Kedah Ke KL - MctHeory |
- TUDIAA!! Budak Kecik Tabiat Suka Makan Ubat Nyamuk??
- PANASS!! Rakyat Kedah Di Zalimi, Minta Kerajaan Pas Kedah Bertanggung Jawab!! #TukarKedah
- INFO!! Tentera Malaikat Palestine Tak Pernah Tewas Melawan Tentera Israel!!
- TUDIAA!! Pas Kedah Sokong Hadi Awang Jadi PM Malaysia?!!
- TUDIAA!! Lagi Report Polis Terhadap Pentadbiran KUIN Aniaya Pekerja!! #TukarKedah @PDRMsia @HishammuddinH2O
- PANASS!! Azhar Idrus Kata Dr Asri dan Ulamak Tersohor Dunia DAJJAL?
TUDIAA!! Budak Kecik Tabiat Suka Makan Ubat Nyamuk?? Posted: 08 Dec 2012 07:16 AM PST Macam pelik, tetapi itulah hakikatnya yang terjadi kepada seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun bernama Abdillah Syarif. Kanak-kanak ini gemar memakan ubatnyamuk. Selera pelik ini sudah tentulah berbeza daripada selera kanak-kanak lain yang gemar akan makanan manis seperti kek dan coklat. Dalam sehari, Abdillah yang berasal dari Polewali Mandar, Sulawesi Barat, mampu menghabiskan sebungkus ubat nyamuk. Adit mula gemar memakan ubat nyamuk ketika berusia lapan bulan. Pada mulanya, Adit yang belum pandai berjalan ketika itu,mendekati ubat nyamuk dan tiba-tiba memakannya. Hingga kini, dia jadi ketagih dan tiada sehari pun dilalui tanpa memakan ubat nyamuk. Dia juga melakukan tabiat itu secara diam-diam kerana takut dimarahi ibu bapanya. "Enak dan manis," katanya ketika ditanya sebab dia gemar memakan ubat nyamuk. Usaha orang tuanya untuk menghentikan tabiat pelik anak mereka tidak berhasil.Walaupun sudah menyorokkannya di tempat lain, Adit akan mendapatkan ubat nyamuk dari rumah jiran mereka. "Biasanya kalau tidak menemukan ubat nyamuk di rumah, dia akan mencurinya di rumah jiran," kata Syarifuddin. Nurlina pula mengatakan tabiat Adit itu mungkin bawaan daripadanya. "Dulu ketika hamilkan Adit, saya memang gemar mencium asap ubat nyamuk dan mungkin ia menurun kepada anak saya," katanya. Menurut doktor pakar pediatrik di Dinas Kesehatan Polewali Mandar, Sih Harjo Boko,Adit menghidap penyakit pica, iaitu kelainan keadaan pola makanan pada kanak-kanak. Penyakit itu disebabkan kekurangan zat besi dalam diri kanak-kanak dan boleh pulih, bergantung pada keprihatinan ibu bapa menjaga anak mereka. MelayuKini.Net P/s: Ubat Nyamuk?? giloss lehh.. |
PANASS!! Rakyat Kedah Di Zalimi, Minta Kerajaan Pas Kedah Bertanggung Jawab!! #TukarKedah Posted: 08 Dec 2012 04:36 AM PST Lebih 50 nelayan bot pukat tunda di Tanjung Dawai dekat sini mengadakan demonstrasi aman di hadapan jeti awam Jumaat, bagi membantah aktiviti mengorek pasir di perairan Kuala Muda, iaitu lima hingga 10 batu nautika dari Pulau Sayak dan Pulau Bidan. Kumpulan nelayan itu mendakwa aktiviti mengorek pasir tersebut bukan sahaja menjejaskan hasil tangkapan mereka tetapi turut merosakkan pukat. Wakil kumpulan nelayan itu Mokhtar Mohamad, 47, berkata aktiviti terbabit tidak diketahui bermula sejak bila, namun kesannya dirasai sekitar Julai lalu apabila ramai nelayan bot pukat tunda merungut mengenai pukat rosak dan tangkapan merosot. "Banyak pukat yang rosak akibat tersangkut pada selut yang terhasil daripada aktiviti mengorek pasir itu, menyebabkan nelayan mengalami kerugian dan terpaksa membaiki atau membeli pukat baru. "Kami tidak tahu syarikat mana yang bertanggungjawab terhadap aktiviti itu, malah kami juga tidak mempunyai maklumat sama ada mereka beroperasi secara sah atau tidak, sebab itu kami berharap agar pihak yang berkenaan dapat tampil bagi membantu menyelesaikan masalah ini," katanya ketika ditemui.- Media Kedah Kerajaan Negeri Kedah nak tengok saja ka? Nak suruh sapa settle kes ni? Nak suruh kerajaan pusat settle ka, atau nak tunggu BN Kedah tolong settlekan? Kalau rasa dah takmau jadi kerajaan negeri, tolong bubar Dun sekarang laa.. Senang sikit kami nak buat kerja! McTheory: Rakyat Kedah makin bosan dengan kerajaan Kedah ni.. lemauu |
INFO!! Tentera Malaikat Palestine Tak Pernah Tewas Melawan Tentera Israel!! Posted: 08 Dec 2012 01:16 AM PST GAZA: Barisan pejuang bergelar Komando Qassam kini menjadi pasukan paling digeruni Israel berikutan tidak pernah tewas ketika bertempur biarpun hanya berbekalkan senjata api model lama. Kehebatan pasukan Komando Qassam yang turut digelar tentera malaikat itu kian tersebar apabila mereka yang dianggotai golongan muda, terpelajar dan ulama mampu menumpaskan ratusan tentera Zionis serta menembak jatuh pesawat pejuang mereka. Hasrat penulis dan jurugambar menemui pasukan elit itu tercapai melalui orang hubungan di sini, berjaya mengatur pertemuan dengan sekumpulan anggota Komando Qassam. Mereka diketuai seorang komander yang hanya mahu dikenali sebagai Sheikh dan pertemuan diadakan di satu lokasi sulit dalam ladang zaitun pada jam 12 tengah malam. Untuk ke sana, kami dibawa menaiki kenderaan khas sebelum diarah berjalan sejauh 500 meter ke sebuah pondok dalam ladang itu. Di situ, Sheikh bersama kira-kira 20 anggotanya menyambut kami dengan mesra sebelum dibawa duduk mengelilingi unggun api kecil. -HM- |
TUDIAA!! Pas Kedah Sokong Hadi Awang Jadi PM Malaysia?!! Posted: 07 Dec 2012 10:16 PM PST Gambar ni Mc ambil dari blog sahabat Mymassa. Rasanya, Mc tak payah terangkan apa yang ditulis kat kain rentang tu, sebab masing-masing dah boleh baca. Memang patut orang Pas sokong Hadi jadi PM, sebab yang jadi KULI pacak bendera adalah orang Pas, yang jadi bodoh pi dengar ceramah pun orang Pas, jadi kuli pacak jaga jalan pun orang Pas juga. Kiranya kerja-kerja hamba abdi ni, Pas sapu bersih. PKR dan Dap hanya berceramah didepan puak Pas yang bodoh ni, sambil bertakbir!! Kiranya bongok-bongok Pas ni hanya jadi keldai untuk PKR dan Dap berkuasa. Pas buat kerja sapu tahi, jadi pak guard, jadi jaga, dok pacak bendera, tapi akhirnya PKR dan Dap yang sapu kuasa, patutkah macam tu? he he he.. apa punya bangang puak Pas ni? Cuba tengok sapa yang paling ramai masa himpunan semalam? Sapa lagi kalau bukan si dunggu dan bebal Pas!! Duduk tengah panas hari berjemur bawak anak bini. Perjuangan la konon, sedangkan PKR dan Dap buat apa? Tepuk tangan tengok hangpa semua jadi keldai untuk depa. ha ha... Pas oiii la Pas.. jangan jadi bangang sangat boleh? McTheory: Membangang bersama parti Bangang Semalaya, itulah Pas!! |
Posted: 07 Dec 2012 07:16 PM PST Mc diberitahu bahawa 7 Pekerja KUIN akan membuat laporan polis terhadap pentadbiran KUIN. Laporan polis akan dibuat di Balai IPD Alor Setar. Laporan KUIN mengenai gaji bulanan yang tertunggak hampir 3 bulan. Potongan bulanan insuran, kereta dan lain-lain dipotong pentadbiran KUIN, tetapi di pihak bank, bayarannya masih lagi tidak dibuat. Bermakna, bayaran bulanan untuk kereta, rumah, insuran dan lain-lain masih lagi tertunggak, hingga ada pekerja KUIN yang keretanya sudah keluar surat tarik. Kesian betul, sudah la gaji sangkut, gaji yang keluar pulak tak bayar dibulanannya. Memang kejam sungguh pentadbiran KUIN ni. Mana pergi habis duit KUIN ni Jamil? Gaji CEO, gaji COO Insaniah Holding, boleh hang bayar sampai RM30k. Gaji pekerja KUIN? Sangkut-sangkut. Cuba hang fikir, ingat pekerja KUIN ni nak makan apa? Depa takdak family ka nak sara? Buta perut sungguh la Jamil ni. Mc nak bagitau kat puak Pas yang dok kata UMNO zalim dan kejam. Ini contoh kezaliman yang dibuat oleh Pas Kedah. Rasanya UMNO pun tak pernah berlaku zalim hingga seleweng duit pekerja dan makan duit rakyat. Perkara macam ni, rasanya baru patut keluarga pekerja KUIN ni doakan pentadbiran KUIN supaya dijatuhkan bala oleh Allah. Mereka dizalimi!! Mc cuma sangsi la dengan laporan yang pekerja KUIN ni buat. Mc rasa, termasuk laporan kali ni, dah empat, lima kali dah laporan polis dibuat keatas KUIN. Tetapi tindakan dari pihak polis masih lagi kabur dan tak nampak. Polis Kedah tak peduli nasib pekerja KUIN? Apa siasatan yang Polis Kedah buat? Tindakannya mana? Patut bertindak cepat, sebab ini melibatkan nasib rakyat yang teraniaya. Jangan takut la serangan politik, kerana rakyat Kedah sentiasa berada di belakang Polis. Kami pun dah sakit mata tengok KUIN yang huru hara. Tolong la, kalau Polis taknak bertindak, harap ada pihak lain dapat mengambil tindakan! McTheory: Kesian la kat pekerja KUIN tu.. |
PANASS!! Azhar Idrus Kata Dr Asri dan Ulamak Tersohor Dunia DAJJAL? Posted: 07 Dec 2012 04:37 PM PST Di petik dari AbuAqif: Inikah contoh Ulamak terkenal Pas? Hina Ulamak tersohor dunia yang lain? Azhar Idrus hina ulama dunia sebagai puak dajjal. Iman Bukhari, Iman Muslim,Yahya Ibnu Mait, Abu Hatem Ar Razi, Al Iman Ar Shaukani, Shiekh Ahmad Shakir. Bila kita tak faham hadith atau tak belajar hadith, kita jangan pandai² kata orang lain dajjal. Inikah sikap seorang yang bernama ustaz..? Mulut tu kena jaga. Mulut ustaz tak sama macam mulut puaka. Apa yang keluar dari mulut ustaz mesti la baik², lemah lembut, ilmiah, mengajar ilmu yang bermanfaat. Pendek kata dia kena kawal diri dia dari sebut benda yang bukan². Apatah lagi jika ianya dirakam. Sungguh tak cerdik bila dia menunjukkan kebodohan diri sendiri sedang dia tahu yang dirinya dirakam ketika kuliah. Aku sangat berharap Azhar Idrus boleh ubah diri untuk jadi yang lebih baik. Kalau setakat nak cakap ikut sedap mulut, baik jadi bapak ayam. Pakai rantai, gelang, tatu satu badan, lepas tu nak cakap apa, cakap la.. Orang tengok pun faham akan keadaan orang tersebut. Tapi bila berstatus ustaz, dia kenalah jaga etika dia sebagai agamawan. Orang yang membawa agama mulut jangan macam puaka. Nauzubillah.. McTheory: Siapa yang dajjal sekarang ni? |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment