BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! DATUK DR HASAN ALI MEMBELASAH DAP KAW-KAW !!!
- KANTOI !!! DAP GUNA PLATFORM INTER-FAITH UNTUK KRITIK UMNO ??? APA CERITA NI ???
- HOT NEWS !!! KISAH SEBENAR DEEPAK PENIAGA KARPET MENIPU RAKYAT MALAYSIA TERBONGKAR !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! MALAYSIA AKAN BANGKRAP !!! NAMPAK SANGAT ANWAR IBRAHIM DAN PR KENCING RAKYAT MALAYSIA !!!
- HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM NAK MINTA MAAF BERKENAAN ISU MORAL DAN INTEGRITI ???
HOT NEWS !!! DATUK DR HASAN ALI MEMBELASAH DAP KAW-KAW !!! Posted: 03 Dec 2012 03:00 PM PST Isu berkaitan dengan penggunting/pendandan rambut wanita tidak dibenarkan memotong/mendandan rambut lelaki termasuk yang bukan Islam telah diulas beberapa hari yang lalu. Perkembangan terkini terhadap isu itu menjadikan ianya perlu diberikan satu ulasan yang lain supaya masyarakat dapat melihat isu ini dari perspektif yang lebih seimbang.Seperti yang telah diulaskan,tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh MPKB sudah berlanjutan buat sekian lamanya sejak 1991.Sebahagian daripada pengusaha kedai salon telah diberi kompaun beberapa kali namun mereka meneruskan perniagaan seperti biasa.Hanya yang terakhir apabila Pengerusi DAP Karpal Singh campurtangan menyebabkan isu ini tertonjol dan menjadi hangat. Amaran dan gesaan Karpal Singh mengenai isu ini menyebabkan Jawatankuasa PAS Pusat secara tergesa-gesa mengambil tindakan meminta MPKB mengkaji semula tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh mereka. Dalam keadaan biasa "mengkaji semula" selalunya membawa implikasi membatalkan atau menarik balik sesuatu tindakan yang telah diambil.Apa yang hendak ditimbulkan disini bukan soal penguatkuasaan peraturan seperti yang terdapat dalam enakmen yang telah berkuatkuasa sejak sekian lamanya. Tetapi lebih kepada soal tentangan dan halangan terhadap peraturan itu yang datangnya daripada DAP rakan politik PAS dalam Pakatan Rakyat.Sebenarnya peraturan yang dikuatkuasakan oleh MPKB itu bukan merupakan peraturan yang termasuk dalam peraturan/enakmen yang berkait langsung dengan Islam.Hanya ada tergambar roh Islam dalam peraturan yang telah dilaksanakan. Peraturan sedemikian buat sekelian lamanya terutama dalam konteks Kelantan dikatakan tidak menimbulkan masalah dan tidak pernah menjadi satu isu yang digembar gemburkan. Tindakan Karpal Singh menggambarkan bahawa DAP tidak sekali-kali bersedia menerima apa sahaja peraturan yang berbaur, berwarna atau mempunyai roh Islam. Jelas kelihatan betapa antinya DAP terhadap Islam sehingga hal-hal yang diterima baik oleh rakyat dari segi akhlaknya disanggah dan dinafikan kebaikannya semata-mata kerana terdapat unsur-unsur atau nilai-nilai keIslaman didalamnya. Setengah pihak menganggap dalam hal yang dikatakan remeh seperti ini pun tidak dapat diterima baik oleh DAP apa lagi dalam hal-hal besar seperti melaksanakan Hudud dan Negara Islam yang PAS berjanji akan merealisasikannya apabila Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya. Masyarakat Islam samada yang menjadi ahli atau penyokong PAS atau tidak sudah tentu merasa terhina dengan tindakan biadap DAP yang sering menggunakan Karpal Singh, Pengerusi parti itu menjadi jurucakap anti Islam mereka.Masyarakat Islam juga merasa amat kecewa dengan pimpinan tertinggi PAS yang kelihatan menggelabah bila disergah oleh Karpal Singh. Tanpa berfikir panjang dan menilai implikasi bentuk tindakan yang akan diambil pimpinan tertinggi PAS dilihat terus mundur kebelakang. Mereka akur dengan kemahuan dan niat jahat terhadap Islam yang menjadi amalan parti rasis, cauvanis dan anti Islam itu.Dari pandangan kasar bersandarkan kepada beberapa rentetan isu, masyarakat Islam harus berfikir panjang samada patut memberi sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat atau sebaliknya mencari satu alternatif dan kaedah baru yang memungkinkan mereka dan generasi pengganti melihat Islam dimartabat dan diagungkan. Datuk Dr Hasan Ali Presiden Jalur Tiga (Jati) RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! DAP GUNA PLATFORM INTER-FAITH UNTUK KRITIK UMNO ??? APA CERITA NI ??? Posted: 03 Dec 2012 11:00 AM PST Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng menggunakan platform Inter-Faith, iaitu MCCBCHST (Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism) untuk mengkritik UMNO lapor FMT. Lapornya program makan malam MCCBCHST yang sepatutny menjadi flatform untuk merapatkan hubungan antara agama-agama bertukar menjadi majlis politik apabila Guan Eng menuduh UMNO sebagai pelampau agama dan meminggirkan hak agama lain. Setiusaha Agung DAP itu juga dilaporkan mengambil peluang untuk berkempen untuk pakatan pembangkang, dengan mendakwa gabungan tiga parti pembangkang – PKR, DAP dan PAS – telah berjaya membawa perubahan yang baik kepada negara sejak pilihan raya umum 2008. Ucapan Guan Eng di MBA, Burma Road, pada 2 Disember turut dimuat turun di penang.gov.my. MCCBCHS ditubuhkan pada tahun 1983 sebagai respon daripada ketidakpuasan hati penganut Kristian terhadap polisi Islamisasasi dalam kerajan,kemudiannya bertukar menjadi platform untuk mewujudkan Inter Faith Council (IFC) yang menuntut 14 perkara berkaitan dengan polisi keagamaan di Malaysia. ANDA NAK LAGI BUKTI ??? UNTUK SELANJUTNYA |
Posted: 02 Dec 2012 11:00 PM PST anda nak tahu siapakah sebenarnya si deepak yang peniaga karpet ini ??? jom ikuti kisah sebenar siapa beliau.pada mulanya deepak memang mengenali Datin Seri Rosmah atas urusan pelanggan dan peniaga dalam urusniaga karpet sejak Datuk Seri Najib sebelum menjadi TPM dan PM.pada mulanya deepak menghadapi masalah perniagaan dan hutang ratusan juta degan kuwait finance house.bank menghentikan kemudahan pinjaman pada deepak setelah di dapati pinjaman yang diambil sebelum itu ada unsur penipuan yg turut melibatkan salah seorang pegawai besar dalam bank yang meluluskan kemudahan pinjaman pada deepak tetapi pegawai berkenaan di tukar ke tempat lain dan pegawai baru yang mengambil tempatnya melakukan siasatan terhadap penipuan yang dilakukan antara pegawai lama dan deepak. hasil siasatan mengesahkan berlaku unsur penipuan dan kuwait finance house telah menahan baki kemudahan pinjaman kepada deepak.deepak diminta membayar pinjaman yg telah digunakan sebelum itu dgn jumlah mencecah jutaan ringgit sebulan.malangnya deepak gagal menjelaskan hutang kepada bank seperti sepatutnya dan menyebabkan pihak bank mengambil bangkrap terhadapnya.difahamkan apabila ada unsur penipuan dalam usaha deepak untuk mendapatkan pinjaman,maka pihak SPRM dan LHDN juga turut menyiasat syarikat deepak dan mereka mengambil semua fail-fail di pejabat deepak.ketika pihak penguatkusa SPRM dan LHDN berada di pejabatnya deepak telah menjual nama Datin Seri Rosmah kepada pegawai-pegawai berkenaan bagi menghentikan operasi mereka.deepak juga turut menghubungi Datin Seri Rosmah sambil bercakap kuat kononnya untuk menujukkan kepada penguatkuasa SPRM dan LHDN bahawa beliau ada kabel besar. bertitik tolak dari situ,Datin Seri Rosmah telah menghentikan sebarang perhubungan dengan deepak kerana deepak telah menyalah gunakan kedudukan hubungan beliau dengan Datin Seri Rosmah Mansor.selepas itu deepak cuba untuk bertemu dan berhubung dengan Datin Seri Rosmah Mansor,tetapi Datin Seri tidak melayan kerana deepak telah menjual namanya.antara bantuan yg diminta deepak adalah supaya Datin Seri Rosmah memberitahu Datuk Seri Najib sebagai menteri kewangan agar menggunakan kuasanya mengarahkan bank menghentikan tindakan bangkrap dan melepaskan kemudahan pinjaman yg disekat.begitu licik permainan yang deepak buat.kenapa tak bayar sahaja hutang tu ??? akhirnya deepak terus berusaha berbagai cara utk merapati Datin Seri Rosmah dan PM termasuklah berada di atas pentas bersama PM semasa sambutan hari thaipusam yang lepas di batu caves.apabila PM dan isteri tidak melayan Deepak dan beliau akan bangkrap bila-bila masa deepak memberitahu beberapa rakan rapatnya untuk mengadu kepada pihak PKR untuk jalan terakhir. ada pihak yg memberitau deepak,anwar ibrahim selaku bekas menteri kewangan dan mempunyai hubungan yg rapat pihak-pihak institusi kewangan timur tengah boleh membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapinya.perkara tersebut dihidu oleh nurul izzah anak kepada Anwar Ibrahim sendiri.Maka bermulalah perhubungan antara Nurul Izzah dengan deepak.Nurul Izzah ingin bertemu dengan deepak dan hari pertemuan telah ditetapkan.namun pertemuan tidak menjadi kenyataan kerana deepak takut.memandangkan deepak tidak tidak mahu bertemu nurul izzah,orang yang berkenaan yang dipasang oleh PKR untuk menjaga deepak berjaya memujuk depak bertemu Awar Ibrahim sendiri.akhirnya deepak telah bertemu Anwar Ibrahim beberapa kali.salah satu pertemuan berlangsung di rumah datuk ravi,kawan baik anwar Ibrahim.Anwar Ibrahim berjanji mahu menolong deepak.untuk permulaan Anwar Ibrahim telah meminta peguam R Sivarasa agar menolong deepak berhubung kes mahkamah yg sedang dihadapinya dengan raja ropiah atas urusan perniagaan.Anwar Ibrahim Juga agak berhati-hati dalam berhubung dengan deepak kerana tidak mahu terperangkap.apa yang Anwar Ibrahim buat adalah,Anwar Ibrahim pula mengarahkan sivarasa melakukan apa-apa yang patut dalam usaha untuk menjatuhkan PM dan isteri.inilah tujuan Anwar Ibrahim untuk menolong deepak.akhirnya satu kejadian telah berlaku.baca sampai habis cerita ini. akhirnya sivarasa pula telah meminta deepak bercakap mengikut skrip yang beliau sediakan.apa yang terjadi adalah sivarasa yang mempunyai hubungan yang rapat dengan suaram dan meloyakini telah mengaturkan satu sesi wawancara deepak dan meloyakini yang kemudiannya wawancara berkenaan disiarkan semasa PAU 2012 berlangsung dengan niat untuk menghuru harakan UMNO dan Datuk Seri Najib disaat PAU berjalan.itu sebenarnya yang terjadi.pada 29 november berlangsung perbicaraan kes deepak di mahkamah kl.dalam perbicaraan tersebut sivarasa telah menyediakan skrip-skrip yang perlu dibaca oleh deepak dimana skrip itu untuk memburuk-burukkan PM dan Isteri dan dibaca dalam mahkamah agar ianya dipercayai seluruh dunia.akhirnya deepak gagal mengikut skrip yang diarahkan oleh sivarasa walau ada yg terlepas satu dua skrip.skrip yang terlepas juga di tolak oleh hakim perbicaraan kerana hakim berkata ia tidak ada kena mengena dengan kes yg dicarakan dan hakim berkata kes tersebut kes perniagaan dan bukannya kes politik. ANDA NAMPAK SIAPA PUNYA PERMAINAN ??? ANDA NAMPAK HATI BUSUK ANWAR IBRAHIM INGIN MENJATUHKAN PM DAN ISTERI ??? ADAKAH ANWAR IBRAHIM INI BOLEH PIMPIN NEGARA SATU HARI NANTI ??? DENGAN MENJATUHKAN KREDIBILITI PM DAN ISTERI YANG SELALU MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA ??? APA CERITA NI ??? RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 02 Dec 2012 09:00 PM PST mugkin mudah bagi pakatan pembangkang untuk memperdaya atau menakut-nakutkan sebilangan rakyat yang barangkali tidak mengerti istilah ekonomi tertentu.Ini termasuklah istilah bajet defisit dan hutang negara.Namun realitinya tidak begitu.Faktanya - ekonomi negara amat sihat.Dalam ketidaktentuan ekonomi dunia ketika ini pun, Malaysia masih mampu mencapai pertumbuhan 5.2 peratus (ada mengatakan 5.3 peratus) pada suku ketiga tahun ini.Malah,prestasi negara lebih memberangsangkan,meninggalkan jauh Itali dan Perancis yang masing-masing mencatat hanya 0.2 peratus pertumbuhan bagi tempoh sama. Membangkitkan dakwaan pembangkang bahawa ekonomi negara kini kononnya dalam keadaan 'parah' akibat menanggung hutang dalaman 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),Ahli Majlis Tertinggi UMNO,Datuk Norraesah Mohamad (gambar) ada hujah berfakta untuk menjelaskan dakwaan ini.Sejak 1970-an lagi,kata Norraesah yang juga ahli ekonomi,pengurusan defisit negara amat baik.Tidak pernah sesekali default atau tidak memiliki keupayaan untuk membayar balik hutang. Pada 1980-an,pertumbuhan ekonomi negara juga bagus.Masih ada defisit waktu itu tetapi pertumbuhan negara terus meningkat.Maka dari 1971 hingga 1980-an menerusi polisi yang dipraktiskan, bajet defisit terus berjalan seiring dengan dasar-dasar serta projek-projek untuk menjana ekonomi meningkat sehinggakan negara berjaya mencapai dua digit pertumbuhan 10 dan 11 peratus pada 70-an. "Sebenarnya tidak perlu kita risau hutang dalaman 53.7 peratus itu kerana yang penting pinjaman itu dari dalam (negara). Kalau kita pinjam dalam mata wang sendiri (ringgit), kita tidak mungkin bankrap. "Yang penting ialah keupayaan untuk membayar balik, ada pertumbuhan ekonomi dan pinjaman itu adalah dalaman.Dalam hal ini,kita tidak berhutang daripada pihak luar tetapi melalui contohnya daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),Tabung Haji dan beberapa lagi yang membeli bon yang dikeluarkan kerajaan," katanya kepada akhbar ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Norraesah menjelaskan,bajet defisit merupakan satu model yang diketengahkan Keynes. Ia dalam keadaan di mana pertumbuhan lembap dan sektor swasta pula mengundur kerana tidak berkeupayaan menghidupkan terus aktiviti ekonomi, sementelahan kemelesetan ekonomi jauh lebih teruk. Maka di sinilah,model itu 'dicabar' dengan kerajaan berkenaan perlu menunjukkan peranan yang dilihat melalui polisi-polisi fiskal untuk menentukan pertumbuhan tidak terjejas. "Selain dakwaan hutang dalaman tadi, ada juga pembangkang mengatakan kita sengaja mereka-reka data ekonomi negara.Ini jelas satu ungkapan nakal.Kalau tidak masakan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) baru-baru ini mengakui prestasi kita malah membuat jangkaan ekonomi Malaysia akan meningkat dengan lebih baik pada suku ketiga, seterusnya penghujung 2012 ini," katanya. Pengiktirafan IMF kepada keupayaan pengurusan ekonomi negara bukan baru. Ketika krisis kewangan Asia pada 1997 yang menjerumuskan kebanyakan negara ASEAN termasuk Indonesia ke dalam kegelapan ekonomi sehingga tunduk kepada IMF, Malaysia memilih melaksanakan Selective Exchange Control - yang mengekang duit negara ke luar.Waktu itu pendekatan 'luar kotak' yang diambil negara disifatkan aneh dan menerima ejekan.Namun,akhirnya terbukti berkesan dan IMF malu alah sendiri. "Ada dakwaan mengatakan negara-negara peminjam IMF kini lebih jauh lebih baik ekonominya berbanding kita. Namun kita jangan lupa, berbelas-belas tahun sejak meminjam daripada IMF, rakyatnya merana akibat negara tergadai dengan bank-bank dimiliki pihak asing. "Tapi, pertumbuhan ekonomi kita tetap dan terus konsisten," katanya.Kepada pakatan pembangkang,Norraesah berpesan: "Dalam nafsu mengejar kuasa, janganlah kebenaran dicederakan. - Utusan Malaysia RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM NAK MINTA MAAF BERKENAAN ISU MORAL DAN INTEGRITI ??? Posted: 02 Dec 2012 06:00 PM PST SEKALI lagi Najib Tun Razak memperlihatkan sikap budimannya apabila memohon maaf kepada rakyat atas sebarang kekhilafan BN dan UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO. Ini bukan kali pertama beliau berbuat demikian.Najib pernah membuat kejutan memohon maaf di hadapan para hadirin ketika berucap pada majlis di Kuala Ketil, Kedah pada awal tahun ini. Jarang seorang Perdana Menteri dan pemimpin sebuah parti politik memohon maaf atas perihal lampau. Seperti dijangka, beberapa pemimpin pembangkang mempersoal dan memperlekehkan tindakan Perdana Menteri. Awang boleh faham. Mereka sebenarnya bimbang sikap merendah diri Najib akan memenangi hati rakyat, yang bermakna merugikan pembangkang. Persoalannya jika Perdana Menteri boleh memohon maaf mengapa pemimpin pembangkang enggan berbuat demikian. Awang menunggu sejak sekian lama ketua pembangkang, Anwar Ibrahim memohon maaf atas isu moral dan integriti . Dalam banyak hal, Anwar mengheret rakyat dalam isu moral beliau dengan strategi untuk menyelamatkan diri. Itu belum menyentuh banyak demonstrasi ganas oleh PKR yang menggugat keharmonian sejak beliau dipecat daripada kerajaan. Begitu juga dengan banyak kenyataan Anwar yang memudaratkan kepentingan agama, bangsa selain memburuk-burukkan negara yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin. Ada lagi besar. Anwar tidak putus-putus berusaha mendapatkan campur tangan asing, yang disifatkan oleh banyak pihak sebagai pengkhianatan. Awang juga tertanya-tanya bila Presiden Pas, Hadi Awang mahu memohon maaf atas banyak kesilapannya termasuk amanat Haji Hadi yang membawa perpecahan kepada umat Islam. Apatah lagi Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat yang lebih ghairah mengeluarkan kenyataan mengelirukan dan bercanggah dengan ajaran Islam.Siapa yang sebenarnya lebih dituntut memohon maaf? Mungkin mereka malu mengakui kekhilafan kerana tidak cukup keyakinan diri. Bukan semua orang berjiwa besar seperti Najib Oleh Awang Selamat RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment