BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! STRATEGY TO CLASH PM @NAJIBRAZAK AND TUN MAHATHIR !!! PROVES THAT PR IS SCARED !!!

Posted: 03 Feb 2013 02:56 PM PST


Despite of the opposition's constant attack on former Prime Minister,Tun Mahathir Mohamad (Tun M),they still cannot deny his strong 'aura' which haunts them.Even though he is retired and only observes the nation's politics while providing his views,some sides somehow claimed that his opinions are orders.Tun Mahathir is a very honest man and no one can deny that.When he felt that it was time for Tun Abdullah to retire,he stated the matter without covering anything.Realizing that Tun M's aura could influence Malaysia's political arena,the opposition tries to change the 'aura' so that it would benefit them.That is why,as they criticize Tun M,they tried to describe that Tun M also agrees with them regarding the BN government's weaknesses and the Prime Minister himself. 

They are hoping that Tun M's aura will be able to influence Malaysians to also see the government's weaknesses.So,that is how the fable saying that Tun M is working with Tan Sri Muhyiddin to bring down Datuk Seri Najib happened,like what was published by Malaysia Chronicle and now,another story rose saying that Tun M 'ordered' Datuk Seri Najib to resign if BN fails to win big in the coming GE. Tun M's explanation on the matter where it is a regular tradition leaders would resign if they fail to achieve their target and that it has been going around since the era of Tunku Abdul Rahman where everything depends on what members want,was 'belittled' by the opposition's media and in the same statement,Tun M did admit that Datuk Seri Najib did took BN when the coalition was weak, but the opposition somehow tried to twist his statement by saying that Najib's government is weak.

The opposition's media,especially English language ones,kept on playing this kind of stories where their target readers are the ones who are much more rational. It seems that they are really working hard on it as GE draws closer.What really happened was that Tun M is giving his full support towards the government led by Datuk Seri Najib.he also stated that he would voluntarily help the government if there is any need for it and as we all know,if Tun M felt that Datuk Seri Najib do not deserve the post,then he would not hesitate to give his opinion on it instead of covering anything because that is how he is, every rakyat knew that and this is what PR is really afraid of, the fact that Tun M is giving his full support towards Datuk Seri Najib and BN.Datuk Seri Najib aura is enough to sink Anwar Ibrahim,Lim Kit Siang dan Hadi Awang.With the help of Tun M,how would the opposition fight against BN.Despite of all the attempts to clash these two leaders,it seems like it is still going nowhere.That is why,the opposition do not have to work hard just to raise support from rakyat through Tun M's aura.Seems too obvious that opposition leaders do not have great leadership to be loved by rakyat that they had to depend on their enemies.

DO YOU WANT TO KNOW SOMETHING ???

WHEN YOU MEET DATUK SERI NAJIB YOU CAN SEE LIGHT AT HIS FACE !!!

HOW ABOUT ANWAR IBRAHIM ???

GAZE-PONDERS 

HOT NEWS !!! USTAZ NASHA NO LONGER PART OF PAS !!! SYURA COUNCIL DISBANDED ??? MUST READ !!!

Posted: 03 Feb 2013 11:00 AM PST


PAS Syura Ulama Council used to be described as an old Al-Quran by Datuk Mohamed Daud Iraqi,one of the Council members itself.An old Al-Quran which might have lose some of it's prints,but it would never be thrown away.However,in the eyes of DAP and PKR,PAS Syura Ulama Council is seen as an old rug,used to cover all the dirt spread by PAS leaders.Even PAS has accepted the fact that their Syura Council does not mean a thing,but it cannot be swept out because it carries the name of 'Islam' in PAS.Without the Syura Council,PAS is worth nothing more than just jubah and serban.DAP and PKR are not the only ones who 'ignores' the Syura Council,even its own Chairman,Nik Aziz views the council as mere symbol. 

That is why Nik Aziz was reported to have made a statement on The Star saying that the dismissal of Nashruddin from Syura Council means dismissal from PAS as well.In other words,the Syura Council is the scape goat to cover from supporters from having any doubts due to the action.The fact is,Nik Aziz clearly ignored Syura Council and made decision based on his emotions on the capacity as Chairman of the Council and the party's Mursyidul Am.We are aware that Nik Aziz is always full of vengeance and the worse thing for Nasharuddin was having to deal with Hadi Awang who loves to insult people. Giving his response to this issue,Hadi Awang described Nasharuddin as a regular member who does not provide any significance when he joined the Prime Minister to Gaza.That is why Nashruddin's dismissal is said to be caused by his constant absence during Syura Council meetings instead of being with PM in Gaza. 

However,if that is the excuse,then more should be dismissed.Even Datuk Mohamed Daud Iraqi and Nik Aziz themselves rarely come to the meetings. Why won't Nik Aziz sack himself to show that he is fair ?? Not just that,even Nasharuddin's dismissal does not really follow the Islamic way.The charge was made without his presence, and the sentence was given without his knowledge, and without giving him any chance to defend himself.Whatever it is,it is clear that the Syura Council does not mean a thing to PAS.It could still make decisions,but the final say would also come from PAS like what was said by Nik Aziz.So,what is the use of the Syura Council ??? Wouldn't it be better if PAS simply disband the council ??? The Syura Council is not like an old Al-Quran because even an old Al-Quran still has its value. The council is just an old rug, it is worthless, not just in the eyes of DAP and PKR,even Nik Aziz thinks the same.

GAZE-PONDERS

HOT NEWS !!! ABDULLAH SANI MENGADAI TANAH MILIK YAYASAN SELANGOR UNTUK PANCING UNDI ??? APA CERITA NI ???

Posted: 03 Feb 2013 07:30 AM PST


Ahli Parlimen Kuala Langat yang sebelum ini terbabit dalam kontroversi dan skandal rumahtangga,Abdullah Sani,cuba menonjolkan namanya semula setelah melihat penentangan penduduk kepada PKR dan Pakatan Rakyat di seluruh Kuala Langat.Abdullah Sani bagaimanapun,tidak melihat pengundi Melayu sebagai peluang untuknya mengekalkan kerusi yang sedang disandangnya,sebaliknya Abdullah Sani cuba mengambil hati pengundi-pengundi India yang dilihatnya lebih mudah untuk ditipu dan diperdayakan,sepertimana yang berlaku pada tahun 2008 ketika dia memenangi kerusi berkenaan dan PKR secara amnya,di Selangor.Daripada maklumat yang saya terima,Abdullah Sani telah mengetuai PKR Kuala Langat dalam usaha mengeluarkan geran tanah kepada masyarakat atau lebih tepat lagi pengundi India di Pulau Carey bagi tujuan memancing undi dan sokongan.

Ketika memenangi kerusi Parlimen Kuala Langat,Abdullah Sani telah berjanji kepada para pengundi yang tinggal secara haram,Pakatan Rakyat akan memberikan geran tanah dan hakmilik tanah yang diduduki kepada para pengundi berkenaan.Bagaimanapun,selepas hampir lima tahun Pakatan Rakyat memerintah Selangor,jangankan geran tanah,Abdullah Sani sendiri pun,tidak pernah menampakkan muka di kawasan terbabit kerana takut dia akan didesak tentang pemilikan serta geran tanah yang dijanjikannya.Apatah lagi,Abdullah Sani sememangnya seorang Ahli Parlimen yang tidak bertanggungjawab kerana sepanjang masa dia bergelar Ahli Parlimen,masanya lebih banyak dihabiskan untuk BERCINTA dengan isteri barunya sekarang.Manakala peluang berada di Dewan Rakyat pula,seringkali digunakan untuk menghentam Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya,Datin Seri Rosmah Mansor berbanding membawa masalah rakyat di Kuala Langat untuk dibincangkan.Kini PRU13 semakin hampir.Abdullah Sani yang melihat peluang untuk menang semakin terkatup rapat,mula memikirkan sesuatu yang lebih ekstrim atau lebih tepat lagi, jalan pintas bagi memenangi hati para pengundi. 

Adalah difahamkan,TANAH yang diperjudikan oleh Abdullah Sani merupakan TANAH MILIK YAYASAN SELANGOR.Yayasan Selangor di tangan Pakatan Rakyat,hanya tinggal nama.Sudah terlalu banyak aset Yayasan Selangor yang selama ini digunakan untuk membangunkan masyarakat marhein,terutama sekali masyarakat Melayu-Bumiputera,telah dijual dan dilupuskan oleh Pakatan Rakyat.Khalid Ibrahim,Menteri Besar Selangor secara persendirian telah merompak wang dari akaun Yayasan Selangor dan dipindahkan ke akaun Parti Keadilan Rakyat Selangor.PKR Selangor akan mengeluarkan GERAN TANAH ATAU BORANG 5A sebelum PRU.Seramai 205 orang penama atau pemohon akan terlibat,termasuklah CV1 dan CV2.PKR Selangor yang menyokong kuat kerja-kerja Abdullah Sani,berpendapat,sekiranya perkara ini terlaksana,UMNO-BN tidak mungkin dapat menawan kembali kerusi N.51 Sijangkang.Kerusi N.51 Sijangkang sekarang ini disandang oleh Dr. Ahmad Yunus dari PAS setelah berjaya mengalahkan Abdul Fatah Iskandar (UMNO-BN) dengan kelebihan undi sebanyak 2,081 pada tahun 2008.Pada tahun 2004,kerusi berkenaan telah dimenangi oleh Abdul Fatah Iskandar dengan majoriti undi 3,396 undi. Abdullah Sani dan PKR Selangor melihat usaha pemberian geran dan hakmilik tanah kepada pengundi-pengundi di N.51 Sijangkang akan memberi kelebihan kepada mereka.Sebabnya mudah.sekarang ini,undi masyarakat India merupakan undi penentu terutama di kawasan Pulau Carey.Sekali lagi nampaknya,tanah-tanah Melayu dijadikan bahan sandaran oleh para pemimpin PKR dalam usaha mereka untuk mengekalkan kuasa dan jawatan. - SEL13.COM

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! PEMECATAN USTAZ NASHA !!! MAJLIS SYURA ULAMA PAS AKAN DIBUBARKAN ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 03 Feb 2013 04:00 AM PST


Majlis Syura Ulama PAS pernah diumpamakan sebagai Al-Quran buruk oleh Datuk Mohamed Daud Iraqi,salah seorang ahli Majlis tersebut sendiri.Sebuah Al-Quran buruk yang sudah kabur tulisannya tetap tidak mungkin dibuang dan tetap akan diletakkan di tempat yang tinggi.Namun,di mata DAP dan PKR,Majlis Syura Ulama PAS adalah umpama kain buruk sahaja yang digunakan untuk mengelap segala najis dan lumpur yang disepahkan oleh pemimpin PAS.Akibatnya,najis dan lumpur tidak lagi kelihatan tetapi kumannya masih terus bersarang dan merebak ke tempat lain yang dilap dengan kain buruk tersebut.PAS juga nampaknya menerima sahaja kedudukan Majlis Syuranya sebagai sesuatu yang hidup tidak membawa makna,mati tidak boleh pula kerana ia menjadi tonggak kepada nama 'Islam' yang ada pada parti PAS.Tanpa Majlis Syura,Islam PAS hanya tinggal pada jubah dan serban semata-mata.Bukan sahaja DAP dan PKR sahaja yang 'mengabaikan' Majlis Syura tetapi,Pengerusinya sendiri,iaitu Nik Aziz turut melihat Majlis Syura sebagai tidak lebih dari simbol semata-mata. 

Kerana itu,Nik Aziz dilaporkan membuat kenyataan di dalam akhbar The Star yang berkata bahawa pemecatan Nashruddin dari Majlis Syura bermakna pemecatan dari PAS atau dalam kata lain,Majlis Syura adalah kambing hitam penyamaran bagi mengelak penyokong-penyokong PAS mencurigai tindakan pemecatan tersebut.Hakikatnya,Nik Aziz telah dengan terus terang mengabaikan Majlis Syura dan membuat keputusan berdasarkan emosinya sendiri atas kapasiti Pengerusi Majlis dan juga Mursyidul Am parti.Menurut Nik Aziz,talak telah pun jatuh oleh itu,Nasha dan PAS tidak lagi boleh dianggap ada hubungan.saya amat memahami sifat Nik Aziz yang merupakan seorang pendendam dan lebih malang bagi Nasharuddin ialah apabila Hadi Awang pula seorang yang suka menghina orang lain.Memberi respon dalam isu ini,Hadi Awang telah menyifatkan Nasharuddin sebagai ahli biasa sahaja dan tidak ada signifikannya jika beliau mengiringi Perdana Menteri ke Gaza. 

Oleh itu,pemecatan Nashruddin dikatakan kerana beliau jarang menghadiri Majlis Syura dan bukan kerana bersama dengan PM di Gaza.Namun,jika itulah alasannya,maka ramai lagi yang jarang menghadiri Majlis Syura malah hampir tidak pernah iaitu Datuk Mohamed Daud Iraqi dan Nik Aziz sendiri.Kenapa Nik Aziz tak pecat diri sendiri bagi menunjukkan kepimpinan Islam tulen yang adil lagi saksama ??? Bukan itu sahaja,malah pemecatan Nasharuddin itu sendiri tidak menepati cara Islam.Pertuduhan telah dibuat tanpa kehadirannya dan keputusan juga dibuat tanpa pengetahuannya serta hukuman pula dibuat tanpa memberinya peluang membela diri.Sedangkan pembangkang merupakan pihak yang kuat menghentam Akta ISA atas alasan tidak memberi peluang tertuduh membela diri yang mana membelakangi cara Islam.Justeru,apakah hukumnya bagi Majlis Syura untuk membelakangkan soal menghukum cara Islam ??? Siapakah pula yang berhak menghukum Majlis Syura ??? Apapun,yang jelas di sini ialah kedudukan Majlis Syura yang tidak ada makna.Majlis Syura boleh membuat keputusan,tetapi ia tetap merupakan keputusan PAS sepertimana yang dijelaskan oleh Nik Aziz.Manakala,PAS pula boleh membuat keputusan atas apa saja, tetapi keputusan muktamad tetap berada di tangan DAP.Maka,apa gunanya lagi Majlis Syura ??? Bukankah lebih baik ianya dibubar saja ??? Majlis Syura bukan seperti Al-Quran buruk kerana Al-Quran buruk masih lagi punya nilai.Tetapi Majlis Syura lebih layak dianggap sebagai kain buruk,kerana langsung tidak bernilai,bukan sahaja di mata PKR dan DAP,tetapi juga di mata Nik Aziz sendiri.

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! HANNAH YEOH GAGAL !!! HANNAH YEOH MENIPU RAKYAT SUBANG JAYA ??? APA CERITA NI ???

Posted: 03 Feb 2013 06:02 AM PST


YB Hannah Yeoh Tseow Suan (lahir 1979) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Subang Jaya,Selangor dari Parti Tindakan Demokratik (DAP).Seorang bekas peguam dan pengurus upacara,beliau memenangi kerusi N31 Subang Jaya selepas menewaskan Ong Chong Swen daripada parti MCA,salah satu parti komponen Barisan Nasional, dalam pilihan raya umum 2008.Yeoh didahului oleh bekas ADUN,Datuk Lee Hwa Beng (daripada Barisan Nasional),yang memutuskan untuk bertanding kerusi parlimen.Salah laku Hannah Yeoh telah banyak dibongkar. Salah satunya berkenaan peruntukkan membaiki jalanyang telah diberikan kepada Hannah Yeoh Adun Subang Jaya untuk menjaga kebajikan penduduk Subang Jaya namun atas salahguna kuasa adun DAP yang lalai menjalankan tugas maka jalan-jalan di sekitar penyeliaan MPSJ tidak dijaga dengan sebaiknya.

Kejadian jalan rosak,lampu jalan tidak berfungsi masih terus berleluasa dan salah seorang mangsa adalah seorang warga emas koma selama seminggu selepas terbabit dalam kemalangan di Persiaran Lestari Perdana,dekat Sri Kembangan.Hakikat bahawa Hannah Yeoh hanya sekadar menjalankan tugas adun dengan berfungsi sebagai penulis di beberapa akhbar seperti STAR semata-mata ingin membina reputasi palsu di mata masyarakat Subang Jaya.Rakyat Selangor dibohongi seolah-olah Hannah Yeoh ini telah menjalankan tugas dengan cemerlang melalui propaganda penulisan beliau sedangkan hakikat sebenarnya tiada apa-apa pembaharuan dan pembaikpulihan yang Adun Dap ini jalankan.Begitu juga dengan propaganda yang mereka jalankan di blog-blog dan akhbar Cina di mana mereka telah suap secukupnya editor dan kakitangan untuk mengeluarkan berita palsu mereka. Kenyataan sebenarnya yang menjadi ukuran adalah MANIFESTO PRU12 dimana kurang dari 25% janji dapat mereka tepati kerana semua adun pakatan haram Selangor tidak menjalankan tugas. Namun begitu pembohongan Hannah Yeoh di media sosial akhirnya terbongkar.Bagi menjaga reputasinya Hannah Yeoh sanggup "block" dan delete postingnya sendiri yang telah terbongkar.Itu yang kita tahu.Saya yakin banyak lagi perkara yang kita tidak tahu telah dimanipulasi oleh Hannah yeoh.Saya juga percaya segala kejahatan Hannah Yeoh bakal dibongkar dalam sedikit masa lagi.

ANDA NAK SEMUA BUKTI INI ???


UNTUK SELANJUTNYA  

Kesimpulannya Hannah Yeoh ini Adun Media Sosial di alam maya sahaja.Dia tidak mampu menjadi wakil rakyat untuk penduduk Subang Jaya.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! STRATEGI MELAGAKAN PM @NAJIBRAZAK DAN TUN MAHATHIR !!! BUKTI PR TAKUT HADAPI REALITI !!! APA CERITA NI ???

Posted: 02 Feb 2013 09:00 PM PST


Walaupun puak pembangkang berterusan menghentam mantan Perdana Menteri,Tun Mahathir Mohamad (Tun M) namun,mereka tidak dapat menafikan yang 'aura' beliau begitu kuat dan masih menghantui mereka dan juga musuh-musuhnya.Biarpun beliau sudah bersara dan hanya menjadi pemerhati kepada perjalanan politik negara sambil sekali sekala memberi pandangan dan pendapat,namun pandangan beliau tetap dianggap sebagai pemantauan dan pendapat beliau dituduh sebagai arahan.Tun Mahathir adalah seorang yang berterus-terang dan rasanya tiada seorang pun yang mengenalinya secara langsung atau sekadar melalui media,yang dapat menafikannya.Apabila beliau merasakan masa sudah tiba bagi Tun Abdullah berundur,beliau menyatakannya tanpa selindung-selindung.Ini kerana beliau yang kita kenali,tidak terikat kepada budaya Melayu iaitu 'pukul anak sindir menantu' kerana beliau percaya kepada pentingnya berkata benar biarpun pahit.Menyedari 'aura' Tun M mampu mempengaruhi perjalanan politik Malaysia,maka pembangkang cuba menukar 'aura' itu agar memberi keuntungan kepada mereka. 

Oleh itu,dalam pada mereka meneruskan kutukan dan cacian terhadap Tun M,mereka cuba membayangkan yang Tun M turut bersetuju dengan mereka berkenaan 'kelemahan' kerajaan BN dan Perdana Menteri.Harapan mereka agar aura Tun M akan dapat mempengaruhi rakyat untuk turut melihat kelemahan kerajaan BN.Maka,dari situlah timbulnya kisah kononnya Tun M bersekongkol dengan Tan Sri Muhyiddin untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib yang digebangkan di Malaysia Chronicle.cerita terbaru pula,timbul pula kisah kononnya Tun M 'menyuruh' Datuk Seri Najib meletak jawatan jika BN gagal menang besar dalam PRU kali ini.Penjelasan Tun M bahawa perletakan jawatan apabila gagal mencapai sasaran merupakan amalan biasa sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman iaitu bergantung kepada kehendak ahli,telah 'diperkecilkan' di dalam laporan media pembangkang.Dalam kenyataan yang sama juga, Tun M ada mengakui bahawa Datuk Seri Najib mewarisi BN dalam keadaan lemah,tetapi pihak pembangkang telah membayangkan seolah-olah beliau berkata yang kerajaan Najib lemah.Bayangan-bayangan dan kisah-kisah seperti ini dimainkan dengan giat di portal-portal pembangkang terutama yang berbahasa Inggeris di mana sasaran pembacanya ialah mereka-mereka yang lebih rasional. 

Ianya kelihatan semakin rancak apabila PRU semakin dekat.Apa yang sebenarnya berlaku ialah Tun M memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib.Beliau juga telah menyatakan bahawa beliau akan turun membantu secara sukarela sekiranya didapati ada keperluan untuk berbuat demikian dan seperti yang pembaca tahu,jika Tun M merasakan yang Datuk Seri Najib tidak layak maka beliau pasti tidak akan teragak-agak untuk menyatakannya secara terus-terang dan tidak akan sekali-kali berselindung di sebalik bahasa-bahasa manis sekadar untuk menyedapkan hati sesiapa kerana itulah sifat beliau dan rakyat semua sudah memakluminya dan inilah yang amat ditakuti oleh PR iaitu Tun M memberi sepenuh sokongan kepada Datuk Seri Najib dan BN.Sedangkan,apa yang dapat dilihat kini ialah aura Datuk Seri Najib seorang sahaja sudah cukup untuk menenggelamkan Anwar Ibrahim,Lim Kit Siang dan Hadi Awang.Sekiranya Tun M pula menambah lagi sinaran aura di belakang Datuk Seri Najib,apalah daya pembangkang untuk melawan BN nanti.Justeru,percubaan melaga-lagakan kedua-dua tokoh ini terus dilakukan walaupun setakat ini kelihatannya langsung tidak berjaya.Ini bukan sahaja kerana rakyat sudah mengenali sikap Tun M yang akan berterus terang tetapi lebih-lebih lagi ialah kerana rakyat juga sudah mula mengenali dan menyayangi Datuk Seri Najib.Oleh itu,pembangkang tidak perlulah bersusah payah menjatuhkan maruah sendiri dengan cuba meraih sokongan melalui aura Tun M.Nampak sangat,para pemimpin pembangkang tidak punya ketokohan sendiri untuk menambat hati rakyat agar meyakini dan menyayangi mereka,sehinggakan terpaksa menumpang ketokohan musuh ketat mereka pula.

ANDA TAHU TAK ???

BILA ANDA BERHADAPAN DENGAN DATUK SERI NAJIB ANDA AKAN NAMPAK CAHAYA !!!

ANWAR IBRAHIM ???

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! BUBAR DUN !!! @NOHOMAR MEMBANTAI KHALID GAGAP KAW-KAW !!!

Posted: 02 Feb 2013 06:00 PM PST



Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mahu membubarkan Dun Selangor lebih awal.Kenyataan beliau itu secara tidak langsung membuktikan bahawa Abdul Khalid telah bersetuju bahawa daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah bersih.Pakatan pembangkang sebelum ini berdolak-dalik mengatakan Selangor tidak mahu mengadakan pilihan raya serentak dengan Kerajaan Persekutuan selagi SPR tidak membersihkan daftar pemilih.Saya mengucapkan syabas kepada Menteri Besar Selangor.Beliau sendiri nampaknya tidak sabar-sabar hendak membubarkan Dun dan mengadakan pilihan raya.Beliau secara tidak langsung telah bersetuju bahawa daftar pemilih SPR telah bersih BN Selangor sudah bersedia bila-bila masa sekiranya Dun dibubarkan dan yakin akan menawan semula negeri ini.

Kita harap pakatan pembangkang akan menerima apa sahaja keputusan pilihan raya itu nanti.Kita tidak mahu apabila kalah,macam-macam tuduhan yang dilemparkan kepada SPR dan juga BN.Kita juga berharap PRU13 berjalan dengan aman tanpa sebarang provokasi atau tindakan tidak sepatutnya daripada penyokong dan pemimpin parti pembangkang Berkenaan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kelantan,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa mereka tidak akan mengikut jejak Selangor membubarkan Dun,Saya melihat ini membuktikan bahawa pakatan pembangkang semenangnya tidak pernah sepakat.Dalam membuat keputusan yang begitu besar yang melibatkan kepentingan rakyat mereka tidak sehaluan,ini menunjukkan pakatan pembangkang sebenarnya sebuah parti yang cacamarba.Mereka tidak layak untuk mentadbir sebuah negeri mahpun negara Saya mengambil kesempatan menasihati rakyat agar membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan kebajikan dan masa depan yang terbela.

Terima Kasih
Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...