Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Guru KAFA Pro Pas Melakukan Kelucahan Melampau Terhadap Pelajar!!

Posted: 02 Jan 2013 09:38 AM PST



Di Kuala Terengganu, seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas dakwaan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang peserta lelaki perkhemahan pengakap di kem Telaga Batin, di sini, April lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Wan Mohd Shahrul Nizam Wan Abdullah, 30, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan mengikut Seksyen 377e Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa pada 22 April lalu lebih kurang jam 11 pagi di Kem Telaga Batin, di sini, telah merangsang seks terhadap mangsa, murid tahun enam untuk melakukan satu perbuatan kelucahan melampau.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh, bapa kepada dua anak itu direkodkan, Majistret membenarkan dia diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu kes disebut semula.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna manakala tertuduh diwakili peguam bela Mohd Hayyatuddin Muhamad.

Komen:
Ini mesti terpengaruh dengan Anwar Ibrahim yang gelikan jantan muda. Nama kata Guru Agama, tetapi perangai serupa setan. Setahu Mc la, Guru KAFA ni hampir 90% penyokong Pas tegar!! Tak sangka, puak Pas ni dok gila lubang kunyit juga rupanya!!

HOT INFO!! Ranking Terbaru Blogger Pro BN!! #BNbagus

Posted: 02 Jan 2013 06:16 AM PST


Ranking ini dikeluarkan oleh SGB, senarai 100 ranking blog pro BN, kalau tak salah Mc. Apa yang menariknya, blog Kedah Ke KL ni dapat rank nombor 2 dalam update terbaru. Memang Mc sendiri pun terkejut.

Pada mulanya si mamak Keris7Lok, yang BBM, Mc mengenai perkara ini, namun Mc ingat si Keris tu gurau saja. Lepas tu Mc di hubungi oleh blogger mahasiswa berbakat besar si Harapan Esok.dan sahabat blogger sahabat TMK  Duke Of UMNO.

Teruja la juga bila melihat blog tak seberapa ni berada dirank kedua. Namun apa yang Mc kurang puashati adalah, komen dari pembaca. Macam mana la nak paksa pembaca komen blog? Ada cadangan? Takkan nak kena bayar kot? he he..

Kalau cai Pakatan Haram boleh sokong blogger mereka dengan komen tanpa bayar. Kenapa kita tak boleh? Kalau orang tanya Mc, siapa blogger yang bayar orang komen blog dia, Mc taknak jawab. Tepuk dada tanya selera. he he..

Apa pun syabas pada semua blogger, terutamanya pada blogger UMB yang mengungguli takhta 1 sampai 10.

Korang memang best!!

Mc cuma paparkan senarai rank blog hingga ke 23 sahaja. Untuk rank hingga ke 100 boleh klik kat SINI

P/s: Nampaknya rank 1, 2 dan 3 UMB dah sapu bersih.. he he he..


McTheory:
Walaupun blog ini pernah di PULAU kan oleh blogger hebat kononnya, tetapi blog ini masih HIDUP dengan GAGAH!!

GEMPAR!! Ulama Muda UMNO Dedah Pekung Busuk Pas!!

Posted: 02 Jan 2013 04:38 AM PST


Mc taknak cakap banyak, rasanya video ini akan menjelaskan segala-galanya!!

PANASS!! Video Parody Politik Bikin Dap Panas Punggung!!

Posted: 02 Jan 2013 02:17 AM PST



Selamat datang ke Episod Pertama Politik Tongong yang memaparkan Tong dan juga Ngong, 2 orang pengulas politik yang tidak bertauliah yang akan mengulas isu politik semasa.

Untuk Episod Pertama ini, Tong dan Ngong akan membincangkan tentang isu DAP Tolak Melayu beserta dengan Top 3 Individu Paling Tongong Minggu Ini.

Sekiranya anda suka dengan video ini, klik Like dan share dengan kawan-kawan anda yang lain. Jangan lupa tinggalkan komen anda. Politik Tongong mahu tahu apa yang anda rasakan, pendapat anda, kemarahan anda, keseronokan anda dan apa sahaja yang anda ingin katakan.

Ikuti juga Politik Tongong ini di Fanpage Facebook www.facebook.com/politiktongong2012 dan follow kami di Twitter menerusi @PolitikTongong

TERPANASS!!! Pengikut Tegar Mat Sabu UGUT Pas Kedah Kalau Tolak Mat Sabu di Pendang!! #TukarKedah

Posted: 01 Jan 2013 11:41 PM PST


Hebat juga pengaruh Mat Sabu di Kedah sehingga ada yang sanggup ugut pemimpin Pas jika Mat Sabu tak dicalonkan di Pendang maka Pas akan kalah di beberapa kawasan di Kedah dimana sekarang ini dimiliki oleh pemimpin pemimpin tertinggi di peringkat pusat dan negeri..

Tak cukup dengan itu, mereka juga akan mengistihar keluar dari Pas semata mata mahu melihat Pas kalah di Kedah..

Inilah permainan baru Mat Sabu di Kedah dengan mengarahkan pengikut tegarnya membuat kacau akibat dari tindakkan Azizan Razak baru baru ini tekad mahu bertanding dan mempertahankan kubu kuat beliau yang sekarang ini dirosakkan oleh salah seorang pengikut Mat Sabu di Kedah..

Mungkin Mat Sabu sudah nampak percaturan politik Azizan dalam hal ini, dan tak mustahil Azizan akan mengunakan seluruh kudrat yang ada untuk memastikan puak berhaluan kiri tidak merosakkan Pas.

Atas sebab itu pengikut pengikut Mat Sabu terpaksa mengunakkan taktik UGUT bagi memastikan Mat Sabu terus dicalonkan di Pendang satu kawasan golongan syiah sedang berkembang..

Yang penting bagi rakyat Kedah, kita sama sama tolak pakatan rakyat dari mentadbir negeri Kedah yang tercinta ini..Kepada Umno dan BN kita pastikan Pas kedah dan parti lain dalam PR kalah teruk kali ni.

sumber Medan Tempur

GEMPAR!! Amukan Berparang di Restoran mamak di Kulim Kedah!

Posted: 01 Jan 2013 07:16 PM PST

Gambar CCTV Menunjukan lima lelaki yang mengamuk

Pekerja restoran bahagian dapur cedera di kepala akibat di tetak.

Nampaknya zaman sekarang ramai orang tak waras. Belum redha dengan kejadian amuk ibu saudara tetak anak saudara. Kali ni kita dikejutkan orang mengamuk kat restoran nasi kandar.

Pengunjung sebuah restoran nasi kandar di sini bertempiaran menyelamatkan diri apabila lima lelaki bersenjatakan parang dan kayu mengamuk serta mencederakan empat pekerja restoran itu awal pagi kelmarin.

Kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati seorang daripada penyerang itu hanya kerana lambat dilayan.

Menurut seorang saksi, kejadian kira-kira jam 1.40 pagi bermula apabila seorang lelaki masuk ke restoran itu untuk membeli makanan.

"Dia masuk dan beratur bersama pelanggan lain. Mungkin kerana berasa dirinya lambat dilayan, dia memarahi seorang pekerja restoran sebelum masuk ke ruang hidangan dan membelasah pekerja itu.

"Tidak lama kemudian, empat lagi rakan pelanggan panas baran itu yang sedang menunggu di luar kedai, meluru masuk membawa parang dan kayu, sambil melibas ke arah pekerja dan pelanggan.

"Mujurlah ketika itu pelanggan-pelanggan sempat lari menyelamatkan diri," katanya.

Kumpulan penyerang itu juga merosakkan beberapa perkakas di restoran tersebut, termasuk kerusi meja dan tempat meletak makanan.

"Seorang daripada penyerang itu masuk dan mengamuk di kawasan meja juruwang," katanya.

Seorang daripada empat pekerja itu parah ditetak di kepala.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, semua empat mangsa amuk itu mendapatkan rawatan di unit kecemasan Hospital Kulim.

Katanya, wajah kelima-lima penyerang itu berjaya dirakam melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di restoran tersebut.

"Siasatan awal mendapati suspek adalah orang tempatan dan nombor pendaftaran kereta yang mereka gunakan adalah palsu.

Mc rasa kejadian ini melibatkan kumpulan gengster yang sengaja mahu membalas dendam dan buat kacau. Pihak polis perlu mengenal pasti dan menangkap mereka ini dengan cepat,s upaya kejadian seperti ini tidak berulang kembali.

PANASS!! Penduduk Dun Sungai Limau TOLAK Azizan Razak MB kedah!! #TukarKedah

Posted: 01 Jan 2013 04:39 PM PST


Kita bersambung lagi cerita mengenai penduduk Dun Sungai Limau yang mahu  menolak Adun merangkap Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak. Sambungan dari cerita Mc pada tahun lepas, nak baca boleh klik kat SINI.

Ini cerita tentang Menteri Besar Pertama Pas Kedah, tingkah lakunya yang jelik dan insyallah beliau dan exco beliau akan menjadi Menteri Besar terakhir wakil dari puak Pakatan haram.

Dengan gaya persembahan yang kurang menyakinkan, hambar dan banyak penipuan, Mc percaya takdak seorang pun, orang yang waras mahu Pas Kedah terus mentadbir negeri Kedah.

Semenjak pentadbiran Pas di Kedah, tak ada sesuatu perkara pun yang boleh dibanggakan oleh rakyat Kedah. Apa yang kita dengar, hanyalah salahlaku, salahgunakuasa, tebang balak berlebihan, projek gagal dan juga percemaran alam sekitar yang kritikal.

Begitu juga hal yang berlaku di Dun Sungai Limau. Sebelum Azizan menjadi Menteri Besar Kedah, Azizan menabur janji bagai nak rak dengan gaya ayat, 'kalau Pas memerintah Kedah'. Setiap ceramah, pelbagai janji ditaburkan, kononnya nak menegakkan syiar Islam, nak pejuangkan agama, nak hapuskan maksiat dan bla bla bla lagi janji yang ditaburkan.

Namun selepas Pas memerintah Kedah, janji entah ke mana, cerita lama yang dijanji hilang terus dibuai angin lalu. Menurut cerita dari penduduk Dun Sungai Limau, selepas Azizan jadi MB, nak tengok muka kat Kampung pun dah susah.

Kalau dulu sebelum mengundi, selalu nampak muka. Namun selepas jadi MB, walaupun balik kampung, Azizan agak menjauhkan diri dari orang kampung. Perangai sombong Azizan menjadi buah mulut orang kampung.

Akibat tekanan dengan perangai Azizan yang tak pernah langsung nak membantu orang kampungnya sendiri. Menyebabkan bekas orang kanannya sendiri sudah bosan dengan perangai sombongnya tu. Lalu beralih arah memberi sokongan kepada saingan ketat Azizan iaitu Phahrolrazi.

Punca dari kelemahan Azizan sendirilah menyebabkan Phahrolrazi bergerak 'membiayai' gerakan jatuhkan Azizan di Sungai Limau. Bak kata orang, kalau nak racun pokok tu, biar hingga ke akarnya, biar mati terus. Itulah yang terjadi sekarang.

Mc bukan cakap kosong, kalau tak percaya boleh tanya hal ini kepada penduduk kat sana. Sampai masa Mc akan dedahkan siapa individu yang menjadi ketua pengerak kat sana. Sabar yaa..

Sampai sini sahaja cerita Mc kali ni, nanti Mc sambung lagi cerita pasal Dun Sungai Limau ni. he he.. penentuan hidup dan mati Ustaz Azizan dalam politik Kedah.


McTheory:
Buat suspen sikit.. baru bestt
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...