Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Muslimah Pas Menari Tarian Gangnam Sexy Stail!!

Posted: 17 Feb 2013 07:17 AM PST


Tengok betui-betui gambar kat atas tu. Lambang parti mana bertempek kat atas pentas. Apakah persembahan ini menutup aurat seperti mana saranan Nik Aziz kepada PSY? Ini persembahan pentas tajaan Pas? wahh.. hebat, Pas sudah maju!

Walaupun Pas kata persembahan tu untuk bukan Islam tapi, Pas perlu ingat, dulu mereka selalu tuduh UMNO macam-macam.

Pas selalu kutuk kata UMNO tak Islam, tak peka pada Islam dan abaikan sensitiviti Islam. Tapi kali ni siapa yang buat? UMNO ka yang taja persembahan ni? he he..



Kalau Pas semua boleh, HALAL 100%

TUDIAA!! Ustaz Pas diatas Pentas UMNO, Bantai Kerajaan Kelantan!!

Posted: 17 Feb 2013 04:38 AM PST


Ha ha ha.. sapa lagi kalau bukan Hassan Basri, memang terbaik video ni. Sakit perut Mc gelak bila tengok Ustaz Hassan Basri cerita pasal Husam di Kelantan. hebatt.. memang hebat!

PANASS!! HINA Permaisuri Agong!! Dap Jangan Cabar Api Kebangkitan Melayu!! - @RazlanRafii

Posted: 17 Feb 2013 01:17 AM PST

Ini budak cina Dap yang diracun oleh Dap celaka!

Lihat video dari Ketua Pemuda UMNO Seputeh yang mencabar Dap supaya jangan cabar api kebangkitan melayu!!


McTheory:
Setuju dengan saudara Razlan, jangan cabar kami!

PANASS!! Azizan MB Kedah Memang Suka Buat Lawak?

Posted: 16 Feb 2013 10:17 PM PST


Ternganga kita dibuatnya apabila Dato' Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah mengugut Kerajaan Pusat agar membayar RM100 juta setiap tahun kepada negeri itu sebagai pampasan jika ingin pihaknya menghentikan penggondolan hutan untuk pembalakan. Nampak benar, yang Menteri Besar Kedah ini telah benar-benar buntu dalam usaha menjana pendapatan negeri.

Kata orang, ego biar bertempat. Jika sudah buntu, dan tak tahu apa-apa, buangkanlah ego itu jauh-jauh, jika tidak, pasti terserlah kebodohan sendiri. Tidak apa jika bodoh itu tidak memberi kesan kepada sesiapa, tetapi masalahnya bodoh seorang Menteri Besar memberi kesan kepada rakyat, malah bumi Kedah juga.

Jika dulu Azizan begitu lantang menghamun kepimpinan Barisan Nasional, kononnya bodoh, tidak prihatin dan korup, tetapi setelah diberi peluang untuk menunjukkan cara kepimpinan yang bijak, prihatin dan telus, bingunglah pula Azizan jadinya. Kini, baru beliau tahu bahawa mentadbir negeri memerlukan lebih dari sekadar ijazah dalam bidang agama dan suara lantang yang gemar menghentam orang.

Sepertimana kaum Arab yang dikurniakan sumber paling berharga di dunia tetapi tidak mampu menjadi peneraju ilmu dan pemerintah dunia, begitulah keadaannya di kalangan pemimpin PAS. Telah dikatakan di dalam AlQuran, bahawa ilmu yang penting adalah ilmu sains dan matematik dari pengamatan bintang dan cakerawala, gunung ganang dan lautan mahupun zarah-zarah di dalam udara. Tetapi mereka tidak mendengarnya, mereka tidak memahaminya walaupun ramai di antara mereka fasih berbahasa Arab, hatta hafal Al-Quran juga.

Justeru, hari ini kita melihat sendiri apa terjadi apabila seseorang yang mengaku pakar agama mentadbir macam orang tak ada agama. Terserlah sikap angkuh, ego, takbur, riak, panas baran dan mengugut sana sini apabila buntu dan terdesak.

Bukan sahaja kerajaan pusat hendak diugut, tetapi juga kerajaan sahabat merangkap jiran sendiri, iaitu Pulau Pinang juga turut cuba diperas. Oleh kerana Pulau Pinang enggan melayan mimpi Azizan untuk mengenakan caj bekalan air mentah ke negeri itu, maka Phahrolrazi, exco Kedah telah membuat kenyataan berbaur ugutan iaitu Pulau Pinang akan mengalami kesukaran jika terus enggan melayan cadangan Kedah.

Malangnya, Pulau Pinang mengambil sikap 'bo-layan' sahaja terhadap ugutan Kedah.

Maka, semakin bingunglah Azizan sehingga sanggup mengambil risiko memusnahkan alam sekitar dan mendedahkan rakyat kepada risiko kehilangan nyawa dan harta benda akibat bencana alam dengan berdegil untuk meneruskan pembalakan haram. Maka, satu-satunya cara untuk menghentikan kegilaan ini ialah dengan kerajaan pusat membayar sejumlah RM100 juta kepada Kedah.

Persoalannya, sampai bila Azizan boleh mentadbir dengan cara mengugut?

Kenapakah keadaan sebegini tidak pernah terjadi semasa pemerintahan BN? Kenapakah walaupun dikatakan korup, bodoh dan zalim, BN tidak pernah mengambil risiko ke atas nasib rakyat dan tidak pernah membiarkan kewangan negeri berada dalam keadaan begitu tenat?

Bagaimana jika kerajaan pusat mengambil keputusan untuk mengugut Azizan kembali iaitu, jika beliau inginkan RM100 juta itu, maka beliau harus menjustifikasi dan menangani segala ketirisan dalam kewangan negeri Kedah secara terperinci terlebih dahulu, bagi memastikan RM100 juta tersebut tidak terbazir begitu saja.

Atau lebih baik lagi, jika kerajaan pusat mengugut agar Azizan meletakkan jawatan terlebih dahulu, jika inginkan RM100 juta itu disumbangkan kepada Kedah.

Atau lebih mudah, mungkin kerajaan pusat boleh mengugut Azizan agar membuat pengakuan terbuka dan meminta maaf kepada rakyat Kedah kerana beliau benar-benar tidak tahu bagaimana untuk mentadbir sebuah negeri, sebelum menyalurkan RM100 juta tersebut kepadanya. Bagaimana?

Walaupun persoalan ini kelihatan seperti 'lawak', kata orang Kedah, tetapi sebenarnya tiada apa yang lawak mengenainya, malah sedih dan membimbangkan.

Khabar dari Kedah menyatakan bahawa kewangan Kedah sudah terlalu sangat meruncing sehinggakan semua program dan perjalanan dibekukan kerana kerajaan negeri tidak dapat menanggung kos, terutamanya kos minyak.

Mana tidaknya, jika kesemua perbelanjaan negeri bergantung sepenuhnya kepada pendapatan dari balak semata-mata. Bayangkan, ketika pemerintahan BN pada tahun 2007, balak hanya menjana RM8 juta, tetapi di masa pemerintahan PAS pendapatan dari balak dalam keluasan yang sama mencanak naik sehingga RM35 juta pada 2008, RM38 juta pada 2009 dan RM53 juta pada 2010?!

Kini balak-balak hampir habis, sehinggakan hutan simpan kekal juga gondol dikerjakan PAS Kedah sedangkan di masa yang sama kesemua anak-anak syarikat dan projek-projek negeri mengalami kerugian dan masih lagi menjana kerugian kerana ketidakcekapan, ketidaktelusan dan 'ketidak-tahuan' para pegawai yang dilantik. Mahu tidak meroyan jadinya Azizan?

Benarlah rungutan rakyat Kedah, bahawa PAS memerintah bagaikan mentadbir sebuah kampung. Perihal peraturan dan undang-undang semuanya diambil 'enteng'. Kesemua pegawai dan exco membawa sikap 'kaduk naik junjung' dan 'kera mendapat bunga' seolah-olah merekalah kuasa segala kuasa dan boleh berbuat apa saja. Akhirnya, semuanya berada di luar kawalan.

Khabarnya juga, pegawai kewangan negeri, Dato' Haji Puat, sepupu Azizan yang telah berada di situ sejak zaman pemerintahan BN juga sudah putus harapan kerana gagal mendapat kerjasama Azizan sendiri.

Justeru, apakah kesudahannya nasib Negeri Kedah?

Nasib negeri Kedah adalah tidak pasti kerana ia bergantung kepada rakyat Kedah dalam PRU-13 ini.

Namun, apa yang pasti ialah Azizan tidak ada hak untuk mengugut, tetapi inilah masanya untuk beliau mengangkat tangan, mengaku kalah.

PANASS!! TPM Muhyiddin Yassin Kata MB Kedah Tak Reti Buat Kerja!! #TukarKedah

Posted: 16 Feb 2013 07:36 PM PST



Kuala Kedah - Dalam ucapan Timbalan Presiden UMNO Malaysia. Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Majlis Pelancaran KOLABORASI 2013 di Kuala Kedah, beliau menganggap PAS gagal menjalankan tanggungjawapnya sebagai pentadbir Kerajaan Negeri setelah di beri mandat oleh rakyat Kedah di Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu.

" Kita nak mengajak rakyat jelata untuk bersama pimpinan kerajaan Barisan Nasional, kerana di peringkat Negeri Kedah yang sekarang ini dipimpin oleh PAS sudah gagal. PAS tidak dapat memikul amanah dan tanggungjawap yang rakyat Kedah telah berikan dalam pilihan raya 2008 yang lalu " katanya.

Selain itu, Muhyiddin Yassin mengatakan " Saya dapat menyaksikan tentang isu permasalahan yang berbangkit di peringkat Negeri Kedah yang tidak langsung tidak dapat diberi perhatian oleh Menteri Besar ataupun wakil-wakil rakyat termasuklah wakil rakyat di Kuala Kedah".

" Kalau ada apa-apa masalah yang berbangkit, kerajaan negeri tak dapat selesaikan" katanya lagi.

Apa yang dapat di lihat, sekiranya Kerajaan Negeri menghadapi isu-isu masalah dengan rakyat, Menteri Besar Kedah akan mengambil sikap tidak mahu bertanggungjawap dan menunding jari kepada Kerajaan Pusat untuk menyelesaikannya.

Sebagai seorang Menteri Besar, Azizan Razak seharusnya dapat menyelesaikan permasalahan yang di hadapi rakyat Negeri Kedah dan bukannya menunding pada pihak lain. - Pisau Kedah

PANASS!! Pas Kedah Dengan Kempen Buta Perut 403 Juta? Apa tu? #TukarKedah

Posted: 16 Feb 2013 05:18 PM PST


 Ramai juga orang dok tanya Mc, Pas Kedah dok buat kempen apa 403 juta tu? Awat blogger pro UMNO takmau jawab?

Mc kata nak jawab buat apa. Persoalan tu, depa yang buat. Lepas tu depa suruh kami jawab. Macam mana nak jawab, kami bukan kerajaan. Lani depa jadi Kerajaan, apa yang kerajaan dulu buat, mereka kena la tanggung. Sebab itu janji depa masa nak jadi kerajaan Kedah dulu.

Mungkin Pas Kedah lupa masa depa dok janji atas pentas ceramah dulu. Depa nak ambil alih kerajaan negeri untuk buat lebih baik dari UMNO. Tapi apa yang depa dah buat sekarang ni? Baru 5 tahun dah hampir 0.5 billion hutang kerajaan negeri Kedah.

Kerajaan Kedah semasa BN perintah dulu, walaupun berhutang dengan kerajaan pusat namun ekonomi Kedah tak pernah berada sitahap seteruk ini. Rakyat Kedah rasa la juga tempias dari kemajuan ekonomi. Walaupun ada projek yang gagal, itu perkara biasa sebab BN perintah Kedah lebih 50 tahun.

Jika kita buka rekod, BN perintah lebih 50 tahun, Pas perintah 5 tahun. Tapi masalah yang Pas buat, lebih banyak dari BN. Hutang yang Pas buat, kalau kita darabkan dengan 0.5 billion dengan 50 tahun, mau terjual seluruh tanah kat negeri Kedah ni. Azizan tebang balak seluruh Kedah hatta pokok ceremai, durian, rambutan, cempedak, pelam dan lain-lain pokok pun, termasuk pokok temucut pun tak boleh settle lagi hutang.

Dosa BN menjadi kerajaan, rakyat dah balas pada PRU ke 12. Siapa sangka BN akan kalah di Kedah? Kiranya pada PRU ke 12, penamat Kerajaan BN pada pemerintahan yang terdahulu. Waktu tu pun DS Najib belum naik jadi PM Malaysia.

Sekarang dengan kebijaksanaan DS Najib menjadi pentadbir seluruh Malaysia. Insyallah jika BN menang di Kedah dan BN diberi mandat 2/3 di Malaysia. Nescaya Malaysia akan mencapai target wawasan 2020 untuk menjadi negara maju.

Tapi kalau Pas terus memerintah Kedah, mungkin akan terpinggir dari kemajuan ekonomi pusat, kerana tidak berada diatas satu landasan yang sama.

Pas dulu semasa ceramah, depa suruh kita try depa satu penggal, depa kata boleh buat baik dari BN. Tapi nampak gaya hasil 5 tahun ni gagal teruk. Hampir kesemua projek yang Pas Kedah buat GAGAL! kecuali target untuk robohkan Madrasah Salihiah, tu saja yang PALING BERJAYA setakat ini.

Tak payah Mc nak listkan projek Pas, sebab sebelum ni dah banyak kali Mc dok ulang benda yang sama. Rakyat Kedah pun dah nampak apa yang Pas buat. Depa pun dah test kemampuan Pas. Memang tak boleh buat kerja pun. Pas memang dilahirkan untuk berceramah, jadi biar depa terus berceramah. Jadilah pembangkang balik, sebab Pas bila jadi pembangkang di Kedah. Mereka berada ditahap yang terbaik!

BN tak berapa nak reti jadi pembangkang, sebab tu BN banyak diam dari bercakap. Yang dok bising ni melalui blog dan facebook saja. Boleh kira, berapa sangat pemimpin BN Kedah yang vokal untuk bercakap menentang kerajaan Pas Kedah ni.

Sebab kita tengok, bila Pas jadi Kerajaan Kedah pun, depa sibuk dengan ceramah dari buat kerja. Depa dok hentam Kerajaan BN Kedah yang terdahulu, itu maknanya depa rindu tugas sebagai pembangkang. Patutnya kalau kerajaan Kedah dulu teruk, hangpa dah jadi Kerajaan buat la bagi elok. Bukannya buat lagi teruk!!

Masa percubaan dah tamat, rakyat Kedah pun dah terbuka mata. Depa nampak apa yang Pas buat selama 5 tahun ni. Depa dah nampak apa yang EXCO dan ADUN Pas boleh buat selama 5 tahun. Memang tak buat apa-apa pun. Masalah dulu tak selesai, Pas tambah lagi dengan masalah baru.

Dari Pas terus menjahanamkan negeri, lebih baik beri balik pada BN. Pas hanya pandai bergaduh, dari bergaduh sesama sendiri, bergaduh pula dengan KCS. Itu saja yang rakyat nampak.

Selama 50 tahun BN perintah Kedah, tak pernah lagi la catat sejarah EXCO bergaduh teruk dengan MB, siap plan nak guling MB. Lepas tu, EXCO bergaduh dengan KCS, siap nak suruh Sultan Kedah pecat KCS. he he.. hangpa tengok kat situ pun dah tau, betapa huru-haranya pemerintahan Pas kat Kedah ni.

Oleh itu BN memang tak layak jadi pembangkang, sebab BN memang dilahirkan untuk mentadbir. Pas memang terer jadi pembangkang. Jadi kita bagi Pas jadi pembangkang, bila masing-masing berada ditempat yang betul dan sesuai. Insyallah Kerajaan Kedah yang baru ni akan menjadi lebih hebat dan terancang. Kerana kita mempunyai pemimpin yang pandai mentadbir, dan pembangkang yang memang hebat bab membangkang.

Mc kalau BN menang pun, akan tetap sebagai blogger dan pengkritik tetap Kerajaan Kedah. Kalau UMNO/BN tak betui pun Mc bantai. Itu janji Mc sebagai blogger yang berertika. Bukan kalau Kerajaan salah pun, kita terus jilat bagai nak rak macam blogger Pas Kedah sekarang ni. Benda tu betui-betui taik, kita habaq taik, depa dok kata cekelat, siap jilat tunjuk kat kita kata cekelat, walaupun muka berkerut. Takdak etika langsung!

Sampai sini saja ulasan Mc, Allah dah ciptakan kita sebagai khalifah untuk buat tugas masing-masing dimuka bumi ni. Pas memang dicipta untuk membangkang, jangan angkat depa jadi kerajaan, kesian kat depa, haru biru habis. Bagi balik pada Kedah pada BN, sebab BN memang dicipta untuk jadi pentadbir. Kita bagi pada yang hak. Itu saja yang Mc boleh bagitau. Sekian terima kasih.


McTheory:
Hangpa bagi doktor gigi pi perbaiki kereta. memang jahanam la kereta tu.. cuba bagi pada makenik, tentu kereta tu elok. Itulah maksud sebenarnya.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...