Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT INFO!! Keajaiban Kisah Dunia Islam Akhir Zaman yang Patut Kita Tahu!!

Posted: 28 Dec 2012 07:17 AM PST


Menara Pisa, Tembok Cina, Candi Borobudur, Taaj Mahal, Ka'bah, Menara Eiffel, dan Piramid di mesir, inilah semua keajaiban dunia yang kita kenal. Namun sebenarnya semua itu belum terlalu ajaib, kerana di sana masih ada tujuh keajaiban dunia yang lebih ajaib lagi. Mungkin anda semua bertanya-tanya, keajaiban apakah itu?

Haiwan Berbicara di Akhir Zaman

Maha suci Allah yang telah membuat segala sesuatunya berbicara sesuai dengan yang Ia kehendaki. Termasuk dari tanda-tanda kekuasaanya adalah ketika terjadi hari kiamat akan muncul haiwan melata yang akan berbicara kepada manusia sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Qur'an, surah An-Naml ayat 82,

"Dan apabila perkataan Telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa Sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami".

Mufassir Negeri Syam, Abul Fida 'Ibnu Katsir Ad-Dimasyqiy berkomentar tentang ayat di atas, "Haiwan ini akan keluar di akhir zaman ketika rosaknya manusia, dan mulai meninggalkan perintah-perintah Allah, dan ketika mereka telah mengganti agama Allah. Maka Allah mengeluarkan ke hadapan mereka haiwan bumi. Konon khabarnya, dari Makkah, atau yang lain sebagaimana akan datang perinciannya. Haiwan ini akan berbicara dengan manusia tentang hal itu ".

[Lihat Tafsir Ibnu Katsir (3/49]

Haiwan aneh yang berbicara ini akan keluar di akhir zaman sebagai tanda akan datangnya kiamat dalam waktu yang dekat. Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda,

"Sesungguhnya tak akan tegak hari kiamat, sehingga kamu akan melihat sebelumnya 10 tanda-tanda kiamat: Gempa di Timur, gempa di barat, gempa di Jazirah Arab, Asap, Dajjal, haiwan bumi, Ya'juj & Ma'juj, terbit matahari dari arah barat, dan api yang keluar dari jurang Aden, akan menggiring manusia ".

[HR. Muslim dalam Shohih-nya (2901), Abu Daud dalam Sunan-nya (4311), At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (2183), dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya (4041)]

Pohon Kurma yang Menangis

Adanya pohon kurma yang menangis ini terjadi di zaman Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam-, mengapa sampai pokok ini menangis? Kisahnya, Jabir bin Abdillah-radhiyallahu 'anhu-berkata,

"Jabir bin Abdillah-radhiyallahu 'anhu-berkata:" Adalah dahulu Rasulullah-Shollallahu' alaihi wasallam-berdiri (berkhutbah) di atas sebatang kurma, maka tatkala diletakkan mimbar baginya, kami mendengar sebuah suara seperti suara unta dari pohon kurma tersebut hingga Rasulullah – shollallahu 'alaihi wasallam-turun kemudian beliau meletakkan tangannya di atas batang pohon kurma tersebut ".

[HR.Al-Bukhariy dalam Shohih-nya (876)]

Ibnu Umar-radhiyallahu 'anhu-berkata:

"Dulu Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-berkhuthbah pada batang kurma. Tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang kurma itu pun merintih. Maka Nabi-Shollallahu 'alaihi wasallam-mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang kurma itu (untuk menenangkannya) ".

[HR. Al-Bukhari dalam Shohih-nya (3390), dan At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (505)]

Batu mengucap salam

Mungkin kalau seekor burung yang pandai mengucapkan salam adalah perkara yang sering kita jumpai. Tapi bagaimana jika sebuah batu yang mengucapkan salam. Sebagai seorang hamba Allah yang mengimani Rasul-Nya, tentunya dia akan membenarkan seluruh apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya, seperti pemberitahuan beliau kepada para sahabatnya bahwa ada sebuah batu di Mekah yang pernah mengucapkan salam kepada beliau sebagaimana dalam sabdanya,

Dari Jabir bin Samurah dia berkata, Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam-bersabda,

"Sesungguhnya aku mengetahui sebuah batu di Mekah yang mengucapkan salam kepadaku sebelum aku diutus, sesungguhnya aku mengetahuinya sekarang".

[HR.Muslim dalam Shohih-nya (1782)] .

Pengaduan Seekor unta

Manusia adalah makhluk yang mempunyai perasaan. Dari perasaan itu timbullah rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka. Akan tetapi ketahuilah, bukan hanya manusia saja yang memiliki perasaan, bahkan haiwan pun memilikinya. Oleh kerana itu sangat disesalkan jika ada manusia yang tidak memiliki perasaan yang membuat dirinya lebih rendah daripada haiwan. Pernah ada seekor unta yang mengadu kepada Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam-mengungkapkan perasaannya.

Abdullah bin Ja'far-radhiyallahu 'anhu-berkata, "Pada suatu hari Rasulullah-Shallallahu' alaihi wasallam-pernah supaya aku membonceng dibelakangnya, kemudian beliau membisikkan tentang sesuatu yang tidak akan kuceritakan kepada seseorang di antara manusia. Sesuatu yang paling beliau senangi untuk dijadikan pelindung untuk buang hajatnya adalah gundukan tanah atau kumpulan batang kurma. lalu beliau masuk ke dalam kebun laki-laki Ansar. Tiba tiba ada seekor unta. Tatkala Nabi-Shallallahu 'alaihi wasallam-melihatnya, maka unta itu merintih dan bercucuran air matanya.

Lalu Nabi-Shallallahu 'alaihi wasallam-mendatanginya seraya mengusap dari perutnya sampai ke pundaknya dan tulang telinganya, maka tenanglah unta itu. Kemudian beliau bersabda, "Siapakah pemilik unta ini, unta ini milik siapa?" Lalu datanglah seorang pemuda Anshar seraya berkata, "unta itu milikku, wahai Rasulullah".

Maka Nabi-Shallallahu 'alaihi wasallam-bersabda:

"Tidakkah engkau bertakwa kepada Allah dalam binatang ini, yang telah dijadikan sebagai milikmu oleh Allah, kerana ia (binatang ini) telah mengadu kepadaku bahawa engkau telah membuatnya letih dan lapar". [HR. Abu Daud dalam As-Sunan (1/400), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (2/99-100), Ahmad dalam Al-Musnad (1/204-205), Abu Ya'la dalam Al-Musnad (3 / 8/1), Al-Baihaqiy dalam Ad-Dala'il (6/26), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyqa (9/28/1). Lihat Ash-Shahihah (20)]

Kesaksian Kambing Panggang

Kalau binatang yang masih hidup boleh berbicara adalah perkara yang ajaib, maka tentunya lebih ajaib lagi kalau ada seekor kambing panggang yang berbicara. Ini memang aneh, akan tetapi nyata. Kisah kambing panggang yang berbicara ini terdapat dalam hadis berikut:

Abu Hurairah-radhiyallahu 'anhu-berkata:

"Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam-menerima hadiah, dan tak mau makan shodaqoh. Maka ada seorang wanita Yahudi di Khoibar yang menghadiahkan kepada beliau kambing panggang yang telah diberi racun. Lalu Rasulullah-Shallallahu 'alaihi wa sallam-pun memakan sebahagian kambing itu, dan kaum (sahabat) juga makan. Maka Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda, "Angkatlah tangan kalian, kerana kambing panggang ini mengkhabarkan kepadaku bahawa dia beracun". Lalu meninggallah Bisyr bin Al-Baro 'bin Ma'rur Al-Anshoriy. Maka Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-menghantar (utusan membawa surat), "Apa yang mendorongmu untuk melakukan hal itu?" Wanita itu menjawab, "Jika engkau adalah seorang nabi, maka apa yang aku telah lakukan tak akan membahayakan dirimu. Jika engkau adalah seorang raja, maka aku telah melepaskan manusia darimu

". Kemudian Rasulullah-Shallallahu 'alaihi wa sallam-memerintahkan untuk membunuh wanita itu, maka ia pun dibunuh. Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda ketika beliau sakit yang menyebabkan kematian beliau, "Senantiasa aku merasakan sakit akibat makanan yang telah aku makan ketika di Khoibar. Inilah saatnya urat nadi leherku terputus ". [HR. Abu Daud dalam Sunan-nya (4512). Di-shohih-kan Al-Albaniy dalam Shohih Sunan Abi Dawud (hal.813), dengan tahqiq Masyhur Hasan Salman]

Batu yang Berbicara

Setelah kita mengetahui adanya batu yang mengucapkan salam, maka keajaiban selanjutnya adalah adanya batu yang berbicara di akhir zaman. Jika kita fikirkan, maka terasa aneh, tapi demikianlah seorang muslim harus mengimani seluruh berita yang disampaikan oleh Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam-, baik yang masuk akal, atau tidak. Kerana Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-tidaklah pernah berbicara sesuai hawa nafsunya, bahkan beliau berbicara sesuai tuntunan wahyu dari Allah Yang Mengetahui segala perkara ghaib.

Rasulullah-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda:

"Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi sehingga seorang di antara mereka bersembunyi di balik batu. Maka batu itu berkata, "Wahai hamba Allah, Inilah si Yahudi di belakangku, maka bunuhlah ia". [HR. Al-Bukhari dalam Shohih-nya (2767), dan Muslim dalam Shohih-nya (2922)]
Al-Hafizh Ibnu Hajar-rahimahullah-berkata, "Dalam hadis ini terdapat tanda-tanda dekatnya hari kiamat, berupa berbicaranya benda-benda mati, pohon, dan batu. Lahiriahnya hadis ini (menunjukkan) bahawa benda-benda itu berbicara secara hakikat ". [Lihat Fathul Bari (6/610)]

Semut Memberi Arahan

Mungkin kita pernah mendengar cerita fiktif tentang haiwan-haiwan yang berbicara dengan haiwan yang lain. Semua itu hanyalah cerita rekaan belaka dan omong kosong. Tapi ketahuilah wahai para pembaca, sesungguhnya adanya haiwan yang berbicara kepada haiwan yang lain, bahkan memberi arahan, seperti seorang komander pasukan yang memberikan perintah. Haiwan yang memberi arahan tersebut adalah semut. Kisah ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur'an,

"Dan Sulaiman Telah mewarisi Daud, dan dia berkata:" Hai manusia, kami Telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) Ini benar-benar suatu kurnia yang nyata ". Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyadari.Maka dia (Sulaiman) tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) kata-kata semut itu. dan dia berdoa: "Ya Tuhanku berilah Aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang Telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah Aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh ".

(QS.An-Naml: 16-19).

Inilah beberapa perkara yang lebih layak dijadikan "Tujuh Keajaiban Dunia" yang menghebohkan, dan mencengangkan seluruh manusia. Orang-orang beriman telah lama meyakini dan mengimani perkara-perkara ini sejak zaman Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-sampai sekarang. Namun memang kebanyakan manusia tidak mengetahui perkara-perkara itu. Oleh kerana itu, kami mengangkat hal itu untuk mengingatkan kembali, dan menanamkan aqidah yang kukuh di hati kaum muslimin

Detik Islam

PANASS!! Phahrolrazi BIAYAI Gerakan Jatuhkan MB Kedah di Kandang Sendiri!! #TukarKedah

Posted: 28 Dec 2012 04:38 AM PST


Sedang sibuk Azizan menyusun kroninya membalak di Kedah bagi menyapu segala yang boleh sebelum PRU, Azizan tak sedar, bahawa kedudukannya di kandang sendiri pun sudah tidak selamat. Didalangi oleh orang kuatnya sendiri, kerusi Azizan sebagai Adun Sungai Limau nampaknya tipis untuk menang.

 Mungkin tak ramai yang tahu bahawa, Azizan menang di Sungai Limau pun dulu atas undian pengundi import. Pengundi luar yang didaftarkan khas untuk mengundi di  Sungai Limau. Laporan menunjukkan bahawa ada 3000 pengundi import Pas dikawasan Azizan.

Mereka bukan pengundi hantu, tetapi pengundi yang dibawa berhijrah secara terancang dan berperingkat untuk mengundi disesuatu tempat yang Pas mahu mereka menang. Contohnya seperti di Sungai Limau dan ada beberapa tempat lain.

Cara ini sebenarnya diguna pakai oleh Dap di Pulau Pinang dan Johor. Dap pula belajar cara ini dari PAP di Singapura, menjatuhkan undi melayu dikawasan yang dikuasai melayu dengan pindahkan kaum cina bagi menyaingi kaum melayu, lalu kawasan tersebut menjadi majoritinya cina, lalu PAP berjaya menawan kawasan tersebut.

Sekarang Pakatan Haram pula mengambil cara tersebut dan melakukan disetiap kawasan yang mereka mahu menang, Di Kedah, ada beberapa kawasan yang dikesan mempunyai pergerakan pengundi secara terancang. Bab pergerakan pengundi ni, kita buka story lain nanti. Sekarang kita fokus, macam mana Azizan akan dikalahkan di kawasan sendiri.

Orang yang bertanggung jawab membawa masuk 3000 pengundi luar untuk Azizan, telah berpaling tadah dengan menyertai geng Phahrolrazi dalam Pas Kedah. Atas alasan, sejak Azizan jadi MB Kedah, dia tak pernah peduli langsung kebajikan orang Pas di kawasan Sungai Limau, atas sebab demikian, ramai yang kecik hati dengan Azizan.

sentiasa cari peluang
Phahrolrazi menyedari keadaan demikian, lalu Phahrol menghantar orang untuk menolong kumpulan yang kecik hati dengan Azizan dan membuat 'plan' bagaimana untuk Azizan kalah di Sungai Limau. Itu cerita dulu, sekarang ni, plan yang dibuat oleh mereka sudah berjalan lancar.

Mungkin depan Azizan mereka ini pijak semut pun tak mati. Tapi belakang Azizan, mereka plan untuk matikan terus karier politik Azizan. Cuba bayangkan, seorang MB kalah di Dun sendiri. Tentunya masa depan politik Azizan akan terus tutup dari sejarah politik tanah air.

Mc boleh sebut nama individu yang mahu Azizan jatuh, tapi biarla ia menjadi rahsia. Mc bongkarkan cerita ini disebabkan mahu membuktikan bahawa Pas Kedah tak pernah aman dari sebarang masalah dalam. Lakonan hidup yang mereka lakukan selama ini, hanyalah topeng untuk menunjukkan kepada rakyat Kedah bahawa Pas Kedah sudah bersatu, sedangkan pada hakikatnya, haprak hancur dan musnah.

Banyak cerita pasal Azizan kat Sungai Limau, sebab tu orang Pas sana dah mula tolak Azizan. Kalau Mc ditempat mereka pun, Mc akan lakukan tindakan yang sama. Sebelum menang, janji bulan bintang, tetapi bila dah menang habuk pun tarak. Tapi biasa la, itukan memang skill puak Pakatan, hanya janji untuk menang!

Akhir cerita, Pas Kedah memang teruk, kalau MB pun tak jaga dan buat kerja dikawasan sendiri, macam mana nak harap dia jaga satu Kedah ni? Adun-adun Pas yang lain, rasanya lagi teruk kot!! Biasa la, kepimpinan melalui teladan.

McTheory:
Kepala teruk, anak buah lagi sakan la..

PANASS!! Hadi Awang Hilang Telur Sebab Tu Dia Terus Diam!!

Posted: 28 Dec 2012 01:51 AM PST



SIAPA yang tidak kenal Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Beliau seorang pemimpin Pas yang begitu tegas dan lantang mengkritik UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Di bawah kepimpinannya juga, haluan perjuangan politik Pas dilihat berubah apabila meninggalkan usaha memperjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Malahan dalam apa juga situasi, biar pun dikecam oleh pelbagai pihak berikutan tindakan Pas bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang memungkinkan Pas dilihat hanya pak turut, Abdul Hadi akan ke depan - bermati-matian mempertahankan apa yang dipanggil tahaluf siyasi.

Orang Melayu dan umat Islam juga melihat betapa lantang dan beraninya Ahli Parlimen Marang itu muncul setiap masa untuk memperkatakan sesuatu isu khususnya demi kepentingan politik pakatan pembangkang.

Tetapi sejak dua minggu lalu, Abdul Hadi bagaikan seekor singa yang kehilangan taring dan ibarat seekor harimau yang sudah tiada ngaumannya.

Segala-galanya berpunca apabila tercetusnya kembali isu Amanat Haji Hadi yang dilafazkan oleh beliau 31 tahun lalu. Bermula dengan pendedahan melalui buku Kafirkah Aku? hasil tulisan C.N Al-Afghani, hinggalah kepada satu demi satu cerita mengenai kesan amanat yang dianggap 'berpuaka' tersebut.

Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh bekas pengikut Pas mengenai akibat ketaksuban mereka mempercayai amanat itu ternyata bukan sahaja meresahkan Abdul Hadi tetapi juga Pas.

Justeru bagi mengelakkan ia terus diperbincangkan isu amanat itu dianggap isu lama, lapuk dan basi oleh kalangan pemimpin Pas.

Namun bukan itu yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam dan orang Melayu, apa yang mereka ingin tahu apa pandangan Abdul Hadi sendiri kerana segala kekalutan itu berpunca daripada kelantangan beliau 31 tahun lalu.

Tetapi ternyata, keberanian Abdul Hadi bertempat, sehingga ke hari ini, Presiden Pas itu diam seribu bahasa. Abdul Hadi dilihat seolah-olah tersepit kerana mungkin beliau tidak menyangka begitu dahsyat akibat yang berlaku berikutan amanat tersebut.

Oleh itu mendiamkan diri adalah cara terbaik kerana sememangnya sudah menjadi amalan politik pemimpin-pemimpin Pas apabila mereka bersalah, mereka akan mendiamkan diri.

Diam dilihat jalan selamat biar pun hakikatnya perbuatan berkenaan menimbulkan lebih banyak tafsiran. Ia memandangkan isu amanat itu dilihat memberikan kesan yang cukup serius kepada umat Islam sejak 31 tahun lalu.

Abdul Hadi tidak boleh mengamalkan sikap lepas tangan dengan menganggap isu lapuk sedangkan apa yang berlaku berpunca daripada beliau sendiri.

Dan jelaslah amanat yang dikeluarkan itu membuktikan tindakan Pas selama ini yang mendabik dada kononnya mereka perjuang Islam hanyalah omong kosong semata-mata.

Ini memandangkan kalau benar Abdul Hadi dan Pas memperjuangkan Islam sudah pasti mereka akan tampil memohon maaf dan menarik balik amanat tersebut.

Abdul Hadi perlu bertanggungjawab dan bukannya bersembunyi di sebalik jubah politik Pas kerana tindakan itu hanya merugikan umat Islam.

Beliau perlu faham, mereka yang terpengaruh dengan amanat tersebut melakukannya demi kecintaan mereka kepada perjuangan parti dan pemimpin Pas tetapi tak kanlah apabila ia satu kesilapan pemimpin Pas khususnya Abdul Hadi mendiamkan diri.

Apakah ini caranya pemimpin-pemimpin Pas dan Abdul Hadi melayan dan membalas kesetiaan ahli-ahli parti itu? Tidak cukupkah selama ini pengikut-pengikut Pas diminta mematuhi apa sahaja arahan termasuk bersedia menjadi kuda tunggangan kepada PKR dan DAP?

Kenapa perlu mereka terus dibiarkan berada dalam dilema dan tertanya-tanya mengapa Abdul Hadi tidak tampil membuat penjelasan?

Kita bersimpati dengan pemimpin dan pengikut Pas yang bukan sahaja dilihat kini menjadi pak turut dalam pakatan pembangkang malahan dalam parti sendiri pun mereka hanya menjadi pengikut sahaja.

Jika mereka tidak mahu dianggap sedemikian maka bersuaralah membuat desakan kepada Abdul Hadi untuk menyatakan pendirian dan paling penting menarik balik amanatnya.

Bagaimanapun kita yakin sama ada Abdul Hadi mahupun pemimpin atau pengikut Pas mereka tidak akan berbuat demikian kerana ia akan membuktikan betapa selama ini Pas mengamalkan politik memecah-belahkan umat.

Tambahan pula Pas dan Abdul Hadi sendiri tidak ada jawapan jika disoal oleh orang Melayu dan umat Islam apakah Perlembagaan negara sudah tidak kafir lagi? Apakah kerjasama dengan DAP tidak haram lagi? Apakah menolak kerjasama dengan UMNO dibenarkan oleh Islam? Apakah pakatan pembangkang akan menghapuskan Perlembagaan yang dianggap oleh Abdul Hadi 31 tahun lalu sebagai Perlembagaan kafir?

Ternyata banyak soalan yang perlu dijawab oleh Abdul Hadi dan kepimpinan Pas, paling malang semua jawapan yang bakal mereka berikan boleh menyebabkan parti itu kehilangan sokongan politik.

Inilah yang menjadi punca utama kenapa Abdul Hadi mendiamkan diri, begitu juga ulama-ulama Pas yang merasakan isu amanat ini terlalu sukar untuk dikendalikan.

Ia memandangkan mereka tidak mempunyai hujah soal siapakah yang akan menanggung dosa pengikut Pas yang terpengaruh dengan amanat itu? Bagaimanakah ulama Pas hendak menerangkan kenapakah selama 31 tahun, tidak pernah seorang pun di antara mereka menyuarakan pandangan supaya Abdul Hadi menarik balik amanat tersebut? dan sudah tentukah ulama Pas juga tidak ada jawapan bagaimana hendak mengatur strategi untuk memastikan pengaruh politik Pas tidak terhakis jika amanat itu diakui salah dari sisi agama Islam.

Selama ini, Pas sering mendabik dada bahawa perpecahan orang Melayu berpunca daripada UMNO tetapi apa yang berlaku berikutan kelahiran amanat itu membuktikan bahawa Pas lah parti yang sebenarnya bertanggungjawab memecah-belahkan umat Islam.

Dalam politik UMNO, tidak pernah ada seorang pun pemimpin parti itu yang menzahirkan satu amanat yang bukan sahaja boleh mencetuskan perbalahan antara umat Islam tetapi juga dengan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum sesama Islam.

Tetapi semua itu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pas dan Amanat Haji Hadi adalah buktinya dan ia belum lagi mengambil kira kenyataan-kenyataan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang banyak mengelirukan umat Islam dan mewujudkan permusuhan antara mereka.

Apa pun, penulis percaya Abdul Hadi mempunyai keberanian bertempat, beliau boleh lantang berkata apa sahaja terhadap UMNO dan BN tetapi 'kecut perut' dalam memberi jawapan dalam isu amanat ini.

Apatah lagi, Abdul Hadi memahami perjuangan Pas sekarang bukanlah lagi menegakkan negara Islam atau melaksanakan hukum hudud tetapi berkongsi kekuatan bersama-sama PKR dan DAP untuk menumbangkan BN.

Oleh itu, Abdul Hadi sedar beliau perlu berhati-hati kerana PKR dan DAP amat bergantung kepada Pas sebagai kuda tunggangan untuk meraih sokongan orang Melayu.

Namun satu perkara yang perlu disedari oleh Abdul Hadi yang bertaraf tok guru bahawa Rasullullah SAW sememangnya menggalakkan kita diam dalam satu-satu perkara tetapi tidak bagi soal yang boleh membawa kehancuran umat seperti mana dalam isu amanat ini.

TUDIAA!! Bila Johan Bergaduh Dengan Azwan Ali si Bapok Tua!!

Posted: 27 Dec 2012 10:36 PM PST


Jika anda sempat menonton program lawak terbitan Astro, Maharaja Lawak Mega 2012 pada Minggu 6 yang lalu, pasti anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan giliran kumpulan Jozan membuat persembahan. Pada ketika itu, Jozan yang dianggoti oleh Johan dan Zizan telah membuat persembahan bertemakan rancangan TV iaitu 'Propaganjil' (Propaganza).

Pada babak itu, Johan turut melakonkan watak Azwan Ali dengan menggelarkan dirinya Azwan Awie Ali (Triple A).

Padah kerana melakonkan watak itu, Johan telah diserang oleh empunya nama melalui panggilan telefon di konti radio ERA.FM. Pada perbualan itu, Azwan Ali mengatakan akan mengambil tindakan saman terhadap Johan yang juga turut memegang watak 'Mak Jemah' pada JoHaRa Pagi ERA itu.

Tetapi jangan risau, perbualan telefon itu hanyalah gurauan semata-mata antara kedua belah pihak. Jika tidak percaya, anda boleh dengar sendiri audio sound yang disediakan di bawah. tq mychannels




sumber Jawaber6

McTheory:
Layan cerita artis sat no.. sebab malam ni kita bongkar satu cerita best punya!! Jangan lupa tunggu kat blog pukul 8.40 mlm ni..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...