CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[GAMBAR] Empat Suspek Pengganas Sulu Ditahan

Posted: 06 Mar 2013 01:34 AM PST


Anggota Polis dari Cawangan Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah (IPK) membawa suspek yang berjaya ditahan ketika 'Ops Daulat di sebuah ladang sawit di sini, Rabu.Dalam operasi itu polis berjaya menahan empat lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh untuk di soal siasat.
SEMPORNA: Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lepas.

Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an.

Menurut polis, operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap penceroboh yang didakwa menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna.


"Bertindak hasil maklumat awam dan maklumat risikan yang dikumpul sejak beberapa hari lepas, kami berjaya menahan empat lelaki untuk siasatan," kata pegawai berkenaan.

Beliau berkata operasi itu bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari.
Tinjauan Bernama di lokasi operasi mendapati dua rumah diperiksa dan polis berjaya menahan dua lelaki di rumah itu manakala seorang lelaki ditahan ketika keluar dari belukar dan seorang lagi ditahan dalam pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang mencurigakan.

Dalam kejadian Sabtu lepas, enam anggota polis terkorban dalam serang hendap oleh kumpulan pengganas bersenjata. Kejadian pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan enam pengganas terbunuh.



Ampang: Penyanyi belasah suami hingga mati

Posted: 05 Mar 2013 05:18 PM PST


Amiruddin Jamaluddin
AMPANG - Seorang penyanyi wanita sanggup membelasah suaminya dalam keadaan kaki dan tangan terikat hingga mati gara-gara tidak mahu mangsa bertemu dengan anak perempuan mereka berusia setahun.

Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, suspek bersama dua anak saudaranya bertindak sedemikian selepas berang apabila mangsa mendesak meminta bertemu dengan anaknya meskipun tidak dibenarkan berbuat demikian.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata,  pihaknya yang menerima maklumat tentang kejadian, bergegas ke rumah itu sebelum menemui mangsa  tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik dengan keadaan terikat.

Menurutnya,  mangsa cuba diberi bantuan kecemasan oleh anggota paramedik namun disahkan sudah meninggal dunia.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.

"Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut kerana serangan jantung akibat pergelutan dan kekasaran. Suspek dan dua anak saudaranya ditahan reman untuk membantu siasatan," katanya.

Menurutnya, polis merakamkan percakapan suspek dan kes dijangka dibawa ke pendakwaan pada masa terdekat

Difahamkan, pasangan berusia 39 tahun itu tidak tinggal bersama sejak setahun lalu dan dalam proses penceraian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

[LEPAS SERANGAN] Azzimudie dan Penceroboh Kini Sedang 'BERISTIRAHAT' - jurucakap kesultanan Sulu, Abraham Idjirani

Posted: 05 Mar 2013 08:50 AM PST


Laporan portal berita Philippine Daily Inquirer menyebut kumpulan bersenjata yang kini berdepan serangan pasukan keselamatan Malaysia, tidak akan menyerah malah menegaskan akan berjuang sehingga titisan darah terakhir.

Laporan itu menyebut, jurucakap kesultanan Sulu Abraham Idjirani (gambar) memberitahu demikian kepada satu stesen radio selepas dihubungi ketua kumpulan itu, Azzimudie melalui telefon.

"Tidak. Tidak menyerah," kata Idjirani, yang menambah Azzimudie dalam perbualan terakhir mereka melalui telefon memberitahunya bahawa mereka kini sedang "beristirahat".

Idjirani juga dilaporkan berkata, kumpulan bersenjata itu akan mencari jalan untuk keluar dari keadaan bahaya demi kelangsungan mereka.

Namun masa panggilan itu dibuat tidak dinyatakan.

Sementara itu, AFP melaporkan Jurucakap Presiden Benigno Aquino III berkata, Filipina telah melakukan sedaya upaya bagi mengelakkan pencerobohan di Sabah berakhir dengan pertempuran.

Namun katanya, kumpulan yang mendakwa pengikut kepada Jamalul Kiram III, pewaris kepada Sultan Sulu itu memilih 'jalan sendiri'.

Setiausaha Luar Filipina, Albert del Rosario pula dilaporkan masih berada di Kuala Lumpur untuk berunding dengan Menteri Luar di Malaysia bagi menyelesaikan kemelut itu.

Difahamkan Filipina meminta pihak berkuasa Malaysia untuk membantu menyediakan perjalanan keluar yang selamat dari Sabah untuk wanita Filipina dan mereka yang bukan penceroboh bersenjata.

"U Ulang I Saman U" Popular Selepas "Listen,Listen,Listen"

Posted: 05 Mar 2013 08:09 AM PST


Ungkapan 'U Ulang, I Saman U"  telah menjadi semakin popular dan menjadi sebutan ramai termasuk di laman sosial beberapa hari ini.

Ungkapan ini telah disebut oleh Anwar semasa sidang media bagi mengelakkan daripada diasak dengan pertanyaan oleh wartawan tentang penglibatan beliau dalam isu pencerobohan di Lahad Datu.


Selain itu, terdapat banyak video yang telah dimuat naik di youtube yang telah mengubah ungkapan "U Ulang Saya Sama U Pulak" yang disebut Anwar dengan pelbagai cara seperti video iklan raya yang bertanya burung apa? berulang kali dan juga dalam bentuk Harlem Style seperti video di bawah.


PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas lanjut laporan media asing yang mengaitkan beliau dengan seorang ahli politik pembangkang di Sabah berhubung dakwaan mempunyai kaitan dengan penceroboh bersenjata di negeri berkenaan.

Sambil menegaskan beliau tidak perlu berbuat demikian kerana tidak terbabit dengan isu tersebut, Anwar bagaimanapun memberitahu bahawa perkara berkaitan dakwaan itu sedang diuruskan peguamnya.

Ketika diberitahu bahawa media di Filipina menerusi laporan mereka mengaitkannya dengan insiden itu, Anwar bagaimanapun berkata: "Terdapat banyak media di Filipina. Mana satu yang anda maksudkan?"

Anwar berkata demikian kepada pemberita pada sidang media khas bagi mengulas menangani pencerobohan bersenjata di Sabah.


Sementara itu apabila diberitahu bahawa dakwaan mengenainya disiarkan akhbar harian terkenal Filipina, Philippines Daily Inquirer, Anwar berkata beliau sudah membaca laporan berkenaan namun menyatakan bahawa namanya tidak disebut sebagai pihak yang dikaitkan.

"Jika anda bangkitkan isu pencerobohan ini lagi, saya akan dakwa anda," katanya kepada seorang wartawan portal berita yang mengajukan soalan berkenaan.

Menerusi laporan Philippines Daily Inquirer, pada Jumaat lalu menyatakan bahawa sumber risikan negara itu mengaitkan seorang ahli politik Sabah yang bersekutu dengan pemimpin pembangkang Malaysia sebagai antara 'faktor luaran' yang didakwa bertanggungjawab menghasut waris kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah.

Laporan wartawan Philippines Daily Inquirer,, Nikko Dizon berkata Manila sedang memantau tiga kumpulan yang digambarkan sebagai 'faktor luaran' di sebalik krisis pencerobohan di Malaysia.

Malah baru-baru ini agensi berita Reuters menerusi laporannya juga mengaitkan penglibatan pembangkang dalam pencerobohan Lahad Datu.

Perkara ini telah dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa, Reuters.

Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.
Selain itu Anwar turut menyalahkan Umno yang didakwa cuba memutar belit berita berkenaan sambil menyatakan bahawa beliau tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Philippines Daily Inquirer,.


Media Luar Melaporkan Anwar dan Pihak Pembangkang Terlibat

Apa yang menjadi persoalan sekarang ini ialah kenapa beliau mengelak untuk mengulas apatah lagi mengambil tindakan terhadap media luar yang melaporkan penglibatan beliau dan pihak pembangkang dalam isu Lahad Datu seperti yang dilaporkan oleh Reuters dan Philippines Daily Inquirer?

Malah beliau juga tidak menggunakan peluang di ceramah-ceramah untuk menjawab isu pertemuan beliau dengan Nur Misuari.

Sebelum ini Perisikan tentera (ATM) mengesahkan terdapat pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari beberapa bulan sebelum pencerobohan berlaku di Lahad Datu, Sabah.

Selain itu agensi yang sama turut mengesahkan seorang pemimpin pembangkang Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan terlibat mengadakan pertemuan dengan Sultan Muidzullail T. Kiram iaitu salah seorang pemerintah Kesultanan Sulu juga beberapa bulan sebelum kejadian berlaku.

Pendedahan ini menguatkan lagi dakwaan pihak perisikan tentera Filipina sebelum ini apabila secara terbuka mengaitkan nama pemimpin pembangkang sebagai dalang.


Menurut sumber perisikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pertemuan antara Anwar dan Jeffrey dengan pihak MNLF serta wakil Kesultanan Sulu dipercayai ada kaitan dengan janji-janji tertentu sehingga mendorong kumpulan yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu menceroboh Sabah.

Pada 14 Februari lalu pula, agensi berita antarabangsa, Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan kumpulan bersenjata tersebut berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini.

Lapor Reuters, kumpulan 150 orang diketuai Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzumudie itu mendarat di Lahad Datu bagi membincangkan isu tuntutan tanah ekoran jemputan pemimpin pembangkang Malaysia tetapi segera dinafikan Anwar yang mendakwa kenyataan itu dibuat UMNO.

Selain Reuters, akhbar dalam talian, The Manila Times menerusi koresponden mereka, Al Jacinto juga mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.

[JAHAT] Penduduk Filipina bermastautin Beri Bantuan Kepada Penceroboh

Posted: 05 Mar 2013 03:40 AM PST

MANILA 4 Mac - Keadaan yang berlaku di Sabah pada waktu ini disifatkan sebagai 'Kebangkitan Kiram' setelah tercetusnya pertempuran di antara tentera setia kepada Jamalul Kiram III dan pasukan keselamatan Malaysia.

Jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani berkata, apa yang mereka lakukan kini adalah demi untuk rakyat Filipina.
"
Ini merupakan kebangkitan Sultan Jamalul Kiram III. Kami melakukan ini atas nama rakyat Filipina," katanya semalam.

Abraham mendakwa, Sandakan turut menjadi 'zon pertempuran' malam tadi ketika konflik di Semporna menemui jalan buntu.

Bagaimanapun, dia menafikan laporan yang mengatakan tentera Sulu yang diketuai Raja Muda Azzumudie Kiram menerima bantuan daripada pejuang-pejuang Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF).

Sebaliknya, dia berkata, tentera Sulu hanya dibantu oleh rakyat Filipina yang berada di Sabah.

Dia juga memberitahu enam anggota pasukan keselamatan Malaysia terbunuh dalam pertempuran di Semporna.

Abraham sebelum itu menggambarkan pertempuran yang berlaku sebagai 'tidak dirancang dan merebak secara tiba-tiba' dengan bantuan rakyat Filipina yang berada di Sabah.

Sehingga tengah hari semalam, dia mendakwa tentera Sulu sudah mengawasi seluruh Semporna.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pemerintah Islam MNLF, Habib Mujahab Hashim berkata, bantuan dari Mindanao berjaya melepasi kawalan keselamatan Malaysia di Sandakan dan menyerang dua trak pasukan Tentera Malaysia.

Habib, yang mendakwa mendapat kebenaran Sultan Sulu untuk bercakap mengenai situasi di Sabah berkata, pasukan itu menggunakan bom jangka dalam serangan tersebut. - AGENSI

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...