Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Video Hantu Dalam Lift Paling Lawak Seram!!

Posted: 05 Dec 2012 07:17 AM PST


Layan saja laa.. he he.. best jugak tengok kann..

EKSKLUSIF DAN PANASS!! Kesengsaraan Penduduk Sungai Petani Yang Di Zalimi Kerajaan Pas Kedah! #TukarKedah

Posted: 05 Dec 2012 04:36 AM PST


Inilah bukti yang dikatakan PAS memperjuangkan Negara Berkebajikan di Kedah



Sungai Petani- Lebih 10,000 Penduduk di kawasan Estate Sungai Divison, perumahan Taman Kelisa dan Taman Aman Jaya terpaksa berhadapan dengan permasalahan keadaan jalan yang begitu teruk serta lampu-lampu jalan yang tidak di selengara pihak berkuasa tempatan semenjak 3 tahun yang lalu.

Menurut Makbul Ilahi, Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Sosial Daerah Kuala Muda, penduduk setempat telah beberapa kali membuat aduan pada pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Pebandaran Sungai Petani (MPSPK), namun tiada sebarang tindak balas yang telah di lakukan pihak MPSPK di sebalik aduan yang telah di lakukan penduduk setempat.

Ketika di temubual, Makbul Ilahi mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri melalui Exco yang di pertanggungjawapkan mengurus Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak menggunakan peruntukan sepenuhnya yang di berikan Kerajaan Pusat untuk menyelengara jalan-jalan yang bermasalah di seluruh negeri Kedah.

Apa yang berlaku sebaliknya peruntukan tersebut telah di letak di dalam tabung di bawah Yayasan Perbadanan Menteri Besar kedah dan di gunakan untuk membayar gaji kakitangan Kerajaan Negeri ketika rakyat di seluruh Kedah mengharapkan Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan tersebut menyelengara jalan-jalan di negeri Kedah yang sudah begitu teruk.

Akibat jalan yang begitu teruk dan kawasan di tempat berkenaan terlalu gelap kerana lebih 40 batang tiang lampu gagal berfungsi, kemalangan sering berlaku di kawasan berkenaan sehinggakan kes kemalangan yang terbaru telah mengakibatkan berlakunya kemalangan maut apabila seorang penunggang motorsikal gagal mengawal kenderaannya ketika melalui kawasan tersebut.

Rata - rata penduduk setempat begitu kecewa dengan sikap Kerajaan Negeri melantik Exco dan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan yang gagal melaksanakan tanggungjawap yang telah di amanahkan rakyat. - Media Kedah

























Lampu jalan takdak, jalan berlubang-lubang. Apa semua ni? Nak bunuh rakyat ka? Bila malam cuba bayangkan macam mana kita nak lalu jalan ni? Dah tentu terjun lubang punya.

Nak tunggu ada orang cedera atau mati baru nak buat jalan atau lampu baru? Kalau macam tu, memang dah lambat la. Apakah ini contoh Kerajaan Berkebajikan ala Pas? Mana duit hasil rompak balak? Kata ada berjuta-juta. Buat apa pendapatan negeri berjuta, tapi tak diberikan pada kemudahan rakyat? Nak simpan bagi kat sapa? Kroni??

Dulu Pas ceramah bagai nak rak, kata nak bela rakyat. Tapi bila dah jadi kerajaan negeri, bukan dok bela rakyat, tapi dok bela PERUT sendiri. Tu sekarang ni, PERUT pemimpin Pas, makin lama makin BOROI tu!!

Rakyat Kedah makin susah, Pemimpin Pas Kedah makin lama makin besar rumah depa.. fuuuyoo..kebajikan untuk poket dan perut sendiri!!

McTheory:
Kedah Sejahtera? Sejahtera la Sangatttt!!

PANASS!! Deepak Watak HITAM Anwar Untuk Burukkan Najib dan Rosmah?

Posted: 05 Dec 2012 01:16 AM PST


Siapakah sebenarnya Datuk Ravi Dharan Chairman Daya Group Of Companies, sahabat karib Anwar Ibrahim yang menjadi jambatan buat Ketua Umum PKR ini pelbagai urusan perniagaan di Indonesia...?

Apakah pula kaitan Datuk Ravi dengan persoalan Siapa Dalang Jembalang Dibelakang Deepak Jaikishan..?




Semalam, Blog MIK memulakan kisah akan terbongkar kebenaran siapakah punya angkara mahu menjahanamkan nama baik Najib dan Rosmah sewaktu berlangsungnya Persidangan Agung UMNO 2012..., klik sini.

Saudagar permaidani bernama Deepak Jaikishan sememangnya mengenali Datin Paduka Rosmah Mansor kerana pernah berurusan sebagai pelanggan yang ada membeli barangan jualan Deepak. Malah mereka berurusan semenjak dari waktu Datuk Sri Najib masih belum lagi berjawatan Timbalan Perdana Menteri.

Adat resam berniaga, ada kala diatas..., ada kala menerima ujian getir mengalami kemerosotan sehingga membawa padah mendepani kegagalan menjurus kepada kebangkrapan.

Begitulah juga nasib yang dirundung Deepak Jaikishan turut sama menghadapi masalah perniagaan dan hutang ratusan juta RM terpalit dengan Kuwait Finance House[KFH]. Pihak KFH telah menghentikan kemudahan pinjaman kepada Deepak setelah didapati pinjaman yang diluluskan sebelum itu ada unsur penipuan...!

Menurut semakan pihak KFH penipuan meluluskan pinjaman kepada Deepak turut melibatkan salah seorang Pegawai berjawatan besar dalam KFH yang memberikan kelulusan tersebut. KFH bertindak memindahkan [transfer] Pegawai tersebut dan seorang Pegawai baru ditugaskan mengambil alih tempatnya. Ini sebagai proses memudahkan pihak KFH melakukan siasatan yang lebih rapi dan teliti...


Hasil siasatan pihak KFH mengesahkan memang ada berlaku unsur penipuan dan pihak KFH telah bertindak menahan baki kemudahan pinjaman yang seharusnya berikan kepada Deepak yang masih belum dikeluarkan...

Deepak perlu membayar pinjaman yang sudah beliau terima sebelum itu dengan bayaran besar, mencecah jutaan RM sebulan....!

Apabila Deepak gagal menjelaskan bayaran bulanan maka ianya kini menjadi hutang kepada pihak KFH, maka Saudagar Karpet ini terpaksa berdepan dengan tindakan Mahkamah sehingga menjurus kepada proses Bankrap oleh pihak KFH.

Sudah jatuh ditimpa tangga.....! Difahamkan apabila ada unsur penipuan dalam usaha Deepak sewaktu menerima pinjaman,maka pihak SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN juga turut menyiasat syarikat milik Saudagar Karpet ini. Pihak SPRM dan LHDN telah merampas semua fail fail yang berkaitan dengan siasatan dari pejabat Deepak.

Sewaktu pihak penguatkusa SPRM dan LHDN berada di pejabatnya, Depak telah bertindak menjual nama Datin Paduka Seri Rosmah... Beliau telah menalipon Rosmah didepan beberapa pegawai SPRM dan LHDN sambil bercakap dengan nada yang kuat suara lantang.... Niatnya mahu menunjuk-nunjuk didepan pegawai SPRM dan LHDN kunuunnya beliau punyai "kabel besar" boleh menghubungi isteri Perdana Menteri.


Bermula dari saat itu, Rosmah telah menghentikan sebarang perhubungan dengan Saudagar Karpet ini kerana terbukti manusia seperti Deepak ini hanya mahu menyalahgunakan kedudukan dan hubungannya dengan isteri Perdana Menteri itu...

Deepak sudah seprti cacing kepanasan...! Beliau cuba sedaya upaya untuk bertemu dan berhubung dengan Rosmah, malang sekali isteri Perdana Menteri ini tidak mahu melayan karenah Saudagar Karpet ini... Diantara tuntutan Deepak, beliau mahukan Rosmah dapatkan "campurtangan" Najib. Deepak mahu Najib gunakan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan mengarahkan pihak KFH menghentikan tindakan Mahkamah dan proses bankrap keatas dirinya.

Malah Deepak semakin menggila mahukan Najib arahkan pihak KFH melepaskan baki pinjaman yang beliau sepatut perolehi...

Pelbagai usaha dilakukan oleh Deepak untuk menghampiri Rosmah, termasuklah berada diatas pentas bersama Perdana Menteri sewaktu majlis sambutan Hari Thaipusam yang lepas di Batu Caves. Namun begitu, apabila Rosmah tidak melayannya dan dia akan bankrap pada bila bila masa, maka Deepak pun memberitahu beberapa rakan rapatnya untuk mengadu hal kepada pihak PKR...!




Ada pihak yang memberitau Deepak agar segera rujuk kepada Anwar Ibrahim.... Anwar selaku bekas Menteri Kewangan sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak Institusi Kewangan sekitar negara negara Timur Tengah dan dijangka dapat membantu Deepak menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya.

Perkara tersebut dihidu oleh Nurul Izzah.... Maka bermulalah perhubungan antara Izzah dengan Deepak. Anak kepada Anwar itu cuba mengaturkan pertemuan untuk mereka duduk membincangkan masalah Deepak.

Akhirnya, Deepak telah dibawa bertemu dengan Anwar. Buku bertemu ruas... Satu pihak sedang sesak nafas untuk bernyawa, satu pihak lagi memang menanti peluang untuk membaham mangsa..!

Pertemuan telah diadakan beberapa kali dan salah satu pertemuan mereka berlangsung di rumah Datuk Ravi Dharan, sahabat karib Anwar Ibrahim...!!

Seperti yang dijangkakan, Anwar berjanji mahu menolong Deepak. Sebagai permulaan, Ketua Umum PKR itu telah meminta peguam, R Sivarasa menolong Deepak berhubung kes Mahkamah yang sedang dihadapinya dengan Awan Megah (M) Sdn Bhd atas urusan perniagaan.

Anwar menunjukkan kesungguhan untuk membantu Saudagar Karpet itu.. Beliau mengarahkan Sivarasa melakukan apa sahaja asalkan cita cita mahu menjatuhkan Najib dan Rosmah akan tercapai...!


Apa lagi....! Maka drama pun bermulalah.... Sivarasa telah meminta Deepak bercakap mengikut skrip yang beliau telah sediakan. Sementara itu, peguam PKR ini mengambil peluang diatas hubungan baiknya dengan SUARAM dan Malaysiakini. Satu sesi wawancara diantara Deepak dengan Malaysiakini telah diadakan. Wawancara berkenaan disiarkan semasa PAU 2012 berlangsung dengan niat untuk menghuru-harakan UMNO dan merosakkan nama baik Najib dan Rosmah sewaktu PAU 2012 sedang berlangsung...

Begitulah Modus Operandi niat jahat hati busok makhluk bernama Anwar Bin Ibrahim....! Nampak jelas bukan...?


Nantikan sambunganya....! Ada lagi bukti yang lebih menarik akan menyusul kemudian...

PANASS!! Abby Albody Tuduh Kerajaan Malaysia TIPU Salur Bantuan Ke Palestine? @NajibRazak @PDRMsia @Abby_Abadi112 @HishammuddinH2O

Posted: 04 Dec 2012 10:16 PM PST



Rasanya dalam banyak fitnah yang Abby Albody ni buat. Mc rasa yang ni paling teruk dan paling berniat jahat. Kerajaan Malaysia saban hari membantu rakyat Palestin, malah berjuta-juta sumbangan bantuan kemanusiaan yang dihantar. Namun dalam twitter Abby ni, dia menafikan segalanya.

Mc taknak pertikaikan siapa Abby untuk dia berkata demikian. Namun apa yang Mc nak 'pegang' ialah, benarkah 'TIADA' sumbangan Kerajaan Malaysia kepada rakyat Palestin?

Mc harap ada wakil dari Kerajaan Malaysia yang nampak ini sebagai 'Bola Tanggung' dari Abby Albody untuk mengheret dirinya ke mahkamah!

Tuduhan yang berat tuu.. Mat Sabu dan Mahfuz pun tak berani nak kata macam ni.. kiranya Abby ni lagi 'takdak otak' la dari dua orang tu.

P/s: Jangan sampai ada cerita Malaysia 'TIPU' hantar bantuan ke Palestine!!


McTheory:
Tindakan undang-undang perlu diambil segera!!

GEMPAR!! Gombak Berdarah!! Kisah Sebenar Pertempuran Pencacai Pakatan dan Pemuda UMNO!!

Posted: 04 Dec 2012 07:18 PM PST


MALAM tadi bertempat di Batu 9, Gombak Utara, Anwar Ibrahim dan gerombolan pemimpinnya telah datang untuk berceramah menabur fitnah di sana. Maka berduyunlah manusia yang lupa diri dan buta hati telah hadir untuk bersama-sama mendengar fitnah dan caci maki yang dikeluarkan oleh Anwar dan kuncu-kuncunya.

Antara pemimpin lain yang hadir bersama adalah Azmin Ali, Tamrin Ghaffar dan Amiruddin Shaari. Tapi bukan isi ceramah yang Mc nak katakan di sini. Nak bercerita tentang perangai buruk puak pakatan yang bertindak diluar batasan kemanusiaan.

Mc ada ambil dari blog JawaBer6, untuk menerangkan situasi sebenar, apa yang berlaku di Gombak. Sambung baca bawah:

Mungkin malam tadi sudah keluar di facebook puak pakatan yang mengatakan Pemuda UMNO yang datang menyerang ceramah mereka. Mungkin ada juga yang berkata puak mereka yang berdarah dibaling batu oleh orang UMNO.

Ini cerita sebenarnya. Memang Pemuda UMNO telah hadir untuk menghalau petualang bangsa dari mencemarkan kawasan Gombak Utara dari terus menabur fitnah. JB tak nafikan sehingga ada yang sanggup berjalan kaki sejauh 2kilometer dari Pejabat UMNO Gombak Utara. Malah, Tamrin Ghaffar juga terpaksa menaiki motosikal kerana kebanjiran Pemuda UMNO yang berjaga disepanjang jalan.

Pada sejam pertama, tiada apa-apa yang berlaku. Pemuda UMNO hanyalah berkumpul diseberang jalan untuk menunggu kehadiran Anwar Ibrahim berceramah. Tiada acara baling batu, kelapa, kerusi dan pelbagai objek lagi. Semuanya masih dalam kawalan.

Sehinggalah ada tangan jahat dari kumpulan puak pakatan yang mulakan serangan baling batu ke atas Pemuda UMNO. Maka bermulalah episod siri serangan balas-membalas balingan batu sehingga ada yang cedera di pihak UMNO. Siapa yang salah? Bagi JB dua-dua salah. Satu kumpulan provoke, satu kumpulan tak tahan provoke.

Akhirnya polis telah dipanggil untuk mententeramkan keadaan namun tidak berkesan. Akibatnya, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dipanggil untuk menghalang dua kumpulan ini dari terus bergaduh. Ucapan Anwar juga terganggu dan kadang-kadang tersangkut akibat dari tindakan Pemuda UMNO tersebut.

Tapi aku tetap suka cara UMNO Gombak. Berani dan tak gentar hadapi puak pakatan yang berjumlah hampir 1000 orang. Mereka hanya membawa sekitar 100 orang.



McTheory:
Orang memjual, tentunya kita akan membeli..sekarang bukan masa nak rilek-rilek lagi!!

PANASS!! Cikgu PKR yang Di Pecat Penipu Besar!!

Posted: 04 Dec 2012 04:37 PM PST



Korang ingat lagi tak pasal Cikgu di Labuan yang kena buang kerja disebabkan menyokong Anwar Ibrahim hari tu? Kali ni, bekas cikgu tu dah KANTOI menipu beb..

Dalam satu interview dengan media pencacai Pakatan, bekas Cikgu tu kata dia diberi borang keahlian Umno selepas dipecat.. Kononnya, borang tu adalah untuk memaksa dia masuk Umno..

Yang sebenarnya, pompuan tu yang mintak borang tu dari Timbalan Ketua Umno Labuan.. Bukan sekeping beb.., tapi 10 keping...

Korang tengok sendiri surat yang dihantar oleh Datuk Yunus kepada pompuan tersebut.. Kan ada tertulis "SEPERTI DIMINTA" kat surat tu.. Ni membuktikan borang Umno tu diminta sendiri oleh pompuan berkenaan..


Pemangku Ketua Umno Labuan, Senator Datuk Yunus Kurus, dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini mengesahkan, beliau telah menghantar 10 borang keahlian Umno kepada bekas guru berkenaan.

Bagaimanapun, beliau mengatakan ia dihantar atas permintaan Qatrun sendiri, yang meminta borang tersebut melalui SMS, untuk dirinya sendiri dan rakan-rakannya.

Yunus juga mengakui ada menelefon Qatrun untuk mengesahkan laporan bahawa seorang guru agama sementara JAWI berkempen untuk PAS.

"Saya telefon dia tanya betul ke dia masuk PAS. Dia boleh ketawa-ketawa lagi. Saya cakap itu (masuk mana-mana parti) hak kamu.

"Dia minta borang saya kasilah," katanya.

Qatrun sewaktu sidang media juga mengaku bahawa beliau, secara berjenaka, meminta borang Umno dari Yunus.

Penyelaras NGO hak asasi manusia Suaram, Syukri Razab yang menemani Qatrun berkata siri kejadian yang berlaku sebelum Qatrun dipecat mengesahkan pemecatan itu bersifat politik.

Menurutnya, sebab pemecatan itu yang dipercayai berkaitan dengan kehadiran Qatrun ke ceramah pembangkang bercanggah dengan hak asasi manusia untuk berpersatuan.

Mengulas perkara itu, Yunus menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk membuang Qatrun dari tugasnya kerana perjawatan beliau terletak di bawah bidang kuasa JAWI.

"Demi Allah, saya tidak pernah suruh JAWI buang atau pecat dia. Perkara ini perlu dirujuk kepada JAWI lah.

"Bukan saya yang buang. Saya tiada kuasa untuk membuang sesiapa," katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan Qatrun bahawa beliau menyatakan hanya pekerja kerajaan dengan keahlian Umno sahaja boleh berpolitik.

"Tidak ada semua (kenyataan) itu. Itu temberang sahaja," kata Yunus.

Beliau turut menggesa Qatrun menghubunginya sendiri jika Qatrun berkata benar dengan dakwaan-dakwaannya tentang pemecatan itu. sumber MPP


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...