PISAU.NET

PISAU.NET


The Great DAP Diversions

Posted: 28 Dec 2012 06:30 AM PST

Nga Kor Meng facing the assembly alone

ABITW - DAP was feeling the heat from the results of DAP's party election for the top 20 Central Committee when not a single representative from the majority race in the country, Malay made it.

Only the Punjabi father and son and an Indian were the non-Chinese managed to squeeked through. They were accused of being hypocritical in their claim of Malaysian Malaysia or Middle Malaysia because the results reflected the deeply rooted Chinese chauvinist sentiment among the delegates.

Subsequently the CEC or perhaps the Secretary General annnounced the 10 appointed CEC members and positions in the party.

Malay corrupt

'Cocky, Arrogant and Tokong' with his Malay appointee and fake Malay appointee

It could have been was not used to balance the differences. But no, only token representation was made. The highest receiving votes amongst the Malays, Prof Ariffin Omar was appointed and also appointed as one of the three Vice Chairman.

There is one pretending to be Malay, Zairil Khir Johari and because assistant to Tony Pua on publicity, one non-Chinese from Sabah and another non-Chinese from Sarawak

The issue remain hot and DAP created a diversion to have their lapdog Malay, Prof Ariffin cause an uproar by saying high level of corruption in Government because of domination of Malays.

That got the mainstream media, blogosphere and social media diverted from an issue that had DAP feeling hot under the collar to a rhetorical issue that had no ending.

It also served DAP to prep up the public to their plan to reduce government sector if Pakatan Rakyat ever takeover government.

Land for MB scandal

Usually it is one issue to divert another issue. But in another more explosive revelation on DAP, they had three issues going on concurrently to diffuse this new revelation at the Perak State Assembly.

In a revelation by blogger Pisau [read here] on December 17th, a company, Upadaya Plantation Sd Bhd, wholly owned by DAP Perak's nasty cousins - Parlimentarian for beruas and State Assemblyman for Setiawan, Dato Ngeh Koo Ham and Parliamentarian for Taiping and State Assemblyman for Pantai Rremis, Nga Kor Meng - were given 10,526 acre land in Kelantan.

Read More Click Here

Video: Mesti Unli Kita,Ubah Roket Style

Posted: 28 Dec 2012 04:30 AM PST





Pisau kata "talak unli DAP masuk nelaka..."

Kalimah Allah: PAS Pasti Akan Akur Dengan Tokong Lim

Posted: 28 Dec 2012 02:14 AM PST



DAP sekali lagi memainkan isu kalimah Allah untuk digunakan di dalam kitab Injil Kristian.   Isu hampir sama pernah menjadi hangat ketika Pilihanraya Sarawak di mana PAS bersetuju untuk membenarkan Injil dicetak dalam Bahasa Melayu.  Isu ini dikatakan sama kerana kedua-duanya bertujuan untuk menyebar Kristian di kalangan orang-orang Melayu Islam. 

Memandangkan PAS telah pun bersetuju dengan Injil berbahasa Melayu, maka kita tidak hairan jika PAS juga akan akhirnya bersetuju dengan DAP agar kalimah Allah digunakan oleh Kristian mahupun agama lain bagi memastikan Tokong mereka iaitu Lim Guan Eng gembira.  Walaubagaimanapun, seperti biasa, sebelum bersetuju, PAS akan terlebih dahulu bersandiwara dengan berpura-pura menentangnya. 

Sandiwara menentang cadangan DAP ini penting bagi membeli masa sebelum pilihanraya bagi melenyapkan isu Amanat Hadi, Tanah Kelantan, Balak Kedah, Air Selangor dan lain-lain lagi yang amat menyesakkan dada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Namun, sandiwara yang pengakhirannya sudah dijangka amatlah membosankan dan seeloknya, PAS dan DAP hentikanlah saja lakonan mereka. 

Ini kerana semua orang sudah sedia maklum bahawa di akhir sandiwara ini, PAS tetap akan akur kepada kehendak Tokong Lim DAP.   Lagipun, kenapa pula kali ini PAS ingin menentang penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Injil sedangkan Presiden PAS sendiri pernah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 5 Januari 2010, yang membenarkannya. 

Kenyataan ini boleh dilayari di laman rasmi PAS seperti di bawah:
http://pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=2603:kenyataan-rasmi-presiden-pas-mengenai-isu-kalimah-allah-&catid=20:kenyataan-rasmi&Itemid=99


Antara petikan kenyataan rasmi Presiden PAS tersebut ialah:  

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Tetapi, hari ini apabila Tokong Lim membangkitkan isu ini sekali lagi dalam perutusan Krismasnya, beliau ditempelak pula oleh Ahli Majlis Syura Ulama PAS yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi, sebagai mengelirukan umat Islam di negara ini.   Katanya, PAS mengambil pendirian seperti diputuskan Majlis Syura parti sebelum ini, tidak bersetuju dengan desakan mana-mana pihak berhubung isu berkenaan.

Apa ceritanya ini?  Apakah Majlis Syura PAS tidak sependapat dengan Presiden PAS? 

Jika benar, nampaknya Presiden PAS mungkin bersendirian dalam menyokong Tokong Lim kerana dalam satu laporan di Harakah (http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_ content&task=view&id=019648&Itemid=96), Nik Aziz juga telah menafikan yang beliau menyokong penggunaan nama Allah oleh bukan Islam itu sepertimana yang dilaporkan oleh media perdana.  Antara petikan kenyataan di Harakah yang dibuat oleh Setiausaha Politik beliau, Anual Bakri Harun adalah seperti berikut:   


Wartawan silap memahami apa yang disebut Menteri Besar (Nik Aziz) kerana perkataan Allah hanya boleh digunakan bagi mereka yang telah menerima Islam.  Bagi memahami konteks yang disebut Menteri Besar dengan lebih jelas kita kena memahami maksud surah Al Ikhlas iaitu Katakanlah (ya Muhammad), Dialah Allah yang Maha Esa, Allah yang dituju (meminta hajat). Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada satu pun yang menyerupaiNya.  Oleh itu jelaslah nama Allah hanya wajar digunakan bagi mereka yang telah beriman dan tidak boleh menyalahi sifat 99 namaNya, kata beliau di sini.

Namun, carian seterusnya menemui yang sebaliknya di mana pada 21 Januari 2010, Nik Aziz pernah membuat kenyataan seperti berikut yang disiarkan oleh Harakah juga: 

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tiada halangan bagi masyarakat bukan Islam negeri itu menggunakan kalimah Allah, baik dalam pertuturan maupun dalam buku-buku agama mereka.


Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, kerajaan negeri tidak bercadang mengikut jejak negeri-negeri lain melarang kalimah Allah digunakan orang bukan Islam.  Keputusan ini diambil memandangkan keadaan di negeri ini memperlihatkan keharmonian antara kaum yang terjalin erat.


Nik Aziz kemudian menjelaskan bahawa beliau bermaksud yang beliau hanya bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain selagi tidak membawa kemudaratan kepada Islam, serta keadaan di Kelantan yang harmoni telah membolehkan ianya dibenarkan.


Untuk Nik Aziz, Hadi Awang, Majlis Syura PAS dan orang-orang PAS keseluruhannya, penulis ingin berpesan agar hentikanlah memberi alasan dan memutar-belit kenyataan sendiri kerana ia tidak membawa apa-apa makna selain menghabiskan air liur sahaja.  Ini kerana semua orang sedia maklum yang PAS tetap akan akur kepada ajaran Tokong Lim sahaja. 


Tidak perlu menafikan perkara ini kerana buktinya sudah terlalu banyak, iaitu kes pusat sembelihan di Kedah, kes arak di Selangor, kes judi di Kelantan, kes Injil dalam Bahasa Melayu, kes Kelab Malam Voyage di Selangor, kes penutupan pusat hiburan di bulan puasa di Kedah, kes Salon di Kelantan dan yang paling dahsyat ialah kes murtad di Selangor di mana kesemuanya menyaksikan PAS sujud kepada kemahuan dan arahan Tokong DAP. 


Justeru, apa bezanya dengan kes kalimah Allah ini?  Presiden PAS sudah pun membuat kenyataan rasmi sejak awal lagi yang beliau tiada halangan bagi agama Kristian menggunakan nama Allah dalam bahan keagamaan mereka.   Jika Presiden sendiri sudah membuat kenyataan rasmi, kenapa masih perlu bersandiwara?  Tiada apa-apa yang perlu dikelirukan atau didebatkan lagi mengenai pendirian PAS dalam isu ini kerana pendirian PAS adalah tertakluk kepada pendirian DAP. 


Satu-satunya perkara yang mugnkin mengelirukan di sini ialah dalam memahami motif atau signifikannya bagi Tokong Lim atau DAP untuk memperjuangkan penggunaan kalimah Allah dalam bahan keagamaan Kristian.  Ramai yang hairan tentang kenapa nama Allah perlu dijadikan isu?  Kenapa nama Allah juga yang diinginkan mereka?  Kenapa bukan nama lain?  Kenapa sekarang?  Kenapa?  


Apakah tanpa penggunaan nama Allah, maka ajaran Kristian akan terjejas?   Selama ini apakah nama yang digunakan oleh orang-orang Kristian di Malaysia untuk merujuk kepada Tuhan yang berkenaan?   Apakah Tokong Lim  boleh memberi jawapannya? Atau apakah Nik Aziz dan Hadi Awang ingin menjawab bagi pihak Tokong Lim?

Live!Demo Bantahan Guna Nama Allah

Posted: 27 Dec 2012 11:17 PM PST

Sekarang ini sekumpulan umat Islam terdiri daripada Ahli PAS,Umno dan beberapa NGO mengadakan bantahan terhadap Lim Guan Eng yang menjadi pelampau meniup kebencian agama terhadap penganut agama Kristian.

Apa yang Pisau dapat lihat ketika ini hanya beberapa orang penyokong Ustaz Hafiz Nordin bekas ketua pemuda PAS dan para pengikutnya yang konsisten melawan Lim Guan Eng dalam isu nama Allah.Yang berjawatan seperti Ketua Pemuda PAS Negeri Yusni Mat Piah seperti biasa akan mendiamkan diri kerana walaq kepada khalifah mereka.

Sebaik saja selesai solat Jumaat di Masjid simpang 6 berhampiran Komtar mereka berkumpul dan hampir 200 orang berarak ke Komtar.






Pisau kata " Pemimpin PAS berjawatan semua walaq takut tegur Guan Eng"

Apa Erti PAS Pertahankan Allah Apabila Guan Eng Makan Angin

Posted: 27 Dec 2012 04:30 PM PST

Selepas puas menghabiskan masa di Australia:klik sini sekembalinya ketua menteri regim DAP ke Pulau Pinang tidak disia-siakan. Seperti yang semua orang tahu Guan Eng tidak akan senang duduk melihat jika kedudukan DAP tergugat maka sentimen kebencian agama dan rasis akan dimainkan.


Nah..isu yang panas 2010 mengenai penggunaan nama Allah dikitar semula.Kita semua tahu Guan Eng dan DAP menggunakan isu ini ketika berkempen di pilihanraya negeri Sarawak. Pisau menulis artikel mengenai  DAP Ekstremis Kristian, Anti Buddha,Perkuda Islam.4 hari kemudian Guan Eng mengeluarkan mengenai penggunaan nama Allah. Seperti yang sudah dijangka isu ini akan dipanaskan kembali demi kelangsungan kuasa DAP maka yang menjadi salah satu hot list untuk kempen politik.


Dalam isu ini apa lagi yang boleh kita harapkan daripada PAS. Kita semua tahu sebelum ini khawarij bersetuju malah Nik Aziz sendiri menyokong dan memberi dalil 2 kupang demi pertahankan DAP dan Guan Eng.


Hari ini ada 2 -3 ekor pemimpin PAS berlagak seperti pejuang agama,pejuang kesucian Islam mempertahankan nama Allah? Apa ertinya PAS yang melacurkan nama Allah bersungguh pertahankan kehendak DAP kemudian sekarang ini menyeringai kemarahan. Betul marah atau sekadar satu lagi lelucon hujung minggu..


Apakah 2-3 ekor pemimpin PAS ini tidak takut dengan batuk Guan Eng dan Karpal? Pengalaman demam 3 hari yang dilalui oleh Nasharudin Tantawi akibat terkena sampukan dek terkejut bunyi batuk Karpal harus diambil iktibar.

Satu lagi..bukankah PAS menyokong Nurul Izzah yang perjuangankan pluralisme dan liberal hingga membolehkan umat Islam dan melayu untuk murtad.Bukankah seruan Guan Eng ini adalah roadmap kearah itu.. jadi apa hal terhegeh hegeh mau pertahankan nama Allah?


Pihak seperti Hasan Ali,Ismail Mina,Fathul Bari ,Umno dan Ngo Ngo diperlekehkan apabila mempertahankan nama Allah,dianjing kurapkan apabila bangkit marahkan Nurul Izzah..

Isu nama Allah tidak akan berhenti di sini saja..noktahnya hanya orang seperti anda yang tidak mahu melihat maruah agama dilacur dan dihina ,haprak haprak ini harus diajar melalui peti undi.. kuasa ditangan anda...tak guna membantah sana sini tapi kita tidak bersama sama menjatuhkan pakatan ahzab yang sekarang ini berleluasa bebas tanpa ada had..

Oh ya.. Selepas Guan Eng ludah ke muka umat Islam...tak puas berhabis di Australia..2 hari lepas khalifah kesayangan PAS dah terbang ke Hong Kong pula bersama seluruh anggota keluarganya sekali lagi.. makan angin dan bersenang lenang kerana beliau tahu..para anjing belaannya di tanah air seperti PAS dan PKR akan menjalankan tugas dengan baik..


Pisau kata " Selepas dokumen Ngeh dan Nga.. siapa pulak lepas ni? "
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...