keuntungan, manakala PAS pula langsung tidak punya hak bersuara dan tidak punya pengetahuan langsung mengenai ekonomi negara untuk mempertahankan suara rakyat miskin dan sederhana.

Kesimpulannya, PR mungkin tidak akan membankrapkan negara dengan sengaja, tetapi mungkin melakukannya dengan tidak sengaja.

Suara Generasi Baru

UPDATED 3.00 PM : Sultan Sulu Arah Pengikut Lancar Serangan Gerila Di Sabah

Posted: 18 Mar 2013 12:36 AM PDT

Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya tidak berganjak dari Sabah dan melancarkan serangan gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia. Menurut laporan media, Kiram berkata berundur dari Sabah bukanlah satu pilihan untuk tentera-tenteranya.

"Mereka sudah di tanah air mereka jadi mengapa kembali?" kata Kiram kepada pemberita di kediamannya di Taguig, menurut laporan 'The Philippine Star'.
Sementara itu, jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani yang menyifatkan tindakan memasuki Sabah sebagai satu 'perjuangan' berkata tenteranya akan meneruskan 'perjuangan' mereka.
Katanya, kesultanan Sulu telah menarik balik perintah gencatan senjata yang dikeluarkan dan tentera-tentera Diraja telah diarahkan melancarkan operasi secara "serang dan lari" terhadap pasukan keselamatan Malaysia.
Menurut laporan, Kiram berkata adik lelaki kepada Sultan Sulu, Agbimuddin Kiram dan pengikut-pengikutnya masih berada di Sabah dan ini bertentangan dengan laporan dari Malaysia yang mendakwa mereka telah melarikan diri.
Idjirani juga mendakwa Agbimuddin dan kumpulan pengikutnya masih kuat berdasarkan perbualan telefon dengan Agbimuddin pada malam Sabtu.
Katanya, tentera Diraja yang pada masa ini mempunyai 170 orang telah berpecah kepada tiga kumpulan bagi mengelak daripada pesawat pengintip yang berlegar di sekitar Lahad Datu.

mStar

HOT! Giliran Nama Harun Taib Dijual Penyokong PKR ?

Posted: 18 Mar 2013 03:11 AM PDT


Sejak dari pagi tadi, beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS), di kesan telah dihantar oleh para pencacai PKR yang meminta para penyokong Pas di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk hadir beramai-ramai ke rumah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Sungai Buloh.

Sms makluman tersebut antara lainnya mengatakan kononnya satu majlis tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib akan di adakan khusus untuk pemimpin 'Anugerah Tuhan'.

Namun apabila salah seorang wartawan menghubungi Harun, yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Terangganu bagi mendapatkan kepastiannya, beliau lantas menafikannya. Beliau turut melahirkan rasa kesal atas tindakan tidak bertanggungjawab mereka di dalam PKR yang mengunakan namanya tanpa merujuk kepadanya terlebih dahulu.

Menurut sumber, majlis tersebut diadakan bertujuan untuk mendoakan agar Anwar dijauhkan dari sebarang fitnah yang kononnya dilakukan oleh BN/Umno menjelang pilihanraya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi. Namun itu bukanlah sesuatu yang pelik, kerana sudah menjadi lumrah untuk Ahli Parlimen Permatang Pauh meletakkan semua kesalahan pada parti pemerintah.

Walaupun seringkali hujah balasnya yang dangkal itu, memakan kembali dirinya namun para pencacai Anwar seolah telah buta mata dan hatinya untuk melihat dan menilai antara penipuan dan kebenaran.

Penulis tidak langsung berminat untuk mengulas panjang dengan skandal terbaru yang dikaitkan dengan Anwar itu, kerana merasakan ada isu yang lebih besar yang perlu difikirkan. Isu yang melibatkan keselamatan negara, gerak kerja bagi menghadapi pilihanraya dan sebagainya berbanding membincangkan masalah moral Anwar yang seolah tiada penghujungnya.

Berbalik kepada isu yang dibangkitkan tadi, sekiranya benar seperti dakwaan melalui sumber yang mengatakan SMS tersebut dihantar oleh penyokong PKR, maka kita sama-sama dapat melihat betapa rendahnya moral para pencacai Anwar. Mereka seperti telah sebati dengan ideologi 'Matlamat Menghalalkan Cara' yang telah didoktrin sejak sekian lama.

Apa cua kaedah dan strategi akan digunakan asalkan ia mampu memberikan kelebih buat parti mereka, walaupun dengan menguna pakai cara yang jijik dan kotor. Walaupun bertindak atas nama perjuangan.

Tidak ketinggalan juga ada ramai yang menyoalkan mengapa mereka memilih untuk melacurkan nama Harun Taib? Jawapannya mudah sebagai Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, sokongan Harun dilihat mampu menyakinkan para pengiukut PKR khususnya di peringkat akar umbi bahawa Anwar tidak bersalah.

Sebagai contoh, kepada sesiapa yang pernah mengukuti zaman awal era reformasi suatu ketika dahulu, pasti masih mengingati bagaimana nama Harun Din dilacurkan hampir saban hari.

Antara ayat yang sering digunapakai ketika program-program ceramah ialah "Ustaz Dr Harun telah datang berjumpa dengan saya, sambil meletakkan tangannya di dada saya, dia bertanya apakah benar saya melakukan perbuatan terkutuk itu?" Malah ustaz Harun Din juga turut bersama menyokong saya, sambil melaungkan Reformasi.

Dan ternyata pendekatan seperti itu juga masih digunakan sehingga ke hari ini. Cuba teliti setiap ucapan Anwar di program ceramah, antara nama-nama yang sering digunakan seperti Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, ulama Islam Saudi dan sebagainya.

Kesimpulannya, begitulah pendekatan politik sempit dan murah yang digunakan oleh Anwar yang akhirnya telah melarat sehingga ke para pencacai, bak kata pepatah 'Anwar kencing berdiri, pencacai kencing berlari'.

Suara Generasi Baru

PANAS : Anwar Beli Bapa Untuk Kantoikan Saiful Bukhari! Kaya Der!

Posted: 17 Mar 2013 09:15 PM PDT


Pelbagai cara dilakukan oleh Pakatan Pembangkang untuk mengalihkan perhatian rakyat Malaysia daripada insiden pencerobohan lanun di Sabah yang menggelarkan diri mereka 'Angkatan Tentera Kesultanan Sulu' yang semakin hampir membongkar dalang di sebaliknya. Salah satunya adalah dengan membangkitkan semula isu liwat Ketua Umumnya yang pernah menggegarkan negara satu ketika dahulu.

Berani kerana benar, takut kerana salah dan dek kerana yakin dirinya berada di pihak yang benar, sumpah laknat telah dilafazkannya untuk menyokong kes liwat yang telah mencalarkan maruahnya. Itulah dia Saiful Bukhari Azlan yang merupakan bekas pembantu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berbeza dengan si tertuduh iaitu majikannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan Ketua Umum Pakatan Pembangkang, begitu takut untuk bersumpah laknat dalam mempertahankan pengakuan tidak bersalahnya terhadap pertuduhan liwat tersebut.

Tidak sahaja takut untuk bersumpah, hendak memberikan sampel DNAnya  untuk dijalankan ujian bagi membuktikan sama ada ia berkata benar ataupun tidak pun tidak mendapat kerjasama daripada beliau.

Mengapa begitu takut sekali beliau untuk memberikan sampel yang dikehendaki mahupun melakukan sumpah laknat sekiranya beliau berada di pihak yang benar?

Kemusykilan itu sememangnya tidak menjadi satu tanda tanya lagi kini. Rakyat sudah dapat menghadam kebenarannya. Walaupun mahkamah telah membebaskan beliau daripada pertuduhan liwat tersebut di mana bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan tidak diterima oleh mahkamah, rakyat tahu beliau sebenarnya bersalah.

Keyakinan yang ditunjukkan oleh Saiful Bukhari walaupun teruk dicerca oleh para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyakinkan ramai akan kebenaran yang cuba ditonjolkannya. Apatah lagi beliau kini kelihatan tenang dan bersemangat dan tetap berpegang kepada kenyataannya sebelum ini.

Namun, manusia tidak lari dari masalah dalam kehidupan. Dugaan juga tidak berhenti dari mendatangi manusia. Begitu juga dengan Saiful Bukhari.

Menjadi mangsa ketamakan manusia, usaha Saiful Bukhari untuk membuktikan dirinya sememangnya menjadi mangsa liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah cuba dicantas oleh orang yang paling dipercayainya.

Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful Bukhari sendiri, yang sebelum ini sentiasa menemani anaknya walaupun ketika Saiful Bukhari melafazkan sumpah laknat telah berpaling tadah. Tidak cukup dengan itu, beliau khabarnya mendapat bayaran sebanyak RM1 juta sebagai balasan permohonan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penafian akan tuduhan yang telah dibuat oleh anaknya yang kononnya telah dipergunakan oleh UMNO.

Patutkah seorang bapa mengkhianati anaknya sendiri demi wang? Jika ditanya pendapat penulis, tidak sekali-kali patut dilakukan begitu oleh seorang bapa. Tetapi mungkin bagi Azlan yang dibelenggu seribu satu masalah kewangan yang memerlukan pendana bagi menyelesaikannya, perbuatan khianat itu tidak memberi kesan apa-apa terhadapnya.

Justeru, dengan pengisytiharan Azlan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas membuat permohonan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyakinkan lagi rakyat bahawa kebenaran yang cuba dilindungi oleh Ketua Umum Pakatan Pembangkang itu dilakukan dengan kuasa wang.

Kebenaran tidak akan selamanya terlindung, begitu juga dengan kesalahan yang akhirnya pasti akan menjerut leher si pelakunya sendiri kesudahannya nanti. Cuma yang menjadi persoalan hanyalah sama ada cepat mahupun lambat ia akan terserlah sahaja.

Suara Generasi Baru

Lu Ingat BN Lapar Sangat Ke Pasal Skandal Jijik Anwar tu!!!

Posted: 17 Mar 2013 08:20 PM PDT


Sama ada sedar atau tidak, isu skandal seks Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berusia 15 tahun. Bermula pada 1997 apabila terdapat tuduhan yang dibuat oleh Karpal Singh dalam Parlimen, diikuti pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri (1998), reformasi dan kes Liwat Azizan (1998-2003), Liwat II (2009-2012), video klip lelaki menyerupai beliau mengadakan hubungan seks.

Dan sekarang muncul satu lagi skandal beliau atau lelaki menyerupai beliau mengadakan hubungan songsang dengan seorang pemuda "triple A". Sebenarnya orang ramai sudah letih, bosan dan penat dengan skandal yang mengelilingi Anwar bin Ibrahim ini.

Barisan Nasional dalam keadaan kuat dan bersedia memenangi pilihan raya ini dengan majoriti 2/3 biar pun Pakatan mungkin masih menguasai satu atau dua negeri. Justeru kemunculan gambar dan video terbaru ini tidak memberi sebarang keuntungan politik kepada Barisan Nasional dan UMNO.

Politik Licik Di sebalik Skandal Seks?

Sebaliknya, memahami psikologi orang Melayu dan Asia keseluruhan, penyebaran video-video memalukan ini pada saat-saat menjelang pilihan raya mungkin memberi undi simpati kepada Pakatan dan Anwar Ibrahim. Ini pernah terjadi dalam pilihan raya 1999 apabila terdapat gerak kerja UMNO yang terlalu memburukkan Anwar akhirnya memberi undi simpati kepada pakatan pembangkang.

Justeru ia menimbulkan tanda tanya sama ada gambar-gambar sensasi terbaru ini disebarkan oleh Barisan Nasional atau oleh Anwar sendiri. Perilaku dan peribadi Anwar tidak lagi penting kerana apa yang dipaparkan dan disiarkan sebelum ini sama ada di Mahkamah, di dalam media massa mahu pun ruang siber sudah cukup untuk membantu rakyat membuat keputusan sama ada mahu terus menyokong Anwar atau sebaliknya.

Dengan kata lain mereka yang mengambil kira moral dan perlakuan luar tabie Anwar sudah membuat keputusan untuk menolak Pakatan. Manakala mereka yang mahu terus bergantung kepada Anwar akan terus mempertahankan Anwar sehingga ke tahap video hanyalah besi yang tidak boleh menjadi saksi. Jadi adalah tidak mustahil untuk menyatakan kemungkinan gambar perlakuan seks (dan mungkin video selepas ini) yang baru ini disebarkan oleh pasukan Anwar sendiri menjelang pilihan raya Umum.

Pasukan Anwar menyedari bahawa terdapat perubahan besar sikap rakyat terhadap Barisan Nasional sejak enam bulan yang lalu apabila pelbagai program mesra rakyat, penerangan isu semasa dan akhir sekali kesungguhan kerajaan menyelesaikan isu Lahad Datu mendapat impak yang positif. Pakatan dalam keadaan terdesak apabila beberapa kenyataan pemimpin mereka terhadap insiden Lahad Datu telah menimbulkan kemarahan rakyat.

Untuk mengalih isu sikap kurang ajar pemimpin pakatan terhadap pasukan keselamatan, dengan tiba-tiba sahaja isu skandal seks Anwar kembali hidup. Pasukan Anwar sendiri yang menghidupkannya apabila menggunakan Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari Azlan (yang mengaku beliau diliwat Anwar), untuk memburukkan anaknya sendiri.

Sungguhpun isu ini kembali menjadi perhatian rakyat namun ia tidak sebesar tumpuan rakyat kepada isu kebobrokan perangai dan perkataan Tian Chua dan beberapa lagi pemimpin Pakatan terhadap insiden Lahad Datu. Pakatan perlukan satu isu sensasi besar untuk mengubah perhatian rakyat daripada isu Lahad Datu. Dalam keadaan tersebut tiba-tiba sahaja muncul satu lagi gambar sensasi mmebabitkan individu yang menyerupai Anwar.

Adalah tidak mustahil gambar ini disebarkan oleh kumpulan Anwar sendiri bagi mengalih isu dan menagih simpati. Malah tidak menghairankan jika dalam sedikit masa lagi akan muncul individu yang menyerupai Anwar Ibrahim mengakui bahawa beliaulah lelaki dalam gambar dan video tersebut. Anwar bukanlah begitu bodoh. Tidak mustahil dalam tempoh setahun yang lalu beliau telah membayar seseorang untuk membuat pembedahan plastik membentuk semula wajah seiras dengan beliau.

Malahan dengan membesarkan isu ini, mungkinkah Anwar mencipta jalan dan skrip untuk mengadakan sumpah laknat selepas Parlimen dibubarkan. Sumpah laknat tidak akan menunjukkan kesan dalam masa yang singkat. Malahan menurut para ulama ia mungkin mengambil masa bertahun sebelum nampak jelas kesannya. Jika Anwar memilih untuk bersumpah selepas Parlimen dibubarkan ia sekadar untuk mengelirukan rakyat.

Kita perlu ingat Anwar telah diminta bersumpah sejak beberapa tahun lalu tapi beliau enggan melakukan. Jika beliau melakukan selepas pembubaran Parlimen itu bermakna beliau berbuat untuk kepentingan politik bukannya untuk kebenaran.

Politik Untuk Rakyat

Pilihan raya adalah soal memilih parti yang mampu membentuk kerajaan yang baik dan stabil untuk masa depan rakyat dan negara ini. Barisan Nasional telah terbukti berjaya mentadbir negara ini dengan baik. Daripada sebuah negara yang miskin, bekas tanah jajahan beberapa penjajah, dihurungi ancaman komunis, pergaduhan antara kaum dan ekstremis agama, Barisan Nasional menukar lanskap perpecaham kaum, mundur, buta huruf kepada masyarakat yang bersatu, ekonomi yang membangun dengan pantas dan menghampiri zon sifar buta huruf.

Barisan Nasional menukar negara ini daripada ekonomi berasaskan pertanian kecil-kecilan, ekonomi sara diri dan bergantung kepada eksport komoditi yang tidak stabil kepada sebuah negara yang mempunyai sektor perladangan antara terhebat di dunia, menempatkan diri dalam negara perindustrian sehingga digelar "Harimau Ekonomi Asia" pada 1990-an, mempunyai lulusan universiti yang melebihi pasaran kerja dalam negara.

Telah beberapa kali, kerajaan Malaysia berjaya keluar dari kegawatan ekonomi dengan jayanya termasuklah kemampuan melepasi ancaman ekonomi paling perit pada 1997 kerana diserang oleh spekulator matawang dan juga dikhianati dari dalam oleh individu yang menganjurkan Asian Renaissance.

Menjelang pilihan raya umum ke 13 ini, rakyat telah menilai dan melihat kegagalan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Daripada sebuah negeri terbaik, tersusun dan ditadbir secara cekap sebelum 2008, kini negeri termaju Selangor berada dalam keadaan membimbangkan dan merudum dengan cepat. Jalan berlubang merata-rata, sistem pengurusan sampah kembali seperti awal 90-an, pasir di lombong sesuka hati tanpa kawalan, setinggan sedang menampakkan diri kembali, rumah kos rendah langsung tidak dibina, krisis air dan elektrik menunggu masa untuk berlaku.

Dalam masa lima tahun lagi tidak mustahil Selangor akan kembali kepada keadaan seperti 90-an, dipenuhi setinggan, masalah pengangguran dan jurang pendapatan yang sangat besar antara rakyat.

Rakyat juga sudah melihat dan mengetahui kepincangan dan kedhaifan manifesto Pakatan. Tahun lalu Pakatan melancarkan "Buku Jingga" yang kononnya manifesto mereka untuk memerintah negara. Setelah Barisan Nasional mendedahkan kelemahan ketara Buku Jingga sehingga menyebabkan hampir 80% janji mereka tidak boleh dilaksanakan, Pakatan muncul dengan satu lagi manifesto beberapa minggu lalu.

Sebaliknya Barisan Nasional telah berjaya menguruskan masalah kos sara hidup yang tinggi secara berhemah dan berhemat. BN memperkenalkan sistem petrol dua jenis yang membantu mengurangkan subsidi bahan api kerajaan tetapi tidak begitu membebankan rakyat. BN juga telah melancarkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang secara khusus bertujuan membantu meringankan rakyat berpendapatan rendah.

Kerana kegagalan kerajaan negeri Selangor membina rumah kos rendah, BN terpaksa mengambil inisiatif memperkenalkan skim perumaham mampu milik untuk rakyat terutamanya di sekitar lembah klang.

Suatu ketika dahulu isu ini diselesaikan oleh kerajaan negeri. Beberapa tahun lalu, rumah kos rendah berlebihan di lembah klang sehingga Menteri Besar Selangor ketika itu mencadangkan agar rumah kos rendah yang tidak dapat dijual setelah beberapa tahun dijual kepada golongan yang berpendapatan melebihi RM 2,500 sebulan. Sekarang Pakatan di Selangor melupakan terus agenda rakyat sebaliknya bersengkongkol dengan Pemaju melupuskan kuota rumah kos rendah.

Justeru BN tidak memerlukan skandal seks Anwar Ibrahim untuk meyakinkan rakyat mengenai kemampuan dan keupayaan meneruskan kepimpinan yang cemerlang dalam pentadbiran negara Malaysia ini. Barisan Nasional hanya memerlukan manifesto yang meyakinkan rakyat menjelang pilihan raya umum ke 13 ini.

Apa yang BN perlukan ialah kesatuan dalaman dan rekod pentadbiran yang cemerlang untuk meyakinkan majoriti rakyat parti mana yang lebih layak memerintah.

Mengenai individu bernama Anwar bin Ibrahim, biarkanlah ia menyelesaikan isu peribadinya. Jika beliau bersumpah laknat pun menjelang PRU ke 13 ini ia tidak membuktikan apa-apa kerana sifat sumpah laknat itu sendiri bukanlah dalam bentuk pembalasan serta-merta. Jika ada individu yang muka seirasnyapun ia tidak membuktikan bahawa beliau tidak terbabit dalam kegiatan tidak bermoral yang didakwa. Jika kita yakin beliau tidak terbabit pun ia bukan alasan untuk meberi undi kepada Pakatan sewenang-wenangnya.

Saya suka menurunkan semula pandangan bekas mentornya Dr. Sidek Baba, (yang lebih kurang berbunyi) "saya tidak boleh menyatakan Anwar terbabit atau tidak dengan kejadian liwat dan zina seperti yang didakwa. Namun pembabitan beliau dengan pluralisme dan liberalisme Islam; hubungan yang akrab dengan tokoh-tokoh Yahudi terkemuka; tingkah laku beliau kebelakangan ini, meyakinkan saya untuk tidak lagi bersama perjuangan politik beliau."

Kepada mereka yang mahu memilih parti terbaik menjadi kerajaan baca dan nilailah pandangan semua pihak. Kepada mereka yang mengundi Pakatan kerana Anwar bin Ibrahim nilailah pandangan Dr. Sidek Baba, guru, mentor dan penyokong yang membuang segala-gala keagungan material dunia untuk bersama Anwar suatu ketika dahulu.

Mykmu.net

GEMPAR! Zulkifli Nordin Kena Serang!

Posted: 17 Mar 2013 06:30 PM PDT


Polis menahan seorang lelaki kerana cuba mencetuskan provokasi bagi menganggu majlis ceramah "Di Sebalik Lahad Datu dan Kalimah Allah" yang diadakan di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu, Penanti dekat sini malam tadi.

Lelaki terbabit yang hadir bersama sekumpulan lebih 60 lelaki dan wanita dipercayai penyokong parti pakatan pembangkang untuk mengganggu majlis itu sejak 9 malam, ditahan untuk siasatan lanjut.

Pada mulanya kumpulan tersebut berkumpul di luar pagar sekolah itu bagi menggagalkan ceramah yang dihadiri oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip.

Bagaimanapun kumpulan tersebut bertindak agresif dengan merempuh masuk ke kawasan sekolah dan bertindak membaling telur dan terhadap orang ramai yang menghadiri majlis itu selain melemparkan kata-kata provokasi bertujuan menghentikan ceramah tersebut.

Tindakan penyokong pembangkang itu sedikit pun tidak mematahkan semangat kedua-dua penceramah tersebut yang menjawab fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap kerajaan berhubung insiden Lahad Datu dan isu kalimah Allah.

Zulkifli dalam ceramah itu berkata, beliau tidak gentar untuk berhadapan dengan penyokong pembangkang kerana apa yang dilakukan itu adalah untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air daripada menjadi mangsa kerakusan pihak-pihak tertentu.

"Saya akan terus berceramah dan tidak gentar dengan apa saja demi agama Allah," katanya.

Beliau juga menggesa pengundi khususnya di Permatang Pauh agar menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pemimpin itu sanggup melakukan apa sahaja termasuk menyokong penggunaan kalimah Allah oleh agama lain semata-mata mahu memenuhi cita-cita politiknya. - UTUSAN

GEMPAR! Orang UMNO Memang Bodoh. Saya nak Sembelih Sekor-Sekor! Lahanat Betul Facebooker Nih!

Posted: 17 Mar 2013 09:26 AM PDT

Ini muka sial yang facebooker Kalai B Chevan..Muka macam pecah rumah!.ptuii!!
Kome tengok muka lahanat yang nak sembelih orang UMNO. Macam sial! Ingat orang UMNO ni kayu ke? Tunggul Ke? Nak biarkan kome sembelih senang-senang je. Pantang maut sebelum ajal! kalau betul-betul berani, tunjukkan diri! Celaka punya lahanat! ptuiii! Kome cari la muka sial ni! 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...