PISAU.NET

PISAU.NET


Hot! Skandal Tanah Puluhan Juta Ngeh Dan Nga Hanya Satu Permulaan...

Posted: 29 Dec 2012 10:03 AM PST

Kenapa Nik Aziz pada mulanya menafikan pemberian tanah kepada Ngeh dan Nga ,sebelum itu Kenapa terus gelabah . Ngeh terus tuduh PAS tikam belakang apabila isu tanah meletup..


Kenapa Nga berani ugut YB Datuk Hamidah..Kemudian berlaku pula diversi isu .DAP sedar untuk membangkitkan kemarahan umat Islam dan Melayu hanya perlu sentuh isu agama dan juga raja melayu. Karpal pertikaikan pengurniaan darjah kebesaran daripada Istana manakala Guan Eng bangkitkan kembali isu nama Allah..Kenapa pemimpin DAP cemas? Kenapa Anwar cemas?


Apabila disoal mengenai perolehan tanah di Dewan Undangan Negeri Perak..KENAPA NIZAR DIAM MEMBISU? Semua orang tahu Nizar paling champion dalam dewan hentam BN..kenapa kali ini telurnya kecut serupa kurma expired..

Kenapa tiba tiba nak dedahkan video lucah Speaker DUN Perak? Sedangkan gambar kat dalam tu khabarnya tak nampak apa pun..gelap gulita beb..

Kenapa sekarang ini berlaku perbalahan besar didalam DAP..Kenapa PAS begitu takut mengenai isu ini..



Umat Islam pun ditipu oleh PAS guna agama apalah sangat dengan isu tanah.. Rakyat Kelantan harus desak kenapa tanah 10 ribu ekar diberi kepada Ngeh dan Nga.. Adakah sekadar suka suka? Adakah kerana pemberian tanah kepada Upahdaya S/B berdasarkan konsep menang dan menang..

Kenapa Ngeh berbohong kononnya tanah tersebut dibeli menggunakan wang puluhan pelabur didalam syarikat.. Sedangkan terdedah Ngeh dan Nga memiliki hampir 100% saham syarikat bernilai puluhan juta..Kenapa mulanya bohong kemudian terpaksa mengaku?



Kenapa? Mengapa?Sebab apa? 10ribu ekar tanah bukan sikit beb.. orang kampung kat Kelantan yang undi masuk syurga pun belum tentu dapat beb...penyokong PAS diseluruh negara yang berguling atas jalan pun belum tentu dapat seinci tanah.. takkan fisabillah jer kot..Mahfuz dengan Mat Sabu jual air liur satu malam pun RM1-2 ribu beb.. masuk toilet pun kena dua kupang syeikh... :-)

2-3 hari jenuh pergi merata tempat..Pisau nak khabor baru habis lepak dengan orang kuat itu..orang kuat ini..pendek kata serba kuat dalam pakatan lah...panjang lagi cerita ni beb.. pencacai pakatan jangan mencarut sangat kat dalam blog Pisau..nanti korang sendiri pulak yang halalkan kencing sendiri kat atas kubur Nik Aziz...



Pisau kata " bukan habis kat sini..banyak lagi tak keluar yop.. "

KARPAL SINGH TIDAK DIBENARKAN MEMBACA MAKLUMAT DAP PUSAT.

Posted: 29 Dec 2012 05:47 AM PST



Oleh: Lim Fang
 
China Press 27 Disember 2012

BN telah memerintah lebih daripada setengah Abad lamanya, pemimpin DAP asyik tiada jodoh untuk dianugerah pingat kebesaran oleh Kesultanan, apa yang terasa di dalam jiwa mereka, ia seperti tersekat di tengah jalan, semua orang dengan jelas dapat melihat jika tidak dapat direstui oleh pihak kerajaan yang memerintah pasti tidak perlulah asyik mengharapkan untuk dapat menerima anugerah pingat.

 Kehormatan begitu tinggi DAP mungkin kerana perpatah "tidak dapat makan buah anggur kata buah anggur itu masam", dengan itu apabila tidak dapat anugerah pingat mereka berkata itu memang nasib mereka apakan dayanya. Mereka cuba ambil iktibar MCA dan Gerakan semasa menerima anugerah MCA dan Gerakan mengenakan pakaian tradisi, mengejek MCA dan Gerakan tiada kebebasan dan pendirian untuk tonjolkan kelebihan kaum.

Kata-kata seperti itu sewaktu belum mendapat sebarang jawatan menteri, memang benar itu boleh mendatangkan emosi untuk rasa tidak selesa. Kerana sebagai sebuah parti pembangkang pastinya dihimpit oleh parti pemerintah sehingga ke penghujung sempadan, pembangkang dengan alasan tidak mahu terima anugerah pingat menuduh anugerah itu semata-mata berunsurkan kepalsuan, dimana mereka tonjolkan bahawa diri mereka mendekati rakyat. 

Tetapi keadaan politik ada pasang surutnya, dahulu kita mungkin tidak ambil tahu, dimana sebenarnya sikap itu boleh berubah 180 darjah pada bila-bila masa sahaja, sedangkan speaker DAP dan Exco DAP sudah pun dengan gembira sanggup mamakai songkok menerima pingat anugerah.

Selepas Pakatan Rakyat menguasai kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan pada tahun 2008, 2 orang pemimpin DAP Ngeh Koo Ham Pada tahun 2008 dan Nga Kor Ming pada tahun 2010 mendapat pingat bergelar Datuk, menyebabkan selama ini orang-orang dalam DAP yang inginkan mendapat anugerah seperti itu seperti tergigit lidah sendiri, dahulunya sering bercakap bohong kini timbul keraguan dan prasangka pula.

Dalam keadaan dan waktu-waktu begitu tipis untuk mendapat anugerah, apabila ia sudah menjadi kebiasaan dalam buah fikiran, DAP cuba kaitkan "tidak terima sebarang Anugerah" untuk dijadikan sebagai peraturan yang tidak termaktub dan tidak tertulis dalam tradisi mereka, mereka berkata parti berjuang tidak dengan nama dan kedudukan pingat sebagai propaganda dalam perjuangan mereka. 

Walaupun DAP mempunyai pengiktirafan yang kukuh, mereka tidak juga ketepikan dalam polisi mereka, jika perkara mambantah itu secara rasmi diiktiraf dalam parti, ia bermakna sama taraf dengan membelakangi kuasa raja-raja, beban dan tanggungjawab kesalahan seperti ini yang DAP tidak sanggup memikulnya.

Pada masa itu pandangan Karpal Singh begitu tidak setuju terhadap Kor Ming dan Teng mendapat anugerah, tetapi bantahan Karpal Singh tidak memberi sebarang kesan dalam DAP. Sebab itu boleh dikatakan DAP telah memecah rekod dan tradisi DAP, kerana mereka telah membelakangi budaya mereka sendiri.

 Ini membuktikan apabila orang-orang berikan pandangan serong terhadap politik wang dan kedudukan pingat anugerah, selalunya mereka tuding orang lain, apabila tiba pada diri mereka sendiri yang terima anugerah dan mendapat kemewahan, sebaliknya fikiran dan fahaman mereka telah lali dan terpukau.

Isu Karpal Singh membantah kerana ahli DAP menerima pingat anugerah 2 tahun lepas, Karpal masih tidak mahu melupainya, baru-baru ini beliau timbulkan sekali lagi isu lama pingat anugerah kepada Kor Ming dan Teng. Tetapi beliau mendapat tentangan dari Lock Siew Fook iaitu dari kuasa utama parti itu, supaya perkara itu jangan disebut-sebut lagi, kata-kata itu sebaliknya tersirat bermakna jika isu telah dimamah masa, walaupun DAP telah melanggar peraturan, sepatutnya lebih utamakan tidak berlaku perpecahan dan sepatutnya tidak perlu timbulkan isu-isu lama itu lagi

 Dengan itu kes dan isu yang boleh membawa maksud Ngeh Koo Ham yang baru-baru ini yang didedahkan kerana terlibat dengan meluluskan pemberian puluhan ribu ekar tanah kepada bekas menteri besar Perak boleh disorokkan ke bawah karpet, ia juga dianggap berpatutan dan boleh diterima.

Boleh dihina begitu sahaja

Karpal Singh timbulkan semula isu anugerah pingat, jika bukan dari hasil cemburu, ia menunjukkan bahawa orang-orang yang mempertahankan logo lama dalam DAP masih lagi pertahankan fahaman yang begitu kuat, tetapi oleh kerana DAP sudah pernah menikmati keseronokan semasa dan waktu mereka mentadbir kerajaan negeri, dahulunya mereka lontarkan pelbagai kritikan terhadap kerajaan, hari ini apabila mereka berkuasa dan dapat memerintah, selain daripada mereka sendiri jalankan aktiviti-aktiviti rasuah, haram dan penyelewengan, mereka juga boleh perbesarkan isu ataupun mereka juga boleh kecilkan isu-isu.

Memang benar DAP cakap tidak serupa bikin, isu Tunku Abdul Aziz yang meletakkan jawatan timbalan pengerusi DAP, baru-baru ini mendedahkan penyelewengan parti serta bersikap kepentingan diri masing-masing secara peribadi dalam parti DAP, menyebabkan slogan telus dan bersih selama ini yang ditonjolkan DAP terjejas dengan sendirinya. 

Dimana Lim Guan Eng yang selama ini suka mengorek dan membongkar apa sahaja isu, bagi tuduhan-tuduhan kepada DAP yang dibuat sekarang ini beliau cuba mengelak untuk menjawab. Meletakkan DAP masih lagi suci dan tidak terusik, kenapa Lim Guan Eng masih berdiam diri tidak hadapkan mereka yang bersalah ke mahkamah ataupun tidak tuduh mereka?

Jika dilihat dari segi kepentingan DAP, Karpal Singh sendiri ada kesilapan kerana berani bercakap dan mengkritik lantang secara berdepan terhadap DAP, beliau dedahkan rahsia DAP di sidang media yang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja oleh DAP. Bagi Ngeh Koo Ham, beliau telah pun memaklumkan kepada majlis teritinggi pusat berkaitan isu tanah dengan bekas menteri besar Perak itu melalui email, mungkin hanya Karpal Singh seorang sahaja yang tidak tahu. 

Karpal Singh sebagai timbalan pengerusi parti namun bukan seorang yang dibenarkan untuk membaca maklumat dalam email parti pusat, sedangkan majlis tertinggi pusat parti itu adalah penggerak kepada kekuatan untuk DAP dalam menangani isu serta sebagai tampuk kepimpinan treating parti, namun Karpal Singh tidak dilibatkan, bukankah ini menyebabkan orang ramai rasa terkejut dan persangka buruk.

Terjemahan:
Doreen Ng Abdullah

Mesyuarat Khas 2010 : PAS Sokong Kalimah Allah Beri Pada Kristian ?

Posted: 28 Dec 2012 10:06 PM PST

AIDCNews – 28/12/12 – Ketua Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mendakwa semua kompenan PR termasuk PAS telah bersetuju memberikan kalimah Allah kepada penganut Kristian dalam mesyuarat khas pada tahun 2010.


"Isu ini telah diselesaikan. Kami bukan sahaja telah mengadakan mesyuarat tetapi membahaskan dalam perbincangan mengenai subjek ini, dan merujuk kepada teks, termasuk teks Al-Quran.
"Kini ia telah ditimbulkan semula, ia akan memerlukan mesyuarat segera," katanya seperti dilapor Malaysiakini.



Portal itu turut mendakwa pada mesyuarat khas 2010, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut bersetuju membenarkan kalimah Allah kepada Kristian sebagai menghormati prinsip kebebasan beragama dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.


Menurut laporan Agendadaily, pada malam Isnin, 4 Januari 2010, Lajnah Politik PAS Pusat telah bermesyuarat lebih dua jam di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur untuk membincangkan satu agenda sahaja iaitu 'Penggunaan nama Allah'.


Mesyuarat itu disertai oleh 25 orang pemimpin termasuk Ahli Parlimen Shah Alam Abdul Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkefly Ahmad.
Hadir sama mempengerusikan mesyuarat tersebut Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama-sama Timbalan Presiden PAS Nasharruddin Mat Isa, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan dua orang Naib Presiden, Salahuddin Ayub serta Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi dan dibacakan oleh Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad :


Pas sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.


Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.
Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.
Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.


Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.


Pas memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.


"Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah".


PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.
PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Sementara itu pada tahun sama, blog drhalimahali turut melaporkan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin dan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menyokong penggunaan nama Allah oleh penganut agama Kristian.

Pisau kata "jika pimpinan pusat PAS dah bersetuju apahal Mustapha Ali dan Tuan Ibrahim marah marah kat Guan Eng? Satu lagi produksi wayang haprak pakatan"

Jangan Babitkan PAS Berdemo Bantah Guan Eng - Salleh Man

Posted: 28 Dec 2012 04:30 PM PST

PAS Pulau Pinang melalui pesuruhjaya negeri Salleh Man menafikan terlibat dalam demo membantah Lim Guan Eng dan DAP yang berkaitan isu penggunaan nama Allah.Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Harakah lidah bercabang rasmi khawarij PAS,beliau tidak tahu menahu mengenai demo tersebut malah tidak akan sama sekali berdemo sebegitu rupa..

Mana mungkin PAS negeri Pulau Pinang terlibat membantah Lim Guan Eng! Nak mampus! Sudahlah jawatan YDP MAIPP pun diberi atas ehsan Guan Eng inikan pula nak bantah big boss..
Hormatlah khalifah kita!
Penafian Salleh Man dan PAS Negeri Pulau Pinang ada benarnya,kita harus memikirkan baik buruk kesannya jika PAS terlibat berdemo membantah Guan Eng.PAS Pulau Pinang harus walaq demi menyahut tahaluf siyasi yang dipegang oleh kepimpinan PAS Pusat.

Cuba bayangkan Salleh Man atau Ketua Pemuda PAS Negeri Yusni Mat Piah atau Roshidi bertempik diatas jalan..sudah pasti pangkat mereka sebagai suruhan,tunggangan dan tukang salak rasmi tokong akan digugurkan.. Kedudukan mulia ini harus dipertahankan ..Tokong DAP harus dijunjung demi survival politik PAS..

Salleh Man sebagai YDP MAIPP sudah pasti akan menjunjung kasih Khalifah Joseph Lim dalam ketaatan yang tak berbelah bagi. Pihak yang membantah di Komtar kelmarin ternyata telah menghina PAS dengan membawa bendera parti.


Pisau menyeru kepada pihak yang membawa bendera PAS selepas ini jangan sesekali mempermainkan tahaluf siyasi dan walaq PAS kepada tokong khalifah Joseph Lim Guan Eng. PAS harus pertahankan Lim Guan Eng demi perjuangan mereka yang mahukan Putrajaya.

Pisau kata " teringat pulak Salleh Salon"


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...