SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa ceramah Jelayah Merdeka Rakyat yang dihadiri Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan Gombak, Selangor malam tadi diganggu lagi, berakhir dengan pergaduhan membabitkan penyokong PKR dan Umno.
Dalam insiden itu, anggota PKR dan Umno dilaporkan mengalami kecederaan termasuk ada yang ditikam.
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kali ini selain serangan batu, tong sampah dan peralatan lain, "kita dikejutkan oleh tikaman pisau yang disyaki dilakukan oleh salah seorang anggota Pemuda Umno."
Serangan itu dilaporkan berlaku di pekarangan Masjid Zakariah, Batu 8, Gombak Utara.
Pemuda Umno dijadual mengadakan sidang media di Kuala Lumpur tengah hari ini berhubung insiden tersebut, yang menarik perhatian ketika Pilihan Raya Umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan.
"AMK tegaskan bahawa ini merupakan tindakan bacul dan ala pengganas. Dalam tweet Ketua AMK malam tadi, Khairy selaku Ketua Pemuda Umno telah didesak untuk menjelaskan insiden berdarah ini," kata beliau.
Kata beliau, jika ini benar pihaknya menggesa pihak Polis Diraja Malaysia agar segera mengambil tindakan tegas menahan pihak terbabit.
Khairy menerusi Twitter pagi ini berkata, "insiden Gombak semalam: Siasat semua pihak. Politik keganasan mesti ditolak. Tapi siapa mula provokasi? Orang BN cedera."
Sementara itu, Ketua AMK Gombak, Jafrien Muhammad mendakwa seramai empat orang cedera dalam insiden malam tadi, termasuk seorang daripada mereka ditikam dengan objek tajam di bahagian lengan kiri manakala tiga lagi cedera di bahagian kepala dan anggota badan lain akibat lontaran batu, pasu bunga dan tong sampah.
Katanya, seramai 20 pegawai polis yang berada di tempat kejadian mengawal keadaan.
"Ketika kejadian, saya dapati ada tiga trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) termasuk 'water canon' berada di tempat ceramah diadakan," katanya kepada Sinar Harian Online yang dihubungi hari ini.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amirudin Shari mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokasi dan budaya samseng, didakwa dilakukan oleh Pemuda Umno pada Program Jelajah Merdeka Rakyat Gombak lewat malam tadi, sambil menyifatkannya sebagai jenayah politik yang menjelikkan.
"Saya mahu pihak PDRM segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas penjenayah politik yang berkenaan.
"Kami percaya rakyat Malaysia khususnya di Gombak sudah muak dengan budaya politik samseng dan khianat yang cuba mengganggu ketenteraman dan keharmonian masyarakat," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Amirudin yang juga Timbalan Ketua Cabang PKR Gombak mendakwa lebih 100 Pemuda Umno terlibat dalam provokasi mengganggu ceramah dengan melakukan rempuhan serta tindakan membaling batu yang dimulakan mereka.
"Tambah mengecewakan, seorang penyokong Pakatan Rakyat telah ditikam dengan senjata tajam," katanya.
Sebelum kejadian, Amirudin mendakwa pimpinan Pakatan Rakyat Gombak dimaklumkan terdapat pesanan ringkas (SMS) yang menggesa Pemuda Umno Gombak supaya turun menghalang Program Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak.
Sehubungan itu kepimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Gombak bagi mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku.

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment