CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Tokoh Ilmuan Islam Dr Muhammad Uthman Meninggal Dunia

Posted: 25 Mar 2013 06:44 PM PDT


KUALA LUMPUR:Tokoh Maal Hijrah 2005, Dr Muhammad Uthman El-Muhammady,70, (gambar) meninggal mengejut di kediamanya di Persiaran Duta di sini petang Isnin.

Dr Muhammad Uthman yang dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan adalah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkenaan Islam dari segi akidah, akhlak, budaya dan falsafah.

Tokoh Maal Hijrah 2005, Dr Muhammad Uthman El-Muhammady,70, meninggal dunia secara mengejut di kediamannya di Persiaran Duta, Kuala Lumpur pada malam Isnin. Kelihatan beberapa keluarga terdekat menziarahinya

Allahyarham memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat ijazah dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1966 sebelum menjadi tutor pada tahun 1969.

Sebelum kembali ke Kelantan, Allahyarham mengajar di Jabatan Pengajian Islam UM sehingga tahun 1973.

Pada tahun 1995, Allahyarham dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.) oleh Universiti Sains Malaysia (USM).

Kerajaan Negeri Tipu Bina masjid: MB Kedah digesa minta maaf

Posted: 25 Mar 2013 06:12 PM PDT


Badrol (empat, kiri) menunjukkan buku yang menyenaraikan 12 masjid terbabit.

Senarai 12 masjid yang dicetak dalam buku 'Sayangi Kedah Sejahtera
ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak digesa memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam berhubung tindakan kerajaan negeri mempolitikkan isu pembinaan 12 masjid melalui pengedaran buku 'Sayangi Kedah Sejahtera'.

Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrol Hisham Hashim berkata, mereka kesal maklumat yang dicetak seolah-olah menggambarkan 12 masjid yang dibina sejak 2008 itu dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan kenyataan terbabit tidak benar serta boleh mengelirukan rakyat.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu bersikap telus dan tidak terus membohongi rakyat dengan mengakui  projek pembangunan menggunakan peruntukan wang kerajaan pusat sebagai projek mereka.

"Jika beliau enggan berbuat demikian (mohon maaf) serta menarik balik fakta yang tidak benar itu, kita bersiap sedia mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang untuk menyaman kerajaan negeri di mahkamah.

"Kesalahan yang dilakukan itu adalah satu perkara serius kerana membabitkan rumah ALLAH," katanya kepada media di pejabat Pembangunan Negeri Kedah (ICU) Wisma Persekutuan Anak Bukit, di sini, semalam.

Badrol berkata, mereka mendesak Azizan bertanggungjawab terhadap isu berkenaan dengan tidak menyalahkan pihak lain termasuk memberi jawapan tidak tahu mengenai kewujudan senarai masjid terbabit.

Sementara itu, Pegawai Pembangunan Negeri, Datuk Azmi Lateh tampil mendedahkan peruntukan membina 11 daripada 12 masjid berkenaan disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan dan sebuah lagi disumbangkan orang persendirian.

"Sepanjang tempoh lima tahun kerajaan pusat memperuntukkan RM38.4 juta membina 22 masjid baru termasuk melibatkan 11 masjid berkenaan. Daripada jumlah itu 14 masjid sudah siap manakala lapan masih dalam proses pelaksanaan.

"Berikut 11 masjid terbabit iaitu masjid baru di Bandar Laguna Merbok, Kuala Muda (RM1.8 juta) menggunakan peruntukan khas Perdana Menteri, Masjid Batu 5, Jalan Jeniang, Gurun (RM2 juta)," katanya.

Azmi berkata, Masjid Sungkop, Kuala Muda (RM1.8 juta),  Masjid Taman Mutiara, Kulim (RM2 juta), Masjid Taman Bersatu, Kuala Kedah (RM 1.5 juta), Masjid Taman Peruda (RM3 juta).

"Masjid Kampung Batu Belacan, Bukit Selambau (RM1.3 juta), Masjid Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani (RM2.2 juta), Masjid Telaga Batu Ayer Hitam, Jerlun (RM1.4 juta), Masjid Bandar Baharu, Kulim-Bandar Baharu (RM5 juta) dan Masjid Kampung Nawa, Pokok Sena (RM1.8 juta).

"Manakala Masjid Batu 8, Sik adalah surau yang dinaik taraf kepada masjid pada pertengahan tahun lalu dan dibiayai sepenuhnya orang persendirian," katanya.

Beliau berkata, beberapa projek masjid yang masih dalam proses pembinaan dijangka siap selewatnya hujung tahun ini tidak termasuk permohonan baru pembinaan masjid tahun ini.

"Masjid yang siap akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) untuk proses pengurusan.

"Dalam tempoh yang sama, peruntukan hampir RM100 juta digunakan untuk pembangunan aktiviti keagamaan selain membina masjid baru dan membaik pulih masjid, membina dan menaik taraf surau, bantuan turut diagihkan kepada tokong serta kuil," katanya.

Chua Jui Meng (PKR) HILANGKAN DIRI, MARAH DAP Rampas Kerusi Gelang Patah

Posted: 25 Mar 2013 08:29 AM PDT


JOHOR BAHRU: Harapan Pembangkang untuk melakukan 'serangan' di Johor pada pilihan raya umum akan datang tergendala apabila beberapa individu berpengaruh enggan untuk 'bertempur' di kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu.

Harapan tinggi Pakatan Rakyat itu terjejas berikutan "kehilangan" Ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng secara tiba-tiba, yang tidak dinamakan sebagai calon pada kerusi parlimen Gelang Patah yang dilobinya.

Para pegawai PKR yang tidak mengetahui di mana Chua atau apa yang beliau mahu lakukan, dengan antara mereka menyatakan bahawa beliau melakukan "bantahan" bagi menunjukkan kemarahan beliau yang dipinggirkan bagi calon kerusi itu.

Chua tidak hadir pada satu majlis di mana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai calon Gelang Patah pada Isnin lepas.

Selain rungutan Chua, Ahli Parlimen DAP-Batu Gajah, Fong Po Kuan telah menyatakan hasrat bahawa beliau tidak akan bertanding di selatan negeri itu.

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran, yang merupakan seorang lagi pemimpin DAP dikatakan dikenal pasti untuk bertanding di Johor, tidak membantah cadangan itu secara terbuka tetapi pihak dalaman parti berkata, beliau telah menyuarakan pilihan untuk tidak mengikut Lim ke Johor.

Sumber berkata, Fong dan Kulasegaran, yang bercanggah dengan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan setiausahnya Nga Kor Ming, dikenal pasti akan bertanding, masing-masing di Kluang atau Kulai, dan Segamat.

Ketua bahagian dan ketua biro perundangan PKR Johor Jaya, Jimmy Puah berkata, ramai yang mempersoalkan kehilangan Chua daripada beberapa majlis PKR negeri dengan pilihan raya umum yang semakin hampir.

"Kami mempunyai perasaan yang bercampur-baur seperti kami teruja berkempen untuk pilihan raya umum tetapi ia menjejaskan semangat kami apabila tiada pemimpin," katanya, sambil menambah bahawa beliau mendengar bahawa Chua sedang "bercuti" di Kuala Lumpur.

Fong, yang mempunyai suami seorang setiausaha DAP Johor iaitu Tan Chen Choon, memberitahu The Star pada Ahad bahawa beliau tidak akan bertanding di Johor.

"Seperti yang telah saya katakan banyak kali sebelum ini, spekulasi bahawa saya akan bertanding di Johor adalah tidak benar dan ia sekadar khabar angin," katanya.

Kulasegaran, seorang naib pengerusi DAP berkata, beliau akan menyerahkan keputusan parti untuk memutuskan di mana beliau akan bertanding.

"Saya tidak diberitahu mengenai apa-apa keputusan di mana saya akan bertanding," katanya.

Jui Meng TERSILAP minta pengundi sokong BN semasa ceramah

Pada 2 Mac yang lalu semasa berceramah di MUAR, Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng  telah tersilap meminta rakyat menyokong BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, ini mungkin kerana beliau masih 'sayangkan' Barisan Nasional (BN).

Beliau yang kini Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, tersasul meminta orang ramai berbuat demikian ketika berucap dalam Ceramah Perdana Demi Rakyat di perkarangan Pejabat PKR Muar.

Nyata Jui Meng yang berjuang selama 23 tahun dalam MCA masih dibayangi kebaikan serta jasa BN kepada rakyat sehingga tersasul meminta sokongan diberikan kepada parti pemerintah tersebut.

"Di Parlimen Muar, orang India diharap bersama pengundi Cina untuk mengundi Barisan Nasional," katanya sambil disambut sorakan penyokongnya sebelum segera memperbetulkan kenyataan itu dengan mengatakan bukan BN yang dimaksudkan tetapi pakatan pembangkang.

Terowong dikena TOL, Guan Eng beri alasan BODOH

Posted: 25 Mar 2013 05:56 AM PDT


KUALA LUMPUR 25 Mac - Tindakan Lim Guan Eng memberi alasan takut kalah dan tidak mahu dituduh mensabotaj projek Kerajaan Persekutuan apabila mengenakan tol untuk projek terowong dasar laut, disifatkan sebagai mengarut dan tidak berasas.

