PISAU.NET

PISAU.NET


Slogan Kebebasan Senjata Islam Liberal Malaysia

Posted: 01 Jan 2013 08:00 PM PST

AIDCNews – 28/12/12 – Slogan kebebasan (freedom) merupakan senjata gerakan Islam Liberal di Malaysia dedah ahli panel dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam bertajuk "Kebebasan Menurut Perspektif Islam" anjuran Masjid Al-Abrar dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Melaka, 15 Disember.


Ustaz Mohd Hazizi Abdul Rahman salah seorang ahli panel yang juga AJK ISMA Pusat berkata prinsip kebebasan individu yang diperjuangkan menerusi hak asasi manusia akan mengikis perundangan untuk mengukuhkan kedaulatan Islam.

"Malaysia ini ada mahkamah syariah. Sesiapa berkhalwat kena tangkap. Kalau orang terima cara berfikir liberal, nak berzina, berkhalwat itu hak individu dia, antara pihak yang mula-mula terima akibatnya adalah pihak penguatkuasa (tangkapan)
"Sebab..mana boleh tangkap dah,"katanya.

Menurutnya, fahaman liberalisme itu menjunjung konsep kebebasan tanpa sekatan agama, di mana seseorang itu bebas melakukan apa sahaja mengikut kehendak peribadinya tanpa dihalang oleh apa-apa institusi keagamaan dan kerajaan.

Seorang lagi ahli panel forum dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Ustaz Rahimin Bani berkata masyarakat khususnya golongan 'generasi Y' amat mudah tertarik dengan teori 'kebebasan' yang dilaungkan oleh golongan liberal ini.

Namun beliau menegaskan bahawa Islam bukan kongkongan tetapi peraturan yang membahagiakan, dan apa yang dilarang oleh agama adalah untuk manfaat manusia sendiri.
Ideologi Kebebasan – Senjata Terakhir Anwar

Skandal Guan Eng Seperti Ngeh dan Nga?

Posted: 01 Jan 2013 04:30 PM PST

Kelmarin tengahhari di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas ada seperkara yang menarik harus kita tahu.Menurut sumber Pisau.. Lim Guan Eng akan menaiki pesawat untuk ke Kuala Lumpur pada waktu itu.Sebaik saja turun dari kereta beliau disambut oleh Tan Sri Tan Kok Ping dan mereka terus masuk ke bilik VVIP mengadakan perbincangan sebelum Guan Eng berlepas ke Kuala Lumpur.

Siapa Tan Kok Ping?:klik sini

Apakah hubungan Guan Eng dan Tan Kok Ping hanya sekadar teman berbual? Adakah hubungan Guan Eng dengan Tan Kok Ping seperti Anwar dan Datuk Eskay?

Adakah hubungan Tan Kok Ping dengan Guan Eng seperti Nik Aziz dengan Ngeh dan Nga?

Tan Kok Ping berjaya  membeli 57.3 ekar tanah Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk harga RM459 juta. Nilai kasar pembangunan tapak ini dianggarkan RM1.5 bilion. Ini semua atas persetujuan Lim Guan Eng.
 

Tan Kok Ping juga kuat melobi untuk mengambil alih Penang Port , sekarang anda tahu kenapa DAP begitu bersungguh sungguh menghentam Tan Sri Syed Mokhtar bukan?

Cerita Tan Kok Ping dan Guan Eng cukup banyak dan menjadi buah mulut kalangan komuniti perniagaan di Pulau Pinang...


Tan Kok Ping disebelah kanan Guan Eng.
Pisau kata " Ngeh dan Nga dah jadi jutawan tak sampai sepenggal jadi Adun beb..Kalau ketua menteri? "
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...