Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Ustaz Kazim Kata Abby Tak Layak Bercakap Soal Agama?

Posted: 04 Feb 2013 07:19 AM PST


Lihatlah Ustazah Mee Segera Pas ni dah kena bahan dengan Ustaz Kazim. Rasanya pembaca boleh baca apa yang ditulis di poster bawah tu dan tak perlu Mc ulas dengan lebih lanjut.


Untuk lebih jelas, Mc berikan video Ustaz Kazim komen pasal ustazah mee segera ni.


PANASS!! Kenapa Najib Razak Belum Boleh Bubar Parlimen?

Posted: 04 Feb 2013 06:25 AM PST



Bila Mc dan rakan-rakan TMK mendesak Azizan Razak MB Kedah bubar DUN. Ada pula mangkuk-mangkuk ayun yang mencabar kami dan mendesak PM Najib Razak bubarkan parlimen Malaysia. Kononnya selama ni Najib takut untuk bubar parlimen sebabkan BN dah lemah dan takut kalah.

Dah lama Mc nak jawab soalan yang diajukan oleh cai pembangkang ni. Untuk pengetahuan cai pembangkang, Najib baru memerintah Malaysia selama 3 tahun lebih. Pada tahun 2008 dulu, selepas BN dilanda tsunami politik akibat PRU ke 12, keadaan negara Malaysia mengalami ketidakstabilan ekonomi dan politik.

Semuanya berpunca dari kelemahan pentadbiran Kerajaan Malaysia yang terdahulu. Sehingga kerajaan Malaysia sangat lemah dan mudah diperkotak-katikan oleh pembangkang.

Kemudian datang Najib Razak mengambil alih negara dengan slogan 1 Malaysia dan jentera tranformasinya. Ternyata selepas itu, Malaysia kembali dilandasan yang kukuh. Malah setiap janji yang dilafazkan oleh Najib, akan ditunaikan. Janji ditepati!

Berpuluh tranformasi yang dilakukan oleh Najib, sama la juga dengan bantuan yang Najib buat untuk rakyat. Dari BR1M (bantuan rakyat 1 Malaysia) PR1MA (perumahan rakyat 1 Malaysia), KR1M (Kedai rakyat 1 Malaysia), Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) dan pelbagai lagi bantuan yang telah diIDEAkan oleh Najib untuk membantu rakyat Malaysia hidup senang dengan kerajaan BN.

Percaya atau tidak, Najib baru 3 tahun memerintah, namun rakyat mendapat rahmat atas pemerintahannya itu dengan pelbagai bantuan. Belum lagi kita campur subsidi yang sedia ada, dan dikekalkan. Subsidi seperti minyak masak, gula, beras, cili, tepung gandung, minyak petrol, gas memasak, baja untuk petani, benih anak ikan untuk penternak ikan, benih padi untuk pesawah, diskaun minyak diesel untuk nelayan bawah kelas besar, sampaikan nak pergi haji pun ada subsidi. Apa lagi yang rakyat Malaysia nak? Banyak lagi yang Mc belum sebut, tapi memang banyaklah. Tu pun masih ada rakyat Malaysia yang tak tahu bersyukur!!

Bila kita sebut pasal ni akan ada jawapan yang kata segala subsidi dan bantuan tu asalnya dari duit rakyat. Memang betul tu semua duit rakyat tapi bukan semua. Kita tanya diri sendiri, berapa kali kita bayar cukai pendapatan? Cukai pintu? cukai tanah? berapa sen sangat?

Rakyat negara lain pun ada bayar cukai, tetapi adakah kerajaan mereka melakukan seperti mana yang Malaysia lakukan? Mampukah mereka mencontohi kerajaan Malaysia yang meng'subsidi'kan ekonominya kepada rakyat?

Jawapannya tak mampu, Malaysia bukan negara maju. Malah masih dalam tahap membangun. Namun kejayaan yang kita kecapi memang hebat. Tidak terbanding dengan negara lain yang setaraf dengan kita.

Najib Razak meneruskan legasi pemimpin terdahulu. Najib Razak mempunyai auranya tersendiri, mari kita sokong seorang pemimpin berjiwa rakyat. Mendahulukan rakyat dalam segala hal.

Sekarang Najib dah buktikan beliau mampu untuk merubah Malaysia menjadi negara yang HEBAT dan MAJU dan DAHULUKAN RAKYAT dalam masa 3 tahun. Apakah kita tak ingin melihat apa yang mampu Najib buat sekiranya beliau diberi mandat 2/3 pada PRU yang ke 13 ini?

Kalau nak dibandingkan jasa Najib selama 3 tahun ni, tidak ada tolak bandingnya 5 tahun Pakatan memerintah Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Jauh beza... Najib jauh kedepan bersama rakyat. Pakatan buat apa? fitnah? tohmahan? atau cacian?

Pada yang belum tengok video Ustaz Fathul Bari mengenai Najib, sila tengok.. anda akan lebih faham apa yang Mc maksudkan.



Anwar bikin apa? Main dengan china doll? Main belakang? naik jet? Apa yang dia tolong rakyat? Membohong dan menipu ada la..

McTheory:
Rugi kalau rakyat Malaysia tolak pemimpin seperti Najib Razak.. tiada galang ganti!

PANASS Isu #RCISabah Akhirnya Membuktikan Mahfuz Omar dan MalaysiaKini Menipu!!

Posted: 04 Feb 2013 01:37 AM PST


Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah mendedahkan terdapat 5 keraguan pada surat pekeliling yang didakwa dikeluarkan oleh JPN berhubung pelupusan kad pengenalan yang tidak dituntut. 5 perkara yang diragui itu adalah:

1) letterhead menggunakan alamat Bahagian Pengurusan IT dan komunikasi,

2) tajuk nombor rujukan yg diguna JPN.MK.(S) pada surat tersebut bukan nombor rujukan arahan Jabatan.

3) arahan Jabatan Bil.14/2012 juga didapati tidak wujud. Arahan terakhir dikeluarkn JPN adalah Arahan Bil.10/2012 iaitu brkenaan 'Pindaan kepada Arahan JPN Bil.9/2007,

4) Arahan Jabatan sebagaimana yang didakwa juga tak ditandatangani oleh Pengarah Bahagian serta tiada sbarang catatan b.p dan,

5) cetakan nama kementerian pada kaki surat merujuk kepada Kementerian Hal Ehwal Dlm Negeri.

JPN sememangnya tidak pernah mengeluarkan surat arahan seumpama itu kepada mana-mana pgawai, kakitangan atau pejabat cawangan...Sumber SINI



Inilah kerja puak cacai PR, buat surat tipu, tulis yang bukan-bukan. Kemudian suruh kita jawab. Bila kita kata benda ni fitnah, puak ni haram taknak percaya. Sedangkan fitnah ni mereka yang buat. Cuba fikir dengan akal yang waras, benda fitnah macam mana nak jawab?

Selamatlah yang fitnah pun bodoh, banyak kesilapan pada surat tu. Kalau tak dah tentu puak cacai dok usung isu ni merata ceruk Malaysia.

McTheory:
Bodoh tak tak kurang, dari dulu sampai la sekarang!

TUDIAA!! Dr Porn datang Malaysia Buat kacau lagi?!!

Posted: 03 Feb 2013 10:43 PM PST

Inikah Dr Porn?

Dah lama tak dengar cerita pasal Dr Porn yang pernah datang ke Malaysia, bila dijemput menjalankan siasatan pada mayat Teoh Beng Hock, oleh pihak pembangkang. Kali ni Dr Porn datang lagi ke Malaysia untuk menyiasat mayat C Sugumar.

Keluarga kepada C Sugumar, pengawal keselamatan yang ditemui mati pada 23 Januari lalu, memohon khidmat ahli patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand untuk menjalankan bedah siasat kedua di Hospital Serdang.

NONEPeguam N Surendran berkata mereka telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Raza, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan ketua setiausaha kementerian tersebut untuk mengeluarkan arahan.

Surendran berkata keluarga berkenaan berhak menjalankan bedah siasat kedua secara bebas untuk menentukan sebab sebenar kematian Sugumar dan mahu ia dijalankan oleh Pornthip.

"(Pornthip) menunjukkan bahawa beliau sedia untuk menjalankan pemeriksaan bedah siasat kedua," katanya dalam satu kenyataan.

Pornthip merupakan individu yang bertanggungjawab menjalankan bedah siasat kedua ke atas pembantu politik Teoh Beng Hock yang meninggal dunia selepas terjatuh daripada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Shah Alam.

Ternyata, isu kematian ini cuba dipolitikan oleh pihak Pakatan. C Sugumar dilaporankan mati disebabkan sakit jantung. Namun ada pihak yang salahkan polis atau kematian mendiang.

Makin pelik hidup di Malaysia ni. Penjenayah langsung tak boleh disentuh. Penjenayah dijaga dan dibela bagai nak rak. Bila terjadi sesuatu kes, polis disalahkan. Sedangkan bila ada jenayah, puak-puak ni telefon polis untuk meminta bantuan.

Untuk kuasa dan kepopulariti politik, biar jenayah, asal menang. Tarnish imej polis untuk salahkan kerajaan. Buat la selalu, insyallah negara kita huru hara dan kucar kacir!!

McTheory:
Makin keliru dengan permainan politik bahaya puak pembangkang ni.

HANGAT DI PASARAN!! Disebabkan Sayangkan Ustaz Azizan Team Media Kedah DESAK Ustaz Azizan BUBAR DUN Kedah!! #BubarDunKedah

Posted: 03 Feb 2013 07:19 PM PST


Sebenarnya Mc penat tengok Ustaz Azizan keluar masuk hospital. Dari sakit jantung, sangkut ke hati, lepas tu terus ke mata. Hinggakan Ustaz Azizan sekarang ni, dua meter jauh pun dia dah tak nampak. Kencing manis makin kritikal, sakit jantung jangan cakap la, memang tak pernah lega pun. Selama 5 tahun ni, dah berpuluh kali beliau masuk KMC tu.

Itu soal kesihatan, belum lagi soal pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang lemah, kes balak Kedah di Gunung Inas dan Pedu, cerita pasal KUIN yang hampir nak kena jual tu. Belum lagi keluar cerita, bukit kachi tanah orang kampung yang dirompak oleh Pas, kuari batu di Jerai dan pelbagai isu lain.

Ungkit pula cerita rumah mampu milik yang Pas Kedah janjikan. Di Guar dah 2 kali pecah tanah, tapi tiang tak pacak-pacak pun. Kat Jitra dan Pokok Sena pun sama, ada papan tanda saja, lain kosong lagi. Dengar kata manifesto yang terbaru ni Pas Kedah nak buh lagi janji rumah mampu milik.

Ekonomi Kedah juga berada ditahap paling teruk, tiada lagi FDI dari luar untuk Kulim Hi-tech, Kedah Agro dah jadi gajah putih, projek balak Papua New Guinea tinggal kenangan, projek lembu Azizan terus kesepian, belum lagi kisah bendang emas di Timor Leste dan projek perumahan hantu, claim ada, plan ada, tapi rumah takdak!

Kemudian kita sentuh pasal kelab malam, zaman BN dulu ada kelab. Tapi tak sebanyak zaman Pas. Sejak kerajaan Islam Kedah ni memerintah, 145 kelab malam telah dibuka. Itu yang berlesen, tanpa lesen taktau la berapa, rasanya berlambak kot. Tapi takpa, itulah cara pemerintahan Islam Pas!

Masalah sosial semakin bertambah, penagihan di Kedah paling ramai pada tahun 2011 mengikut kajian AADK (Agensi dadah kebangsaan). Bila kelab malam banyak, orang muda susah dikawal, kes tangkap khalwat juga naik, anak luar nikah bertambah-tambah. Semuanya disebabkan kerajaan Islam ciptaan Pas inilah.

Mc nak sentuh juga kegiatan jenayah, walaupun dalam bidang peguatkuasaan Polis, tetapi yang menjaga keamanan dan pentadbiran ialah kerajaan negeri. Tiada satu usaha pun kerajaan negeri untuk mencegah jenayah yang semakin menjadi-jadi, apa yang Pas buat hanyalah ceramah politik yang tak sudah. Itulah cara Pas mengekang jenayah, dengan ceramah politik kutuk UMNO/BN disetiap malam!

Kejayaan Pas paling besar semenjak pentadbirannya ialah, merobohkan Surau dan Madrasah Salihiah. Walaupun projek ini diperkenankan oleh Tuanku Sultan Kedah, namun jika Pas tidak meminta tanah wakaf tersebut. Sudah tentu kita dapat memilihara surau dan madrasah yang berusia beratus tahun.

Sudah la tak pernah bina masjid dan surau. Dirobohkan lagi ada la.. inilah contoh terbaik, kerajaan Islam Pas di Kedah.

Disebabkan alasan diataslah Mc dan TMK serta sahabat-sahabat blogger Kedah yang lain mendesak Ustaz Azizan membubarkan DUN Kedah lebih awal, supaya beliau tidak terbeban dengan amanah yang rakyat Kedah berikan kepada beliau.

Sesungguhnya Mc mencabar dan mendesak Ustaz Azizan Razak MB Kedah yang tersayang supaya BUBARKAN DUN Kedah secepat mungkin. Kalau Khalid Gagap kata lepas Cap Goh Mei, Azizan boleh bubar selepas raya cina.

Jangan la dipaksa diri untuk terus mentadbir Kedah, kerana Azizan sememangnya telah gagal untuk melaksanakan tugasnya itu. Dari terus merana, biarlah segalanya berakhir dengan lancar dan mudah.

Jadi untuk tidak berasa malu, TMK lancarakan kempen #BubarDunKedah!! Pada mana-mana blogger, facebookers dan twitterian yang setuju dengan kami. Sila guna hashtag ini untuk desak Azizan Razak bubarkan dun Kedah lebih awal dari pusat.



McTheory:
Suara dari rakyat Kedah! Kami mahu bubar dun Kedah!!

PANASS!! Azizan Razak Pula BAKAL DI PECAT Selepas Gambar Kontroversi ni? #TukarKedah #BubarDunKedah

Posted: 03 Feb 2013 04:37 PM PST

Gambar panass.. Azizan pula bakal di pecat?

Kalau Ustaz Nasha bergambar dengan PM DS Najib Razak, kemudian beliau digugurkan dari jadi ahli majlis syura Pas. Apakah Nasib Ustaz Azizan selepas ini, apakah beliau akan digugurkan menjadi Menteri Besar Kedah?


Belum pun pemimpin Pas lain bersuara. Mamat syiah ni dah kutuk Ustaz Azizan dengan panggilan celaka. he he.. nak tau cerita lebih best dari ni, tunggu artikel pukul 11.30 nanti!
 

McTheory:
Apakah Azizan gugur atau Bubar Dun?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...