Apple Biru

Apple Biru


Tindakan Ofensif: Kira-Kira 600 Penduduk Dari Empat Kampung Dipindahkan

Posted: 05 Mar 2013 09:00 AM PST



Kira-kira 600 orang dari empat buah kampung berhampiran Kampung Tanduo, di sini dipindahkan ke Dewan Embara, dekat sini susulan tindakan ofensif pasukan keselamatan menggempur kumpulan penceroboh dari Sulu, Selasa.

Empat kampung terbabit ialah Tanjung Labian, Tanagian, Sungai Bilis dan Lok Buani.

Ketua Masyarakat Kampung Tanjung Labian, Assafal Alian berkata mereka diaraholeh pasukan keselamatan supaya berpindah ke dewan itu sejak dua hari lepasdengan semua keperluan makanan disediakan, namun tidak dimaklumkan sehingga bilaperlu berada di situ.

"Kami tiada masalah untuk tinggal di sini kerana yang penting keselamatanpenduduk terjamin ketika operasi menggempur diadakan.

"Namun, kami amat berharap krisis pencerobohan di Kampung Tanduo dapatdiselesaikan segera dan kami dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa,"katanya kepada Bernama.

Suri rumah, Normisnah Ahmad dari Kampung Sungai Merah juga menyatakan harapan serupa agar krisis pencerobohan di Kampung Tanduo berakhir segera agar dia bersama keluarganya dapat pulang ke rumah secepat mungkin.

Beliau turut berharap supaya kemudahan perubatan untuk penduduk yang berpindah ke dewan itu ditingkatkan.-BERNAMA

Krisis Lahad Datu : Cina Tongsan Hina Anggota Keselamatan Malaysia

Posted: 05 Mar 2013 08:02 AM PST


Adeeh! Nak panggil apa kat budak biul ni? Bodoh Biul la kot. Ini satu lagi facebook menghina anggota keselamatan Malaysia. Insiden berdarah di Lahad Datu akibat pencerobohan pengganas Sulu masih dipersenda-sendakan oleh macai-macai Pakatan Rakyat. Deme ni memang tak puashati dengan apa yang Kerajaan BN buat. Waima mengakibatkan terkorban nyawa pun deme masih kata sandiwara UMNO.

Budak ni nama facebooknya Brian Tsai. Budak bingung ni faham ke apa itu SOP. Tak kan nak bom je terus pengganas kalau tak disiasat apa sebenarnya berlaku. Nak pastikan jugak orang awam dalam keadaan selamat. Budak kecik pun boleh faham..Jangan nak bandingkan dengan USA. USA nak menjajah tanahair negara lain. USA tak peduli siapa yang dia bom pun. Yang penting matlamat tercapai. Malaysia nak pertahankan tanahair. Tak kan nak bom rakyat sendiri. Bodoh baghal...

Kome tengok la facebook budak bodoh ni https://www.facebook.com/brian.tsai.56



UPDATED: KL, Manila Anggap Pencerobohan Bersenjata Sulu Sebagai Pengganas

Posted: 05 Mar 2013 06:53 AM PST



Hah! Elok pun. Memang sebaiknya penceroboh bersenjata Sulu di gelar pengganas.  Pengganas ini sebenarnya lanun-lanun yang tela menggangu perairan Malaysia dan Filipina sebelum ini. Layak sungguh dengan gelaran pengganas tu.

Menurut Bernama, Malaysia menganggap penceroboh bersenjata Sulu yang membunuh lapan anggota keselamatan Malaysia di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, sebagai pengganas, dan ini turut dikongsi Setiausaha LuarFilipina Albert F. Del Rosario.

"Setiausaha Rosario bersetuju kumpulan ini patut dilabelkan sebagai pengganas," kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam kenyataan, Selasa. Kedua-dua mereka mengadakan pertemuan di ibu negara Malaysia ini malam tadi untuk membincangkan perkembangan yang berlaku di kedua-dua pekan di Sabah itu.

Sementara itu saki baki pengganas Sulu terus lagi diburu.

UPDATED 8.50 PM : 'Ops Daulat' Di Kampung Tanduo, Hospital Lahad Datu Siap Siaga

Posted: 05 Mar 2013 05:53 AM PST



Sebaik mendapat maklumat pasukan keselamatan melancarkan 'Ops Daulat' terhadap penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, kakitangan di Hospital Lahad Datu berada dalam keadaan bersiap siaga sejak 7 pagi hari ini. Hospital Lahad Datu terletak kira-kira 130km daripada Kampung Tanduo.

60 kakitangan Hospital tersebut bersiap sedia untuk merawat mana-mana mangsa dan mereka yang cedera.

Menurut BernamaHospital Lahad Datu dilengkapi dengan kemudahan yang mencukupi bagi krisis ini sambil menambah hospital itu menjadi pelengkap kepada peranan Hospital Duchess of Kent di Sandakan yang bertindak sebagai hospital utama.

Keadaan di Hospital Lahad Datu agak tenang sejak pihak media tiba seawal 8 pagi Selasa.

Bagaimanapun, pita keselamatan direntang dengan pintu masuk ke unit kecemasan dikawal dan pengumuman dibuat dari semasa ke semasa bagi mengingatkan petugas terbabit untuk bersedia sepanjang masa.

UPDATED : Kawalan di sempadan Malaysia-Thailand Pula Diperketat

Posted: 05 Mar 2013 04:21 AM PST


Kawalan ketat pihak keselamatan telah dapat mengekang cubaan kumpulan pemisah di selatan Thailand menyusup masuk ke negara ini menerusi sungai Golok di Kelantan, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Jalaluddin berkata, walaupun pihaknya telah menyerahkan tugas kawalan sempadan kepada Angkatan Tentera Malaysia tahun lepas, pihaknya masih meneruskan rondaan melalui polis marin yang berpangkalan di Pengkalan Kubor, di sini.

"Kita juga meningkatkan kerjasama dengan polis marin Thailand yang turut mengadakan rondaan bersama serta mengadakan perbincangan setiap tiga hari bersama pihak berkuasa negara jiran itu bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan aspek keselamatan kedua-dua negara.

"Selain itu, Ketua Polis Daerah di Tanah Merah, Jeli, Pasir Mas dan Tumpat turut menjalinkan hubungan baik dengan ketua polis daerah Sungai Golok dan Narathiwat di Thailand bagi mendapatkan maklumat keselamatan semasa di negara tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu melakukan rondaan dengan menaiki sebuah bot menyusuri Sungai Golok yang turut disertai pengamal media, bagi melihat sendiri kawalan keselamatan di kawasan sempadan berkenaan.

Mengulas laporan akhbar hari ini mengenai pembentukan beberapa kumpulan pemisah baharu di wilayah itu, Jalaluddin berkata, pihaknya sedang mengumpulkan maklumat terperinci mengenai pergerakan kumpulan terbabit.

Akhbar hari ini melaporkan, beberapa kumpulan baharu pemisah dibentuk kerana menolak keputusan pergerakan Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang mengadakan perundingan bagi menamatkan kempen senjata.

Pada 14 Februari lepas, akhbar melaporkan sebanyak 17 pemberontak daripada BRN maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Thailand, apabila mereka masuk ke dalam perangkap tentera semasa melancarkan serangan hendap ke atas sebuah kem tentera laut di Narathiwat, selatan Thailand.

Sementara itu, Jalaluddin berkata, enam pegawai dan sembilan anggota unit jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan serta enam anggota polis marin telah dihantar ke Sabah bagi membantu menangani krisis pencerobohan di Lahad Datu.

"Ia adalah permintaan daripada pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia bagi membantu pasukan di sana," katanya.

Setakat ini, lapan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban - dua di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan enam di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna - sejak insiden pencerobohan di Sabah itu dilaporkan pada 12 Februari lepas. - BERNAMA

Krisis Lahad Datu: Bekas Polis Merayu pada Najib Razak Untuk Berperang

Posted: 05 Mar 2013 02:50 AM PST


Dalam heboh-heboh Tian Chua Celaka menghina komando Polis yang terkorban dalam krisis di Lahad Datu dan menuduh hanya sandiwara UMNO, teman rasa bangga masih ada  lagi rakyat Malaysia yang sanggup berkorban demi negara tercinta.

Printscreen ini teman dapat dari facebook Suara Generasi Baru. Seorang rakyat Malaysia yang sanggup menggadai nyawa demi mempertahan maruah negara tercinta. Beliau didakwa sebagai bekas anggota Polis ingin bersama berjuang di Lahad Datu menghapuskan penceroboh kumpulan bersenjata walaupun tanpa dibayar gaji satu sen pun.

Semangat patriotik yang wajib ada pada setiap warganegara Malaysia..

TERKINI 5.30 PM: Masih Ada Saki Baki Musuh di Kampung Tanduo, KPN

Posted: 05 Mar 2013 01:46 AM PST


Polis masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di kawasan seluas empat kilometer persegi itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan susulan selepas serangan ofensif terhadap kumpulan pengganas itu dijalankan secara berhati-hatibagi memastikan keselamatan anggota polis dan tentera.
"Saya tidak mahu melihat anggota pasukan keselamatan menjadi mangsa," katanya pada sidang akhbar, Selasa.
Pasukan keselamatan terdiri daripada polis dan tentera melakukan seranganofensif terhadap pengganas dari Sulu di Kampung Tanduo pada pukul 7 pagi.
Sementara itu, Ismail menafikan laporan media Filipina yang mendakwa kumpulan daripada keluarga Kiram menemui mayat anggota pasukan keselamatan Malaysia dan dakwaan keluarga itu bahawa mayat penceroboh diperlakukan tanpa perikemanusiaan.
"(Kenyataan) itu tidak tepat sama sekali. Saya dukacita dengan laporan itu,sepatutnya mereka merujuk kepada pihak rasmi," katanya.
Beliau berkata laporan seumpama itu adalah satu dakyah yang boleh menggugatketenteraman awam di Sabah.-BERNAMA

TERKINI 4.35 PM ; 20 mayat pengganas Sulu ditemui setakat ini di lokasi serangan

Posted: 05 Mar 2013 12:41 AM PST



Kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo di sini awal pagi.

Sumber Utusan Online memberitahu, operasi pembersihan masih diteruskan bagi mencari saki-baki pengganas.

Dari sumber lain menyatakan, bunyi deruan helikopter masih kedengaran di ruang udara kawasan itu dan di perairan pula kelihatan kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membuat rondaan.

Alhamdulillah & Tahniah ATM/PDRM! Tiada Kecederaan Di Pihak Keselamatan Negara

Posted: 05 Mar 2013 12:02 AM PST


Alhamdulillah! Tema rasa lega dan nak ucapkan tahniah kepada pasukan keselamatan. Tiada anggota keselamatan tiada anggota keselamatan yang terbunuh atau cedera dalam serangan yang dilancarkan di Lahad Datu awal pagi tadi ke atas penceroboh kumpulan bersenjata Sulu. Kenyataan bersama tersebut dibuat Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri, operasi ini adalah julung kali secara usaha bersama diadakan antara polis dan angkatan tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ATM menggunakan tiga unit pesawat pejuang F-18, lima unit pesawat pejuang Hawks dalam melakukan serangan bersama dengan pihak polis di darat dan anggota tentera.

Sehingga kini tiada lagi laporan mengenai bilangan penceroboh yang cedera atau terkorban kerana operasi masih lagi dijalankan.


Selepas serangan ofensif pada pukul 7 pagi ini, sekitar kawasan itu kini tenang dan terdapat banyak sekatan jalan raya di sepanjang jalan ke pekan dan menuju ke Kampung Tanduo.

UPDATED : Kenyataan Presiden Filipina Berkaitan Serangan Awal Pagi Di Lahad Datu

Posted: 04 Mar 2013 10:12 PM PST



Dari sumber berita, jurucakap Presiden Benigno Aquino III pada Selasa berkata, Filipina telah melakukan sedaya upaya bagi mengelakkan pencerobohan di Sabah yang diakhiri dengan keganasan, berikutan Malaysia melancarkan serangan ke atas lelaki bersenjata Sulu di negeri itu.

Sejumlah 27 orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran sejak pengikut kepada Jamalul Kiram III, pewaris kepada Sultan Sulu menceroboh kawasan itu menggunakan bot pada 12 Februari.

"Kami telah melakukan semuanya sedaya upaya untuk mengelakkan perkara ini, tetapi akhirnya orang-orang Kiram memilih 'jalan' ini," kata jurucakap Aquino, Ricky Carandang mengenai kumpulan lelaki bersenjata yang mendakwa negeri itu merupakan milik Kesultanan Sulu.

Carandang berkata, Setiausaha Luar Filipina, Albert del Rosario masih berada di Kuala Lumpur untuk berunding dengan rakan sejawatnya di Malaysia mengenai krisis keselamatan.

UPDATED 12.30 PM : Kumpulan Bersenjata Sulu Ditumpaskan Sepenuhnya

Posted: 04 Mar 2013 08:39 PM PST


Kumpulan bersenjata Sulu bersenjata telah ditumpaskan oleh pasukan keselamatan Malaysia dalam kejadian tembak-menembak secara besar-besaran bermula pukul 7 pagi Selasa, kata sumber polis.

Pasukan keselamatan Malaysia berada di peringkat keempat dalam Ops Sulu apabila mereka mengawal keselamatan kampung yang dikepung oleh kira-kira 100 lelaki bersenjata yang merupakan pengikut kepada seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, yang menegaskan bahawa saudaranya mengetuai kumpulan itu untuk berada di Tanduo sehingga mati walaupun tarikh akhir dilanjutkan yang diberikan kepada mereka untuk meninggalkan kawasan itu tanpa pertumpahan darah.

Rundingan untuk menyelesaikan pencerobohan, untuk dilakukan secara aman telah gagal dan pada pagi Selasa, jet pejuang terbang melakukan serangan, diikuti oleh pasukan polis elit yang turut menghadapi pertempuran itu.

Ketua Polis Negara memberitahu pemberita pada pukul 11.30 pagi bahawa tiada mangsa di kalangan rakyat Malaysia tetapi bilangan mangsa untuk lelaki bersenjata masih tidak diketahui.

Keadaan di semua bahagian pantai timur Sabah adalah terkawal oleh pihak polis dan tentera yang mengawal ketat keselamatan di beberapa lokasi strategi di mana mereka diancam oleh tindakan daripada pengikut Sultan Sulu bahawa akan berlakunya serangan balas sekiranya penceroboh Sulu dikalahkan.

Sumber

UPDATED 12.00 PM : Kenyataan Ketua Polis Negara, Tindakan Ofensif Capai Objektif, Tiada Kehilangan di Pasukan Keselamatan

Posted: 04 Mar 2013 08:11 PM PST



Pihak keselamatan dipercayai dapat menyelesaikan krisis pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu selepas melancarkan serangan ofensif di kawasan Kampung Tanduo, Lahad Datu pagi Selasa.

Walaupun operasi masih berjalan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, polis dan tentera mencapai objektif yang ditetapkan, mengikut sasaran yang ditentukan.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan SriZulkifeli Mohd Zin, di Lahad Datu, Sabah, Ismail berkata pasukan keselamatan melancarkan tindakan ofensif terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo.

Beliau berkata, tiada orang awam di kawasan sekitar ketika operasi dilancar dengan menggunakan jet pejuang sejak pukul 7 pagi.

Ismail berkata, tiada kehilangan nyawa di pihak pasukan keselamatan manakala setakat ini jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh belum dapat disahkan.

Kronologi Bergambar (6 Gambar) Serangan Yang Dilakukan Pasukan Keselamatan Awal Pagi Tadi

Posted: 04 Mar 2013 08:04 PM PST



Berikut adalah kronologi serangan yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan Malaysia sejak awal pagi Selasa bagi mengusir baki kumpulan bersenjata Sulu:

11.16 pagi: Operasi membanteras kumpulan bersenjata sulu diteruskan. Pasukan keselamatan melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah. Status kematian atau kecederaan musuh pada ketika ini masih belum diketahui.

11:15 pagi: Ketua Polis Negara berkata, tiada kematian atau kecederaan yang berlaku di kalangan tentera Malaysia dalam serangan terhadap "pengganas" Sulu.

10.58 pagi: Media diberitahu bahawa ia adalah taklimat media. Ketua Polis Negara tidak akan menjawab sebarang soalan.

10.50 pagi: Ketua Polis Negara tiba di Hotel Felda Residence. Media bersedia untuk sidang akhbar.

10.50 pagi: Kudat daerah di utara Sabah masih selamat daripada penceroboh dan keadaan terkawal. Bagaimanapun, polis mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan pegawainya dan orang awam di sana.

10.45 pagi: Perniagaan di Kota Kinabalu berjalan seperti biasa walaupun sebahagian pasar raya telah kehabisan bekalan beras. Polis bandar mengingatkan orang ramai supaya tidak mendengar khabar angin kerana "ia semuanya adalah penipuan" dan situasi di sini sejak beberapa hari lalu adalah terkawal tanpa sebarang insiden yang berlaku berkaitan dengan kes di Lahad Datu.

10.45 pagi: Kira-kira pekerja ladang dilihat di tepi jalan di Felda Sahabat. Mereka berada di sana selepas mendengar letupan sejak pukul 7 pagi.


10.40 pagi: Perniagaan di Sandakan berjalan seperti biasa dan polis memberitahu orang awam untuk tidak mendengar khabar angin dan mendapatkan pengesahan daripada polis dengan menghubungi 089 212 222.

10.34 pagi: Ketua Polis Negara dan Pesuruhjaya Polis Sabah telah menunda sidang media dari pukul 9.30 pagi ke 11 pagi di Felda Sahabat di mana pengamal media sedang menunggu kenyataan mengenai apakah yang berlaku di kampung Tanduo.

10.20 pagi: Unit polis forensik memasuki kawasan Felda Sahabat dari Lahad Datu.

10.00 pagi: Hospital di Tungku tutup dan seorang penduduk kampung berkata, satu halangan telah diletakkan bagi melarang orang ramai memasuki bandar itu.

9.50 pagi: Banyak ambulans dihantar dari Tawau. Pengamal media dilarang memasuki kawasan Felda 16 dekat bandar Cenderawasih.

9.45 pagi: Kira-kira 300 penduduk kampung di balai raya Tanjung Labian meminta makanan apabila mereka tidak mendapatkannya sejak malam Isnin. Mereka menyelamatkan diri dari Tanjung Batu selepas mendengar terdapat laporan mengenai penceroboh bersenjata.


8.30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.

7.30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah.

7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.

LAHAD DATU: Serangan pada waktu subuh dilakukan bagi mengusir baki kumpulan bersenjata Sulu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa, dalam satu kenyataan ringkas.

Jet pejuang pada awal pagi Selasa mulai terbang rendah melalui kumpulan bersenjata yang mengepung kampung Tanduo sejak 9 Februari.

Letupan berterusan didengari apabila polis dan tentera mengambil langkah menentang lelaki bersenjata yang dilaporkan membuat tembakan kembali.

Keadaan di sekitar Tanjung Labian, kira-kira 7 kilometer dari kampung Tanduo di Felda Village 17 begitu tegang dengan lebih 300 penduduk kampung berkumpul di balai raya yang mendengar letupan.

Sumber


TERKINI 11.00 Pagi : Tempur Di Kampung Tanduo Dilancarkan Sepenuhnya

Posted: 04 Mar 2013 07:46 PM PST



Pertempuran darat dipercayai berlaku di kampung Tanduo.

Tembakan meriam dihentikan dan jet pejuang dipercayai telah melakukan tugas mereka.

Tiada letupan didengari lagi.

Jets tidak dilihat terbang melalui kampung itu yang berlakunya serangan tembakan pada sejak pukul 7 pagi.

Butiran bilangan mangsa di kalangan anggota kumpulan bersenjata Sulu, yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, dan pasukan keselamatan tidak diketahui.

Bagaimanapun, ambulans dari Tawau dan Lahad Datu telah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia dilihat menuju keluar.

Sebuah helikopter Nuri turut dilihat membawa tentera dari Cenderawasih kepada barisan hadapan di kampung Tanduo.

Persisiran kampung Tanduo tenang apabila pihak berkuasa maritim dan tentera laut berada di situ melakukan pemantauan terhadap kemungkinan serangan balas dari kumpulan bersenjata di selatan Filipina yang mengancam untuk melakukan serangan di bandar pantai timur Sabah sekiranya kampung Tanduo diserang.

Walaupun terdapat laporan penceroboh dilihat muncul dari Kinabatangan dan kawasan-kawasan lain, polis mengisytiharkan keadaan di seluruh Sabah kini terkawal.

mStar

TERKINI 10.00 Pagi : Serangan Darat Bermula,

Posted: 04 Mar 2013 06:57 PM PST



Terkini dari Lahad Datu: sekitar 10,00 Pagi..

10.00 pagi: Hospital di Tungku tutup dan seorang penduduk kampung berkata, satu halangan telah diletakkan bagi melarang orang ramai memasuki bandar itu.

9.50 pagi: Banyak ambulans dihantar dari Tawau. Pengamal media dilarang memasuki kawasan Felda 16 dekat bandar Cenderawasih.

9.45 pagi: Kira-kira 300 penduduk kampung di balai raya Tanjung Labian meminta makanan apabila mereka tidak mendapatkannya sejak malam Isnin. Mereka menyelamatkan diri dari Tanjung Batu selepas mendengar terdapat laporan mengenai penceroboh bersenjata.

8.30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.

7.30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah.

7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.

mStar

TERKINI 9.40 Pagi: Pasukan Keselamatan M’sia Lancar Serangan Terhadap Lelaki Bersenjata Sulu

Posted: 04 Mar 2013 06:25 PM PST


Serangan pada waktu subuh dilakukan bagi mengusir baki kumpulan bersenjata Sulu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa, dalam satu kenyataan ringkas.
Jet pejuang pada awal pagi Selasa mulai terbang rendah melalui kumpulan bersenjata yang mengepung kampung Tanduo sejak 9 Februari.
Letupan berterusan didengari apabila polis dan tentera mengambil langkah menentang lelaki bersenjata yang dilaporkan membuat tembakan kembali.
Keadaan di sekitar Tanjung Labian, kira-kira 7 kilometer dari kampung Tanduo di Felda Village 17 begitu tegang dengan lebih 300 penduduk kampung berkumpul di balai raya yang mendengar letupan.
7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.
7:30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah
8:30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.
Berita selanjutnya selepas ini.

Semporna: Pengganas Sulu Didakwa Rancang Bakar Kampung

Posted: 04 Mar 2013 06:00 PM PST

Teman dapat rasakan bagaimana penduduk di Semporna ni rasa. Perasan takut dan gelisah menghantui berkaitan insiden berdarah pencerobohan kumpulan bersenjata sejak Jumaat lalu. Satu temubual yang dijalankan oleh Kosmo menceritakan kegelisahan dan kebimbangan penduduk kampung di Semporna.

Tragedi berdarah yang mengorbankan enam anggota polis di Kampung Seri Jaya, Simunul di sini menakutkan penduduk kampung selepas mereka mendengar khabar angin kumpulan pengganas itu merancang membakar kampung mereka.
Seorang penduduk, Nazmah Datugis, 40, berkata, sejak tercetus khabar angin itu, dia dan ahli keluarga membuat keputusan meninggalkan kampung itu buat sementara kerana bimbang dengan khabar angin tersebut.
"Kami terpaksa meninggalkan rumah kerana kumpulan tersebut tidak berhati perut dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh," kata Nazmah yang sedang berkemas untuk meninggalkan kampungnya semalam.
Wandi Ipong, 52, pula berkata, khabar angin sejak kelmarin itu membuatkan dia dan penduduk kampung berasa tidak selamat walaupun menyedari pihak polis memberi jaminan keadaan di kampung tersebut masih terkawal.
"Kami dan beberapa penduduk tidak sanggup menanggung risiko untuk terus tinggal di sini," kata Wandi.
Tambah Wandi lagi, dia dan keluarga akan berpindah buat sementara waktu ke rumah kenalannya di kampung berhampiran dan hanya akan pulang semula selepas keadaan benar-benar aman.
Sementara itu, Ketua Kampung Seri Jaya, Panglima Ramlee Saraman berkata, beliau tidak dapat menghalang tindakan beberapa penduduk yang ingin berpindah ke tempat lain.
"Saya sudah menasihati semua penduduk supaya bertenang namun ada sebahagian penduduk tetap mahu pindah," kata Ramlee.
Sementara itu, tinjauan di pekan Semporna mendapati walaupun keadaan tenang namun penduduknya hidup dalam keadaan berjaga-jaga.
Beberapa kedai dilihat hanya membuka separuh premis untuk urusan perniagaan.
Selain itu, difahamkan, sebahagian nelayan turut enggan turun ke laut kerana bimbang dengan kejadian berdarah yang merebak ke sini.
Seorang nelayan, Ibrahim Jailani, 40, berkata, nelayan-nelayan terutamanya dari Kampung Seri Jaya mengambil keputusan untuk tidak menangkap ikan sejak Sabtu lalu.
"Jika esok keadaan lebih tenang, baru nelayan bercadang turun ke laut. Hasil tangkapan ikan merupakan sumber pendapatan penduduk di sini," katanya ketika ditemui semalam.
Bagi Abdullah Sapayani, 55, pula, walaupun tiada serangan terbaharu di pekan ini namun penduduk masih berada dalam ketakutan.
"Tindakan polis menyerbu dan menembak balas tindakan kumpulan pengganas yang membunuh anggota polis merupakan tindakan tepat," kata Abdullah.
Seorang suri rumah, Norpaidah Samat, 40, berkata, sejak tinggal di sini pada tahun 1970, ini merupakan insiden berdarah pertama yang dilaluinya.
Sejak tercetus pergolakan itu, Norpaidah berkata, dia sekeluarga terpaksa menggunakan tilam dan kusyen tempat duduk untuk diletakkan di dinding rumah sebagai benteng.
"Saya takut. Anak-anak saya juga ramai yang masih kecil," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2McnNtFc1 

Hakcipta terpelihara 

UPDATED 5 Mac 9.00 PM : Dua Kampung Lagi Didakwa Diceroboh

Posted: 04 Mar 2013 05:07 PM PST


Terkini laporan sumber, terdapat dakwaan penceroboh telah menduduki beberapa buah kampung. Penduduk di Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian di sini semalam gempar apabila menerima maklumat mendakwa sekumpulan 40 individu bersenjata mencurigakan yang menaiki dua buah bot mendarat di kawasan tersebut.

Kehadiran kumpulan yang didakwa mempunyai kaitan dengan pengganas Sultan Sulu tersebut kemudian dilaporkan oleh seorang penduduk berusia 36 tahun di sebuah balai polis di sini.

Sumber memberitahu, lelaki tersebut memberitahu dia menerima panggilan daripada seorang ketua kampung pada pukul 8.45 pagi semalam yang mendakwa melihat kehadiran sekumpulan lelaki yang menaiki dua buah bot besar kelmarin.

"Laporan itu juga menyebut lelaki bersenjata tersebut telah membeli makanan secara pukal sekaligus menggemparkan penduduk di dua buah kampung tersebut" katanya.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Tanjung Labian dikenali sebagai Ridal, 32, mendakwa, dia terdengar bunyi teriakan orang yang berlari menuju ke sebuah dewan.
"Kami kemudian nampak ada beberapa penduduk Kampung Tanjung Batu yang sama-sama menuju ke dewan. Mereka kata ternampak sekumpulan lelaki keluar dari kawasan ladang kelapa sawit menuju ke Kampung Tanjung Batu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata, pihaknya sudah menghantar sepasukan anggota untuk memantau kawasan terbabit.

"Kita sedang menyiasat jika ada kumpulan yang benar-benar telah memasuki kedua-dua kampung berkenaan," kata beliau.

Bagaimanapun, menurut beliau, pada masa ini, keadaan di kedua-dua kampung itu terkawal dengan pasukan keselamatan sedang membuat kawalan rapi.

Dengan perkembangan terbaharu itu, pihak penceroboh kini telah masuk ke lima buah kampung dengan didahului Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu sebelum diikuti Kampung Seri Jaya, Siminul dekat Semporna dan Kunak.

Kampung Tanjung Batu dan Kampung Labian terletak kira-kira empat kilometer dari Kampung Tanduo.

Luas kawasan yang diceroboh kira-kira 500 meter persegi.


Sumber

Krisis Lahad Datu: 7 Batalion Tentera Dikerah Bantu PDRM

Posted: 04 Mar 2013 04:02 PM PST


Nampak gayanya kekuatan ATM di Lahad Datu diperkukuhkan. Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebanyak tujuh batalion tentera dihantar ke Sabah bagi membantu pasukan polis. Lima batalion dihantar ke Lahad Datu manakala dua lagi masing-masing di Tawau dan Sandakan.

"Untuk maklumat penduduk Sabah, saya ingin maklumkan bahawa pihak tentera membantu polis sepenuhnya.

"ATM sudah menghantar tujuh batalion yang sedang beroperasi sekarang. Lima batalion di Lahad Datu, satu batalion di Sandakan dan satu batalion di Tawau," katanya yang dipetik dalam laman Twitternya.

Krisis Lahad Datu: Filipina dan Malaysia Cari Resolusi Damai

Posted: 04 Mar 2013 03:00 PM PST


Filipina dan Malaysia kini mencari jalan untuk mencapai satu resolusi damai berhubung insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Duta Besar Filipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya dan Setiausaha Rendah Luar Filipina Jose Brilliantes bertemu Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein di Lahad Datu hari ini untuk mencari resolusi damai itu.

Brilliantes, yang juga Timbalan Menteri Luar Filipina, berada di Sabah bersama Malaya atas misi kemanusiaan konsulat untuk membantu.

Sebelum ini, pihak kedutaan Filipina meminta komuniti Filipina-Malaysia di pantai timur Sabah supaya bertenang dan mengelak mengambil sebarang tindakan yang mungkin merumitkan lagi keadaan. BERNAMA

Anwar Kian Tersepit, Terpaksa Saman Utusan-TV3 Untuk Selamatkan Diri

Posted: 04 Mar 2013 02:00 PM PST


Apabila penglibatan Anwar dengan pencerobohan tentera Sulu menjadi heboh, Anwar sekali lagi 'menembak si pembawa berita' (shot the messenger), tanpa menyentuh sedikit pun tentang sumber asal berita tersebut. Seperti biasa, media perdana iaitu Utusan Malaysia dan TV3 menjadi 'mangsa' untuk disaman Anwar walaupun mereka hanyalah pembawa atau penyampai berita yang dipetik dari agensi antarabangsa iaitu Reuters dan juga media Filipina, Manila Times.  

Malah, berita yang sama turut dipetik oleh Portal berita Filipina, Inquirer News yang mendedahkan seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Anwar telah mengadakan pertemuan pada November tahun lalu dengan pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan terhadap tuntutan kumpulan terbabit di Sabah yang membawa kepada pencerobohan Kampung Tanduo.  

Namun, seperti juga kes kenyataan Anwar di dalam agensi berita mengenai sokongannya terhadap Israel dan juga kritikannya terhadap undang-undang mengharamkan homoseksual, Anwar memilih untuk menembak sipengirim berita bukannya sumber asal berita.  

Tidak sukar untuk membaca kenapa Anwar enggan menyaman Reuters mahupun Manila Post kerana Anwar hanyalah jaguh kampung yang tidak berani dengan orang luar tetapi hanya berani dengan bangsa sendiri.  Lebih penting lagi, Anwar juga tidak berani menyaman sumber asal kerana sumber tersebut pastinya berasaskan kepada kebenaran.  

Hakikatnya, Manila Times bukan menuduh secara rambang tetapi menamakan pihak perisikan Filipina sebagai pemberi maklumat mengenai penglibatan Anwar, malah koresponden mereka juga dinamakan dengan jelas iaitu Al Jacinto.  

Justeru, bukankah lebih mudah dan masuk akal untuk Anwar membersihkan namanya dengan menyaman Manila Times sahaja, jika beliau benar-benar tidak terlibat?   Buat apa disaman Utusan atau TV3 jika hujah pembelaan mereka nanti pasti berkisar kepada 'memetik sumber asing'?   Hujah sebegini tidak akan mampu menafikan berita tersebut sebagai benar dan tidak mampu menghapuskan keraguan terhadap Anwar.  

Mungkin Anwar tidak begitu berminat untuk membersihkan namanya kerana sudah cukup 'masak' dengan penyokong-penyokongnya yang tidak akan percaya apa saja keburukan yang dikaitkan dengannya.  Selama ini pun, Anwar tidak perlu bersusah payah membersihkan namanya dari apa jua skandal kerana penyokongnya sendiri akan menafikan segala-galanya bagi pihaknya.  

Justeru, Anwar merasakan tidak perlu menyaman Reuters dan Manila Times tetapi hanya perlu bersandiwara menyaman Utusan dan TV3.   Selebihnya, Anwar hanya perlu duduk dan lihat sahaja bagaimana bodohnya puak-puak Sulu berkorban nyawa menjadi alat pencetus huru-hara di Malaysia.  

Dan Anwar mengharapkan agar huru-hara berterusan sehingga membawa kepada campurtangan asing sehingga pilihanraya tidak 'perlu' diadakan sama sekali.  

Seperti yang disebut di atas, tidak sukar untuk membaca strategi Anwar, hanya orang-orang yang buta tuli sahaja yang tidak mampu membacanya. 

Sumber

Berapa Ramai Lagikah Yang Perlu Dikorbankan Untuk Survival Politik Anwar?

Posted: 04 Mar 2013 12:00 PM PST


Di saat ini majoriti rakyat Malaysia sedang memberikan tumpuan kepada isu pencerobohan bersenjata sekumpulan warga Filipina di Lahad Datu. Ada yang melahirkan rasa bimbang, takut, sedih, simpati dan tidak kurang juga berdoa agar kemelut di Sabah ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Namun, masih ada di kalangan mereka yang begitu biadap dalam mengeluarkan pendapat berhubung kemelut terbabit. Naib Presiden PKR, Tian Chua ketika ditanya oleh portal rasmi PKR, Keadilan Daily menegaskan insiden tersebut adalah merupakan satu konspirasi terancang oleh pihak pemerintah BN/Umno.

Kenyataan yang tidak sensitif itu, benar-benar mengejutkan semua pihak, kerana merasakan kemelut Lahad Datu adalah merupakan isu dan keselamatan negara yang tidak wajar untuk dipolitik. Apa yang menghairankan, sebagai ahli politik Tian Chua dilihat tidak bijak kerana ia bukan sahaja mengakibatkan kemarahan rakyat, malah dilihat boleh menyebabkan kemerosoton sokongan pengikut pakatan pembangkang.

Namun demi menyelamatkan survival pakatan pembangkang khususnya politik Anwar Ibrahim, Tian Chua terpaksa mengeluarkan kenyataan tersebut. Dan sekiranya diteliti, ia adalah merupakan satu strategi biasa untuk menyalahkan kerajaan dalam segala hal dan di masa yang sama menyelamatkan pakatan atas tindakan yang dilakukan sebelum ini.

Kemelut pencerobohan bersenjata di Lahad Datu sehingga kini telah mengorbankan seramai 7 orang perwira dari PDRM yang turut ditanggisi oleh sebilangan besar rakyat Malaysia.

Sebelum ini rakyat, telah dikejutkan dengan laporan yang dikeluarkan oleh Reuters, yang merupakan agensi berita antarabangsa paling berpengaruh berpengkalan di London mengenai penglibatan pembangkang di negara ini berhubung isu Lahad Datu.

Tidak cukup dengan itu media-media rasmi Filipina turut melaporkan perkara sama, yang memetik sumber dari perisikan tentera negara tersebut. Mereka melaporkan Anwar Ibrahim adalah merupakan dalang terhadap tragedi pencerobohan bersenjata itu.

Walaupun Anwar cuba menafikan penglibatannya terhadap isu ini, namun sekiranya dilihat secara keseluruhan, dakwaan tersebut mempunyai asas kebenarannya. Bagi yang tidak mengikuti perkembangan politik tanahair, Anwar sebelum ini sering mendakwa peluang pakatan pembangkang menumbangkan kerajaan BN/Umno adalah cerah walaupun pada hakikatnya adalah sebaliknya.

Ini disebabkan faktor sokongan rakyat di Sabah yang dikatakan telah mula cenderung menyokong ideologi mereka. Di tambah dengan isu kalimah Allah yang secara khususnya untuk menarik simpati pengundi Kristian di negeri tersebut termasuk Sarawak. Ini kerana umum mengetahui, Sabah dan Sarawak adalah merupakan faktor penentu kepada hala tuju politik di negara ini kerana sokongan mereka akan menentukan kerajaan di Putrajaya.

Modus operandi mereka mudah, kerana Anwar juga sedar kekuatan mulutnya dalam menabur pelbagai janji seperti yang dilakukan terhadap rakyat di negara ini mampu diguna pakai untuk isu Filipina.

Tambahan pula mengikut perkiraan statistik, peratusan rakyat Sabah berbangsa Sulu adalah di anggarkan seramai 60 ribu orang. Dengan kemasukkan penceroboh bersenjata yang mendakwa sebagai waris sah kesultanan Sulu ini diharapkan dapat memberikan undi simpati kepada pakatan pembangkang yang dikatakan menyokong gerakan ini.

Atas faktor hubungan  dan pertalian saudara di kalangan rakyat Filipina dan Malaysia yang berbangsa Sulu, maka sudah tentu pakatan pembangkang khususnya Anwar Ibrahim mengharapkan ia akan dapat memberikan kelebihan kepada gerakan pembangang.

Kesimpulannya, hanya untuk memastikan matlamat untuk ke Putrajaya tercapai, Anwar tergamak bersekongkol dengan siapa sahaja, walaupun ia terpaksa mengorbankan nyawa rakyat negara ini. Persoalannya mampukah rakyat menilai dan sedar akan pendekatan 'matlamat menghalalkan cara' ini?

Suara Generasi Baru

6 Anggota Polis Terkorban Di Semporna Dinaikkan Pangkat

Posted: 04 Mar 2013 11:00 AM PST


Kesemua enam anggota polis yang maut dalam insiden serangan hendap oleh kumpulan bersenjata di sebuah kampung di Semporna, Sabah dinaikkan pangkat, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan perkara itu kepada beliau selepas memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Supt Ibrahim Lebar, 52, dan Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, 27, setibanya jenazah mereka di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, Isnin.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Perdana Menteri dan kerajaan atas kenaikan pangkat ini. Mudah-mudahan ia dapat membantu mengurangkan beban keluarga mereka," kata Khalid kepada pemberita.

Turut terbunuh dalam serangan hendap Sabtu lepas di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna ialah ASP Micheal Padel, 36, Sarjan Baharin Hamid, 49, Sarjan Abdul Aziz Sakirun, 48, dan Koperal Salam Togiran, 42.

Khalid berkata PDRM akan menghulur bantuan lain yang layak diterima kepada keluarga mangsa.

Terdahulu, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta ratusan pegawai dan anggota polis lain memberi penghormatan terakhir kepada kedua-dua jenazah.

Turut hadir isteri Sultan Johor Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah; Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah; Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad; dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. BERNAMA

Ayuh Rakyat Malaysia! Mari Bersatu Dalam Solidariti Tragedi Lahad Datu

Posted: 04 Mar 2013 10:00 AM PST


Keadaan cuaca mendung di petang Ahad ini, seolah-olah turut meratapi kesedihan rakyat Malaysia keatas tragedi pencerobohan bersenjata di Lahad Datu yang memakan masa hampir sebulan. Ekoran tragedi itu juga, negara turut kehilangan 7 orang parajurit dan pahlawan negara yang gugur demi mempertahankan kedaulatan negara ini.

Ibu kota negara juga seolah sepi dengan kunjungan mereka yang ingin mengambil kesempatan cuti di hujung minggu. Rata-rata mengambil keputusan untuk duduk di rumah sambil menantikan berita dan perkembangan terkini isu di Lahad Datu yang dikatakan telah merebak ke kawasan sekitar.

Namun ia seoalah tidak memberi sembarang erti kepada sebilangan penyokong dan pengikut pakatan pembangkang yang tanpa peri kemanusian melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah demi kerana kuasa politik.

Ada yang menyokong kenyataan Tian Chua dengan mengatakan ia merupakan sandiwara kerajaan, ada juga yang mengatakan pihak tentera hanya menyamar sebagai pemberontak dan paling menyedihkan ada yang mengatakan pahlawan yang gugur itu adalah anjing kerajaan.

Begitulah rendah dan hinanya akhlak mereka yang mahu melihat semua isu agar dapat dipolitikkan, di saat parajurit negara sedang berhempas pulas dan bergadai nyawa demi memastikan rakyat dapat terus menikmati udara keamanan. Sedangkan di saat ini, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman dan kecenderungan politik sewajarnya bersatu hati dalam memastikan tergedi berdarah ini dapat ditamatkan dengan segera.

Remuk hati kehibaan, bilamana melihat luahan hati anak kecil yang mengatakan ayahnya telah mati dan ditanam kerana telah dibom. Air mata seolah-olah tidak mampu ditahan dari mengalir ketika melihat sayu dan sugulnya wajah isteri yang melihat jenazah suami yang gugur.

Ayuh rakyat Malaysia, ketepikan seketika sentimen politik kepartian, kerana ketika ini isteri, anak, ibu-bapa, kaum keluarga dan sanak saudara mereka yang sedang bertugas amat memerlukan sokongan dan dokongan rakyat Malaysia secara keseluruhan. Jangan kita tambahkan lagi kedukaan keluarga mereka yang sedang meratapi pemergian wira negara yang gugur dengan kenyataan-kenyataan yang biadap dan kurang ajar.

Adalah penting, untuk rakyat Malaysia agar bersatu hati dalam mendepani isu yang sedang melanda ini, bersama kita berikan kekuatan semangat dan moral kepada parajurit yang sedang bertugas. Tunjukkanlah walaupun untuk seketika semangat patriotik di dalam diri sebagai balasan keatas pengorbanan mereka.

Itu belum lagi dikira dengan penguna-penguna media sosial seperti Facebook dan Twitter yang secara tiba-tiba menjadi pakar startegik dan operasi gerak gempur dengan mempersoalkan kewajaran tindakan berkuasa. Pelbagai persoalan dilemparkan dengan mempertikai tindakan yang diambil oleh pihak polis dan tentera dalam berdepan dengan penceroboh bersenjata ini.

Mengapa tidak guna jet, macam mana boleh bolo, mana pergi bom dan kelengkapan berat dan sebagainya adalah antara persoalan yang dilemparkan kepada kerajaan? Pelbagai jawapan dituntut seolah-olah apa yang berlaku di Lahad Datu itu adalah merupakan permainan bola sepak. Sedangkan ia adalah antara perancangan dan strategi perang yang seharusnya tidak perlu untuk didedahkan kepada masyarakat umum. Ini bukan masa untuk seisi percambahan ilmu yang mencari pendekatan terbaik yang perlu diambil. Sudah pasti pimpinan tertinggi PDRM dan tentera sedar dan tahu akan apa yang perlu untuk dilakukan, kerana setiap tindakan yang diambil adalah merupakan satu risiko besar yang harus dipikul oleh parajurit yang sedang bertempur.

Buat rakyat Sabah, dinasihatkan juga agar tidak memaklumkan atau berkongsi apa-apa isu berhubung pergerakan pihak polis dan tentera. Ini kerana dikhuatiri, secara tidak langsung akan memberikan gambaran dan maklumat kepada para penceroboh bersenjata mengenai pergerakan dan pelan tindakan pihak keselamatan negara.

Sebarang tindakan yang diambil, walaupun tanpa niat mungkin akan menyukarkan dan memburukkan lagi operasi pihak keselamatan memburu saki-baki penceroboh bersenjata itu. Bersamalah kita tunjukkan semangat solidariti dalam memastikan kedaulatan negara dan keselamatan para pejuang kita.

Hentikan juga penyebaran khabar-khabar angin yang belum dipastikan kesahihan maklumat tersebut. Seperti kata cerdik pandai, janganlah menjadi sebahagian dari masalah, sekiranya kita bukan sebahagian dari penyelesai masalah.

Suara Generasi Baru
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...