Hi tuanhamba, Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2012 | | Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2012, PWTC Kuala Lumpur, 29-11-2012 Saya baru merasmikan perhimpunan agung UMNO 2012 dengan penuh semangat mengajak ahli UMNO bersama-sama berjuang menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU). Kehadiran pemimpin tertinggi UMNO ke dalam dewan diiringi selawat ke atas Nabi dan majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Ketua Sekretariat Tetap Agama Pergerakan Pemuda UMNO, Ustaz Shamsul Najmi Samsudin. Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, diikuti nyanyian lagu Negaraku, lagu UMNO, lagu Barisan Nasional (BN) dan lagu 1Malaysia. Ketika lagu 1Malaysia, saya bersama pepimpin tertinggi parti dan perwakilan mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera UMNO Sang Saka Bangsa. Dewan bertambah gemuruh apabila perwakilan bangkit melaungkan 'Hidup UMNO, Hidup Barisan, Hidup Malaysia' sebanyak tiga kali sebelum pengerusi perhimpunan, Tan Sri Badruddin Amiruldin, yang juga Pengerusi Tetap UMNO menyerahkan pentas kepada presiden untuk menyampaikan amanat. Turut hadir, isteri saya, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tengku Adnan berkata, seramai 2,759 perwakilan menghadiri perhimpunan tiga hari parti itu, dan turut memperkenalkan 57 delegasi mewakili 24 parti politik dari 21 negara yang hadir pada perhimpunan kali ini. Saya begitu berbangga apabila hadirin memberi tepukan gemuruh dan berdiri hormat ketika Tengku Adnan mengumumkan kehadiran perwakilan Palestin sebagai antara pemerhati antarabangsa, sebagai tanda sokongan padu rakyat Malaysia berikutan serangan berdarah di Gaza, baru-baru ini. | | | Bersama Tun Dr. Mahathir sempena Persidangan Antarabangsa Mengenai Isu Kanak-Kanak Menjadi Mangsa Dari Kesan Peperangan, dimana Isteri saya turut menyerahkan cek bernilai RM1 Juta kepada Tabung Kecemasan Gaza kepada KLFCW. | | | | Perkembangan Terkini Merasmikan Forum Antarabangsa 2012 Sempena Persidangan UMNO. | Pada 26 November, saya hadir untuk merasmikan Forum Antarabangsa 2012 sempena Persidangan UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Turut hadir Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim di dalam forum itu. Anda juga boleh mengunjungi galeri gambar-gambar saya di blog saya | | | Saya hadir ke majlis rumah terbuka Deepavali 1Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia di Dewan Puspanitapuri. | Anda boleh menonton video Sambutan Deepavai 1Malaysia di sini: Anda juga boleh menonton lain-lain video di rangkaian YouTube saya | | | Ikuti saya di Facebook dan Twitter serta lawati laman web saya, 1Malaysia.com.my. Saya akan terus menyalurkan segala maklumat terkini mengenai negara ini kepada anda dari semasa ke semasa. Diharapkan anda semua dapat meneruskan sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri agar kita dapat bersama-sama membawa negara ini ke peringkat yang lebih tinggi. Najib Razak | | |
|
-------------------------------------------------------------------------------
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment