BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! ANWAR IBRAHIM PENIPU NUMBER 1 DI MALAYSIA - YUKTES VIJAY !!!

Posted: 25 Mar 2013 04:00 PM PDT


Pendedahan yang dilakukan oleh bekas pembantu kepada pasukan peguambela Anwar Ibrahim,Yuktes Vijay wajar dikongsikan untuk pengetahuan masyarakat khususnya kepada pencacai yang begitu menyanjungi Ketua Pembangkang itu.Ini kerana ia dapat membuka hati dan minda mereka yang ingin mencari kebenaran berhubung kes liwat yang membabitkan Mohd Saiful Bukhari Azlan.Lebih menarik lagi semua pekung Anwar ini didedahkan oleh rakan-rakan seperjuangan yang mula meninggalkannya apabila telah mengetahui tembelang busuk Ketua Umum PKR ini.malah Yuktes sendiri dengan lantang dan berani telah mencabar Anwar secara terbuka untuk menyamannya sambil menegaskan bahawa pemimpin 'ANUgerah Tuhan' itu sebagai penipu tegar.Beliau pada 11 Mac yang lalu,melalui surat terbuka yang disiarkan melalui portal Free Malaysia Today (FMT) telah membangkitkan beberapa isu berhubung kes pendakwaan terhadap Anwar.Malah beliau turut mengesahkan memiliki beberapa dokumen penting berkaitan kes tersebut. 

Antara persoalan yang dilontarkan ialah : Anwar sentiasa mendakwa bahawa beliau tidak dibicarakan secara adil.Kebenaran sebenar adalah beliau tidak pernah mempunyai keberanian untuk memberi keterangan dari kandang saksi.Ini kerana pada hakikatnya,beliau tidak akan mampu untuk menahan segala soalan yang akan dilontarkan oleh pihak pendakwaraya.Sekiranya pencacai pakatan pembangkang merasa sangsi,kenapa tidak cuba bertanyakan soalan-soalan berikut dan dapatkan jawapan sebenar,boleh diterima pakai dan tidak dipersoalkan logik jawapannya. 

1) Kenapa Anwar secara peribadi dan spesifik meminta 'Ketua Kakitangan' beliau,Ibrahim Yaakob supaya menghantar Saiful ke pagsapuri tersebut bersama dokumen-dokumen padahal ada kakitangan lain yang boleh ke sana ???

2) Bagaimana Saiful mengetahui kod untuk memasuki pangsapuri tersebut iaitu "Mokhtar," nama ketua pegawai keselamatan dan juga adik ipar kepada Anwar ???

3) Keterangan video yang dihantar ke makmal Gandhi di New Delhi telah mengesahkan kehadiran Saiful di dalam pangsapuri tersebut,jadi kenapa kehadiran Saiful di pangsapuri itu dipertikaikan ???

4) Kenapa Saiful diberikan keistimewaan,diberikan bilik khas,keistimewaan untuk mengiringi Anwar ke luar negara sedangkan beliau adalah seorang kakitangan baru ???

5) Pembantu Anwar yang baru,Najwan Halimi sebelum ini pernah menghantar emel kepada Anwar dan memberitahu kecenderungan Saiful terhadap BN.Kenapa perkara ini tidak diendahkan oleh Anwar ??? 

Kesimpulannya pasukan pembelaan ahli parlimen Pematang Pauh itu sedar bahawa Anwar tidak akan dapat menahan segala soalan yang akan dikemukan, maka, mereka membuat keputusan agar Anwar tidak perlu untuk memberi keterangan dari kandang saksi dengan memberi alasan bahawa beliau tidak akan diberikan perbicaraan yang adil.Akhirnya,sekali lagi makhluk bernama Anwar Ibrahim ini berjaya memperdaya,menipu dan membohongi rakyat Malaysia dengan lagaknya yang tak ubah seperti Mandela.Namun pada hakikatnya dia bukannya Mandela,tetapi hanya seorang penipu,pembohong dan kaki putar belit yang bijak.Tambah menarik perhatian apabila kolumnis FMT sendiri mendakwa bahawa Sodomy 3 mungkin tiada kena mengena dengan BN.Beliau secara tidak langsung ingin mengatakan bahawa Anwar Ibrahim sebenarnya orang yang bertanggungjawab MELIWAT Saiful Bukhari.Untuk mendapatkan gambaran dengan lebih jelas, sila rujuk pautan yang diberikan ini :




ADAKAH INI YANG AKAN MENJADI PM SUATU HARI NANTI ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! RAKYAT PULAU PINANG MEMBELASAH LIM GUAN ENG KAW-KAW !!!

Posted: 25 Mar 2013 12:00 PM PDT


Kebangkitan rakyat Pulau Pinang yang bangkit menentang pentadbiran Lim Guan Eng pasti akan membuka mata rakyat Malaysia yang sebelum ini terpedaya dengan kata-kata pemimpin 'Ultra-Kiasu' dari DAP itu yang kononnya ingin mencontohi pemerintahan 'Khalifah Umar Abdul Aziz'.Ini kerana saban hari semakin ramai rakyat Pulau Pinang yang telah mula sedar,bangkit mengadakan bantahan terhadap kepimpinan mereka.Terdahulu sekumpulan belia Penang yang terdiri dari kaum Cina dan India telah berhimpun dan berarak bagi menyuarakan ketidakpuasan hati berhubung keputusan kerajaan negeri untuk membina projek terowong mega dasar laut.Manakala semalam,dianggarkan hampir 10,000 rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat telah menyertai 'Himpunan Penyatuan Rakyat' yang membantah pentadbiran Guan Eng yang dilihat GAGAL membela nasib rakyat yang semakin tersepit sejak lima tahun lalu.Persoalan yang bermain diminda rakyat Penang ketika ini ialah,kenapa perlu bina terowong baru sedangkan Jambatan Pulau Pinang Kedua masih lagi belum beroperasi ??? Apakah ini satu cara untuk kayakan krooni-kroni DAP Penang ??? Tambah menghairankan ialah,DAP yang selama ini berpegang kepada idealism 'sekular' masih lagi gagal menjelaskan dakwaan berkenaan projek terowong dasar laut bernilai RM8 billion itu, yang dilaksanakan tanpa tender terbuka.

Ia secara tidak langsung membuktikan persepsi rakyat yang merasakan wujud kegiatan rasuah,nepotisme dan kronisme dalam pemberian tender projek tersebut.Malah majoriti rakyat merasakan projek tersebut tidak mendatangkan sebarang manfaat tambahan,kerana pada ketika ini rakyat di Pulau Mutiara itu amat memerlukan rumah kos rendah.Ditambah dengan kesesakan trafik yang macam gamps!, kerajaan negeri sepatutnya tidak kalut untuk membina 'tunnel'.Mereka sepatutnya selesaikan dahulu masalah-masalah utama yang mencengkam denyut nadi rakyat sekiranya benar-benar ingin mencontohi pemerintahan khalifah Islam.Ini tidak,baru sepenggal menerajui kepimpinan negeri,mereka pakat kalut membuat projek mega yang dilihat bakal menggangu pelabuhan dan bentuk geografi bahagian pulau tersebut yang dikhuatiri boleh menenggelamkan negeri tersebut.Yang lebih menarik,ketika Anwar pakat sibuk ceramah di setiap pelosok negara untuk memansuhkan tol,DAP selaku sekutu akrab membuat keputusan untuk mengenakan tol bagi projek terowong mega dasar laut itu.

Malah ketika ditanya berhubung isu tol tersebut,Guan Eng dengan nada 'selamba badak' menyalahkan kerajaan persekutuan.Sungguh pelik dan menghairankan.Mereka yang memutuskan untuk membuat projek mega dan mereka juga yang memutuskan untuk mengenakan bayaran tol tetapi kerajaan BN/Umno yang dipersalahkan.Inilah yang dinamakan sandiwara pakatan pembangkang yang hidup atas dasar pembohongan dan penipuan.Walaupun semakin ramai yang telah sedar,namun masih ada dikalangan pencacai yang enggan menerima fakta dan hakikat sebenar.Oleh yang demikian,jangan terperanjat sekiranya suatu ketika nanti,pakatan pembangkang pimpinan Anwar mengatakan 1 + 1 bersamaan dengan 4,akan ada dikalangan pencacai yang akan berdiri dan mengatakan ia betul.Ini kerana walaupun sedar jawapan yang diberikan itu adalah salah, namun disebabkan taksub, mereka terpaksa menerima penipuan dan pembohongan itu sebagai fakta sebenar.Kepada pembaca Badut Rakyat DARI Pulau Pinang,bersatulah untuk #SavePenang #UbahPenang dan #TolakDAP.

RENUNG-RENUNGKAN

KERAJAAN YANG DI PEGANG OLEH PM @NAJIBRAZAK ADALAH TIDAK SAH ??? INI JAWAPAN SEBENAR !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 25 Mar 2013 08:30 AM PDT


sedapnya mulut puak pembangkang ni yekk ??? boleh pulak mereka kata kerajaan yang di pegang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib adalah tidak sah dan kerajaan sementara A.K.A Haram.kenapa ??? tak sabar-sabar ker ??? tunggu jer lah !!! macam takut jerr nak menghadapi PRU 13 ??? apa kata anda lihat gambar di bawah.yang tu haram atau tak ???



APA KATA ANDA ???

LIHAT PENJELASAN SEBENAR DI BAWAH


RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! ANWAR IBRAHIM KECUT PERUT TUNGGU KES PENDAKWAAN PENGGANAS SULU !!!

Posted: 25 Mar 2013 05:00 AM PDT


Ketua Pembangkang dan pimpinan PR hanya menyatakan sokongan mereka kepada usaha pasukan keselamatan untuk membanteras pengganas Sulu pada 20 Mach lalu,iaitu 15 hari setelah berlakunya pencerobahah ke atas kedaulatan negara.Lima belas hari atau lebih daripada dua minggu untuk menunjukkan rasa prihatin dan simpati terhadap kematian 10 anggota keselamatan yang mengorbankan nyawa untuk mempertahankan ibu pertiwi bukan sahaja dilihat tidak ikhlas tetapi juga biadap dan tidak bermaruah.Namun kebiadapan dan ketidak ikhlasan Anwar dan pimpinan pembangkang tidak mampu menutup agenda yang lebih licik dan jahat disebalik kelewatan tanda sokongan kepada pasukan pembangkang.Anwar dan kuncu-kuncunya dari PKR,Pas dan Dap pada mulanya sudah yakin bahawa Pilihan Raya Umum ke 13 akan diadakan pada awal Mach namun jangkaan mereka meleset.Atas andaian tersebut Anwar menyusun strategi bersama bekas pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro pemisah (MILF),Nur Misuari berkomplot agar serangan ke atas negeri Sabah dilancarkan seiring dengan PRU13.

Ini bertujuan untuk menimbulkan keadaan huru hara serta kacau bilau semasa kempen pilihan raya sedang berjalan supaya pihak pembangkang boleh menyalahkan kerajaan atas serangan puak pengganas Sulu itu.Ini boleh dilihat daripada kenyataan segera yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR,Tian Chua yang mendakwa pencerobohan itu didalangi UMNO kononnya untuk mengalih pandangan rakyat daripada isu pemberian kad pengenalan biru kepada pendatang asing. Jika dilihat kronologi apa yang berlaku bermula daripada pertemuan sulit Anwar dan Misuari pada November 2012 empat bulan lalu termasuk pertemuan bekas pemimpin PKR Dr Jeffrey Kitingan dengan wakil kesultanan Sulu terdahulu daripada itu,adalah jelas pertemuan-pertemuan rahsia tersebut adalah untuk menyusun strategi bagi pencerobohan 5 Mach lalu serentak dengan pengumuman PRU13.Bagaimanapun semua perancangan jahat Anwar dengan koloborasi Misuari dan puak pengganas Sulu gagal menjadikan peristiwa serangan di Lahad Datu dan Semporna hasil kecekapan pasukan keselamatan negara dan respons pantas kerajaan untuk menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas sepanjang 1400 kilometer di pantai timur Sabah (ESSCOM).Kini Anwar sudah amat tersepit dan menuduh pula Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengguna isu serangan pengganas Sulu di Sabah sebagai alasan untuk mendakwa.

Hakikatnya bukan kerajaan Malaysia yang mendedahkan pembabitan Anwar dengan puak pengganas Sulu tetapi sebaliknya ini dilakukan oleh badan perisikan Filipina di mana maklumat yang diperolehi telah digunakan oleh agensi berita antarabangsa seperti Reuters dan portal berita Philippine Daily Inquirer dan akhbar Manila Times.Malah Anwar menerima tamparan hebat apabila pimpinan MILF menafikan dakwaan Misuari yang dipetik oleh Al-Jazeera yang menuduh Kerajaan Malaysia menggunakan organisasi itu bagi memperkukuh tuntutan ke atas Sabah dan bertanggungjawab mendorong perpecahan di kalangan rakyat Moro.Luwaran News Centre memetik kenyataan Ketua Sekretariat MILF,Mohammad Ameen yang mempertahankan Kerajaan Malaysia sambil menganggap dakwaan Misuari itu sebagai 'dosa berat',pembohongan dan palsu semata-mata.Anwar berpakat dengan Misuari untuk memburuk-buruk nama baik dan imej Kerajaan Malaysia di mata dunia serta anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Namun fakta sebenar dan hakikat tidak boleh dipadam sama sekali berhubung peranan pro-aktif Malaysia yang telah menggesa pembentukan Persidangan Perpaduan Bangsamoro (BSC) pada 2002.Malaysia mencadangkan pembentukan BSC dengan tujuan murni untuk menyatukan pelbagai puak dalam MNLF dan MILF serta menggalakkan pendirian bersama di kalangan mereka dalam berurusan dengan OIC.Malah hujah Ameen Malaysia tidak pernah terbabit dalam sebarang usaha mengatur rundingan damai Kerajaan Filipina-MILF (GPH-MILF),tetapi Presiden Gloria Macapagal-Arroyo yang meminta bertindak sebagai pihak perantara pada 2001 Sekutu Anwar itu ditanya mengapa sangat kini giat menyokong tuntutan Sabah sedangan selama 21 tahun rundingan damai dengan kerajaan Filipina tidak pernah beliau menimbulkan isu itu. 

 Malah fakta juga membuktikan Perjanjian Damai Muktamad Kerajaan Republik Filipina-MNLF (GRP-MNLF) pada 1996 tidak pernah merujuk kepada isu tuntutan Sabah. Apabila dirinya terperangkap dalam permainan politik kotor dengan kerjasama Misuari dan kelompok kesultanan Sulu,Anwar kini cuba mengalih kesalahan ke atas bahu UMNO dan Barisan Nasional pula.Sehingga kini beliau tidak mahu mengulas walau sedikit pun mengapa ia perlu bertemu Misuari secara rahsia tahun lalu dan apakah isu kandungan rundingan tersebut.Mengapa Anwar takut untuk memberi penjelasan dengan sendirinya adalah jelas kerana ia menjurus kepada peranan kedua-dua individu untuk mencetuskan serta merancang serangan pengganas di Sabah.Kali ini Anwar dan kuncu-kuncunya yang terlibat dalam menyerang Sabah tidak akan dapat lari daripada pengkhianatan yang mereka lakukan kerana Kertas Putih yang kini disediakan kerajaan akan mendedahkan segala butiran mengenai peranan mereka yang sebenar.Malah kes pendakwaan terhadap penceroboh Sulu yang akan bermula pada 12 April sudah membuat Anwar menggeletar.Seluruh rakyat Malaysia menunggu tarikh bersejarah itu kerana pada hari itu,permaianan Anwar sudah sampai ke penghujungnya.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! BADRUL AMIN PANGGIL POLIS @PDRMSIA 'ANJING' ??? APA CERITA NI ???

Posted: 25 Mar 2013 02:00 AM PDT


Penyakit menghina anggota keselamatan menular bagaikan wabak penyakit berjangkit dikalangan pemimpin pakatan haram.Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR),Dr. Badrulamin Bahron didesak memohon maaf secara terbuka kerana didakwa menggelar pasukan keselamatan negara sebagai anjing menerusi akaun Twitternya pada 23 mac yang lalu.Kenyataannya itu bukan sahaja berniat jahat malah menunjukkan pembangkang cuba menjadikan pasukan keselamatan negara sebagai 'kambing hitam' demi kepentingan politik mereka.Badrulamin juga tidak menunjukkan sikap seorang pemimpin dengan ilmu agama tinggi seperti yang sering ditonjolkan beliau kepada masyarakat. 

Bagaimana seorang pemimpin yang kononnya mempunyai ilmu agama tinggi tergamak menyamakan manusia khususnya pasukan keselamatan dengan binatang ??? Kenyataan biadab Badrulamin menerusi akuan Twitternya,@drbadrulamin yang berbunyi: "Hei anjing! Pegi tangkap samseng UMNO tu." 

Pasukan keselamatan yang sentiasa mempertaruhkan nyawa demi keamanan negara tidak sepatutnya menjadi mangsa kejian dan penghinaan sedemikian rupa.Pasukan keselamatan yang dihina inilah yang sentiasa bersengkang mata mempertahan dan menjaga keselamatan negara daripada sebarang ancaman ketika orang seperti Badrulamin sedang lena dibuai mimpi.Oleh itu,mana-mana individu termasuk Badrulamin perlu dikenakan tindakan tegas sekiranya berterusan menghina pasukan keselamatan Negara.

APA KATA ANDA ???

sebelum itu ikuti kisah gerilla dibawakan khas untuk anda oleh Tun Mahathir


EKSKLUSIF !!! PANDANGAN TUN MAHATHIR BERKENAAN DENGAN GERILLA !!!

Pada tahun 1990,ketika saya bertemu kali pertama dengan Nelson Mandela selepas pembebasannya,perkara pertama yang beliau tanyakan kepada saya adalah bagaimana Malaysia mengalahkan gerila (komunis).Menurutnya beliau telah dilatih di Yugoslavia dan Libya dan beliau diberitahu bahawa gerila tidak boleh dikalahkan.Jadi bagaimana Malaysia mengalahkan gerila? Saya menjelaskan bahawa dua perkara yang membantu dalam mengalahkan gerila di Malaysia. 

Pertama ialah keputusan untuk memindahkan semua penduduk yang tinggal di pinggir hutan dan meletakkan mereka di kampung-kampung baru yang dikawal.Kedua adalah kempen untuk memenangi hati dan minda rakyat.Mungkin Jamalul Kiram tidak tahu apa-apa mengenai bagaimana Malaysia menguruskan gerila.Seruan beliau untuk melaksanakan perang gerila di Malaysia berdasarkan kejahilan.Ya,di Filipina, Moro menjalankan perang gerila selama beberapa dekad. Namun ia tidak menyebabkan mereka mencapai kemerdekaan.Akhirnya,MILF memutuskan untuk menerima pakai cara rundingan dan autonomi untuk wilayah tersebut.Malaysia mengikuti perjuangan Moro sangat rapat dan sedar bahawa perang gerila boleh terjadi.Ia boleh menyebabkan Malaysia kurang stabil dan selamat.Tetapi keadaan hari ini adalah memihak kepada Malaysia untuk mengalahkan sebarang cubaan kepada perang gerila oleh Kiram dan Suluk. 

Pertamanya hati dan minda rakyat sudah bersama kerajaan.Benar terdapat beberapa pihak termasuk pemimpin-pemimpin pembangkang yang tidak dengan kerajaan tetapi mereka tidak mampu untuk mempengaruhi minda dan hati majoriti rakyat.Kita tahu bagaimana mahu menempatkan semula orang-orang yang terdedah kepada keganasan atau dijadikan sandaran untuk menyokong penceroboh dan kita mempunyai wang untuk melakukannya.Dan yang paling penting adalah kita mempunyai pasukan keselamatan untuk melawan sebarang tindakan gerila yang mungkin dipujuk dan membahayakan nyawa mereka untuk perjuangan yang sia-sia. Askar dan polis yang terlibat memerangi pengganas di Lahad Datu amat terlatih dan dilengkapi dengan baik.Pasukan keselamatan Malaysia telah mewarisi pengetahuan dan kemahiran dalam peperangan anti-gerila.Semangat pasukan keselamatan Malaysia adalah sangat baik dan cubaan untuk menakut-nakutkan mereka dengan merosakkan jasad rakan-rakan mereka tidak berkesan. 

Ia bahkan menyebabkan pasukan keselamatan kita sangat marah dan lebih bersemangat untuk mengalahkan musuh.Ia hampir menjadi perang peribadi untuk mereka. Rakyat Malaysia mesti berterima kasih kepada 'anak-anak lelaki kita' yang sanggup mati untuk negara. Ia bukan satu sandiwara. Ia adalah benar.Kematian dan kecederaan sebenar.Jika kita merasa selamat dan terjamin,jika kita merasa stabil dan bebas daripada ketakutan serangan gerila tersebut ia adalah kerana askar dan polis bersedia untuk mati mempertahankan kita.Jika mereka tiada,apa yang berlaku di Filipina boleh berlaku di sini juga.Kami tidak akan tenteram untuk menjalani kehidupan harian tanpa kepastian mengenai keselamatan kita. Keamanan dan kestabilan tidak berlaku begitu sahaja.Ada yang bekerja untuknya. Mereka bergantung kepada kesedaran kita dan sikap tidak mengambil mudah.Lihatlah sekeliling kita,lihatkan Timur Tengah atau Asia Selatan atau Amerika Latin.Lihat juga masalah ekonomi dan kewangan di Amerika dan Eropah. Kemudian melihat semula ke dalam negara kita.Saya fikir terdapat banyak peluang untuk kita bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menjamin keamanan dan kestabilan.-24/3/2013 -Chedet.cc - terjemahan Agendadaily.

RENUNG-RENUNGKAN

TRAGEDI LAHAD DATU !!! BUTIR-BUTIR PENGLIBATAN ANWAR IBRAHIM DAN PENCEROBOH DIDEDAHKAN !!!

Posted: 24 Mar 2013 10:59 PM PDT


SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA KE ATAS PENGLIBATAN ANWAR KE ATAS PENCEROBOHAN PENGGANAS KIRAM DI LAHAD DATU WAJAR DISEGERAKAN 

16.7.2012 - Anwar jumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan.Pertemuan melebihi 1 Jam. 

17.7.2012 - Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari.Pertemuan kurang 1 Jam. 

18.7.2012 - Sehari kemudian,Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO.Imbas semula pada tahun 1994,Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS. 

12-13.10.2012 - Anwar ke Lahad Datu,turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram. 

18.10.2012 - Anwar sekali lagi menemui Nur Misuari.Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus. 

2.11.2012 - Anwar mula membuat "spin" dengan lagu "SABAH NAK HILANG"

1.12.2012 & 7.12.2013 - Anwar sekali lagi mempengaruhi minda rakyat dengan lagu "SABAH NAK HILANG" 

17.1.2013 - Kapal Perang USS Guardian berlabuh secara salah di Laut Sulu. 

29.1.2013 - Anwar meyakinkan rakyat Malaysia "SABAH DAH HILANG" 

7.2.2013 - ANWAR menghantar Tian Chua & R. Sivarasa ke Manila.Mereka turut membawa dan menguruskan sejumlah wang. Pergerakan mereka diintip oleh Philipine Military Intelligence.Anwar turut berjumpa sekali lagi Nur Misuari,pertemuan Anwar dengan Nur misuari direkod dan diambil gambar oleh Philipine Military Inteligence. 

8.2.2013 - Sebelum mendarat di Lahad Datu,pengganas-pengganas Kiram memberikan sejumlah wang yang banyak kepada keluarga masing-masing selepas mereka dibayar-upah oleh seseorang.Mereka meneka istilah Individu Penting Pembangkang Malaysia, ianya merujuk kepada Anwar Ibrahim. 

9.2.2013 - Pendaratan pertama Pengganas-pengganas Kiram, selepas kedatangan Tian Chua dan R.Sivarasa pada 

7.12.2013. - Pada hari yang sama juga,Tian Chua dan R. Sivarasa mendarat di KLIA. 

16.2.2013 - Nurul Izzah Anwar memperlekeh PGA. 

19.2.2013 - Pengganas Kiram menaikkan bendera Kiram di sekitar Kg. tandou dan Kg. Tg. Batu di Lahad Datu. 
- Pada hari yang sama,di Kuala Lumpur,Tian Chua dan R. Sivarasa mengadakan Press Conference mengenai Filipina. 

 28.2.2013 - Pengganas Kiram dimaklumkan Parlimen akan dibubarkan, SERENTAK dengan itu juga serangan dimulakan ke atas pasukan keselamatan kita.
- Anwar berharap dengan "peperangan" yang meletus di Lahad Datu, kerajaan akan mengisytiharkan Darurat di Sabah.Anwar berharap PRU13 hanya akan diadakan di Semenanjung. - Pada hari yang sama Anwar menyanyi dengan gembira lagu "SABAH DAH HILANG" 

1.3.2013 - Inqurer.Net, The Manila Times,Reuters,Kedutaan Amerika di Manila dan Wikileaks menyebut "Tokoh Pemimpin Pembangkang" lebih jelas "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu. Mereka diberitahu oleh Philipine Military Intelligence! 
- Pada hari yang sama,Tian Chua mengatakan kes di Lahad Datu SANDIWARA! 

4.3.2013 - Media Antrabangsa ABS.CBN melaporkan Pengganas Kiram sebenarnya diundang oleh "Tokoh Pembangkang" lebih tepatnya ialah "Anwar Ibrahim"! 

7.3.2013 - Anwar membayar Azlan Mohd. Lazim supaya memohon maaf kepadanya dan menyertai PKR. Anwar menguruskan hal ini melalui Johari Abdul. 
- Nur Misuari dalam FB nya menyatakan Kegembiraannya,Azlan Mohd. Lazim memohon maaf kepada Anwar! 

10.3.2013 - Ejen kami seorang Palauk yang terlatih,memaklumkan kepada kami bahawa Pengganas Azumudie sudah mati ditembak pengawal elitnya atau 4 orang askar MNLF. 
- Sebuah lagi Media Internasional,Global Research mendedahkan "Anwar Ibrahim" dalang di sebalik Pencerobohan di Lahad Datu! 

11.3.2013 - Pasukan tentera Filipina berjaya menangkap 38 Pengganas Kiram yang melarikan diri dari Lahad Datu,bersama-sama mereka sejumlah Senjata M16,senapang patah,pistol dan senjata tradisonal seprti parang dan pisau. 

12.3.2013 - Wikileaks sekali lagi mendedahkan "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu. 

13.3.2013 - Azmin Ali Mengakui Anwar memang ada menghubungi Nur Misuari! 

15.3.2013 - PKR menyatakan sokongan kepada Harry Roque mengadakan Protes di Kedutaan Malaysia di Manila. 

16.3.2013 - Setiausaha Luar Filipina mengesahkan mereka mempunyai Bukti Kukuh penglibatan Anwar Ibrahim dalam pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu! 

20.3.2013 - Akhirnya,tidak tahan dengan pendedahan demi pendedahan, Anwar mengaku ada menemui Nur Misuari ! 

21.3.2013 - Pengganas Kiram didakwa di Mahkamah Tawau.Beberapa Pengganas Kiram menyatakan kepada Mahkamah mereka Diupah,Dibayar dan Dijanjikan bayaran. 

22.3.2013 - Ejen Palauk kami di Kunak dan Lahad Datu menyatakan Keluarga Pengganas Kiram di Filipina menuntut Ganti Rugi dari "Tokoh pembangkang Malaysia",lebih tepat "Anwar Ibrahim" (Butiran maklumat akan menyusul selepas ditranslate ke dalam bahasa Melayu). 

*Nota : Pertemuan Anwar dengan Nur Misuari ketika Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada pertengahan tahun 1990an tidak disertakan.

Bersambung...

Sumber My Massa 

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! TUJUH DOSA BESAR !!! SUBKY LATIF MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!! APA CERITA NI ???

Posted: 24 Mar 2013 11:12 PM PDT


Saya merujuk tulisan Subky Latif di dalam Harakah Daily bertarikh 21.03.2013 bertajuk "Tujuh Dosa Besar Kedua".Di dalam artikel ini,Subky Latif cuba mengaitkan parti pemerintah dengan "tujuh dosa besar" sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W di dalam sebuah hadis.Tindakan Subky ini adalah sebagai respon beliau terhadap ucapan YAB PM yang menyatakan ada tujuh dosa besar yang dilakukan oleh kerajaan Pas Kelantan terhadap rakyat negeri itu.YAB PM tidak pernah mengaitkan tujuh dosa itu dengan tujuh dosa besar yang disebut oleh Rasulullah,tetapi seperti biasa pemimpin dan hulubalang Pas sememangnya tebal dengan sangkaan-sangkaan buruk lalu mengandaikan PM telah merujuk kepada hadis itu dan menuduh kerajaan Pas Kelantan termasuk dalam kumpulan orang-orang yang diterangkan di dalam hadis berkenaan.Seterusnya Subky telah bertindak selangkah ke hadapan.Beliau menukilkan hadis berkenaan,memperjelaskan dosa-dosa besar itu dan menghubungkaitkannya dengan pemimpin BN.Tidak mengapalah.Jika Subky boleh,saya juga boleh! 

Dosa yang pertama,syirik kepada Allah.Subky mengakui di kalangan orang Islam di dalam BN,tiada yang menyembah batu dan berhala,perbuatan yang menunjukkan kesyirikan yang jelas.Tetapi beliau mengaitkan tindakan kerajaan BN tidak melaksanakan hudud sebagai tindakan melawan perintah Allah dan ini boleh menjatuhkan kepada syirik.Mengambil hujah Subky,alangkah ramainya manusia yang syirik di seluruh dunia.Di kalangan negara-negara Islam,cuma Arab Saudi sahaja yang melaksanakan hudud, maka rakyat negara-negara lain yang mendokong kerajaan mereka tentulah berhadapan dengan syirik juga.Mudah sungguh Subky menjatuhkan hukum.Pun begitu,Subky terlupa atau buat-buat lupa.Pas Selangor juga melawan perintah Allah.Allah haramkan arak.Pas Selangor tidak mematuhi perintah itu,dibiarkan sahaja arak dijual bebas di kedai-kedai 7-Eleven kerana takut dengan sergahan DAP.Apakah DAP lebih berkuasa dari Allah??? Tidak syirikkah itu ???

Saya tidak menuduh Pas syirik hanya kerana tidak berkemampuan mengawal penjualan arak di Selangor.Tapi mengapa Subky berkokok berderai-derai sedangkan ekor Subky dicemari tahi ??? Rujuk juga kisah Pas Kedah yang membatalkan keputusan penutupan pusat hiburan dan karaoke di bulan Ramadan.Kesimpulannya sama,Pas takutkan DAP,lebih dari takutkan Allah !!! Dosa kedua,membunuh manusia lain tanpa haq.Secara halus,Subky cuba mengaitkan kes Altantuya yang dipalitkan kepada PM.Saya berdoa semoga Subky segera bertaubat.Andai palitan itu palsu dan Subky mati tanpa sempat bertaubat,PM Najib bolehlah menuntut pembalasan di mahkamah mahsyar nanti.Dosa ketiga,sihir.Sekali lagi Subky mengaku tiada perkaitan jelas antara penyokong BN dengan sihir.Tetapi dia masih sempat merujuk kepada budaya menemui bomoh untuk mengetahui tarikh pilihanraya.Soalnya,siapakah yang melakukan perbuatan itu (jika ada) ??? Semata-mata BN atau di kalangan PR pun ada ??? Di dalam kertas putih mengenai peristiwa Memali,disiarkan gambar-gambar puak Ibrahim Libya yang meninggal dan yang ditangkap.Di antara mereka ada yang bertangkal.Tidakkah itu mendekati khurafat,kalau pun masih tidak dikatakan sihir ???

Dosa keempat,makan riba.Subky menjulang kerajaan negeri Kelantan kerana memindahkan akaun simpanan tetapnya ke Bank Islam sebaik menerajui kuasa 22 tahun yang lalu.Alhamdulillah,itu keputusan yang tepat.Namun setelah 22 tahun,hanya itulah yang mampu diwar-warkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan mengenai kecekapan mereka menerajui ekonomi negeri.Ada pun projek-projek ekonomi yang dicanangkan selepas itu,antaranya projek tanaman depu,projek kambing jamnapari sehinggalah kepada projek carigali emas,semuanya gagal dan terbengkalai.Projek Ladang Rakyat lebih terkenal dengan isu merampas tanah orang kampung.Manakala pembinaan lebuh raya hanyalah dijadikan alasan untuk mengutip derma! Ketidakcekapan pengurusan ekonomi menyaksikan puluhan ribu anak muda Kelantan berhijrah mencari makan di negeri orang.Pemimpin Pas Kelantan beri alasan,orang Kelantan memang sifatnya suka berhijrah.Dan dengan alasan itu,apakah mereka dikira terlepas dari tanggungjawab membangunkan ekonomi negeri ??? Jawablah di hadapan Allah nanti. 

Dosa kelima.makan harta anak yatim.Sungguh jauh pandangan Subky apabila mengaitkan kegagalan kerajaan negeri Kelantan menuntut royalti sebagai dosa makan harta anak yatim yang dilakukan oleh kerajaan pusat.Kononnya royalti itu antara lain turut terdapat hak anak-anak yatim di Kelantan,maka menahan pemberiannya dikira mengambil harta anak yatim.Bukankah isu royalti ini telah dibawa ke mahkamah.Tunggulah keputusan mahkamah nanti.Jika benar Kelantan ada hak dan hal yang sedemikian disahkan oleh mahkamah barulah kerajaan Pas Kelantan boleh berkokok jika kerajaan pusat tidak membayarnya.Belum pun ada keputusan mahkamah,Husam sudah pun memasukkan royalti sebagai hasil pendapatan negeri untuk belanjawan tahun hadapan.Alangkah terdesaknya mereka mencari duit! Mohon juga Subky membaca buku C.N.Afghani,tentang tabung anak yatim Memali yang disonglap oleh pimpinan Pas. Kalau isu royalti boleh Subky kaitkan dengan dosa makan harta anak yatim,isu tabung Memali kenapa Subky buat-buat tak menegerti ??? Dosa keenam,lari dari peperangan.Subky kata negara kita belum ada sejarah peperangan.Maka tidak timbul isu lari dari peperangan. Di dalam kes Lahad Datu,Subky menempelak kerajaan kerana lambat bertindak.Tidak lari,tetapi lambat,kata Subky.Suka saya kongsikan dengan Subky,jika lari dari peperangan sudah dikira dosa besar,maka ringankah dosa orang yang bertanggungjawab mencetuskan peperangan ??? Jika Subky boleh menuduh Najib terlibat dalam kes Altantuya,saya juga boleh mengesyaki penglibatan Anwar memprovokasi kaum Sulu Filipina untuk menyerang Malaysia.

Dosa ketujuh,menuduh wanita baik berzina.Subky kata belum kedengaran mana-mana muslimah yang dituduh berzina.Namun ada "orang tertentu" didakwa atas ikut budaya kaum Lut,tetapi belum disabitkan.Kiranya mengikut Subky,menuduh "orang tertentu" sebagai pengamal homoseksual itu ada irasnya dengan dosa ketujuh ini.Insya Allah,kita sama-samalah berdoa semoga kebenaran tentang "orang itu" akan didedahkan oleh Allah.Sambil itu,saya menyarankan Subky belek-belek juga akhbar Harakah yang lama-lama.Akan beliau temui artikel Harakah yang menuduh Ummi Hafilda sebagai pelacur dan Ummi menang kes samannya terhadap Harakah.Mungkin Subky berpendapat Ummi Hafilda bukan wanita baik,tidak sebaik Abby Abadi.Namun tuduhan yang dibuktikan oleh mahkamah sebagai palsu tetaplah satu fitnah.Telah terakam di dalam sejarah Malaysia,sebuah akhbar yang mendakwa menjunjung prinsip Islam terbukti memfitnah !!!


RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...