BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! BETUL KER NURUL NUHA KATA MANIFESTO PR MENJADIKAN MALAYSIA BANGKRAP ??? FUYOOO !!!
- HOT NEWS !!! PEMBANGKANG GUNA TAKTIK HERET SPR KE MAHKAMAH !!! APA CERITA NI ???
- BONGKAR !!! ENGGAN IKTIRAF KERAJAAN SEMENTARA !!! HELAH PR CETUS HURU-HARA DIDEDAHKAN !!!
- KANTOI !!! KEBEBASAN MEDIA ALA PAKATAN PEMBANGKANG DIDEDAHKAN !!!
- EKSKLUSIF !!! KENALI SIAPAKAH ANWAR IBRAHIM SEBENARNYA !!! VIDEO INSIDE !!!
- KANTOI !!! TAKTIK TERDESAK PR DIDEDAHKAN !!!
- 3 SEBAB KENAPA SIDEK BABA TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM DIDEDAHKAN !!!
HOT NEWS !!! BETUL KER NURUL NUHA KATA MANIFESTO PR MENJADIKAN MALAYSIA BANGKRAP ??? FUYOOO !!! Posted: 30 Mar 2013 12:00 PM PDT |
HOT NEWS !!! PEMBANGKANG GUNA TAKTIK HERET SPR KE MAHKAMAH !!! APA CERITA NI ??? Posted: 30 Mar 2013 08:30 AM PDT Menjelang Pilihan Raya Umum ke 13,pembangkang menggunakan taktik untuk menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya,institusi yang mengurus serta mengendalikan proses pilihan raya di negara ini sejak era Merdeka.Pembangkang menyerang SPR habis-habisan kerana mereka tahu jika institusi ini tidak ditewaskan maka harapan untuk ke Putrajaya tidak akan tercapai sama sekali.Sejak PRU 2008,pembangkang menimbulkan banyak isu yang mempertikaikan kewibawaan SPR serta menuduh badan itu sebagai alat perkakas UMNO untuk terus memegang tampuk berkuasa di negara ini.Hujah mereka adakah lemah dan penuh dengan kontradiksi.Di satu pihak pembangkang mengkritik dan melempar pelbagai tuduhan tidak berasas kepada SPR tetapi pada masa yang sama apabila keputusan mana-mana pilihan raya memihak serta dan memberi kemenangan kepada calon pembangkang,tidak pula kedengaran sepatah bangkangan pun dari pemimpin mereka.Tidak pula pembangkang membantah keputusan PRU 2008 yang memberi mereka kemenangan di empat buah buah negeri seperti Selangor,Pulau Pinang,Kedah dan Perak serta mengekalkan kuasa di Kelantan. Malah Pas sudah memerintah Kelantan sejak pilihan raya 1990 tetapi tidak pula pembangkang mempertikaikan keputusan yang memenangkan parti itu.Sejak Mach 2008,SPR mengendalikan sebanyak 16 pilihan raya kecil di seluruh negera samada disebabkan kematian atau perletakan jawatan wakil rakyat di kawasan terbabit.Separuh daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan semula dimenangi oleh parti-parti daripada PR manakala bakinya oleh BN.Jika benar SPR sebuah badan yang menjadi 'cawangan' atau 'parti komponen' kepada BN sudah tentu kesemua 16 kerusi tersebut wajib dimenangi oleh BN sahaja tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.Ini menunjukkan SPR berlaku adil dan melaksanakan pilihan raya secara telus dan professional sebagai mana yang diamanahkan semasa ia ditubuhkan.Apa yang pembangkang mahu ialah supaya SPR mengikut selera politik PKR,Pas dan Dap dengan memihak dan memenangkan calon-calon mereka dalam pilihan raya.Inilah sifat hipokrit yang dipamerkan oleh pemimpin PKR, Pas mahupun Dap selama ini.Bagi mereka SPR perlu tunduk kepada segala tuntutan mereka sehingga seolah-olah badan itu dilihat perlu menurut semua perintah pembangkang.Apabila SPR memberi alasan munasabah dan logik mengapa beberapa tuntutan pembangkang tidak boleh dipenuhi dari segi perundangan dan perlembagaan negara, mereka akan mengadakan demonstrasi seperti tiga siri himpinan Bersih sebelum ini. Tujuan utamanya ialah untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang sah dipilih rakyat dengan menggunakan agenda menuntut keadilan dalam proses pilihan raya.Pembangkang hanya menggunakan alasan menuntut pilihan raya bersih,telus dan adil untuk melindungi motif sebenar mereka iaitu untuk mencetuskan rusuhan jalanan dan keadaan huru hara di negara ini.Apabila negara terjerumus dalam demonstrasi yang bertukar menjadi rusuhan dan keganasan maka mudahlah Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim menggunakan keadaan itu untuk meminta campur tangan asing. Ini terbukti apabila Anwar dan Pengerusi Bersih,Ambiga Sreenevasan bersungguh-sungguh berkempen di Australia untuk meminta negara itu masuk campur sebagai pemantau PRU13 tetapi permintaan mereka di tolak mentah-mentah.Kini pembangkang menggunakan strategi mengheret SPR ke mahkamah untuk memaksa badan itu menyemak semula serta membersihkan senarai daftar pemilih di kawasan di mana mereka akan bertanding. Kalau sebelum ini Ahli Parlimen Klang dari Dap,Charles Santiago gagal usahanya untuk mendapatkan keputusan mahkamah menyemak semula daftar pemilih yang diwartakan di kawasannya,terkini Ahli Parlimen Lembah Pantai,Nurul Izzah pula mengambil tindakan yang sama.Apa yang ingin mereka lakukan ialah mempertikaikan senarai pengundi berdaftar yang sudah pun diwartakan di semua kawasan parlimen di seluruh negara.SPR telah memberi cukup masa dan peluang kepada semua parti politik malah mempamerkan senarai pengundi yang berdaftar di setiap kawasan bagi membuat sebarang bantahan sekiranya ada.Namun dalam tempoh yang diberikan SPR,pembangkang tidak pun ambil kisah untuk menyemak serta membuat perbandingan dengan senarai yang mereka miliki.Hanya setelah tempoh bantahan tamat dan pilihan raya semakin hampir,barulah pembangkang menimbulkan pelbagai isu berkenaan daftar pengundi semata-mata untuk menyerang SPR dan menuduh badan itu tidak adil dan menyeleweng.PKR,Pas dan Dap mahu layanan istimewa daripada SPR bukan atas dasar keadilan atau ketelusan tetapi untuk menekan badan itu supaya menjadi hamba kepada pembangkang. RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! ENGGAN IKTIRAF KERAJAAN SEMENTARA !!! HELAH PR CETUS HURU-HARA DIDEDAHKAN !!! Posted: 30 Mar 2013 05:35 AM PDT Pembangkang Malaysia terkenal dengan bermacam-macam jenis 'pakar'.Dari 'pakar' agama,'pakar' ekonomi sehinggalah ke 'pakar' peperangan.Malangnya,'pakar-pakar' mereka seringkali berbuat kenyataan yang kelakar.Misalnya,ketika mengulas Himpunan Kebangkitan Rakyat yang lalu,PR telah mengemukakan kenyataan dari 'pakar matematik' yang menganggarkan peserta seramai 700,000 orang di dalam stadium berkapasiti 30,000 orang termasuk kawasan sekitar yang merangkumi jalanraya sejauh lebih kurang 1.5km.Kenyataan 'pakar' tersebut telah menjadi bahan lawak jenaka kerana tidak masuk akal,tambahan pula apabila gambar-gambar yang disiarkan pihak PR dibuktikan sebagai telah diedit.Kini,sekali lagi PR menampilkan 'pakar' iaitu pakar perlembagaan,Prof. Aziz Bari yang menyatakan tentang isu kerajaan sementara.Beliau mengulas mengenai isu terbubarnya DUN Negeri Sembilan kelmarin,sebagai menyebabkan negeri itu kini diperintah oleh kerajaan haram.saya tidak faham kenapa isu pembubaran DUN secara automatik dan juga kerajaan sementara perlu dijadikan modal politik oleh PR.Entah apa agaknya yang diharapkan oleh PR dengan membangkitkan soal haram atau tidaknya kerajaan negeri apabila DUN telah terbubar. Kalaupun DUN terbubar dan kerajaan sementara dianggap haram ia tetap tidak memberi mereka hak untuk mengangkat diri sendiri sebagai kerajaan negeri.Sebenarnya,tidak ada istilah 'kerajaan haram' setelah DUN terbubar.Kerajaan hanya menjadi haram apabila dilantik secara tidak sah,antaranya dengan cara menggulingkan kerajaan sedia ada melalui jalan belakang,tanpa melalui proses undang-undang dan melantik diri sendiri sebagai ketua negara.Cara inilah yang cuba dilakukan oleh pihak PR berkali-kali melalui demonstrasi jalanan dengan percubaan membangkitkan semangat 'Arab Spring'.Mengikut lunas yang diiktiraf dan diterimapakai di peringkat antarabangsa,'kerajaan sementara' atau 'caretake government' adalah amalan atau konvensyen di negara-negara yang mengamalkan Common Law.Ia diamalkan di Britain sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen yang menjadi rujukan bagi Negara-Negara Komanwel.Justeru,istilah kerajaan sementara sememangnya wujud iaitu di dalam tempoh antara pembubaran sehingga terbentuk kabinet baru,maka urusan pentadbiran waktu itu adalah di bawah tanggungjawab kerajaan sementara.Kerajaan sementara bukannya dilantik sesuka hati tetapi telah melalui proses perlantikan mengikut perlembagaan juga,iaitu melalui pilihanraya yang lepas.Tanpa kerajaan sementara,bagaimana negeri atau negara boleh berfungsi dan berada di dalam keadaan terkawal di antara tempoh tersebut ??? Apakah kerana terlalu sangat menginginkan suasana huru-hara maka PR mengharapkan agar di dalam tempoh ini,kerajaan dianggap 'tidak ada' agar mereka boleh berbuat apa saja kerana tiada siapa yang berkuasa untuk menghalang mereka ??? Apakah Prof. Aziz Bari berharap selepas terbubar maka,tentera dan polis semua 'meletakkan senjata', 'rehatkan diri' atau 'keluar baris' agar beruk-beruk tukang demo pembangkang boleh bermaharajalela kerana tiada kerajaan yang berkuasa ??? Tentulah tidak masuk akal untuk membiarkan negara berada dalam keadaan tanpa pemerintah walaupun untuk seketika cuma.Kerana itulah kewujudan kerajaan sementara adalah penting.Namun,selain dari memikul tanggungjawab memastikan negara atau negeri terkawal termasuk memastikan apa yang telah diluluskan sebelum ini diteruskan,termasuk urusan pentadbiran rutin seperti gaji penjawat awam,kerajaan sementara tidak boleh sama sekali membuat perubahan seperti mengumumkan dasar-dasar baru atau meluluskan perbelanjaan bagi projek baru mahupun membatalkan apa-apa keputusan yang telah dibuat sebelum itu.Dalam tempoh ini juga biasanya tiada dibuat pelantikan baru bagi mana-mana segmen kerajaan,misalnya terhadap para hakim,ketua-ketua jabatan dan institusi lain.Apa yang lebih penting untuk diberi perhatian ialah kuasa substantif Parlimen adalah terhenti setelah terbubar,maka semua pihak wajar berwaspada bagi mengelak dari menyalahi Akta Pilihanraya 1954 dan peruntukan Akta 1954 dari segi membantu atau mempengaruhi calon-calon yang bakal bertanding dalam Pilihanraya nanti.Secara ringkasnya,kerajaan sementara adalah sesuatu yang perlu dan tindakan PR menganggap kerajaan sementara adalah kerajaan haram hanyalah tindakan orang yang kehabisan modal politik kalaupun tidak tindakan orang yang teringin sangat untuk membuat huru-hara.Jelaslah,tidak ada isu langsung mengenai Kerajaan Sementara sepertimana yang Prof. Aziz Bari 'gusarkan'.Mungkin beliau telah tertinggal kelas agaknya ketika bab 'kerajaan sementara' diajar dahulu. RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! KEBEBASAN MEDIA ALA PAKATAN PEMBANGKANG DIDEDAHKAN !!! Posted: 30 Mar 2013 01:30 AM PDT Senario pada masa kini memperlihatkan banyak maklumat yang disebarkan melalui media komunikasi berlaku dengan agak bebas dan terbuka.Kebebasan dan keterbukaan tersebut kadangkala menjejaskan kredibiliti dan maruah golongan atau individu tertentu yang sepatutnya dipelihara atau mungkin pada satu masa akan mengakibatkan berlakunya pendedahan mengenai kelemahan keselamatan negara ini yang amat perlu dipelihara dan dijaga.Namun masih ramai yang mudah terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang kononnya negara ini telah gagal dalam memberikan peranan yang seluas-luasnya kepada pengamal media.Malah antara salah satu perkara yang dibangkitkan oleh mereka dalam 'Manifesto Bukan Janji' yang dibentangkan baru-baru ini ialah kononnya untuk menghormati kematangan pengamal media bagi menyusun atur industri media supaya bebas dan bertanggungjawab sesama pengamal media tanpa campur tangan kerajaan.Sedangkan menurut J.C Merrill melalui bukunya 'Kewartawanan Sejagat,1977' mengatakan secara realitinya di seluruh dunia kebebasan media dan komunikasi adalah sesuatu yang terlalu ideal sehinggakan tidak ada sebuah negara pun di dunia ini yang benar-benar mengamalkan kebebasan tersebut.Namun begitu,Indeks Kebebasan Akhbar (PFI) 2011-2012 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders mencatatkan Malaysia berada di tangga ke-122 sekali gus memperlihatkan lonjakan berbanding PFI 2010 di mana Malaysia di tangga 144.Dalam PFI terbaru ini Malaysia mendahului negara Asia Tenggara misalnya Singapura di tangga 135,Thailand (137), Filipina (140) dan Indonesia (146).Mungkin ada bertanya apa maknanya lonjakan Malaysia dalam indeks yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders ??? Jawapannya indeks ini bukanlah terlalu penting.Tetapi ia boleh memberitahu dunia tentang tahap kebebasan media negara ini.Ia sekaligus menafikan tanggapan bahawa di Malaysia tiada kebebasan media.Itu sahaja.Sekiranya tidak ada kebebasan media,bagaimana boleh wujud banyak portal berita,blog dan akhbar pembangkang di negara ini ??? Sebahagian besarnya bukan sahaja mengkritik kerajaan malah menyiarkan laporan palsu.Apakah semua ini masih lagi menafikan wujud kebebasan media ??? Harakah sebagai contoh,tidak pernah menyiarkan laporan atau analisis tentang pembangunan rakyat,begitu juga Suara Keadilan,portal Meloyakini dan Malaysian Insider.Mengikut definisi,Harakah dan Suara Keadilan bukanlah akhbar tetapi buletin yang membawa suara parti.Tetapi berapa orang yang faham definisi ini ??? Buktinya banyak membandingkan kononnya Harakah dan Suara Keadilan lebih telus apabila menghentam dasar kerajaan.Apakah makna ketelusan itu mesti menghentam dasar kerajaan ??? Tetapi apabila akhbar arus perdana mengkritik dasar-dasar pembangkang, itu dikatakan tiada kebebasan media.Semua ini membuktikan kebebasan media di negara ini cuba diselindungkan. Kebebasan melapor,menyiar dan masyarakat pula ada kebebasan mengakses portal atau membeli akhbar di tempat umum adalah kebebasan media.Lebih menghairankan di sebalik kata-kata retorik pakatan pembangkang yang kononnya pejuang kebebasan media,di masa yang sama merekalah sebenarnya yang banyak menindas / mengherdik wartawan serta mengenakan pelbagai sekatan terhadap media.Ironinya pihak mendakwa juara memperjuangkan kebebasan media adalah yang paling banyak menyaman media.Contoh yang paling mudah,cuba kita lakukan sedikit analisa,berhubung siapakah yang paling banyak mengemukakan saman terhadap media selain dari makhluk bernama Anwar Ibrahim ??? Betul,mereka memang berhak mengambil tindakan tetapi bukankah ini bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang dilaung-laungkan ??? Dan siapakah juga yang sering menghalang wartawan dari hadir untuk membuat sebarang liputan ??? Lihat sahaja di pintu masuk pejabat parti PKR yang secara jelas meletakkan nota,bagi menghalang dan melarang akhbar Utusan Malaysia dan stesyen televisyen TV3 hadir mana-mana program dan sidang akhbar yang diadakan mereka.Bukankah itu satu bentuk menghalang kebebasan media ??? Nampak gayanya puak-puak pimpinan makhluk bernama Anwar ini hanya pandai cakap tak serupa bikin.Kalau beginilah caranya,alamat Malaysia akan hancur jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan. RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! KENALI SIAPAKAH ANWAR IBRAHIM SEBENARNYA !!! VIDEO INSIDE !!! Posted: 29 Mar 2013 10:00 PM PDT Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ini sangat terkenal dengan keupayaan untuk menukar "imej" dan "wajah" dalam banyak situasi.Apabila berhadapan dengan kumpulan Melayu,dia akan kata,"saya Melayu,Islam,takkan saya nak hancurkan Melayu." Namun bila berjumpa dengan orang Cina dia kata lain pula,"Pakatan berjanji akan mengembalikan hak rakyat termasuk Cina,India,Melayu bila kita tawan Putrajaya." Hilang dah perjuangan Melayu Islam yang dia kata dekat orang Melayu.Suatu ketika dahulu semasa mengetuai ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dia begitu bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam,tapi sokong Lina Joy murtad.Paling yang tidak dapat dilupakan adalah ketika ditemubual akhbar Wall Street Journal mengenai mengiktiraf kedaulatan Israel sekiranya PR memerintah Malaysia.Anwar dengan jelas mengatakan : "Some refuse to recognize the state of Israel," he said, "but I think our policy should be clear – protect the security [of Israel] but you must be as firm in protecting the legitimate interests of the Palestinians." (Dipetik WSJ) ("Sesetengah orang enggan mengiktiraf Israel,"katanya, "tetapi saya rasa polisi kita perlu jelas - melindungi keselamatan (Israel) tapi kamu mesti tegas dalam melindungi kepentingan rakyat Palestin.") Namun bila ditanya Anwar kata dia tidak kata mempertahankan Israel,dasar talam dua muka.Pernah dulu dipaparkan muka Anwar kena tumbuk semasa di Penjara Sungai Buloh dengan lebam-lebam satu muka,dia kata kena suntikan HIV dan sebagainya,tapi sekarang sihat walafiat,siap boleh bejoget atas pentas ceramah.Semakin hampir dengan PRU13,semakin galak Anwar bersandiwara dan bermuka-muka dengan orang ramai, semata-mata demi undi dan Putrajaya.Ramai orang bertanya siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya ??? Apakah dia seorang pejuang Islam atau sememangnya seorang yang munafik ??? Atau apakah dia sememangnya seorang patriot yang cinta hanya pada negara yang sanggup mati memperjuangkan hak bangsanya ??? Atau apakah dia sebenarnya seorang pengkhianat yang sanggup memperjudikan masa depan negara dan bangsa serta agama sehingga sanggup menjadi tali barut kuasa asing,semata-mata untuk merebut tempat di Putrajaya ??? Pada hakikatnya,makhluk bernama Anwar ini sebenarnya memakai banyak topeng yang beraneka warna untuk disesuaikan dengan golongan masyarakat yang ingin mengenalinya dari dekat.Disebabkan terlalu banyak topeng yang digunakan maka akhirnya dengan kuasa Allah SWT,kini dia sendiri secara sedar atau tidak telah melondehkan semua tembelang yang dilakukannya itu. RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! TAKTIK TERDESAK PR DIDEDAHKAN !!! Posted: 29 Mar 2013 07:00 PM PDT Tidak ada yang lebih memalukan bagi sebuah parti politik daripada terpaksa menggunakan pengaruh musuh untuk menjatuhkan musuh.Tetapi,inilah yang dilakukan oleh PR iaitu menggunakan pengaruh mantan Perdana Menteri,Tun Mahathir,untuk menjatuhkan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib.Jelas sekali yang PR cukup sedar bahawa parti mereka sudah kehilangan pengaruh secara drastik dan bahawa pemimpin mereka sendiri tidak punya 'aura' yang cukup kuat untuk mempengaruhi rakyat.Taktik ini pastinya difikirkan setelah melihat bagaimana pendapat dan pandangan kritis Tun Mahathir terhadap pemerintahan Tun Abdullah sebelum ini,telah berjaya mempengaruhi rakyat jelata untuk meyakini bahawa ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan adalah berasas.Akibatnya,Tun Abdullah telah terpaksa menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Datuk Seri Najib,yang mana amat ditakuti oleh pembangkang.Ketakutan pembangkang terhadap Datuk Seri Najib amat ketara apabila mereka terlebih dahulu mencipta berbagai-bagai fitnah terhadap beliau bagi memastikan bukan beliau yang menjadi pengganti Tun Abdullah.Malang bagi pembangkang,kesungguhan mereka menyerang Datuk Seri Najib hanya menambahkan keyakinan rakyat bahawa beliaulah calon yang terbaik.Malah,rekod juga menunjukkan bahawa Tun Mahathir sentiasa berdiri di belakang Datuk Seri Najib selama krisis kepimpinan berlaku di dalam kerajaan ketika itu.Beberapa kali beliau dirakam menyatakan bahawa pilihan pertama beliau adalah Datuk Seri Najib tetapi telah tersilap membuat keputusan untuk memberi peluang terlebih dahulu kepada Tun Abdullah kerana berpegang kepada budaya 'seniority',serta percaya bahawa Datuk Seri Najib boleh menunggu kerana usia beliau masih muda. Namun,semua itu telah dilupakan oleh pembangkang dan sebaliknya memilih untuk 'berpegang' kepada kenyataan Tun Mahathir baru-baru ini apabila ditanya sama ada Datuk Seri Najib perlu meletak jawatan jika BN kalah atau corot dalam PRU-13 ??? Untuk makluman,perkara yang sama pernah ditanya oleh Malaysian Insider beberapa bulan lepas dan hari ini ia 'disemarakkan' semula oleh Malaysiakini serta disebarkan oleh laman-laman sosial PR.Tun Mahathir seperti biasa menjawab soalan tersebut secara terus terang,bahawa begitulah sewajarnya,iaitu mana-mana kepimpinan yang bertanggungjawab harus meletakkan jawatan jika tidak berjaya mendapat keputusan yang memuaskan.Ini adalah jawapan 'standard' tidak kira dalam konteks pemerintahan negara,mahupun organisasi dan termasuklah dalam bidang sukan di mana jurulatih yang gagal, wajar bersara atau ditukarkan sahaja.Memandangkan kita cukup kenal bahawa Tun Mahathir amat konsisten dengan kenyataan atau pendiriannya, maka jawapan seperti itu sudah pasti telah dijangkakan oleh pembangkang.Buktinya,beliau berkata demikian kepada Tunku Abdul Rahman dan berkata yang sama kepada Tun Abdullah Badawi apabila sokongan terhadap kepimpinan mereka mula lemah dan parti pemerintah mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam Pilihanraya.Maka,bagi pembangkang untuk menggunakan jawapan 'standard' Tun Mahathir itu sebagai modal politik mereka untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib amatlah menyedihkan. Nampak sangat yang mereka sudah benar-benar kehabisan modal.Lebih pelik lagi,modal ini digunakan sedangkan rakyat boleh melihat sendiri bagaimana akhir-akhir ini Tun Mahathir begitu sibuk ke sana ke mari memuji-muji kepimpinan Datuk Seri Najib dan menyeru rakyat agar memberi sepenuh sokongan dan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri.Beliau turut memetik angka-angka ekonomi yang menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib dan sentiasa menyokong apa jua tindakan kerajaan.Berdasarkan apa yang berlaku ini,apa yang cuba digambarkan oleh PR iaitu Tun Mahathir ragu-ragu dan kurang yakin terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib tentulah tidak masuk akal sama sekali.Lebih-lebih lagi,apabila PR turut membayangkan kononnya Tun Mahathir lebih 'menggemari' Tan Sri Muhyiddin untuk menerajui negara.Strategi untuk melaga-lagakan pemimpin-pemimpin BN sesama sendiri tidak menjadi kerana ia tidak benar sama sekali.Pemimpin tertinggi UMNO atau BN bukan seperti pemimpin tertinggi PKR atau DAP,ataupun PAS yang asyik bertelagah gila kuasa kerana telah dihasut oleh parasit-parasit yang berkembang biak dan merebak sehingga ke akar umbi parti-parti mereka.Kepimpinan tertinggi UMNO/BN tidak lagi mengalami masalah berebut kuasa sedemikian kerana semua yang bermasalah begitu telah lari kepada pembangkang.Secara logiknya,apa pun pendapat dan pandangan Tun Mahathir dan siapa pun yang beliau 'gemar' tidak seharusnya menjadi masalah PR.Kenapa PR perlu bergantung kepada pendapat dan pengaruh seorang musuh ketat untuk menarik sokongan rakyat ??? Akhir sekali,kata-kata Tun Mahathir hari ini bahawa "tiada calon yang lebih sesuai untuk mentadbir Malaysia,selain Datuk Seri Najib," sewajarnya diambil sebagai titik noktah kepada strategi terdesak pembangkang ini. RENUNG-RENUNGKAN |
3 SEBAB KENAPA SIDEK BABA TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM DIDEDAHKAN !!! Posted: 29 Mar 2013 04:00 PM PDT Sebut sahaja nama Profesor Datuk Dr. Sidek Baba tentu ramai yang mengenalinya sebagai salah seorang sahabat yang mempunyai hubungan akrab dan cukup rapat dengan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim.Sebagai bekas Naib Presiden ABIM dan Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),Dr Sidek juga dikenali umum kerana peranannya dalam mengembangkan pengaruh Anwar di kalangan pelajar UIAM ketika zaman kegemilangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.Dr Sidek yang kini adalah pensyarah Kanan di UIAM juga pernah di tahan di bawah ISA ketika kemuncak isu liwat melibatkan Anwar pada 1998,justeru itu ramai yang percaya hubungan mereka berdua akan berkekalan dan mustahil akan terungkai sama sekali.Namun persahabatan kedua-duanya tidak berkekalan apabila semenjak tiga tahun lalu Dr. Sidek telah bertindak meninggalkan Anwar selepas lebih 30 tahun mereka bersahabat.Ramai yang sukar mempercayainya malah tidak mengetahui kenapa dan mengapa Dr Sidek mengambil tindakan demikian.Bagaimana pun ketika menyertai program Wacana Cuit : Dilema Melayu Moden di Menara MARA pada 26 Mac 2013,Dr Sidek telah mengambil peluang tersebut menjelaskan tiga sebab kenapa beliau meninggalkan Anwar sekaligus keluar dari landasan perjuangan bekas sahabat baiknya itu. 3 sebab yang dimaksudkannya itu ialah mengenai persoalan moral,sokongan kepada agenda pluralisme agama dan masalah kredibiliti,yang mana ketiga-tiganya cukup rapat dengan Anwar yang akhirnya mendorong Dr Sidek untuk mengambil keputusan muktamad menjauhkan diri.Menurut Dr Sidek,terlalu banyak persoalan moral yang melingkari hidup Anwar dan agak sukar untuk diterimanya,Apatah lagi bila diimbas semula pesanan Anwar ketika bersama ABIM dulu yang sering menegaskan seseorang pemimpin bukan sahaja mesti bersih tetapi juga kelihatan bersih. Dalam majlis yang dihadiri sekitar 1,000 orang kakitangan MARA itu juga,Dr Sidek meluahkan kekecewaannya terhadap Anwar kerana perubahan drastik bekas mentornya itu yang kini menjadi pendukung pemikiran liberal serta cukup dekat dengan golongan pluralisme agama.Ucapan Anwar di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 menurut Dr Sidek adalah bukti nyata yang tidak dapat disangkal lagi mengenai penglibatan Anwar dengan pendukung liberal dan pluralisme agama. Selain itu,Dr Sidek juga menjelaskan keraguannya terhadap hubungan rapat Anwar dengan para pelobi berbangsa Yahudi yang dianggap sangat berbahaya kepada keselamatan negara selain menjejaskan kredibiliti Anwar yang sebelum ini dilihat sebagai Islamik.Kesemua sebab yang diutarakan oleh Dr Sidek di atas adalah asas penting yang mendorongnya meninggalkan Anwar meskipun lebih 30 tahun lalu mereka berdua akrab bersahabat.Dr Sidek bukanlah satu-satunya sahabat seperjuangan Anwar dari ABIM yang telah hilang kepercayaan terhadap Ketua Umum PKR itu, ramai lagi yang lain antaranya bekas Presiden ABIM,Dr Yusri Muhammad serta bekas pengasas NGO itu,Tuan Haji Ustaz Ismail Mina.Sebelum mengambil tindakan yang tentunya sukar itu, Dr Sidek terlebih dahulu melakukan siasatan sendiri dengan menemu bual seramai 28 orang individu yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Anwar diikuti dengan solat istikharah bagi memohon petunjuk Allah S.W.T. Selepas itu barulah beliau membuat keputusan muktamad menjarakkan diri dari Anwar dan parti-parti pembangkang RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment