BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! HADI MESSAGE !!! IS IT HADI SICK ???

Posted: 30 Dec 2012 03:00 PM PST


The issue of Hadi's message is still haunting PAS even though they had done just about everything to cover the issue.The issue might come in and out,but it does not mean that it is no longer relevant. Like what was revealed, the message has caused a lot of negative impact to rakyat,including death.Various matters has been raised to Hadi,trying to get him to take back his message,but until now,he still haven't say anything.Other than Nik Aziz's statement in harakah who tried convince people that Hadi Awang is a wise man and he knows what he's doing,only those in social networking sites try to defend the message as either true,or stale.Hadi never really felt responsible over his supporters who divorced their wives or broke their parents heart, all because they believe that those people are kafir, based on the message. Hadi Awang also seem ignorant towards the children of those who died during Memali tragedy who still believe that their parents are syuhada as they die fighting against kafir government.As for now, he is only interested to talk about the election and not religion. 

This is what people are thinking of Hadi's silence. However, it is not wise for us to be as arrogant as Hadi Awang.That is why we should be open to accept the probability that our perception might be wrong. That is why we should consider what people are saying in kedai kopi,saying that Hadi Awang is sick. It is rumored that not that he does not want to provide his response to the media,it is because he could not face them in his current condition.It is true,only a few days ago,he seem very healthy and strong enough to be the next Prime Minister, but out of the sudden, he is said to be very sick. Some say that he is too pressured with this message issue because he does not know the best way to handle it without jeopardizing Pakatan Rakyat's chance to head to Putrajaya.If he defends his followers belief that UMNO is kafir and the death of those during the Memali Tragedy is syahid, then he might face more divorce and issues among his own followers,which would threaten PR.If he denies that he used to say that UMNO is kafir, then he would need to face his former supporters who said that people around them are kafir. He would also need to tell the children of those who died during the Memali tragedy that their parents died just like that, their death do not mean anything to the religion. This would also bring bad impact to PAS and PR.Thus,Hadi is really stressed because he is scared that this issue might stop him from getting to be in Putrajaya.That is why we should pray for a fast recovery for him so that he could face the media and explain everything.

GAZE-PONDER 

HOT NEWS !!! HADI AWANG SAKIT TENAT ??? HOSPITAL MANA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 30 Dec 2012 07:30 AM PST


Isu Amanat Hadi terus menghantui PAS walaupun berbagai usaha menepis dan mengalihkan pandangan dilakukan mereka.Isu ini mungkin tenggelam timbul mengikut musim pilihanraya,namun ia tidak bermakna yang ia telah tidak relevan lagi.Seperti yang didedahkan,amanat tersebut telah menyebabkan begitu banyak kesesatan dan perpecahan sehinggalah kepada kehilangan nyawa.Berbagai cabaran dilakukan terhadap Hadi Awang untuk tampil menarik balik amanatnya tetapi sehingga kini beliau membisu seribu bahasa.Selain kenyataan Nik Aziz di Harakah yang cuba meyakinkan orang ramai bahawa Hadi Awang adalah orang yang berilmu dan tahu apa yang dilakukannya, hanya puak-puak pencacai bawahan sahaja yang meroyan di laman-laman sosial cuba membela amanat tersebut sebagai benar ataupun sebaliknya,basi.Sedangkan Hadi Awang langsung tidak merasa terpanggil memberi komen terhadap pendedahan bekas penyokongnya yang menceraikan isteri,menghancurkan hati ibubapa sendiri atau mengecilkan hati jiran tetangga semata-mata percaya bahawa mereka semua kafir,berdasarkan amanatnya.Hadi Awang juga nampaknya tega memalingkan muka dari anak-anak yatim Memali yang sehingga kini nampaknya ada yang masih percaya bahawa bapa mereka adalah syuhada kerana meninggal dunia dalam keadaan memerangi kerajaan kafir. Sikap berdiam diri Hadi menunjukkan betapa kerasnya hati manusia yang menganggap diri sendiri Ulama ini. Mungkin beliau hanya ingin menangani isu amanat ini di akhirat dan bukan di dunia. 

Bagi Hadi, jika ada yang terus-terusan keliru atau terus-terusan percaya bahawa isteri yang dicerainya,atau ibunya yang telah meninggal dunia adalah kafir,maka itu adalah masalah mereka,bukan masalahnya.Buat masa ini,Hadi hanya berminat untuk bercakap mengenai pilihanraya dan bukan agama.Inilah persepsi ramai terhadap sikap membisu Hadi Awang.Walaubagaimanapun,adalah tidak wajar bagi kita untuk menjadi se-angkuh dan se-takbur Hadi Awang dengan merasakan persepsi kita benar belaka.Kerana itu kita harus bersifat terbuka untuk menerima kemungkinan yang persepsi kita adalah salah.Oleh itu pembaca Badut Rakyat wajar mengambil kira bisikan yang sayup-sayup kedengaran dari kedai-kedai kopi,yang mengatakan bahawa Hadi Awang sedang sakit.Khabarnya,beliau bukan sengaja ingin membisu tetapi sebenarnya tidak mampu berhadapan dengan media dalam keadaan sekarang.Benar,hanya beberapa hari lalu,beliau kelihatan begitu sihat dan cukup kuat untuk memegang jawatan Perdana Menteri tetapi,entah kenapa hari ini beliau dikatakan tenat.Ada yang berkata beliau begitu tertekan dengan isu amanat ini kerana tidak tahu cara yang terbaik untuk menanganinya tanpa menjejaskan peluang PR untuk ke Putrajaya.Jika beliau mempertahankan kepercayaan pengikutnya bahawa UMNO adalah kafir dan kematian penduduk Memali adalah syahid maka beliau pasti berhadapan dengan lebih banyak penceraian dan perpecahan di kalangan pengikutnya yang mana sudah pasti menimbulkan kegemparan dan membahayakan kedudukan PR. 

Jika beliau menafikan yang beliau pernah menyebar kepercayaan bahawa orang UMNO itu kafir maka beliau perlu berhadapan dengan bekas penyokongnya yang telah mengkafirkan adik beradik,saudara-mara serta jiran tetangga mereka kerana percayakan sebaliknya.Beliau juga perlu memberitahu anak-anak yatim Memali bahawa bapa mereka sebenarnya telah mati katak dan bukannya mati syahid.Ini tentu menimbulkan masalah yang lebih berat lagi kepada PAS dan juga PR.Justeru,Hadi kini benar-benar tertekan kerana takut isu amanat ini akan menggagalkan cita-citanya untuk merasai kerusi empuk Putrajaya yang suatu masa dahulu ingin dilelongnya.Kini,hidup mati Hadi adalah untuk Putrajaya dan beliau tidak dapat membayangkan kehidupan tanpa sedikit pun peluang untuk ke sana.Tidak pasti sama ada khabar angin ini benar tetapi yang pasti ia tidak wajar diketepikan.Perlu diingatkan bahawa adik Nik Aziz yang terkenal dengan doa K.O BN juga telah disahkan K.O iaitu tenat, hanya selang beberapa hari selepas doa kontroversi itu dilafazkan dengan gagah dan bersemangat sekali. Menurut sumber orang-orang kampungnya,beliau begitu tertekan dengan 'publisiti' berlebihan terhadap isu tersebut. Nampaknya, tidak mustahil bahawa Hadi Awang mengalami tekanan yang sama iaitu akibat 'publisiti yang berlebihan'.Jika ini benar, maka sebagaimana pembaca Badut Rakyat mendoakan agar adik Nik Aziz cepat sembuh,anda juga harus mendoakan agar Hadi Awang cepat sembuh agar dapat bersemuka dengan media dan menjawab segala kemusykilan penyokong atau bekas penyokongnya mengenai kafir atau tidaknya mereka-mereka yang menyokong UMNO.setakat sejam tu,mesti pusing belit nanti dia bagi jawapan.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! NIK AZIZ MACAM 'FIRAUN' !!! ANDA TAK PERCAYA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 30 Dec 2012 04:00 AM PST


Di akhir dekad 1990-an dulu,gerombolan pembangkang yang terdiri daripada penyokong PAS dan pemuja Anwar Ibrahim cukup seronok memanggil Perdana Menteri ketika itu,Tun Dr Mahathir Mohamad dengan gelaran mahafiraun.Gelaran tersebut dipopularkan oleh mereka bagi merujuk pada Tun Dr Mahathir yang dikatakan kononnya begitu gilakan kuasa seakan mahu menongkat langit dan enggan melepaskan jawatan duniawi selama-lamanya.Menyedari sentimen tika itu dilihat kuat menyebelahi pakatan pembangkang,Menteri Besar Kelantan,Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan bongkaknya pernah terlanjur membuat cabaran bahawa sekiranya Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan PM,Nik Aziz berjanji keesokan harinya beliau pula yang akan melepaskan jawatan MB Kelantan.Masa akhirnya bersilih ganti membawa ke zaman millenium,kini di penghujung tahun 2012 sudah berlalu lebih 9 tahun Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan sebagai PM dengan senang hati sekalipun diawal pengumumannya untuk berundur masih agak ramai yang mendambakan khidmatnya.Namun demikian,sehingga detik-detik akhir tahun 2012 ini mahu melabuhkan tirainya,MB Kelantan masih juga orang yang sama yakni Nik Abdul Aziz Nik Mat.Tidak nampak sedikit pun riak-riak keinginannya untuk melepaskan jawatan sebaliknya yang makin kelihatan nafsu masih membuak-buak mahu berpaut pada kuasa duniawi. Bermati-matian Nik Aziz berusaha mencipta seribu satu alasan untuk mempengaruhi penyokong dan pemimpin PAS supaya terus meyakini kepimpinan dan kemampuannya untuk bertanding lagi dalam PRU 13 kelak semata-mata ingin terus menikmati kerusi empuk MB disamping mahu kekal disanjung sebagai pemimpin utama PAS. 

Kata Nik Aziz, untuk menjadi pemimpin dan terus bertanding dalam pilihanraya tidak memerlukan tubuh badan yang sihat sebaliknya cukup dengan akal yang cerdas sahaja.Entah di mana fahaman tersebut dipelajarinya,walhal dalam Islam untuk seseorang itu menjadi pemimpin yang baik selain mesti berakal dan berilmu,pemimpin itu juga wajib memiliki tubuh badan yang sihat bagi melaksanakan tanggungjawab berkhidmat kepada rakyat.Tapi dengan tubuh badan Nik Aziz yang ibarat kereta buruk asyik semput memanjang dan kerap keluar masuk hospital agaknya macam manalah beliau mahu memberi khidmat terbaik kepada rakyat Kelantan ??? Kalau dah sepanjang menjawat kedudukan MB asyik bergantung harap pada EXCO atau si baju kotak merah sahaja yang menguruskan tugasan MB,lebih baik Nik Aziz serah saja jawatan tersebut pada orang berkenaan daripada terus makan gaji buta berpuluh ribu ringgit sebulan tanpa manfaat pada rakyat. Lagi pun apa sangatlah akal fikiran Nik Aziz yang dikatakan cerdas dan masih sihat itu,balik-balik siang malam yang beliau tahu cuma asyik memerah otak untuk merapu meraban menyalahkan orang lain atas kelemahan sendiri sambil menghukum orang ini tidak islamik,sipolan itu tolak Islam,tak begitu pembaca Badut Rakyat ??? Sebenarnya Nik Aziz agak bimbang kot kalau-kalau nasib yang menimpa bekas Presiden PAS,Allayarham Asri Muda yang pernah dihina dan dikhianatinya dulu bakal berulang pula pada dirinya bila segala jawatan eksekutif peringkat negeri dan kedudukan dalam parti tidak lagi dalam cengkamannya.Jadinya,mahu tidak mahu Nik Aziz gagahkan juga diri untuk terus bertanding dalam pilihanraya kelak disamping berharap akan kekal menjadi MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS.Dengan demikian akan ada lagilah para penyokong parti yang terpaksa terus memuja-muji 'ketokohannya' itu.Maka jadilah Nik Aziz serupa macam 'firaun' terus menongkat langit mengharapkan kuasa duniawi akan terus utuh ditangannya.Dulu Tun Dr Mahathir telah digelar oleh penyokong pembangkang sebagai mahafiraun,akhirnya kini mereka terpaksa menerima hakikat gelaran tersebut sebenarnya lebih cocok dengan watak dan pembawaan pemimpin mereka sendiri,yakni Nik Abdul Aziz Nik Mat.

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! PAS AKAN PERTAHANKAN AMANAT HADI HINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR !!!

Posted: 30 Dec 2012 12:30 AM PST


Amanat Hadi terus menjadi isu hangat yang menggelegak walaupun Hadi Awang sengaja 'menghilangkan diri' dengan harapan ia akan dilupakan dan basi begitu saja.Walaubagaimanapun,saya percaya yang beliau sedia maklum bahawa mendiamkan diri tidak akan melepaskan dirinya dari akibat memecahbelahkan ummah,termasuk suami isteri serta ibu bapa dan anak.Usaha pihak media,terutamanya Utusan Malaysia untuk menghangatkan dan membongkar pengakuan mereka-mereka yang telah mengkafirkan sanak saudara sendiri akibat berpegang kepada amanat tersebut patut dipuji.Ini kerana amanat ini bukan perkara kecil yang boleh diselesaikan dengan mudah.Ia merupakan soal rohaniah,soal kepercayaan,soal akidah,soal hidup mati dan perpaduan ummah.Adalah tidak wajar bagi mana-mana umat Islam untuk meremeh atau memperkecilkan,apatah lagi melupakannya.Lagipun, ini adalah soal 'hutang' di mana Hadi Awang terhutang dengan mereka-mereka yang terlibat itu,satu bentuk penjelasan kalaupun tidak permohonan maaf atas apa yang berlaku.Lebih-lebih lagi apabila Nik Aziz pula menyeru agar Hadi mempertahankan amanat tersebut dan tidak sekali-kali menariknya kembali seperti desakan para Ulama.Dalam ertikata lain,Nik Aziz meminta Hadi tampil mengesahkan secara jelas dan lantang bahawa orang UMNO itu kafir dan bahawa semua mereka yang terlibat mengkafirkan saudara seagama kerana berpegang kepada amanat tersebut adalah berada di jalan yang benar,serta tidak perlu meminta ampun kepada sesiapa. Pelik juga kita apabila Nik Aziz menuduh kita takut bersemuka dengan Hadi sedangkan bagaimana hendak bersemuka dengan Hadi jika Hadi menyembunyikan diri ??? 

Sudah jenuh saya menjerit memanggil Hadi sehingga kering tekak.Malah ada juga yang melaung-laung mencabar Hadi sehingga terdengar oleh Nik Aziz,tetapi malangnya,masih juga tidak didengar oleh Hadi sendiri.Apapun,anda perlu bersangka baik terhadap ulama dan saya percaya tidak mungkin 'Ulama besar' seperti Hadi adalah pengecut.Mungkin Hadi sekadar 'tidak sudi' untuk melayan jeritan media dan bukannya takut berhadapan dengan amanatnya.anda harus faham 'pe'el' Ulama-celebrity seperti Hadi. Tetapi, kalaupun Hadi tidak sudi menyahut panggilan kita,sekurang-kurangnya sahutlah seruan Nik Aziz untuk berhadapan dengan amanatnya.Kasihan Nik Aziz terpaksa berbelit-belit, berpusing-pusing membela Hadi.Sudahlah orang tua itu nyanyuk,bertambah nyanyuklah dia jika terpaksa menipu diri sendiri.Kasihan juga pada kita semua iaitu rakyat yang memerhati kerana terpaksa tergelak-gelak hingga berguling-guling melihat gelagat pemimpin parti Islam meraban hanya kerana gila nak ke Putrajaya. Takut juga kita akan dosa mengetawakan 'Ulama'.Lebih dari itu,kita kasihan pada mereka yang terlibat secara langsung dengan Amanat Hadi. Pastinya mereka tidak melihat semua ini sebagai lawak jenaka.Mereka perlukan kepastian, pakah benar saudara mereka di dalam UMNO itu kafir kerana UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC.Mereka juga perlu kepastian sekali lagi akan perbezaan kerjasama UMNO-MCA-MIC dengan kerjasama PAS-DAP yang ingin membentuk negara sekular. Hadi wajib menjawab semua kemusykilan mereka.Tidak mungkin ia begitu sukar sekali bagi Hadi lebih-lebih lagi bila Nik Aziz sudah pun memberi 'tips' jawapan iaitu 'Ya, UMNO itu kafir bagi PAS'. Justeru,jika Hadi terus mendiamkan diri,tidak menarik balik dan tidak pula menafi,maka persoalan ini akan terjawab sendiri iaitu PAS mengambil pendirian untuk mempertahankan Amanat 1981 yang mengkafirkan orang UMNO,sehingga ke titisan darah yang terakhir dan seterusnya iaitu sehingga ke akhirat.Inilah hakikat yang perlu diterima dan ditelan serta dipegang oleh semua orang-orang PAS selagi mereka berdiri di belakang Hadi Awang dan Nik Aziz.

RENUNG-RENUNGKAN

FAKTA !!! SAH !!! HIMPUNAN OREN SESATKAN PENEROKA !!! APA CERITA NI ???

Posted: 29 Dec 2012 09:00 PM PST


anda lihat gambar di atas ??? apa yang anda fikir ??? siapa yang letak tu ??? melayu kan ??? kan sesat namanya tu.ada unsur-unsur... malas saya nak cerita,anda tahu kan ??? apa pun Sudah bertahun-tahun Kerajaan PAS Kelantan bergelumang dengan noda dan pengkhinatan terhadap rakyat berikutan penyelewengan tanah dan kawasan balak dalam projek Ladang Rakyat yang melibatkan keluasan tanah melebihi 80,000 ekar di Selatan Kelantan.Bukan satu rahsia pun sudah banyak desakan dan bantahan rakyat marhaen terhadap projek Ladang Rakyat itu yang didapati hanya menguntungkan kroni-kroni pemimpin PAS termasuklah syarikat-syarikat milik Cina DAP dan Cina Singapura.seperti biasa PAS hanya pandai tercari-cari koyak dan carik kain baju orang lain malah tidak segan untuk dengan sengaja mencipta isu dan polemik,sedangkan kain kapan sendiri sudah lama koyak rabak menjadi bahan gelak tawa ramai. Inilah yang berlaku sekarang apabila PAS sedang menyibukkan diri menyebarkan propaganda sesat dan berniat jahat untuk mencalar kredibiliti dan kewibawaan FELDA,kononnya untuk menyelamatkan masa depan para peneroka di tanah rancangan itu.Untuk mencapai agenda ala zionis itu,maka dianjurkan Konvoi Kembara Oren menjelajah setiap tanah rancangan namun ternyata gagal mencapai objektif apabila ditolak bulat-bulat kehadirannya oleh para peneroka FELDA. 

yang terbaru pada 28 Disember 2012 yang lepas,PAS melancarkan Himpunan Oren Selamatkan FELDA di Jalan Semarak,Kuala Lumpur.Himpunan selepas Solat Jumaat bertujuan untuk menuntut penyingkiran Pengerusi FELDA,Tan Sri Isa Samad,mendesak dihentikan campurtangan politik dalam FGV dan KPF,tuntutan menghentikan urusniaga dengan Israel dan meminta supaya tanah FELDA Plantation dipulangkan semula kepada rakyat.Empat tuntutan yang agak pelik kerana majoriti besar para peneroka FELDA sentiasa menyokong Tan Sri Isa Samad,malah soal campurtangan politik wujud atau sebaliknya pun tidak pernah menjadi isu dikalangan para peneroka.Kecuali,sikap menyibuk PAS cuba mempengaruhi ahli dan penyokongnya dari kalangan segelintir peneroka FELDA,yang itu memang berlaku dan mengundang kecaman ramai peneroka yang tidak senang dengan propaganda sesat yang PAS cuba sebarkan.Berkaitan isu urusniaga FELDA dengan Israel pula bukannya satu isu pun kerana sememangnya tiada urusniaga sedemikian.Sebaliknya,urusniaga hanya membabitkan Malaysia dan Palestin.Namun disebabkan Palestin tidak mempunyai pelabuhan,maka kapal-kapal Malaysia terpaksa menggunakan Perlabuhan Ashdod,Israel selepas itu bekalan minyak sawit itu dihantar pula ke Palestin untuk kegunaan rakyatnya. 

Jelas sekali PAS sengaja memanipulasi fakta yang nawaitunya hanya untuk membangkitkan kemarahan ramai terhadap FELDA dan Kerajaan Barisan Nasional.Dakyah sesat PAS hanya laku dikalangan penyokongnya sahaja yang sememangnya terkenal buta hati dan buta kayu sejak azali.Sama sahaja tujuannya apabila membangkitkan soal tanah Felda Plantation,fakta diputarbelitkan untuk memberi gambaran tanah itu akan tergadai,walhal tiada isu pun yang timbul.Akan tetapi,perihal lebih 10,000 ekar daripada tanah Ladang Rakyat yang tergadai dan kini menjadi milik pemimpin Cina cauvinis DAP Perak melalui syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd itu fakta yang benar.Kenapa PAS tidak berminat mengadakan demo dan berhimpun menyatakan bantahan dalam isu ini ??? Hipokrit.Lagipun diantara FELDA yang terbukti berjaya dibandingkan dengan kegagalan Ladang Rakyat membantu para peserta membaiki taraf hidup serta gadaian tanah melalui pajakan berpuluh tahun seluas lebih 80,000 ekar di Selatan Kelantan itulah sepatutnya menjadi fokus PAS,itu pun jika PAS benar-benar cakna dengan nasib rakyat.Daripada PAS sibuk menyebarkan propaganda jahat dengan harapan dapat menyesatkan peneroka FELDA dan orang ramai, lebih berbaloi untuk PAS memperbetulkan kesilapan dan kelemahannya sendiri dan berhimpun membantah kecuaian Kerajaan PAS Kelantan, betul tak pembaca Badut Rakyat ???

RENUNG-RENUNGKAN 

FAKTA !!! ISU TANAH KELANTAN !!! PENCACAI PR NI BENGAP KER ATAU SAJA BUAT BENGAP ???

Posted: 29 Dec 2012 06:00 PM PST




Isu tanah Kelantan seluas 4,210 hektar yang bernilai hampir RM30 juta di lokasi seperti Relai,Daerah Chiku dekat Gua Musang telah dijadikan 'habuan' kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd oleh kerajaan Nik Aziz kini terbarai.Ia dikatakan 'habuan' kerana melibatkan kepentingan ahli-ahli politik iaitu Adun DAP Sitiawan,Datuk Ngeh Koo Ham yang merupakan antara pelabur dalam syarikat tersebut.Pemberian 'habuan' daripada kerajaan PAS kepada pemimpin DAP Perak itu dikhabarkan bertujuan bagi membolehkan PAS meletakkan Adun Pasir Panjang,Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak ketika itu.Berdasarkan carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), 40% atau RM15 juta saham Upaya Padu Plantation Sdn Bhd dimiliki oleh Ngeh Koo Ham, dan 51% atau RM16 juta dimilik oleh syarikat Efektif Kirana dan 99% saham syarikat Efektif Kirana pula dimiliki oleh Ngeh Koo Ham juga.Justeru,secara dasarnya,Upaya Padu Plantation adalah hampir 100% milik Ngeh Koo Ham.Ngeh juga telah pun mengaku bahawa beliau adalah pemilik syarikat tersebut walaupun sebelum ini cuba sedaya upaya menipu dan menafikan segala-galanya.



Isu ini sebenarnya tidaklah sesukar mana untuk difahami apatah lagi apabila Setiausaha Akhbar Nik Aziz sendiri, iaitu Ahmad Fadhli Shaari mengakui kerajaan negeri telah menawarkan kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005. Memandangkan semuanya sudah kantoi dan terbarai, maka terhegeh-hegehlah Nik Aziz dan Ngeh mengatur langkah untuk membela diri apabila 'urusniaga gelap' mereka terdedah.Harakah pun mengambil peranan penting untuk memusing cerita dan menuduh pemimpin UMNO pula sebagai punca.Kononnya,pemberian tanah tersebut telah diberikan kepada syarikat Upayapadu dengan kelulusan kerajaan pusat berdasarkan surat Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia,Datuk Dr Awang Adek bin Hussin dan juga surat Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui.


Jelas,ini adalah usaha terdesak PAS untuk memusingkan cerita yang mudah, agar menjadi berbelit-belit bagi mengelirukan rakyat.Ini kerana,kedua-dua surat yang dijadikan 'bukti tidak bersalah' oleh PAS itu hanyalah surat sokongan terhadap projek yang dicadangkan dan bukannya dokumen menukar hak milik tanah kepada sesiapa.Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk menyokong projek yang dilihat mampu menjana pendapatan negeri.Namun,Datuk Awang Adek mahupun Datuk Peter Chin tidak punya hak atau kuasa untuk menukar milik tanah kepada syarikat Upaya Padu Sdn Bhd atau sesiapa jua.Siapakah yang ada kuasa untuk menukar pemilikan tanah di Kelantan jika bukan Tok Guru Nik Aziz sendiri ??? Lebih merunsingkan PAS dan DAP ialah apabila skandal ini dibangkitkan di dalam Dewan DUN Perak oleh Datuk Hamidah Osman.Sudah menjadi sikap samseng semulajadi DAP untuk cuba menggunakan cara ugutan bagi menutup skandal mereka.Justeru,pada 20 Disember jam 3.30 petang semasa dia berada di Dewan Makan Dewan Undangan Negeri, Nga Kor Ming telah datang ke meja Datuk Hamidah dan menuding jari sambil mengugut "You dedah (revealed) you watch out I will go after you''. Namun,seperti biasa juga DAP terlalu sombong lagi bodoh untuk mengaku yang mereka telah mengugut sesiapa walaupun hakikatnya terdapat saksi iaitu Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali dan Datuk Rusnah Kassim yang turut ada pada ketika kejadian.Maka,terngangalah Nga apabila menyedari bahawa ugutannya telah membesarkan lagi isu tanah ini.Entah apa lagi percubaan DAP dan PAS untuk menutup isu korup mereka ini selepas ini. Hari ini, PAS telah membuktikan yang mereka sanggup menggadaikan 4,210 hektar tanah untuk jawatan MB.Bayangkan jika PR memerintah negara ini.entah berapa hektar lagi atau apa lagi yang akan PAS gadai untuk jawatan Menteri Kabinet ataupun Pengarah GLC serta bayangkan juga ugutan dan ancaman yang puak samseng DAP mampu lakukan jika mereka tidak mendapat apa yang mereka inginkan…

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...