ISU LAHAD DATU - PM Kutuk Kenyataan Tian Chua. Tian Chua oh Tian Chua

KANGAR, 3 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk keras kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang menuduh insiden tembakan di Lahad Datu Sabah adalah "konspirasi terancang kerajaan UMNO".
Perdana Menteri berkata tuduhan itu adalah mainan politik yang cukup hina oleh pembangkang untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum yang semakin hampir.
 
"Dalam insiden ini mereka tuduh kerajaan bersandiwara. Ini merupakan pembohongan dan pendustaan sangat besar. Sebelum ini dalam isu Memali pun pembangkang tuduh kerajaan sebagai punca.
"Kami (kerajaan) tidak berbuat demikian. Dalam soal keselamatan kami tidak sekali-kali mempolitikkannya kerana membabitkan nyawa manusia," kata Perdana Menteri semasa berucap merasmikan program jelajah "Janji Di Tepati" peringkat negeri Perlis di sini hari ini.
Najib yang melakukan lawatan kerja sehari ke Perlis diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Turut hadir pada pelancaran itu Menteri Besar Datuk Dr Md Isa Sabu.
 
Sementara itu, selepas merasmikan Kampus Induk Universiti Malaysia Perlis, Najib mengarahkan pihak berkuasa terutama pihak risikan menyiasat dakwaan bahawa ada pemimpin pembangkang terlibat dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.
Katanya dakwaan itu suatu perkara yang serius tetapi dakwaan itu memerlukan bukti kukuh bagi mengenal pasti dalang di sebalik kejadian itu.
Beliau juga hairan kenapa kumpulan itu datang ke Sabah ketika ini semasa negara sedang hampir untuk mengadakan pilihan raya umum sedangkan tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah sudah lama dibuat.
 
" Semua pihak kena siasat. Filipina, Presiden Aquino pun nak tahu apa sebenarnya. Perkara ini satu embarrassment (penghinaan) yang besar kepada kerajaan Filipina.
" Mereka tak reda warga mereka terlibat dengan pencerobohan, mengganas, guna senjata dan bunuh orang kita," katanya.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...