Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


TERKINI - RATUSAN RIBU RAKYAT MESIR SEDANG MERUSUH ANTI PRESIDEN MORSI.

Posted: 07 Dec 2012 08:37 AM PST



Inilah akibatnya apabila Pemimpin Politik mengajar Penyokong Parti Politk yang dipimpin bertindak berlandaskan emosi dengan menggunakan platform demo jalanan terhadap Kerajaan yang ditampuk Parti Lawan. 

 Lama kelamaan ianya akan menjadi satu protes besar sehingga mengakibatkan pertelingkahan dan pembunuhan.

Jika sebelum ini kita dihidangkan dengan cerita kezaliman Kerajaan Pimpinan Hosni Mubarak sehinggakan dilabelkan Pemimpin ini sebagai Pewaris Firaun. 

Dikatakan protes jalanan sahaja yang mampu menumbangkan Kerajaan Hosni. Tiada jalan lain. Malah di Malaysia sendiri Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengambil peluang menyamakan kepimpinan Hosni dengan Najib. Anwar cuba menggambarkan dirinya seperti Morsi antara senarai Bakal Pemimpin Dunia yang akan membina sebuah Kerajaan Telus.

Anwar juga telah membangkitkan semangat Arab Spring di Mesir sebagai pembakar semangat anak2 muda yang menyokong beliau bertindak sama di Negara ini.






Antara Pemimpin Politik Mesir yang giat mengecam apa yang dituduh beliau bertindak zalim terhadap rakyat adalah Presiden Mesir pada ketika ini Mohamed Morsi Isa El-Ayyat.

Beliau berjaya mengambilalih Kerajaan Mesir susulan rusuhan yang diarahkan pimpinan beliau sebagai langkah bagi mendesak Pilihan Raya diadakan segera.






Akan tetapi, sebentar tadi dilaporkan ratusan ribu Rakyat Mesir telah mengadakan tunjuk perasaan di Bandar Kaherah mendesak Morsi pula meletakkan jawatan. Dikatakan Morsi mengamalkan dasar Diktator setelah mengambil alih Kerajaan yang dipegangnya tidak sampai setahun.

KLIK DI SINI untuk maklumat terperinci mengenai kekecohan rusuhan yang kini sedang berlangsung di Kaherah Mesir.

Malah peserta rusuhan semakin berang dengan tindakan Morsi yang bukan sahaja terus membiarkan polis bertindak samseng, malah turut menyalahgunakan peranan Institusi Pertahanan dengan mengarahkan pihak tentera turun mengambil bahagian dalam menghalau kesemua Kumpulan Protes.

Mana satu Pemimpin Zalim? Inilah akibatnya apabila Pemimpin menyalahgunakan kuasa dan pengaruh mendidik rakyat bertindak tanpa merujuk tatasusila Agama dan Negara. Dan inilah akibatnya juga apabila Pemimpin membuat pelbagai persepsi sehingga memukau penyokong untuk terus mempercayai tuduhan tersebut.

Perlembagaan dan Sistem Perundangan dipijak2. Akibatnya, jadilah seperti Mesir pada ketika ini. Rakyat sendiri diperbodohkan menjadi alat untuk mendapatkan kuasa peribadi.

Malaysia kaya dengan adab Bangsa dan Rukun Agama. Mungkin tiada lagi hari ini, jika Anwar dan kuncu2nya terus dibiarkan.


PEMIMPIN DAP DEDAH RONNIE LIU KAUT HASIL PROJEK RAKYAT SELANGOR.

Posted: 07 Dec 2012 07:38 AM PST




Rahsia Penyalahgunaan Kuasa Exco Selangor Ronnie Liu akhirnya terbongkar hari ini setelah bekas Sahabat Karibnya sendiri mendakwa Pemimpin DAP itu telah melindungi kumpulan pemaju-pemaju projek yang dikuasai kroni2 beliau.

Bekas Pemimpin DAP Sungai Pelek Tan Tuan Tat yang mengecam  sikap  Ronnie mengesyaki kegiatan ini setelah Ronnie sehingga hari ini enggan mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan pemaju itu sehingga memberi kesan buruk kepada rakyat di Klang akibat beberapa masalah projek yang diluluskan di daerah berkenaan.

"Sebagai seorang Exco, dia sepatutnya mengambil langkah yang proaktif dengan mengambil tindakan terhadap pemaju. Dia ada tak ambil tindakan kepada pemaju? Saya rasa tiada.

"Jika dia ada mengambil tindakan, pemaju akan perlu membiayai kos tebatan banjir di kawasan yang terlibat. Mengapa dia tak buat begini sedangkan Pakatan sentiasa kata tentang kompetensi, akauntabiliti dan transparensi.

"Dia ada fikirkah yang akhirnya siapa yang menanggung masalah ini? Rakyat dan pembayar cukai. Hal ini menjadi-jadi sejak Pakatan mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008. Kerajaan negeri terutamanya Ronnie cuba melindungi isu perbelanjaan yang membebani residen di Klang dan Selangor," tegas beliau dalam kenyataan media hari ini.

Kerajaan negeri kata Tuan Tat, dilihat lebih tertarik untuk bermain tarik tali dengan pemaju daripada mencari jalan meringankan beban rakyat yang telah memberikan amanah kepada Pakatan Rakyat  untuk mentadbir Selangor.

Ia juga sekaligus katanya membuktikan Ronnie sebenarnya tidak layak untuk memegang jawatan sebagai Exco.

"Sebenarnya apa yang mereka buat (ibarat) main bola sepak dengan pemaju dan menghindarkan apa yang patut dibuat untuk menyelamatkan air muka sendiri. Ini sangat bertentangan dengan kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Ini (juga) menunjukkan yang beliau (Ronnie) tidak kompeten dan tidak berguna sebagai seorang Exco. Beliau tidak layak memegang jawatan tersebut kerana mengancam pentadbiran kerajaan tempatan.

Tuan Tat yang mendakwa mewakili rakyat di Klang berkata, kebanyakan mangsa kini berada dalam keadaan fobia memandangkan banjir boleh berlaku pada bila-bila masa.

"Mangsa sentiasa diselubungi perasaan takut bila lagi akan berlakunya banjir. Mereka fobia.

"Apabila berlakunya banjir, mangsa-mangsa terpaksa menanggung banyak kerugian dan kerosakan harta benda. banyak wang terpaksa dibelanjakan oleh mangsa. Bukannya dia keluarkan duitnya sendiri dan berikan kepada mangsa," tegas beliau.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...