Apple Biru

Apple Biru


HOT NEWS : Pengganas Sulu Sembunyi Senjata!

Posted: 26 Mar 2013 08:00 AM PDT

Pengganas Kiram III mungkin telah menyembunyikan senjata mereka dan bergaul dengan masyarakat tempatan Sabah dalam usaha bagi mengelakkan diri dari diburu oleh pihak keselamatan Malaysia yang sedang menghalau militan, menurut laporan akhbar Filipina.

Penduduk Sabah menelefon stesen radio tempatan semalam dan menimbulkan persoalan tentang di mana terletaknya senjata-senjata pemberontak yang merupakan pengikut kepada Agbimuddin Kiram, adik kepada lelaki mendakwa dirinya Sultan Sulu Jamalul Kiram III yang menuntut ke atas Sabah, menurut laporan akhbar Philippine Daily Inquirer.

"Mungkinkah pasukan yang menggelar diri mereka 'Tentera Di Raja' Sulu ini membuang semua senjata supaya mereka dapat lari dari buruan oleh lebih kurang 5,000 anggota pasukan keselamatan Malaysia?" tanya akhbar tersebut lagi.

The Inquirer melaporkan stesen radio tersebut dihujani dengan pertanyaan melalui telefon berikutan penangkapan seorang "pengganas" tidak bersenjata dalam operasi keselamatan di Tanjung Batu petang semalam, seperti dilaporkan oleh agensi berita nasional, Bernama.

"Seorang pendengar radio berkata beliau tidak faham mengapa 'pengganas' tersebut menyerah tanpa mempertahankan dirinya dari pasukan keselamatan yang sedang memburunya dan rakan-rakannya," menurut laporan akhbar itu lagi.

Seorang lelaki Sulu yang tidak dinamakan dilaporkan telah meletakkan tangannya dan meminta pasukan keselamatan pada jam 5 petang itu supaya tidak menembaknya.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki itu kini berada di bawah tahanan polis.

Polis sudah menahan 111 orang di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 sementara pengganas yang terbunuh sebanyak 67 orang, manakala 42 orang lagi sudah dikeluarkan dari kawasan tersebut, menurut Bernama.

Sekumpulan 200 orang lelaki bersenjata, mendakwa sebagai "Tentera Di Raja" Kesultanan Sulu, mendarat tanpa halangan di Lahad Datu pada 9 Februari untuk menuntut Sabah, yang hanya mengambil masa 40 minit dari selatan Filipina ke timur Sabah.

Lapan anggota polis dan dua tentera terkorban dalam pertempuran tersebut, dan memaksa ribuan orang kampung meninggalkan kawasan rumah mereka di negeri paling timur di Malaysia itu.

Putrajaya telah mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai kawasan keselamatan khas dan akan meletakkan pasukan keselamatan untuk mengawal kawasan itu.


Sumber

BREAKING NEWS: Paderi Sebagai Penasihat Agama Kiram

Posted: 26 Mar 2013 07:16 AM PDT


Sebelum terjadinya insiden pencerobohan bersenjata di Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu, rakyat Malaysia tidak pernah ambil tahu siapa Pastor 'Boy' Saycon kerana nama itu tidak pun wujud dalam kamus kehidupan rakyat negara ini.

Hanya sekarang baru kita ketahui nama Pastor 'Boy' Saycon itu rupanya milik seorang paderi Kristian warganegara Filipina yang juga adalah penasihat kepada Jamalul Kiram III sejak 12 tahun lalu khususnya melibatkan hubungan asing, ekonomi dan kebudayaan.

Malah paderi ini 'Boy' Saycon juga turut terlibat secara langsung selaku penasihat utama semasa Jamalul Kiram mengemukakan tuntutan ke atas Sabah melalui saluran pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak berapa lama dulu.

Lelaki berbadan gempal bercermin mata dan berkulit putih itu juga dikenali sebagai political strategist dan masih memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Majlis Untuk Hal-Ehwal Filipina (COPA).

Dalam pada itu, ramai rakyat Malaysia sebenarnya tertanya-tanya kenapa Jamalul Kiram sebagai seorang yang beragama Islam boleh mengambil seorang paderi sebagai penasihat? 

Mungkinkah disebabkan kepandaiannya dalam bidang ekonomi dan mahir merencanakan hubungan dengan pihak luar untuk kepentingan Jamalul Kiram misalnya mendapatkan bantuan kewangan untuk pembelian senjata dan sebagainya?

Baru-baru ini Biro Penyiasatan Nasional Filipina (NBI) telah memulakan siasatan terhadap paderi terbabit bagi mengetahui sejauh mana keterlibatannya dengan perancangan Jamalul Kiram dalam menceroboh Sabah.

Sebagai penasihat tentu sahaja wujud peranannya, lagi pun paderi itu sendiri pernah mengakui telah menasihati Jamalul Kiram supaya membatalkan empat perancangan awal untuk menyerang Sabah oleh kumpulan pengganas Sulu yang di ketuai Agbimuddin Kiram, adik kepada Jamalul Kiram.

Salah satunya melibatkan perancangan serangan pada bulan Ogos 2012, iaitu selepas dua kali Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas pemimpin utama MNLF, Nur Misuari.

Jika sebelumnya paderi itu mengetahui butir-butir perancangan serangan, mustahil pencerobohan yang terjadi di Lahad Datu tempohari langsung tiada dalam pengetahuannya, bukan begitu?

HOT NEWS: DUN Negeri Sembilan Bubar

Posted: 26 Mar 2013 07:04 AM PDT


Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Datuk Razak Mansor akan memaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran secara sendiri DUN negeri ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu.
Beliau berkata pemakluman itu bagi membolehkan badan pengendali pilihan raya mengadakan pilihan raya bagi negeri ini dalam tempoh 60 hari selepas DU Nterbubar secara sendiri pada Khamis.
"Itupun jika Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir tidak membubarkan DUN esok di mana baginda masih boleh berbuat demikian di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.
"Tapi jika tidak ada pembubaran pada Rabu, mungkin pada sebelah petang saya akan menghantar makluman kepada SPR kerana pada tengah malamnya DUN sudah terbubar," katanya.
Sementara itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya mempunyai tempoh selama 60 hari selepas Khamis ini untuk menentukan tarikh bagi penamaan calon dan pilihan raya bagi negeri ini.
Bagaimanapun katanya, SPR mempunyai masa yang cukup untuk menunggu sehingga semua DUN di negeri lain dan Dewan Rakyat terbubar dengan sendirinya sebelum membuat sebarang keputusan untuk mengadakan pilihan raya.
"SPR juga akan mengadakan mesyuarat khas mengenai perkara ini pada masa yang sesuai yang akan ditentukan kelak," katanya.
Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi DUN adalah negeri pertama yang terbubar secara automatik pada Khamis ini selepas cukup tempoh lima tahun.
Tempoh lima tahun Dewan Rakyat pula berakhir 28 April depan.
Pada pilihan raya umum lalu, Barisan Nasional membentuk kerajaan Negeri Sembilan selepas memenangi 21 kerusi sementara selebihnya dimenangi DAP (10), Parti Keadilan Rakyat (4) dan PAS satu kerusi.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pimpinan parti-parti pakatan pembangkang membincangkan pada mesyuarat pada Selasa mengenai tarikh pembubaran dewan undangan negeri yang ditadbir oleh pembangkang iaitu Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.
Sebelum itu, penasihat DAP Lim Kit Siang mencadangkan dewan undangan di empat negeri itu dibubar serentak dengan pembubaran Parlimen untuk memudahkan pengundi menunaikan tanggungjawab. BERNAMA

BREAKING NEWS LAHAD DATU : SMS INDIVIDU PEMBANGKANG MALAYSIA BERJAYA DIKESAN

Posted: 26 Mar 2013 05:47 AM PDT

Sangat Mengejutkan! Rupa-rupanya perancangan "mereka" bukan setakat memberi wang dan menghuru-harakan negara tetapi lebih dari itu. Kami sungguh terkejut.

Penemuan terbaru kami mendapati Individu Pembangkang bukan sahaja menyalurkan sejumlah wang yang besar kepada Militan Kiram, tetapi juga kami mendapat petunjuk baru yang amat-amat 'berat' di mana Individu Pembangkang turut menjanjikan beberapa perkara lain.

Sumber kami menunjukkan kepada kami beberapa sms dalam bahasa Inggeris, di antara Individu Pembangkang dengan pihak Militan Kiram, yang kami percaya dihantar kepada pihak perantara yang kami yakin ialah MNLF.

Daripada sms yang banyak itu, kami dapat bahagikan kepada dua bahagian.

SMS dari Individu Pembangkang di Malaysia :

1. Parlimen akan dibubarkan pada hujung bulan Februari. "Kucar-kacir" mesti dibuat pada hari yang sama. Keadaan mesti dihuru-harakan supaya Najib terpaksa mengisytihar "Darurat".

2. Berjanji akan menyalurkan wang. 50% Deposit.

3. Berjanji akan memberikan Pangkat dan Jawatan.

4. Berjanji "kami tidak kenal kamu dan kamu tidak kenal kami".


SMS balas dari pihak MNLF/ Militan Kiram :

1. Beri kami wang dahulu untuk beli minyak, sewa senjata, upah dan makanan.

2. Kami mahu Jawatan dalam Kerajaan jika Individu Pembangkang tersebut berjaya menjadi Presiden! Kami mahu jawatan Ketua Polis Negeri Borneo Utara, District Officer Semporna, Kunak & Lahad Datu.

3. Elaun kepada Sultan Jamalul Kiram III dan waris-waris dibayar setiap bulan.

4. Memberikan "Kewarganegaran" secara percuma kepada semua keluarga mereka yang berada di Sabah secara automatik.

4. Membatalkan Perjanjian dengan MILF. 

5. Membenarkan tentera MNLF dan Militan Kiram mendirikan Pos Kawalan di Tunku, Lahad Datu.

Nota : Kami bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Ke Atas Penglibatan Anwar Ibrahim dalam Pencerobohan Militan Kiram di Lahad Datu ditubuhkan! Kami memohon maaf kepada pasukan keselamatan, bukan kami hendak mendahului, kami hanya mahu memberikan segmen Bukan Tentera/Bukan Polis.

Kedua, kami menyeru supaya siasatan turut dibuat ke atas Lajim Ukin yang menerima wang rasuah sejumlah RM20 Juta dari Anwar Ibrahim semasa melompat parti. Selain daripada Lajim membeli surat penjara Anwar secara "Cash" bernilai RM50,000, wang selebihnya yang sangat besar itu dipercayai diberikan  kepada sel-sel Militan Kiram melalui anak Lajim. Kami mendapat maklumat Lajim turut dipergunakan Anwar!

Bersambung...(Kepada pembaca mymassa, jika anda mahu kami postkan salah satu sms Individu Pembangkang Malaysia itu, kami masih berfikir ianya mesti didedahkan kepada RCI, tetapi jika anda mendesak, kami akan memutuskan. Terima kasih).

Sumber

TERKINI LAHAD DATU! Amirbahar Guna Pas Pelancong Jumpa Siapa?

Posted: 26 Mar 2013 04:26 AM PDT


Jeneral lima bintang pengganas Sulu, Datu Amirbahar Hushin Kiram yang berjaya ditahan pihak berkuasa pada pagi Sabtu lalu didapati menggunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke Kampung Tanduo sejak November lalu.

Satu sumber berkata, siasatan juga mendapati pas lawatan yang digunakan Amirbahar yang difahamkan juga merupakan Menteri Pertahanan Suluk itu pula didapati telah tamat tempoh.

"Beberapa dokumen milik Amirbahar dirampas pasukan keselamatan termasuk pasport miliknya. Pemeriksaan mendapati, lelaki itu masuk ke Kampung Tanduo menggunakan pas pelancong sejak November lalu.

"Pasport tersebut telah tamat tempoh Januari lalu," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut sumber itu, Amirbahar ditahan bersama isterinya pada hari Sabtu lalu dekat kawasan Paya Bakau, Kampung Sri Melor Bugaya di sini ketika cuba menyelinap untuk lari pulang ke Filipina.

Kosmo

Lahad Datu Update ... POLIS KENALPASTI PEMBERI DANA PENGGANAS JAMALUL KIRAM III

Posted: 26 Mar 2013 01:40 AM PDT

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu pihak polis sudah mengenalpasti beberapa individu di Sandakan dan Semporna di Sabah yang telah menghantar wang ke Pulau Jolo di Filipina untuk menyokong pengganas Jamalul Kiram III.

Pihak polis sedang mengawasi pergerakan mereka yang terlibat dan akan didakwa atas tuduhan pengkhianatan kepada negara.

Ini adalah kesalahan paling serius mereka yang terlibat akan ditangkap di bawah Keselamatan Kesalahan Akta (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Jika didapati bersalah, hukuman adalah penjara seumur hidup dan hukuman mati disabitkan kesalahan.

Media Filipina, MANILA TIMES pada 16 Februari 2013 pernah mendedahkan pencerobohan oleh pengganas Jamalul Kiram II ini berlaku disebabkan bekas pemimpin Malaysia, Ketua Umum PKR, pemimpin de facto Pakatan Rakyat Anwar pernah mencadangkan Sabah perlu diberi kuasa autonomi.

Media REUTERS pada 14 Februari 2013 juga pernah mendedahkan kenyataan pegawai tentera Filipina bahawa ahli politik pembangkang Malaysia telah menjemput pengganas Jamalul Kiram III ke Sabah untuk membincangkan isu-isu tanah. 

Sudah tiba masanya rakyat perlu didedahkan siapa individu-individu terbabit dan berapa jumlah dana yang telah diberi kepada pengganas Jamalul Kiram III ini.Media Filipina, MANILA TIMES pada 16 Februari 2013 pernah mendedahkan pencerobohan oleh pengganas Jamalul Kiram II ini berlaku disebabkan bekas pemimpin Malaysia, Ketua Umum PKR, pemimpin de facto Pakatan Rakyat Anwar pernah mencadangkan Sabah perlu diberi kuasa autonomi.

Media REUTERS pada 14 Februari 2013 juga pernah mendedahkan kenyataan pegawai tentera Filipina bahawa ahli politik pembangkang Malaysia telah menjemput pengganas Jamalul Kiram III ke Sabah untuk membincangkan isu-isu tanah. 

Sudah tiba masanya rakyat perlu didedahkan siapa individu-individu terbabit dan berapa jumlah dana yang telah diberi kepada pengganas Jamalul Kiram III ini.

XCLUSIVE: Azumudie Dibunuh Pengikut Akibat Tangkal?

Posted: 25 Mar 2013 11:58 PM PDT


Tidak ramai yang tahu, Pengganas Azumudie yang menggunakan Tangkal bersaiz besar di lehernya dikelilingi oleh kira-kira 60 pengawal peribadinya yang lengkap berpakaian tentera dan bersenjata. Tiada siapa boleh mendekatinya.


Pengganas Azumudie Di Bunuh Pengawal Sendiri ?

Pengganas Azumudie Di Bunuh Pengawal Sendiri

Berita yang kami terima, Pengganas Azumudie yang mengepalai lebih kurang 250 pengganas Kiram dilaporkan telah terbunuh. Ianya sesuatu yang sukar dipercayai apabila kematiannya bukan disebabkan oleh tembakan pasukan Perajurit Negara kita, sebaliknya kematian Pengganas Azumudie kerana ditembak oleh salah seorang pengawalnya sendiri.

Sumber Admin amRF

UPDATED 2.OO PM : Pengganas Sulu Serah Diri Kerana Lemah Dan Lapar

Posted: 25 Mar 2013 11:20 PM PDT


Tidak makan selama lebih dua minggu menyebabkan seorang lelaki bersenjata Sulu akhirnya menyerah diri kepada pasukan keselamatan pada Isnin.
Lelaki bersenjata itu dalam keadaan lemah menyerah diri kepada anggota keselamatan menerusi sebuah paya dekat Kampung Tanjung Baru pada kira-kira pukul 5 petang, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Selasa.
"Lelaki itu dalam keadaan sangat lemah, dia kelaparan dan tidak cukup tidur sejak beberapa minggu," katanya, sambil menambah, saki-baki lelaki bersenjata yang lain akan datang menyerah diri tidak lama lagi.

MStar

UPDATED : Polis Jejak Individu Kirim Wang Ke Pulau Jolo Bantu Pengganas

Posted: 25 Mar 2013 11:12 PM PDT


Polis mengesan berlaku pengiriman wang ke Pulau Jolo, Filipina oleh beberapa individu dari Sandakan dan Semporna, Sabah bertujuan membiayai kumpulan pengganas di sana.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, .pasukan keselamatan kini memantau rapi perbuatan individu itu yang mengkhianati negara dan tangkapan akan dilakukan apabila tiba masanya.
Beliau berkata, perbuatan menghantar duit ke Pulau Jolo untuk membantu kumpulan pengganas adalah kesalahan yang amat berat dan mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau mati mandatori.
"Jadi, saya nasihatkan mana-mana individu yang terlibat supaya segera menghentikan tindakan mereka kerana perbuatan itu adalah satu pengkhianatan kepada negara dan polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, di sini Selasa.
Tanpa menjelaskan bilangan individu yang terlibat dan amaun yang dihantar, Khalid berkata, nilai wang yang dihantar tidak penting kerana tindakan undang-undang tetap sama jika tujuannya membantu musuh negara.
Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, Khalid berkata, seramai 429 individu telah ditangkap dan daripada jumlah itu 116 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dengan 42 daripadanya telah dibebaskan.
Beliau berkata, 42 mayat musuh telah dibawa keluar dari kawasan pertempuran termasuk dua mayat kanak-kanak yang terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu dua hari lepas, manakala 29 mayat telah dikebumikan.
Dalam pada itu, Khalid berkata, 20 ketua keluarga dari Kampung Tanduo telah dibawa masuk ke perkampungan terbabit pagi Selasa bersama pegawai dari Pejabat Daerah Lahad Datu bagi membolehkan mereka melawat rumah dan harta benda masing-masing.
Ini adalah sebahagian daripada proses penilaian yang sedang dijalankan Majlis Keselamatan Negara serta Majlis Daerah Lahad Datu, dan dibantu Majlis Keselamatan Negeri bagi menilai kerosakan dan jumlah ganti rugi yang perlu diberikan.
Berhubung seorang pengganas Sulu yang menyerah diri di kawasan Kampung Tanjung Batu petang semalam, Khalid berkata, keadaan fizikal militan itu yang lesu setelah 15 hari tidak menjamah makanan adalah gambaran kepada keadaan yang dialami saki-baki pengganas yang bersembunyi di kampung terbabit.
"Jadi kita harap pengganas lain yang berada di dalam semak dan paya berhampiran supaya turut berbuat demikian kerana sudah ketiadaan bekalan makanan selain kehilangan arah berikutan pemerintah tentera mereka telah ditangkap," katanya. - BERNAMA

PANAS! Justin Jiggut Rupanya Orang Kuat Anwar

Posted: 25 Mar 2013 08:19 PM PDT


Setelah terdedah pendalangan pembangkang dalam insiden Lahad Datu, tentulah pelik sekali jika masih ada rakyat Sabah yang memilih pembangkang dalam Pilihanraya kali ini.   Di tambah lagi apabila semua orang boleh melihat sendiri bagaimana pembangkang, terutamanya Anwar Ibrahim langsung tidak mengecam pihak Sulu setiap kali merujuk kepada insiden tersebut, tetapi hanya mengutuk kerajaan dan pasukan keselamatan negara.   Nampak jelas, yang Anwar cuba menjaga hati pihak Sulu dan juga MNLF.  

Tetapi, di masa yang sama, pembangkang langsung tidak menjaga hati anggota-anggota keselamatan negara mahupun keluarga mereka-mereka yang terkorban.  Malah, pembangkang menuduh semuanya sebagai sandiwara, mempertikai kedudukan syahid mereka, malah tidak kurang juga penyokong pembangkang yang mentertawa dan menghina wira-wira negara itu.  

Sikap tidak sensitif, tidak patriotik dan pengkhianatan pembangkang terhadap Sabah, dan Malaysia khasnya, menyebabkan peluang mereka untuk bertapak di negeri itu hancur sama sekali.  

Maka, tumpuan pembangkang pantas beralih kepada Sarawak pula.  

Justeru, terbitlah sebuah 'filem pendek' baru di Youtube, lakonan sepupu Taib Mahmud, Norlia dan Fatimah Rahman yang telah lama menyimpan dendam terhadap Ketua Menteri itu.  

Video tersebut berkisar perbincangan antara kedua mereka dengan 'pelabur' dan 'peguam' mengenai cadangan pelaburan melalui 'jalan belakang' iaitu secara tidak telus, tanpa mengikut prosedur tetapi hanya melalui ahli keluarga Taib Mahmud terus kepada Taib Mahmud.  Kononnya untuk memperlihatkan kepada dunia, betapa korupnya Taib Mahmud.  

Melihat dari gerak laku, skrip, tempat dan watak-watak terbabit, kesahehan video tersebut yang kononnya diambil secara 'candid' atau tidak disedari, amatlah meragukan.   Malah, jelas sekali bahawa ianya telah dirakam dengan sengaja dan semua pihak yang terbabit di dalamnya sedia maklum mengenai rakaman tersebut.  

Ini tentulah tidak mengejutkan kerana seperti yang dikatakan tadi, sepupu Taib Mahmud itu mempunyai dendam lama yang belum berbalas terhadap Taib Mahmud.  Dendam bermula apabila 30% dari konsesi balak bapa mereka, Rahman Yakub, telah dibatalkan sejurus selepas Taib Mahmud menjadi Ketua Menteri pada 1981.  Alasan Taib Mahmud, bapa mereka telah mengamalkan nepotisme secara kronik di mana lesen pembalakan telah dianugerahkan kepada diri sendiri dan sanak keluarga terdekatnya sahaja.  

Perbalahan dalam keluarga ini menjadi parah apabila Rahman Yaakub disingkirkan dari jawatan Yang diPertua Negeri pada tahun 1985.   Beliau kemudian melancarkan serangan balas terhadap Taib Mahmud pada tahun 1987 melalui apa yang dipanggil 'Ming Court Affair 1987' dengan mengumpul tandatangan bagi mengusulkan undi tidak percaya terhadap anak saudaranya.  Namun, beliau gagal apabila Taib Mahmud mengadakan pilihanraya secara tiba-tiba dan menang.  Walaupun kerusi yang dimenangi Taib Mahmud adalah tipis iaitu 28 daripada 48, tetapi ia bertambah kemudiannya apabila 8 lagi ADUN menyertainya.  

Justeru, dendam keluarga Rahman terhadap Taib Mahmud terus membara dan diwarisi oleh anak-anaknya.  

Jika ini belum cukup untuk membuktikan bahawa video tersebut merupakan lakonan semata-mata, maka suami Norlia iaitu, Justin Jinggut mungkin mampu menjelaskan segala-galanya.  Ini kerana Justin Jinggut adalah seorang yang akrab dengan Anwar Ibrahim dan sedang melobi sakan untuk tempat yang tinggi di dalam PKR sempena PRU ini.  

Justin Jinggut adalah bekas Timbalan Presiden SNAP dan pernah bertanding atas tiket BN pada tahun 1990 tetapi tewas kepada Billy Abbit dari Bebas.   Ditubuhkan pada 1961, SNAP pernah menjadi parti komponen Barisan Nasional Sarawak.  Pendaftaran parti tersebut bagaimanapun, telah dibatalkan pada 2002 berikutan gagal mematuhi notis ROS.

Sebagai Timbalan Presiden, Justin Jinggut telah bertindak memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan ROS, bagaimanapun ia ditolak Mahkamah Tinggi pada 15 September 2006.  Pada 23 Jun 2010, Mahkamah Rayuan mengekalkan pendaftaran parti itu selepas membenarkan rayuan Justin untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 21 Februari 2012 Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran ROS untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.  Bagaimanapun, keputusan kekal bahawa pendaftaran SNAP terbatal.  

Maka, tidak hairan jika Justin sanggup melakukan apa saja untuk bertapak kembali di dalam politik dan isterinya pula sudah tentu lebih dari bersedia untuk membantu apatah lagi dengan peluang untuk membalas dendam yang telah lama membara terhadap sepupunya, Taib Mahmud.  

Walaubagaimanapun, nampaknya dendam tetap tidak terbalas kerana video berkenaan ternyata terlalu dangkal dan lemah lakonannya.   

HOT NEWS! Amalan Politik Luar Tabe'i PKR

Posted: 25 Mar 2013 08:12 PM PDT


CUBA fikirkan sejak Pilihan Raya Umum 2008 apa yang Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak lakukan dalam usaha mereka untuk mencari pengaruh politik.

Kejayaan yang dicapai dalam pilihan raya umum berkenaan melalui pelbagai manipulasi termasuk menggunakan sentimen perkauman telah memungkinkan PKR menjadi 'besar kepala'.

PKR merasakan parti merekalah yang terbaik dan jauh daripada kesilapan dan kesalahan, apa pun yang berlaku ke atas parti atau pemimpin mereka akan dianggap fitnah dan konspirasi UMNO serta kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kebijaksanaan berhujah dan kepandaian mengalih isu telah memungkinkan segala keburukan PKR termasuklah melibatkan pemimpin-pemimpinnya berjaya diredakan.

Bagaimanapun PKR tidak boleh membohongi dan menipu rakyat melalui strategi politik licik dan songsang mereka selama-lamanya.

Kebenaran tetap kebenaran dan fakta tetap fakta, mungkin pada awalnya PKR akan berjaya menutupi semua itu melalui sandiwara, putar belit dan taktik mengalih isu.

Tetapi ia tidak akan bertahan lama dan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah gelanggang terbaik kepada rakyat membuktikan kepada PKR bahawa mereka tidak akan selama-lamanya terpedaya dengan sandiwara parti itu.

Parti seperti PKR yang dilihat mengamalkan pendekatan politik matlamat menghalalkan cara tidak boleh dibiarkan terus wujud kerana mereka tidak menguntungkan negara sebaliknya hanya memporak-perandakan negara.

Peluang yang diberikan oleh rakyat dalam pilihan raya umum lalu tidak digunakan sebaik-baiknya, sebaliknya apa yang kita saksikan dari semasa ke semasa PKR terus mengamalkan politik untuk menanam kebencian rakyat kepada segala usaha baik kerajaan.

Kajilah tidak ada satu pun perkara yang dilakukan oleh kerajaan BN yang tidak dipandang serong oleh PKR. Segala-galanya akan diperlekeh dan persendakan hatta soal keselamatan negara pun turut menjadi 'mangsa'.

PKR mengajar rakyat politik kebencian dan permusuhan bukannya bersama-sama berganding bahu melakukan pembaikan demi keselamatan negara.

Keadaan itu berlaku kerana PKR sudah kemaruk kuasa, mereka melihat PRU-13 ini adalah penentuan hidup mati parti tersebut dan usaha terakhir untuk memastikan pemimpin mereka menjadi Perdana Menteri.

Sama ada janji yang ditaburkan boleh ditunaikan atau tidak, segala tindakan boleh mendatangkan kemudaratan kepada negara atau tidak, ia bukanlah perhitungan utama.

Bagi PKR, apa yang penting mereka mahu memastikan pemerintahan BN berakhir dalam pilihan raya umum kali ini.

Sama ada pemimpin atau penyokong tegar mereka hendak mengakui atau tidak, PKR adalah parti yang penuh dengan konflik, masalah dan 'penyakit', parti seumpama ini kalau terus dibiarkan berada dalam pentas politik negara ia boleh mengakibatkan negara musnah.

PKR berasa kuat bukan kerana kekuatan sendiri tetapi atas bantuan DAP dan Pas. DAP digunakan untuk meraih sokongan masyarakat Cina manakala Pas untuk meraih undi orang Melayu.

PKR tidak ada apa-apa kekuatan selain bijak bercakap, menabur fitnah dan melemparkan serangan buruk kepada kerajaan BN...itu sahaja kepakaran mereka.

Lihat sahaja apa yang berlaku kepada negeri yang dikuasai oleh mereka dan kemelut dalaman, segala-galanya 'haru-biru', lintang pukang dan berkecamuk.

Tetapi pemimpin-pemimpin utama PKR masih mahu mendabik dada kononnya mereka boleh mentadbir jauh lebih baik berbanding BN.

Sikap politik PKR ini terjadi kerana parti itu bukan ditubuhkan asas perjuangan bagi membela nasib rakyat atau membangunkan negara sebaliknya atas sikap dendam dan kebencian apabila pemimpin utama mereka dipecat daripada kerajaan pada tahun 1998.

Namun pemimpin-pemimpin PKR bijak bersandiwara dan mengambil kesempatan bagi meraih sokongan politik, ini termasuklah ketika pentadbiran kerajaan BN berada dalam kedudukan lemah.

Bagaimanapun situasi itu sudah berbeza sekarang, pekung yang ada kepada PKR tidak boleh ditutup dengan pelepah kelapa atau pun daun keladi.

Perbalahan

PKR mungkin mahu terus bersandiwara kononnya mereka sebuah parti yang kukuh dan sentiasa mendapat sokongan rakyat tetapi apa yang berlaku sejak 2008 sudah melihat menyaksikan bagaimana PKR kini sedang menuju ke kuburan politik.

Perbalahan dalaman yang melibatkan pemimpin-pemimpin mereka sudah menjadi rahsia umum, khususnya melibatkan Presiden PKR, Datin Seri Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden, Azmin Ali.

Itulah belum lagi mengambil kira, bagaimana di Selangor, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan turut berhadapan dengan tekanan termasuklah wujud ura-ura bahawa Azmin akan menggantikan beliau selepas pilihan raya umum akan datang jika PKR masih memerintah.

Begitu juga, penulis difahamkan menjelang pilihan raya umum ini, perebutan menjadi calon-calon semakin hebat dan cantas mencantas semakin ketara.

Malangnya, di atas pentas-pentas ceramah, pemimpin-pemimpin PKR terus menggambarkan seolah-olah parti mereka semakin kuat, kukuh dan berwibawa.

Bagaimanapun, menurut satu sumber, PKR semakin memahami penolakan rakyat khususnya orang Melayu terhadap parti itu.

Mungkin menyedari hakikat inilah pemimpin-pemimpin PKR cuba sedaya-upaya memperalatkan Pas terutamanya untuk membantu mereka memenangi pilihan raya.

Pemimpin-pemimpin PKR tidak risau soal sokongan kaum Cina kerana DAP dikatakan mampu memainkan peranannya dengan berkesan dalam membantu parti itu.

Apa yang meresahkan PKR ialah sokongan orang Melayu yang dilihat kini berada di hujung tanduk.

Namun pemimpin-pemimpin PKR tetap yakin sebagai 'pak turut setia' dalam pakatan pembangkang Pas akan mampu memainkan peranan untuk memastikan semua calon PKR menang.

Sikap Pas inilah yang menyuburkan politik kebencian dan matlamat menghalalkan cara yang diperjuangkan oleh PKR.

PKR percaya apa pun yang dilakukan oleh mereka, ia pasti akan dibela, disokong dan dipersetujui oleh Pas.

Justeru walaupun PKR memahami bahawa sokongan mereka dalam pilihan raya umum nanti akan merudum namun mereka tidak khuatir kerana penyokong-penyokong Pas akan setia memberikan undi mereka kepada calon-calon PKR.

Penyokong Pas akan bertungkus-lumus memastikan calon-calon PKR menang dan bersedia memanjat pokok dan tiang-tiang bagi mengibarkan bendera PKR dan DAP di seluruh pelosok.

Namun PKR belum pasti akan mengenang jasa Pas kerana apa yang lebih penting bagi PKR ialah DAP bukannya Pas. Sebab itulah dalam banyak isu, PKR tidak pernah peduli apa pendirian Pas.

Malahan PKR sentiasa terang-terangan menyokong DAP contohnya dalam isu kalimah Allah dan menyatakan ia kesepakatan bersama.

Dan dalam banyak situasi PKR lebih menyebelahi DAP, namun Pas masih terus mahu bertahan. Justeru orang Melayu perlu memikirkan apakah wajar pakatan pembangkang perlu disokong kerana dengan sikap 'pak turut' Pas sudah pasti parti itu tidak akan berupaya melawan kehendak PKR dan DAP jika benar pakatan itu menang dalam pilihan raya umum nanti.

Ia memandangkan soal politik pakatan pembangkang hanya berkisar soal penguasaan PKR dan DAP bukannya Pas yang dilayan bagaikan 'melukut di tepi gantang'.

Sumber

Permulaan LIMA 2013 Meriah Dengan Pertunjukan Udara

Posted: 25 Mar 2013 08:10 PM PDT


Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 bermula di sini Selasa dengan pertunjukan udara yang mengagumkan melibatkan sebanyak 22 pesawat.

Upacara pembukaan diadakan di luar buat kali pertama, di landasan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang melancarkan acara itu, berkata Malaysia bersedia untuk pertumbuhan yang lebih besar dalam industri maritim dan udara.

Beliau turut memberi penghormatan kepada wira yang terkorban di Lahad Datu, Sabah, dan merakamkan penghargaan untuk pasukan keselamatan kini terlibat dalam Ops Daulat bagi mengusir lelaki bersenjata Sulu.

Turut hadir ialah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

mStar

Laungan Allahuakbar Jadi Perisai _Komando VAT 69

Posted: 25 Mar 2013 05:00 PM PDT


Dalam keadaan musuh menyerang bertalu-talu dan anggota pasukan komando VAT69 ini membalas tembakan mempertahan diri dan negara, dalam insiden 1 Mac lepas, Kpl Mohamad Asrul Osman tidak sedar rakan di sebelahnya gugur dalam pertempuran selama sejam itu.

Beliau berkata laungan 'Allahhuakbar' menjadi perisai ketika diserang musuh yang jaraknya agak dekat dalam insiden pencerobohan pengganas militan di Lahad Datu, Sabah.

"Ketika pertempuran saya meniarap bersebelahan arwah (Sjn Sabaruddin Daud, 46)...Kami diserang bertalu-talu dan angin daripada tembakan itu memang jelas dirasai betul-betul di sebelah telinga saya.

"Saya tidak sangka tembakan itu mengenai Sabaruddin dan hanya mengetahuinya apabila saya menepuk belakang beliau untuk berundur, tetapi beliau sudah kaku ketika itu," katanya kepada Bernama, di sini hari ini

Mohamad Asrul, 33, berkata beliau cedera pada cuping telinga dan kolar pakaian seragamnya koyak rabak dalam pertempuran yang turut mengorbankan ASP Zulkifli Mamat.

"Meskipun hati sebak melihat rakan gugur, ia tidak menjadi kekangan pada saya untuk meneruskan perjuangan demi membela tanah air," katanya.

Semangat juang yang ditunjukkan pasukan keselamatan negara itu berjaya membunuh 15 musuh.

Beliau berkata kira-kira pukul 5 petang hingga keesokannya harinya (2 Mac) semua pegawai dan anggota diletak dalam keadaan siap siaga bagi menumpaskan pengganas. 

"Sehingga kini saya masih terbayang kejadian menimpa Allahyarham," katanya.

Beliau berkata pengalaman bertempur dengan pengganas yang merupakan pengalaman pertama baginya itu, mendidiknya menjadi lebih berani dan sanggup mempertaruh nyawa sendiri demi menjaga kedaulatan negara.

"Saya masuk Komando pada 2003, insiden pencerobohan di Lahad Datu memberi peluang kepada saya merasai sendiri apa apa yang telah orang lama ceritakan mengenai pertempuran dengan komunis dan bagaimana perasaan bertempur dalam
situasi sebenar," katanya.

Mengambil pendekatan untuk tidak merisaukan orang tersayang, Mohamad Asrul berkata beliau memberitahu ibunya bahawa beliau sedang mengikuti kursus.

"Isteri saya pula hanya dimaklumkan bahawa saya terlibat dalam pertempuran ini tetapi tidak pernah memberitahunya apa yang saya lalui termasuk kecederaan yang saya alami," katanya.- BERNAMA

VAT 69 Bravo Selamatkan Lebih Ramai Anggota Lain Daripada Terkorban

Posted: 25 Mar 2013 04:00 PM PDT


'Ibarat hujan peluru' itulah ungkapan angota-anggota Komando VAT69 bagi menggambarkan pertempuran dengan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu 1 Mac lepas.

Insp Azwanazlee Saffiai, 33, berkata terdapat dua pasukan yang bertempur dengan kumpulan militan itu iaitu Pasukan Gerakan Khas (PGK) VAT 69 Bravo dan Charlie.

Bertindak sebagai komander kumpulan bagi sektor Bravo terdiri daripada 34 anggota dan pegawai, beliau berkata pertempuran berlaku selepas pengganas cuba mengepung pasukan keselamatan Charlie.

"Sewaktu cuba mengepung pasukan keselamatan Charlie yang juga dianggotai 34 anggota dan pegawai, pengganas memasuki kawasan sektor Bravo dan mereka kemudian mengeluarkan arahan supaya sektor kami (Bravo) beredar meninggalkan kawasan.

"Kami (Bravo) enggan berganjak sebaliknya cuba mendapatkan arahan daripadaKomander untuk melepaskan tembakan. Pihak pengganas yang sebelum itu memberiamaran 'berambus Tiger, balik' (kepada kami) telah melepaskan tembakan keranakami tidak mahu berundur," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

"Mereka (pengganas) cuba rapat dengan kami dan mengacukan senjata sertamelepaskan tembakan bertubi-tubi dalam jarak kira-kira 10 meter," katanya.

Pertempuran yang berterusan selama sejam itu mengorbankan dua anggota polisiaitu ASP Zulkifli Mamat, 29, dan Sjn Sabaruddin Daud, 46. Pasukan keselamatanmenembak mati 15 musuh.

Azwanazlee berkata dalam pertempuran di kawasan kelapa sawit yang berpayaitu, beliau mendapati beberapa anggota pengganas sukar ditumpaskan walaupunditembak bertubi-tubi.

"Kami rasa mereka seolah-olah memakai ilmu kebal kerana walaupun telahditembak berkali-kali tetapi tidak jatuh. Arahan untuk menembak di bahagiankepala diterima dan ia akhirnya berjaya menumpaskan pengganas itu," katanya.

Berkongsi pengalaman sama, Kpl Muhammad Imran Abd Talib, 28, yang diaturgerak dalam satu lagi pasukan iaitu sektor Alpha di Kampung Tanduo, berkatabeliau dapat menumpaskan pengganas dalam jarak yang paling dekat iaitu kira-kiradua meter.EMPUR 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR

"Saya masuk kampung Tanduo pada 28 Feb dan pada pagi 1 Mac saya dan rakan lain diletakkan dalam keadaan siap siaga. Ketika itu kami sedang menyediakan makanan sebelum mendengar bunyi tembakan di kawasan sektor Bravo," kata anakbekas komando itu.

Beliau berkata pokok kelapa sawit menjadi tempat perlindungan daripada serangan pengganas.

"Bertempur dalam hutan tidak sama dengan bertempur di kawasan ladang kelapasawit dengan binaan rumah yang tidak banyak. Pemandangan menjadi lebih luas dania mudah untuk dilihat musuh, itu antara cabaran yang harus ditempuhi ketikaitu.

"Selepas bertempur saya lihat tempat perlindungan saya dipenuhi kesantembakan. Saya bersyukur kerana peluru yang datang seperti hujan itu tidakmengenai saya," katanya.

Muhammad Imran yang terpaksa menangguhkan pertunangannya, berkata beliaubangga kerana dapat menyumbang kudrat demi mempertahankan negara.-BERNAMA

Balu Anggota Polis Terkorban Di Sabah Bangga Terima Kenaikan Pangkat

Posted: 25 Mar 2013 03:00 PM PDT


Balu anggota polis yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu bangga dengan penganugerahan kenaikan pangkat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena sambutan Peringatan HariPolis ke-206 pada Isnin.

Noor Aziah Noor, 28, balu Inspektor Zulkifli Mamat, 29, yang dinaikkan kepangkat ASP, berkata walaupun suaminya sudah tiada lagi di dunia ini untukmenerima penganugerahan itu, beliau tetap berbangga dan bersyukur keranapengorbanan arwah dihargai.

"Arwah sebelum ini pernah menyebut, mungkin tak lama lagi dia akan dinaikkan pangkat. Tak sangka ia menjadi kenyataan, namun saya sedih dia tak ada untuk menerima kenaikan pangkat ini.

"Kalau dia ada, semestinya dia berbangga dan bersyukur. Saya ucapkan terima kasih atas penghargaan ini," katanya kepada Bernama selepas sambutan itu di Pusat Latihan Polis di sini.

Allahyarham Zulkifli maut 1 Mac lepas akibat serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina.

Noor Aziah, yang bakal menyambung semula latihan praktikal di SekolahMenengah Kebangsaan Putra bulan depan, berharap kehidupan bersama dua anak sertabayi dalam kandungannya, akan dapat diteruskan dengan baik dan tabah.

Jabah Anak Mingku, 35, balu DSP Michael Padel, 36, pula berkata meskipunmasih sugul dengan kehilangan insan tersayang, namun kenaikan pangkat mendiangsuaminya sedikit sebanyak dapat mengubat kesedihannya.

"Saya bangga dengan perjuangan suami kerana menjaga keamanan negara danucapkan terima kasih di atas kenaikan pangkat ini.

"Saya dan anak memang bergantung 100 peratus kepada suami, saya tidakbekerja dan anak masih bersekolah lagi. Saya merancang untuk mencari sekolahterbaik untuk pendidikan anak saya," katanya.

Michael yang maut dalam serangan hendap di Semporna, Sabah dinaikkan kepangkat ASP.

Anak tunggal pasangan itu, Mcloie Michael, 11, bercita-cita menjadi seoranganggota polis kerana ingin membanteras jenayah serta mengikut jejak langkahayahnya.

Balu Koperal Salam Tugiran, 42, iaitu Marlinah Utan, 38, turut bangga denganpengorbanan serta jasa suaminya yang maut ketika mempertahan negara.

"Terima kasih atas penghargaan ini. Saya bangga kerana memiliki suami yangmempunyai semangat juang yang tinggi dan sanggup bergadai nyawa demi keamanannegara," katanya.

Salam Tugiran, yang dinaikkan ke pangkat Sarjan, terkorban dalam kejadianserangan hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Sementara itu, balu Koperal Sabaruddin Daud, 47, Nurunnisa Abu Bakar, 42,pula berhasrat berpindah dari Kuarters Polis di Ulu Kinta, Perak dan bekerjabagi menyara keluarga.

"Saya bersyukur dengan kenaikan pangkat ini. Ia (kenaikan pangkat dariKoperal ke Sarjan) secara tak langsung dapat meringankan beban saya dan menyaratiga anak kami," katanya.

Empat lagi anggota polis yang terkorban dan dinaikkan pangkat ialah Superintenden Ibrahim Lebar (ACP), Sarjan Abdul Azis Sarikon (Sarjan Mejar),LansKoperal Mohd Azrul Tukiran (Koperal) dan Sarjan Baharin Hamit (Sarjan Mejar).-BERNAMA

Seorang Lagi Pengganas Serah Diri Di Tanjung Batu

Posted: 25 Mar 2013 02:00 PM PDT


Seorang pengganas Sulu ditahan selepas menyerah diri ketika terserempak dengan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan di Tanjung Batu, di sini, lewat hari Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, sepasukan unit Gerak GempurKhas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang melakukan operasi di satu kawasan paya sebelum terserempak dengan pengganas itu.

Dia kemudian melarikan diri sebelum dikejar dan akhirnya menyerah diri.

Lelaki dipercayai tanpa senjata itu menyerah diri dengan mengangkat tangandan meminta pasukan keselamatan tidak melepaskan tembakan terhadapnya. Difahamkan dua kereta perisai berantai dikerahkan untuk operasipemantauan berterusan bagi mengesan pengganas lain.

Kereta perisai itu dipercayai dikerahkan kerana bimbang penyerahan diri yangdilakukan itu sebagai taktik kotor untuk pengganas lain melepaskan tembakanterhadap pasukan keselamatan.

Bagaimanapun, sebaik mendapati tiada yang mencurigakan dan tidak membahayakan, pasukan keselamatan menahan pengganas berkenaan.

Pengganas itu kemudian diserahkan kepada pasukan VAT69 dan dibawa ke lokaptahanan sementara untuk disoal siasat.

Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Dato' Seri Zulkifli Zainal Abidin ketikadihubungi mengesahkan kejadian itu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula berkata pasukannya(VAT69) telah menerima pengganas tersebut dari GGK ATM dan sidang media bersamaATM akan diadakan esok.

Sehingga kini, jumlah tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) meningkat kepada 111 orang, pengganas ditembak mati 67 dan mayat dibawa keluar 42. - BERNAMA

Lebih Ramai Akan Didakwa Berhubung Pencerobohan Pengganas Sulu Di Lahad Datu

Posted: 25 Mar 2013 01:00 PM PDT


Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan lebih ramai akan didakwa berkaitan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jumlah suspek terbabit atas alasankeselamatan.

"Sudah tentu ada lagi yang akan didakwa," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini, sambil menambah siasatan berhubung kes itu harus dijalankan secara ketat dan teliti kerana pihak berkuasa tidak mahu melakukan pendakwaan terhadap mereka yang tidak bersalah.

Mengulas penahanan komander kumpulan pengganas Sulu Datu Amir Bahar HushinKiram di Semporna pada Sabtu, Abdul Gani berkata Jabatan Peguam Negara akanmeneliti perkara itu.

Beliau juga berkata pihaknya akan mengemukakan permohonan untukmengekstradisi pemimpin kumpulan bersenjata pengganas Sulu itu, Jamalul Kiram,kepada kerajaan Filipina.

"Ya, saya akan mengemukakan permohonan ekstradisi... Sudah tentu kami akanmemburu dia... terutama bagi kesalahan dalam kes seperti ini," katanya ketikadisoal sama ada kerajaan akan mengemuka permohonan itu terhadap Jamalul Kiramyang memegang kewarganegaraan Malaysia.

Abdul Gani juga berkata lapan suspek yang didakwa di Mahkamah Tinggi Tawauatas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong danmenganggotai kumpulan pengganas, bukan rakyat Malaysia.

Mengulas dakwaan beberapa nama dalam kertas pertuduhan sebenarnya milik individu yang sudah mati, Abdul Gani berkata jika perkara itu benar, "sudah tentu tertuduh tidak akan menyahut ketika namanya dipanggil semasa mahkamah bersidang."

"Sebagai contoh, seorang tertuduh yang bernama Hooland, saya boleh ingatnamanya kerana ia agak pelik, dikatakan sudah meninggal dunia namun dia menyahutketika mahkamah memanggil nama itu," katanya.

Abdul Gani berkata beliau juga memohon agar mahkamah tidak merekod pengakuan tertuduh kerana beliau akan mendapatkan nasihat daripada Kedutaan Filipina berhubung bantuan perundangan.

Katanya, beliau juga sudah menghubungi Persatuan Undang-Undang Sabah danMajlis Peguam dalam usaha menyediakan bantuan perundangan kepada tertuduh.

"Jika kita ada muslihat, kita boleh ambil sahaja pengakuan mereka. Malah, ketika prosiding mahkamah, seorang daripada mereka berkata dia diupah untuk melakukan perkara itu. Kenyataan itu boleh diambil sebagai pengakuan bersalah dan dia boleh dihukum penjara, namun saya enggan menerima pengakuan itu," katanya.

Peguam Negara berkata pendakwaan ingin berlaku adil ketika melaksanakantugasan mereka.

Meskipun di pihak pendakwaan, Abdul Gani berkata beliau percaya hak tertuduhsebagai seorang individu harus dipelihara.

Menyentuh sama ada peguam dari Majlis Peguam Malaya boleh mewakili tertuduh,Abdul Gani berkata mereka boleh memberi bantuan serta nasihat perundangan selainmendapatkan kemasukan secara ad-hoc ke majlis itu untuk kes tertentu.

Beliau berkata bilangan peguam dari Persatuan Undang-Undang Sabah yangmengendali kes jenayah adalah terhad.

"Jadi, saya meminta bantuan Majlis Peguam dan mereka (Majlis Peguam dan Persatuan Undang-Undang Sabah) sudah berbincang berkaitan perkara ini," katanya. -BERNAMA

AL-Fatihah! Tokoh Ilmuan Islam Dr Muhammad Uthman Meninggal Dunia

Posted: 25 Mar 2013 12:00 PM PDT


Dr Muhammad Uthman El-Muhammady meninggal dunia di kediamannya di ISTAC, Taman Duta di sini petang Isnin.

Dr Muhammad Uthman yang dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan adalah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkenaan Islam dari segi akidah, akhlak, budaya dan falsafah.

Allahyarham memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat ijazah dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1966 sebelum menjadi tutor pada tahun 1969.

Sebelum kembali ke Kelantan, Allahyarham mengajar di Jabatan Pengajian Islam UM sehingga tahun 1973.

Pada tahun 1995, Allahyarham dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.) oleh Universiti Sains Malaysia (USM).

HEBAT! Sambutan Orang Johor Kepada Bang Nuar

Posted: 25 Mar 2013 11:00 AM PDT

Adeeh! Teman rasa tak payah tulis panjang-panjang. Kome nilai la sendiri. Tapi kelihatan kain rentang tersebut untuk menyambut Anwar datang ke Johor. Terbaik la!!!heeee..

Lahad Datu : Kenali RPZ Condor APC Tentera Darat Yang Pertama Turun

Posted: 25 Mar 2013 10:00 AM PDT


Dalam Ops. Daulat di Sabah baru-baru ini, Condor yang antara kenderaan berperisai pertama turun ke Lahad Datu. Ramai antara Rakyat Malaysia mengenali kenderaan ini, tapi tidak semua memahami dokrin yang digunakan ketika dalam peperangan. Jadi, admin mahu jelaskan serba sedikit mengenai Lagenda Condor yang telah banyak menabur bakti di Malaysia.

1. Condor 4x4 merupakan kenderaan berperisai kategori APC, berkelajuan 95Km/j di atas jalan dan amfibi 10 km/j di atas air dengan jarak operasi 900km..

2. Merupakan APC rekaan asal Thyssen-Henschel of Germany dan dikilangkan oleh Henschel Wehrtechnik, dari German. Ia berdasarkan casis model UNIMOG dan digunakan oleh Kor Armor Diraja dan RAMD sejak 1981 sebagai penganti Cadilac Cage V-150 Commando. 

3. Turut dioperasikan oleh Kuwait 8 unit, Portugal 12 unit (Polis), Thailand 19 unit, Turkey 25 unit dan Uruguay 64 unit. Tetapi Malaysia adalah pengguna terbesar di dunia dengan mengoperasikan sehingga 457 unit~!!!

4. Selalu digunakan untuk misi pengaman PPB, United Nation (UN) dan pernah terlibat dalam Battle of Mogadishu atau Black Hawk Down dalam misi menyelamatkan US Ranger yang terperangkap di Bakhara Market, Somalia. 

5. Di Malaysia, antara varian yang digunakan ialah Personnel Carrier (APC) , Ambulan (AMB), Command and Control (ACV), Anti-tank (AKK) dan bagi versi Montar (AMC) pula tidak dibeli utk RAMD.

6. Dilengkapi dengan turet jenis TH-1 yang diperlengkapkan dengan senjata twin GPMG (General Purpose Machine Gun), 1 laras GPMG sebagai senjata Rear Gunner, dan selaras 20 mm Oerlinkon sebagai senjata anti armor.

Credit to Admin amRF
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...