Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT INFO! #LahadDatu, Sorang Lagi Penganas Telah Ditangkap!

Posted: 16 Mar 2013 08:17 AM PDT

 
Pihak keselamatan negara berjaya menahan seorang individu dipercayai pengganas dari Sulu di kawasan Felda Sahabat di sini pada Sabtu.

Tanpa menyatakan lokasi militan itu ditahan, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pengganas tersebut ditangkap pukul 6.30 pagi tadi mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Ketika ditahan tiada senjata ditemui pada pengganas yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri itu sebelum dibawa ke balai polis untuk soal siasat," katanya pada sidang media bersama Panglima I Divisyen Infantri Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Moktar, di sini Sabtu.

Hamza berkata sehingga kini jumlah individu yang ditahan mengikut SOSMA ialah 104 orang, lain-lain akta sebanyak 232 orang dan jumlah pengganas yang ditembak mati 61 orang.

Menurutnya operasi penggeledahan, menjejaki musuh dan pembersihan kini ditumpukan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan dijangka selesai selewat- lewatnya esok.

Penduduk kampung dan media juga diingatkan supaya tidak memasuki kampung itu kerana dipercayai musuh kini bergerak dalam kumpulan kecil dengan jumlah keseluruhan pengganas yang tinggal dianggar kurang daripada 50 orang.

"Dalam konteks ini kerjasama masyarakat dan orang ramai diperlukan terutama menyalurkan maklumat supaya saki-baki pengganas dapat ditangkap atau dihapuskan," katanya.

Hamza berkata pasukan keselamatan juga sedang berusaha mengeluarkan 10 mayat pengganas yang masih berada di Kampung Tanduo.

Beliau turut menjelaskan hanya 15 pengganas ditembak mati pihak keselamatan dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac lepas, bukan 27 seperti yang dilapor akhbar hari ini.

"Pada 1 Mac, seramai 12 musuh mati ditembak dan setelah selesai proses pembersihan kita menemui tiga lagi mayat semalam dan ia membawa kepada 15 musuh yang disahkan terbunuh pada hari pertama itu," katanya. - BERNAMA

TUDIAA!! Rumah 'Mewah' Baru Phahrolrazi? #TukarKedah

Posted: 16 Mar 2013 06:21 AM PDT



Wahh.. betui ka Phahrolrazi ada rumah baru? Kalau mengikut kenyataan dari blogger Medan Tempur, Inilah contoh rumah yang didakwa milik Exco Pas Kedah merangkap pemimpin kedua tertinggi dalam pentadbiran Pas Kedah dan kerajaan..

Difahamkan rumah ini telah dibeli oleh seorang kontraktor dan menghadiahkan rumah ini kepada Phahrolrazi sebagai tanda terima kasih atas projek projek yang dianugerahkan..

Harga rumah ini pula dianggarkan hampir RM 500 ribu dan dibeli secara tunai.. Untuk kos ubah suai pula hampir sama seperti harga rumah.. Isu ini sebenarnya pernah didedahkan dalam laman blog ini (klik sini) pada tahun lepas..



Tapi, tiada seorang pun pemimpin Pas mahupun penyokong Phahrolrazi menjawab hinggalah pekara ini didedahkan sekali lagi oleh seseorang dalam laman FB..



Pembaca nilai sendiri apa yang berlaku dalam Pas sekarang ni.. Dari konflik dalaman hinggalah terbukanya cerita tentang keburukkan perangai satu per satu pemimpin pemimpin Pas..

Ini membuktikan bahawa mereka sememangnya lebih teruk dari pemimpin BN yang selalu dituduh korup oleh pemimpin PR..

GEMPAR!! Ketua Penganas Azzumudie #LahadDatu Berjaya Larikan Diri? #PrayforSabah

Posted: 16 Mar 2013 01:36 AM PDT



Tidak disangka ketua penganas penceroboh sudah berjaya melarikan diri. Mungkin dia dah lari sebelum anggota keselamatan kuatkan kepungan atau memang Azzumudie mempunyai ilmu ghaib untuk hilangkan diri.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Panglima Angkatan Tentera, tak percaya baca sendiri!


Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain ketika mengesahkan perkara itu berkata, pasukan keselamatan negara mendapat maklumat mengenai status ketua pengganas berkenaan daripada pelbagai sumber risikan.

"Azzumudie telah meninggalkan kumpulannya bersendirian dan melarikan diri ke negaranya," katanya dalam sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di sini malam ini.

Sementara itu, Ismail berkata, maklum balas yang diterima daripada pasukan keselamatan dalam Ops Daulat juga menunjukkan Azzumudie tidak lagi bersama kumpulannya.

Bagaimanapun, ditanya lebih lanjut bagaimana ketua pengganas itu berjaya meloloskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan, Zulkifeli dan Ismail enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Mc harap anggota keselamatan kita menyiasat dengan lebih teliti mengenai perkara ini. Paling hairan bagaimana ketua penganas boleh terlepas dari kepungan.

Apakah ada 'orang dalam' yang melepaskannya?

McTheory:
Pelik dan ajaib sungguh!

PANASS!! Jacel Kiram Kantoikan Syaitan Kiram!! #LahadDatu

Posted: 15 Mar 2013 08:17 PM PDT


Kesian Puteri Jacel...mungkin selepas ini dia akan dimaki hamun oleh ahli keluarganya sendiri kerana tanpa disedari Puteri Jacel Kiram telah menunjukkan bukti tuntutan keluarga Kiram tidak sah..


Pendedahan dokumen perjanjian pajakan tanah Sabah di antara Sultan Sulu dengan Syarikat Borneo Utara British melalui laman sosial Facebook hari ini telah menguatkan lagi fakta bahawa Sabah milik sah Malaysia, kata pakar.

Pendedahan itu dibuat oleh anak perempuan ketua pengganas Sulu, Jacel Kiram hari ini.

Penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, perjanjian yang diterjemah daripada bahasa Arab ke bahasa Inggeris itu turut tertera perkataan 'pajakan kekal' tanah Sabah kepada syarikat tersebut yang membawa erti kesultanan Sulu tidak boleh menuntut kembali Sabah.

Katanya, pada zaman dahulu, perjanjian-perjanjian pajakan tanah dibuat oleh British menggunakan ayat-ayat yang merujuk kepada kekal atau selamanya termasuk penggunaan ayat selagi ada bulan dan bintang.

"Sejarah sendiri telah menunjukkan bahawa Sabah dan Malaysia kini bukan lagi di bawah jajahan dan pemerintahan British.

"Pada 1963, penduduk-penduduk Sabah dan Sarawak telah memilih untuk menyertai Malaysia melalui referendum di bawah Suruhanjaya Cobbold 1963 dan penubuhan Malaysia telah pun berlaku pada 1963 secara rasminya. Tidak ada sesiapa, mahu pun kerajaan lain yang boleh membuat tuntutan," katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan anak perempuan ketua pengganas Sulu, Jacel Kiram yang mendedahkan dokumen perjanjian di antara Sultan Sulu dengan Syarikat Borneo Utara British bertarikh 1878 melalui laman Facebook hari ini.

Perjanjian itu bertajuk Perjanjian Pajakan Sabah 1878 dengan isi kandungan utamanya: pemberian pajakan kekal oleh Sultan Sulu meliputi tanah dan wilayah Borneo bertarikh 22 Januari 1878.


Tambah Zainal Abidin, Jacel boleh mendedahkan seberapa banyak dokumen mengenai Sabah yang dikaitkan dengan kesultanan Sulu, namun tidak satu pun akan memihak kepada mereka.

Katanya, Sabah sudah rasmi hak negara ini sejak menyertai Malaysia pada 1963.

Sementara itu, Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Zaid Ahmad berpendapat, perjanjian yang termetera di antara Syarikat Borneo Utara British dengan Sultan Sulu mengenai pajakan kekal tanah Sabah sudah lama berlalu dan tidak boleh diguna pakai lagi setelah Sabah menyertai Malaysia pada 1963.

Katanya, mana-mana pihak kini tidak boleh mempertikai penyertaan Sabah dan Sarawak di dalam Malaysia.

"Kesultanan Sulu sendiri tidak diiktiraf di negara mereka sendiri iaitu Filipina dan sekiranya di bawa ke Mahkamah Antarabangsa sekali pun, perkara ini tidak akan menjadi kes untuk dibicarakan," katanya. - UTUSAN ONLINE

PANASS!! Gambar Pemimpin Pembangkang Beraksi Panas Tersebar?

Posted: 15 Mar 2013 05:37 PM PDT


Terkejut Mc tengok dua keping gambar kat atas ni. Susuk tubuh itu amat dikenali dan rasanya pembaca pun pasti terlintas 'satu nama' bila melihat dua keping gambar diatas. Sebenarnya banyak lagi gambar, namun Mc kurang berminat dengan aksi jijik dua ekor manusia songsang tu. Gambar-gambar lain boleh tengok kat SINI

Bagi pendapat Mc, lebih baik blogger Pro BN fokus ON OpDaulat dan Lahad Datu. Itu lebih bagus dari kepingan gambar si 'mangkuk' yang sedang bermesraan dengan jantan tu. Apakah ini salah satu cara menarik perhatian media dan blogger kearah isu lain dari Lahad Datu? 

Mungkin betul atau mungkin tidak, namun selepas kita puas hidangkan gambar ni, apa kata kita patah balik dan fokus kepada isu yang lebih baik. Anwar sebenarnya takut dengan krisis yang berlaku di Sabah tu. Tembelangnya hampir pecah dengan perbuatan terkutuk khianati negara.

Jika kita dapat sedarkan rakyat Malaysia tentang perbuatan Anwar yang 'meracuni' pihak penganas untuk menceroboh dan menyerang Sabah. Mc rasa itu lebih baik dari gambar dua ekor gay tua sedang berasmara dana ni.

Opp.. apa pun, P.I Bala dah pun mati semalam, rasanya pencacai Pakatan akan spin dan kaitkan dengan UMNO, walaupun tak logik tapi mesti ada mangkuk hayun yang buat benda bodoh tu.

Soo.. blog Mc akan terus laporkan apa yang terjadi di Lahad Datu dan isu lain yang lebih penting ok.. kalau nak tengok gambar tu, sila KLIK kat Link yang Mc bagi ok.

McTheory:
Naik geligeleman tengok gambar gay dua ekor tu..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...