Malah kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang memberi alasan orang ramai mungkin tidak akan menggunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang, juga sebagai langkah menutup kesalahan pakatan pembangkang yang nyata tidak mampu menunaikan janji mereka untuk menghapuskan tol.

Presiden Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (Desmma), Mohd. Fazil Abdullah berkata, segala alasan yang diberikan Guan Eng itu tidak berasas dan hanya mahu menutup tujuan asal pembinaan terowong dasar luat berkenaan.

Ujarnya, projek bernilai RM6.3 bilion itu bukan satu nilai yang sedikit malah tindakan kerajaan negeri mengenakan tol bertujuan mengaut keuntungan jangka masa panjang untuk membayar balik kos pembinaan projek mega berkenaan.

"Jika dilihat dari aspek ekonomi, mustahil bagi kerajaan negeri untuk tidak mengenakan sebarang tol kerana projek yang menelan belanja berbilion ringgit itu.

"Malah langkah mengenakan tol itu juga sebagai cara menarik keyakinan pelabur untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi menjayakan projek berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas alasan Guan Eng yang akan mengenakan tol kepada pengguna terowong dasar laut yang mahu dibinanya kerana takut kalah kepada Kerajaan Persekutuan sekiranya kes berkenaan dibawa ke mahkamah.

Malah beliau juga memberi alasan tidak mahu dituduh mensabotaj projek Kerajaan Persekutuan iaitu Jambatan Kedua Pulau Pinang kerana bimbang orang ramai tidak akan melalui jambatan tersebut.

Mohd. Fazil turut mempersoalkan keputusan Guan Eng yang tetap berdegil untuk meneruskan projek berkenaan walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak.

"Lebih baik peruntukan yang ada disalurkan untuk meningkatkan sistem jalan raya dan pengangkutan sedia ada di pulau itu yang nyata memberi manfaat secara menyeluruh berbanding membina terowong dasar laut yang belum tentu menjamin melancarkan aliran trafik di Pulau Mutiara itu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Belia 4B (GB4B) Malaysia, Mohd. Nizam Omar berkata, tindakan mengenakan tol di terowong dasar laut itu jelas memperlihatkan kelemahan pemimpin DAP kerana tidak mampu menunaikan manifesto yang telah dijanjikan mereka.

"Kenapa perlu mengaitkan pihak lain dalam pembinaan terowong ini.

"Jika benar projek ini untuk kemudahan rakyat, buktikan dan jangan sekadar pandai memberi alasan untuk menutup kelemahan sendiri serta menjadikan pihak lain sebagai kambing hitam," katanya

Update : Apex Nafi Buat Suntikan Pada Wajah

Posted: 25 Mar 2013 05:31 AM PDT


Susulan laporan yang dikeluar oleh pihak kami pagi tadi, ini ada update terbaru mengenai pemain bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih mesra disapa sebagi Apex, di mana selebriti sukan ini telah menafikan dakwaan yang kononnya dia telah membuat suntikan di bahagian muka demi mendapatkan wajah yang cantik.

Menurut Apex, wajahnya semakin berseri-seri kerana kehidupannya semakin bahagia bersama isteri tercinta, tambahan pula kini dirinya dilantik sebagai duta untuk produk jenama Brand's.
Sebagai atlet saya bukan saja perlu menjaga kesihatan. Malah, saya juga perlu menjaga penampilan memandangkan saya juga adalah duta untuk beberapa produk.
Mungkin orang nampak saya semakin berseri atau wajah lebih bersih di sebabkan saya sudah bahagia bersama Leuniey yang betul-betul memahami saya sebagai seorang atlet negara.
Bercakap mengenai wajah saya, saya rasa selesa sekarang ini dengan menjadi duta produk Brand's. Saya rasa ia adalah kesan daripada penggunaan produk Brand's – ujar Apex menerusi portal hiburan Murai.com
Mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan tersebut, Apex turut menganggap semua dakwaan yang dilemparkan keatasnya adalah sekadar gosip biasa dan menolak dakwaan yang kononnya dirinya berubah disebabakan Leuniey.
Saya tidak tahu bagaimana cerita sebegini boleh wujud. Namun, saya anggap ia sama seperti gosip yang telah dilemparkan terhadap saya seperti sebelum saya berkahwin lagi.
Saya tidak marah tetapi saya ingin tegaskan di sini bahawa saya tidak pula ke arah untuk cucuk muka.
Setahu saya, semua sedia maklum, saya dan Leuniey berkahwin kerana faktor saling memahami bukannya faktor paras rupa. Jadi, gosip ini tidak berasas langsung.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...