Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


GUAN ENG SAHUT CABARAN PELUK ISLAM DEMI 'KALIMAH ALLAH?'

Posted: 30 Dec 2012 06:37 PM PST



Mana-mana pihak selain orang Islam yang berkeras ingin menggunakan kalimah "Allah" perlu memeluk agama Islam.

Itu cadangan paling bernas dari Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. Tegasnya, perkataan Allah itu adalah eksklusif untuk masyarakat Islam dan penganut agama selain Islam tidak seharusnya mempersoalkan perkara itu kerana ia telah dienakmenkan dalam undang-undang negeri di setiap negeri di negara ini.

"Penggunaan kalimah Allah itu telah dienakmenkan setiap negeri ... mereka sengaja mahu melakukan provokasi supaya orang Islam melatah."

"Kalau nak pakai kalimah Allah, masuk Islam," tegas Harussani.

Beliau turut menegaskan, sekiranya perkataan Allah itu dibenarkan untuk komuniti bukan Islam, ia bakal mengundang kekeliruan kepada masyarakat Islam.

"Kalau mereka (Kristian) gunakan nanti ada kekeliruan kepada orang Islam.

"Orang Kristian jangan sibuk dengan agama Islam, jaga agama mereka sendiri," katanya lagi.

 



Harussani bagaimanapun menasihati masyarakat Islam di negara ini agar tidak cepat melatah berhubung perkara itu walaupun menegaskan mereka perlu membantah tuntutan tersebut.

"Orang Islam pula perlu membantah, namun jangan cepat melatah," tambahnya.

Adalah melanggar prinsip perlembagaan untuk menghalang sesiapa menggunakan perkataan "Allah", kata hari ini, menegaskan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2010 tidak terpakai kepada bukan Islam.

 Setiausaha Agung DAP mencetuskan kegemparan apabila beliau menggesa kerajaan persekutuan untuk membenarkan penggunaan perkataan 'Allah' dalam Bible Kristian versi Bahasa Melayu.

Beliau menegaskan bahawa ini dibenarkan di Sabah dan Sarawak semenjak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun.

Tetapi rakan kongsi DAP, PAS masuk ke dalam gelanggang untuk mempertikaikan panggilan Lim, menegaskan bahawa orang Kristian tidak perlu menggunakan ia di dalam Alkitab kerana ia tidak mencerminkan makna sebenar "Tuhan" dalam teks asal.

PAS juga berkata menggunakan perkataan "Allah" dalam Alkitab akan mengelirukan kedua-dua Kristian dan Muslim.  

Reaksi yang sama turut dilontarkan Mufti Negeri Pulau Pinang, Hassan Ahmad yang memarahi Lim kerana menimbulkan isu ini dan mengingatkan beliau fatwa 2010 yang mengharamkan penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam, bersama-sama dengan 39 lain.

Semalam, bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Datuk Dr Ismail Ibrahim dilaporkan mengatakan bukan Islam seharusnya berhenti untuk menuntut hak menggunakan perkataan "Allah" oleh kerana perkataan Arab itu hanya fundamental dan eksklusif kepada orang Islam.

"Enough is enough, cukuplah dengan segala dasar yang lain, termasuk yang termaktub di dalam Perlembagaan telah dituntut untuk disamaratakan, diberikan hak sama rata, sama rasa di antara rakyat tanpa mengira sebarang latar belakang sosial, ekonomi dan agama, maka hak dalam menghayati konsep ketuhanan dalam agama ini, janganlah direbutkan, dicabar dan dimanipulasikan begitu rupa.

"Nama Allah, dari sudut falsafah, dari segi takrif dan konsepnya tidak sama dengan 'Tuhan', 'God', 'Lord' dan sebagainya tidak sama dalam penggunaan agama lain," katanya yang dipetik dari laporan muka depan Sinar Harian semalam.

Pertikaian mengenai penggunaan kalimah Allah kembali hangat apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas baru-baru ini menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) membenarkan penggunaan kalimah itu untuk Bible berbahasa Melayu.
 

ANWAR DEDAH PENYELEWANGAN KARNIVAL SAYANGI SELANGOR?

Posted: 30 Dec 2012 06:33 AM PST



Nyata dan Jelas penganjuran Karnival Sayangi Selangor oleh BN Negeri di I-City sehingga Selasa ini bukan bersifat politik akan tetapi memberi kebajikan kepada rakyat.

Tuduhan Kerajaan Negeri bahawa penganjuran Karnival Sayangi Selangor satu pembaziran sangat menjengkelkan tatkala Kerajaan pimpinan PKR ini lebih fokus dalam menganjurkan siri2 Ceramah Politik Gergasi dengan diisi janji2 manis mengiurkan kepada rakyat. 






Walhal ianya tidak dimanfaatkan setelah menakluki Kerajaan sebuah Negeri terkaya di Malaysia. Wang Negeri disalahgunakan disalurkan untuk Kempen Politik yang bersifat politik berkepentingan peribadi semata2. Akibatnya janji2 manifesto hanya sekadar 10% daripadanya berjaya dilaksanakan.

Karnival Sayangi Selangor terbukti lebih efektif dan berjiwa rakyat.

FAKTA DAN BUKTI? 






6 Ribu peluang tawaran pekerjaan yang disediakan menerusi Karnival tersebut dengan kerjasama Job Malaysia.

Ianya membuka peluang kepada para belia terutamanya golongan lepasan IPTA dan IPTS untuk mendapatkan peluang kerjaya tatkala Negeri Selangor berdepan masalah pengangguran yang kian meningkat.

KLIK DI SINI untuk mendapat maklumat dan info terperinci. Ada tawaran yang lebih istimewa disediakan buat setiap pemohon.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...