BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! BUKTI KERAJAAN NEGERI SELANGOR PENGECUT TERSEBAR !!! APA CERITA NI ???
- KANTOI !!! ANWAR IBRAHIM MEMBAWA HABIBIE UNTUK MENGAHNCURKAN MALAYSIA !!!
- ISU INDEKS PERSEPSI RASUAH !!! SAH !!! BUKTI PAKATAN HARAM MENIPU RAKYAT MALAYSIA TERBONGKAR !!!
HOT NEWS !!! BUKTI KERAJAAN NEGERI SELANGOR PENGECUT TERSEBAR !!! APA CERITA NI ??? Posted: 08 Dec 2012 11:40 AM PST Kenyataan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor,Iskandar Samad bahawa Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan undang-undang kepada peserta demonstrasi yang menuntut tunggakan air percuma membuktikan Kerajaan Negeri Selangor hari ini tidak mengamalkan demokrasi.Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS),Datuk Sohaimi Shahadan berkata,demonstrasi tersebut dilakukan oleh penghuni rumah flat dan apartmen yang dinafikan hak mereka untuk memperoleh air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan yang memang disebut dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum 2008.Pada Jun 2008,kerajaan pakatan pembangkang yang mengambil alih pentadbiran Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac tahun itu,memperkenalkan subsidi sebanyak RM11.40 kepada rakyat Selangor di bawah Skim Air Percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan. Malangnya bukan semua rakyat di negeri ini yang menikmati skim itu kerana pelaksanaannya hanya melibatkan pengguna meter individu,bukan meter pukal.Peserta demonstrasi yang terdiri daripada rakayat berbilang kaum melakukan tunjuk perasaan secara aman kerana tidak puas hati dengan kegagalan kerajaan pakatan pembangkang melaksanakan janji tersebut walaupun sudah hampir lima tahun memerintah. Lebih menyedihkan apabila Iskandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka tanpa usul periksa membuat tuduhan secara 'mala fide' bahawa peserta demonstrasi berkenaan bukan penghuni di kawasan tersebut," ujarnya dalam satu kenyataan semalam. Tambahnya,Gerakan Prihatin Rakyat Selangor GPRS) turut mempersoal tujuan pemimpin Pas itu menuduh peserta demonstrasi menerima ugutan dan tidak dimaklumkan tujuan sebenar bantahan.Sepatutnya Iskandar perlu membuat siasatan terperinci sebelum membuat kenyataan dangkal itu di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana penghuni-penghuni terbabit sudah pun membuat tuntutan saman di mahkamah. Setakat ini sebanyak 6,000 saman penduduk di Selangor telah difailkan berhubung tuntutan tersebut. "Jumlah saman itu adalah daripada tujuh kawasan Parlimen di negeri Selangor dan kemungkinan jumlah tersebut akan terus meningkat berdasarkan kepada senarai menunggu untuk difailkan. Setakat ini, tiga kumpulan pengguna air daripada kawasan penduduk Kinrara, Puchong, Bukit Mahkota Cheras melibatkan 1,313 pengguna telah membuat tuntutan tunggakan subsidi RM748,410, manakala 2,020 penduduk Shah Alam dan Petaling Jaya (RM1.15 juta) sementara dari Seksyen 7 dan 18 Shah Alam melibatkan 711 orang dengan tuntutan RM450,270. Iskandar tidak perlu menutup kelemahan pentadbiran kerajaan negeri dan kegagalan pakatan pembangkang melaksanakan janji-janji pilihan raya dengan menakut-nakutkan rakyat kononnya peserta demontrasi akan dibawa ke muka keadilan. Inikah demokrasi yang diamalkan oleh Negeri Berkebajikan?," tambahnya. Apakah rakyat tidak boleh menuntut hak mereka seperti mana yang dijanjikan ??? Jika itu yang dilakukan,ternyata kerajaan pembangkang mengamalkan pemerintahan kuku besi dan sanggup mengugut rakyat untuk menutup mulut mereka daripada berkata tentang kebenaran.Sudahlah mengamalkan diskriminasi apabila rakyat yang berhak mendapatkan air percuma itu kebanyakannya berpendapatan rendah,mereka diugut pula untuk dikenakan tindakan undang-undang kerana 'menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pembohongan-pembohongan kerajaan pakatan pembangkang'. "Sudah tentu GPRS tidak akan berdiam diri dan berikrar untuk terus membantu rakyat yang merintih kerana menjadi mangsa pembohongan dan kemudian ditindas pula oleh Kerajaan Negeri yang kononnya mengamalkan konsep Negeri Berkebajikan. GPRS juga akan terus menggerakkan inisiatif membantu rakyat yang menuntut hak berkenaan daripada Kerajaan Negeri yang diterajui oleh PKR dan sekutu mereka, DAP dan Pas.Pada masa yang sama,GPRS mengajak rakyat agar tidak terpedaya lagi dengan janji manis pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang dan menolak kerajaan yang gagal melaksanakan janji yang termaktub dalam manifesto," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang. RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! ANWAR IBRAHIM MEMBAWA HABIBIE UNTUK MENGAHNCURKAN MALAYSIA !!! Posted: 08 Dec 2012 04:00 AM PST kepada pembaca Badut Rakyat,sila baca sampai habis artikel ini.kita ikuti dulu siapa anwar ibrahim yang sebenar selepas itu ikuti pula siapa habibie yang sebenar.Anwar Ibrahim adalah seorang manusia yang penakut dan bacul.Sebagai seorang politikus,nilai ini merupakan intipati kepada wataknya sebagai seorang individu yang membayangi karektor yang lain seperti mementingkan diri sendiri,suka berbohong dan berasa dirinya suci dan tidak berdosa.Apabila berdepan dengan dua tuduhan meliwat dalam tempoh jangkamasa 10 tahun,beliau merasakan dirinya maksum daripada jenayah tersebut lantas menyalahkan musuh-musuh politik berkonspirasi untuk menjatuhkannya.Apabila disiar video seks 'chinadoll',Ketua Pembangkang itu dengan muka seposen menafikan bahawa ini adalah satu lagi usaha jahat musuh politiknya khususnya UMNO.Tatkala Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan yang secara tidak langsung menyerang Islam berhubung kebebasan beragama bagi orang Melayu,beliau mempertahankan pendirian anaknya itu.Sekali lagi yang menjadi sasaran serangannya ialah UMNO dan yang menerima tempias saman Nurul Izzah ialah akhbar milik parti itu,Utusan Malaysia.Begitu juga ketika dipetik oleh akhbar asing berkaitan kenyataannya yang menyokong keselamatan negara haram Yahudi bernama Israel, Anwar dengan cepat menyalahkan akhbar arus perdana kononnya merancang memutarbelitkan apa yang dikatakan.Tidak cukup dengan itu, apabila media sekali lagi menyiarkan petikan kenyataan Anwar yang menyokong budaya dan amalan LBGT serta menyifatkan undang-undang berkenaan jenayah liwat sudah ketinggalan zaman atau 'archaic',beliau cuba memberi penjelasan yang berbelit-belit seperti juga lidahnya.Di dalam ucapannya di London,Anwar secara terang menyokong konsep pluralisme agama iaitu dengan meletakkan kedudukan Islam setaraf dengan agama-agama lain. Ini pun beliau nafikan dengan mengatakan apa ang dimaksudkan bukanlah seperti mana laporan pihak media.Sekali lagi dakwanya, semua ini adalah komplot UMNO untuk menghalang beliau mara dalam politik untuk menjadi Perdana Menteri. Kini topeng pluralisme yang dipakai oleh Anwar tidak boleh diselindungkan lagi. Anwar telah menelanjangkan dirinya sebagai bapa fahaman pluralisme di Malaysia apabila menjemput sahabat karibnya,BJ Habibie berkunjung ke Malaysia beberapa hari lalu kerana kedua-duanya berkongsi pandangan yang sama.Lawatan bekas Presiden Indonesia yang pertama era pasca Suharto ini bukan kunjungan biasa antara dua sahabat tetapi diselit misi dan agenda yang lebih daripada itu. Pada ceramahnya di Universiti Selangor (Unisel) Khamis lalu,Habibie telah mendedahkan agenda lawatannya ke negara ini apabila meminta masyarakat Islam khususnya menyokong fahaman pluralisme.Dalam program pidato anjuran universiti milik kerajaan negeri Selangor itu yanbg berjudul "Habibie Dan Transisi Indonesia Ke Demokrasi",mantan presiden itu mempertahankan budaya pluralisme yang didakwanya menjadi sebahagian daripada kekuatan sesebuah negara.Beliau memberi hujah bahawa Indonesia dan Malaysia mempunyai corak budaya sama dan menggesa kepelbagaian ini wajar dipertahankan.Sememangnya kedua-dua negara adalah dalam rumpun kemelayuan yang sama tetapi mempunyai pendekatan politik yang berbeza.Jika Indonesia menerima pakai prinsip-prinsip Pancasila sebagai panduan kenegaraannya,Malaysia pula berpegang kepada prinsip-prinsip Rukunegara.Indonesia tidak meletakkan Islam sebagai agama yang tertinggi di negara itu walaupun ia berbangga sebagai negara yang mempunyai umat Islam teramai di dunia. Hal ini berbeza di negara ini di mana Islam adalah agama persekutuan dan takrif kemelayuan seseorang dilingakari dengan keintimannya dengan Islam.Di Malaysia tanpa keimanan kepada Islam,seseorang itu tidak boleh menyatakan dirinya Melayu malah gugur keabsahannya menjadi anggota keluarga besar bangsa itu.Setelah dikritik keras oleh golongan ulama dan cendikiawan Islam di negara ini, Anwar tidak lagi berani menyuarakan pendapatnya mengenai pluralisme.Namun keghairahannya untuk terus menyebarluas fahaman songsang ini terus membara di jiwa sehingga terpaksa menyeret kawan baiknya untuk bercakap bagi pihaknya.Sebab itu Anwar dilabel sebagai sesumpah politik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib kerana sikapnya yang hipokrit dan suka bermuka-muka.Di depan umat Islam di negara ini,Anwar menunjukkan wajah Islam yang sebenarnya adalah palsu tetapi jejak sahaja kakinya di Washington atau London,barulah topeng yang mendedahkan pendirian yang menyokong Israel,LBGT,liberalisme termasuk pluralisme terdedah.Mengapa Anwar memilih Habibie untuk bercakap mengenai pluralisme di Malaysia ??? Perlu diingatkan pemerintahan Suharto selama lbih tiga dekad tumbang seiring dengan gerakan reformasi jalanan yang diterajui oleh Anwar.Suharto berjaya dijatuhkan dalam gerakan reformasi yang sama di Indonesia dan diganti oleh Habibie namun reformasi Anwar gagal untuk menurunkan Tun Dr Mahathir Mohamad.Ketika era Habibie,Indonesia kehilangan wilayah Timur Timur yang dipisahkan menjadi sebuah negara merdeka dipanggil Timor Leste.Meletakkan Habibie adalah agenda yang terancang oleh pihak Zionis-Yahudi yang ingin memecahbelahkan negara Islam terbesar itu. Anwar juga ingin diangkat sebagai pemimpin di Malaysia oleh golongan anti-Islam yang sama tetapi berkat kekuatan UMNO dan kepimpinan Dr Mahathir,negara berjaya diselamatkan daripada terjerumus ke dalam kancah kemusnahan. RENUNG-RENUNGKAN |
ISU INDEKS PERSEPSI RASUAH !!! SAH !!! BUKTI PAKATAN HARAM MENIPU RAKYAT MALAYSIA TERBONGKAR !!! Posted: 07 Dec 2012 09:00 PM PST Penambahbaikan ranking Malaysia dari kedudukan di tangga 60 pada tahun 2011 kini meningkat naik kepada tangga 54 bagi tahun ini berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI),merupakan satu berita gembira yang patut dialu-alukan.Lebih-lebih lagi apabila ranking terbaru tahun 2012 ini turut meletakkan Malaysia di kedudukan yang jauh lebih baik berbanding ranking ke 56 selama dua tahun berturut-turut pada tahun 2009 dan 2010.Tambah membanggakan kita,Malaysia berada di tangga ketiga terbaik berbanding negara-negara ASEAN dan berada di kedudukan ke-9 baik bila dibandingkan dengan negara-negara lain di benua Asia.Manakala dari segi perbandingan dikalangan negara-negara Islam pula Malaysia berada di tangga ke-5 terbaik berkongsi kedudukan dengan Turki.Bagaimana pun Iran yang sering dijadikan model negara Islam oleh PAS pula jauh terperosok ke bawah di kedudukan 133.Ketika mengulas peningkatan ranking ini,Presiden Transparensi Malaysia (Ti-M),Datuk Paul Low berkata, "penambahbaikan ini (sudah) dijangka.Semua usaha dan langkah yang diambil kerajaan,Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelasanaan (Pemandu) telah membuahkan hasil dan kita berharap Malaysia berupaya memecah rekod." Ini bermakna keupayaan Malaysia memperbaiki kedudukan ranking CPI adalah satu manifestasi kejayaan hasil dari pelbagai program transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib.Dari satu sudut yang lain,dengan penambaikan ranking CPI ini juga jelas membuktikan propaganda PR kononnya rasuah sudah menguasai pentadbiran Kerajaan BN ternyata hanyalah pembohongan besar yang bermotifkan politik semata-mata.Bagaimanapun sekiranya prestasi urus tadbir di empat buah negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang (PR) tidak seteruk sekarang,besar kemungkinan kedudukan ranking CPI bagi negara kita akan jauh lebih baik lagi.Akan tetapi disebabkan pentadbiran di Pulau Pinang,Kedah,Kelantan dan Kedah masih berada di tangan pemimpin-pemimpin politik yang hanya pandai beretorik sahaja tapi urus tadbir sering bercelaru dan dibelenggu keraguan,akibatnya satu negara terpaksa menanggung bebanannya.Bayangkan dari kedudukan ranking Malaysia yang selama ini hanya berlegar sekitar 33 hingga 43,namun bila sahaja puak opportunis dari PR bermaharajalela di empat buah negeri itu terus sahaja kedudukan Malaysia jatuh mendadak ke tangga 47 (2008) dikuti tangga 56 (2009),56 (2010) dan tangga ke 60 bagi tahun 2011.Namun mujurlah berikutan kejayaan pelbagai program transformasi dan berkat penambahbaikan di negeri-negeri BN diikuti kempen berterusan oleh SPRM akhirnya berjaya membantu meningkat kedudukan negara dalam ranking CPI,sekaligus berupaya menyerap sedikit impak ketirisan pentadbiran di negeri-negeri PR. RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment