Apple Biru

Apple Biru


EDISI LAWAK! Anwar Kata Dia Waris Kesultanan Sulu

Posted: 19 Mar 2013 09:00 AM PDT

Hadoiii! Ini edisi lawak tengah malam. Kalau lah Anwar ni waris Kesulatanan Sulu, apa la agak-agak nama gelaran Diraja Anwar. Teman rasa ada yang sedap untuk gelaran tersebut " Anwar Peliwat Kiram III". Apa macam! Sedap tak! Hehehehe..

PANAS! Mohd Fareez Diancam

Posted: 19 Mar 2013 08:00 AM PDT


Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Mohd. Fareez Kamal Intidzam baru-baru ini telah membuat satu laporan polis bagi mendapatkan jaminan keselamatan daripada pihak berkuasa berhubung ancaman yang diterimanya.

Mohd. Fareez, 24, mendakwa, beliau serta keluarganya sedang diancam bahaya berikutan terdedahnya satu surat yang diutuskan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selain menasihatkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail supaya berundur daripada terus memimpin parti.

Sehingga hari ini beliau mendakwa masih diancam pihak-pihak tertentu yang dipercayai ada kaitan dengan teguran terdahulu beliau terhadap kepimpinan Wan Azizah. Berikut kenyataan penuh Mohd. Fareez:

1. Sehingga hari ini, keselamatan saya dan keluarga masih diancam. Maka, saya menggesa kepada mereka yang terlibat, yang saya percaya adalah penyokong parti dan kemungkinan orang suruhan Presiden, Wan Azizah agar hentikan segala gangguan dan ancaman ini dengan segera.

2. Selaku Presiden Keadilan, Wan Azizah seharusnya juga bijak mengawal perasaannya. Di manakah terletaknya maruah dan integritinya selaku Presiden andai beliau sendiri gagal mengawal perasaan cemburunya terhadap semua orang yang ada hubungan rapat dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim?.

3. Apakah Wan Azizah mahu menghukum saya, hanya kerana ikutkan tuntutan perasaan cemburu beliau terhadap saya? Jelas, ini bukan sikap seorang Presiden parti yang berwibawa dan adil.

4. Jangan pernah perkecilkan kemampuan saya. Andai tekanan ini berterusan, saya tidak teragak-agak untuk mendedahkan punca dan sebab cemburunya beliau kepada saya. Maka sekalian akan sedar betapa hipokrit dan tinggi obsesi kemahuan mahu berkuasanya beliau.

5. Walau didesak, saya iktikad dengan pendirian saya bahawa Wan Azizah tidak layak memimpin parti dan demi kelangsungan perjuangan Keadilan serta kecemerlangan pakatan dalam PRU13 akan datang - beliau harus segera meletak jawatan.

6. Malah saya yakin, ramai pimpinan dan ahli akar umbi juga sependapat dengan saya. Namun mereka gentar untuk bersuara kerana sedar kesan akan disisih dan dikecam, seperti yang dihadapi saya kini, walaupun mereka sedar ia adalah kebenaran yang harus parti terima.

7. Keselamatan keluarga saya adalah prioriti - maka keupayaan saya adalah tinggi demi melindunginya. Mereka berhak untuk mendapatkan ruang privasi dan jaminan persekitaran yang selamat. Mereka tidak seharusnya dilibatkan dalam kancah politik parti atau demi kepentingan mana-mana pimpinan.

UTUSAN

PANAS! Terowong Dasar Laut Guan Eng Dikenakan Tol! Uiks! Sudah Tukar Ka?

Posted: 19 Mar 2013 07:00 AM PDT

Adeehh! Pelik sungguh la Guan Eng ni! Jambatan Pulau Pinang desak Kerajaan Pusat hapuskan Tol tapi dalam masa yang sama Projek Terowong Dasar Laut yang dicadangkan oleh Guan Eng dikenakan Tol pulak! Aduuh! Sakit kepala! Kenapa ek!! Cakap  Berbelit-belit la lu ni!

Read more »

PANAS! Lagi Cikgu Kurang Ajar Hina Polis Malaysia BODOH!

Posted: 19 Mar 2013 06:20 AM PDT


Ini sekor lagi mamat yang didakwa seorang Cikgu kata Polis Malaysia Bodoh dan wira-wira negara yang terkorban di Lahad Datu bukanlah wira. Suka-suka je mamat sekor ni hina pasukan keselamatan negara yang menyabung nyawa mempertahankan negara. Macam la dia ni bagus sangat..Macamana la dia ni mengajar anak bangsa kita..Hancusss!!!

Kalau kome nak tengok detail dia, kome tengok la kat http://www.facebook.com/ishak.johari

PANAS! Orang Sabah Berdendam Dengan Tian Chua

Posted: 19 Mar 2013 05:30 AM PDT


Menuduh sesuatu sebagai 'sandiwara UMNO' merupakan ayat 'standard' Pakatan Rakyat bagi melepaskan diri apabila terbelit perangkap sendiri.   Ayat ini digunakan tanpa mengira tempat dan keadaan, termasuk dalam isu kedaulatan negara serta nyawa manusia.  Seolah-olah, seluruh kejadian alam ini adalah berkisar kepada politik sempit UMNO-PAS atau BN-PR semata-mata.  

Tragedi berdarah Sauk suatu ketika dahulu yang menyaksikan kumpulan pengganas AlMaunah yang termakan hasutan pembangkang bahawa kerajaan adalah kafir dan wajib ditentang, turut dituduh sebagai sandiwara semata-mata kerana enggan mengaku bahawa ia berpunca dari doktrin mereka.  

Dan kini, pencerobohan Sulu pula dituduh yang sama.  Walaupun pasukan keselamatan kita telah terkorban, malah dibunuh kejam dan disiksa oleh pengganas Sulu, tetapi puak pembangkang tetap berdegil menyifatkannya sebagai sandiwara.   

Tian Chua, Naib Presiden PKR yang menjuarai tuduhan sandiwara ini telah pun didakwa kerana beliau tetap enggan menarik balik tuduhannya dan enggan meminta maaf.   Apa yang dikesalkan lagi ialah tiada seorang pun dari pemimpin PR lain yang menempelaknya, sekali gus bermakan mereka merestui tindakannya.  

Ini menyebabkan penyokong-penyokong PR terus menggila menuduh semuanya sandiwara sambil menghina dan mengetawakan anggota keselamatan negara, termasuk yang telah terkorban di dalam laman-laman sosial mereka. 

Kita akur bahawa mereka-mereka ini adalah tergolong dalam golongan yang mabuk politik dan bingung sehingga tidak mampu melihat apa-apa lagi di luar konteks politik.  Politik sudah menjadi makanan rohani bagi mereka sehingga nyawa juga sudah tidak punya harga.  Manakalah, Putrajaya yang ingin dilelong mereka dahulu, adalah matlamat hidup dan mati.   Syurga dan neraka pula, bagi mereka, adalah terletak pada parti mana yang disokong, dan bukan lagi kepada amalan. 

Untuk kita menghilangkan mabuk dan menyedarkan mereka dari kebingungan merupakan  sesuatu yang hampir mustahil.  Justeru, kita tiada banyak pilihan selain dari terus memberikan penjelasan selain berdoa agar suatu hari nanti mereka kembali waras dan melihat kebenaran.  

Namun, PR, khasnya, Tian Chua tidak boleh mengambil sikap lepas tangan dalam hal ini.  Tian Chua bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat Sabah, khususnya di Lahad Datu tentang apa yang dikatakannya sandiwara.  

Jika Dato' Seri Najib telah pun turun menemui penduduk dan anggota keselamatan kita di sana, malah mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir juga berusaha menjejakkan kaki ke sana demi untuk memberi semangat kepada wira-wira kita atas dasar prihatin, maka Tian Chua lebih lagi wajib ke sana bagi memberi gambaran 'sebenar' mengikut teorinya.  

Kita ingin Tian Chua berjumpa dengan penduduk yang terpaksa berpindah dan yang telah berhadapan dengan keganasan serta masih lagi trauma untuk memberitahu mereka bahawa ini hanya sandiwara.   Dan lebih penting, kita ingin Tian Chua berjumpa dengan pasukan keselamatan dan pertahanan negara dan beritahu mereka bahawa mereka di sana hanya untuk bersandiwara serta rakan mereka sebenarnya masih hidup.  

Jika benar ini sandiwara, Tian Chua tidak harus punya masalah untuk ke sana kerana tiada apa yang perlu ditakutkan.   Dan jika benar ini sandiwara, bukankah lebih berkesan dan memberi keuntungan kepada pembangkang sekiranya Tian Chua sendiri turun ke sana seperti yang disarankan?  

Bukankah itu yang pembangkang inginkan?  

Iaitu agar rakyat percaya bahawa kerajaan Barisan Nasional telah dengan sengaja menjemput rakan lama Anwar Ibrahim untuk menyerang negara kita bagi membolehkan PR membangkitkan isu kad pengenalan di Sabah?   Dan kononnya, kad pengenalan itu diberi kepada puak Sulu sebagai syarat untuk membolehkan BN menang di Sabah, tetapi entah kenapa BN juga tiba-tiba menyerang balas dan menghapuskan puak Sulu sebelum sempat mereka mengundi?   

Bukankah ini yang dijaja oleh penyokong pembangkang di laman-laman sosial mereka?  Bukankah ini yang Tian Chua sogokkan ke kepala mereka?  Bahawa kerajaan bersandiwara?

Justeru, kita ingin Tian Chua tunjukkan kepada dunia bagaimana puak Sulu tidak akan memenggal dan mencungkil biji mata Tian Chua walaupun beliau turun berceramah di sana kerana semua yang ditunjukkan oleh media kerajaan hanyalah sandiwara.  

Jika tidak, bagaimana Tian Chua boleh membuktikan yang beliau bercakap benar? 

Sumber

Op Daulat: Al-Quran Tonik Terbaik Ketenangan Diri

Posted: 19 Mar 2013 04:30 AM PDT


Beliau mungkin tidak berjubah, berserban atau hebat berceramah menjual auta di atas pentas, namun amalannya setiap pagi selepas solat subuh yang mengalunkan ayat suci Al-Quran benar-benar memberikan ketenangan bagi dirinya menangani musuh negara.

Beliau sedar, diri dan anggota pasukan yang diketuainya itu diperlekeh, dikutuk dan direndah-rendahkan kewibawaan mereka. Namun demi agama, bangsa dan tanahair, segala tohmahan itu tidak pernah meninggalkan bekas di hati.

Motif mereka cuma satu, "nyahkan penceroboh yang cuba mencemar kedaulatan negara". Meskipun berat, itulah tanggungjawab yang harus dipikul oleh Ketua Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.

Beliau kelihatan garang, bengis dan tegas di kaca televisyen, khususnya ketika berdepan dengan soalan-soalan provokatif dari media. Namun tidak ramai yang tahu bahawa beliau sebenarnya merupakan seorang yang sangat lekas mesra dan lembut hati.

Datuk Hamza mungkin kurang dikenali sebelum ini. Namun selepas terjadinya insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Ketua Polis Sabah ini tiba-tiba menjadi tumpuan seluruh dunia bagi mengikuti perkembangan semasa berhubung insiden berdarah tersebut.

Media asing, khususnya GMA 7 dari Filipina misalnya selalu cuba mencabar kesabaran emosinya dengan tuduhan tidak wajar. Misalnya, pihak PDRM dikatakan mengambil kesempatan menyerang pengganas meskipun Jamalul Kiram mengisytiharkan "gencatan senjata".

Sebagai seorang ketua yang menyaksikan nyawa anggota-anggotanya terkorban di depan mata, mengenangkan anak isteri anggota bawahannya yang hilang tempat bergantung dan kini berdepan dengan media yang tidak berhati perut, apakah yang terbayang dihati kita?

Rasanya kalau tak tahan sabar dan gagal kawal emosi, mungkin kita akan jawab soalan tersebut dengan muncung M17 atau bazooka.

Namun dengan keberkatan Al-Quran dan tidak pernah tinggal solat 5 waktu, Datuk Hamza mampu mengawal emosi dan geramnya serta menjawab soalan provokatif itu dengan baik dan tepat.

Kata beliau, kata-kata Kiram III itu tidak lagi layak dihormati atau didengar memandangkan ketua pengganas itu pernah membunuh dua nyawa wira negara meskipun mengisytiharkan gencatan senjata sehari sebelumnya.

Malah pihak pengganas itu mengibarkan bendera putih, kononnya menyerah dan berdamai. Namun anggotanya diserang bertubi-tubi apabila menghampiri kawasan musuh dan menyaksikan dua dari wira negara terbunuh angkara musuh munafik itu.

Apapun, saya mengucapkan syabas kepada Datuk Hamza atas kecemerlangan beliau mengetuai pasukan keselamatan negara yang mempertahankan kedaulatan Malaysia. Hanya doa dan kata-kata semangat yang mampu diberikan. Hanya Allah SWT saja yang dapat membalas jasa kalian…

Suara Generasi Baru

VIDEO PANAS! YES OR NO! Jawab Jer La! Susah Sangat ke?

Posted: 19 Mar 2013 03:00 AM PDT


Pelik sungguh dengan Anwar nih! Bila wartawan tanya soalan, hanya perlu jawab je la. Soalannya adakah anda seorang Biseksual atau Homoseksual? Yes or No? Anwar bagi jawapan berleret-leret terus salahkan UMNO. Adeeh! Jawapan apakah itu? YES or NO? Senang je jawapannya. Budak kecik pun boleh jawap der! Kalau tidak cakap la tidak, Kalau Ya, confrim la mampus!!!kahkahkah...


HOT! Pengganas Sulu Tersilap Percaturan, Pasal Tu Mampus!!

Posted: 19 Mar 2013 02:00 AM PDT


Biarpun berpengalaman dalam peperangan gerila di selatan Filipina sejak 1899, taktik gerila pengganas dari Sulu yang menceroboh pesisir pantai Lahad Datu sejak 12 Feb lepas, tidak mampu melumpuhkan pertahanan negara.

Sebaliknya pasukan keselamatan negara terutama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang juga telah lama menggunakan taktik serangan gerila termasuk ketika berhadapan ancaman komunis antara 1984 dan 1989, berjaya melumpuhkan kumpulan militan itu.

"Keampuhan taktik gerila pengganas menceroboh negara dan kini berkubu di Tanjung Batu tidak mampu menandingi taktik pasukan keselamatan di negara ini. 

"Ini dibuktikan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati sehingga kini mencecah 62 orang," kata Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim.

Zulkiple berkata taktik ATM itu sentiasa dipertingkat dan diperkemas dengan pelbagai latihan dan penambahan inventori aset pertahanan bagi memastikan kedaulatan negara sentiasa dijaga.

"Kita satu-satunya negara di dunia ini yang memenangi peperangan dengan komunis melalui taktik gerila," katanya.

Dalam Operasi Daulat, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula berkata pasukan keselamatan menggempur dengan melancarkan serangan mortar dan senjata berat ke arah musuh sebelum memasuki kawasan kubu mereka untuk penggeledahan dan mencari musuh.

"Taktik ini diguna bagi memastikan keselamatan anggota kerana selain cabaran keadaan bentuk muka bumi seperti hutan, paya dan ladang, musuh yang mahir dengan kawasan ini, menggunakan taktik gerila penembak tepat," katanya.

Antara persenjataan musuh ialah rifel Garand dan M-16 yang diguna penembak tepat dan tembakan curi kerana senjata itu mempunyai jarak tembakan sejauh 550 meter. 

Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak empat tahun lalu, turut menyumbang kepada kejayaan Operasi Daulat untuk membanteras pengganas itu.

Perkara itu diakui Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar apabila tahap keselamatan di pantai timur Sabah dapat dipulihkan kepada tahap normal, hanya dalam tempoh dua minggu Operasi Daulat dijalankan.

Kejayaan Operasi Daulat juga dapat dilihat apabila 107 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan 241 orang ditahan kerana memasuki zon merah kawasan operasi dan pelbagai kesalahan.

Ismail berkata di bawah NBOS, pasukan keselamatan dapat menyegerakan penggemblengan pelbagai aset daripada pelbagai agensi keselamatan dan membantu ke arah pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), yang meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur negeri ini.

Pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Sabah diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri itu, yang merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan
dan Lahad Datu, yang akan menjadi pusat pemerintahan ESSCOM.

Sejak krisis pencerobohan Lahad Datu, 12 Feb lepas, sembilan anggota pasukan keselamatan terkorban manakala seorang anggota tentera maut dalam kemalangan jalan raya ketika menyertai konvoi Operasi Daulat - BERNAMA

UPDATED 4.00 PM : Kereta Kebal Adnan Dalam Operasi Geledah Pengganas

Posted: 19 Mar 2013 01:00 AM PDT


Pasukan keselamatan menggunakan kereta perisai jenis Adnan dalam Ops Daulat untuk mengempur saki-baki pengganas bersenjata Sulu di Kampung Tanjung Batu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kereta tersebut mempunyai mobiliti lebih baik dan mudah digunakan.

"Kita lebih bersedia sekarang dan operasi menggeledah di kawasan Tanjung Batu akan diselesaikan sepenuhnya hari ini," kata Hamza pada sidang media di sini pada Selasa.

Hamza berkata tiga lagi suspek bersenjata berjaya ditahan pada Isnin menjadi jumlah tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kini 107 orang.

"Mereka ditahan di Kampung Sim Sim, Sandakan," katanya.

mStar

BONGKAR! Agenda Jahat DAP Untuk Dominasi Kerusi Johor

Posted: 19 Mar 2013 12:00 AM PDT


Desas desus DAP meletakkan Lim Kit Siang bertanding di Parlimen Gelang Patah seolah-olah mempunyai agenda tersendiri dalam parti itu serta  menyembunyikan 'sesuatu' daripada  PKR dan PAS pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13). Percaturan DAP itu dilihat cuba memperalatkan Pakatan yang merupakan parti gabungan PKR dan PAS dengan menyatakan hasrat mendominasi terlebih dahulu kerusi di negeri menjadi kubu kuat UMNO – Barisan Nasional (BN)  dengan meletakkan 15 calon DAP daripada 26 kerusi dalam usaha rancangan menawan salah satu negeri kaya sumber ekonomi.

Dalam jangka masa panjang, tindakan DAP itu juga sebagai salah satu cara untuk mencengkam serta mengawal ekonomi negeri Johor sekaligus menindas kaum Melayu..

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan Ahli Parlimen Johor Bharu, Tan Sri Shahrir Samad baru-baru ini, budaya toleransi sudah lama wujud sejak beratus tahun dahulu antara kerajaan BN dan masyarakat Cina di negeri itu akan menjadi punca utama Pakatan gagal menawan Johor.

Masyarakat Cina di Johor istimewa dibandingkan dengan negeri lain kerana mereka memperolehi sistem pendidikan sekolah rendah dan menengah yang sudah berusia 100 tahun, contohnya sistem pendidikan Sekolah Rendah dan Menengah Foon Yew yang lebih lama usianya dari Merdeka dan tidak pernah diusik.

Pada sambutan perayaan Chingay yang ke 142 di Johor Bharu awal tahun lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan ia akan dijadikan sebagai Warisan Kebudayaan Kebangsaan dan berita itu amat menggembirakan masyarakat Cina.

DAP sebagai parti terkuat dalam Pakatan Pembangkang, berfahaman sekular yang bermakna mereka tidak menyokong duit kerajaan dibelanjakan untuk tujuan agama.

Jadi kalau Pakatan Pembangkang bercadang dan mengambil alih kepimpinan negeri Johor, satu dilema yang mereka akan hadapi ialah di segi falsafah politik DAP yang bertentangan dengan apa yang dilakukan di Johor sekarang.

Masyarakat Cina di sini agak istimewa kerana mereka mempunyai pelbagai perkara yang boleh dibanggakan antaranya sistem pendidikan sekolah Jenis Kebangsaan dan Menengah Cina (Foon Yew)  yang usianya lebih lama dari Merdeka dan 'Southern College' yang bertaraf universiti.

Kajian trend sokongan yang dilakukan oleh Merdeka Center Mac lalu pula juga menunjukkan majoriti rakyat semakin selesa dengan pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat lebih cakna dan memenuhi aspirasi khalayak, satu lagi isyarat yang jelas untuk meletakkan pembangkang berada dalam kedudukan tertekan dan bakal mengulangi sejarah PRU12.

Malah dalam pilihanraya kecil DUN Tenang sebelum inipun telah terbukti rakyat lebih gembira bersama BN apabila majoriti besar pengundi Melayu dan India sepakat menyatakan sokongan terbuka mereka kepada kerajaan pusat dan negeri.

Di masa yang sama tahap sokongan masyarakat Cina juga turut menunjukkan sedikit peningkatan, satu perkembangan yang ternyata menyebabkan ramai pemimpin pembangkang jadi gila meroyan.

Apa yang dibawa oleh pembangkang sebenarnya berasaskan pada anggapan bahawa pengundi Cina akan menyebelahi mereka, penulis rasa kita boleh bertahan. Johor berbeza dengan negeri lain.

Sehubungan itu, Pemimpin Pakatan Pembangkang dinasihatkan supaya berhenti berangan-angan seperti Mat Jenin sekiranya ingin menjadikan isu perkauman khususnya sebagai modal bagi meraih sokongan serta undi masyarakat Cina di Johor.

Suara Generasi Baru

KESIAN! Wan Azizah Mengadu Pada Akhbar Cina, Anwar Beli Mutiara Palsu RM5 Untuknya

Posted: 18 Mar 2013 11:00 PM PDT


Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew baru-baru ini menyiarkan wawancara eksklusif dengan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah, bagi mendapatkan pandangannya mengenai isu-isu semasa dan pilihanraya yang menjelang tiba.  

Tidak perlu diulas panjang mengenai pandangan Wan Azizah kerana ianya sudah dapat dibaca iaitu segala-galanya yang dibuat kerajaan adalah buruk dan pembangkanglah yang terbaik, selain suaminya sebagai manusia paling suci di dunia yang tidak henti-henti menjadi mangsa penganiayaan kerajaan.  Semua tuduhan adalah palsu dan semua yang berlaku adalah sandiwara UMNO termasuk insiden Lahad Datu di mana suaminya tidak terlibat langsung dan hanya bertemu Misuari untuk bersembang kosong.  

Pastinya, itulah jawapan standard Wan Azizah di mana-mana saja, jadi tidak perlulah sesiapa membuang masa untuk bertanya apa-apa padanya.  

Justeru, wawancara tersebut tidaklah berbaloi untuk dibincangkan di sini, tetapi, apa yang menarik untuk diberi perhatian ialah motif Sin Chew yang jelas cenderung memberi kredit dan publisiti murah kepada Wan Azizah.  

Mana tidaknya, jika yang ditekankan bukanlah isu berbangkit menjelang pilihanraya tetapi mengenai sifat rendah diri dan tidak mengada-ngada yang kononnya dimiliki oleh Wan Azizah.   

Menurut Sin Chew, Wan Azizah tidak memakai perhiasan emas atau berlian mewah seperti sesetengah isteri pegawai tinggi kerajaan, tetapi hanya memakai mutiara palsu yang bernilai hanya RM5 seutas.  

Pesan kita pada Wan Azizah, agak-agaklah kalau nak menunjuk rendah diri sekalipun.  Apa erti mutiara palsu RM5 seutas dengan rumah mewah berjuta dolar walaupun suami sudah tidak bekerja?   Siapa yang kos sara hidup dan pelajaran anak-anak, kos ulang-alik dan penginapan termasuk perbelanjaan sampingan ke luar negara berpuluh kali setahun untuk dirinya, suami dan anak-anak?   

Namun, dari satu sudut, tidak mustahil Wan Azizah bercakap benar mengenai mutiara RM5nya kerana jika dikaji pendedahan berbagai pihak mengenai rumahtangganya dengan Anwar, kita akan dapati bahawa semua yang dikeliling mereka mengakui bahawa Anwar tidak pernah memberi perhatian, jauh sekali kemewahan kepada isterinya atas alasan ingin dilihat sebagai ahli politik yang baik.  

Tetapi,  di masa yang sama, Anwar memberi segala kemewahan kepada 'anak-anak ikannya' dan juga wanita simpanannya.  

Antara yang telah terdedah di mahkamah ialah adik angkatnya, Suka Dermawan yang diberikan bilik khas di rumahnya sendiri serta modal yang banyak untuk membangunkan syarikat sendiri.  Begitu juga Shamsidar Taharin, isteri Azmin Ali, merangkap perempuan simpanannya, menikmati gaji yang tinggi sebagai Pengarah Syarikat tanpa perlu bekerja atau memikul apa-apa tanggungjawab, selain diberikan saham-saham dan barangan kemas sebagai hadiah.  

Isterinya, Wan Azizah, bagaimanapun disuruh membawa imej sederhana sahaja agar salah lakunya tidak disyaki orang.    

Baru-baru ini, kita didedahkan pula oleh bekas pembantu peguam Anwar, iaitu Yuktes Vijay, bahawa Anwar tidak perlu mengeluarkan sesen pun dalam kebanyakan hal kerana beliau mempunyai penaja.  Jika ini benar, nampaknya Anwar mempunyai penaja dengan jumlah dana tanpa had.  

Logik akal, jika seseorang itu dipecat, tidak kiralah sekiranya beliau seorang Timbalan Perdana Menteri sekalipun, tentulah kehidupannya tidak akan semewah sebelumnya, apatah lagi setelah 13 tahun berlalu.  Lebih-lebih lagi apabila telah bergelar banduan.  Bayangkanlah, Anwar melantik hampir 10 orang peguam setiap kali ke mahkamah.   Peguamnya pula bukan calang-calang, tetapi yang sudah pun menempa nama di mana bayaran yuran mereka tentu sekali bukan calang-calang juga.  

Justeru, di manakah atau bagaimanakah Anwar membiayai kos guaman, kos sara hidup serta kerjaya politiknya?   Segala kos ini selama berbelas tahun pasti memakan jumlah sehingga berbilion ringgit.   Dengan dana yang tanpa had itu, mungkinkah Anwar begitu kejam terhadap Wan Azizah sehingga sanggup membiarkan isterinya itu memakai seutas mutiara bernilai hanya RM5?    

Di sebalik kekayaan Anwar dan kekejamannya terhadap Wan Azizah, jangan kita sekali-kali lupa pendedahan bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan, Lokman Nor Adam di awal tahun 2012 tentang bagaimana ketika Anwar dipenjara, Nurul Izzah ada menerima wang berjumlah USD200,000 dari Joseph Estrada, Presiden Filipina pada waktu itu, untuk membantu perjuangan pembebasan Anwar.   Wang tersebut diberikannya kepada ibunya, Wan Azizah, Namun sehingga Lokman meninggalkan PKR, satu sen pun tidak dimasukkan oleh Wan Azizah ke akaun parti.  

Begitu juga apabila rakan Lokman, Nasir Husin, yang sama-sama ditahan ISA menerima cek berjumlah RM5 juta dari Datuk Soh Chee Wen, atas nama Wan Azizah untuk membantu parti dan Anwar Ibrahim.  Tetapi, perkara sama juga berlaku di mana satu sen pun tidak diberikan oleh Wan Azizah kepada parti.  

Perkara ini telah didedahkan sejak tahun 2012 tetapi sehingga kini tiada siapa yang menyaman Lokman Nor Adam, walaupun Anwar terkenal dengan hobinya menyaman orang.  

Oleh itu,, sekiranya Sin Chew merasa 'kagum' kerana Wan Azizah sanggup memakai barang kemas bernilai RM5 ketika diwawancara mereka,  maka kekaguman akhbar itu pastinya berasas.  Bayangkan, walaupun keluarganya telah menyonglap berbilion ringgit,  Wan Azizah tegar berlakon rendah diri dengan hanya memakai barang kemas yang tidak sampai sepuluh ringgit.

Sumber

GEMPAR! Surat Arahan Masuk Syurga Diedarkan Di Kelantan

Posted: 18 Mar 2013 10:00 PM PDT


Adeeh! Tu dia! Surat arahan masuk syurga PAS dah diedarkan. Bertuah orang Kelantan. Dapat masuk syurga Free!!! Surat edaran arahan memasang CD ceramah PAS dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu kepada semua pasaraya di Kota Bharu, Kelantan. Surat ini ini mendakwa mendengar CD ceramah PAS akan menjamin masuk syurga. 

Hanya CD Tok Guru dan Ustaz Pelawok Azhar Idrus usaha yang diwajibkan dipasang  di pasaraya dan  pasaraya berbangsa cina tidak terkecuali. Wah ! Kafir pun akan masuk syurga weh! Senangnya masuk syurga.  Jika engkar arahan ini, akan masuk neraka! kahkahkahkah...

UPDATED 12.00 Pagi : Empat Pertempuran Berlaku

Posted: 18 Mar 2013 09:00 PM PDT

OPS DAULAT: SIDANG MEDIA SEMASA - 19 MAC 2013 

Keadaan keselamatan di Daerah Lahad Datu selamat dan terkawal.


Operasi pembersihan di kawasan Tanjung Batu masih lagi diteruskan manakala bagi kawasan Kampung Tanduo dan Sungai Nyamuk, operasi pembersihan telah selesai dijalankan.

4 pertempuran berlaku semalam, namun tiada kemalangan atau kecederaan di kedua-dua pihak.

Statistik terkini jumlah tangkapan yang disiasat di bawah SOSMA 2012 adalah seramai 104 tangkapan manakala tangkapan di bawah Akta Imigresen seramai 245 orang. Jumlah mayat pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah seramai 28 orang dan jumlah pengganas yang ditembak mati seramai 62 orang. Jumlah yang meninggal dari pasukan keselamatan adalah seramai 9 orang manakala jumlah kecederaan adalah seramai 9 orang.

UPDATED 11.30 Pagi : Kawalan Ketat Di Perairan Lahad Datu

Posted: 18 Mar 2013 08:30 PM PDT


Pasukan keselamatan mengawal ketat perairan Lahad Datu, terutama di Tungku terhadap pencerobohan.

Satu perjalanan bersama  Bot Peronda 'PAC 51' pasukan polis marin ke Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu mendapati bahawa kawasan dikawal sepenuhnya oleh polis marin dan tentera laut.

Marin dan beberapa bot tentera laut juga dilihat di kedua-dua kawasan, memantau sebarang pergerakan dan aktiviti.

Masjid lama di Kampung Tanduo yang telah digunakan oleh pengganas bersenjata sebelum ini didapati kosong dan tiada pergerakan dikesan.

Sementara itu, di Kampung Tanjung Batu, beberapa rumah telah dibakar oleh pengganas, juga sunyi dan tiada pergerakan dikesan.

Menurut pegawai operasi marin, rondaan dijalankan pada setiap masa secara bergilir untuk memastikan keselamatan rakyat di kawasan tersebut. Beliau menambah bahawa semua pasukan keselamatan sentiasa bersedia untuk apa jua keadaan.

Borneo Post

VIDEO KRISIS LAHAD DATU : Kisah Pengalaman Menakutkan Menjadi Tawanan 48 Jam Pengganas Sulu

Posted: 18 Mar 2013 08:00 PM PDT


Lajin Bundik berusia 80-an, isterinya Selamah Ando isterinya, dua orang anak dan enam cucu  melalui pengalaman yang menakutkan selama 48 jam apabila mereka telah ditawan oleh pengganas Sulu di rumah mereka di Tanjung Batu, bulan lepas.

Lajin ketika ditemui di rumah setinggan cucunya di Jeragan Bistari di Felda Sahabat 38, berkata  dia melihat sekumpulan lelaki bersenjata yang datang ke arah kampung sekitar jam 8 pagi. 

"Mereka telah berjalan kaki dari Kampung Tanduo dan sembilan daripada mereka datang ke rumah saya," kata Lajin, sambil menambah bahawa beberapa daripada mereka membawa senjata api manakala selebihnya bersenjatakan parang.

"Mereka kelihatan seperti mereka telah bersiap sedia untuk berperang. Saya mahu berjalan tetapi terlalu takut," kata Lajin yang dengan isteri sakit beliau dan cucu empat mereka.

Lajin berkata salah seorang pengganas mendekatinya dan memberitahu dia tidak perlu bimbang kerana mereka hanya mahu makanan.

"Mereka juga meminta kami untuk menutup semua tingkap dan pintu dan berdiam diri di dalam rumah.. Mereka mengambil mandi dan tidur di ruang tamu," kata Lajin. Beliau berkata beliau melarikan diri pada hari kedua selepas dia mendengar bunyi tembakan dan letupan di kampung.

"Mereka tidak menghalang kami dan kami berlari ke dalam ladang untuk mendapatkan bantuan."

Keluarga Lajin tidak merupakan satu-satunya dipengaruhi oleh pengganas bersenjata.

Seorang lagi penduduk kampung, yang juga menantu Lajin , Hamdan Arsad, 52, berkata pengganas menghabiskan satu malam di rumahnya.

"Mereka meminta makanan dan saya tidak mempunyai apa-apa untuk ditawarkan tetapi mereka tinggal semalaman. Terdapat dua wanita dalam kumpulan itu."

Keesokan harinya, Hamdan bertanya pengganas jika mereka boleh membenarkan dia untuk meninggalkan. Mereka membiarkan dia pergi tetapi memberitahu dia tidak pergi ke ladang. "Saya berjalan berjam-jam dan pergi ke rumah saudara saya dan bertemu bapa mentua saya  yang telah melarikan diri sebelum ini,

Hamdan dan Lajin adalah antara beratus-ratus penduduk kampung Tanjung Batu yang lari dari rumah mereka berikutan pencerobohan tersebut.

Petikan dari The New Straits Times


UPDATED 19 MAC 10.30 Pagi : Perisai Berantai Sertai Ops Daulat

Posted: 18 Mar 2013 07:30 PM PDT


Pasukan keselamatan yang masih meneruskan misi Ops Daulat di sini menerima tambahan kekuatan dengan kehadiran kereta perisai berantai dalam usaha membantu dan memperkukuhkan penguasaan di gugusan Kampung Tanjung Labian di sini.

Kereta perisai berantai jenis ACV-300S Adnan itu dilihat memasuki kawasan Felda Sahabat pada pukul 4.20 petang selepas mengharungi perjalanan jauh kira-kira 300 kilometer dari Tawau.

Sebanyak 17 buah kereta perisai berantai termasuk sebuah untuk tujuan perubatan memasuki kawasan Felda Sahabat dengan diiringi 17 buah trak tentera berkekuatan 200 anggota.

Difahamkan, kesemua kenderaan yang tiba di Tawau pada pukul 9 pagi semalam merupakan kenderaan yang berpengkalan di Pangkalan Tentera Gemas, Negeri Sembilan.

Panglima I Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Zaki Moktar berkata, kereta perisai berantai itu dibawa dari Semenanjung bagi membantu pasukan keselamatan dalam Ops Daulat.

"Kereta perisai berantai juga bertujuan untuk mengawasi gugusan Kampung Tanjung Labian selepas operasi tamat kelak," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Petikan Kosmo

GEMPAR! Bukti Pengikut Sendiri Mengakui Gambar Songsang adalah Ketua Mereka Didedah!

Posted: 18 Mar 2013 07:00 PM PDT

Ya Allah! Apa yang akan jadi pada anak bangsa kita. Jauhkanlah daripada mereka-mereka yang sesat dan songsang ini. Jika dia lah yang menjadi Perdana Menteri, maka hancur musnahlah bangsa dan negara. Tidak mustahil budaya songsang ini akan dihalalkan dimasa akan datang seperti di negara-negara barat JIKA Dajjal ini yang menjadi pemerintah negara. 

Merujuk kepada Sabda Rasulullah s.a.w, " Sesiapa yang menemui seseorang melakukan kaum Nabi Luth a.s.(Liwat), bunuhlah peliwat dan mangsa liwat yang rela," Hadis Sahih Riwayat Al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah.

Sesungguhnya pengikut-pengikutnya sendiri telah mengakui bahawa beliau adalah seorang GAY. Di sebelah yang lain diarah untuk memutar belitkan fakta bahawa UMNO yang salah. Pokoknya, tidak kira siapa pun yang menjadi dalang penyebaran gambar dan video ini, liwat itu berlaku. Bukti yang ada sudah cukup membuka mata kita semua dan bukan hanya sekadar tuduhan dan dakwaan semata-mata.

Teman menyeru semua penyokong-penyokong  Pakatan Rakyat yang beragama Islam supaya bermuhasabah dan cuba menilai semula keperibadian pemimpin "suci" pujaaan mereka ini. Adakah wajar pemimpin sebegini dijadikan pemimpin utama negara yang mampu membuat segala keputusan. Sekali tersilap langkah, mungkin sukar untuk diubah semula..Renung-renungkan lah...

Penyebaran Gambar Hubungan Songsang Mirip Anwar, Ahli PKR Jadi Dalang?

Posted: 18 Mar 2013 06:00 PM PDT


Beberapa hari ini tidak kira di laman sosial Facebook mahupun di portal dan blog-blog, banyak tersebar gambar dan cerita tentang hubungan sejenis seorang lelaki yang mirip kepada Ketua Umum Pakatan Pembangkang. Gambar tidak berwarna itu dipercayai telah dimuatnaik di dalam sebuah blog yang masih baru dan tidak diketahui siapa pemiliknya.

Pelbagai persepsi cuba ditimbulkan dengan penyebaran gambar tidak senonoh tersebut. Ada pendapat menyatakan, ianya adalah fitnah yang dilakukan oleh UMNO/BN untuk menjatuhkan reputasi Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang PRU13.

Malahan ada juga yang berpendapat, penyebaran gambar tersebut didalangi oleh ahli PKR sendiri untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada insiden Lahad Datu yang dikatakan didalangi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh beberapa media asing.

Walau siapapun yang berada di belakang penyebaran gambar tidak senonoh tersebut, dan walau apapun niatnya, isu keselamatan di Lahad Datu tetap menjadi perhatian utama rakyat.

Biarlah apa pun gambar yang hendak disebarkan, keluarlah apa cerita sekalipun tentang orientasi seks manusia yang bernama Anwar Ibrahim, insiden Lahad Datu tetap harus menjadi keutamaan.

Kedaulatan negara lebih penting daripada isu penyebaran gambar tidak senonoh antara dua orang lelaki di dalam sebuah bilik hotel. Keselamatan rakyat di kawasan sekitar tempat serangan pengganas lanun Sulu lebih penting untuk diberi perhatian.

Tiupan semangat dan doa untuk anggota keselamatan kita yang sedang berjuang mempertahankan kedaulatan negara daripada diperkotak-katikkan oleh musuh adalah lebih perlu daripada menjaja cerita tentang nafsu songsang lelaki di dalam gambar tersebut.

Biarkan sahaja gambar dan cerita lelaki bernafsu songsang itu berlalu bersama masa. Apa yang penting kini, sokongan dan kepercayaan sepenuh hati harus diberikan kepada para anggota keselamatan kita yang kini sedang berjuang menentang pengganas di Sabah.

Dalang sebenar di sebalik insiden serangan pengganas Sulu di Sabah perlu dicari dan didedahkan. Jika benar seperti dakwaan beberapa media asing yang mengatakan Ketua Umum dari Pakatan Pembangkang terlibat dalam insiden ini, ia harus dibuktikan dan didedahkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tuduh-menuduh di antara penyokong kedua-dua parti tidak membawa ke mana. Apa yang penting, carikan bukti untuk mengaitkan si dalang dan insiden yang telah menyebabkan pertumpahan darah.

Cukuplah nyawa sepuluh orang anggota keselamatan yang diragut dek sikap rakus untuk menjadi pemerintah. Cukuplah sepuluh keluarga yang kehilangan anak, suami mahupun ayah sebagai tempat bergantung dan bermanja.

Jom kita semua berganding bahu tanpa mengira fahaman politik untuk sama-sama mendoakan anggota keselamatan kita yang sedang berjuang di Sabah. Kita lupakan seketika persengketaan politik demi untuk memberikan sokongan kepada usaha pasukan keselamatan mempertahankan kedaulatan negara.

Suara Generasi Baru

ITU APA PULA. “BOM”. “HEY, KITA TAK ORDER BENDA TU KAH”. “BELUM, TUANKU, KITA BARU HENDAK MINTAK DUIT. ” KIRAM SPRING

Posted: 18 Mar 2013 05:00 PM PDT


Hahahaha..Baik punya! Lawak Giler der! Sakit perut teman nak gelak! Teman kutip dari Blog eekaa.wordpress.com. dan dari My Massa. Kome baca la...

Kiram: "Apa lak bunyi kuat tuh, Maleek?".

Maleek: "Bom, F18, dan grenade launcher, Tuanku!"

Kiram: "Hotak engkau, nape tak order benda tu juga, Maleek?"

Maleek: "Boleh order tuanku, pakai American Express. Tetapi credit line dah tutup dah. Kalau boleh pun siapa nak jadi pilot, semua mat mat kita tembak lari jer, sekolah tak pas apa apa camna nak masuk akedemi tentera udara?. Tuanku tak beri duit ajar penduduk kita, duit tuanku masuk mulut tuanku saja".

Kiram: "Celako engkau ni, kang melayang pedang ni ke tengkok engkau! Pergi tengok siapa masih hidup, beri pedang suruh rodok tentera Malaysia tu".

Maleek: "Tuanku sahaja yang masih hidup, saya pun dah patah tangan dan kaki ni, nah ambil pedang ni dan rodok lah sendiri, tuanku".

Kiram: "Ya kah. Cheh celako. Aku ingat kau pahlima yang hebat, habis tentera Filipina engkau pancung, jadi camna nih?".

Maleek: "Jangan gusar tuanku, pergi pakai seluar dalam merah. Lepas itu tuanku telanjang bulat sampai ke kawasan polis tuanku cabut seluar dalam tu dan kibar kan dia menyerah diri. Ingat telanjang bulat tuanku. Saya dah tak boleh bergerak dah tuanku".

Kiram: "Komander jenis apa lah engkau nih, ada pulak suruh aku telanjang bulat. Engkau tak reti rasa malu kah, baso".

Maleek: "Sekarang nak rasa malu dah terlewat tuanku. Tuanku, chop mohor dimana tuanku, tolong chop kertas claim insurance nih, hamba nak claim insurance masuk spital".

Kiram: "Mana aku ada chop mohor. Di Lahad Datu tak der ke kedai boleh buat chop mohor?. Kalau ada aku tempah satu dan karang aku cop lah".

Maleek: "Tak pa tuanku, tuanku keluar kan dodek tuanku tu, ambil bahagian kepala tuh dan cucuk kat kertas nih. Insurance company boleh terima chop mohor jenis semacam ni kut".

Kiram: "Babi, engkau Maleek".
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...