Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Dr Asri SINIS Perli Gangnam Style Datang Malaysia!! #GangnamBNstyle

Posted: 06 Feb 2013 10:59 AM PST



Dr Asri tahu ke tak si PSY tu datang Malaysia untuk apa. Siapa yang jemput PSY datang ke Malaysia? Bukan ke si PSY tu datang untuk memeriahkan rumah terbuka Gong Xi Fa Cai di Pulau Pinang. Gerakan Penang yang bertanggung jawab menjemputnya.

Bawa datang Malaysia bukan suruh si PSY tu buat konsert round 1 Malaysia. Dia hanya untuk meriahkan perayaan yang sememangnya untuk kaum cina. Jadi apa masalahnya?

Mc pun pelik bila seorang bijakpandai agama macam Dr Asri sengaja mencari salah kerajaan dalam hal PSY ni. Banyak lagi perkara yang boleh Dr Asri ni fikir, tapi dia tetap nak membantah apa saja kerajaan buat.

Kalau benar nak tegur salah kerajaan, tegur la sama adil. Bila Pakatan buat salah, dia hanya tengok dan berdiam diri. Bila kerajaan pusat salah, terus hentam tanpa henti. Itukah itu perlakuan seorang bijak pandai agama yang disegani?

Rasanya isu kalimah Allah, LGBT, pluralisme, sokong Israel lagi besar dari PSY datang Malaysia. Awat Dr Asri tak komen? Agak-agaknya dia sokong kot semua tu?


McTheory:
Makin sasau jauh Dr Asri ..

PANASS!! Siapa Ketua Bahagian UMNO yang Mahu Mahfuz Omar Menang?

Posted: 06 Feb 2013 04:37 AM PST


Terkejut juga Mc bila baca ada Ketua Bahagian yang mahu Mahfuz Omar ni menang di parlimennya. Setahu Mc, Mahfuz ni bertanding di Pokok Sena. Apakah betul Ketua Bahagian sana menyokong Mahfuz?

Sebelum ni, ada pihak memberitahu, bahawa ada ketua bahagian yang telah berkempen untuk parti lawan, semata-mata untuk memuaskan nafsu serakahnya yang tidak disenarai untuk menjadi calon.

Siapa agaknya mangkuk yang buat kerja dajal tu. Mc nak dedahkan namun belum sampai masanya lagi. Kalau dedahkan, kot nanti ada panggilan yang sampai suruh delete artikel. he he..

Bahagian yang dimaksudkan tu juga, telah membuat 'DEAL' dengan Pas sekian lama. Maknanya hang tak boleh serang aku, aku tak boleh serang hang.

Kalau ada pihak UMNO yang serang Pas, ketua bahagian tu akan hantar orang mengUGUT orang UMNO yang menyerang Pas tu. Bukan dia nak sokong, dia pulak jadi bodyguard puak Pas.

Ada ka patut sampai macam tu sekali. Apa agaknya si Mahfuz tu bagi dia makan, sampai dia jaga Mahfuz macam tu. Kalau dah berjuang untuk Mahfuz, baik hang keluar saja UMNO, dari dok dalam ni buat semak saja. Mangkuk betoi!

Ada lagi tapi kita simpan dulu, tunggui kayu buruk macam dia ni simpan pun tak guna, bakaq buat abu saja lagi baguih..

Cerita pasal Ketua Bahagian Sokong Pihak Lawan Meh Baca Kat SINI


McTheory:
Tunggui kayu pun ada guna dari dia kot.. heh..

TUDIAA!! Tan Sri Muhyiddin BODOHkan Guan Eng!! kelakar gilaa..

Posted: 06 Feb 2013 01:16 AM PST




Ada satu kisah kelakar masa Tan Sri Muhyiddin Yassin datang melawat Pulau Pinang semalam,

Ketika sidang akhbar di Hotel Equatorial tadi tengahari, wartawan meminta TS Muhyiddin mengulas kenyataan Guan Eng menyuruh rakyat Pulau Pinang datang beramai-ramai dengan memakai baju warna kuning (bersih) hijau (lynas) dan merah (royalty) ke rumah terbuka Tahun Baru Cina pd 11 February 2013 bersama PM.

Nak tau apa kata TS Muhyiddin?

Timbalan Perdana Menteri kata, "Guan Eng ni, nampak cerdik tapi sebenarnya bodoh."

Ha ha ha.. itu je berita yang Mc nak sampaikan.. pedih gila ayat TS Muhyiddin bagi kat Guan Eng tu.. meresap dalam kalbu.

McTheory:
Muka skema, tapi sebenarnya HAPRAK!

PANASS!! Saham #FGV Mazlan Aliman Cuba Membohong Peneroka Felda Dengan Cerita Karut!

Posted: 05 Feb 2013 10:16 PM PST


Anda kenal siapa Mazlan Aliman? Tukang fitnah Anwar dalam isu Felda. Cakap apa saja tentang Felda, Mazlan Aliman ada jawapannya. Tidak ada satu pun perkara yang felda buat baik dimatanya, semuanya buruk belaka.

Termasuklah saham FGV.

Mazlan inilah yang 'mengimport' Dr Rosli pakar ekonomi dari Bangla, hanya untuk membuat onar dan busukan saham FGV. Maknanya dari kalangan bangla, dialah yang paling teror sekali.

Kerja Mazlan dan Rosli ni senang saja, kerja mereka hanyalah buat cerita untuk takut-takutkan peneroka Felda. Betul tak betul itu belakang kira, janji bila ada orang percaya, maknanya misi mereka tercapai la.

Dalam kes saham FGV, Mazlan Aliman menakut-nakutkan para peneroka dengan mendakwa mereka bakal berdepan dengan risiko besar sekiranya saham FGV jatuh merudum dan mungkin akan kehilangan tanah.

Mazlan Aliman juga cuba membuat persepsi jahat dengan mengatakan, tanah milik peneroka sebanyak 10 ekar itu akan tergadai sekiranya prestasi saham FGV terus menjunam ke bawah.

Maknanya, kalau saham FGV jatuh dari yang dipasarkan, peneroka akan menanggung kerugian dan tanah mereka akan tergadai.

Pelik juga, dari mana Mazlan dapat tahu semua ini. Atau dia hanya mereka-reka cerita dongeng untuk takutkan peneroka saja?

Setahu Mc, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1 April tahun lalu sudah berjanji bahawa, tidak seinci pun tanah peneroka terlibat dalam penyenaraian saham FGV.

"Dalam isu penyenaraian Felda Global, saya ingin mengulangi bahawa tiada seinci pun tanah hak milik peneroka akan terlibat dengan penyenaraian ini" kata Najib Tun Razak, pada 1 April 2012 yang lepas.

Jadi dari mana kaitannya FGV dengan tanah peneroka? Dekat mana dia baca cerita tu?

Main saham ni ada risiko turun dan naik, awal-awal lagi Najib dah umumkan bahawa felda akan menanggung semua kadar faedah yang akan dikenakan oleh bank dan peneroka cuma perlu bayar harga sebenar 800 unit saham sahaja.

Itulah perlunya tandatangan surat perjanjian sebanyak 27 keping muka surat tu. Perjanjian itu adalah untuk menjamin keselamatan para peneroka Felda berhubung saham yang mereka miliki di dalam FGV.

Jadi tidak ada langsung tanah peneroka yang terlibat dengan FGV ni. Ini bermakna, saham FGV naik ke, turun ke, peneroka tak rugi langsung. Kalau saham naik ada untung, kalau rugi kerajaan yang tanggung. Itu bukan kebajikan ke?

Apa lagi agaknya Mazlan Aliman si ANAK haram ni nak? Tak sudah-sudah nak menipu peneroka? Begitu punya baik kerajaan jaga peneroka, tetapi Mazlan tetap nak fitnah kata kerajaan kejam.

FGV sebuah saham yang hanya menguntungkan tanpa tanggung rugi. Itu pun nak kata kerajaan kejam dan penipu? Bodoh punya Mazlan!



McTheory:
Patutla gerakan anti Mazlan Aliman dah bermula di felda-felda!

PANASS!! Anwar Kata Tarian Bogel Di Kulim Hal Kecik!!

Posted: 05 Feb 2013 07:18 PM PST



PKR sebuah parti berbilang kaum. Melayu, cina dan india. Namun nominan parti adalah melayu. Ketua parti orang Islam (setahu Mc la). Hampir 70% ahli PKR adalah melayu, tapi belum tentu Islam. Sebab PKR ni pluralisme dan menyokong kebebasan beragama.

PKR juga menyokong LGBT, satu pertubuhan khas untuk menyokong seks songsang. Mereka memperjuangkan keperluan seks lesbian, gay, pondan dan biseksual. Kata PKR, mereka ini juga manusia, jadi keperluan mereka perlu dijaga.

Jadi apa nak heran sangat dengan tarian separuh bogel di Kulim ni. Itu pun korang nak bising ka? Nama PKR dah sinonim dengan seks bebas. Setakat separuh bogel ni takdak hal la. Kalau PKR menang, nak buat konsert berbogel pun nescaya akan diberi lesen.

Kalau tak percaya tengok apa Anwar cakap pasal tarian separuh bogel ni..

Wartawan tanya dia jika berlaku perkara yang kurang sopan, parti itu akan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab ke? Malah  ditanya apakah bentuk tindakan yang bakal dikenakan, Anwar kata:" Tak tahu lagi apa tindakan, tapi kalau ronggeng sikit-sikit nak ambil tindakan apa bendanya?

Bagi Anwar benda ni kecik, hal habuk, boleh sapu simpan bawah karpet. Ada apa hal dengan separuh bogel? Anwar siap berbogel satu Malaysia tengok, setakat separuh bogel ni, bukan satu kesalahan.

Kalau rasa nak tengok tarian tiang dapat lesen, konsert bogel ada di Malaysia, dan perkahwinan diantara lesbian dan gay. Silalah UNDI PKR!!


McTheory:
setakat main punggung tu.. ada apa hal?

PANASS!! Disebabkan Fitnah Terhadap #FGV Peneroka Felda Teloi Sik Kedah Halau Mazlan Aliman! #TukarKedah

Posted: 05 Feb 2013 04:37 PM PST



Semalam Mazlan Aliman dihalau keluar lagi!! Kejadian berlaku di Kampung Teloi Timur, Sik, Kedah. Mazlan yang dijangka datang ke Teloi telah dihalang oleh 400 orang kampung dari memasuki kampung ke pentas ceramah.

Kedatangan Mazlan padanya mula dijangka awal, namun setelah mengetahui sekatan akan dilakukan keatasnya. Mazlan mencari jalan alternatif untuk memasuki Teloi. Namun usahanya gagal apabila setiap pintu masuk kampung telah dijaga oleh anak muda pembenci Mazlan Aliman.

Mazlan bersama penyokongnya 100 orang yang diimport telah dihalau keluar oleh orang kampung yang benci dan menolak pembohongan serta fitnahnya terhadap felda dan saham FGV.

Gambar dan video kekecohan Mazlan dan penyokongnya masih lagi dalam proses. Nampak sangat dimana saja Mazlan pergi, dia pasti dihalau! Orang dah malas nak dengar dia membohong, takdak kerja lain, hanya tahu membohong saja kerjanya!

Bila kita halau, mereka kata kita menghalang kebenaran. Bila kita bagi dia bercakap, dari mula sampai habis, kerjanya nak membohong. Saham FGV yang dibantu oleh kerajaan pun dia kata akan bankrup dan merudum.

Ceritanya tak sudah-sudah, kononnya boleh hilang tanah, FGV gadai tanah peneroka la, kerajaan nak menipu dengan tandatangan kontrak dan pelbagai lagi fitnah yang Mazlan Aliman buat kepada felda dan FGV.

Tahukah anda, FGV ini di IDEA kan oleh Perdana Menteri. PM mahu felda menjadi satu syarikat yang besar dan disegani oleh dunia. Jika orang luar boleh memandang FGV sebagai satu saham yang hebat dan besar, kenapa tidak kita?

DS Najib tidak pernah menghampakan kita, dari beliau naik menjadi PM sampai la sekarang. Janji yang beliau buat tak pernah dimungkiri. Tak pernah rakyat rasa susah dengan segala tindakannya. Jadi, apakah kita nak percaya pada Mazlan, ataupun Perdana Menteri yang kita sayangi tu?

Saham FGV memang pernah jatuh tempohari, namun sekarang ni, hari demi hari saham FGV dah makin stabil. Malah penganalisis menjangkakan FGV akan terus stabil dalam masa jangka panjang.

Dengan kekuatan Felda Plantation dan perancangan jangka panjang dari FGV sendiri, Mc percaya saham FGV akan terus stabil dan meningkat naik. Cuma cerita buruk mengenai FGV perlu dihapuskan, kerana ia akan mempengaruhi pasaran.

Bagi peneroka, saham jatuh atau naik takkan ada sebarang kerugian, kerana semuanya ditanggung oleh kerajaan. Kalau naik, mereka beroleh untung, kalau jatuh kerajaan yang tanggung.

Kalau Mc diberi peluang, Mc pun nak saham macam ni. Mana nak dapat oii!!


McTheory:
Najib oii Najib.. main saham pun subsidi ke? hehe
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...