Apple Biru |
- HOT NEWS : Anwar Penderhaka atau Pengkhianat, Runding Dengan Sulu Tentang Sabah
- Inkues Kematian William Yau : Masih Lagi Misteri!
- BERITA TERKINI:PENGGANAS KIRAM AZUMUDIE DIBUNUH PENGIKUT SENDIRI
- BREAKING NEWS : YES OR NO? Abby Abadi Tengah Panas Punggung Der!
- PANAS! Anwar Bersandiwara! Ada Helah Tersembunyi?
- BONGKAR! Skandal RM50,000 Abby Abadi Di London Bersama Lelaki Misteri
- TERKINI: Nik Aziz Sakit Perut! Adeeh!
- UPDATED 6.00 PM: Mayat 28 Pengganas Sulu Dikebumi Sementara Dituntut Waris
- Siapa Pulak Nih??? Mengaku Berpangkat Kapten Tapi Sebenarnya Prebet Aje! Golongan Penipu Dalam PR!
- PANAS! Pengganas Kiram Kena Baca Nih! Jangan Kena Tipu Dengan Kiram III
- AMIK KAWW! 8 suspek rakyat Filipina didakwa lancar perang terhadap Yang di-Pertuan Agong
- UPDATED 3.00 PM: Satu lagi mayat pengganas Kiram ditemui
- UPDATED: Suspek Pengganas Sulu Akan Didakwa Di Lahad Datu Pada Rabu
- UPDATED : Kereta Perisai Adnan Mula Menggempur Pengganas
- Hari Ke-15, 10 Nyawa Terkorban, Baru Anwar Nak Beri Sokongan?
- UPDATED : Tiga Cabang ATM Gempur Pengganas
- LAWAK BODOH! Kiram Meroyan Macam Biul!
- KIRAM JANGAN NAK MENYIBUK! Sabah Selama-Lamanya Sebahagian Daripada Persekutuan Malaysia
- PRU-13: MIC Sedia Bertanding 9 Kerusi Parlimen, 19 DUN
- Pencerobohan Di Lahad Datu Tidak Jejas Ketenteraman Lawas
- PRU-13: BN Pertaruh 80% Muka Baru Di Selangor
- 5.369 juta penerima BR1M tunai baucar
- PRU-13: Pemimpin BN, Pakatan Rakyat Digesa Tolak Keganasan Politik
- PRU-13: 40% Veteran BN Akan Digugurkan
- Matlamat Transformasi Kerajaan Berjaya Dicapai
| HOT NEWS : Anwar Penderhaka atau Pengkhianat, Runding Dengan Sulu Tentang Sabah Posted: 20 Mar 2013 09:00 AM PDT Pengkhianatan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai dalang utama dalam krisis keselamatan di Lahad Datu yang menggugat kedaulatan negara semakin terserlah berdasarkan kepada beberapa perkembangan. Berlandaskan reaksi dan kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang, mereka nampaknya tidak mahu krisis keselamatan itu berakhir tetapi sebaliknya mahu ia berterusan. Tujuannya ialah supaya keadaan politik dan keamanan di negeri Sabah menjadi kelam kabut sehingga menimbulkan keadaan huru hara menjelang Pilihan Raya Umum ke 13. Inilah sebenarnya yang dirancang oleh Anwar apabila bertemu dengan kumpulan pemisah Moro, Nur Misuari beberapa bulan lalu. Sementara Anwar tidak henti henti memainkan isu-isu berkaitan Sabah seperti kehadiran pendatang asing, kad pengenalan kepada pendatang asing, royalti minyak, balak dan sebagainya, Misuari bersama-sama puak yang berlakon sebagai pewaris kesultanan Sulu pula bersiap sedia menyerang Sabah. Bukan sahaja pengganas Sulu sudah menyebabkan 10 anggota keselamatan Malaysia terbunuh, tetapi kini dengan angkuh dan sombong tidak mahu sebarang gencatan senjata diadakan. Bagaimana segerombolan kecil pengganas begitu berani meneruskan tindakan ganas mereka sekiranya mereka tidak mendapat sokongan daripada pihak pembangkang di negara ini. Komplot pembangkang dengan pengganas Sulu semakin jelas apabila pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat membuat keputusan mengadakan perbincangan dengan pihak kesultanan Sulu mengenai tuntutan mereka ke atas Sabah. Sememangnya Anwar sudah berkomplot dengan puak pengganas untuk menerima tuntutan mereka sekiranya Pakatan Rakyat menang pada peringkat pusat dalam PRU13 kelak. Pada permukaannya Anwar seolah-olah prihatin kepada tuntutan puak kesultanan Sulu terhadap tuntutan mereka ke atas Sabah tetapi motif sebenar ialah untuk memisahkan negeri itu daripada Persekutuan Malaysia. Anwar sebenarnya ingin menjayakan agenda untuk menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri Kristian di tengah-tengah Nusantara. Seperti pemisahan Timor Timor daripada Indonesia pada 1999, Sabah juga ingin dijadikan salah satu pusat utama Kristian di rantau untuk mengekang pengaruh besar Islam dan kekuatan umat Islam. Kini Anwar juga menggunakan Misuari untuk mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia menjajah Sabah. Apabila kerajaan tidak melayan tawaran beliau untuk menjadi orang tengah dalam kemelut keselamatan di Lahad Datu, Misuari terus menunjukkan belang sebenarnya yang mahu perang berpanjangan. Pengkhianatan Anwar untuk memusnahkan Malaysia tidak boleh dibiarkan lagi. Sebelum ia merebak menjadi barah yang tidak boleh dikawal, kerajaan hendaklah bertindak terhadap Anwar dan pemimpin pembangkang. Pembangkang juga ingin mengeruhkan hubungan diplomatik dengan Filipina dengan memfitnah pihak keselamatan kononnya berlakunya kekejaman terhadap rakyat negara itu. Namun pembangkang terus menikus dan tidak berkata sepatah pun untuk menunjukkan mereka prihatin terhadap nasib keluarga anggota keselamatan yang mati terkorban. Malah pemimpin Pas yang jahil dan kolot bernama Harun Taib pula mempertikaikan status kematian anggota keselamatan yang beragama Islam dengan mengatakan mereka hanyalah 'syahid dunia'. Bagi mereka hanya Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya sahaja yang benar-benar syahid kerana menentang kerajaan UMNO-Barisan Nasional. Dengan mendakwa apa yang berlaku di Sabah adalah sandiwara UMNO dan cara kerajaan untuk mengalihkan pandangan daripada isu pemberian kad pengenalan biru kepada pendatang asing, pemimpin PKR seperti Tian Chua sudah pada awal-awal lagi cuba meracun pemikiran rakyat. Kenyataan itu bukanlah sesuatu yang tidak disengajakan tetapi adalah sudah dirancang untuk memberi imej negatif kepada pasukan keselamatan negara dengan matlamat untuk menurunkan semangat juang mereka. Strategi Anwar untuk menarik keluar Sabah daripada Malaysia akan memakan dirinya sendiri. Ini kerana kerajaan sedang dalam proses mengumpul sebanyak mungkin maklumat perisikan untuk membongkar dalang atau pihak yang menggaut keuntungan daripada krisis ini. Apa yang berlaku di Lahad Datu bukan berlaku secara spontan atau tanpa sebarang motif tetapi adalah rancangan licik yang melibatkan pembangkang, puak pemisah, kesultanan Sulu dan gerakan antarabangsa Zionis-Yahudi. Kiram dan geng bersenjatanya hanyalah kuda tunggangan yang tidak mempunyai apa-apa nilai tetapi berguna setakat untuk dieksplotasikan kebodohan dan kejahilan mereka. Suara Generasi Baru |
| Inkues Kematian William Yau : Masih Lagi Misteri! Posted: 20 Mar 2013 08:30 AM PDT Kematian kanak-kanak malang William Yau Zhen Zhong masih lagi menjadi tanda tanya. Inkues kematian kanak-kanak malang William Yau Zhen Zhong masih lagi berjalan. Teman rasa rakyat Malaysia masih lagi menunggu hasil inkues tersebut sari masa ke semasa. Terlalu banyak spekulasi yang berlegar-legar samada kematian William Yau disebabkan kemalangan ataupun penderaan. Laporan terbaru, Koroner Mohd Hezri Shaharil yang mendengar inkues kematian kanak-kanak William Yau Zhen Zhong pada Rabu melawat lokasi kanak-kanak itu dilaporkan hilang Januari lepas di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya. Beliau tiba di lokasi itu pada pukul 3 petang diiringi Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt dan peguam Goh Kim Lian, yang mewakili keluarga mendiang William, pegawai polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Subang Jaya ASP Mohd Zainal Abdullah dan beberapa anggota polis. Turut hadir bapa William, Yau Kok Kang, 32, dan ibu kanak-kanak malang berusia enam tahun itu, Goh Ying Ying, 26. Dalam lawatan 20 minit itu, Mohd Hezri dibawa melihat kedudukan dan keadaan longkang yang ditemui pada jarak lima meter dari tempat bapa mangsa meletakkan kereta yang dipercayai tidak ditutup dengan palang besi pada malam kejadian. Koroner itu juga dibawa melawat sebuah kedai elektrik yang disinggahi pasangan itu pada malam kehilangan William, serta satu lagi longkang kira-kira 200 meter dari kedai elektrik berkenaan. Longkang itu difahamkan bersambung dengan Sungai Sireh. Mayat William ditemui pada 24 Januari lepas di Jeti Kampung Sungai Sireh selepas dilaporkan hilang pada 16 Januari di Jalan Putra Mahkota. Kanak-kanak itu dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik. Prosiding inkues akan disambung selama tiga hari mulai 22 April. Ia bermula 11 Mac lepas selama dua hari. BERNAMA |
| BERITA TERKINI:PENGGANAS KIRAM AZUMUDIE DIBUNUH PENGIKUT SENDIRI Posted: 20 Mar 2013 07:37 AM PDT Berita yang kami terima, Pengganas Azumudie yang mengepalai lebih kurang 250 pengganas Kiram dilaporkan telah terbunuh. Ianya sesuatu yang sukar dipercayai apabila kematiannya bukan disebabkan oleh tembakan pasukan Perajurit Negara kita, sebaliknya kematian Pengganas Azumudie kerana ditembak oleh salah seorang pengawalnya sendiri. Tidak ramai yang tahu, Pengganas Azumudie yang menggunakan Tangkal bersaiz besar di lehernya dikelilingi oleh kira-kira 60 pengawal peribadinya yang lengkap berpakaian tentera dan bersenjata. Tiada siapa boleh mendekatinya. Kepungan oleh pasukan Perajurit Negara telah membunuh semangat mereka. Semangat pengawal elit Azumudie jatuh menjunam kerana perancangan awal mereka semuanya tidak menjadi. Sebelum kematian Azumudie, diberitakan kepada kami bahawa pengawal elit Azumudie terlebih dahulu menembak mati anggota-anggota mereka yang belot dan ingin menyerah diri. Terdapat banyak kubur-kubur besar dan sederhana besar dipenuhi mayat-mayat mereka, sama ada mati semasa pertempuran atau mati kerana dibunuh oleh mereka sendiri. Segala Mitos kononnya Azumudie boleh berjalan di atas air laut menyeberangi lautan ke pulau-pulau di selatan Filipina hanya kepercayaan kurafat. Semuanya tidak menjadi. Sehingga kini tiada siapa tahu di mana mayat Azumudie. Sama ada dia telah ditanam di mana-mana kawasan hanya diketahui oleh 60 pengawal elitnya yang kini berpecah-pecah menjadi kumpulan kecil 10 dan 15 orang. Jika sumber kami ini benar, maknanya Perang ke atas pengganas Kiram sudah sampai ke kemuncaknya. Perjuangan mereka sia-sia sahaja. SALAH PERKIRAAN Rancangan Pengganas Azumudie ialah, apabila dibubarkan sahaja Parlimen pada 28 Februari 2013 atau 1 Mac 2012, mereka akan melakukan serang hendap ke atas kedudukan strategik seperti Balai Polis Lahad Datu dan Balai Polis Semporna. Rancangan asal mereka ialah untuk mencolek seberapa banyak tokoh-tokoh politik untuk dijadikan tebusan dalam tuntutan mereka kelak. Pada 19 Februari 2013, mereka mula menaikkan bendera kononnya kerajaan Jamalul Kiram di pesisir Kg. Tandou, Tg. Batu, Tg. Labian dan sekitar Sungai Nyamuk. Mereka mula berlatih berkawad. Namun begitu, berlaku kesilapan apabila Parlimen tidak dibubarkan pada masa mereka mendarat. Di pihak Anwar, kesilapan turut berlaku bila mana Rancangan Anwar mahu melihat Porak-Peranda berlaku di Lahad Datu menjelang Pembubaran Parlimen pada 1 Mac 2013 tidak menjadi. Anwar mendapat maklumat yang tidak tepat tentang tarikh pembubaran parlimen. Anwar tahu, untuk berkuasa beliau mesti Menghuru-harakan Sabah kerana Sabah merupakan Fix Deposit BN. Anwar tahu jika PRU13 Digantung di Sabah, Anwar yakin untuk menang di Semenanjung. Perancangan Anwar semakin parah apabila Presiden Filipina dan Agensi Risikan Filipina menemui Bukti pembabitan Anwar dalam insiden di Lahad Datu. Ianya merupakan proses "give and take" dan "win-win situation" antara pihak ANwar dengan pihak Jamalul Kiram (melalui Nur Misuari). Kesilapan semakin besar apabila, orang kanannya Tian Chua melakukan Kesilapan awal bilamana memperolok dan memperlekeh insiden di Lahad Datu sebagai "Sandiwara". Malang kepada mereka, apabila hari ini di mana saja Tian Chua pergi Rakyat Bangun menentangnya dan menghalaunya. |
| BREAKING NEWS : YES OR NO? Abby Abadi Tengah Panas Punggung Der! Posted: 20 Mar 2013 07:00 AM PDT Aduyaiii! Ustazah Segera PAS Abby Abadi tengah serabut der! Serangan bertubi-tubi menanyakan soalan tentang Skandal RM50,000 di London. Tak berani nak jawab. Orang tanya lain, dia jawab lain pulak! Dah macam Anwar jugak la..Orang tanya YES or NO, berputar-putar bagi jawapan lain. Si Abby munafik ni dah tak sabar nak tengok blogger bongkarkan kisah sebenar dia berada di London tu la kot! Nanti jadi macam Bang Nuar! Siap keluar gambar dan video sekali! Ada bran?..Silap haribulan Abby ni nak saman RM100 juta pulak! Macam la puak-puak ni bila nak tutup malu! Saman dan saman..ptuii!!! |
| PANAS! Anwar Bersandiwara! Ada Helah Tersembunyi? Posted: 20 Mar 2013 06:26 AM PDT Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semalam memberitahu media bahawa Pakatan Haram menyokong penuh segala tindakan pasukan keselamatan negara yang mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah. Dalam kenyataannya sejurus selepas mesyuarat Pakatan Haram itu, Anwar turut menuduh Kerajaan BN cuba "meraih sokongan politik" berhubung insiden pencerobohan pengganas yang diketuai "sultan palsu", Jamalul Kiram, di Filipina. Apa jenis lakonan "sandiwara" yang Anwar dan Pakatan Haram cuba lakonkan semalam dari kenyataannya berhubung insiden yang mengugat kedaulatan negara itu? Selepas 15 hari pasukan PDRM dan ATM menggempur pengganas-pengganas, baru Anwar nak beri kenyataan? Selepas 10 orang wira negara terkorban dibunuh gerila pengganas yang dipercayai dihantar "rakan baik"nya, baru Anwar nak puji PDRM dan ATM? Kenapa ketika Tian Chua menuduh insiden berdarah itu sebagai "sandiwara", Anwar tidak "sekeh" kepala Naib Presiden PKR itu? Atau sebetulnya semua ini adalah "sandiwara" Anwar – Nur Misuari – Kiram? Selama 15 hari pasukan PDRM dan ATM berhadapan dengan musuh, ada Anwar ambil tahu atau melawat wilayah konflik di Lahad Datu itu? Ada dia bertanya khabar pada keluarga mangsa atau sekurang-kurangnya menenangkan hati mereka yang hiba? Anwar bangga dengan Tian Chua yang menghina anggota keselamatan yang terkorban? Anwar bangga dengan penyokongnya yang menggelar wira-wira negara itu sebagai "anjing yang mati katak"? Inilah moral jijik dan politik keji Pakatan Haram! Mereka sedar melihat sokongan rakyat yang tidak berbelah bagi pada PDRM dan ATM. Tindakan rakyat itu membuat mereka kecut perut dan cepat-cepat membuat pusingan U membelot. Mereka belot pada Tian Chua dan Sivarasa yang bersusah payah ke Manila. Mereka belot pada Nur Misuari dan Jamalul Kiram. Mengapa? Semuanya kerana mereka mahukan undi rakyat pada PRU ke-13 nanti. Persoalannya, ikhlaskah mereka? Atau semata-mata mahukan kuasa, mereka sanggup bermuka-muka untuk memenangin hati rakyat? Suara Generasi Baru |
| BONGKAR! Skandal RM50,000 Abby Abadi Di London Bersama Lelaki Misteri Posted: 20 Mar 2013 05:14 AM PDT ABBY Abadi yang sedang digelarkan sebagai Ustazah Mee Segera ini semakin hari semakin melampau dan berbagai-bagai fatwa gila dikeluarkannya termasuklah menyokong gerakan pengganas Kiram di Lahad Datu dan juga mengangkat pengganas Kiram yang mati itu sebagai mati syahid dan kegilaan beliau semakin menjadi-jadi. Saya tidak berminat untuk menulis tentang selebriti munafik ini tetapi sejak melihat tingkahnya di media maya semakin menjadi-jadi,tekak tiba-tiba terasa loya melihat betapa `alim dan mulianya' bekas selebriti ini dan bekas barang terpakai tinggalan Norman Hakim ini perlu diberikan kata dua supaya beliau tahu bahawa ada orang tahu siapa beliau sebenarnya. Bekas pelakon ini boleh dikategorikan antara wanita nakal,bermulut jahat,merelakan dirinya jadi alat untuk memecahbelahkan indsutri dunia hiburan tanahair dan janda Norman Hakim ini perlu diajar supaya tidak menjadi telunjuk lurus tetapi kelingking berkait dan kalau mahu bertaubat sekalipun taubatlah sepenuhnya dan jangan berlakon sebagai orang baik-baik sedangkan hakikatnya Abby bagaikan menyembunyikan `kejalangannya' baik dari tutur kata serta perbuatannya. Saya ingin memberikan peringataan kepada Abby Abadi bahawa saya tahu apa yang berlaku di London baru-baru ini dan dengan siapa Abby ke sana.Siapa VVIP yang menaja segala perbelanjaan.Abby ke London yang pada mulanya hanya berbekalkan satu beg tetapi pulangnya ke Malaysia dengan enam beg dan beg-begnya dibawa oleh private jet balik ke Malaysia.Dan apa kerja yang Abby lakukan hingga dapat bayaran RM50,000 selama seminggu?Takkan menyanyi ataupun berceramah di London hingga dapat bayaran sedemikan besar jumlahnya. Ini peringatan kepada Abby,Jika beliau tidak menghentikan keceluparannya mempermainkan agama,mengadu domba serta memberikan tafsiran agama yang bukan-bukan,saya akan menelanjangi satu persatu topeng-topeng munafik yang sedang dipakai oleh Abby ketika ini. Kita tidak mahu mendedahkan pada setiap persembahan pentas sebelum ini beliau sering sebilik dengan teman lelakinya malah sering meminta penganjur menyediakan bilik bersebelahan bila mereka ada pertunjukan pentas secara bersama tetapi kita juga ngin tahu wang siapa sebanyak RM20,000 yang Abby minta bagi menjayakan majlis harijadi anaknya.Tidak cukup RM50,000 di London!Rumah Kedai di Taman Melawati itu pun kita tahu datang daripada siapa?Jangan berselindung di sebalik penjualan jubah sedangkan hakikat sebenar ada yang tahu puncanya. Ini juga akan didedahkan sekiranya Abby tidak bertaubat dan meminta maaf kepada rakan-rakan yang beliau kafir serta sesatkan selama ini.Jangan tunjuk baik sangat Abby!Jangan selak kain orang lain kalau kain sendiri koyak rabak!Jangan satu jari menuding kepada orang lain sembilan jari lagi menuding ke diri sendiri..! Kalau beliau betul sudah insaf,bertaubat dan ingin menjadi muslimah sejati yang diredai Allah dunia dan akhirat,Abby tidak akan memilih jalan sesat begini hingga segala tutur kata terutama sekali dalam Twiter dan juga berceramah,penghinaan demi penghinaan dilemparkan kepada orang yang tidak menyokong beliau. Kita sedar artis ini semakin sesat dalam dunia yang beliau sedang ciptakan dan itu urusan beliau kalau mahu sesat sekalipun tetapi mengajak orang lain agar sesat sama sesuatu yang cukup bertentangan apatah lagi kita pun tidak tahu siapa guru agama janda yang sedang didkawa ramai sebagai tengah meroyan ini. Abby belum putih sepenuhnya dan nilai taubat yang sedang beliau laung-laungkan ketika ini sama sahaja dengan nilai perjuangan PAS parti yang Abby dokong penuh dengan kehanyirannya yang tersendiri malah Abby juga sama dengan para pejuang PAS lain yang menggunakan agama untuk menutup kebejatan moral masing-masing.Dan pejuang PAS kononnya seperti Abby inilah yang diusung ke hulu ke hilir bagi dijadikan agen memecahbelahkan orang muda. Jadi kepada Abby,kita pesan sekali lagi.Hentikan segala keceluparan,kebodohan serta kebiadapan ini sekiranya tidak mahu topeng yang sedang menutupi wajahnya ketika ini terbuka satu persatu. |
| TERKINI: Nik Aziz Sakit Perut! Adeeh! Posted: 20 Mar 2013 04:09 AM PDT Dalam diam tiba-tiba Nik Ajis sakit perut. Terus masuk hospital. Mungkin tersalah makan la kot. Walupun Nik Ajis pernah cakap bukan-bukan pada UMNO, pernah kata bagi ayam makan dedak, namun sebagai orang Islam, teman doakan semoga Nik Ajis cepat sembuh.kankan.. Menurut laporan Utusan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke hospital malam tadi kerana 'sakit perut'. Beliau yang dijadual mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini gagal berbuat demikian berikutan keadaan kesihatannya itu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah bagaimanapun enggan menjelaskan di mana Nik Abdul Aziz dirawat dengan alasan tidak mahu beliau diganggu. "Semalam beliau masuk hospital, ada sakit perut sikit, saya tidak pasti (jika Nik Abdul Aziz sudah keluar hospital), semalam itu ya, saya tidak pastilah sekarang," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di sini. |
| UPDATED 6.00 PM: Mayat 28 Pengganas Sulu Dikebumi Sementara Dituntut Waris Posted: 20 Mar 2013 03:10 AM PDT Kesemua 28 mayat pengganas Sulu yang disimpan di Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau akan dikebumikan sementara dituntut oleh waris mereka. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pengebumian sementara itu akan dilakukan bagi mengatasi masalah kekurangan bilik mayat di kedua-dua hospital tersebut selain mengekang masalah kesihatan yang mungkin timbul. Khalid yang tidak mendedahkan lokasi pengebumian itu berkata, ahli keluarga yang menuntut mayat tersebut perlu mengemukakan bukti sampel DNA mereka sepadan dengan pengganas yang terbunuh sebelum mayat itu diserahkan. "Bagi mereka yang menuntut dari luar negara seperti Filipina mereka boleh mengemukakan tuntutan kepada Kementerian Luar untuk urusan terbabit. Manakala bagi mereka yang berada di dalam negara boleh pergi ke balai polis," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Felda Sahabat di sini, Rabu. Mengulas mengenai Ops Daulat, Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan masih menerusikan operasi memburu saki-baki pengganas bersenjata di kawasan Kg Tanjung Batu. Operasi tersebut dijangkan akan diteruskan selama beberapa hari lagi. "Kami ingin memastikan bahawa kawasan itu selamat sebelum penduduk kampung dibenarkan pulang ke rumah mereka," katanya. mstar |
| Siapa Pulak Nih??? Mengaku Berpangkat Kapten Tapi Sebenarnya Prebet Aje! Golongan Penipu Dalam PR! Posted: 20 Mar 2013 01:35 AM PDT Ini apasal pulak nih! Ada sekor bekas tentera mengaku berpangkat Kapten tapi sebenarnya prebet pencen aje. Haha! Ini macam manusia pun ada ka? Adeehh! Seorang Macai ni prebet pencen Ezani yang menipu sebagai pegawai tentera berpangkat Kapten semasa menghadiri Sidang Meja Bulat Jawatankuasa Bertindak Kedaulatan, Keselamatan Negara dan Rakyat 18 Mac lalu. Dia ni juga dikenali sebagai WIRA DAMAI di Facebook. Pakatan Rakyat memang parti yang bermasalah. Semua golongan penipu. Hal-hal berkaitan dengan pangkat pun sanggup deme menipu, apatah lagi berkaitan dengan janji-janji yang ditabur merata-rata. Manifesto Bukan Janji! kahkahkah.. |
| PANAS! Pengganas Kiram Kena Baca Nih! Jangan Kena Tipu Dengan Kiram III Posted: 20 Mar 2013 12:51 AM PDT Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung pertikaian wilayah yang melibatkan Ligitan dan Sipadan pada 17 Disember 2002 sebenarnya telah mengiktiraf hak Malaysia dan kedaulatan ke atas Sabah serta pulau di sekitarnya. Ia secara tidak langsung telah menyebabkan permohonan Kesultanan Sulu terhadap Sabah tidak lagi relevan. Menurut laporan kehakiman ICJ berhubung pertikaian tuntutan terhadap Pulau Ligitan dan Sipadan mengatakan, di bawah undang-undang antarabangsa yang lama, hak wilayah itu merupakan hak eksklusif pemerintah Negeri. Tanah adalah harta berdaulat untuk dipertahankan selaras dengan undang-undang yang relevan. Namun di bawah undang-undang antarabangsa yang baru, siasatan itu semestinya mencakupi maksud yang lebih luas, khususnya dalam konteks dekolonisasi. Khususnya, konsep hak "rakyat", untuk menentukan pilihan sendiri Sebagai contoh, dalam kes mengenai Timor Timur (Portugal v Australia), ICJ telah mengiktiraf prinsip penentuan sendiri yang menjadi "salah satu prinsip penting dalam undang-undang antarabangsa kontemporari" (ICJ Laporan tahun 1995, p.102, perenggan 29). Malah menurut "Deklarasi Pemberian Kemerdekaan kepada Rakyat dan Negara Penjajah", resolusi Perhimpunan Agung 1514 (XV), yang digunapakai pada 14 Disember 1960, adalah merupakan asas kepada proses dekolonisasi. Ia adalah terpakai kepada semua "wilayah yang belum mencapai kemerdekaan" dan membuktikan bahawa rakyat mempunyai hak untuk memilih". Mengikut sejarah, Sabah yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai Borneo Utara telah diserahkan oleh Kesultanan Sulu kepada Syarikat Overback pada tahun 1880. Seterusnya syarikat terbabit telah memberikan hak milik tersebut kepada kerajaan Britian yang akhirnya diserahkan kepada Malaysia segala hak Kesultanan Sulu telah terlupus mengikut perundangan antarabangsa. Sejarah juga turut membuktikan bahawa Kesultanan Sulu ketika insiden antara 19 April 1851 dan 26 Jun 1946 telah melepaskan dan menyerahkan semua hak-haknya ke negeri terkenal dengan jolokan Di Bawah Bayu itu. Malah pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Suruhanjaya itu dibentuk hasil rundingan di antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Britain pada November 1961. Selari dengan kehendak kerajaan Filipina pada masa itu apabila permohonan mereka ke atas Sabah tidak mendapat persetujuan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tujuan penubuhan suruhanjaya itu untuk meninjau pandangan penduduk di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak mengenai gagasan Malaysia. Hasil laporan suruhanjaya yang disahkan perwakilan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menunjukkan, 80% penduduk Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia yang kemudian telah diisytiharkan pada 16 September 1963. Kesimpulannya, apa juga alasan yang cuba dibangkitkan oleh waris Kesultanan Sulu dan kerajaan Filipina dalam menuntut hak kedaulatan Sabah adalah merupakan satu nostalgia silam yang tidak mungkin dapat berubah. Sumber |
| AMIK KAWW! 8 suspek rakyat Filipina didakwa lancar perang terhadap Yang di-Pertuan Agong Posted: 20 Mar 2013 12:44 AM PDT Lapan lelaki suspek pengganas dari selatan Filipina hari ini didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di sini atas tuduhan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. Kesemua lelaki itu yang berusia lingkungan 17 hinggga 66 tahun, didakwa mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana melancarkan keganasan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup, dan Seksyen 121 kanun yang sama kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. Tiada pengakuan direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amelati Parnell, yang bersidang sebagai Majistret. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar dan Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan (Polisi), Datuk Nordin Ahmad, kedua-duanya daripada Pejabat Peguam Negara, Putrajaya. Mohd. Dusuki memberitahu pemberita, kes itu diperintahkan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau. Katanya, kesemua mereka disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. Yang turut hadir, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Kawasan sekitar ibu pejabat polis tersebut dikawal ketat oleh anggota keselamatan bersenjata. - BERNAMA |
| UPDATED 3.00 PM: Satu lagi mayat pengganas Kiram ditemui Posted: 20 Mar 2013 12:13 AM PDT Pasukan keselamatan menemui satu lagi mayat pengganas Kiram yang dipercayai mati ketika operasi penggeledahan di kawasan perumahan Kampung Tanjung Batu pada 6 Mac lalu. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd. Zin berkata, mayat pengganas itu akan dibawa keluar hari ini tetapi bergantung pada keadaan sekeliling. - Utusan |
| UPDATED: Suspek Pengganas Sulu Akan Didakwa Di Lahad Datu Pada Rabu Posted: 19 Mar 2013 10:50 PM PDT Sebahagian daripada 108 suspek pengganas Sulu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 akan didakwa di Lahad Datu pada Rabu. Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakarpada satu sidang akhbar di Felda Sahabat pagi Rabu. Beliau berkata, mereka akan didakwa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu yang dijadikan mahkamah sementara atas faktor keselamatan. Dalam pada itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dilihat tiba di IPD Lahad Datu pukul 11.30 pagi Rabu. Juga kelihatan Timbalan Pendakwa Raya MohdDusuki Mokhtar dan Shukor Abu Bakar. Hakim, Mahkamah Sesyen Duncan Sikodol dari Mahkamah Kota Kinabalu serta M. Raja Linggam dari Mahkamah Sesyen Lahad Datu juga berada di situ. Kesemua mereka yang ditahan di beberapa daerah termasuk Lahad Datu dan Semporna didakwa di bawah akta itu kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas militan yang menceroboh Sabah sejak 12 Februari. Difahamkan kes itu akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau selepas ini. - BERNAMA |
| UPDATED : Kereta Perisai Adnan Mula Menggempur Pengganas Posted: 19 Mar 2013 09:24 PM PDT Kereta perisai berantai Adnan yang tiba semalam, mula memasuki kawasan operasi di Kampung Tanjung Batu hari ini, bagi membantu usaha mengesan saki baki kumpulan pengganas Kiram di kawasan berkenaan. Panglima 1 Divisyen Infantri, Datuk Mohd. Zaki Mokhtar berkata, dengan bantuan kereta perisai berkenaan, pihaknya percaya operasi membersih dan menggeladah Kampung Tanjung Batu akan dapat diselesaikan hari ini. "Penggunaan kereta perisai berkenaan amat signifikan kerana ia bukan sahaja mempunyai daya perlindungan dan persenjataan yang baik tetapi mampu bergerak di kawasan yang sukar. "Kalau sebelum ini, operasi banyak terbatas kepada jalan dan kawasan tertentu tetapi dengan kereta perisai berantai ini kita mampu meredah kawasan luar daripada jalan-jalan biasa," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. UTUSAN |
| Hari Ke-15, 10 Nyawa Terkorban, Baru Anwar Nak Beri Sokongan? Posted: 19 Mar 2013 09:12 PM PDT Loya sungguh anak tekak apabila saya mendapat tahu tentang Anwar Ibrahim yang akhirnya "memuji" dan "menyokong" tindakan pasukan keselamatan yang mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah. Selepas 15 hari berlalu dengan penuh debaran, setelah 10 orang wira negara terkorban dibunuh oleh gerila-gerila rakan baiknya, Kiram dan Nur Misuari, baru semalam Anwar teringat nak puji dan sokong? Pada saya, Anwar dan Pakatan Haram sudah terlambat..! Selepas mesyuarat Pakatan Haram semalam, Anwar memberitahu media mengenai sokongan pakatan pembangkang itu terhadap tindakan pihak keselamatan negara. Namun saya yakin kenyataannya itu tidak ikhlas. Pertamanya kerana dia lewat menyatakan sokongan terhadap pasukan keselamatan yang sedang berjuang di sana. Sudah terbit keringat, sudah bermandi darah, sudah 10 nyawa dijemput ajal, baru Anwar dan Pakatan Haram terhegeh-hegeh beri kenyataan sokongan? Mengapa tidak pada hari pertama puak-puak pembangkang itu tidak mengisytiharkan sokongan? Sebab apa? Sebab selama ini memang Pakatan Haram sering cuba memburuk-buruk dan memperlekeh imej PDRM dan ATM, bukan? Setelah 15 hari berlalu dan melihat bagaimana gelombang kebangkitan serta sokongan tidak berbelah bagi oleh rakyat dari segenap lapisan masyarakat, barulah Anwar dan Pakatan Haram mengaku kalah dan seterusnya memuji tindakan pasukan wira negara itu? Mengapa Anwar dan Pakatan Haram tidak menyelar, mengecam, mengutuk atau ketuk kepala Tian Chua yang menuduh insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu itu sebagai "sandiwara" yang dilakonkan UMNO dan BN? Hanya setelah Tian Chua teruk "dibelasah" dan majoriti rakyat mengherdik Pakatan Haram maka baru Anwar nak sedar? Saya percaya, jika Anwar jadi Menteri KDN, selepas 15 hari Sabah ditawan pengganas, barulah dia akan mengambil tindakan. Itu pun belum tentu dia ada "telur" atau tidak! Keduanya, berkemungkinan besar Anwar takut dan risau sekiranya identiti "dalang" disebalik pencerobohan itu dapat dikenal pasti. Maklumlah, satu dunia tahu dia rapat dengan Nur Misuari yang menganggap Jamalul Kiram itu bagai "abang"nya. Lagipun, mungkin Anwar juga risau jika tindakan Tian Chua dan Sivarasa yang ke Manila beberapa hari sebelum pencerobohan itu terjadi diketahui oleh rakyat. Dia mungkin takut tujuan dan intipati "lawatan sambil belajar" kedua balacinya itu "kantoi" sekiranya disiasat, bukan? Ketiganya, tak perlulah Anwar dan Pakatan Haram tunjuk baik depan rakyat dengan memuji pasukan keselamatan yang menjaga keamanan negara. Sejarah merekodkan bahawa Anwar dan Pakatan Haram telah menghamburkan segala nista dan cacian terhadap pasukan keselamatan itu. Rakyat masih ingat bagaimana Anwar menggelar anggota polis sebagai "anjing" dan Ketua Polis Negara sebagai "bapa anjing". Kita juga belum lupa bagaimana Tian Chua mengigit tangan polis bagaikan "anjing" ketika ditahan, bukan? Itu belum lagi diungkit segala tuduhan jahat yang dilemparkan pada PDRM, kenderaan polis diterbalikkan, anggota polis bermandi darah dipukul pengikut-pengikut "sultan liwat" itu dan imej PDRM yang sering menjadi mangsa kutukan para pemimpin Pakatan Haram! Dan sekarang Anwar nak tunjuk baik pula dengan PDRM? Sudahlah. Simpan saja "sokongan" Anwar itu dalam peti besi dan kunci rapat-rapat! Buang karan saja kata orang… Pun begitu, sempat lagi Anwar mempolitikkan insiden pencerobohan Lahad Datu itu. Anwar mendakwa kononnya Kerajaan BN cuba "meraih sokongan politik" menerusi insiden yang meragut 10 nyawa itu? Dia tak tahukah Datuk Seri Najib tak tidur malam memikirkan tentang pencerobohan itu kerana risaukan rakyat di Sabah. Orang fikir pasal rakyat, Anwar fikir pasal politik? Orang macam ini pun ada ke dalam Malaysia? Nak jadi PM pulak tu! Mungkin Anwar takut rakyat menyedari tentang kecekapan Kerajaan BN mengendalikan hal ehwal keselamatan negara dan dia risau sekiranya rakyat nampak dengan jelas betapa sayangnya Kerajaan BN pada rakyat serta kedaulatan negara. Apa pula yang Anwar ada? Jual maklumat pada CIA? Belot dan khianat pada negara? Sokong negara rejim Zionis Israel serang Palestin? Bapak Ayam dan China Doll? Jam tangan Omega? Skandal terlarang LGBT? Itu "profile" Anwar yang dijanjikan pada rakyat? Hentikanlah mimpi buruk itu… Mykmu.net |
| UPDATED : Tiga Cabang ATM Gempur Pengganas Posted: 19 Mar 2013 08:58 PM PDT Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan tiga cabang perkhidmatannya -- udara, laut dan darat -- dalam Operasi Daulat bagi menggempur militan dari Sulu yang menceroboh negara ini. Gerakan ofensif pasukan keselamatan pada 5 Mac itu dimulakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menggunakan jet penyerang F/A 18D Hornet disusuli pasawat Hawk yang menggugurkan bom. F/A 18D Hornet yang merupakan pesawat pejuang penyerang moden mempunyai keupayaan melancarkan pengeboman dengan panduan laser ke atas sasaran yang telah ditanda di darat oleh komputer mudah alih yang dibawa unit-unit Pasukan Khas Udara (Paskau). Serangan udara oleh TUDM itu diteruskan pasukan tentera darat dengan tembakan bertalu-talu daripada mortar 91mm ke atas kubu pengganas bertujuan melemahkan musuh dari segi kekuatan dan juga moral mereka. Setelah menggempur melalui udara, pasukan darat mula begerak ke kawasan kubu musuh bagi menjalankan operasi susulan dan penggeledahan untuk memburu saki-bakipengganas. Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Ahmad ZakiMokhtar berkata, pasukan keselamatan turut menggunakan 12 kereta perisai berantaiAdnan yang mampu bergerak di atas pelbagai bentuk muka bumi. ACV300 itu dijangka memberi kelebihan kepada pasukan penggempur tentera kerana senjatanya dikawal oleh komputer dan sistem optik untuk penyelasaran tembakan lebih canggih dan stabil serta dilengkapi alat pandang malam. Tidak kurang penting dalam Operasi Daulat ialah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengawal perairan negara bagi memastikan tiada penceroboh yang masuk atau meloloskan diri. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula berkata, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang TLDM akan tiba di Lahad Datu secara berperingkat. Penggunaan aset ketenteraan oleh ATM dalam menangani krisis pencerobohan pengganas dari Sulu itu memberi mesej jelas kepada musuh bahawa Malaysia tidak akan bertolak ansur dalam soal kedaulatan negara. Menurut seorang penganalisis pertahanan, penggunaan aset perang konvensional ke atas pengganas Sulu yang menggunakan taktik perang gerila dilihat lebih kepada 'power projection' atau paparan kekuatan ke atas mana-mana musuh yang mempunyai niat tidak baik terhadap Malaysia. "Power projection dalam keadaan aman dibuat melalui latihan ketenteraan seperti 'Eksesais Halilintar' yang dijalankan di Langkawi membabitkan lebihkurang 10,000 tentera," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata, kebanyakan orang awam tidak memahami operasi tentera dan mengkritik taktik yang diguna pakai pasukan keselamatan semasa menggempur pengganas Sulu di kawasan Kampung Tanduo. Nyawa tentera atau polis bukan murah untuk dihantar terus secara berhadapan dengan pengganas Sulu yang berjumlah antara 100 hingga 200 orang, katanya. "ATM merupakan pasukan yang mempunyai pengalaman perang gerila yang sangat meluas, begitu juga pengganas Sulu. Kesilapan musuh adalah kerana merekamenyangka pertempuran ini sama dengan pengalaman perang mereka di tempat sendiri," katanya. Pengganas Sulu tidak mengambil kira sokongan rakyat terhadap kerajaan dankeupayaan TLDM untuk mengadakan sekatan-sekatan di lautan terutama bagi mengekang kemasukan bekalan senjata dan peluru untuk musuh, katanya. - BERNAMA |
| LAWAK BODOH! Kiram Meroyan Macam Biul! Posted: 19 Mar 2013 06:51 PM PDT Teman nak gelak! Lawak giler der! Kiram ni pun dah jadi macam Anwar! Dakwa ada orang nak bunuh dia la konon. ptuii!!! Teringat jugak teman cerita Anwar dalam Penjara dulu-dulu kecoh terkena racun arsenik. Dakwa ada orang nak bunuh dia jugak.. Taktik yang sama digunakan oleh Kiram bangsat ni. Maklum lah dah jadi rakan sekutu, apa nak kata kan.. Kome baca laporan ni, Satu pasukan asing didakwa tiba di negara ini untuk membunuh pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III, kata jurucakapnya, Abraham Idjirani. Menurut akhbar Philippine Daily Inquirer semalam, skuad itu juga didakwa akan membunuh penasihat Jamalul Kiram Pastor 'Boy' Saycon. Pada satu sidang media semalam, Idjirani mendedahkan, seorang kolonel tentera asing bersama empat komando dan tiga pembunuh upahan tempatan didakwa akan membunuh Jamalul Kiram dan para pengikutnya. Idjirani meminta pihak Biro Siasatan Kebangsaan dan polis tentera Filipina untuk menyiasat maklumat perisikan masing-masing bahawa skuad bunuh itu kini tinggal di Hotel Maxim di bandar Pasay. Idjirani berkata, seorang peguam yang dikatakan didekati anggota-anggota skuad berkenaan telah memberitahu Saycon mengenai plot tersebut. Para pengikut Jamalul Kiram sebelum ini menceroboh Lahad Datu, Sabah untuk menuntut tanah nenek moyang Kesultanan Sulu pada 12 Februari lalu. Pertempuran kemudian berlaku melibatkan para pengikut itu dengan anggota-anggota keselamatan Malaysia yang melibatkan sejumlah kematian. - Agensi |
| KIRAM JANGAN NAK MENYIBUK! Sabah Selama-Lamanya Sebahagian Daripada Persekutuan Malaysia Posted: 19 Mar 2013 05:20 PM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan bahawa negeri Sabah selama-lamanya adalah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia. Untuk itu, beliau berkata rakyat Sabah adalah warganegara Malaysia dan kerajaan akan tetap mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia daripada sebarang pencerobohan. "Kita tidak akan membenarkan barang seinci pun bumi Malaysia dirampas oleh sesiapa. Inilah komitmen kerajaan yang ada hari ini," katanya ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara di sini, Selasa. Beliau berkata insiden keganasan di Lahad Datu, Sabah menjadi semboyan peringatan kepada negara agar tidak sekali-kali mengambil mudah soal keselamatan. "Keamanan dan kestabilan yang berpanjangan tidak harus menjadi sebab ketumpulan tahap kita berwaspada. "Tragedi ini telah pun mengorbankan nyawa 10 orang anggota pasukan keselamatan negara. Lapan orang daripada pasukan Polis Diraja Malaysia dan mutakhir dua anggota tentera," katanya. Perdana menteri berkata pengorbanan pahlawan-pahlawan negara itu bukan kecil dan bukan untuk diperlekeh, sebaliknya hasil pengorbanan mereka sepertimana pada era darurat dan insurgensi membolehkan rakyat Malaysia menikmati kemajuan dan kemakmuran sehingga hari ini. Sehubungan itu, Najib mengingatkan pihak-pihak tertentu yang cuba untuk memperkecilkan sumbangan anggota keselamatan agar belajar mengenang budi dan berterima kasih atas jasa dan bakti mereka yang telah berjuang demi tanah air tercinta. "Kenanglah ibu bapa yang meniti hari tua tanpa mereka lagi di sisi, kenangilah isteri-isteri yang menjadi balu serta anak-anak yang kehilangan belai manja bapanya. "Kepada mereka kita berjanji bahawa negara ini akan sentiasa memuliakan bakti serta pengorbanan itu," katanya. - BERNAMA |
| PRU-13: MIC Sedia Bertanding 9 Kerusi Parlimen, 19 DUN Posted: 19 Mar 2013 04:00 PM PDT MIC bersedia bertanding di 28 kerusi (sembilan Parlimen dan 19 Dewan Undangan Negeri) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata kebanyakan rundingan pembahagian kerusi di antara presiden parti, Datuk Seri G Palanivel dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dimuktamadkan. "Kebanyakan (pembahagian kerusi) telah dimuktamadkan, selain daripada beberapa kerusi yang masih belum diputuskan. Kita sedia bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 19 DUN, jadi keseluruhan 28 kerusi. "Daripada 28 kerusi, 20 sudah dimuktamadkan, jadi ada baki lapan lagi kerusi. Terdapat beberapa isu tertentu yang perlu diselesaikan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan Kementerian Sumber Manusia kepada Tabung Wira Negara Lahad Datu di sini, Selasa. mStar |
| Pencerobohan Di Lahad Datu Tidak Jejas Ketenteraman Lawas Posted: 19 Mar 2013 03:00 PM PDT Sebagai pekan di sempadan antara Sarawak, Sabah dan Brunei yang sentiasa sibuk, keadaan di Lawas, khususnya dari segi keselamatan, tentu sekali menjadi perhatian banyak pihak. Kedudukannya di hujung bahagian timur laut Sarawak iaitu antara daerah Temburong di Brunei dan Sabah, menyebabkan Lawas seolah-olah tersisih daripada bahagian lain di negeri ini. Malah, pekan ini lebih mudah dikunjungi dari Kota Kinabalu iaitu kira-kira tiga jam perjalanan dengan kenderaan darat. Ketika kawalan keselamatan di kawasan sempadan diperketat dengan kehadiran Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Limbang, tinjauan Bernama di pusat pemeriksaan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) Merapok di sebelah Sarawak, kira-kira 35 km dari sini dan Sindumin (Sabah), mendapati keadaan di Lawas terkawal. Penduduk tempatan kelihatan menjalani kegiatan harian seperti biasa kerana mereka berasa selamat dan yakin dengan langkah yang diambil pihak berkuasa untuk mengelak berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini di Lawas. Keyakinan orang ramai tentang keadaan keselamatan di sini terbukti apabila mereka beramai-ramai mengunjungi Karnival Jalur Lebar 1Malaysia 2013 selama dua hari anjuran bersama pelbagai agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Taman Umum Lawas, hujung minggu lepas. Tan Hau Heng, 72, dari Kampung Gaya Baru, Jalan Lawas Damit, sebuah perkampungan masyarakat Lun Bawang kira-kira tiga kilometer dari sini, kelihatan begitu tenang menghirup 'kopi O' di kedai kegemarannya, tanpa menghiraukan pelbagai khabar angin yang disebar pihak tidak bertanggungjawab tentang keadaan keselamatan di pekan itu. "Kita memang selamat dan pasukan keselamatan pun sudah mencukupi," kata datuk kepada 20 orang cucu ini. Kathleen Macdonald, ekspatriat warga Britain yang tinggal di rantau ini sejak 30 tahun lepas, pula berkata episod pencerobohan Lahad Datu bukan isu besar kerana ia terhad di satu kawasan kecil sahaja. Walaupun mungkin tidak bercadang untuk melawat pantai barat Sabah yang terkenal dengan keindahan kawasan menyelamnya dalam tempoh terdekat, namun Kathleen dan beberapa rakannya dari Muara di Brunei, akan mengunjungi Kota Kinabalu selepas menyertai Lawas Hash Run - melalui pintu sempadan Meradong-Sindumin yang ditutup mulai 10 malam setiap hari. Ketika membuat kesimpulan tentang keadaan yang berlaku, Menteri Kemudahan Awam Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Sari, berkata keselamatan negara melangkaui fahaman politik dan menjadi tanggungjawab setiap rakyat. BERNAMA |
| PRU-13: BN Pertaruh 80% Muka Baru Di Selangor Posted: 19 Mar 2013 02:00 PM PDT Kira-kira 80% calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor akan menampilkan muka-muka baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), menurut sumber. Pakatan Rakyat juga dijangka akan menurunkan muka baru di beberapa 56 DUN tetapi tidak seramai yang dilakukan BN kerana kebanyakan calon mereka merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) penggal pertama. Sumber BN berkata: "Kami akan menurunkan kebanyakan calon bertenaga." Calon baru yang akan diturunkan termasuk Timbalan Ketua Umno Klang, Nazarrudin M.Zin, Ketua Pemuda Umno Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi, Presiden Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin, Ketua MCA Sepang Ng Chok Sin dan Ketua Beliawanis MCA Tee Hooi Ling. Sementara itu, ADUN Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil yang memegang jawatan tersebut selama lima penggal secara sukarela ingin bertanding di kerusi Parlimen Kapar. mStar |
| 5.369 juta penerima BR1M tunai baucar Posted: 19 Mar 2013 01:30 PM PDT Sehingga semalam, seramai 5.369 juta daripada 6.114 juta penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 telah menunaikan baucar masing-masing. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, daripada jumlah itu, 1.376 juta yang menunaikan baucar ialah individu bujang dan 3.993 juta isi rumah. "Negeri paling ramai penerima yang menunaikan baucar ialah Selangor iaitu seramai 837,904 orang diikuti Johor 729,124 dan Sarawak 623,673," katanya kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini. - BERNAMA |
| PRU-13: Pemimpin BN, Pakatan Rakyat Digesa Tolak Keganasan Politik Posted: 19 Mar 2013 01:00 PM PDT Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat digesa untuk menolak keganasan politik, memandangkan pengundi menuntut 'tahap integriti dan kelakuan tertinggi' dari mereka. Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga berkata, beberapa siri insiden ugutan dan ancaman termasuk serangan terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dalam satu ceramah baru-baru ini perlu dihentikan. "Keganasan politik adalah gejala pilihan raya kotor selain pilihan raya yang tidak bebas dan adil. "Kita dengar mengenainya setiap hari. Jadi kami amat prihatin mengenainya kerana insiden itu sudah berlaku sebelum pilihan raya umum akan datang," katanya pada pelancaran buku Proham pada Isnin. Ambiga mendesak pengundi untuk menolak calon yang mempunyai kaitan dengan keganasan politik. Beliau berkata, sebuah kempen mengenai keganasan politik dan tata kelakuan untuk calon pilihan raya akan dilancarkan pada minggu depan. Mengenai pemerhati pilihan raya, Ambiga berkata 10,000 sukarelawan diperlukan untuk memerhati proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Pertubuhan itu mempunyai hanya kira-kira 1,000 sukarelawan setakat ini. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang turut berada di majlis tersebut menggesa masyarakat untuk fokus kepada 30% pengundi atas pagar. "Ini merupakan peluang kepada masyarat untuk melabur dalam 30% yang boleh melakukan kelainan dalam mengundi terhadap calon yang mereka percaya layak untuk dihantar ke Parlimen," katanya. mStar |
| PRU-13: 40% Veteran BN Akan Digugurkan Posted: 19 Mar 2013 12:00 PM PDT Barisan Nasional (BN) akan mengguggurkan 40% calon veteran pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk memberi laluan kepada muka-muka baru. Datuk Seri Najib Tun Razak yang membuat pelarasan senarai calon pada saat akhir telah mengenal pasti beberapa calon veteran untuk digugurkan dengan segelintir daripadanya tampil secara sukarela untuk tidak bertanding. BN mempunyai seramai 141 ahli Parlimen dengan 75 daripadanya memegang jawatan tersebut lebih tiga penggal. Sumber berkata, tidak kesemua kerusi mereka akan diganti tetapi Perdana Menteri mahu menurunkan beberapa muka baru sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Politik. Empat menteri kabinet yang telah memegang jawatan tersebut setelah sekian lama antara yang akan mengundur diri untuk memberi laluan kepada muka baru. Antaranya bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz (Kuala Kangsar), bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid (Padang Besar), bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Kangar) dan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Ong Ka Ting (Kulai). Rafidah antara yang terawal memaklumkan hasratnya untuk tidak bertanding kepada Najib. Radzi dan Azmi telah memberitahu Najib bahawa mereka ingin bersara. Ong dikatakan akan meneruskan peranannya sebagai duta khas ke China. Beberapa pemimpin veteran yang menyuarakan kesediaan mereka untuk tidak bertanding adalah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (Kepala Batas) dan Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar (Kota Tinggi). Bagaimanapun, menurut sumber, Najib perlu memutuskan sama ada menerima tawaran itu kerana 'tiada calon pengganti sesuai' ditemui. Seorang lagi bekas menteri kabinet, Datuk Seri Azalina Othman Said yang juga Ahli Parlimen Pengerang mungkin antara calon yang digugurkan tetapi kontroversi mengenai pembangunan Petronas di kawasan tersebut menyebabkan beliau bakal dicalonkan semula. Sumber berkata Najib mungkin mengekalkan Azalina supaya beliau boleh menjelaskan kepada penduduk di kawasan tersebut mengenai kepentingan projek bernilai RM61.4 bilion itu. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui yang juga Presiden SUPP dan memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Miri selama enam penggal berkata, beliau akan terus bertanding sekiranya Najib ingin beliau berbuat demikian. Dua lagi Ahli Parlimen senior yang akan bersara adalah bekas Menteri Sumber Manusia Tan Sri Dr Fong Chan Onn (Alor Gajah) dan bekas Menteri Pelancongan Datuk Seri Leo Michael Toyad (Mukah). Tiga bekas Timbalan Menteri yang dijangka tidak akan dicalonkan adalah Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, Datuk Noraini Ahmad dan Datuk Seri Sulaiman Taib. Mereka masing-masing merupakan Ahli Parlimen Jerantut, Parit Sulong dan Kota Samarahan. mStar |
| Matlamat Transformasi Kerajaan Berjaya Dicapai Posted: 19 Mar 2013 10:00 AM PDT Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa membentangkan kepada rakyat Malaysia bahawa sebahagian besar matlamat transformasi kerajaan yang dirancang telah berjaya dicapai dengan keadaan taraf hidup rakyat semakin baik, ekonomi negara semakin makmur manakala keadaan kewangan kerajaan terus bugar. Perdana Menteri berkata perancangan dan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) bukan sahaja membuktikan iltizam kerajaan terhadap falsafah pemandu negara 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, tetapi ia juga merupakan eksperimen paling berani yang pernah dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan di dunia dalam mengamalkan prinsip ketelusan dan kepertanggungjawaban. "GTP, ETP, NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara), NKEA (Bidang Ekonomi Utama Negara) dan EPP (Projek Permulaan), semuanya dirangka serta digubal bagi meningkatkan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia secara terancang. "Sesungguhnya lagi, semua prakarsa ini, tidak lain dan tidak bukan, ialah langkah kerajaan untuk membolehkan setiap rakyat Malaysia mendapat akses kepada yang terbaik dalam kehidupan. "Pekerjaan dengan pendapatan yang setimpal di mana, semakin tinggi kemahiran dan kepakaran yang dimiliki, semakin tinggi pula ganjarannya," katanya ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara di Auditorium Perdana, Angkasapuri, di sini malam Selasa, yang disiarkan secara langsung di RTM. Najib berkata hasil perancangan teliti dan rapi serta pelaksanaan dasar-dasar pembangunan berkesan, Malaysia telah berubah daripada status negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi. "Kita amat bersyukur bahawa Malaysia hari ini ialah manifestasi sebuah negara yang berjaya," katanya. Katanya Malaysia juga ternyata bukti dan contoh sebagai sebuah negara yang amat progresif. "Sejak kemerdekaan dan pada dekad-dekad awal, kerajaan telah menjadikan agenda membasmi kemiskinan, reformasi tanah, keadilan sosial, meningkatkan akses kepada setiap tahap pendidikan, perkhidmatan kesihatan untuk semua dan penjanaan kekayaan nasional sebagai agenda negara," katanya. Beliau berkata selepas tiga tahun kerajaan memulakan inisiatif GTP, tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), antaranya NKRA menangani Kos Sara Hidup Rakyat telah berjaya membawa manfaat kepada kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah. |
| You are subscribed to email updates from Apple Biru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

























No comments:
Post a Comment