Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


KELAKAR!! Lawak Guling-Guling Tengok Pakcik Ni Eskalator!!

Posted: 29 Dec 2012 10:17 AM PST


Bukan niat nak mempersendakan, tetapi kelakar bila tengok orang tua ni terkial-kial nak naik eskalator. Moralnya, jangan biarkan orang tua anda macam pakcik ni, nanti dipermainkan orang.

Sekian terima kasih.. hehe.. haha..

GEMPAR!! V For Vendetta KECAM Pakatan Haram dan Anwar Ibrahim!!

Posted: 29 Dec 2012 07:17 AM PST


1. Video parody V For Vendetta ini telah diupload ke Channel YouTube Politik Tongong.

2. Nampaknya sudah ada perkumpulan baru yang muncul di arena media baru yang menggunakan nama Politik Tongong.

3. Dengar katanya akan muncul episod pertama Politik Tongong dalam masa akan datang.

4. Sama-sama kita nantikan.

5. Anda boleh layari FanPage facebook mereka di facebook/politiktongong2012 ataupun di twitter dengan @PolitikTongong.

GEMPAR!! Mogok Lapar Lynas, Sanggup Anak Mati Demi Pakatan Haram Jadah!! #KL112

Posted: 29 Dec 2012 04:38 AM PST



Sayu rasa hati apabila melihat ada manusia yang tidak berhati perut mengheret anak-anak mereka untuk bersama-sama mogok lapar. Bawak anak berdemo dengan menyeksa mereka mereka tidur diluar bukanlah satu benda yang bijak.


Sepatutnya ibubapa perlu membuatkan anak mereka selesa tidur di rumah tapi kerana hasutan dan pemikiran cetek, mereka sanggup biar anak tak mandi semua. Pada Mc jika yang nak datang buat mogok lapar tu, tolong jangan babitkan anak-anak.

Nak jadi bodoh biar sendiri-sendiri. Kesianlah sikit kepada anak-anak tu. Tak ada akal betul. Ini Mc nak kongsi dengan rakyat Malaysia, tahap mentaliti mereka yang terlibat dalam mogok lapar tersebut sebenarnya bukanlah datang daripada golongan pejuang rakyat tetapi mereka sebenarnya adalah golongan manusia yang pentingkan diri sendiri.

Kejam dan tak berhati perut langsung! Rakyat Malaysia nak sokong ke puak-puak yang sanggup seksa anak sendiri? Mereka ini sebenarnya sudah boleh dikatakan sebagai pendera!

Mc sokong kata-kata dari Keris7Lok, memang puak ni bangang, sanggup bunuh anak semata-mata pejuangan politik!

McTheory:
Bangsat betul puak bodoh ni

PANASS!! Demo Mogok Lapar Lynas Bukti Pakatan Makin Teruk!!

Posted: 29 Dec 2012 01:16 AM PST


Kumpulan Himpunan Hijau anti Lynas meneruskan rancangan mereka untuk mogok lapar di Dataran Merdeka selama 100 jam bermula pada jam 8.00 malam 27 Disember dan dijangka tamat pada 12 tengahari, 1 Januari 2013. Laporan jam 8.00 semalam, mendapati terdapat tidak sampai pun 20 orang yang tiba di 'tempat kejadian'.

Sebelum itu, kita harus faham bahawa mereka ini hanya mogok lapar tetapi tidak mogok dahaga kerana mereka tidak sanggup mati dalam 'perjuangan' ini.

Acara kemuncak mogok ini ialah pada 31 Disember di mana 10,000 kereta dan motorsikal dijangka akan menyertai mereka. Protes dicadangkan bermula di Markas Tarbiyah PAS di Taman Melewar Gombak, seterusnya di Markas PAS Chegar Mendang di Bentong sebelum menuju ke Gebeng. Pemimpin-pemimpin PR juga akan berucap dan berceramah politik bagi memeriahkan lagi protes tersebut.

Mengikut laporan hari ini iaitu 28hb Disember, terdapat lebih kurang 60 orang ahli kumpulan ini telah 'membanjiri' Dataran Merdeka setakat ini. Kebanyakannya adalah anak-anak Cina DAP yang sama ada bermasalah memahami bahasa Malaysia atau Inggeris iaitu bahasa yang digunakan dalam laporan kajian pihak berkuasa atom dan nuklear antarabangsa, atau sekadar bermasalah otak lembab untuk memahami fakta sains.

Selain itu, terdapat juga seorang anak Melayu, pendemo tersohor yang malas belajar dan enggan membayar hutang iaitu, Adam Adli. Turut kelihatan ialah seorang dua balaci DAP paling setia dari Unit Amal PAS.

Jika diambil kira S.B dan media, jumlah sebenar yang hadir mungkin hanya sekitar 30 orang sahaja.

Walaupun jumlah ini dijangka meningkat menjelang acara kemuncak, namun ia tetap merupakan satu 'setback' atau permulaan yang buruk bagi satu program yang disokong atau lebih tepat didalangi pembangkang dari tiga parti yang cukup terkenal dengan tenaga demonstrasi yang ramai lagi bersemangat waja.

Protes secara mogok lapar jarang dilakukan di Malaysia apatah lagi disertai oleh golongan muda, iaitu semuda 14 tahun, menurut dakwaan pihak penganjur. Oleh itu, kita menjangkakan satu permulaan yang menggegarkan dengan kehadiran ramai penyokong-penyokong pembangkang untuk memberi semangat kepada mereka.

Namun, seperti laporan di atas, protes ini telah bermula dengan hambar sekali sehingga kelihatan agak menggelikan hati. Lebih-lebih lagi jika melihatnya dari segi fakta di mana apa yang diprotes mereka adalah tidak relevan sama sekali kerana Lynas telah terbukti secara saintifik sebagai selamat dan tidak membawa mudarat kepada manusia mahupun alam sekitar.

Hakikatnya, selain dari beberapa orang yang memimpin Himpunan Hijau yang telah diberi peluang mengemukakan hujah di mahkamah dan mendapat maklumat terperinci mengenai Lynas, yang lain-lainnya langsung tidak tahu apa-apa mengenai apa yang diprotes mereka.

Mereka dilihat terkial-kial menjawab soalan mengenai Lynas mahupun radioaktif. Seperti juga hujah ketua mereka yang dibakul-sampahkan oleh mahkamah kerana tidak punya fakta khusus mengenai Lynas melainkan pendapat dan gambaran mengenai kesan radioaktif secara am, begitulah juga jawapan yang diberi oleh peserta protes ini, malah jauh lebih dangkal lagi.

Kerana itulah kita melihat tindakan mereka bermogok lapar atau berjalan kaki dari Kuantan yang dilakukan mereka sebelum ini, sebagai satu tindakan bodoh piang.

Jelas, mereka telah diperbodohkan oleh pembangkang yang terdesak mencari isu sehingga menjadikan Lynas sebagai isu politik. Mereka juga telah diperbodohkan oleh pihak asing yang ingin melihat kerajaan tumbang. Selain itu, mereka juga telah diperbodohkan oleh pihak yang berkepentingan sampingan dari segi perniagaan, dalam memastikan Lynas ditutup. Inikah puak yang merasakan mereka lebih bijak dari orang lain dan bercakap mengenai 'regime change'?

Dari satu sudut lain pula, hakikat bahawa Lynas amat berpotensi berdaya maju dan diterajui ahli perniagaan professional Melayu yang punya jati diri yang kuat juga, tidak wajar diketepikan. Oleh itu, nisbah kaum dalam Himpunan Hijau yang menunjukkan hampir 100% peserta adalah kaum Cina perlu diambilkira untuk membuktikan adanya sesuatu yang tidak kena dengan agenda sebenar penentangan terhadap Lynas.

Apapun, permulaan protes yang hambar adalah petanda jelas dari rakyat kepada Pakatan Rakyat iaitu demonstrasi untuk memburukkan kerajaan adalah kerja orang-orang bodoh yang dilakukan atas arahan pemimpin-pemimpin yang bodoh juga.

Ini kerana pemimpin yang bijak tidak akan 'menyiksa' rakyat berjalan kaki dari jauh, menahan lapar berpanas berhujan dan menghadapi risiko cedera atau tertangkap serta tergadai masa depan semata-mata untuk menang pilihanraya. Sebaliknya, pemimpin yang bijak akan menjaga kawasan politiknya serta negeri jajahannya dengan sebaik mungkin untuk memastikan rakyat mengundi mereka.

Nampaknya, dalam usaha puak-puak bodoh Himpunan Hijau menghancurkan Lynas, Pakatan Rakyat telah pun hancur terlebih dahulu.



HOT! #IsuAirSgor LUAS Suruh Rakyat Selangor Minum Air Najis dan Air Lombong!!

Posted: 28 Dec 2012 10:17 PM PST


Baru-baru ni Haji Md. Khairi Bin Selamat, Pengarah Lembaga Urus Air Selangor. Mengeluarkan kenyataannya yang agak lawak bagi Mc. Kenyataannya yang mahu mengumpulkan segala air di Selangor bagi menampung sebarang kekurangan air di Selangor kelak.

Katanya Selangor boleh simpan 40% daripada jumlah air larian hujan dan air yang tidak terpakai dan terbuang, maksud air terbuang, seperti air lombong, air kolam takungan banjir dan lain-lain lagi. Pengarah LUAS memberi cadangan untuk mengumpul semua air-air itu untuk diproses dan digunakan oleh rakyat Selangor.

Khairi kata, kalau dikumpul air di Selangor ni, ianya boleh tahan sampai 2030. Pehh.. betul ke?

Mc rasa cadangan yang pengarah LUAS tu berikan teramatlah lawak dan tak masuk akal. Contohnya seperti air lombong dan takungan banjir. Jika rancangan tersebut dilaksanakan, itu bermakna Selangor perlu membuat loji air dan paip sebaran disetiap lombong dan takungan banjir tersebut.

Bukankah itu lebih mengeluarkan kos yang banyak berbanding membuat Langat 2. Malah cadangan yang dikeluarkan oleh Pengarah LUAS perlu dikaji lebih teliti kerana air lombong dan takungan banjir boleh dikategorikan sebagai air yang tidak bersih.

Cuba bayangkan bagaimana LUAS mahu merawat air yang tidak bersih malah tidak sesuai untuk kegunaan harian? Nak guna teknologi membran? Atau teknologi penapisan seperti mana Singapura menapis air new water? Jika salah satu diguna, ia akan mengeluarkan kos yang sangat besar. Apakah cadangan tersebut relevan?

Kedua-dua teknologi diatas selalunya digunakan oleh negara yang tidak mempunyai pilihan lain untuk tambahkan air. Lalu penapisan yang mahal digunakan, kedua-dua penapis tu, boleh menapis semua air, hatta air loji najis sekalipun. Tapi sanggup ke rakyat Selangor minum tapisan dari loji najis?

Apa punya bebal la cadangan dari LUAS ni. Sejak Khalid puji LUAS ni bagus, rasanya makin teruk prestasi LUAS ni. Komplain sana-sini, pemantauan air di Selangor kononnya dilakukan oleh LUAS, tapi yang kerja lebih, tetap SYABAS.

Sekarang ni Pengarahnya buat cerita pandai, nak kutip air diserata Selangor. Bernas ke cadangan tu? Kerajaan Pusat dah bagi plan untuk ambil air tambahan dari Langat 2. Tapi LUAS nak suruh rakyat Selangor minum air tapisan loji najis dan lombong pulak.

Air yang elok dok ada, tapi nak suruh orang minum air najis buat apa? Teringin juga Mc nak tau pendapat rakyat Selangor. Nak ke guna dan minum air dari segala sumber yang kita belum tahu kebersihannya?

Paling senang, nak ke korang minum air dari loji najis? yeakk..

Agaknya terpaksa kot sebab Khalid Gagap pernah cakap sanggup tunggu 100 tahun selagi tak dapat buat penstrukturan semula..  Kalau Khalid nak tunggu, biarlah dia tunggu, tapi rasanya rakyat Selangor tak sanggup…


Hah!!! Pengguna Subang Jaya dan Shah Alam dah bersuara Khalid hoiii!!  Apa tunggu lagi …
 
McTheory:
Suruh Khalid dan Ronnie pakai dulu air tu, kita tengok sanggup tak!!

PANASS!! Dr Asri Kecam Pas Kedah Arak Bertimbun di Langkawi!! #TukarKedah

Posted: 28 Dec 2012 07:36 PM PST



Dr Asri terkejut bila melihat Langkawi, walaupun dah tukar kerajaan, namun arak masih dijual bertimbun-timbun. Apakah Dr Asri harapkan perubahan?

Mc nak habaq la kat Dr Asri dan rakyat Malaysia yang lain, takdak sebarang perubahan pun yang Pas lakukan kat Langkawi. Dari segi zahiriah atau rohaniah semuanya takdak, yang ada hanyalah perubahan nama, 'Langkawi Permata Kedah' itu saja la yang ditukar.

Dr Asri nak harap apa kat Pas Kedah ni? Kerajaan Kedah menjadi lebih ISLAMIK berbanding UMNO/BN dahulu? Harap maaf la.. takdak apa yang Pas Kedah buat untuk kemajuan Islam di Kedah. Yang ada hanya kelab malam yang tumbuh bagai cendawan lepas dari hujan.

Mungkin Dr Asri hanya fokus Langkawi, itu baru Langkawi, belum lagi yang lain. Takdak perubahan kearah kebaikan langsung, kearah kemungkaran banyak la.

Paling berubah ialah balak di Kedah semakin kurang, dan sumber air dah tercemar. Itu paling nyata!!

Bab Islam, ceramah politik lebih banyak dari ceramah agama.

Jadi memang tak berguna la.

McTheory:
Allah dah tunjuk sebenarnya Pas lebih teruk dari UMNO, ini hakikatnya!!

PANASS!! Pengarah Jabatan Hutan Kedah Ada Syer Tebang Balak Dengan MB Kedah Ka? #TukarKedah

Posted: 28 Dec 2012 05:25 PM PST


Makin lama makin dahsyat puak ni buat projek sapu bersih balak kat Kedah ni. Azizan dan konco-konconya buat penebangan balak ni serupa mak bapak dorang yang punya.

Medan Tempur Kedah membongkarkan rahsia, apabila Azizan disoal mengenai balak Gunung Inas yang tak dapat kelulusan JAS.

Inilah jawapan rakus Azizan untuk selamatkan duit poket Pas dari disekat oleh pihak JAS. Walaupun laporan EIA belum diluluskan Azizan tetap akan meneruskan projek mengondolkan HUTAN.

Azizan berkata projek pembalakkan di Gunung Inas dan di sekitar tasik Pedu tidak akan dikorbankan semata mata untuk menunggu laporan EIA yang baru siap...

Sebaliknya Azizan menyalahkan tafsiran JAS dan Jabatan Hutan yang mengelirukan ..Tafsiran mengikut JAS 250 meter ke atas dari paras laut manakala Jabatan Perhutanan menetapkan 750 meter.

Jadi untuk tidak mengelirukan, Azizan mengambil jalan mudah iaitu " Tebang Saja Balak Itu " mana mana tafsiran pun boleh asalkan dapat wang..

Mudah saja jawapan Azizan, dia buat hutan kat Kedah ni macam hak adik bradik puak Pas..Aku difahamkan projek ni rupanya diluluskan oleh semua Exco kerajaan Pas Kedah..Tetapi kalau ada berlakunya bencana, pengarah hutan negeri Kedah kata jangan salah kerajaan negeri sebaliknya salahkan pemaju..

Pulak dah !! Bukan PKNK ka yang dapat projek ni ? PKNK bukan bawah kerajaan negeri ka ?? 3 nama teratas dalam senarai Ahli PKNK Azizan, Phahrolrazi dan Amiruddin sapa mangkaq 3 ekoq ni..?? Bukan ka depa ni MB dan Exco Kerajaan Negeri Kedah ??

Jangan buat lawak la Pengarah Hutan oii..


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mendakwa pihaknya tidak akan 'mengorbankan' projek kerajaan negeri semata-mata untuk menunggu laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) yang baru siap.

Ini kerana menurut beliau aktiviti pembalakan di Gunung Inas dan Pedu telah bermula selain mendakwa projek tersebut mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan persekutuan.

"Kalau sebab EIA, mereka buat lambat dulu. Takkan kerana EIA lambat, kita pun nak korban kita punya projek kerajaan," katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Azizan selain itu memberi alasan bahawa projek tersebut bertujuan membantu rakyat miskin dan tidak menjejaskan Tasik Pedu.

Justeru menurut Azizan kerajaan negeri bertekad untuk meneruskan aktiviti pembalakan di kedua-dua kawasan berkenaan walaupun Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengarahkan semua kegiatan itu dihentikan serta-merta.

Beliau mendakwa projek tanaman agro pelancongan di Pedu yang sedang berjalan dengan penanaman buah mempelam hanya mengalami kesalahan teknikal yang berkaitan dengan tafsiran ketinggian tanah dari paras laut yang berbeza oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perhutanan.

Tafsiran mengikut JAS 250 meter ke atas dari paras laut manakala Jabatan Perhutanan menetapkan 750 meter.

"Jadi saya pakai mana satu pun saya betul. Ini bukan masalah pembalakan tapi masalah pembangunan," ujarnya.

PAS Kedah sebelum ini dilaporkan menjalankan aktiviti penerokaan hutan di Gunung Inas untuk memajukan 5,000 hektar tanah bagi pelaksanaan projek Ladang Sejahtera manakala lebih 400 hektar tanah hutan di sekitar Tasik Pedu diteroka bagi tujuan projek pelancongan.

Ditanya mengenai kemungkinan kerajaan negeri akan didakwa berhubung aktiviti penebangan balak berkenaan, Azizan berkata hutan adalah hak negeri.

"Dakwalah, kita tengok dakwa esok macam mana. Hutan hak negeri," tegasnya.

Dah lama Mc perhatikan Jabatan Hutan dan Pejabat Tanah kat Kedah ni. Bila kita minta detail berapa hektar tanah yang telah ditebang oleh Kerajaan Negeri Kedah, Jabatan Hutan atau Pejabat Tanah langsung tak peduli. Kami TMK dah buat siasatan, mengenai perkara ini, malah kami akan bongkar siapa disebalik Jabatan Hutan dan Pejabat Tanah.

Ini dua jabatan tarak guna punya!! Sudah kena bayar!! Masing-masing nak poket kembung, rakyat depa sepak tepi!


McTheory:
Hangpa tunggu aku londeh hangpa dua ekor nanti!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...