Apple Biru

Apple Biru


BANGANG! Gara-Gara Tak Laku, Safwan Anang Sanggup Kena Gari

Posted: 22 Mar 2013 08:20 AM PDT

Muka tak malu! Muka dah tak laku, mula lah cari jalan nak popularkan diri. Cara yang paling mudah buat perangai buruk dan ditangkap Polis masuk lokap. Lepas tu sebarkan kat media sosial. Adeeh! Mahasiswa bangang Safwan Anang muka tak malu..ptuii!!!

Kome baca lah kat SINI apa cerita Mahasiswa Bangang ni buat..

GEMPAR! Lagi Cikgu Hina Anggota Keselamatan di Lahad Datu

Posted: 22 Mar 2013 06:48 AM PDT


Jerry Totih melalui facebook miliknya menampilkan kebiadapan seorang guru yg mengajar di salah sebuah sekolah di beaufort sabah. 

Beliau telah menghasut dan menanam sikap benci kepada kerajaan. Beliau juga telah menuduh dan menghina Perdana Menteri Malaysia & Ketua Menteri Sabah sebagai dalang pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Adakah ini contoh seorang guru ?Adakah ini contoh seorang kakitangan kerajaan? Apakah tindakan kementrian pelajaran? Di atas admin selitkan beberapa gambar laman sosial beliau sebagai bukti.

Bagi yang mahu dan berhajat untuk meninjau- ninjau lain- lain status panas dan berunsur menghasut daripada cikgu hebat ini, pembaca boleh terus membaca DISINI.

Najwa Latif : Adakah SPM 4A Mencukupi?

Posted: 22 Mar 2013 06:00 AM PDT

Teman sekali lagi ingin mengusik kisah artis Malaysia. Saje-saje. Tergerak hati nak mengomen sikit tentang Najwa Latif. Menurut sumber, penyanyi Najwa Latif mengakui gembira apabila menerima keputusan 4A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 yang diumumkan pada Khamis.

Beliau mewakilkan kakaknya, Syafikah Latif untuk mengambil keputusan tersebut berasa lega kerana ia melebihi daripada sasaran awalnya. Najwa mendapat A dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Matematik serta lulus dalam enam mata pelajaran lain.

Satu perkara je teman nak komen sikit demi masa depan anak bangsa. Adakah keputusan 4A sudah memadai untuk bersaing dengan keputusan pelajar-pelajar lain. Pelajar-pelajar lain berebut-rebut dan mengejar keputusan yang lebih cemerlang seperti 7A hingga 10A dan segala bagai. Seperkara lagi harus diingat, kecemerlangan dalam pelajaran itu penting berbanding dengan industri muzik Malaysia yang tenggelam timbul bagai tiada arah yang pasti.

Teman ingin melayari sejarah ringkas industri muzik Malaysia sejak berpuluh-puluh tahun kebelakangan. Bermula dengan era P Ramlee, 60-an, 80-an dan milineium di mana paras rupa memainkan peranan penting untuk maju di persada muzik tanahair. Sejak bermula era 80-an di mana rock kapak menggegarkan dunia muzik tanahair hinggalah timbul beberapa genre muzik kontemporari sampai tak larat nak disebut, namun paras rupa memain peranan cukup penting untuk melariskan album. Contoh dah terlalu banyak dan harus diakui..Berapa ramai artis yang benar-benar berjaya seperti Siti Nurhaliza dan Sheila Majid? Perkara yang harus difikirkan..

Secara moralnya, pelajaran itu cukup penting, namun minat juga tidak boleh dihalang. Biar lah seimbang demi masa depan. Cemerlang dalam pelajaran seiring dengan apa jua minat yang diceburi. Sekadar memberi pandangan ikhlas..

BONGKAR! Siapa Pulak Punya Kerja Nih!

Posted: 22 Mar 2013 05:00 AM PDT


Adeeh! Siapa la punya kerja nih! Suka-suka mak bapak deme je buat kempen Skim Bantuan Biasiswa Pengajian 1Malaysia. Teman rasa kerja budak-budak nak main-main dalam blog la kot. Kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi  di Bernama menegaskan bahawa skim Bantuan Biasiswa Pengajian 1Malaysia (BP1M) seperti yang disiarkan di laman web biasiswa1msia.blogspot.com dan www.step2rich.net/iklan2u tidak pernah wujud.

KPT dalam kenyataan di sini, Jumaat menyifatkan ia satu penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Justeru, kementerian menasihatkan pelajar dan ibu bapa untuk tidak terpengaruh dengan skim tersebut.

Melalui pemerhatian teman, laman blog yang dimaksudkan masih lagi menawarkan perkara tersebut. (Klik http://www.step2rich.net/iklan2u-view.asp?i=1603&u=freeedu1msia&t=PAKEJ-BIASISWA-1MALAYSIA-sambung-belajar-peringkat-DIPLOMA-PERCUMA-!!! dan http://biasiswa1msia.blogspot.com/2013/03/permohonan-biasiswa-skim-bantuan.html) Apa yang membimbangkan jika ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan dari tawaran palsu tersebut. Akhirnya Kerajaan BN jugak akan dipersalahkan. 

Teman rasa tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana pihak membuat tawaran palsu seperti itu. Jika untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal rasmi KPT di www.mohe.gov.my mengenai biasiswa yang ditawarkan...

LAHAD DATU : Muka Sniper Wanita Pengganas Sulu! Macam Harammmm!!!

Posted: 22 Mar 2013 04:30 AM PDT


Adeess! Ini ke muka sniper wanita pengganas sulu yang kena tangkap tu. Dah berselerak gambar wanita yang berusia 40-an ni di internet. Berbadan kurus, rambut dah macam hantu, pucat dan ketakutan. Teman tengok pun seriau! Macam polong pun, akibat amalan ilmu hitam. Diberitakan, wanita berkenaan adalah sniper pengganas sulu yang berjaya ditangkap hidup-hidup oleh pasukan keselamatan Malaysia di Kampung Tanjung Batu semalam.

Dalam kejadian semalam, seorang lanun Sulu berjaya ditembak mati, manakala seorang wanita yang tidak bersenjata dan dipercayai anggota lanun Sulu yang menceroboh Sabah, berjaya ditangkap. Macam tak percaya pun ada. Difahamkan pakai tangkal lagi pulak tuh! Dakwa kebal dari terkena peluru..Ilmu hitam mana yang malaun ni belajar.. Sesat...sesat...betul!!!

RAYUAN RAKYAT KELANTAN : Jangan Ambil Tanah Kami!

Posted: 22 Mar 2013 03:30 AM PDT


Sejak beberapa tahun lepas bagaikan sudah menjadi pemandangan biasa di Kelantan apabila sering kali wujud protes dan bantahan rakyatnya terhadap kegagalan Kerajaan Negeri menguruskan hak milik tanah di negeri ini.

Terbaru di Gua Musang, sekumpulan lebih 300 orang rakyat marhaen dari Kampung Sungai Badong, Kuala Betis bangkit memprotes tindakan Kerajaan PAS Kelantan merampas tanah yang diusahakan mereka sejak berpuluh tahun lalu untuk diberikan kepada syarikat swasta.

Sukar untuk mereka terima hakikat bagaimana mungkin tanah seluas 378.8 hektar yang telah mereka usahakan sekian lama dengan tanaman getah, kelapa sawit dan lain-lain tanaman tiba-tiba sahaja bertukar hak milik sejak 5 bulan lalu.

Segala wang ringgit berupa duit deposit, cukai dan premium tanah yang saban tahun dilangsaikan kepada Pejabat Tanah bagaikan menjadi debu, sia-sia sebegitu sahaja tanpa sebarang makna.

Apa yang berlaku pada mereka hanyalah secebis kisah daripada pelbagai kes penindasan lain yang sedang dan telah dilakukan oleh Kerajaan PAS Kelantan. Penindasan dan kezaliman sebegini memperlihatkan PAS bagaikan alat kapitalis yang menindas rakyat miskin untuk menjaga kepentingan orang lain.

Dulu sewaktu PAS memerintah pada dekad 1960-an hingga pertengahan 1970-an, rakyat Kelantan pernah menangis keluar air mata darah bila mana kehilangan hak ke atas lebih 300,000 ekar tanah di Hulu Kelantan selepas tanah itu dipajakkan kepada syarikat dari Singapura.

Adakah pajakan tanah seluas mata memandang itu menguntungkan rakyat atau negeri? Tidak sama sekali, sebaliknya hanya menguntungkan golongan kapitalis dan segelintir pemimpin parti, manakala rakyat hanya mampu memandang sayu melihat tanah yang dipijak telah menjadi milik orang.

Tidak cukup dengan sejarah hitam itu, kini melalui idea projek Ladang Rakyat yang kononnya bertujuan untuk membasmi masalah kemiskinan, lebih 80,000 ekar tanah lagi dipajakkan yang hasilnya hanya sedikit untuk kantung Kerajaan Negeri manakala rakyat marhaen pula hanya melopong termangu sendirian.

Hak milik pajakan tanah yang serba luas dari Kuala Krai, Gua Musang hingga ke Jeli itu berserta hasil kekayaan kayu kayannya tetap juga hanya berlegar di kalangan segelintir pihak terutama mengenyangkan tauke-tauke balak yang merupakan kroni yang rapat dengan PAS.

Lebih menyakitkan hati kebanyakan pemimpin PAS di Kelantan termasuklah anak pinak mereka yang tiada kaitan dengan Ladang Rakyat pun boleh juga memiliki tanah di sekitar kawasan itu. Sedangkan rakyat yang bersengkang mata mengusahakan tanah demi mencari sesuap nasi dinafikan haknya.

Malah orang luar seperti pemimpin DAP bersaudara dari Perak, iaitu Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min juga sebegitu mudah memiliki hak milik tanah yang keluasannya mencecah 10,000 ekar hampir sebesar Putrajaya dengan pajakan sehingga tahun 2092, melalui pengambilan sebuah syarikat swasta.

Rakyat negeri sendiri termasuk golongan miskin yang sudah berpuluh tahun meneroka tanah membanting tulang demi mencari nafkah untuk keluarga, terkebil-kebil melihat tanah sendiri kini menjadi milik orang.

Apabila di sana sini rakyat bangkit memperjuangkan hak mereka dan mempertikaikan kenapa tanah milik mereka jatuh ke tangan lain, pemimpin PAS Kelantan lebih banyak bersilat lidah tanpa berusaha mengenal pasti punca berlakunya penindasan sebegini.

Pemimpin PAS merasakan kepentingan golongan kapitalis jauh lebih utama berbanding rintihan rakyat marhaen yang tertindas hanya mampu memprotes dan membantah.

Namun tanah itu maruah, bila mana ia dirampas atau dipindah milik tanpa pengetahuan mereka, siapa yang tidak marah? Amarah yang sekian lama membebani hati nurani rakyat tiba saatnya pasti meletup jua, tika itu agaknya baru PAS mahu sedar tinggi rendah langit dari bumi.

Mykmu.net

Mangsa culik Abu Sayyaf selama 17 bulan akhirnya dibebaskan

Posted: 22 Mar 2013 02:30 AM PDT


Setelah 17 bulan diculik kumpulan Abu Sayyaf di Pulau Sitangkai, Tawi-Tawi pada 2011, Pang Chung Fong akhirnya dibebaskan dan kini kembali ke pangkuan keluarganya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, Chung Fong dibebaskan oleh kumpulan penculik tersebut lima hari lalu, hasil perbincangan secara berhemah dengan kumpulan tersebut.

"Pihak kerajaan berasa sangat bersyukur apabila Chung Fong berjaya dibebaskan oleh kumpulan penculik dan bersimpati dengan nasib keluarga ini setelah mangsa diculik sejak 17 bulan lalu.

"Menyedari keperitan dan trauma yang dihadapi keluarga ini, pihak kerajaan memutuskan untuk mengadakan perbincangan secara baik dengan kumpulan penculik dan membantu membebaskannya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meluangkan masa bersama Chung Fong dan keluarga mangsa di kediamannya di Sri Gaya.

Yang hadir sama dalam majlis penuh kesyukuran itu, Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Musa berkata, pihak keluarga mangsa turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana keprihatinan beliau terhadap nasib yang menimpa salah seorang ahli keluarga itu.

Sementara itu, Chung Fong turut melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha membebaskannya daripada kumpulan penculik berkenaan.

Menurutnya, jutaan terima kasih ditujukan khas kepada Perdana Menteri, Ketua Menteri Sabah dan semua pihak yang telah bertungkus lumus menyelamatkannya daripada episod penculikan itu.

"Saya telah terpisah lama dengan ahli keluarga dan berasa sangat gembira kerana kami dapat bertemu lagi," katanya yang baru tiba dari Kuala Lumpur hari ini.

UTUSAN

BREAKING NEWS! Demo Cina Melayu Bertembung Di Komtar

Posted: 22 Mar 2013 01:42 AM PDT

Hari ini selepas solat Jumaat 2 demo bertembung di Komtar.Gabungan NGO Islam Pulau Pinang telah membuat bantahan mengenai keceluparan Lim Guan Eng yang menuntut agar nama Allah digunakan didalam Kitab Bible.200 orang daripada NGO Gabungan Islam berarak dari Masjid Simpang 6 sebaik saja selesai bersolat Jumaat dan terus ke Bangunan Komtar.


Satu kumpulan lagi yang disertai lebih 150 orang berbangsa Cina dan India iaitu NGO 1Malaysia Brothers pula menyuarakan protes kerana Lim Guan Eng tidak menunaikan janji manifesto.Mereka turut mendesak Lim Guan Eng dan regim DAP Pulau Pinang memberi penjelasan mengenai projek terowong dasar laut bernilai 6.3billion.

Mereka juga mendesak agar DAP menghentikan kegiatan cybertrooper DAP yang membuat ugutan keganasan,gengsterism dan ugutan ganguan seksual.Mereka juga menuntut agar regim DAP memberi penjelasan dimana lokasi dan unit rumah murah yang didakwa kerajaan negeri DAP pernah bina.

Mereka menuntut pendirian Lim Guan Eng mengenai Lynas sedangkan Anwar Ibrahim berjanji operasi kilang Lynas di Gebeng Kuantan boleh diteruskan.

Mereka juga mempersoalkan kenapa rakyat Malaysia dan rakyat Pulau Pinang perlu mendapat kebenaran Lim Guan Eng untuk mengunakan nama "Penang" !

Baca Lagi di Pisau.Net

PANAS! Anwar Akan Bertanding Di Kawasan Majoriti Cina

Posted: 22 Mar 2013 01:22 AM PDT


Pengumuman Anwar untuk 'lari' ke Perak dalam PRU-13 dilihat sebagai bukti kegelabahannya dalam mencari tempat untuk kembali 'bertapak' dengan kemas. Akhir-akhir ini, kaki Anwar tidak lagi teguh berdiri dan sering kali longlai dan terketar-ketar dalam usahanya meneruskan larian ke Putrajaya. 

Insiden Lahad Datu yang diharapkan dapat membantunya mengelak dari terus berlari nampaknya hanya menyebabkan kakinya hampir lumpuh terkena tembakan sendiri. Langsung Anwar tidak menyangka yang insiden Lahad Datu yang dirancang begitu rapi sejak sekian lama dengan bantuan berbagai pihak boleh gagal sama sekali dalam masa yang singkat sahaja. 

Bayangkan saja yang berhadapan dengan kerajaan BN di Lahad Datu, bukan sahaja pengganas Sulu atau MNLF dengan bantuan senjata dan kewangan yang besar yang sudah tentu dibekalkan oleh pihak yang 'besar' juga, tetapi juga jin dan syaitan, berdasarkan apa yang didakwa oleh pengganas sendiri serta pengalaman anggota keselamatan, termasuk penduduk tempatan.

Dengan bantuan dan sokongan yang sebegitu hebat, Anwar begitu yakin yang beliau tidak perlu menghadapi Pilihanraya tetapi hanya perlu menunggu keadaan di Sabah menjadi parah dan ramai penduduk mati sehinggakan kerajaan dipersalahkan, lalu menjadi lemah. Seterusnya, tekanan akan dikenakan oleh kuasa besar sehinggalah akhirnya mereka masuk campur dalam urusan negara. 

Nampaknya, walaupun telah berkali-kali diberi peringatan bahawa ada Kuasa yang jauh lebih Besar segala kuasa besar di dunia, Anwar tetap memilih untuk lupa mengenaiNya. Anwar tidak lagi berpegang kepada qada dan qadar, jauh sekali pasrah dan akur dengan ujian dan dugaan yang menimpa dirinya akibat kerap mencabar ajaran Islam yang dianggap tidak 'bersesuaian' dengannya. Sehingga ke satu tahap, Anwar juga telah menolak hakikat semulajadinya. 

Justeru, Anwar nekad untuk terus mencabar takdir dan meneruskan perjalanan ke Putrajaya, dengan mencari kawasan baru. Sumber-sumber dalaman yang kini sudah mula tersebar membawa berita yang Anwar tidak lagi yakin boleh menang di kawasan Melayu memandangkan semakin ramai yang sangsi dengan 'kesucian'nya. 

Penolakan PAS terhadap Anwar juga semakin ketara terutama di dalam Sambutan 5 Tahun Pemerintahan PR di Pulau Pinang, di mana tiada dari pemimpin PAS yang kelihatan. Selain Nik Aziz yang nyanyuk menaruh harapan terhadap Anwar, pemimpin PAS lain sudah tidak sanggup lagi duduk sepentas bersama Anwar. 

Oleh itu, Anwar dikatakan akan mencuba nasib kawasan majoriti Cina. Antara yang disebut-sebut ialah Parlimen Ipoh Timur yang disandang oleh Lim Kit Siang, memandangkan Lim Kit Siang sendiri akan 'lari' ke Gelang Patah. Jika benar, maka Anwar mungkin akan bertemu dengan Ahli Beliawanis MCA Pusat yang dikatakan mempunyai rekod kerja yang amat cemerlang. 

Parlimen Ipoh Timur mencatatkan pecahan kaum seperti berikut: Melayu 13.09%, Cina 81.07%, India 5.27% dan Lain-lain 0.57%. Pada PRU-12, Kit Siang menang dengan majoriti 21,942 undi, tetapi Bapa kepada Tokong DAP ini tetap memilih untuk 'lari' mungkin atas kesedaran bahawa beliau tidak membawa apa-apa jasa ke kawasan tersebut. 

Ahli politik yang berkhidmat dengan baik, bersih dan tidak bermasalah dengan pengundi di kawasannya tentu sekali tidak ingin bertukar kawasan bertanding. Hanya ahli-ahli politik yang jelas tidak berjasa, tidak bekerja, tidak bersih dan bermasalah sahaja yang akan lari ke sana ke mari mencari tapak baru untuk terus berdiri setiap kali PRU. 

Dalam kes Anwar, beliau terpaksa mencari kawasan di mana pengundi tidak akan mempertikaikan orientasi seksnya yang mana beliau sendiri keliru dan sukar untuk menjawabnya sepertimana yang boleh dilihat sendiri dalam wawancara beliau dengan radio BFM baru-baru ini. Dan mengikut congakan Anwar, kaum Cina dijangka tidak begitu mengambil kisah tentang masalah homoseksual atau biseksualnya. 

Lagipun, kaum Cina sehingga kini dilihat masih menaruh harapan yang tinggi kepada DAP untuk merealisasikan ketuanan Cina sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang. Justeru, kemungkinan yang mereka memilih Anwar adalah tinggi, kerana yang penting bagi mereka ialah Pakatan Rakyat. Memandangkan Anwar telah pun memperhambakan diri kepada Yahudi, maka tentulah beliau juga lebih dari bersedia untuk memperhambakan diri kepada Cina serta bersedia menjanjikan apa saja, bulan bintang dan tanahair, asalkan mereka dapat meletakkan dirinya di takhta Putrajaya. 

Namun, kita percaya, walaupun majoriti pengundi Ipoh Timur mungkin tidak begitu mengambil peduli tentang kecelaruan orientasi seks wakil rakyat mereka, tetapi kita percaya mereka tetap peduli tentang kredibiliti dan integriti wakilnya. 

Tindakan 'lari' kawasan, sudah cukup untuk membuktikan yang wakil rakyat itu tidak mempunyai rekod yang baik sehinggakan telah ditolak pengundi, walaupun di tempat yang paling selamat baginya sebelum ini. 

Logik akal, sekiranya, rakyat kawasannya sendiri sudah menolaknya, sudah tentulah bodoh bagi rakyat kawasan lain pula untuk mengundinya. Pandangan penulis, mungkin lebih baik Anwar bertanding di Filipina saja, untung nasib dapat menggantikan Sultan Sulu tanpa bertanding.

EKSKLUSIF : Modus Operandi Memikat Golongan GAY Didedahkan

Posted: 22 Mar 2013 12:45 AM PDT


Teman pun tak tahu apa yang sebenar modus operandi dan kaedah golongan songsang ni memikat antara satu sama lain. Tapi apa yang didedahkan oleh blogger Papa Gomo membuatkan teman terfikir. Cuma apa yang disebut oleh Papagomo adalah modus operandi yang didakwa yang dilakukan oleh tertuduh yang disebut.

Beberapa intipati dan modus operandi yang disebut oleh Papa Gomo, menjadi titik tolak pendedahan selanjutnya. Menurut blogger itu lagi, episod selepas ini akan didedahkan pula taktik-taktik yang dituduh mengoda dan mengorat lelaki lelaki JAMBU yang sama spesis dengannya melalui laman TWIITER. Tambahnya lagi  esok pendedahannya agar rakyat mengetahui siapa yang sebenarnya tertuduh yang tidak layak menjadi pemimpin. Beliau mendesak tertuduh seharusnya berundur dan segera bertaubat dari terus terusan melakukan aktiviti jijik nya.

Baca selanjutnya di Papa Gomo





BREAKING NEWS : Pembubaran Parlimen Hari Ini?

Posted: 22 Mar 2013 12:14 AM PDT


Pembubaran Parlimen untuk membuka jalan untuk pilihan raya umum ke-13 dijangka seawal seperti hari ini, yang didorong oleh pembubaran automatik DUN Negeri Sembilan hari Rabu.

Secara asasnya, Perdana Menteri telah mendapat perkenan pembubaran Parlimen sejak Perdana Menteri mengadap  beberapa kali Yang Dipertuan Agong beberapa minggu lepas.

Secara teorinya, tempoh akhir Dewan Undangan Negeri menjadi titik tolak yang tidak rasmi tempoh 60 hari untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memanggil pilihan raya memandangkan DUN Negeri Sembilan adalah negeri yang pertama bersidang selepas pilihan raya umum 2008.

Tarikh pengumuman pembubaran seterusnya mungkin akan menjadi pada hari Isnin berikutan peringkat akhir Jelajah Janji Ditepati seluruh negara di Kuantan pada hari Sabtu. Perdana Menteri juga dijangka membuat pengumuman penting di akhir jelajah yang telah mendapat sambutan luar jangkaan sejak jelajah tersebut bermula di Batu Pahat April tahun lepas.

Jadual Perdana Menteri yang padat dalam tempoh beberapa hari akan datang termasuk menghadiri satu majlis makan malam mengutip dana untuk Sekolah Chung Hwa di Kuantan pada Sabtu, Formula 1 Grand Prix dan Kejohanan Terbuka Golf Malaysia  pada hari Ahad dan pembukaan LIMA pada Selasa.

Beberapa pemerhati politik pula menjangkakan Barisan Nasional akan menamatkan penggal penuh sebagai entiti yang mengawal, kerana masih belum ada apa-apa tanda afirmatif bagi pembubaran awal parlimen. 27 April dijangka menjadi hari terakhir bagi Parlimen akan dibubarkan sebagaimana wakil rakyat mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen pada 28 April, 2008 - tarikh yang sama tamat tempoh bagi Dewan Undangan Negeri Perlis pada tahun ini.

UPDATED : Dakwaan Mengenai Tebusan Tidak Benar

Posted: 21 Mar 2013 11:21 PM PDT


Polis percaya dakwaan bahawa enam lelaki bersenjata menyelinap keluar dari kawasan Zon Merah dan menahan beberapa tebusan di sekitar Felda Kembara Sakti pada malam Khamis adalah tidak benar.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang pada Jumaat berkata mereka tidak menemui bukti terhadap dakwaan seorang wanita bahawa lelaki bersenjata dilihat berada di kawasan itu dan menahan tebusan.
"Kami telah menemuramah wanita tersebut dan dia tidak jelas mengenai maklumat lanjut. Tiada saksi lain melihat sebarang pergerakan lelaki bersenjata di kawasan tersebut," kata Tan pada sidang media di Felda Sabahat.
Sejak khabar angin itu tersebar, ratusan penduduk di kawasan tersebut berlindung di dalam masjid manakala yang lain meninggalkan kawasan Kembara Sakti yang terletak kira-kira 20km dari bandar utama Felda Sahabat, Cenderakasih.
Tan berkata siasatan polis masih diteruskan di kawasan terbabit.
Sementara itu, beliau berkata operasi menggeledah masih dijalankan di kawasan Kampung Tanjung Batu untuk mengesan saki-baki pengganas Sulu.

mStar

U Ulang I Saman! I Saman! U Ulang! Apa Macam?

Posted: 21 Mar 2013 09:02 PM PDT



Adeeh! Macam mana nih! U Ulang, I Saman, I Saman, U Ulang! Ok tak! Baru la fair and square. Patut-patut la, Ingat dia sorang je boleh buat macam-macam. orang lain tak boleh! Semua video dah nak keluar! Warna lagi tu! Apa macam? Sandiwara jugak kah? heee

Menurut laporan Utusan,

Menurut Rahim, Datuk Shazryl Eskay memberitahu beliau bahawa dia telah diekori dan dihubungi oleh beberapa orang individu yang tidak kenali yang meminta beliau agar menandatangani satu surat pengakuan sumpah, bahawa video tersebut hanyalah satu konspirasi dari pihak tertentu.

"Cerita Datuk Eskay pada saya, beliau telah diekori dan dihubungi oleh beberapa individu yang tidak dikenali untuk tukar pengakuannya. Kata Datuk Eskay, individu tersebut cuma mahu dia menandatangi satu surat yang telah pun disiapkan untuk menukar dakwaannya tentang video seks tersebut.

"Ceritanya lagi pada saya, jika dia menandatangani surat pengakuan sumpah tersebut, dia boleh sebut berapa sahaja jumlah wang yang dia mahu sebagai imbuhan dan wang itu akan dimasukkan ke dalam akaunnya baik di dalam ataupun di luar negara," jelas beliau dalam satu sidang media yang diadakan di bangunan Risda Jalan Ampang di sini hari ini.

Sidang media tersebut pada awalnya dijadualkan diadakan bersama dengan Datuk Shazryl Eskay namun di atas faktor-faktor keselamatan, beliau dinasihatkan untuk tidak hadir di dalam sidang media itu.

Bagaimanapun Rahim memberitahu, setakat ini hanya Datuk Eskay sahaja yang dihubungi oleh individu tersebut manakala beliau dan Datuk Shuib Lazim masih tidak mendapat tawaran sebegitu dari mana-mana pihak berhubung pendedahan video seks tersebut.

Seterusnya, beliau menegaskan bahawa cubaan pihak tertentu untuk memujuk dengan menawarkan imbuhan sejumlah wang yang besar itu adalah satu perbuatan yang sia-sia kerana beliau, Datuk Shazryl Eksay dan juga Datuk Shuib Lazim tidak akan berganjak dari kenyataan mereka sebelum ini.

"Saya nak nasihatkan mereka jangan buang masa. Apa yang kami dedahkan itu adalah satu perjuangan dan pengorbanan kami bertiga dan ianya bukanlah untuk dijual beli. Kami hanya mahu menegakkan kebenaran.

"Kami bukan seperti sesetengah orang yang boleh membuat u –turn dengan menjual harga diri mereka. Melihatkan dengan usaha intensif sesetengah pihak ini untuk memujuk Trio Dato T, khususnya Datuk Eskay, maka saya mengadakan sidang akhbar ini untuk mendedahkan modus operandi mereka," tegasnya.

Beliau hari ini sekali lagi mengulangi kenyataan, bahawa beliau, Datuk Eksay dan Datuk Shuib menegaskan bahawa Anwar Ibrahim adalah individu yang terlibat di dalam video tersebut.

"Video tersebut sudah kita hantar kepada beberapa pakar untuk diperiksa baik di dalam mahu pun di luar negara untuk membuktikan video tersebut adalah tulen, bukannya diedit dan sebagainya. Jika sebelum ini Anwar berkata, U Ulang I saman, maka hari ini saya nak ulang sekali kenyataan kami sebelum ini, bahawa beliaulah individu di dalam video tersebut.

"Dan jika Anwar mahu menyaman kami dipersilakan dan sekiranya ini berlaku, maka kita mempunyai peluang untuk menegakkan kebenaran tentang siapa fitnah siapa dalam isu video seks ini di dalam mahkamah,"akhiri beliau. (UTUSAN)

PANAS! Tian Chua Lagi Bertambah Kurang Ajar!

Posted: 21 Mar 2013 08:43 PM PDT


Teman pun tak tau nak kata apa! Bertambah kurang ajar! Tian Chua masih lagi tak boleh terima hakikat insiden berdarah di Lahad Datu sebagai realiti!! Ingat perkara tu main-main ke hingga menyebabkan kematian anggota keselamatan. Bab mati pun boleh berlakon ke? Masih lagi menuduh sebagai sandiwara. Tian Chua bagai mempermainkan institusi mahkamah..Apakah jenis pemimpin politik yang tidak menghormati mahkamah dan undang-undang?

Laporan Utusan,

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua seolah-olah mencabar institusi mahkamah, pihak berkuasa dan rakyat Malaysia yang semakin memuncak kemarahan kepada beliau apabila terus-terusan menyifatkan insiden pencerobohan kumpulan pengganas di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Terbaru, tohmahan secara terbuka Tian Chua dibuatnya ketika beliau berucap pada ceramah manifesto pakatan pembangkang Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman di sini malam tadi.

Ia hanya seminggu selepas prosiding pendakwaan terhadap Tian Chua bermula pada 14 Mac lalu apabila beliau dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung dakwaannya sebelum ini bahawa pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO.

Tian Chua didakwa membuat kenyataan kepada portal lidah rasmi PKR, Keadilan Daily pada 1 Mac lalu bahawa insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara UMNO.

Pada masa sama, Tian Chua tidak mempedulikan perasaan rakyat Malaysia yang mana sejak 1 hingga 20 Mac lalu, 1,361 laporan polis telah dibuat terhadapnya. Ia ekoran kenyataannya itu yang ternyata mengguris hati banyak pihak terutama keluarga perwira negara yang terkorban dalam Operasi Daulat memerangi kumpulan pengganas Kiram.

Dalam ucapan terbarunya malam tadi, Tian Chua mendakwa insiden pencerobohan di Sabah itu sebagai konspirasi UMNO dan BN untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah.

Ahli Parlimen Batu itu mendakwa, insiden pencerobohan yang dicetuskan oleh kumpulan pengganas Kiram itu digunakan oleh UMNO dan BN bertujuan mengalih perhatian masyarakat daripada isu pemberian kad pengenalan kepada orang asing di Sabah.

"Nampaknya, kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) gunakan kes ini untuk menakut-nakutkan rakyat dan mengalih pandangan orang awam daripada isu pokok iaitu satu tajuk yang sangat hangat (iaitu) Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Sabah iaitu projek IC (kad pengenalan) kepada orang asing secara banyak. Itu saya sifatkan sebagai konspirasi.

"Atas sebab itu saya tetap menyatakan adalah konspirasi UMNO untuk mencemarkan pihak pembangkang bukan sahaja dalam kes Lahad Datu tetapi setiap kes dari awal lagi. Kita lihat tiap kali pilihan raya mesti ada konspirasi untuk mencemar dan menjatuhkan imej pakatan pembangkang," katanya.

Malah, dalam ceramahnya kali ini, Ahli Parlimen Batu itu menambah tohmahan liar apabila mengaitkan tragedi Memali pada 1985 sebagai salah satu daripada konspirasi UMNO.

Seterusnya beliau mendakwa tidak pernah menghina anggota keselamatan sama ada polis atau tentera.

"Pada zaman reformasi berapa kali saya dihentam, dipukul, dibelasah oleh polis. Berapa kali saya ditahan. Pernah ke saya balas kekerasan itu. Pernah ke kita lakukan keganasan terhadap polis. Pernahkah kita baling batu kepada pihak polis.

"Ini adalah kerana kita menghormati peranan mereka (polis). Kita memahami mereka hanya menjalankan tugas apabila diarah," ujarnya.

OOOO..Ini Rupanya Pengganas Wanita Yang Ditangkap! TOMBOY Rupanya! Adeeh!

Posted: 21 Mar 2013 08:27 PM PDT


Pasukan keselamatan menembak mati seorang pengganas bersenjatakan parang manakala seorang pengganas wanita diberkas dalam operasi penggeledahan di Kampung Tanjung Batu di sini semalam.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, pengganas lelaki itu mati ditembak pada pukul 1.30 petang susulan daripada pertempuran yang tercetus pada pukul 11.30 pagi manakala dalam pertempuran tersebut juga seorang anggota tentera cedera di jari kiri akibat terkena serpihan peluru.

"Kita membunuh seorang musuh manakala seorang musuh wanita berusia 40-an ditahan.

"Anggota tentera daripada Unit Grup Gerak Khas (GGK) yang cedera pula stabil dirawat di Hospital Lahad Datu selepas pembedahan," kata beliau pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi Felda Sahabat 16 di sini semalam.

Menurut beliau, pengganas lelaki yang ditembak mati itu hanya bersenjatakan parang manakala wanita itu pula tiada senjata semasa ditangkap.

Kosmo

PANAS! Rupa-Rupanya Tian Chua La Yang Pernah Gigit Polis Dulu ek!

Posted: 21 Mar 2013 08:09 PM PDT


OOOOOOoooooohh………. Rupa-rupanya Tian Chua la yang pernah GIGIT POLIS dulu ! Duk baca blog rakan Mymassa, ada sepintas lalu ditulis aksi ala ANJING oleh Tian Chua itu. Yalah, ANJING suka gigit kan ? Sesiapa nak refresh cerita Tian Chua berkelakuan macam ANJING bolek KLiK http://www.malaysiakini.com/news/104520, dikatakan –

Katanya, keterangan Dr Norzilawati Ahmad, yang merawat Rosyaidi, menyatakan bahawa gigitan yang terdapat pada lengan anggota polis itu adalah kuat sehingga memberikan kesan.

Peeeergh…. Gigi Taringkah atau Gigi Kapak yang menggigit kuat hingga memberikan kesan ? Persoalan utama sekarang – adakah perbuatan menggigit Polis itu KEGEMARAN Tian Chua atau ia cuma satu kejadian terpencil ? Sebab kalau Tian Chua jenis SUKA Gigit Polis …. hmmmmm KLiK -

Oh and another 5K for someone who is willing to go give that kurang ajar AhBeng suka gigit polis a slap in the fucking face…..to claim send in a video of you doing it.

Apapun saya harap mangsa gigitan ala anjing oleh Tian Chua itu dah SAMAK lengannya.

Kalaulah ayat diatas berbunyi – RM5K kepada sesiapa yang sanggup menampar muka apek yang berperangai macam anjing yang suka gigit polis …. rasanya TIAN CHUAlah ORANGNYA !

Seperti yang dipaparkan dalam blog Mymassa, hanya yang berperangai binatang saja yang sanggup buat kerja fitnah sebegini -
walaupun dah kantoi masih tetap TIDAK MAHU bertanggungjawab dan minta maaf


Tian Chua pernah juga melanggar MATI seorang anggota Tentera ! Eeeerrr….. NAJIB/UMNO ? POLIS ? TENTERA ? BIADAP ?

Macam ada satu trend la pulak …apakah anda hairan Tian Chua boleh mengucapkan ini dan memaksudkan sebagaimana yang tersurat ? Elemen2nya sama !

tapi peliklah, macamana orang begini masih boleh jadi seorang wakil rakyat ?

Mungkin KUASA POLITIK mampu menyerlahkan sifat2 KEBINATANGAN orang2 tertentu ..

PS – Macamana orang Pas masih boleh terima orang sebegini sebagai Pemimpin untuk dipilih oleh pengundi Islam ? ?

http://dinturtle.blogspot.com/2013/03/ooooooh-tian-chua-lah-yang-pernah-gigit.html


UPDATED : Inilah Helikopter Kawalan Jauh Yang Membunuh Bayi 18 Bulan Di Paroi

Posted: 21 Mar 2013 07:52 PM PDT

Nurdamia Husnina Banee Yamin (gambar kecil), 18 bulan, maut akibat kepalanya terkena helikopter kawalan jauh yang terhempas pada majlis pelancaran padang bola sepak sintetik Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban, Negeri Sembilan malam Khamis

Seorang bayi berusia 18 bulan maut akibat kepalanya terkena helikopter kawalan jauh yang terhempas di majlis pelancaran padang bola sepak sintetik Kompleks Belia dan Sukan Paroi di sini malam Rabu.

Nurdamia Husnina Banee Yamin meninggal sejurus tiba untuk rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar, dalam kejadian kira-kira 10 malam itu.

Alat mainan itu turut mengenai bapanya Banee Yamin Idris, 35, di kepala dan dia turut menerima rawatan di hospital yang sama.

Seorang saksi, Abdul Latif Salim berkata helikopter mainan itu hilang kawalan sebelum menjunam ke arah orang ramai.

Dia juga sempat mengelak sebelum pesawat mainan itu terkena bayi tersebut yang sedang dipangku bapanya.

"Saya lihat kepala bayi itu berdarah yang kemudiannya dia dikejarkan bapanya ke ambulans di situ untuk dibawa ke hospital," katanya.

Pertunjukkan helikopter kawalan jauh itu merupakan sebahagian daripada acara di majlis tersebut yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.


Mohamad ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa di hospital melahirkan rasa sedih dan dukacita dengan kejadian itu yang disifatkannya sebagai di luar jangka.

Katanya kerajaan negeri akan menubuhkan lembaga siasatan bagi menyiasat bagaimana kejadian berlaku dan memastikan ia tidak berulang di masa depan.

Beliau berkata kerajaan negeri akan memastikan keluarga mangsa akan mendapat bantuan sewajarnya terutama bagi urusan pengkebumian bayi tersebut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata pengendali alat terbabit yang berusia 40 tahun telah membuat laporan polis dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan. - BERNAMA

UPDATED: Wanita Ditawan Pengganas Suli

Posted: 21 Mar 2013 06:26 PM PDT


Berpuluh-puluh penduduk di Kampung Kembara Sakti, Felda Sahabat 42 dekat sini semalam bertempiaran lari selepas kampung mereka didatangi empat lelaki bersenjata api dipercayai saki-baki kepada kumpulan pengganas Sulu.
Dalam kejadian pada pukul 2 petang itu, kumpulan lelaki berpakaian serba hitam kemudian memasuki rumah seorang penduduk di situ dan menjadikan tuan rumah berkenaan sebagai tawanan.
Satu sumber memberitahu, tuan rumah berkenaan membabitkan seorang wanita yang semasa kejadian tinggal bersendirian di rumah tersebut.
Tuan rumah itu diikat kedua-dua belah kaki dan tangan sebelum mangsa turut diugut bunuh jika melawan atau membuat bising. Selepas itu, kumpulan pengganas terbabit masuk ke dapur dan sibuk mencari makanan kerana dipercayai terlalu lapar.
Tuan rumah yang menyedari kumpulan empat lelaki itu terlalu sibuk mencari makanan di dapur mengambil peluang melepaskan diri.

Kosmo

Kronologi Operasi Daulat 16-21 Mac

Posted: 21 Mar 2013 05:00 PM PDT


Insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah masih berterusan dengan usaha mengesan dan membersih saki-baki pengganas dipertingkat pasukan keselamatan bagi mengembalikan keyakinan masyarakat berhubung tahap keselamatan di kawasan terjejas dengan peristiwa itu.

Langkah itu telah memecahkan benteng penceroboh yang kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil di kawasan zon merah Operasi Daulat selain beberapa lagi musuh ditembak mati dan ditangkap pasukan keselamatan dalam beberapa pertempuran.

Berikut adalah kronologi selepas 17 hari Operasi Daulat bagi menangani pencerobohan pengganas Filipina di Lahad Datu, Sabah:

16 Mac - Polis dalam peringkat akhir bagi menyiapkan kertas siasatan terhadap 27 suspek yang ditahan di daerah Semporna, dipercayai terlibat dalam insiden serangan hendap di Kampung Simunul pada 2 Mac lepas.

17 Mac - Pasukan keselamatan mencadangkan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) penempatan haram di beberapa perkampungan air di daerah Semporna dibersihkan bagi memastikan kawasan itu bebas daripada anasir keganasan serta aktiviti haram seperti penyeludupan senjata api dan dadah.

17 Mac - Pasukan keselamatan Operasi Daulat menembak mati seorang pengganas Sulu dari selatan Filipina dalam operasi di Kampung Tanjung Batu.

17 Mac - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib memberitahu 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan Operasi Daulat telah selesai dibedah siasat.

17 Mac - Pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur negeri itu, bermula di gugusan Felda Sahabat dengan menaik taraf struktur logistik.

19 Mac - Empat pertempuran berlaku antara pengganas dan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi menggeledah dan menjejaki musuh di kawasan Tanjung Batu, tiada kecederaan dilapor dalam pertempuran itu.

20 Mac - Lapan lelaki suspek pengganas dari selatan Filipina didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, atas pertuduhan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup dan Seksyen 121 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

21 Mac - Sehingga kini, 268 orang ditahan kerana memasuki zon merah kawasan operasi dan pelbagai kesalahan manakala 108 ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

21 Mac - Lapan warga Filipina berdepan hukuman mati dan penjara seumur hidup selepas didakwa di Mahkamah Tinggi Tawau atas pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menganggotai kumpulan pengganas. – BERNAMA

PANAS! Anwar Bakal Jadi Model Di Kotak Makanan?

Posted: 21 Mar 2013 04:00 PM PDT


Di sebalik tumpuan yang diberikan berhubung perkembangan terkini berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah, ada dikalangan pimpinan pakatan pembangkang sedang mengalami debaran yang penuh menyeksakan. Ini kerana pelbagai persoalan saling bermain di minda mereka, apakah masih akan terus kekal sebagai wakil rakyat atau sebalik?


Tambahan pula, umum mengetahui majoriti mereka gagal untuk memberikan khidmat yang terbaik pengundi, lantaran terlalu sibuk dengan pebagai program ceramah yang diadaka hampir setiap malam. Lebih menakut sehingga kini tarikh sebenar pilihanraya umum ke-13 (PRU1) masih lagi samar-samar dan terus menjadi teka-teki.

Pelbagai pendekatan dan kaedah telah digunakan bagi menarik simpati rakyat agar terpengaruh dengan pelbagai janji yang diberikan, walapun sebilangan besar janji yang diberikan sebelum ini masih lagi gagal dilaksanakan.

Di sebalik keghairahan mereka untuk terus memperdayakan rakyat, penulis tertarik dengan satu lagi produk terbaru yang dilancarkan oleh pencacai pakatan pembangkang malam tadi.

Mereka yang agak kepenatan dan ketandusan idea telah memperkenal satu produk sarapan sebagai modal kempen bagi menarik simpati pengundi. Menu sarapan yang dikenali sebagai 'Special A' itu telah mengunakan lukisan karikatur wajah Anwar Ibrahim sebagai model.

Dari satu sudut, ia agak lucu kerana ia merupakan percubaan yang lain daripada yang lain namun dari satu sudut yang lain pula, penulis melihat ia sebagai satu persediaan buat Anwar dalam menghadapi kemungkinan GAGAL meraih sokongan majoriti. Sekiranya itu berlaku, maka ia bakal meranapkan impiannya untuk dinobatkan sebagai perdana menteri.

Ia berdasarkan kepada beberapa analisa mengenai perkembangan dan arah sokongan rakyat terhadap parti-parti politik yang bakal bertanding. Yang mana melalui analisa tersebut, ia mengatakan peratusan untuk pakatan pembangkang merampas Putrajaya adalah amat tipis.

Tambahan pula perkembangan isu di Sabah dilihat telah menyakinkan rakyat akan kemampuan sebenar kerajaan BN/Umno dalam menanggani krisis kedaulatan negara. Malahan kegagalan pakatan pembangkang memberikan sokongan serta bersimpati terhadap perwira dan rakyat Sabah telah menyebabkan para pengundi atas pagar mengalihkan arah sokongan mereka.

Lebih memeranjatkan dan mengecewakan mereka, apabila membaca laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita antarabangsa, media Filipina dan kenyataan perisikan tentara negara tersebut. Yang antara lainnya mengatakan wujud kemungkinan, penglibatan pimpinan pakatan pembangkang yang menjadi dalang sehingga mengorbankan nyawa 10 orang perwira negara.

Walaupun mereka cuba untuk terus menyalahkan kerajaan dengan pelbagai hujah yang sengaja dicipta, namun yang nyata rakyat ketika ini sudah semakin cerdik dan tidak mudah untuk terus diperbodohkan dengan pendekatan politik kebencian.

Kesimpulannya, jauh di sudut hati Anwar selaku ketua pembangkang, turut mengakui dan merasakan misi menawan Putrajaya bakal berdepan dengan kegagalan. Tambahan pula dia hanya mampu menawarkan 'bulan dan bintang', berbanding dengan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang menunaikan janji serta meletakkan harapan rakyat sebagai keutamaan.

Maka pendekatan pencacai untuk meletakkan Anwar sebagai model di kotak menu sarapan adalah tepat pada masanya. Ini kerana sekiranya pakatan pembangkang gagal mendapat kepercayaan rakyat, maka jalan terbaik untuk Anwar ialah mencuba karier baru sebagai sorang model di kotak-kotak produk makanan.

Suara Generasi Baru

PDRM Siap!!!!

Posted: 21 Mar 2013 03:00 PM PDT


Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan dalam pilihan raya kali ini biarpun dijangkakan lebih mencabar berbanding pilihan raya sebelum ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata PDRM melakukan persiapan rapi kerana komited untuk merealisasikan hasrat dan dasar dalam menentukan ketenteraman awam diberi keutamaan demi kesejahteraan rakyat.

Katanya antara persiapan yang dibuat termasuklah mengadakan kursus, mengenal pasti bentuk penugasan pilihan raya, keperluan logistik dan kebajikan.

"Elemen tenaga sumber manusia dan sokongan logistik seperti kenderaan dan komunikasi perlu diaturkan penugasan secara strategik supaya semua situasi dapat ditangani. Persiapan juga termasuklah mentafsir tahap ancaman dan sebagainya," katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook PDRM pada Khamis.

Ismail berkata advokasi melalui media baharu seperti Facebook, Twitter, Portal Rasmi PDRM juga menjurus kepada kempen keamanan demi mencegah penularan hasutan dan berita palsu berkisar kepada PRU-13. Beliau menegaskan polis yang bertugas pada pilihan raya nanti tidak akan berkompromi dengan apa jua anasir dan bertindak tegas terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang.

Katanya rakyat perlu diberi keyakinan bahawa ketenteraman dan keselamatan sepanjang proses pilihan raya kelak akan dijamin berjalan dengan lancar dan adil.

"Desas-desus dan hasutan yang mengapi-apikan keadaan huru-hara seperti rusuhan kaum dan keadaan kucar-kacir selepas PRU-13 haruslah ditangani dengan baik untuk tidak membangkitkan perasaan panik di kalangan masyarakat," katanya. -BERNAMA

BN Harus Manfaat Ruang Siber Tangkis Dakyah Pembangkang

Posted: 21 Mar 2013 02:00 PM PDT


Kerajaan Barisan Nasional (BN) disaran memanfaat ruang siber sebagai medium menangkis dakyah pembangkang yang bijak memanipulasi maklumat bagi menanam persepsi negatif di kalangan masyarakat.

Pensyarah kanan dan penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM)Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata 'cybertrooper' pro kerajaan perlu menjadi peserta aktif, bukan sahaja dalam ruang blog atau laman web mereka sendiri, malah di ruangan komen portal berita supaya persepsi masyarakat terhadap dasar kerajaan dapat diperbetul.

"Portal berita seperti Free Malaysia Today, Malaysiakini dan Malaysian Insider menjadi rujukan popular. Namun kadangkala ulasan atau komen yang diberi pembaca bertujuan memanipulasi persepsi umum mengenai sesuatu perkara dan ini perlu ditangkis serta merta," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program bual bicara 'Kemunculan Media Baru dalam Konteks Malaysia Masa Kini dan Kesan Kepada Masyarakat' anjuran Jabatan Penerangan Pulau Pinang.

Beliau turut menyaran pengendali media alternatif pro kerajaan menjadi lebih kreatif dalam menyalur dan mengolah maklumat agar mudah dicerna serta diterima orang ramai, terutama generasi muda. Dalam program bual bicara hampir dua jam itu, Sivamurugan turut menyelar pengguna siber yang cuba menjadi wartawan tidak bertauliah dengan memanipulasi isu sensasi serta mengeluarkan pendapat masing-masing tanpa mengira sensitiviti atas nama hak kebebasan bersuara.

"Mereka ini menulis tanpa etika, keterbatasan undang-undang dan hasil 'karya' mereka tidak melalui proses penapisan sewajarnya. Ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada pembaca," katanya.

Beliau berkata fakta yang dipesong, terutama dilakukan atas kepentingan politik, boleh mengganggu proses memahami situasi sebenar sesuatu keadaan dan menimbulkan suasana tidak tenteram di kalangan masyarakat.

Sehubungan itu, Sivamurugan menggesa pengguna siber menjadi individu lebih bertanggungjawab dalam menyuarakan pandangan tanpa menggugat keharmonian pelbagai kaum di negara ini.

"Dalam ruang maya, ada maklumat yang salah dianggap benar, begitu juga sebaliknya. Kerana itu, perlu ada kematangan dalam menyalur pendapat. Seseorang individu perlu melalui transisi untuk mencapai kematangan dan yang pastinya, ia diperoleh dari pendidikan dan rasa tanggungjawab," katanya.-BERNAMA

Janji Ditepati NKRA Lepasi Sasaran

Posted: 21 Mar 2013 01:00 PM PDT


Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai laporan tahunan untuk GTP & ETP 2012 sudah pastinya akan membuatkan jauh di sudut hati para pencacai pakatan haram mengangkat tangan tabik hormat kepada kerajaan BN/Umno. Malah pembentangan laporan tersebut sepatutnya berjaya membuka mata dan hati mereka sekiranya mengambil pendekatan berlapang dada dan menilai semula antara fakta dan penipuan.

Ia susulan kejayaan kesemua NKRA kerajaan yang berjaya menunjukkan pencapaian yang baik dan menepati sasaran yang telah ditetapkan sebelum ini. Malah setiap baris ayat yang diucapkan oleh Perdana Menteri semalam, adalah merupakan bukti bahawa kerajaan BN telah mengotakan segala janji kepada rakyat.

Ia selari dengan tema kerajaan 'Janji Ditepati' sekaligus menepati slogan 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'. Berbeza dengan pembangkang melalui 'Manifesto bukan Janji' yang hanya mampu memberikan impian 'bulan dan bintang' namun apabila sampai masanya memungkiri janji tersebut ibarat melepaskan batu ditangga.

Laporan tahunan untuk GTP & ETP 2012 semalam membuktikan transformasi dilaksanakan kerajaan sebelum ini telah berjaya menunjukkan keberhasilan. Semua maklumat dikaji, dikumpul dan kemudiannya dibentangkan kepada seluruh rakyat bagi menunjukan ketelusan kerajaan dalam memberikan fakta yang benar dan sahih.

Lebih menarik lagi ialah, ketika pakatan pembangkang yang sebelum ini mengkritik tindakan kerajaan yang dikatakan terlalu boros berbelanja semata-mata untuk meraih undi pendapatan negara (GNI) masih berjaya menunjukkan peningkatan sebanyak 49% sepanjang 3 tahun lepas. Walaupun ekonomi dunia berada dalam kegawatan, namun pertumbuhan negara sepanjang 3 tahun lepas mengjangkaui purata global. 7.2% 2011 dan 5.2% 2012.

Tambah membanggakan, kadar kemiskinan negara juga menunjukan indeks penurunan dari 3.8 peratus pada 2009 kepada 1.7 peratus pada tahun 2012. Malam kadar inflasi negara juga turut kekal rendah pada kadar 1.3 peratus setakat Januari 2013.

Bukan setakat itu sahaja, sepanjang menerajui pentadbiran negara, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib juga telah berjaya mewujudkan sebanyak 438,000 peluang pekerjaan dari 2011-2012. Malah seramai 106,967 orang berjaya didaftarkan dan dilibatkan di bawah program-program 1Azam bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka dan sebanyak 89% atau lebih 100,000 mereka yang mendaftar dalam E-Kasih telah dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan dalam tempoh hanya 3 tahun.

Walaupun pakatan pembangkan sering mengatakan, kononnya kerajaan BN/Umno rasuah, tidak selamat dan sebagainya, namun mengikut indeks kadar jenayah yang dikeluarkan telah menunjukkan kadar penurunan sebanyak 27% sepanjang 3 tahun lepas. Malah Kedudukan Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International juga menunjukkan peningkatan: naik enam anak tangga kepada kedudukan ke-54 pada tahun 2012 dengan seramai 1,172 pesalah rasuah telah disiarkan dalam laman web MACC.

Secara keseluruhan pembangkang hanya mampu melemparkan pelbagai dakwaan untuk mewujudkan sentimen kebencian di kalangan rakyat, namun hakikat sebenarnya semuanya langsung tidak mempunyai asas.

Dengan data-data yang dibentangkan semalam turut membuktikan bahawa kerajaan benar-benar ikhlas ingin menawarkan perkhidmatan terbaik buat rakyat.

Dakwaan Tawar Wang: Sila Anwar Saman Eskay

Posted: 21 Mar 2013 12:00 PM PDT


N SURENDRAN, budak estet yang berjaya menjadi peguam kerana sistem pendidikan negara yang telus dan adil dibawah pemerintahan kerajaan BN, hari ini dengan megah mendakwa sesiapa juga yang bawa cerita bohong tentang Anwar akan disaman sampai muflis.

Kenyataan Surendran itu dibuat semasa memfailkan saman berjumlah RM 100 juta terhadap seorang blogger yang didakwa memfitnah Anwar berhubung penyebaran satu video klip yang menunjukkan perlakuan seks sejenis.

Dari cara ia diucapkan, seolah-olah Surendran pasti 100% bahawa apa jua kes saman membabitkan Anwar di Mahkamah akan dimenangi ketua pembangkang tersebut.  Macam dia pulak hakim, walhal dia peguam saja pun.  Tak tahulah kalau lain-lain kira di belakang dengan hakim kan.

Anwar tahu sajalah.

Tapi itu nantilah kita sembang, hari ini penulis lebih berminat nak merujuk kepada dakwaan terbaru Datuk Eskay Abdullah yang dibuat melalui rakannya Tan Sri Rahim Tamby Chik bahawa Anwar cuba menawarkan sejumlah wang yang banyak kepada Eskay supaya beliau menandatangani akuan bersumpah yang menafikan pembabitan Anwar dalam satu video seks dengan pelacur China.

Eskay, macam yang kita sedia maklum, sering terlepas dari tindakan undang-undang oleh Anwar.  Selain beliau, ada juga ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin, turut mendapat 'imuniti' dari disaman Anwar, tak kiralah apa yang dikatakan beliau mengenai Anwar, macam video di bawah:-

Persoalannya sekarang, bila Anwar nak saman semua orang tu?

Pandai pulak Anwar pilih-pilih nak saman orang mana satu ya.  Walhal kalau nak diikutkan kepada damaging, besar juga dakwaan yang dibuat oleh orang-orang ini, tapi pelik, kenapa dia tidak saman?

Baru-baru ini pun ada seorang peguam dalam pasukan pembelaan kes Anwar meliwat Saiful dulu bernama Yuktes Vijay tampil dengan cerita sebenar di sebalik kes tersebut, sepatutnya Anwar di dapati bersalah, tapi kerana kelemahan pegawai penyiasat, hakim berasa tidak selamat untuk menyabitkan Anwar dengan kesalahan tersebut, bukan sebab tak liwat.

Sekali lagi, bila Anwar nak saman Yuktes?

Jadi kesimpulannya, toksah Surendran nak temberang banyaklah.  Setakat saman RM 100 juta, dapat RM 100 ribu (itupun belum tentu, silap-silap selesai luar Mahkamah), tak siapa pun yang boleh bankrap.

Lagipun, rakyat bukan bodoh nak nilai konsistensi Anwar dalam bab saman menyaman ni.  Dengan orang ini cakap lain, dengan orang itu cakap yang lain pulak.

Mykmu.net

TU DIA! Khalid Ibrahim Di Saman RM5 Billion

Posted: 21 Mar 2013 11:15 AM PDT


Mahkamah Tinggi menetapkan 5 April bagi pengurusan kes saman oleh dua pemilik tanah terhadap kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menuntut ganti rugi RM5 bilion berhubung pengambilalihan tanah di Mukim Ijok.

Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas kes berkenaan disebut di depannya.

Peguam B.Thangaraj dan Azad Bashir mewakili pemilik tanah LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd manakala pegawai penasihat undang-undang negeri Selangor Ahmad Fuad Othman mewakili Abdul Khalid dan defendan lain.

Azad memberitahu media mahkamah menetapkan tarikh itu bagi membolehkan Abdul Khalid dan defendan menfailkan pembelaan.

Selain Abdul Khalid, pengarah tanah dan galian Selangor, pendaftar hak milik negeri itu, pentadbir tanah Kuala Selangor serta kerajaan negeri Selangor dinamakan sebagai defendan.

Kedua-dua pemilik, yang juga sebuah syarikat pembangunan tanah, mendakwa defendan tanpa alasan kukuh meneruskan polisi "land grab" bagi mengambil alih tanah yang diberi milikan kepada mereka.

Syarikat itu mendakwa defendan mempunyai pengetahuan penuh bahawa tanah itu telah diberi milik kepada mereka bagi pembangunan bersepadu di kawasan Revolusi Hijau Bukit Cerakah di mukim itu dan juga pembangunan lain seperti bangunan perniagaan termasuk perubatan, rekreasi, sekolah dan asrama. Syarikat itu memohon, antara lain, deklarasi bahawa keputusan defendan untuk mengambil alih tanah berkenaan pada 2011 dan 2012 adalah tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai kesan undang-undang.

Keseluruhannya, plaintif menuntut ganti rugi berjumlah RM5 bilion bagi kehilangan tanah itu, faedah serta kos. -BERNAMA
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...