House PK

House PK


HEBAT! PERAK MEMBANGUN PESAT DIBAWAH PENTADBIRAN DR ZAMBRY!

Posted: 25 Mar 2013 11:59 PM PDT

Ini aku nak cerita sikit la pasal MB Perak Dr Zambry ni, sejak 4 tahun Perak dibawah pentadbiran beliau, memang boleh nampak la Perak semakin maju. Memang berbeza dengan MB sebelum ini. Kalau korang pi Ipoh pun dah nampak lain, dah moden tak macam dulu pekan Cina yang mundur!

Kalau korang pergi kawasan Meru sekarang sudah ada Terminal Amanjaya, Mydin dan bermacam-macam lagi. Aku sendiri pun macam tak boleh nak percaya begitu cepat kawasan Meru membangun! 

Memang tak boleh nak dinafikan lagi kehebatan Dr Zambry, terbaru Hotel Casuarina akan dibuka kat Meru, jom baca cerita dari Perak Today...

Perbadanan Kemajuan Ekonomi negeri Perak melalui anak syarikatnya Perak Corporation Berhad (PCB) mengambil inisiatif membangunkan semula Hotel Casuarina, sekaligus merancakkan aktiviti lagi pembangunan di kawasan Bandar Meru Raya, dekat Jelapang.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, proses pembinaan hotel bernilai RM80 juta itu kini mencapai 75 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya sekitar bulan Jun nanti.

"Kerja-kerja pembinaan sedang berjalan begitu baik dan kita harap ia dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di tapak projek hotel berkenaan sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Menteri Besar berkata, pembangunan hotel itu bakal menyediakan sebuah pusat konvensyen dengan kapasiti memuatkan hingga 2,000 tetamu pada satu-satu masa.

Selain itu, terdapat juga tambahan lapan bilik khas mesyuarat dan perniagaan yang mampu memuatkan 200 hingga 300 delegasi berserta kemudahan canggih disediakan pihak hotel bagi tujuan seminar atau persidangan.

Tambah beliau, pembangunan projek itu merupakan sebahagian pelan pembangunan dirancang kerajaan negeri.

Tegasnya lagi, hasil pembangunan mampu dilihat berdasarkan persetujuan dan kerjasama daripada beberapa agensi dalam bidang komersial mahupun pentadbiran.

Seterusnya di Perak Today..

TUN DAIM KASI TARUK CILI SAMA ANWAR THE KUNYIT MAN! MESTI BACA WEI!

Posted: 25 Mar 2013 09:00 PM PDT

Bekas Menteri kewangan Tun Daim Zainuddin telah menjawab soalan-soalan wartawan berhubung PRU12, Anwar Ibrahim dan masa depan negara. Menurut Tun Daim, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak harus diberi terlalu banyak ruang berita kerana itulah apa yang beliau suka, sebaliknya usah hiraukannya kerana beliau tidak suka apabila tidak dipedulikan, kata bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

Daim berkata orang tidak harus membazirkan masa dengan Anwar kerana beliau telah melepasi "tarikh luput" dan zaman ketua pembangkang itu telah datang dan berlalu.

"Saya juga fikir yang anda tidak harus memberikan terlalu banyak ruang berita untuk beliau. Itu yang beliau suka. Beliau tidak suka bila tidak dihiraukan, jadi bagi saya jangan hiraukannya.

"Beliau sepatutnya dibiarkan sahaja menjadi penghibur, menari dan menyanyi di ceramah-ceramah. Sepertimana saya katakan, zamannya sudah berlalu, umpama 'burung punggok merindukan bulan'," kata Daim dalam wawancara dengan New Sunday Times.

Bekas menteri kewangan itu menegaskan jika rakyat memilih pembangkang yang dipimpin Anwar, dengan itu negara akan menuju jalan kehancuran.

"Beliau telah diuji semasa krisis kewangan Asia dan beliau telah gagal. Saya juga fikir yang beliau gagal bukan hanya kerana dasar-dasarnya, tetapi juga kerana motifnya," katanya.

Daim berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada ketika itu benar-benar marah dengan krisis itu kerana beliau tidak sanggup melihat apa yang telah beliau bina sejak bertahun-tahun lamanya musnah akibat sikap tamak spekulator dan penyangak mata wang.

Bekas menteri kewangan itu juga melahirkan kegusarannya bahawa Anwar tidak arif mengenai ekonomi dan jika beliau sekali lagi menjadi menteri kewangan atau perdana menteri, beliau akan cenderung mengikut jejak Amerika.

"Amerika sedang berada dalam krisis, Eropah sedang berada dalam krisis. Beliau suka dikaitkan dengan Eropah, Amerika dan Australia," katanya.

Beliau berkata Anwar cuba mendapatkan Australia untuk menyokongnya, untuk mengutuk dan menyatakan pilihan raya di negara ini tidak adil serta menyatakan Arab Spring di Malaysia bukan menerusi revolusi tetapi menerusi peti undi.

Daim mendakwa, Anwar sedang "menghasut" fikiran rakyat di sini dan memberitahu dunia bahawa pembangkang akan menang sedangkan beliau tahu yang beliau tidak boleh menang.

"Beliau memberitahu dunia yang beliau akan menang pilihan raya ini tetapi sekiranya pembangkang kalah, Anwar akan kata ini adalah kerana wujud amalan berat sebelah dan perusuh akan keluar ke jalan-jalan untuk protes.

"Beliau berjanji untuk membentuk kerajaan pada September 2008. Semua orang gentar dan ramai yang percayakan beliau. Itu memang cara beliau. Beliau hanya pandai cakap dan berjanji. Kini, beliau memberitahu dunia yang beliau akan menang," kata Daim.

Katanya jika pembangkang kalah, Anwar akan mendakwa ia satu penipuan dan kemudian membawa Arab Spring ke sini serta menghasut rakyat bahawa di bawah Barisan Nasional, undi mereka dicuri dan mereka perlu melakukan protes jalanan untuk mendapatkan semula undi mereka.

"Dapat anda bayangkan senarionya jika pembangkang tidak berjaya ke Putrajaya? Beliau akan berterusan mendakwa ia satu penipuan dan kemudian membawa Arab Spring di sini."

Daim menegaskan tidak pernah berlaku penipuan dalam pilihan raya di Malaysia dan ini terbukti apabila pembangkang membentuk lima kerajaan negeri pada pilihan raya umum lepas.

"Bagaimana pembangkang boleh menang banyak kerusi sekiranya kerajaan menipu dalam pilihan raya? Tiada pilihan raya yang sempurna di dunia ini," katanya.

Daim menegaskan tiada perbalahan antara beliau dan Anwar sehingga ketua pembangkang itu mula menuduh menjadi ketua konspirasi.

"Saya bukan seperti Cassius. Saya mungkin kurus tetapi wajah saya tidak nampak macam "lapar sangat" dan yang pasti saya bukan seperti Brutus. Apabila Anwar mendakwa saya ketua konspirasi, beliau tahu kebenarannya yang saya tidak terlibat, tiada peranan langsung," katanya.

Sumber: Selangor Daily

APA? PM SEKARANG SUDAH TIDAK SAH LAGI? MARI TONTON!

Posted: 25 Mar 2013 07:00 PM PDT

Wahai puak pakatan bebal nak mampos! Ketahuilah akan kebenaran dulu sebelum bercakap! Jangan asyik guna lobang bontot je, gunalah akal ok....

PANAS BERAPI! KENAPA ULAMAK MENJAUHI PAS DI KELANTAN? MARI BACA..

Posted: 25 Mar 2013 05:00 PM PDT

Sekian lama PAS berbangga kerana mendapat dukungan kuat dari golongan alim ulama sama ada dari kalangan tok guru pondok, para pendakwah, cendekiawan agama dan mereka yang mempunyai latar belakang pengajian agama, kali ini segalanya berubah.

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pastinya akan diingati ramai kerana buat pertama kalinya dalam sejarah PAS akan menyertai PRU tanpa mendapat sokongan kuat dan mantap dari golongan alim ulama.

Di mana-mana sahaja pusat pengajian pondok di Kelantan tika ini, tok guru dan anak muridnya yang pro PAS semakin berkurangan, sedangkan di masa yang sama mereka yang pro UMNO terus berkembang.

Jika dulu para ulama pondok, para ustaz ustazah dan lain-lain cendekiawan Islam sukar sekali untuk dilihat turut sama memeriahkan majlis dan program anjuran UMNO, kini sebahagian besar golongan alim ulama ini pula yang sering membantu UMNO demi menumbangkan PAS di Kelantan.

Kebangkitan golongan alim ulama dan pendakwah Kelantan yang sepakat untuk bangun memprotes PAS dan semakin menjauhi parti berlabel Islam itu benar-benar memeningkan kepala ramai pemimpin PAS kerana ia tak terjangka sama sekali akan terjadi sedemikian rupa.

Ini menyebabkan PAS hilang tonggak kekuatannya dan impak perubahan yang berlaku itu memang jelas kelihatan di mana-mana hatta di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian yang dulunya terkenal sebagai kubu kuat PAS juga ada tikanya kelihatan seperti kubur untuk PAS.

Golongan yang berpengaruh ini sepakat bersatu menggembleng tenaga masing-masing membantu UMNO melalui tiga NGO utama iaitu Gabungan Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda Membela Agama & Tanah Air (UMMATI) serta Ikatan cendekiawan Islam Kelantan (ICIK).

Tiga NGO utama ini pula di bantu oleh sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong tegar PAS yang bernaung di bawah Selamat Tinggal PAS (STP). Keseluruhan keahlian dalam keempat-empat NGO ini mencecah angka 10,000 orang.

Pada PRU 11 dan PRU 12 yang lalu sebahagian besar daripada mereka ini pernah berkempen dan menggerakkan sokongan dan undi untuk PAS. Kini atas beberapa faktor demi kepentingan agama, bangsa, negeri dan negara, mereka nekad menjauhi PAS sebaliknya kian mesra dan rapat bersama UMNO dan BN.

Selain empat NGO tersebut, terdapat beberapa NGO lain yang mewakili golongan muda mudi Kelantan seperti Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) serta PERKASA yang turut memainkan peranannya.

Hasil dukungan dan sokongan mereka kepada UMNO menyebabkan PAS semakin tempang, dek kerana itu bukan lagi sesuatu yang pelik bila mana banyak aktiviti politik PAS tidak lagi meriah seperti dulu, memaksa PAS mengeluarkan surat arahan kerahan kepada ahli parti demi meramaikan sesuatu majlis yang disertai pemimpin utamanya.

Manakala di pihak UMNO, saban waktu di mana sahaja kempen penerangan dan aktiviti parti di adakan pasti sahaja mendapat sambutan hangat rakyat Kelantan. Hadirin yang datang tidak lagi terhad dari kalangan ahli dan penyokong UMNO, sebaliknya turut melibatkan ramai ahli dan penyokong PAS serta golongan non-partisan.

Senario yang berlaku ini berkait rapat dengan kegagalan PAS dalam menangani isu-isu agama dan permasalahan tempatan serta kekecewaan khalayak terhadap kelemahan urus tadbir pemimpin PAS, selain taring parti itu sendiri yang dilihat kian tumpul bila berdepan dengan terjahan DAP & PKR.

Malah keaktifan UMNO menggerakkan jentera penerangan mendekati rakyat di samping pelbagai transformasi dan kesungguhan Kerajaan Pusat berterusan membantu rakyat Kelantan turut menyumbang mempercepatkan lagi perubahan positif ini.

Kombinasi semua penggerak utama di atas berjaya membuka lembaran baru dalam sejarah kebangkitan rakyat Kelantan dan ia menjadi titik tolak ke penting arah merealisasikan Gelombang Merah Kelantan Berubah.

Suka atau tidak, PAS terpaksa menerima hakikat, zaman untuknya terus bergoyang kaki di singgah sana pemerintahan negeri kini hanya menghitung hari-hari terakhir. Kelantan bukan lagi kubu PAS tetapi kini adalah lubang kubur yang besar untuk pemimpin-pemimpin PAS.

House PK: Ini aku petik dari MPP Online. Aku rasa kali ini PAS memang dah teruk kena balun sebab semua dah tahu PAS memang dah jadi anjing DAP! Ada baiknya PAS tukar nama parti dia kepada Parti Anjing DAP! Amat hina sekali PAS sekarang ni. Korang yang menyokong PAS kalau berakal, tinggalkan la parti yang sesat lagi menyesatkan itu! 

FOTO PM DI HARI POLIS KE 206!

Posted: 25 Mar 2013 02:02 PM PDT






Foto-foto ketika sambutan Hari Polis ke 206....

CILI KASI TARUK! RAFIZI NI MEMANG PENIPU SEMULA JADI! INI BUKTINYA

Posted: 25 Mar 2013 04:00 AM PDT

PENULIS tidak tahu latar belakang sebenar Rafizi sebelum menyertai politik. Yang kita tahu, dia memang ada hubungan dengan Anwar Ibrahim sejak dari zaman belajar lagi.

Hubungan macam mana? Faham sendiri sajalah, maklumlahkan, ciri-ciri Rafizi memang menepati selera Anwar, jambu dan lembut, sekolah di MCKK pulak tu.

Tapi hari ini rakyat tahu Rafizi adalah seorang penipu semula jadi. Dari dakwaan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat terlibat dalam skandal NFC (walhal suaminya), sehinggalah terbaru dakwaan kononnya seorang blogger pro UMNO yang aktif menyiarkan video salah laku moral Anwar, sebagai pengundi hantu.

Hanya kerana namanya lebih kurang sama, Rafizi dengan selamba mendakwa individu tersebut sebagai pengundi hantu. Akhirnya tak sampai pun 5 jam setelah pembohongan itu dibuat, bermacam-macam bukti menyangkal dakwaan Rafizi ini tersebar di Internet untuk rakyat menilai.

Baca seterusnya tentang babi bertopeng manusia ni disini

HIKAYAT BERCILI TARUK! APABILA SI ANDARTU MENIPU SI IKAN SEPAT KERING!

Posted: 25 Mar 2013 02:00 AM PDT

Boleh dikatakan Khalid Ibrahim kini sedang meniti hari-hari terakhirnya sebagai menteri besar Selangor. Jika Khalid menang sekali pun peluang untuk beliau menjadi MB amat-amat tipis. Nasib Khalid hanya bergantung kepada Wan Azizah.

Pergaduhan antara kem Khalid dan kem Azmin tidak dapat dinafikan lagi. Dari sudut parti Azmin mempunyai kuasa yang lebih besar daripada Khalid kerana beliau pengerusi PKR Selangor. Khalid tiada hak untuk menentukan senarai-senarai calon dan kerusi-kerusi yang ditandingi calon-calon PKR. Semua kuasa terletak di tangan Azmin.

Di peringkat PKR pusat pula pergaduhan antara Azmin dengan Wan Azizah juga tidak boleh dinafikan. Kini dikhabarkan pergaduhan berkenaan menjadi semakin meruncing menjelang PRU kerana faktor calon.

Wan Azizah banyak menggunakan kuasa mutlak beliau sebagai presiden untuk memotong nama-nama calon yang dikenal pasti orang-orang Azmin. Di Selangor pula Azmin tidak menyenaraikan orang-orang yang dikenal pasti sebagai orang Khalid dan orang Wan Azizah sebagai calon.

Antara nama yang sedang hangat diperkatakan sekarang adalah nama setiausaha politik MB Selangor, Faekah Husin. Azmin dikatakan tidak menyenaraikan nama Faekah sebagai calon. Manakala Faekah yang sedang angau untuk bertanding mengunakan kelebihan hubungan rapat beliau dengan presiden untuk mempengaruhi Wan Azizah agar beliau dicalonkan.

Apa yang mengejutkan apabila Faekah meminta untuk bertanding di dua kerusi. Satu kerusi parlimen di Kuala Langat dan satu kerusi DUN di Pelabuhan Kelang. Lebih mengejutkan lagi apabila Wan Azizah bersetuju dengan permintaan Faekah. Ini yang menyebabkan Azmin dan orang-orangnya semakin berang dengan Faekah dan Wan Azizah.

Faekah kini telah bersiap sedia untuk bertanding dua kerusi dan mula bercakap besar dengan mengatakan kuasa menandatangani watikah adalah kuasa presiden dan bukannya kuasa Azmin.

Bagi kami di Sel13.Com kami hanya menunggu masa nama Faekah dinobatkan sebagai calon. Segala bahan-bahan untuk kami dedahkan tentang penyelewengan yang dilakukan Faekah sepanjang menjawat jawatan setiausaha politik MB Selangor telah berada di tangan kami. Sebelum ini kami pernah mendedahkan bagaimana Faekah menyalah guna kedudukannya untuk mempengaruhi GLC Selangor memberi perniagaan kepada syarikat milik ahli keluarganya. Di sini. 

Sumber; Sel13.com
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...