Kedah Ke KL - MctHeory |
- TUDIAA!! Hamas Palestine Ikhtiraf UMNO Lebih Islam Dari Pas?
- PANASS!! Pas Doakan 'BN KO' dan 'UMNO Pecah Perut' Tapi UMNO Tetap Maafkan Pas!! #BNbagus #PAU2012
- PANASS!! Mokhzani Mahathir Kembali Kuatkan Jentera UMNO/BN Kedah!! #BNbagus
- PANASS!! Tok Man Aziz Buat Pas Kedah Jiwa Kacau!! #PAU2012
- TUDIAA!! Nik Aziz Mengaku Tarbiah Puteri dan Wanita UMNO!! #PAU2012
TUDIAA!! Hamas Palestine Ikhtiraf UMNO Lebih Islam Dari Pas? Posted: 03 Dec 2012 07:16 AM PST Peranan Malaysia sebagai agen pengaman telah diiktiraf dunia. Malaysia dipandang tinggi kerana komitmen dan konsistensi dalam memperjuangkan dan menyokong keamanan dunia. Apabila dikatakan Malaysia, maka ia secara automatik membawa erti kepimpinan dan kerajaan Barisan Nasional yang bertindak mewakili suara rakyat Malaysia keseluruhannya. Justeru, secara tidak langsung, tidak salah jika dikatakan bahawa penghargaan tersebut juga dituju kepada Barisan Nasional juga. Sebagai sebuah parti yang mewakili masyarakat Melayu Islam di Malaysia, UMNO, sebagai salah satu komponen BN turut memainkan peranan dalam memperjuangkan keamanan di dunia, terutamanya, dunia Islam. Alhamdulillah, atas segala khidmat bakti itu, hari ini, bukan sahaja Malaysia yang mendapat pengiktirafan, tetapi UMNO juga telah mula dipandang tinggi sebagai pihak yang memainkan peranan penting dalam memperjuangkan keamanan di negara-negara Islam. Ini terbukti apabila Ketua Perhubungan Awam Hamas, Osama Hamdan, iaitu salah seorang daripada ahli panel dalam forum bertajuk Konflik dan Perdamaian Dalam Politik Rakyat - Memandang ke Hadapan atau ke Belakang, yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang akan bermula esok, menyatakan penghargaannya terhadap UMNO kerana banyak menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang hidup dalam keadaan serba kekurangan. UMNO juga, kata beliau, sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin walaupun setelah Hamas mengambil alih pentadbiran negara bergolak itu daripada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Beliau juga secara khusus menghargai kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani isu Palestine dan mengecam keganasan Israel. Antaranya, dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-21 di Phnom Penh baru-baru ini, Datuk Seri Najib telah membangkitkan isu mengenai Palestin dan secara spesifik, meminta Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama agar mengambil tindakan segera untuk menghentikan konflik yang berlarutan di Gaza. Pendirian Malaysia dalam mengiktiraf Palestine sebagai negara berdaulat adalah jelas dan konsisten. Dalam kenyataan Datuk Seri Najib di Sidang Kemuncak Luarbiasa OIC di Mekah, Ogos lalu, beliau menyatakan hal ini secara tuntas. Pendirian ini adalah yang sama yang dipegang oleh kepimpinan UMNO, BN dan Malaysia sejak sekian lama. Di masa yang sama, beliau sentiasa memastikan UMNO melakukan apa jua yang terdaya untuk membantu Palestine sama ada secara bersendirian ataupun kerjasama dengan pihak-pihak tertentu. Antaranya menghantar bantuan makanan dan keperluan pakaian serta ubat-ubatan bagi mengurangkan beban rakyat Palestine. Walaubagaimana seluruh dunia cukup maklum akan pendirian Malaysia dalam isu Palestin-Israel, kita dan juga Palestin, harus bersedia menghadapi risiko perubahan dalam pendirian itu sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil-alih kuasa dalam PRU nanti. Bukan rahsia lagi, bahawa bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat, iaitu Anwar Ibrahim adalah antara penandatangan Annapolis Summit yang menyokong penubuhan negara Israel. Malah, tidak berapa lama dahulu beliau juga mengulangi pendirian ini dengan membuat kenyataan menyokong untuk melindungi keselamatan Israel. Kenyataan yang disiarkan oleh the Wall Street Journal itu menimbulkan kejutan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Rasa terkejut dan kecewa terhadap kenyataan Ketua Pembangkang Malaysia itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Ismail Haniyah kepada Pengerusi Lembaga Pengurusan Yayasan Al-Quds Malaysia, iaitu Nasharudin Mat Isa ketika kunjungan beliau ke Kuwait. Nasharudin, sebagai pemimpin PAS walaupun berkongsi sentimen yang sama dengan umat Islam di seluruh dunia gagal menjelaskan pendirian partinya mahupun pendirian PR dalam isu tersebut. Ini kerana, menyatakan bahawa PAS tidak bersetuju dengan Anwar dalam isu ini adalah tidak cukup, kerana PAS nampaknya sebulat suara bersetuju agar Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan mereka menang dalam PRU nanti. Justeru, pendirian Anwar pasti akan menjadi pendirian parti PR iaitu pendirian kerajaan Malaysia. Sekali gus pendirian peribadi PAS yang mungkin bertentangan, tidak akan membawa makna apa-apa. Malah, pada hari ini juga PAS boleh dikatakan tidak bermakna apa-apa lagi kerana secara realitinya ia sudah terangkum dalam sebuah pakatan di bawah teraju Anwar. Walaupun PAS menuduh UMNO kafir dan murtad serta mendabik dada konon hanya parti itu yang layak dan ikhlas memperjuangkan Islam tetapi 'keIslaman' PAS nampaknya tidak diiktiraf dunia. Manakan tidak, PAS bukan sahaja bersekongkol dan berusaha menobatkan talibarut Zionis pembunuh rakyat Palestin sebagai Perdana Menteri, tetapi PAS juga tidak pernah punya apa-apa jasa kepada umat Islam di dalam negara ini, jauh sekali di negara lain. Hakikatnya, PAS, sebuah parti yang hidup dengan wang derma ahli sendiri, serta wang sumbangan Zionis melalui PKR tidak mampu walaupun untuk mendirikan masjid untuk umat Islam beribadah selain dari 'masjid' rumahtangga dengan masing-masing punya dua hingga empat orang isteri. Selama 2 dekad memerintah Kelantan, PAS hanya mampu mendirikan sebuah masjid sahaja. PAS gagal secara total untuk menaikkan taraf ekonomi rakyat Kelantan dan tidak mampu menjana ekonomi negeri sehinggakan negeri yang diperintah mereka mundur dari segala segi. Dari segi Islam pula, ulama-ulama PAS langsung tidak layak untuk duduk sebaris dengan ulama-ulama tersohor dunia. Ini kerana mereka hanya tahu berceramah di tahap kampungan serta tidak pernah membuat kajian atau apa-apa sumbangan akademik mahupun pembangunan kepada dunia Islam. Justeru, kita tidak hairan apabila Hamas menghargai UMNO dan bukan PAS, dalam menangani isu Palestine yang disifatkan paling 'genting' dan palilng dekat di hati umat Islam pada hari ini. Yang kita hairan ialah kenapa PAS masih tidak malu merasakan parti itu lebih Islam dari UMNO? | ||
PANASS!! Pas Doakan 'BN KO' dan 'UMNO Pecah Perut' Tapi UMNO Tetap Maafkan Pas!! #BNbagus #PAU2012 Posted: 03 Dec 2012 04:37 AM PST Walaupun UMNO Tak guna nama Islam dalam nama parti. Tetapi setiap perbuatan UMNO sekarang ni, semuanya berlandaskan Al-Quran dan Hadis. UMNO semakin hari, memperbaiki parti menjadi lebih Islamik dan relevan pada semua rakyat Malaysia. Manakala Pas pula, semakin hari, semakin teruk, hinggakan sanggup gadaikan Islam dan doakan umat Islam lain hancur demi kemenangan politik. Jadi parti mana yang benar-benar Islam di Malaysia sekarang ni? Pas ke UMNO? McTheory: PAS? Parti Ajaran Sesat! | ||
PANASS!! Mokhzani Mahathir Kembali Kuatkan Jentera UMNO/BN Kedah!! #BNbagus Posted: 02 Dec 2012 11:38 PM PST Mc ada terbaca mengenai tulisan Cikgu Lokman, antara ahli kelab Chedet yang aktif di Kedah. Mc rasa pembaca patut membaca apa yang beliau tulis mengenai Mokhzani. Kedah mempunyai 15 kerusi Parlimen dan hanya 4 sahaja yang dapat dipertahankan oleh Barisan Nasional pada tahun 2008. Antara kerusi parlimen tersebut ialah Langkawi, Kubang Pasu, Jerlun dan Alor Setar. Sama ada kita sedar atau tidak, semua kerusi tersebut adalah kawasan yang mempunyai kaitan dengan Tun Dr Mahathir. Parlimen Alor Setar (Kota Setar) adalah parlimen pertama Tun bertanding. Manakala Kubang Pasu dan Langkawi sinonim dengan beliau sepanjang menjadi Perdana Menteri. Jerlun pula sebuah kawasan baru dan cuba dijadikan kubur politik Mukhriz pada PRU12, tetapi tanpa dijangka dan kuasa Yang Maha Esa, usaha jahat ini tidak terlaksana. Siapa sangka 'magis' dan 'bisa' negarawan ini masih kuat auranya dalam politik di Negeri Kedah. Legasi perjuangan negarawan tersohor ini harus diteruskan melalui anak ketiga beliau iaitu Mokhzani. Beliau adalah antara individu terbaik untuk memikul harapan dan cabaran untuk membantu kemenangan salah satu kerusi Parlimen di Kedah pada PRU13. Malah ramalan banyak kerusi yang dijangkakan akan kembali memihak kepada BN pada pilihnraya akan datang boleh menjadikan kehadiran 2 orang anak negarawan ini untuk mengukuhkan UMNO dan Barisan Nasional di Kedah. Umum mengetahui ketika zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir, anak-anak beliau tidak dibenarkan bertanding. Selepas persaraan Tun, hanya Mukhriz sahaja dibenarkan aktif berpolitik dan Mokhzani terpaksa mengalah. Keadaan kini sudah berubah, Tun Dr Mahathir harus membenarkan Mokhzani turun ke gelanggang membantu kemenangan BN Kedah. Pengalaman menjadi Ketua Pemuda UMNO Merbok, Bendahari Pemuda UMNO Malaysia dan Bendahari UMNO Negeri Kedah adalah aset besar untuk Mokhzani terlibat semula secara aktif. Dengan kekayaan perniagaan dan diiktiraf antara orang Melayu terkaya, beliau tidak perlukan jawatan politik untuk mengumpul harta. Ketika politikus lain hanya mempunyai jaket keselamatan atau pelampong untuk berenang, Mokhzani sudah mempunyai bahtera untuk meredah dan belayar di samudera politik Malaysia. 'Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya' : 'Kalau tidak diberikan peluang, manakan nampak kehebatannya'. Komen: Betul apa yang diperkatakan oleh Cikgu Lokman, Mokhzani satu nama besar. Malah beliau dihormati oleh orang UMNO atau Pas. Malah ditempat beliau, beliau lebih popular dan dihormati berbanding adun dikawasan itu sendiri. Mc sokong Mokhzani kembali membantu UMNO di Kedah. Kehadiran Mokhzani menguatkan lagi jentera UMNO/BN Kedah. Cuma Mc harap, beliau berhati-hati memilih orang disekelilingnya. Sebab nama besar seperti beliau boleh rosak cuma dengan salah langkah. McTheory: Contoh ada depan mata, malas nak sebut saja.. | ||
PANASS!! Tok Man Aziz Buat Pas Kedah Jiwa Kacau!! #PAU2012 Posted: 02 Dec 2012 07:16 PM PST Wakil Kedah, Othman Aziz, seorang adun yang juga bekas Pengurus bola sepak Kedah. Amat dihormati orang ramai. Beliau dalam ucapannya menghentam Kerajaan Negeri Kedah yang hidup segan, mati tak mahu! | ||
TUDIAA!! Nik Aziz Mengaku Tarbiah Puteri dan Wanita UMNO!! #PAU2012 Posted: 02 Dec 2012 04:36 PM PST
Mc tidak pasti sama ada hendak menangis atau ketawa apabila Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Paling Lama Di Dunia, Nik Ajis Nik Mat meminta UMNO untuk mengenang jasa-jasa PAS kerana hasil tarbiyah Kerajaan PAS Kelantan, Wanita dan Puteri UMNO sudah ramai yang menutup aurat iaitu bertudung! Nik Aziz Nik Mat memang seorang yang perasan dan masuk bakul angkat sendiri. Mc berani mengatakan Puteri-Puteri dan Wanita-Wanita UMNO menutup aurat di atas kerelaan hati mereka sendiri dan mendapat hidayah dari Allah kesan dari dakwah yang saban hari dijalankan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Ianya pasti bukan dari tarbiyah PAS dalam ceramah-ceramah Tin Milo PAS yang sarat dengan fitnah dan maki hamun kepada orang ramai terutama kepada UMNO. Buat pengetahuan Nik Aziz, kalau betullah dakwaan Nik Aziz bahawa kempen menutup aurat di Kelantan berjaya, kenapa masih ramai perempuan-perempuan Kelantan yang tidak bertudung, berpakaian seksi dan mendedahkan aurat? Sumber asal CTS |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment