BADUT RAKYAT |
- GEMPAR !!! PAPA GOMO CUBA DI BELI OLEH ANWAR IBRAHIM KERANA DAH KANTOIKAN CERITA DEEPAK ???
- HOT NEWS !!! NURUL IZZAH 'RUNTUHKAN' MASJID !!! APA CERITA NI ???
- HOT NEWS !!! TUN MAHATHIR MEMBELASAH PR KAW-KAW !!!
- JELAJAH MERDEKA RAKYAT !!! BUKTI PENYOKONG ANWAR IBRAHIM GANAS DAN ZALIM TERSEBAR !!!
- KISAH BENAR !!! PM @NAJIBRAZAK PACU EKONOMI NEGARA !!! @ANWARIBRAHIM MASIH BERANGAN DAN KENCING RAKYAT !!!
GEMPAR !!! PAPA GOMO CUBA DI BELI OLEH ANWAR IBRAHIM KERANA DAH KANTOIKAN CERITA DEEPAK ??? Posted: 06 Dec 2012 07:32 AM PST biar betul,papa gomo cuba di beli oleh anwar ibrahim.rasa-rasa berapa juta yekk ??? agaknya anwar ibrahim dah gelisah ni sebab semua cerita dengan si deepak dah terbongkar.so,macam mana anwar ??? masih tak mengaku lagi ker cerita pasal deepak tu ??? satu lagi rahsia anwar dah terbongkar selain dari cerita deepak.nak tahu apa dia ??? UNTUK SELANJUTNYA RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! NURUL IZZAH 'RUNTUHKAN' MASJID !!! APA CERITA NI ??? Posted: 06 Dec 2012 04:00 AM PST Kecoh seketika kem penyokong PKR apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR,Nurul Izzah menimbulkan isu kononnya Masjid Ar-Rahman di Universiti Malaya (UM) telah dipaksa tutup oleh Kerajaan Pusat atas sebab politik.Melihat gaya propaganda PKR berhubung isu ini nampak jalan ceritanya seolah-olah Masjid Ar-Rahman akan ditutup untuk selama-lamanya.Fitnah sebegini semacam dah jadi darah daging anak beranak Anwar Ibrahim agaknya.Untuk sensasikan lagi cerita maka dicanangkan kepada umum konon arahan penutupan masjid itu datangnya dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan demikian dapatlah diburukkan imej Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar,Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin. Walhal kisah sebenarnya,Masjid Ar-Rahman di UM ini hanya akan ditutup sementara sahaja bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih dilaksanakan.Notis penutupan sementara itu pula datangnya dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk melicinkan proses membaiki kebocoran bumbung,kerosakan pendawaian dan kerosakan paip air yang berlaku di masjid tersebut.Disamping itu dalam tempoh penutupan sementara ini,tumpuan turut diberikan untuk menyelsaikan masalah limpahan air di sekitar kawasan masjid tatkala hujan lebat.Semua langkah ini jelas bermaksud untuk menjamin keselesaan para jemaah di masa akan datanng.Arahan rasmi dari JAWI itu telahpun dikeluarkan pada 20 November 2012 dan berkuatkuasa pada 1 Disember 2012 sehinggalah jangkaan semua proses baik pulih ini akan selesai sekitar akhir Jun 2013.Sementara menantikan semua kerja-kerja baik pulih diselesaikan,pihak JAWI menyarankan semua ahli kariah dan jemaah menunaikan solat di masjid-masjid berhampiran.Misalnya di Masjid Tun Rahah Bangsar Village,Masjid Ikhlasiah Kg. Kerinchi,Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Jalan Ara Bangsar, Masjid Negara,Surau Jumaat Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Surau Jumaat Muhammadi Angkasapuri. UNTUK SELANJUTNYA Pendek kata,tiada masalah sebenarnya,sebaliknya anak perempuan kepada Ketua Umum PKR itu sahaja menimbulkan polemik untuk kepentingan politik songsang parti anak beranak yang diwakilinya.Lebih-lebih lagi selama ini imej Nurul Izzah hanya dekat dengan gereja sahaja,termasuklah yang terbaru menyertai forum dalam Gereja Full Gospel Tabernacle,USJ,Selangor yang baru-baru ini kecoh dengan perakuan Naib Presiden PKR itu yang mahu kebebasan agama turut merangkumi orang Melayu Islam.Mahu tak mahu,untuk naikkan semula saham politiknya dikalangan orang Melayu Islam maka terpaksalah mempolemikkan isu masjid pula,hatta walau terpaksa melakukan fitnah sekalipun demi kepentingan politik peribadi.Akhirnya jadilah ibarat tolong 'meruntuhkan' masjid apabila sengaja mencetuskan kesangsian dikalangan orang ramai dengan memesongkan fakta konon Masjid Ar-Rahman akan ditutup selamanya oleh Kerajaan Pusat. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! TUN MAHATHIR MEMBELASAH PR KAW-KAW !!! Posted: 06 Dec 2012 12:30 AM PST Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat,negara akan mengalami kehancuran dan kecelaruan jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.Bekas Perdana Menteri itu berkata,hal ini kerana kerajaan yang akan dibentuk oleh pembangkang merupakan kerajaan campuran daripada tiga parti yang tidak mempunyai matlamat dan hala tuju sama.Beliau menarik perhatian keinginan Pas untuk menjadikan Malaysia negara Islam ditentang oleh DAP manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertindak sebagai orang tengah hanya mensasarkan kemenangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Keadaan ini memang bahaya,kadang-kadang apabila kita berada dalam keadaan selamat, kita tidak fikir akan jadi tidak selamat, kita selamat sebab memilih pemerintah yang prihatin.Ini terpulang kepada rakyat, namun ada yang mengundi mengikut emosi dan taksub walaupun pemimpin jelas menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan Islam.Apabila rakyat tidak menggunakan pemikiran dan mengundi semata-mata kerana perasaan,besar kemungkinan negara kita akan hancur. Sebab itu kita lihat banyak negara tidak dapat laksanakan cara-cara demokrasi kerana ketaksuban kepada pemimpin, bukan untuk membangunkan negara," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama Pembinaan Negara Bangsa pada Seminar Ketahanan Nasional 3 - Mengekalkan Kedaulatan Negara di Puteri Resort, Ayer Keroh.Seminar tiga hari bermula semalam itu dianjurkan oleh Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad,Universiti Utara Malaysia.Turut hadir Ketua Menteri,Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.Dalam pada itu,Dr. Mahathir berkata,rakyat kini mula sedar bahawa pada pilihan raya lalu,mereka membuat pilihan berdasarkan rasa marah kepada sesuatu. "Faktor ini telah pun mereka ketepikan, kita patut rapatkan kembali barisan supaya dapat dirikan sebuah kerajaan yang kuat iaitu mendapat kemenangan dua pertiga," katanya. Sementara itu dalam ucaptamanya,Dr. Mahathir berkata,Malaysia tidak perlu mengikut konsep Negara Bangsa seperti kebanyakan negara lain kerana terikat dengan masalah kaum yang tidak mahu mengetepikan identiti asal mereka.Kata beliau,Malaysia lebih liberal dan bertimbang rasa kerana membenarkan kaum lain mengamalkan agama, budaya dan bahasa ibunda masing-masing. RENUNG-RENUNGKAN |
JELAJAH MERDEKA RAKYAT !!! BUKTI PENYOKONG ANWAR IBRAHIM GANAS DAN ZALIM TERSEBAR !!! Posted: 05 Dec 2012 09:00 PM PST masihkah anda ingat gambar diatas ??? pergaduhan yang berlaku di Batu 9,Gombak Utara sebenarnya memperlihatkan dengan jelas betapa budaya ganas sudah agak sinonim dengan gerombolan penyokong pakatan pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim.Jika tidak kerana penyokong gerombolan PR yang bukan anak tempatan memulakan acara membaling batu pastinya tiada individu dari kedua-dua belah pihak yang cedera sampai berdarah-darah.Alasan PR kononnya keganasan dimulakan oleh penyokong BN sukar untuk diterima,lebih-lebih lagi ramai sedia maklum sejak dulu hingga sekarang bab-bab mengganas ini biasanya sinonim dengan penyokong PR yang terkenal dengan pembawaan panas baran dan akal pendek.Untuk sembunyikan kebenaran sambil meraih simpati umum,maka ditayangkanlah gambar seorang penyokongnya yang berdarah dilengan kemudian dipaparkan sehelai baju kuning berlogo PKR,DAP dan PAS.Geng mereka yang memulakan balingan batu dan objek keras yang lain disembunyikan dari pengetahuan umum. Propaganda politik yang bijak untuk seketika cuma.Ini mengingatkan saya kepada watak Bob Samurai,seorang penyokong PR yang kononnya cedera dilibas dengan pedang samurai semasa PRK Bagan Pinang.Yang buat kecoh dan memulakan pergeseran ialah para penyokong PR,bila rakyat tempatan naik marah serta mula bertindakbalas maka disensasikan cerita konon lelaki bernama Bob itu cedera dilibas dengan pedang samurai oleh penyokong UMNO.Bila disiasat rupanya kesan hirisan pada baju Bob hanyalah rekaan,luka sebenar langsung tak kelihatan,kecuali yang nampak kesan darah yang sengaja dibuat-buat untuk memantapkan propaganda bagi meraih simpati menjelang tarikh pengundian pilihanraya kecil itu sahaja.Adakah propaganda tersebut berjaya ??? Tentu sahaja tidak,kerana sedari awal rakyat majoriti tahu segalanya hanya berlaku mengikut skrip garapan yang dikehendaki Anwar,dek kerana itu majoriti pengundi nekad menolak PR semasa PRK Bagan Pinang itu. Pernahkan dikalangan kita terfikir sejenak dan bertanya pada diri sendiri kenapa senario politik negara sejak 1998 hingga sekarang senantiasa saja panas membara berbanding suasana politik sebelum September 1998 ??? Jawapan sebenarnya mudah,segala-galanya mempunyai kaitan langsung dengan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim yang sekian ramai sudah ketahui watak dan pembawaannya lebih mendahulukan kepentingan peribadi berbanding hak orang ramai.Lihat sajalah kekecohan yang dicetuskan oleh penyokongnya sewaktu zaman gelap reformasi terlepas kerusi Timbalan Perdana Menteri sekitar 1998 hingga 2000,terutama sekali melalui demonstrasi jalanan di pusat bandaraya Kuala Lumpur.Habis jahanam pelbagai harta benda awam malah ketenteraman orang ramai pun tergugat dek kerana betapa liarnya penyokong Anwar yang dirasuk syaitan berhimpun sana sini dan mengamuk sakan seolah-olah negara ini bapak Anwar yang punya.Sampaikan bangunan UMNO di PWTC pun diserbunya,habis kaca pintu pecah bertaburan.Itu semua hasil kelakuan siapa ??? Penyokong Anwar,Ganas dan zalim sudah jadi budaya mereka.Bapak borek anak rintik.Sebelum kerasukan reformasi itu rakyat dapat hidup aman damai dek kerana kurangnya penghasut seperti Anwar, orang ramai walau berbeza parti jarang sangat berhimpun tunjuk kekuatan di atas jalanraya atau berbalah sakan sampai tak ingat dunia.Lama sebelum itu sekitar tahun 70-an,Anwar dan penyokongnya juga yang bikin hiruk piruk hingga membawa kepada demonstrasi ganas para pelajar selepas dihasut dengan cerita bohong oleh Anwar kononnya penduduk di Baling, Kedah mati kelaparan.Namun bila Anwar berada dalam Kerajaan barisan Nasional,semuanya aman tenteram dek kerana nafsunya untuk menikmati kerusi empuk sebagai pemimpin negara tercapai. Kecuali semasa ke Memali di Baling pada pertengahan 1980-an yang terjadi dek kerana amukan sekumpulan pengikut PAS yang kemaruk nak mati syahid untuk menegakkan negara Islam ala PAS,tapi lebih 20 tahun kemudiannya Allah S.W.T tunjukkan musibat seorang pemimpin apabila Presiden PAS,Hadi Awang mengakui negara Islam tidak wujud pun dalam Al-Quran dan untuk tambah sedikit lagi input para pembaca Badut Rakyat,cuba tanya pada diri sendiri siapakah yang berarak di Bandaraya KL berbaju kuning kemudian melanggar arahan polis termasuklah merempuh hadangan di KLCC dan Dataran Merdeka ??? Itulah pengikut Anwar dan penyokong PR.Yang membaling objek dan kon keselamatan sehingga kenderaan polis hilang kawalan juga dilakukan oleh penyokong Anwar dan PR.Yang memijak-mijak bumbung kemudian menterbalikkan kenderaan polis juga penyokong Anwar dan PR.Semua kelakuan biadap,ganas dan zalim ini sudah lama dibiarkan tanpa tindakan sewajarnya,hinggakan semakin ramai orang kian mual dan menyampah dengan pembawaan politik PR yang diluar tabie.Jadinya,janganlah pelik apabila tiba hari penentuan PRU 13 nanti rakyat ramai bersuara tegas menolak PR dan Anwar,sebagaimana mereka tekad menolak propaganda murahan yang PR lakukan semasa PRK Bagan Pinang. RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 05 Dec 2012 06:16 PM PST Melenting sungguh puak-puak pembangkang apabila Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim di belasah di pentas Perhimpunan Agung UMNO ke 66 yang baru sahaja selesai baru-baru ini.Mungkin tidak senang dengan jolokan nama sesumpah politik atau 'political charmeleon' yang diberikan oleh Perdana Menteri,maka Anwar pun panas bontot dan tidak duduk senang.Pertama beliau sanggup mengadakan sidang media untuk menafikan pembabitannya dengan Deepak Jaikishan,seorang peniaga karpet.Pada saat Deepak menimbulkan dakwaan membabitkan seorang pemimpin Wanita dalam kes tanah menjelang Perhimpunan Agung UMNO,rakyat sudah bijak menghidu ia adalah hasil kerja tangan yang didalangi oleh Anwar.Bak kata pepatah sudah terang bersuluh pula, kura-kura dalam perahu, berlakon pura-pura tidak tahu.Begitulah sikap Anwar dan amat sesuai dan bertepatan sekali Datuk Seri Najib Tun Razak menganugerahkannya label sesumpah politik.Kedua,apabila prestasinya dipertikaikan semasa menjadi Menteri Kewangan selama lapan tahun, cepat-cepat Anwar mengarah supaya dikitar semula kenyataan mempertahankan rekod beliau. Dahulu bekas Menteri Kesihatan,Chua Jui Ming,yang kini menjadi Pengerusi PKR Johor pernah mengipas Anwar dengan mengatakan beliaulah Menteri Kewangan yang terbaik pernah berkhidmat dalam kerajaan dan kini balaci kesayangannya,Azmin Ali turut berkokok dalam nada yang sama. Hikayat yang didendang sama sahaja di mana-mana ia diceritakan iaitu ekonomi negara menikmati belanjawan lebihan atau 'budget surplus' sepanjang Anwar menerajui Kementerian Kewangan.Statistik rasmi yang dihidang oleh Azmin sebagai bukti memang tidak siapa boleh pertikaikan, persoalannya adakah Anwar sebenarnya individu yang bertanggungjawab terhadap pencapaian ekonomi negara dalam tempoh 1992 - 1997 atau wujud faktor lain yang lebih penting daripada itu ??? Dari siapa Anwar mewarisi jawatan Menteri Kewangan jika tidak Tun Daim Zainuddin yang telah meletakkan Malaysia di atas landasan ekonomi yang kukuh sepanjang beliau menjawat posisi itu bermula tahun 1984 sehingga 1991.Ketika Daim meletak jawatan,pelbagai pihak menyanjung tinggi sumbangan yang telah beliau berikan kepada negara. Daim disebut antara arkitek terbaik yang telah berjaya mengemudi ekonomi negara dengan cemerlang sekali dalam empat tahun kemerosotan ekonomi. Beliau telah memacu empat perubahan struktur ekonomi yang strategik dalam tempoh 1986-1991 iaitu mobilisasi sektor swasta, dasar perdagangan luar yang aktif,memperkukuhkan peranan sokongan sektor swasta serta pemulihan sektor perusahaan awam. Sehingga ke hari ini,prinsip-prinsip pengukuhan ekonomi yang dilaksanakan oleh Daim terus disanjungi dan masih diguna pakai,termasuk oleh Anwar sendiri semasa menjadi Menteri Kewangan.Justeru,kejayaan ekonomi negara yang dipuji-puji serata dunia hingga Malaysia di golong sebagai salah satu Harimau Ekonomi di sisi Korea Selatan,Taiwan,Hong Kong dan Singapura bukanlah hasil kerja kuat Anwar tetapi disebabkan asas ekonomi yang sungguh jitu dan kukuh yang telah ditinggalkan oleh Daim.Seperti seorang anak yang mewarisi harta yang menimbun dari ayahnya dan tidak perlu lagi kerja kuat seumur hidup,begitu juga Anwar tidak perlu buat apa-apa lagi bagi menguatkan landasan ekonomi negara. Anwar setakat menumpang kejayaan yang ditempa oleh Daim selama lima tahun beliau menjadi Menteri Kewangan dan hanya menuai hasil daripada usaha tekun orang lain.Tempoh selepas 1997 adalah tempoh perit bagi ekonomi negara disebabkan oleh serangan penyagak matawang,George Soros.Setelah memecat Anwar,Dr Mahathir telah memperkenalkan sistem kawalan pertukaran pada 1 September 1998 yang akhirnya menyelamatkan ekonomi negara. Langkah drastik lain yang dilaksanakan termasuk menamatkan dagangan saham-saham Malaysia di CLOB (Central Limit Order Book) di Singapura yang menjadi punca utama pasaran saham negara merudum akibat aktiviti jualan singkat. Semasa Krisis Ekonomi 1997, siapa tidak tahu bagaimana Amwar cuba mengkhianati negara dengan usaha meletak Malaysia di bawah kawalan Tabung Kewangan Antarabangsa melalui kawan rapatnya, Michel Camdessus ang menjadi Pengarah Urusan IMF ketika itu. Ketika Datuk Seri Najib mengambil alih teraju pentadbiran negara, Malaysia berdepan dengan krisis ekonomi global yang berpunca dengan kemelut kewangan yang teruk di Amerika Syarikat dan seterusnya berjangkit menjadi krisis buruk di kalangan negara-negara Kesatuan Eropah. Berpandukan visi dan perancangan yang jelas, Perdana Menteri tangkas memperkenalkan dua pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM67 bilion. Dalam masa 10 bulan sejak pakej rangsangan pertama diumumkan, hasil yang memuaskan telah dilihat di mana 90 peratus daripada projek yang dikenal pasti telah diberikan kontrak atau sedang dalam pelbagai peringkat pelaksanaan. Tindakan pro-aktif ini telah memberi suntikan yang amat diperlukan bagi memastikan ekonomi negara terus berada pada landasan yang kukuh bagi faedah dan kesejahteraan.Perdana Menteri kemudiannya telah melaksanakan program transformsi ekonomi dan pentadbiran kerajaan secara besar-besar bagi mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2015.Usaha gigih beliau bukan sahaja telah mentranformsi setiap sektor ekonomi dan sektor awam ke arah pencapaian yang luar biasa tetapi juga telah mendapat pengiktirafan serta pujian antarabangsa termasuk IMF. Sementara Anwar masih diulit fantasi teringat-ingat ketika menjadi Menteri Kewangan, ekonomi negara sudah jauh maju di bawah kendali Datuk Seri Najib serta jauh meninggalkan Anwar dengan kenangan masa lampau dan mimpi siang harinya. ANWAR IBRAHIM !!! TAK PERLU BERANGAN !!! SAYA KENAL PERANGAI ANDA DARI TAHUN 1996 !!! RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment