PAPA GOMO

PAPA GOMO


Gara Gara Pemberian BR1M 2.0 Najib Razak Jadi Mangsa

Posted: 03 Feb 2013 06:00 PM PST


Bangsat punya Najib, BN Rasuah dan bermacam macam lagi yang dihamburkan pihak Pakatan Pembangkang dalam minggu ini apabila Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan pemberian BR1m 2.0 buat rakyat Malaysia.

Itulah mentaliti pihak pembangkang yang akan menghamburkan kata kata cacian dan makian apabila Kerajaan BN berjaya melaksanakan apa yang telah dijanjikan kepada rakyat. Saksikan video dibawah ini.




Tahniah Najib Razak kerana "Janji Ditepati" yang dilaungkan oleh Barisan Nasional terbukti dilaksana walaupun cuba disabotaj oleh pihak pakatan pembangkang. Ini yang rakyat mahukan sebagai pentadbir yang mana setiap janji pihak pentadbir sama ada kerajaan Pusat ataupun negeri mestilah ditunaikan agar rakyat tidak diperbodohkan demi politik.

Gomo nak ingatkan rakyat Malaysia akan BR1m 2.0 yang sekarang telah diberikan kepada rakyat Malaysia. 2.0 mungkin mengingatkan kita tentang Demo BERSIH 2.0 yang dilakukan pihak Pakatan PAS,DAP dan PKR. Dan untuk selepas ini Gomo harap rakyat Malaysia tanamkan dalam diri apabila dengar atau terlihat 2.0 maka Barisan Nasional yang yang perlu kita pangkah bagi menidakkan Pakatan pembangkang yang hanya pandai berdemo tapi tidak tahu menghargai rakyat.

Mesej jelas disini untuk rakyat Malaysia adalah sikap pimpinan pembangkang yang hanya tahu berjanji dan menabur janji palsu.Mlah mengheret rakyat untuk dijadikan perisai mereka dijalanan tetapi tidak mampu untuk memberikan khidmat yang terbaik buat rakyat.




Apa pun kita akan dapat lihat cacian dan makian mereka pihak pembangkang ini dalam hari hari mendatang. Cuma kita harap sampai satu masa nanti mereka akan sedar dari lamunan bahawa mereka telah diperbodohkan oleh pemimpin pembangkang yang hanya pentingkan KERONI ANAK BERANAK berbanding rakyat Malaysia.

Lagi KLIK DISINI

Psssttt... Terima Kasih Najib Razak dan Kerajaan Barisan Nasional

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.





Dibeli UMNO,Dibayar MCA : Tunku Abdul Aziz

Posted: 03 Feb 2013 07:46 AM PST







Bekas Naib Pengerusi DAP,Tunku Abdul Aziz menafikan dakwaan beliau telah dibayar oleh UMNO dan MCA berikutan dengan kebanyakan kenyataannya disifatkan lebih memihak kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sambil menyelar tindakan bekas partinya yang cuba menjatuhkan imej dan kredibilitinya di mata umum.

Tunku Abdul Aziz berkata sepanjang penglibatan dalam DAP,beliau telah mengkritik dasar-dasar kerajaan, UMNO dan Barisan Nasional (BN).Beliau berkata demikian sebagai menjawab tuduhan dan dakwaan DAP,portal dan blog-blog pro pembangkang.

Sumber dari KLPOS

 Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...