Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT SERAM!!! 18SG! Jangan Tengok Video Ini Jika Anda Seorang Penakut!!
- #IsuAirSgor: Khalid Gagap Perjudikan Nasib Rakyat Selangor, #Langat2 Masih Ditangguh!!
- TUDIAA!! Mak Janda Keldai Pas yang Bodoh Ni, Kantoi Lagi!! @Abby_Abadi112
- #IsuAirSgor: Khalid Gelabah Bila Rahsia Sabotaj Syabas Terbongkar!
- PANASS LAGI!! Ini Cara Pas Kedah Berterima Kasih Pada rakyat Kerana Memilihnya!! #TukarKedah
- GEMPAR!! PKR Letak Saifudin Nasution Jadi Calon di Parlimen Kulim Bandar Baharu!! #TukarKedah
| HOT SERAM!!! 18SG! Jangan Tengok Video Ini Jika Anda Seorang Penakut!! Posted: 14 Dec 2012 07:17 AM PST VIDEO SEBENAR YG DIAMBIL SECARA TIDAK SENGAJA OLEH PENGAWAL POS POLIS BANTUAN FELDA DI LEPAR HILIR 7,PAHANG...SAKSIKAN... | ||
| #IsuAirSgor: Khalid Gagap Perjudikan Nasib Rakyat Selangor, #Langat2 Masih Ditangguh!! Posted: 14 Dec 2012 04:37 AM PST Nampaknya Khalid Gagap masih lagi enggan membina Loji Air Langat 2 yang menyambungkan terowong paip air dari Pahang ke Selangor. Nampak sangat, Khalid masih lagi bermain dengan nasib rakyat Selangor. Pentingnya Langat 2 untuk masa depan rakyat Selangor adalah kerana Langat 2 memberikan bekalan tambahan air mentah yang sangat banyak, sehingga mencapai lebih dari 1131 juta liter air sehari. Bekalan yang tidak terhad datang dari Sungai Pahang yang disalurkan ke Selangor. Kita sedia maklum, Selangor pernah mengalami masalah kegawatan air yang sangat genting pada tahun 1998 akibat perubahan cuaca yang dipanggil El-Nino. Kemungkinan besar kejadian yang sama akan berulang kembali adalah sangat besar. Atas sebab demikian, Kerajaan Pusat telah mengambil tindakan berjaga-jaga untuk mengelakkan kejadian yang serupa berlaku kembali. Walaupun negeri Selangor diperintah oleh pembangkang, namun Kerajaan Pusat tetap mengambil kira kepentingan rakyat untuk mengelakkan dari rakyat Selangor mengalami kesusahan pada masa akan datang. Kerajaan Pusat telah membuat penyelidikan mengenai masalah air di Selangor, malah jika tiada sebarang perubahan dilakukan kepada bekalan air Selangor. Selangor akan mengalami alami masalah bekalan air yang lebih serius kelak. Mengikut jangkaan, Selangor akan mula mengalami masalah air pada tahun 2016, kemudian jika tiada sebarang tambahan pada bekalan air Selangor. Air Selangor akan kritikal pada 2017. Kritikal bermakna parah la, dah boleh masuk ICU. Jadi untuk mengelakkan air Selangor mengalami masalah. Pembinaan Langat 2 adalah sangat penting. Patutnya 2 tahun lepas Langat 2 dah mula dibina. Kerana untuk membinanya mengambil masa yang panjang. Lebih dari dua tahun. Sudahla pembinaannya lama, untuk salurkan air dan beroperasi dengan kekal pun mengambil masa yang sangat panjang. Kalau Khalid masih lagi menangguhkan projek Langat 2 ni, nescaya Mc percaya apa yang kita risaukan pasti akan berlaku. Mc pun tak faham atas sebab apa Khalid bersungguh-sungguh tidak mahu Langat 2 dibina. Projek Langat 2 ni, dibiayai oleh Kerajaan Pusat, projek ini penting kerana melibatkan keperluan asas rakyat. Agaknya, Khalid tak fikir, pertambahan rakyat Selangor dan industri perkilangan pada masa hadapan. Khalid pernah mengeluarkan cadangan mahu teknologi membran, teknologi menapis air digunakan untuk 'menambah' jumlah air di negeri Selangor. Teknologi membram itu sejenis penapis, bagaimana penapis boleh membuatkan air bertambah, jikalau sumber air tu masih lagi dari sungai yang sama? Sekilas pandang pun kita tahu, teknologi membran bukanlah jalan penyelesaian yang sebenar. Bila teknologi membran gagal menyakinkan rakyat Selangor. Khalid kembali ke cerita lama dengan penstrukturan air. Kononnya selagi dia tak boleh beli syarikat konsesi air, selagi itu projek Langat 2 tidak akan dilaksanakan. Ini lagi satu benda yang Mc langsung tak faham. Apa kena mengenai penstrukturan air dengan pembinaan Langat 2? Kalau penstrukturan air berjaya sekalipun, kuantiti air Selangor masih tidak berubah. Tak bertambah pun. Sebab tu la Mc kata, Khalid ni MB yang paling bebal dan pembohong paling kuat. Selangor hampir menuju kejalan gelap setelah Khalid menjadi MB. Lihatlah contoh paling ketara, apabila masalah air yang asas untuk rakyat pun Khalid tak dapat selesaikan, apakah itu satu contoh MB yang baik? Fikirkanlah rakyat Selangor. Nak minum air ke, nak minum selut lumpur? Kalau rasa nak lumpur, lepas ni boleh undi Pakatan Haram lagi di Selangor. Kalau nak minum air, bakal Kerajaan BN Selangor sudah pasti akan meneruskan projek Langat 2 dengan tanpa sangsi dan secepat mungkin. Mungkin Khalid menunggu Kerajaan BN Selangor yang buat Langat 2 kot?? McTheory: Pemimpin jenis apa kalau dengan nasib rakyat pun dia sanggup perjudikan? | ||
| TUDIAA!! Mak Janda Keldai Pas yang Bodoh Ni, Kantoi Lagi!! @Abby_Abadi112 Posted: 14 Dec 2012 01:17 AM PST
Tu laa mak janda oii, lain kali sebelum nak tulis tu fikir dulu betul betul..Bukannya main ikut perasaan ja... Disaat artis artis yang menghantar bantuan kat Gaza tempoh hari berdepan dengan maut, si janda ni seronok mengumpat kononnya artis yang pi Gaza sekadar jalan2, melawat tempat kena serang, ambil gambar hotel,kibar bendera.. Sedangkan si janda ni sendiri boleh tengok apa artis artis ni buat kat sana.. La ni bila ramai artis lain tak puas hati dengan tulisan tu,pandai pulak nak nafi kata tak pertikaikan..Siap cabar suruh bawa ke mahkamah pulak tu.. Gambar ni Mc ambil dari blog MTK. Makin lama makin teruk Mc tengok mak janda mereng ni sorang. Macam-macam cara dia buat untuk tarik perhatian. Kita faham dia ni janda, kesepian dan kesunyian. Air penuh dalam kepala, sebab tu dia tak dapat berfikir dengan waras. Bila emosi bercampur dengan kemerengan lalu waras diri ditolak pula dengan air yang penuh, maka ia menjadi sebegini. Agama ke mana, adab ke mana, yang tinggal hanyalah janda mereng kesepian keseorangan. Patut la Norman tinggalkan dia, sebab dia ni selalu mereng. Mc malas nak ulas pasal janda ni, tapi banyak ayatnya yang menyakitkan hati, lalu Mc ulas jugak he he.. Pada sesiapa yang nak buat amal jariah, dan kesian pada mak janda mereng. Sila masuk meminang dia cepat. Bil air dia tu dah lama tak bayar, sila jelaskan secepat mungkin. he he he.. McTheory: Janda mereng macam ni, bagi free saja kot | ||
| #IsuAirSgor: Khalid Gelabah Bila Rahsia Sabotaj Syabas Terbongkar! Posted: 13 Dec 2012 10:37 PM PST Alamak!! Rahsia Khalid dah terbongkar!! Surat yang menerangkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor membekukan Capex untuk Syabas sudah tersebar. Rujuk surat dibawah yang telah Mc sertakan! ![]() ![]() Sebelum ni Khalid pernah menafikan dalam Sidang Dun Selangor, kemudian Khalid pusingkan jawapan dan kelirukan rakyat Selangor. Yang peliknya, Xavier pun turut menyangkal si Khalid. Xavier cakap Capex dibeku sehingga penstrukturan semula air di Selangor diselesaikan. Rujuk artikel antarapos kat SINI MB cakap tak beku, Xavier cakap beku, Khusrin melalui suratnya pun cakap beku. Apa Khalid tak tahu apa yang jadi dalam kerajaan pimpinannya? Namun selepas surat ini tersebar, rasanya Khalid dah tak boleh nak dalih lagi. Sudah terang lagi bersuluh, Khalid sememangnya mahu Syabas tak boleh buat kerja dengan baik, sebab tu Khalid sekat Capex untuk Syabas. Bila kewangan terhad, tentunya Syabas tidak boleh beroperasi dengan sepenuh kemampuannya. Sudahla hutang Syabas Khalid tak bayar, Capex pula di sekat, memang kejam sungguh la si Khalid ni. Khalid sengaja buat ni semua sebab nak tunjukkan Syabas ni tak pandai buat kerja, jadi pulangkan balik kepada Kerajaan Negeri. Memang tu pun yang dilaungkan selama ini! Ternyata perancangan Khalid gagal, apabila Syabas terus beroperasi dengan kemampuan yang ada. Malah tanpa bantuan Kerajaan Negeri pun, Syabas masih lagi mampu menjaga kawasan operasinya. Asyik dimainkan cerita kadar NRW masih tinggi dan perlu diturunkan. Khalid pun tahu kan nak turunkan kadar NRW kenelah tukar paip-paip yang lama. Kalau dibuat penstrukturan semula pun benda yang sama akan Kahlid buat juga. Sekarang ni macam mana nak turunkan, kalau benda yang asas iaitu Capex dibeku. Batang-batang paip ini turun dari langit ke? Untuk makluman, Syabas telah berjaya kurangkan NRW secara progresif daripada 43% kepada 32% dalam masa tujuh tahun. Ya lah takkan boleh turun mendadak sebab paip-paip yang nak diganti bukannya letak di tanah yang kosong. Banyak pembangunan sekeliling telah dibuat dan perlukan kerjasama pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa tempatan. Kalau dulu Syabas boleh turunkan, mestilah sekarang ni lebih dari boleh. Dah letak road block, macam mana nak lalu? Luluskan Capex Syabas, bukannya Syabas minta duit kerajaan negeri pun, Syabas boleh usaha cari dana sendiri macam yang pernah dibuat dulu. Setelah tekanan untuk memiliki Syabas tidak berhasil, Khalid muncul dengan idea untuk jahat untuk menyekat Langat 2. Kononnya selagi penstukturan tidak dibuat, selagi itu Langat 2 akan tergantung. Dari perjalanan cerita ini, nampak sangat Khalid Gagap sememangnya berniat jahat. Sudahla berbohong dalam Sidang Dun, berbohong pada media dan rakyat Selangor, namun disebabkan muka tebal serupa muka tembok, Khalid tetap tak malu. Kalau Mc jadi rakyat Selangor, Mc tak mengaku Khalid ni MB Selangor. Rasa macam tak layak si Khalid ni jadi MB. Kelemahan pentadbirannya berlambak-lambak. Hinggakan isu air yang penting ni pun gagal diselesaikan. Hari demi hari sudah berlalu, Langat 2 masih lagi ditangguh. Pembohongan dijadikan alasan untuk tangguhkan Langat 2. Politik lebih diutamakan, nasib rakyat diperjudikan. Kebenaran semakin terpinggir apabila dakyah dan fitnah bermaharajalela. Selagi Pakatan dan Khalid memerintah Selangor, semua ini takkan selesai. Langat 2 masih lagi menjadi perancangan yang tak sudah!! McTheory: Sampai bila rakyat Selangor nak bersabar? | ||
| PANASS LAGI!! Ini Cara Pas Kedah Berterima Kasih Pada rakyat Kerana Memilihnya!! #TukarKedah Posted: 13 Dec 2012 07:59 PM PST Semalam Mc dah post selama 10 minit namun Mc tarik semula atas kerana ada sebab-sebab tertentu. Hari ni confirm post terus.. he he.. Lagi kisah Medan Tempur membongkarkan manifesto Pas yang nak free parking, tapi akhirnya makin mahal adalah. Mungkin ini cara Pas Kedah berterima kasih kepada rakyat Kedah kerana mengundi Pas!! Dulu masa BN memerintah di Kedah,saman parking yang dikenakan baru RM 15-RM30 kalau tak silap..(betulkan aku kalau salah) Aku pun tak berapa ingat sangat sebabnya jarang kena saman.. Tapi apa yang aku lihat sekarang, bila zaman PAS perintah saman parking melabung naik sehinggga RM 70 dan kawasan kawasan parkir yang sebelum ini(zaman BN) diberikan PERCUMA kepada rakyat Kedah, kini Pas Kedah dah jadikan kawasan parkir percuma itu sebagai kawasan lubuk pendapatan mereka dengan mengenakan bayaran untuk semua jenis kenderaan.. Gambar diatas diambil di Taman Tasik Jitra..Dimana puak geromolan Pas sudah memasang palang automatik bertujuan mengenakan bayaran kepada setiap pengunjung..Dulu kawasan riadah ini percuma untuk rakyat jelata datang ke sini..Tapi sekarang bukan percuma lagi.. Inilah janji janji manis Pas sebelum ini..Hanya indah khabar dari rupa..Sebelum perintah macam macam janji nak turunkan cukai, mansuh saman parking..La ni nilailah sendiri, dulu bila kena saman parking kena bayaq RM 15 ja zaman BN.. Tapi la ni zaman Pas, RM 70 bayaran untuk 1 saman.. Adakah ini cara Pas mensejahterakan rakyat Kedah ?? Tak cukup lagi duit balak yang Pas dapat, la ni nak rembat duit parkir pulak ?? Jadi kalau hangpa semua nak perubahan..PRU 13 ni kasi balik dengan BN..Dah tentu tak ada benda benda karut ni semua.. McTheory: Puak Pas penaya rakyat Kedah sungguh laa | ||
| GEMPAR!! PKR Letak Saifudin Nasution Jadi Calon di Parlimen Kulim Bandar Baharu!! #TukarKedah Posted: 13 Dec 2012 07:01 PM PST
PKR sedang merancang untuk menyelamatkan 'orang kuat'nya iaitu Saifudin Nasution dari kerusi parlimen yang boleh menyebabkan kekalahan. PKR terpaksa mencari kerusi ditempat lain, atas kerana Pas Kelantan sudah membuat tekad bahawa hanya anak Kelantan yang dibenarkan bertanding disana. Atas sebab demikian, PKR Pusat pening kepala, lalu mereka membuat keputusan untuk meletakkan Saifudin Nasution bertanding di Kedah, yang kononnya negeri kuat Pas kedua selepas Kelantan. Namun setelah berbincang dengan Pas Kedah, PKR mendapat semula kerusi mereka di Kulim Bandar Baharu, yang dulu ditanding oleh YB Zulkifli Noordin mewakili PKR. Mungkin mereka ingat Kulim Bandar Baharu masih lagi lubuk Pakatan Haram. Namun setelah sekian lama Kulim Bandar Baharu dibawah PKR dan adun-adun Pas. Tiada satu pun perubahan yang berlaku. Perubahan kearah yang lebih buruk rasanya banyak la kot. Jalan berlubang-lubang dari Serdang ke Selama Kedah, hanya diturap dengan tar dan penyodok, kemudian di pijak dengan kaki! Begitu hebatnya turapan tar, Mc yang tengok pun terkejut. Sekali lori lalu, hancur terus tar dan berlubang ada semula. Apakah itu teknik terbaru turapan tar dari puak Pas? Sekali turap 'claim' berapa agaknya? Turap setompok-setompok, tapi claim satu jalan agaknya. Kaya-kaya, mengabihkan duit rakyat saja! Patut la Adun Pas di mana-mana tempat pun makin lama makin kaya, mungkin sebab penipuan yang sebegini la. Kita berbalik cerita Saifudin Nasution, atau lebih dikenali sebagai Din Muka Bulan. Tak perlu Mc jelaskan kenapa orang panggil Din muka bulan, sebab gambar di atas menceritakan segalanya. Saifudin ingat Kulim Bandar Baharu ni senang nak menang ke? Walaupun dulu UMNO Bandar Baharu menghadapi masalah dalaman, namun kini tidak lagi, jentera UMNO disini bersatu dan bersedia untuk PRU ke 13. Termasuk juga rakyat tempatan disini yang mula mual dan juak dengan puak Pas ni. Sudah la tidak ada sebarang pembangunan, tidak dipedulikan langsung, Azizan atau wakil pentadbiran Pas Kedah, langsung tak pernah sampai ke sini untuk melihat nasib rakyat. Sudah la ahli parlimen pun, ada serupa takdak, Adun-Adun di sekitar parlimen ni semuanya tak boleh harap. Memang sedih dan kesian penduduk di Kulim Bandar Baharu ni. Tak pernah ada pembelaan. Nasib baiklah, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin datang tempohari ada janji nak buat masjid besar di Serdang, dan janji yang TPM buat tu pun sedang dilaksanakan. Bermakna, masjid yang TPM janji tu, sedang dalam pembinaan. Kalau nak harapkan Kerajaan Negeri Pas Kedah, memang haram takdak la. Disebabkan keadaan seperti itulah, sokongan terhadap Pakatan Haram semakin berkurangan. Terbukti bila, ceramah yang dibuat oleh PKR dan Pas, tidak mendapat sambutan seperti dulu. Dalam bulan ni, Anwar dan Mat Sabu turun membuat ceramah di sini, namun tidak ada sambutan. Anwar hanya mampu menarik pendengar sekitar lebih 200 orang sahaja. Manakala Mat Sabu lebih sedikit dari Anwar sekitar dalam 300 orang keatas. Itu membuktikan, rakyat sudah menolak mereka ini. Saifudin pun pernah berceramah disini, rasanya kurang dari 100 orang yang mendengar dia berceramah memaki UMNO/BN. Itu satu tanda aras untuk kita melihat sejauh mana sokongan rakyat terhadap golongan seperti ini. Tapi kalau itu pun tidak mengubah keputusan Saifudin bertanding disini, Mc dengan sukahati menerima kunjungan Saifudin ke Kulim Bandar Baharu. Pasti kami akan sambut dengan serangan bertubi-tubi dan bukan dengan kompang kenduri kawin. Bagi Mc, Saifudin muka bulan ni bukan 'kuasa besar' yang confirm menang disebabkan pengaruh. Sebab dia tak ada apa-apa kelebihan pun, kecuali membohong, menipu dan memfitnah. Dalam 3 perkara tu, dia memang terer! Mc sangat berbesar hati jika Saifudin bertanding disini (Kulim Bandar Baharu) di alu-alukan. McTheory: Mari kita benamkan raksaksa PKR di bumi Kedah!! |
| You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.










No comments:
Post a Comment