Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


PRU13 - DAIM KEMBALI LANTANG BERSUARA..!!

Posted: 30 Mar 2013 08:16 AM PDT



Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yakin Barisan Nasional (BN) akan menang dengan majoriti yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Katanya, walaupun BN mungkin kehilangan beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, Sabah dan Sarawak namun keputusan keseluruhan akan lebih baik berbanding tahun 2008 kerana BN juga dijangka akan memenangi balik banyak kerusi di Selangor, Kedan dan Kelantan.

Beliau berkata demikian dalam temuramah bersama akhbar China Press yang disiarkan hari ini.

Kata beliau, BN memiliki peluang yang cerah untuk menawan kembali Selangor dan Kedah tetapi masih tidak mampu untuk mendapatkan kembali Pulau Pinang dan Kelantan.
"Penduduk Kedah dilihat bersedia mahu membantu Mukhriz Tun Mahathir untuk menjadi Menteri Besar negeri itu," katanya.

Selangor pula katanya berpeluang jatuh kembali ke tangan BN andai perikatan berkenaan dapat menyediakan calon menteri besar yang sesuai dan diterima ramai.

Perak pulak jelas beliau, wujud peluang sama rata atau 50-50 kepada BN dan Pakatan Rakyat bagi menguasainya.

Menurut Daim, permasalahan terbesar dengan pembangkang di negara ini ialah mereka tidak memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto tahun 2008.

Katanya, disebabkan itu pembangkang dilihat kurang kredibiliti dan tidak dipercayai rakyat.

Beliau juga menafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai terlepas peluang keemasan untuk membubarkan Parlimen seperti yang dijaja beberapa pemimpin DAP.

Katanya, pembubaran boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai dan bukan dalam tempoh tertentu sahaja.

Dalam temuramah berkenaan, beliau juga menasihati pengundi Cina agar berfikir secara mendalam dan berhati-hati sebelum mengundi.

"Apa yang anda dapat dengan cuba menghukum BN," soalnya.

Beliau juga yakin pengundi kali ini akan mengundi berdasarkan tiga faktor utama iaitu menolak penyelewengan, ekonomi dan masa hadapan.

Mengulas mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu beliau berkata, ia merupakan sesuatu yang menyebelahi BN walaupun ia tidak dirancang oleh pihak itu.

Pandangan Daim mengenai keputusan pilihan raya umum adalah sesuatu yang ditunggu terutama apabila meramal dengan tepat keputusan PRU ke 12 (2008) yang menyaksikan BN kehilangan beberapa negeri yang dilihat kubu kuat kerajaan ketika itu.

MB KEDAH BALUN PIMPINAN KHALID GAGAP "JANJI DICAPATI.."

Posted: 30 Mar 2013 01:38 AM PDT



"Apa yang hendak kita terkejut dengan tuduhan puak2 UMNO. Tok sah dilayan. Sebab kita tau kerja mereka menipu saja."

Sedap Anwar berucap di merata Negeri memberi 'amanat' terhadap penyokong2 beliau.

Komen Ustaz Azizan terhadap kepimpinan negatif Khalid Gagap di Selangor ini mungkin menjadi penentu masa depan beliau selaku MB Kedah menjelang PRU13.

Ulasan Ustaz Azizan ini dalam erti kata lain menyifatkan Kerajaan PR Selangor mengamalkan JANJI DICAPATI dalam menguasai Negeri tersebut.

Ustaz Azizan Abdul Razak mengkritik kesilapan Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang terlalu banyak berjanji semasa kempen Pilihan Raya 2008 sehingga tidak mampu ditunaikan.

Selangor seperti juga Kedah buat pertama kali dimenangi oleh gabungan longgar PAS, PKR dan DAP daripada Barisan Nasional (BN) yang memerintah kedua-dua negeri tersebut semenjak pilihan raya pertama berlangsung di negara ini.

"Mereka janji banyak sangat. Lepas tu tak larat nak bayar," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider minggu lalu.





Terbaru pada 28 Mac lalu seramai 1,010 suri rumah memfailkan saman terhadap kerajaan Selangor menuntut tunggakan sejumlah RM5.858 juta kerana gagal memberikan bantuan elaun kepada suri rumah yang menjaga anak mereka di rumah seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Saman difailkan Tetuan Kamarudin & Partners di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi pihak suri rumah di Selangor yang diketuai seorang suri rumah, Norela Abu Bakar, 41.

Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku ketua eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.

Dalam saman itu, mereka mendakwa defendan pertama berjanji kepada rakyat Selangor termasuk plaintif-plaintif untuk memberi elaun kepada suri rumah sekiranya defendan pertama memenangi pilihan raya umum 2008.





Ketika ditanya apakah janji yang akan diberikan kepada pengundi negeri sekiranya PR berjaya memerintah semula Kedah selepas Pilihan Raya 2013, Azizan berkata: "Tiada janji, kita tambah penambahbaikan sajalah."

Pilihan raya umum (PRU) ke 13 dijangka akan diadakan tidak lama lagi, bila-bila masa dari sekarang, dengan DUN Negeri Sembilan sudah terbubar secara automatik Rabu lepas.

Dalam Pilihan Raya 2008, gabungan PKR, PAS dan DAP berjaya menafikan majoriti tradisi dua pertiga BN di parlimen dan menang di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...