Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT!! Kisah Benar yang Sedih Seorang pelacur!!
- TUDIAA!! Doa Pas Tak Seperti Orang Islam - Ustaz Fathul Bari
- PANASS!! Cerita dan Fakta Mengenai Negara Yang Hilang Dari Muka Bumi!!
- PANASS!! Melayu Singapura Minta Melayu Malaysia Sokong BN!! #BNbagus
- PANASS!! Pemuda Usaha Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) Untuk Orang Muda!! @NajibRazak @KhairyKJ
- PANASS!! Mat Maslan Nak Saman Harakah dan Suara Keadilan!!
HOT!! Kisah Benar yang Sedih Seorang pelacur!! Posted: 02 Dec 2012 10:21 AM PST
Seorang perempuan bernama Analisa, perempuan melayu Islam yang bermula kisahnya sebagai tukang urut.dari seorang tukang urut lowclass kepada highclass.. hurm memang lumayan,tapi penat.. bapanya yang tidak bekerja masa itu,membuatkannya terdesak memerlukan wang. ibu bapanya selalu bertengkar kerana wang. suatu hari mereka bergaduh besar sehingga kata cerai terlafaz dari mulut si ibu.. Analisa dapat melihat gelunggan airmata yang hampir jatuh di pipi bapanya.. sehingga suatu hari,kawan baik bapanya yang tahu masalah keluarga Analisa menawarkan sejumlah wang yang besar pada Analisa. Analisa menerima tanpa rela kerana niat ingin menolong keluarga.. bermulalah kisahnya sebagai pelacur ketika usianya 14 tahun.. Rm 2ribu dalam gengaman.. kerja urut yang hanya mendapat Rm100 dilupakan terus.. Ianya berlarutan sehingga umurnya mencecah 22 tahun.. Analisa bijak,setahun hanya 5-8 orang yang dilangganinya.. 30-40 ribu dalam akaun..tapi dia teramat *****.. kerana bergantung hidup cara kotor ini.. Ceritanya kian berubah apabila bertemu seorang jejaka pilihan,Muhammad yang sanggup menerimanya walaupun dia pelacur.. tapi Analisa masih ada satu kontrak dengan pelangganya. dia melakukan secara senyap tanpa pengetahuan buah hatinya itu.. Muhammad baru sahaja dibuang kerja,maka Analisalah yang menanggung kos perbelanjaan mereka berdua,memandangkan mereka sudah tinggal sebumbung. azam Analisa itulah kontrak terakhirnya...tanpa dia tidak sedar Muhammad sebenarnya dapat merasa apa yang dilakukan Analisa. Analisa dapat kerja lain sebagai pelayan kelab malam (GRO).. pendapatannya dijanjikan sungguh lumayan. 4-5 ribu..dalam tangan. Analisa menjadi rebutan semua lelaki yang gemar ke kelab malam.. Analisa diibarat perempuan highclass, primadona di kelab itu. harganya jauh berbeza dari GRO yang lain. cukup mahal. hanya orang-orang atasan sahaja,dan kaya dapat mendampinginya. Analisa menjadi rebutan.. cintanya terhadap Muhammad makin menebal apabila mendapati dirinya mengandung.. Muhammad menerima dengan ikhlas...mereka pun berkahwin. Tapi semuanya berubah selepas anak mereka lahir.. Muhammad kian berpaling tadah.. dia mula menjalinkan hubungan dengan perempuan lain.. Analisa marah dan betul2 kecewa... lalu Muhammad mengungkit kisah lama Analisa.. dia berkata 'dulu kau jadi perempuan jalang,anjing betina, aku sikit pun tak bising,skarang jangan nak melenting!' bukan sekali dua banyak kali ini berlaku... hanya satu Analisa minta pengampunan bukan hukuman.. tapi ini yang dia terima... dia hanya meneruskan sisa2 hidup dengan harapan dia diberikan kesempatan, sepenuh kasih sayang dari suaminya. dan lebih2 lagi,, pengampunan... 'Ya Allah,kau lagi maha mengetahui lagi Maha mengampun.. kau ampunkanlah setiap inci dosa2ku..kau terimalah aku hambamu ini yang begitu jijik,kotor, hina... kalau dulu aku hanya berdoa supaya kau satukan aku dengan suamiku sebagai pasangan suami isteri yang sah kerana aku tidak mahu lagi bergelut dengan dosa, kini aku meminta hanya satu lagi harapan dan doa.. kau bahagiakanlah suamiku yang kusayangi.. kebahagiaannya,adalah keceriaanku,walaupun aku harus berkorban berganjak pergi, hanya untuk kebahagiaannya dan terbaik untuknya. aku rela dan sanggup... kau makbulkanlah Ya Allah...' setelah itu,Analisa menghembuskan nafasnya ditikar sembahyangnya dengan iringgan airmata,hanya anak kecilnya yang menemani Analisa semasa Analisa menghembuskan nafas terakhir.anak kecilnya tidur dalam rangkulannya.. Wahai semua yang membaca kisah ini,mari sama2 kita berdoa dan sedekahkan Al Fatihah kepada Analisa binti Abdullah. | ||
TUDIAA!! Doa Pas Tak Seperti Orang Islam - Ustaz Fathul Bari Posted: 02 Dec 2012 05:13 AM PST KUALA LUMPUR - Cara yang dipraktikkan Pas ketika mendoakan kehancuran UMNO adalah tidak mengikut kaedah Islam seperti yang dilakukan Nabi Muhammad SAW, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahya. Beliau berkata dalam doa itu, Pas tidak menjelaskan secara spesifik bentuk kezaliman yang dimaksudkan, seolah-olah menuduh seluruh anggota UMNO berlaku zalim. Ketika membahaskan usul agama dan pendidikan di Perhimpunan Agung UMNO 2012 semalam (Ahad), beliau menceritakan kisah Nabi Muhammad SAW yang mendoakan supaya Allah melaknat pihak yang menipu baginda semasa meminta nabi mengutuskan 70 pakar al-Quran untuk memenuhi beberapa kabilah, namun dibunuh di pertengahan jalan. "Nabi doakan laknat ke atas mereka dalam setiap solat nabi selama sebulan, doa dalam qunut nazilah. Kemudian, Allah turunkan ayat menegur perbuatan nabi, dan nabi hentikan perbuatan itu. "Doa nabi khusus kepada orang yang melakukan kezaliman itu, nabi sebut nama satu persatu. Persoalan sekarang doa yang dibaca Pas disebut perkataan umum, iaitu UMNO," katanya. "Adakah kita semua di sini menzalimi mereka? Adakah kita semua di sini menghancurkan mereka? Adakah kita semua di sini rasuah?," katanya disambut laungan "tidak!" oleh perwakilan UMNO. Fathul Bari berkata doa oleh Nik Razi Nik Mat, adik kepada Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini menggunakan kaedah yang salah dan tidak memenuhi kriteria doa orang yang dizalimi. Mengikut kaedah Islam, doa itu perlu dirujuk kepada satu pihak secara spesifik bersama bukti, perlu diletak perkataan "sekiranya" jika tidak Pasti dan perlu ada pernyataan memaafkan kepada pihak yang dirujuk, katanya. -BERNAMA Video bahas usul Agama Ustaz Fathul bari boleh tengok kat bawah! | ||
PANASS!! Cerita dan Fakta Mengenai Negara Yang Hilang Dari Muka Bumi!! Posted: 02 Dec 2012 01:15 AM PST Setelah adanya penggabungan / pemisahan dan juga penukaran nama , banyak negara yang ada diantaranya sangat dikenali umum, telah hilang atau lenyap dari peta dunia . Senarai yang di sertakan ni bukanlah yang lengkap dan muktamad tapi masih lagi tepat sebagai rujukan tentang negara yang telah tiada . » Abyssinia : Nama lama bagi Ethiopia sehingga awal abad ke 20 » Austria - Hungary : Sebuah kerajaan monarki ( juga dikenali sebagai Empayar Austro-Hungarian ), yang ditubuhkan pada tahun 1867 yang merangkumi kawasan ( pada hari ini )Austria, Hungary, Poland, sebahagian Czech Republic, Itali, Romania dan beberapa negaraBalkan . Empayar ini telah runtuh pada hujung Perang Dunia Yang Pertama . » Basutoland - Bertukar menjadi Lesotho pada tahun 1966 » Bengal - Sebuah kerajaan yang merdeka dari tahun 1338 sehingga 1539 . Sekarang ini merupakan sebahagian dari negara Bangladesh dan India . » Burma - Nama nya telah ditukar secara rasmi kepada Myanmar pada tahun 1989 namun banyak negara/individu yang tidak menyedari perubahan ini dan masih mengenalinya sebagai Burma . » Catalonia - Sebelumnya adalah sebuah negara autonomi di Sepanyol . Pernah mendapatkan kemerdekaan dari 1932 - 1939 sebelum kembali menjadi daerah di negara tersebut . » Ceylon - Menukar nama menjadi Sri Lanka pada tahun 1972 » Champa - Terletak di bahagian tengah dan selatan Vietnam hari ini . Merupakan sebuah kerajaan dari abad ke 7 sehingga ia runtuh pada 1832. » Corsica - Pulau Mediterranean ini pernah diperintah oleh beberapa kuasa besar dan juga pernah beberapa kali mendapatkan kemerdekaannya . Pada hari ini , ia termasuk dalam negara Perancis . » Czechoslovakia - Berpecah secara aman pada tahun 1993 menjadi negara Slovakia danCzech Republic. » Jerman Timur & Jerman Barat - Bergabung pada tahun 1989 dan membentuk Kesatuan Jerman . » Pakistan Timur - Memisahkan diri dari Pakistan pada tahun 1972 dan membentukBangladesh. » Gran Colombia - Sebuah negara di Amerika Selatan dari 1819 sehingga 1930 yang pada hari ini membentuk Colombia, Panama, Venezuela dan Equador . Negara Gran Colombia berpecah apabila Venezuela dan Equador memutuskan untuk keluar dari penyatuan. » Hawaii - Walaupun mempunyai kerajaan selama beratus ratus tahun, Hawaii tidak pernah diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka sehingga 1840. Setelah merasai kemerdekaan selama 58 tahun, akhirnya Hawaii menyertai United States Of America pada 1898. » New Granada - Merupakan sebahagian dari Gran Colombia dari 1819-1830, negara ini mendapatkan kemerdekaan pada tahun1830 sehingga 1858. Kemudian negara ini dikenali sebagai nama Grenadine Confederation (1858), United States Of New Granada (1861), United States Of Colombia (1863) dan akhirnya Republic Of Colombia (1886-sehingga sekarang) » Yaman Utara & Yaman Selatan - Yaman berpecah pada tahun 1967 dan membentuk 2 negara iaitu Yaman Utara ( Dikenali Sebagai Republik Arab Yaman ) dan Yaman Selatan ( Dikenali sebagai Republik Demokratik Rakyat Yaman ) sebelum kembali bersatu pada 1990 dan kembali menjadi Yaman. » Empayar Uthmaniyyah - Juga dikenali sebagai Empayar Turki, bermula dari tahun 1300 merangkumi kawasan selatan Russia, Turki, Hungary, Sebahagian Negara Balkan, Afrika Utaradan juga Timur Tengah . Empayar ini runtuh pada 1932. » Persia - Empayar Persia mengunjur dari Laut Mediterranean sehingga ke benua kecil India . Persia Moden telah ditubuhkan pada abad ke 16 dan semakin mengecil sehingga dikenali sebagai Iran pada hari ini . » Prussia - Menjadi koloni Belanda pada tahun 1660, dan bertukar menjadi kerajaan pada kurun selepasnya. Pada zaman kegemilangannya, ia merangkumi 2/3 negara Jerman dan wilayah barat Poland . Menjadi wilayah Jerman pada Perang Dunia Ke 2 dan terus dimansuhkan selepas itu . » Rhodesia - Bertukar nama pada tahun 1980 menjadi Zimbabwe . » Siam - Menjadi Thailand pada tahun 1939. » Sikkim - Sekarang ini merupakan daerah utara India . Sikkim merupakan sebuah kerajaan merdeka sejak dari kurun ke 17 sehingga 1975. » Vietnam Selatan - Wujud sekitar 1954 - 1976 sebagai wilayah anti komunis . Menyertai semula Vietnam selepas itu . » Southwest Afrika - Memperolehi kemerdekan pada tahun 1990 dan menukar nama menjadi Namibia. » Taiwan - Walaupun Taiwan masih wujud sehingga ke hari ini , ia masih dalam tuntutan negara China dan banyak negara masih belum mengiktiraf Taiwan sebagai negara merdeka . Taiwan adalah ibunegara yang pernah mewakili China ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sehingga 1971. » Tanganyika dan Zanzibar - 2 buah negara ini bergabung pada tahun 1964 dan membentuk Tanzania. » Texas - Republic Of Texas mendapat kemerdekaannya dari Mexico pada 1836 dan kekal sebagai sebuah negara selama 9 tahun sebelum menyertai United States pada tahun 1845. » Tibet - Tibet merupakan sebuah kerajaan sejak dari abad ke 7 sebelum dijajah oleh China pada tahun 1950. Kini ia merupakan sebuah wilayah autonomi China yang dikenali sebagaiXiZang » Transjordan - Menjadi Kerajaan Jordan pada tahun 1946 » USSR - Kesatuan Soviet telah berpecah kepada 15 negara pada 1991 iaitu Armenia, Azerbaijan, Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Latvia, Lithuania, Moldovia, Russia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan. » Urjanchai Republic - Terletak di Selatan Tengah Russia, menjadi negara hanya selama 2 tahun iaitu dari 1912-1914, sebelum kembali menjadi wilayah dalam Russia . » Vermont - Pada 1777, Vermont mengisytiharkan kemerdekaan dan kekal sebagai sebuah negara sehingga 1791. Menjadi negara pertama yang menyertai United States selepas penyatuan 13 koloni awal. » West Florida - Menjadi Republik dengan dianggotai Sebahagian Florida, Mississippi dan Lousiana pada 1810 , namun kemerdekaan mereka hanya bertahan selama 90 hari. » Western Samoa - Menjadi Samoa pada 1998. » Yugoslavia - Berpecah akibat dari perang etnik pada 1990 dan membentuk negara negara Bosnia, Croatia, Macedonia, Serbia & Montenegro dan Slovenia. » Zaire - Menukar nama menjadi Democratic Republic Of Congo pada tahun 1997. sumber | ||
PANASS!! Melayu Singapura Minta Melayu Malaysia Sokong BN!! #BNbagus Posted: 01 Dec 2012 10:16 PM PST Melayu Singapura ada memberi ingatan kepada orang-orang Melayu di Malaysia khususnya. Lihat sendiri apa yang dia kata. Mesej yang terlalu jelas buat semua. Jika difahami apa yang tersirat, pasti sebak. Agaknya apa nasib orang Melayu yang kini sudah tidak punya kuasa di sana? Bumi dipijak milik orang! Salah undi akan mengakibatkan kesengsaraan maka gunakan kebijaksanaan sebagai pemilih kelak di PRU13. Sumber dari Keris7Lok | ||
PANASS!! Pemuda Usaha Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) Untuk Orang Muda!! @NajibRazak @KhairyKJ Posted: 01 Dec 2012 07:16 PM PST Usul untuk membuat BL1M adalah sangat bagus, tapi nampaknya Tuan Presiden tak sebut pun dalam pergulungan, namun Mc harap Tuan Presiden UMNO dapat buat pertimbangan. Masih ramai keluarga yang tidak mampu untuk membuat lesen kenderaan atas kerana kosnya yang tinggi, diskaun 50% adalah bersesuaian, bagi mengurangkan beban oleh keluarga yang berpendapatan rendah. McTheory: Kalau BN tak buat, nanti Pakatan pula yang curi! | ||
PANASS!! Mat Maslan Nak Saman Harakah dan Suara Keadilan!! Posted: 01 Dec 2012 06:19 PM PST KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan hari ini mengeluarkan kenyataan FELDA akan menyaman AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman atas kenyataannya menuduh FELDA menjual Minyak ke Israel. Turut akan disaman ialah akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang menyebarkan berita tersebut diakhbar mereka. Fitnah daripada AJK PAS Pusat itu telah dipaparkan dalam akhbar Suara Keadilan bertajuk 'Najib Mesra Israel' bertarikh 27 November 2012 manakala Harakah bertajuk 'Minyak Sawit Jual Ke Israel' yang secara jelas adalah sandiwara politik yang berunsur fitnah. Katanya dalam satu sidang media, AJK PAS itu memfitnah bahawa Bunge Agribusiness Singapore Private Limited ialah syarikat Israel. Itu tidak benar, Bunge Agribusiness Singapore Private Limited bukan syarikat Israel. Ia adalah anak syarikat Bunge Limited, sebuah syarikat senaraian awam di Amerika Syarikat, iaitu negara yang Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dan perdagangan. Fitnah ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh Ahmad Maslan dan telah berbincang dengan peguam FELDA untuk tindakan saman. Dalam perkembangan berasingan, Ahmad Maslan turut menyatakan FELDA sebelum ini telah menyaman akhbar Suara Keadilan atas fitnah FELDA Bankrap yang sekarang ini dalam proses mahkamah. -PutajayaOnline. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment