BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! DAP WANT TO USE PRINCE TO ELIMINATE ROYAL INSTITUTION ??? WHAT ???

Posted: 01 Feb 2013 03:00 PM PST


As part of DAP's effort to remain relevant in the society and Malaysian politics,the party has never clearly mentioned their principal which rejects Malay Royal Institution.However,to those who are aware of DAP's history,they would always be on high alert on DAP's main principle which rejects Article 153 which states Malay and Islam rights that is protected by the Royal Institution.Even though the matter is covered by the party's leaders,DAP's principal can be seen through comments of its supporters in social networking sites which clearly hate everything that has to do with Malays.It can also be seen through DAP's constant effort in trying to weaken anything that has to do with Malays.Few of them include language and culture,which brings us to the case where DAP representatives refuse to put on traditional attire in Dewan with the excuse that it has the characteristics of Malay-Muslim.Their excuse saying that they do hold on to the Constitution and acknowledges Royal Institution was then proven to be lies after top leadership of the party criticized Datuk Ngeh Koo Ham and Datuk Teng Chang Khim as they accepted Darjah Kebesaran awarded by Malay Royals because the action was seen as a violation to the party's principal. 

Rakyat however, can never fall for such thing and we are aware that the principal is made based on DAP's rejection towards Malay Royals.When it is revealed how DAP tried to get Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Mukhriz to join the party by giving him the post of Chief Minister,it shows how disrespectful Dap really is towards Royal Institution.Even though the participation of a Prince to the political arena is not wrong and that it rarely happen,DAP's actions in luring him and promising the post was very disrespectful.Especially with DAP's main principal in rejecting the Institution,the actions only shows that DAP only want to use him to raise Malay votes just so that they could again use him if the strategy works. Perhaps many still want to deny this matter and claim that I am a racist and paranoid. But it is not wrong for us to be cautious considering that as of this moment,we still cannot guarantee that DAP would not pursue their agenda to eliminate Article 153, and Malay Royals, if PR wins the coming GE. With PAS going weaker and PKR being too dependent to its ally, DAP might have the total power if PR leads this country. 

We could even see that today,only that it is not that obvious because the party needs to stay relevant in the political arena and Malaysians to win elections.Thus,like what was mentioned above,DAP's offer to Tunku Zain,it is just a strategy to win elections.That is it.Malays should not take DAP's main principal which goes with the slogan 'Malaysian Malaysia' lightly.Do know that the principal has never changed,it stays in the hearts of DAP supporters and leaders.Thus,we should understand what is socialist and what is total equality and the impact to rakyat,religion and the country.Before understanding all of that,do not even think of defending DAP in this matter.The Royals are our defence mechanism, if the Institution's insulted with such manner with post even lower than his current status,should we keep on giving our full trust to DAP ???

GAZE-PONDERS

HOT NEWS !!! KHALID GAGAP TRIES PLAYING POKER GAME BUT THE TRUTH SHOWS !!! MUST READ !!!

Posted: 01 Feb 2013 11:00 AM PST


Khalid Ibrahim is trying to play poker.he wants to see BN's card so he 'sailang'.as the usual PKR's stayle which is to pre-empt anything.As the BN government continues to 'put the heat' on the opposition as to when the general election would be held,the oppositions are 'testing' the water by announcing to dissolve Selangor state assembly two weeks after Chap Goh Meh.Its not that the announcement would make any difference to the opposition's position in the state or the BN,it is just a way for the opposition to 'lead' the ruling BN into announcing the date for the dissolution of Parliament to pave the way for the 13th general election.Khalid is actually being 'dictated' by none other than his boss Anwar Ibrahim to 'pressure' BN into calling the general election as fast as possible as the oppositions are now 'feeling the rising temperature' with voters demanding for the fulfillment of their 2008 general election pledges.This is particularly in Selangor where suits are being filed against the State Government for failure to deliver its promises after winning the state then.Needless to say,the Selangor opposition pact government has so many weaknesses that it cannot wait longer to go to the polls.the longer the polls are held, the more damage it will face.

Right now,the Malay and Indian voters are crying foul against the state government,demanding the promises made to be fulfilled and many have already filed suits against Khalid and his state government.Before matters get worse and out of hand,Anwar feels it is better to 'pressure' BN to hold the general election fast as the longer BN delays,the worse the oppositions are in.Right now,DAP and PAS are not in in good terms despite the leaders meeting each other,hugging each other,giving press statements like they are in love with each other but the reality down under is totally the opposite.Already PAS members and former members who are still influential in their own ways are protesting at the party's willingness or stupidity in following Pakatan's liberalism and pluralism policies which clearly go against the party's ideology and struggle.Add to that is the members distrust with DAP in Penang led by CM Lim Guan Eng where he is clearly drawing the lines between Christian and Islam, splitting members of the two parties right in-between along religious and racial lines.

PAS members,who are fundamentalists are also angry with the leadership for sacking former deputy president who was a member of the Syura Council Nasharuddin Mat Isa for being 'friendly' with BN,particularly Umno.Despite Nik Aziz Nik Mat's statement saying Nasharuddin could join any other party, the members at grassroot level are not going along with the decision as they know the 'outside' hand involved.They know who and what the objectives of this outside hand and they are very wary as they know the party's intention of having party president Abdul Hadi Awang as Prime Minister will be fiercely opposed if the opposition pact wins the general election.Given the scenario,it is no hiding the reasons why Khalid made the decision to dissolve the Selangor State Assembly after Chap Goh May celebration,as Khalid is just following the instruction given by Anwar.

GAZE-PONDERS

HOT NEWS !!! KAJIAN UPM !!! PM @NAJIBRAZAK LEBIH LAYAK DARI ANWAR IBRAHIM !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 01 Feb 2013 07:30 AM PST


Bila-bila masa sahaja dari sekarang Dewan Rakyat akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU 13 yang dijangkakan oleh ramai pemerhati politik sebagai pilihanraya yang paling sengit dalam sejarah negara.Dari segi rekod PRU 12 2008,memang benarlah PRU 13 ini cukup hangat dan sengit kerana ia merupakan penentu samada BN akan meneruskan kesinambungan pemerintahan ataupun gabungan longgar parti pembangkang,PR pula yang akan mengambil alih terajunya.Namun jika perkembangan semasa diambil kira,besar kemungkinan PRU 13 akan menyaksikan BN mengulangi kejayaan yang hampir sama seperti yang dicapai pada PRU 11 2004 sebaliknya PR pula bakal berdepan nasib buruk seperti dialami Barisan Alternatif (BA).Tambahan pula,sejak pentadbiran negara diambil oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib pada April 2009,sedikit demi sedikit BN telah kembali ke landasannya semula.Manakala dalam tempoh itu pula populariti PR semakin merosot terutama sekali selepas kegagalan projek lompat 16 September 2008.

Bermula awal tahun 2010 hinggalah sekarang menyaksikan hasil dari kepimpinan Datuk Seri Najib,BN terus memacu momentum kebangkitan sebagaimana terbukti dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang lalu. Malah dari segi populariti diantara Datuk Seri Najib dengan pemimpin PR khususnya Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim memang jauh langit dengan bumi,ini termasuklah data-data hasil dari kajian-kajian semasa yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak.Demikian halnya kedapatan yang diperolehi dari kajian terbaru yang dilakukan di UPM yang mana Presiden UMNO itu terus unggul di hadapan dengan merekodkan populariti 67.4% sekaligus menjadi pilihan utama sebagai PM selepas PRU 13 kelak.Manakala Anwar pula berada di tempat kedua dengan catatan 52.2% dan Presiden PAS,Hadi Awang hanya mencatat populariti 31.3% sahaja.

Dengan kata lain,responden yang ditemubual agak meragui kedua-duanya dalam menggalas tanggungjawab sebagai PM.Jika dikira pula dari segi rekod jasa bakti kedua-dua pemimpin utama PR itu yang hanya tahu berceramah siang dan malam menjelajah sana sini,lagilah tak termampu menandingi rekod kerja buat Datuk Seri Najib yang sudah terbukti besar jasanya dalam membantu rakyat jelata.Apatah lagi bila diukur dari segi kesungguhan dan sikap cakna Najib dan BN yang serius membantu menyelesaikan permasalahan rakyat,jauh bezanya bila dibanding dengan Anwar dan Hadi yang hanya bijak berkata-kata ketika menabur janji tapi kerap gagal dalam menepatinya.Apapun,yang pentingnya dalam mana-mana sahaja kajian yang dilakukan samada oleh pihak bebas,pro BN mahupun oleh PR sendiri,satu kesimpulan yang sama diperolehi,BN akan meneruskan kesinambungan pemerintahan negara ini.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! PAS UMPAMAKAN USTAZ NASHA SEBAGAI ISTERI CURANG ??? BIAR BETUL ???

Posted: 01 Feb 2013 04:00 AM PST


Sehari selepas bekas Timbalan Presiden PAS,Ustaz Nasharudin Mat Isa dipecat dari terus menganggotai Majlis Syura Ulama PAS,Menteri Besar Kelantan,Nik Abdul Aziz Nik Mat terus meraikannya dengan upacara memotong kek di kediaman Pengerusi DAP Pusat,Karpal Singh.Walaupun secara lahiriahnya acara memotong kek itu diadakan sempena ulangtahun kelahiran Mursyidul Am PAS itu yang ke 82 tahun,namun tersiratnya ia menggambarkan kegembiraan Karpal Singh yang dikongsi bersama dengan Nik Aziz dalam meraikan dendam terindah yang sudah dilunaskan.Karpal pernah ditempelak oleh Nasharudin berhubung isu hudud,manakala Nik Aziz pula sehingga kini terus berpatah arang dengan peranan utama yang dimainkan Ahli Parlimen Bachok,Kelantan itu semasa ura-ura kerjasama diantara UMNO dan PAS melalui Kerajaan Perpaduan (UG) dulu.Nik Aziz ketika diminta mengulas status Ustaz Nasharudin yang masih kekal sebagai ahli PAS,secara sinis memberi gambaran kedudukan bekas Timbalan Presiden PAS itu dalam parti kini ibarat suami isteri yang bila-bila masa sahaja boleh bercerai berai. 

"Itu dia punya pasallah,saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai.Padahal kita nak sambut bini itu dengan sembelih lembu,palu gong gendang lah,selawat kepada Nabi,tetapi boleh bercerai.Ini kerana parti (Ini kan pula dalam parti)". Maksudnya jika isteri sendiri pun boleh diceraikan,apa sangatlah kalau memecat Nasharudin dari Majlis Syura Ulama PAS.Hatta kalau Nasharudin mahu keluar parti menyertai UMNO sekalipun,itu bukannya persoalan besar bagi PAS.Lebih-lebih lagi pada perkiraan Nik Aziz dan PAS,status Nasharudin itu sendiri yang dilihat rapat dengan pimpinan UMNO seumpama isteri yang telah curang pada suami sendiri.Itu anggapannya.Soal bukti dan peluang untuk membela diri,itu lain punya hal yang tidak perlu difikirkan. Dari sudut lain,walau dibaca berkali-kali kenyataan Mursyidul Am PAS itu,kelihatannya seperti Nik Aziz begitu memandang mudah hubungan suami isteri bila mana ia dikaitkan dengan isu pemecatan Nasharudin dan kedudukannya dalam PAS.Tapi nak pelik apa,Kan sudah menjadi pengetahuan umum dalam PAS telah lama wujud polisi sumpah baiah talak tiga yang menjadikan isteri kepada calon-calon PAS dalam PRU sebagai bahan taruhan bertujuan menjamin suami masing-masing kekal dalam parti dan tidak mengubah haluan melompat ke parti lain.Satu persoalan yang menarik untuk difikirkan, kenapa baru sekarang PAS bertindak dan dimasa yang sama masih mengekalkan Nasharudin sebagai ahli PAS,bukankah itu seperti tindakan gantung tidak bertali dari seorang suami ??? Amat dayus dan bacul sifatnya bilamana seorang suami hanya berani mengambil tindakan gantung tidak bertali terhadap isterinya sedangkan jika begitu yakin telah wujud kelakuan curang sewajarnya diceraikan sahaja,bukan begitu pembaca Badut Rakyat Sekalian ???

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! TUNKU ABDUL AZIZ MEMBELASAH DAP KAW-KAW !!!

Posted: 01 Feb 2013 01:00 AM PST


DAP akan menjadi jaguh dalam menyekat kebebasan bersuara terutama melibatkan media jika pakatan pembangkang dapat menguasai Kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang.Mengingatkan perkara itu,bekas Naib Pengerusi DAP,Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata,DAP tidak kisah atau melompat jika media menyiarkan laporan yang 'menghentam' Pas atau PKR.Tetapi katanya,kepemimpinan parti itu akan melenting kalau mereka diusik meskipun laporan itu berlandaskan fakta. 

"Kebebasan media ala Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Pulau Pinang memperlihatkan cara beliau mendominasi satu-satu media.Itu bukan pendirian beliau sahaja tetapi sebenarnya kepemimpinan DAP.Dia bagi alasan semua media arus perdana adalah alat UMNO untuk menjatuhkan Kerajaan DAP Pulau Pinang,sedangkan media membuat tugas hakiki mereka melaporkan kebenaran.Jika media yang dikatakan alat UMNO itu melaporkan sesuatu penyelewengan di Pulau Pinang, isu tersebut akan diputarbelitkan oleh Guan Eng hanya kerana media tersebut bukan 'tokong' kepada Guan Eng" katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia disini hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Guan Eng yang mengelak untuk memberi sebarang ulasan ketika berhadapan dengan akhbar The Star dan memilih memberi kenyataan secara bertulis sahaja kerana bimbang kenyataannya akan diputar belit.Menurutnya,Guan Eng sentiasa 'mencabul' hak kebebasan media yang kononnya diperjuangkan oleh pemimpin pembangkang selama ini dengan mengadakan sekatan terhadap beberapa media di Pulau Pinang. 

"Slogan kebebasan bersuara hanya retorik murahan DAP dan pakatan pembangkang.Bayangkan,baru empat tahun memerintah pelbagai sekatan luar biasa telah dikeluarkan oleh mereka terhadap media yang menyokong kerajaan.Sebelum 2008,mereka cuba menjadi jaguh kebebasan media,kebebasan bersuara dan sebagainya, kenapa pula sekarang ini tiba-tiba mereka menjadi marah dengan kebebasan media yang diamalkan oleh media arus perdana," jelasnya. 

Tunku Aziz juga mendakwa sekatan terhadap media akan bertambah parah sekiranya pakatan pembangkang diberi mandat penuh untuk memerintah negara.Kebebasan media yang ada kini akan terus lenyap sekiranya pembangkang memerintah, mereka akan cuba untuk memansuhkan media arus perdana yang sedia ada atas alasan media tersebut berat sebelah," ujarnya.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! ORGANISASI KRISTIAN BANTAH PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM BIBLE !!!

Posted: 31 Jan 2013 10:00 PM PST


Artikel saya sebelum ini tentang hak LGBT yang mempersoalkan mengapa Islam dipandang sebagai kolot kerana membantah hak LGBT tetapi Kristian tidak diberikan tanggapan yang sama walaupun sama-sama membantah,telah 'terkena' kepada pihak yang terlibat,puak Kristian Malaysia.Nampaknya,Kristian Malaysia tidak mengambil pendekatan yang sama seperti Kristian di seluruh dunia,terutamanya terhadap isu seperti penggunaan Kalimah Allah bagi Bible dan juga hak LGBT dan kini,persoalan yang sama masih lagi timbul di mana beratus-ratus ribu orang membuat demonstrasi di Perancis membantah hak golongan LGBT dan terdapat tiga organisasi Kristian di Amerika Utara telah meletakkan petisyen awam untuk menghentikan Wycliffe Bible Translators,Summer Institute of Linguistics (SIL) dan Frontiers dari menghasilkan Bible yang mengandungi nama Tuhan Kristian (Father and Son) yang mempunyai terjemahan yang salah (Lord dan Messiah atau Guardian dan Proxy). 

Terdapat juga terjemahan Arab yang mengubah perkataan 'Father' kepada Allah yang dilihat oleh penganut Kristian sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima kerana ia mungkin akan menyinggung umat Islam dan juga boleh mengelirukan mereka yang baru menganut agama Islam atau Kristian.Mengapa puak Kristian Malaysia tidak berkongsi pendapat yang sama ??? Isu penggunaan nama Allah telah lama timbul di Malaysia.Puak Kristian Malaysia adalah antara yang paling lantang isu ini,termasuk menerima pertolongan dari DAP.Lim Guan Eng juga pernah menyatakan perkara ini sebagai sebahagian daripada perjuangan parti tersebut,yang kemudiannya mengundang permasalahan kepada PAS.Hanya kerana sifat mereka yang gila kuasa,parti tersebut telah membuatkan puak Kristian percaya bahawa pluralisme adalah satu perkara yang boleh diterima,sebahagian daripada ajaran Kristian itu sendiri.Ini adalah masa buat semua agama di Malaysia untuk mula membezakan antara agama dan politik. 

Apabila umat Islam mempertahankan nama Allah daripada dipergunakan,ia menunjukkan bahawa mereka memperjuangkan agama,bukannya politik.Jadi,jika anda bencikan kerajaan Melayu-Islam,anda tidak perlu melanggar agama Kristian anda sendiri hanya untuk memberikan sokongan kepada sesiapa yang menentang pihak kerajaan.Perkara ini tidak langsung ada kena mengena dengan hak.Perbuatan ini adalah salah kerana akan mengakibatkan kekeliruan.Mungkin ini adalah masa bagi penganut Kristian seluruh dunia untuk menggalakkan Kristian Malaysia supaya melihat kembali apa yang dituntut oleh Bible,agar kita tidak keliru dengan agama masing-masing.Bacalah,supaya kita tidak mudah dipergunakan oleh mana-mana pihak yang inginkan perpecahan antara rakyat.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! NASIB USTAZ NASHA !!! ANTARA JATI PAS DAN UMNO !!!

Posted: 31 Jan 2013 06:00 PM PST


Ketika isu kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu sedang memuncak dan ramai yang melampiaskan kemarahan terhadap cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng,tiba-tiba muncul cerita pengguguran bekas Timbalan Presiden Pas,Nasharudin Mat Isa sebagai ahli Majlis Syura Pas.Sekelip mata nampaknya tumpuan sudah beralih arah.Ada bagusnya juga kerana ramai di kalangan rakan media meluahkan perasaan "rasa berdosa, muak" dengan isu agama yang sudah dipolitikkan oleh sesetengah pemimpin politik. Malah mufti, pemerhati politik dan rata-rata rakyat Malaysia menggesa supaya isu kalimah ALLAH ini dihentikan dan konsisten dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berpendapat,Pakatan terpaksa melakukan 'damage control' ekoran kontroversi isu kalimah ALLAH ini menerusi pemecatan Nasharudin.Wallahu'alam.Tidak kita ketahui sejauh mana kebenarannya.Perbedaan pandangan di antara Pas dan keputusan yang diambil oleh Majlis Pakatan Rakyat dilihat bercanggah dalam isu penggunaan kalimah eksklusif untuk umat Islam ini sehingga ramai yang membuat pelbagai telahan.Kalau mengikut perkiraan Hasan,Nasharudin atau lebih dikenali sebagai Nasha ini adalah kambing hitam untuk menutup kepincangan dan kontroversi yang menghujani Pakatan Rakyat.Nasha terpaksa dilucut dari Majlis Syura meskipun ia sedikit sebanyak akan memberi tamparan kepada perikatan pembangkang itu asalkan tumpuan tidak lagi terarah kepada isu kalimah ALLAH.Namun bagaimana dengan nasib dan karier politik Nasha? Adakah beliau akan kekal sebagai ahli Pas? Atau mungkinkah beliau akan bertindak keluar parti dan menyertai Umno? 

Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin seolah-olah sudah memberi lampu hijau kepada Nasha supaya meninggalkan parti yang sudah menjadi darah daging Ahli Parlimen Bachok itu.Kata Nik Aziz,Nasha umpama seorang isteri yang sudah diceraikan. "Selepas itu (diceraikan),mana-mana lelaki lain nak buat bini,ambillah...," katanya.Malah sekitar Ogos tahun lalu,Nik Aziz pernah berkata, beliau tidak hairan sekiranya Nasha akan keluar Pas setelah gambar beliau bersama-sama Datuk Seri Najib Tun Razak di Arab Saudi,tersebar.Bahkan Nik Aziz turut menyuarakan lebih baik Nasha meninggalkan Pas daripada menimbulkan masalah kepada parti itu. Setelah beberapa kali Nasha dilihat menyuarakan pandangan yang agak keras terhadap agenda perjuangan Pas, beberapa kali kelihatan bersama orang nombor satu negara,termasuk menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan di antara Umno-Pas,akhirnya pada 13 Januari lalu,keanggotaan Nasha dalam Majlis Syura Pas digugurkan. 

Menurut Setiausaha Majlis Syura,Datuk Nik Zawawi Nik Salleh,keanggotaan Nasha digugurkan ekoran bekas Timbalan Presiden Pas itu telah melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan. Ada yang mengaitkan pemecatan itu kerana Nasha baru-baru ini telah menyertai rombongan Najib ke Gaza.Namun ia disanggah sama sekali oleh pimpinan Pas bahawa pemecatan Nasha adalah bermotifkan politik. Profesor Dr Ahmad Atory Hussain tidak menolak kemungkinan Nasha akan berubah haluan politik namun konsisten dalam perjuangan memartabatkan syiar Islam. "Besar kemungkinan (masuk Umno) atau sama ada dilantik menjadi senator. Orang besar seperti ini macam-macam cara dia boleh berkhidmat dalam Barisan Nasional, dalam kerajaan. Itu bergantung kepada keputusan pilihan raya," katanya kepada Sinar Harian Online. 

Namun katanya, buat sementara ini,Nasha akan terus berkelana mencari di manakah ruang yang paling sesuai untuk dirinya sehinggalah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) selesai kelak. "Selain parti politik, bukan parti politik ini juga banyak yang berkehendakkan khidmat beliau sebab beliau ini seorang yang pandai, seorang ulama. Rangkaian beliau ramai. Saya nampak beliau ini akan berkhidmat dalam masyarakat. Dalam NGO," katanya. Atory juga berpandangan, masa depan Nasha dalam politik akan terus cemerlang jika Umno-Barisan Nasional dapat mengekalkan kuasa di Putrajaya. "Kalau pilihan raya kali ini memihak banyak kepada Barisan Nasional,masa depan beliau pun cerah sebenarnya," ujar beliau merujuk kepada khidmat dan kebolehan pemimpin itu.Diuja persoalan ramai yang menyifatkan pemecatan Nasha bukan suatu kehilangan besar terutama oleh ahli parti itu sendiri,Atory berkata,ia hanya suara luaran mereka apatah lagi, Nasha bukan calang-calang orang dalam parti itu. "Saya rasa tindakan mereka ke atas Nasharudin ini, sudah tercalar sedikit Pas ini. Kalau tidak tercalar, mengapa mereka hendak marah? "Kalau perkara ini berlaku kepada ahli biasa Pas, buat perangai begitu mereka boleh cakaplah seperti itu tapi bukan kepada Ustaz Nasharudin," jelasnya lagi. 

Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris,Profesor Mohd Bustamam Abd Karim berpandangan bahawa Nasha akan meneruskan perjuangan dan khidmatnya kepada negara,namun bukan lagi dalam Pas. "Masalah politik di Malaysia ini tidak melihat kepada 'big picture'. Nasharudin ini seorang yang melihat kepada 'big picture'. "Dia seorang yang hendak menyumbang, dia tak nampak itu dalam Pas," katanya kepada Sinar Harian Online. Apatah lagi katanya, karakter yang ditonjolkan oleh Nasha itu jelas bahawa beliau bukan seorang yang mengejar harta dan kedudukan. "Dalam konteks Nasha ini, kita sekarang orang Melayu, Islam... Kena melihat kepada 'big picture'. Jangan jadi 'enau dalam belukar. Dia bukan seorang yang jenis 'enau dalam belukar'. "Orang putih cakap, kita kadang-kadang 'missed the forest for the tree'. Kita terlepas 'big picture' kerana kita hendak mengagungkan satu pokok. Dalam Pas ia hanya melihat tree (pokok) sahaja dan dalam perkara ini ia adalah orang-orang seperti Mat Sabu, Nik Aziz, Hadi," ujar Bustamam. Sehubungan itu, beliau menjangkakan ada kemungkinan Nasha memilih untuk tidak lagi berkecimpung dalam arena politik, sebaliknya bergiat aktif dalam pertubuhan badan bukan kerajaan untuk terus menyumbang bakti kepada negara.- Sinar Harian

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...