Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


GEMPAR!! Mangsa Pertama Terkena Radiasi #LYNAS!!

Posted: 10 Dec 2012 07:16 AM PST



Sebentar tadi seorang sumber dari Kuantan Pahang telah SMS katanya dah ada beberapa orang terkena radiasi nadir bumi Lynas..Cuak jugak aku dengar berita tu..

Jadi aku nak pastikan cerita tu betul ke tidak aku terus kontek member aku kat Gebeng...Rupa rupanya memang benar sebab ada orang kampung dah berani pegang nadir bumi tu..

Korang lihat sendiri betapa beraninya orang kampung Gebeng yang tak takut mati seperti Cina dan pencacai Himpunan Hijau . Siap boleh pegang lagi nadir bumi yang didakwa merbahaya oleh puak-puak pembangkang.


Kesimpulannyq nadir bumi Lynas ini sebenarnya tak merbahaya pun seperti didakwa pembangkang . Mereka hanya mahu politikan isu ini bagi membolehkan berarak seperti Himpunan lalat Hijau .

Yang tak tahannya kini puak cacai PR duk spin kata Nadir Bumi tu selamat tapi yang tak selamatnya sisa bahan buangan pulak dah..Aduhaii lawak babi betul la cacai PR ni dulu kata nadir bumi tu yang tak selamat.La ni duk spin kot lain pulak..Hoi cacai korang taktau ke yang tempat sisa buangan tu dibuat ikut spesifikasi..

Korang tu bukan pakar dalam bidang ni so tak payah la nak tunjuk pandai..Kalau pandai korang taklah jadi cacai PR..PR ni suka cacai yang bodoh boleh kena kencing saja. - Medan Tempur

EKSKLUSIF!! Pas Kedah ZALIM Berkenaan Mengila Tebang Balak!! - YB @TajudinSik

Posted: 10 Dec 2012 04:37 AM PST


Kehadiran Mantan Perdana Menteri, Ayahnda Tun Mahathir ke Sik telah menyuntik semangat kepada ahli UMNO Sik supaya memberi sokongan padu kepada calon yang dipilih oleh kepimpinan parti untuk menghadapi PRU 13 ini.

Sebelum memberi ucapan di dewan IKM Sik, Ayahnda Tun Mahathir telah di bawa Ketua UMNO Bahagian Sik, YB Datuk Tajudin Abdullah ke kampung Landai yang terletak di Gulau, Sik untuk melihat kezaliman yang telah di lakukan Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran PAS kepada penduduk di kampung tersebut.



Akibat pembalakan yang di lakukan oleh  Kerajaan Negeri tidak terkawal, penduduk di kampung berkenaan terpaksa berhadapan dengan satu masalah besar apabila jambatan yang baru di bina belum pun sebulan, melalui peruntukan Kerajaan Pusat telah runtuh setelah kayu-kayu balak dan sisa-sisa pembalakan yang di lakukan Kerajaan Negeri telah merempuh jambatan ketika banjir baru-baru ini.

Jambatan berkenaan merupakan satu-satunya jalan di gunakan penduduk kampung untuk ke jalan utama yang terletak di seberang sungai.

Rata-rata penduduk kampung berkenaan merasa bimbang dengan permasalahan yang sedang mereka hadapi kerana anak-anak mereka yang bakal mulakan persekolahan tidak lama lagi, terpaksa melalui jambatan yang rosak teruk untuk ke sekolah.

Lebih membimbangkan penduduk kampung berkenaan apabila berlaku kematian kerana kesukaran penduduk kampung untuk mengusung jenazah ke kubur yang terletak di seberang sungai .

Justeru dari permasalahan yang di hadapi penduduk kampung, Adun Belantik, Tajudin Abdullah meminta Kerajaan Negeri mengambil sikap bertanggungjawab ke atas kezaliman yang telah di lakukan mereka terhadap rakyat. - Media Kedah

Video YB Datuk Tajudin perli Pas Kedah boleh tengok kat bawah ni,


McTheory:
Pas Kedah cari duit dengan tebang balak saja.. yang lain mana depa tau!

EKSKLUSIF!! Pas Kedah Mahu Salahguna Tanah Wakaf Buat Markas Pas!! #TukarKedah

Posted: 10 Dec 2012 12:25 AM PST



Pagi tadi lebih kurang pukul 11 pagi, bertempat di Balai Polis Kubur Panjang, Pendang. 1 laporan polis telah dibuat oleh sekumpulan penduduk kampung diketuai oleh Ustaz Zolkifli Deris berhubung tindakan puak Gerombolan Regim Zionis Pas Kedah yang mahu menggunakan tanah wakaf Pondok Awladiyah Batu 19, Jalan Kubur Panjang untuk dijadikan markas Pas Dun Sg Tiang. Pondok Awladiyah ditubuhkan pada tahun 1950an kini telah dijadikan sebagai Tabika Pasti milik Pas.

Kini pihak gerombolan lalat hijau mahu pula mengambil tanah wakaf tersebut kononnya untuk dimajukan semula walhal sebenarnya mahu dijadikan markas Pas Dun Sg Tiang. Inilah tembelang sebenar puak gerombolan perut hijau ini. Mereka berulangkali menuduh bahawa BN telah membunuh sekolah pondok, namun hakikat sebenar, selama ini puak perut hijau inilah yang telah membunuh sistem sekolah pondok dengan menyalahgunakannya demi kpentingan politik sempit Pas.

Dulu pondok Awladiyah ini dipenuhi dengan ramai pelajar daripada seluruh Kedah, namun sejak ada pihak yang mnjadikan pondok Awladiyah sebagai medan tempat untuk berpolitik kepartian, pondok Awladiyah telah hilang serinya sebagai sebuah pondok yang tersohor sehingga menyebabkan pondok tersebut telah mati fungsinya.

Sebelum ini Tun Abdullah Ahmad Badawi sudah pun meninjau ke pondok Awladiyah untuk dimajukan semula bagi mengembalikan kegemilangan Pondok Awladiyah. Namun hasrat mulia Tun Abdullah tidak mendapat perhatian oleh segelintir ahli lembaga pengarah Pondok Awladiyah yang totok Pas.

Penganut Pas lebih pentingkan politik daripada sistem pengajian pondok yang sudah menjadi tradisi di bumi Kedah..ayuh..jom kita bangkit menentang puak Gerombolan Regim Zionis Pas Kedah yang semakin rakus merosakkan sistem pendidikan pondok dgn menyalahgunakannya untuk dijadikan sbg tempat untuk survival politik sempit Pas..INGAT PAS INGAT MAKHLUK PEROSAK!!!

Terima Kasih Aktivis UMNO Pekan Naka, kerana mengulas panjang mengenai perkara ini. Rakyat Kedah, hatta rakyat Malaysia seharusnya memandang serius mengenai perkara ini. Salahguna pondok pengajian agama, memang menjadi masalah besar dalam masyarakat kita.

Kita mahu mendidik anak-anak kita menjadi lebih mulia, berakhlak soleh. Namun bila dihantar ke pondok, balik rumah lain pulak jadinya. Anak kita jadi TOTOK Pas yang tegar!! Atas sebab demikian, pondok pengajian agama banyak yang ditutup dan tidak dibantu oleh kerajaan. Macam mana nak bantu kalau semuanya TOTOK PAS yang menentang kerajaan.

Mc berharap, kejadian di Kubur Panjang ini menjadi permulaan teladan yang patut kita renungkan. Jangan biar Pas perut hijau terus menguasai pondok!! Selamatkan Pondok Awladiyah dari dicemari oleh politik bodoh sempit Pas!!

McTheory:
Selamatkan Pondok pengajian agama dari disalahguna oleh Pas mangkuk hayun tuu..

PANASS!! Ayahanda Tun Dr Mahathir Bidas Pas Kedah 'Tak Reti Nak Tadbir Negeri'!! #TukarKedah

Posted: 09 Dec 2012 07:16 PM PST


Rakyat Malaysia patut menilai kata-kata Ayahanda Tun Mahathir, Jangan Pilih orang yang bukan dalam bidangnya! bermaksud "Kita Jangan Pilih Orang Yang Tidak Pandai Mentadbir" seperti PAS Kedah yang tidak pandai mentadbir Kerajaan Negeri.

Kalau pilih lawyer untuk buat pembedahan terhadap pesakit jantung, sudah pasti pembedahan itu gagal! Pas mungkin pandai dalam bidang lain, tapi dalam pentadbiran, Pas gagal!

Apa yang Mc nampak, Pas hanya pandai dalam berceramah saja la.. he he

PANASS!! Akibat Fauzi Shaari Jadi Calon Pas, 1500 orang Pas Boikot tak mengundi!! #PasISdeath

Posted: 09 Dec 2012 04:36 PM PST


Semuanya gara-gara keputusan Pas Pusat. Ghairah meletakkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yang baru empat bulan menyertai Pas sebagai calon bertanding Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) punca ahli akar umbi mula bertelagah.

Fauzi Shaari
Strategi Pas Negeri dan Pusat itu telah menimbulkan kekalutan baru selepas Yang Dipertua Pas Kawasan Larut, Dr Mohd Dhari Othman yang awalnya dipersetujui calon bertanding di kerusi Dun Selama, terpaksa digugurkan.

Calon baru di kerusi Dun Selama pula adalah Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri, Mohd Akmal Kamaruddin yang terpaksa memberi laluan kepada Fauzi membuatkan ahli akar umbi tidak senang duduk.

Semalam menjadi kemuncak bantahan apabila kira-kira 1,500 ahli Pas di enam cawangan utama dalam Dun Selama nekad tidak keluar mengundi pada PRU13 rentetan pengguguran Mohd Dhari.

Ketua Pas Cawangan Sungai Bayor, Ahmad Zanian Md Shuhor berkata, Pas Negeri menerusi Pesuruhjayanya, Abu Bakar Hussain telah mengumumkan Mohd Akmal adalah calon Pas Dun Selama.


Akmal Kamarudin, Menantu Kesayangan Hadi Awang

Menurutnya, pengumuman itu dibuat ketika perjumpaan beliau dengan Pas Kawasan Larut termasuk Majlis Tindakan Dun (MTD) Selama, cawangan-cawangan dan Unit Peti Undi (UPU) Selama.

"Dr Mohd Dhari sebelum ini telah diuar-uarkan dan dipersetujui akan menjadi calon Pas bagi Dun Selama.

"Manakala Mohd Akmal pula sepatutnya menjadi calon untuk Parlimen Larut. Pertukaran berlaku apabila Pas Pusat membawa masuk Datuk Mohd Fauzi Shaari yang baru empat bulan menyertai Pas diangkat sebagai calon Parlimen Larut," katanya pada sidang media di Markas Pas Kampung Tapah, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Pas Cawangan Kampung Tapah, Abdullah Man dan Timbalan Ketua Cawangan Pas Kampung Tapah, Mohd Yatim Judin.

Beliau berkata, semua ahli Pas di cawangan Kampung Tapah, Kampung Garok, Kampung Teluk Mas, Sungai Bayor, Kampung Air Kuning dan Redang Panjang kecewa dan membantah keputusan meletakkan Mohd Akmal sebagai calon bagi Dun Selama.

"Alasan tersebut turut disokong beberapa faktor yang menyebabkan kami di sini menolak beliau sebagai calon.

"Yang pertama, Mohd Akmal bukan anak tempatan Selama tetapi beliau berasal dan tinggal di Batu Kurau, manakala Mohd Dhari ialah anak jati tempatan Selama dan dilahirkan di Kampung Tapah.

"Malah, Mohd Dhari sememangnya telah sekian lama menjalankan kerja-kerja parti di kawasan Larut khususnya Dun Selama hingga beliau sangat dikenali semua peringkat umur masyarakat di sini," katanya.

Ahmad Zanian berkata, selain itu, dari segi kewibawaan pula, Mohd Akmal masih muda dan belum cukup berpengalaman sedangkan Mohd Dhari begitu banyak pengalaman serta berpendidikan tinggi.

"Lebih mengecewakan apabila kini seperti wujud tindakan mengutamakan kroni kerana Mohd Akmal adalah menantu kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya.

Beliau berkata, penyingkiran Mohd Dhari sebagai calon adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

"Hal ini kerana, menjadi kezaliman, penganiayaan dan penghinaan terhadap beliau yang telah sekian lama mengabdikan diri kepada perjuanganPas," katanya.

Menurutnya, walaupun telah beberapa kali pihak Pas Cawangan, MTD Selama, dan Pas cawangan-cawangan membuat rayuan dan perundingan dengan Pas Pusat serta Negeri, namun suara di peringkat akar umbi langsung tidak didengari atau diambil kira oleh pihak atasan.

"Sebelum ini sebanyak dua kali rayuan dibuat dan terbaru pada 3 November lalu jam 2 petang satu perjumpaan pihak Jawatankuasa Harian dengan Ketua-Ketua Cawangan dan UPU dalam Dun Selama telah diadakan.

"Pada perjumpaan itu, satu undian telah dibuat dan Mohd Dhari telah mendapat 14 undian manakala Mohd Akmal hanya mendapat 9 undian.

"Daripada keputusan itu, jelas menunjukkan bahawa kami di sini tetap mahukan Dr Mohd Dhari sebagai calon atas banyak faktor yang sememangnya memberi keyakinan," katanya.


McTheory:
Patut si Fauzi Shaari nak masuk Pas sangat, rupanya ditawar jadi CALON cehh!!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...