BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! DATUK DR HASAN ALI MEMBELASAH DAP KAW-KAW !!!

Posted: 17 Dec 2012 03:00 PM PST


Tentunya ahli dan penyokong DAP begitu berpuas hati dengan senarai kepimpinan DAP yang telah dipilih di dalam Kongres DAP Kebangsaan Ke 16 hujung minggu yang lalu.Nama-nama besar pimpinan DAP,Lim Kit Siang,Lim Guan Eng dan Karpal Singh masing-masing menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga dalam pemilihan tersebut.Pimpinan Melayu DAP yang meletakkan 8 orang calon kesemuanya tewas dengan memperolehi undi rata-ratanya secara relatif begitu kecil.Undi tertinggi sebanyak 348 diperolehi oleh Senator Dr Arifin Omar.Beliau menduduki tempat ke 37 daripada jumlah 63 calon yang bertanding.Selain daripada itu pemilihan yang dibuat seolah-olah terus mengesahkan wujudnya unsur-unsur pertalian kekeluargaan terutamanya dua dinasti,Lim Kit Siang dan Karpal Singh.Satu perkara yang menarik dalam ucapannya selaku Setiausaha Agung, Lim Guan Eng dengan lantang menyatakan hasrat DAP untuk menambah kerusi yang ditandingi oleh mereka sebanyak 13 kerusi (10 DUN dan 3 Parlimen) di Semenanjung Malaysia. Jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh DAP untuk Sabah dan Sarawak dikatakan akan dimasukkan dalam jadual perkiraan yang lain pula. Jika dilihat dengan lebih teliti pemilihan yang telah dilakukan, beberapa perkara dapat diberikan ulasan lanjut. 

Pertama,para perwakilan yang secara teknikalnya mewakili ahli-ahli DAP sebulat suara menyokong kepimpinan ketiga-tiga tokoh utama DAP tersebut.Ini menandakan mereka sebulat suara menyokong senarai 30 tuntutan DAP yang telah pun dipaparkan dalam berbagai alat media dan sudah tidak merupakan satu rahsia lagi. Kedua, ahli dan penyokong DAP melalui perwakilan mereka menyokong penuh pendirian ketiga-tiga pimpinan utama tersebut yang menentang habis-habisan pelaksanaan Hudud dan Negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS sejak dari awal penubuhan Parti Islam itu.Ketiga, ahli dan penyokong DAP begitu ghairah untuk melihat falsafah "Malaysian Malaysia" dilaksanakan. Falsafah "sama rata, sama rasa" ini jika dilaksanakan akan memerlukan berlakunya perubahan struktural yang belum pernah dilakukan dalam negara ini. Sebahagiannya melangkaui kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama.Keempat,amat jelas dan tidak dapat diselindung lagi hasrat DAP untuk menjadi parti peneraju di dalam Pakatan Rakyat. 

Melihat kepada darjah nafsu besar DAP berhubung dengan bilangan kerusi yang akan ditandingi menggambarkan azam yang semakin membara untuk menjadi nakhoda bahtera Pakatan Rakyat. Sekali imbas pemilihan barisan pucuk pimpinan DAP yang baru sahaja berlalu itu boleh dianggap sebagai satu proses penerusan yang natural. Tetapi di satu segi yang lain, pengekalan pucuk pimpinan dalam pemilihan tersebut boleh memberi impak yang besar kepada proses "nation building" di negara ini jika sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya dalam PRU-13 yang akan datang. Mungkin ada yang bersetuju jika dikatakan DAP sudah menghampiri puncak meraih kekuatan untuk menjadi peneraju utama di dalam percaturan politik di negara ini setidak-tidaknya di kalangan tiga komponen parti dalam Pakatan Rakyat. Tindakan DAP yang tidak pernah bersetuju dengan apa juga langkah yang diambil oleh PAS termasuk di negeri-negeri yang ditadbirnya, Kedah dan Kelantan menggambarkan sifat "superiority" yang mula bertapak dalam pemikiran pimpinan DAP. PAS sering surut ke belakang, mengalah dan dalam semua keadaan sering hilang punca bila berhadapan dengan asakan-asakan pimpinan utama DAP. Isu pendandan rambut wanita di Kelantan, isu papan iklan dan penutupan pusat-pusat hiburan sepanjang Ramadhan di Kedah adalah di antara isu yang boleh dikatakan remeh namun PAS terpaksa mengalah dan terus mengangkat bendera putih. 

Apakah masyarakat Melayu Islam melihat PAS mempunyai kekuatan fizikal dan mental serta spiritual untuk menghilangkan kegerunan menghadapi pimpinan DAP untuk terus melaksanakan Hudud dan Negara Islam seperti yang mereka janjikan? Inilah diantara soalan yang perlu dijawab oleh pimpinan tertinggi Parti Islam itu. Pemilihan pucuk pimpinan DAP boleh dikaitkan dengan hubungan parti itu dengan PKR. Dalam banyak hal, DAP lebih serasi dengan PKR terutama yang berkaitan dengan fahaman liberalisme barat yang kedua-dua parti tersebut dilihat saling melengkapi.Fahaman pluralisme dan liberalisme agama, faham sekularisme, LGBT, prinsip hak asasi manusia, persoalan moral dan akhlak juga merupakan di antara unsur di mana terdapat keserasian di antara dua parti tersebut.Jika keserasian DAP dan PKR ini berterusan, tambahan pula dengan semangat juang yang semakin meningkat hasil daripada pemilihan yang baru itu, beban PAS dalam Pakatan Rakyat dilihat semakin berat. 

Beban pertama,DAP dan PKR itu sendiri dan beban kedua menghadapi UMNO musuh tradisi mereka.Jika isu pemilihan pimpinan DAP ini terus dianalisa dengan lebih mendalam,adalah didapati bahawa pemilihan pucuk pimpinan baru DAP tersebut akan memberi kesan yang yang sangat tidak memberangsangkan kepada PAS terutamanya. PAS akan terus terperangkap akibat daripada tindak tanduknya sendiri. PAS dikatakan akan terus dibuli oleh DAP terutamanya bahkan juga PKR akibat mainan politik dan pengaruh manusia-manusia parasit dalam PAS.Umum mengetahui,PAS dikawal secara jarak dekat dan jarak jauh oleh Anwar Ibrahim yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan beliau dapat menduduki kerusi Perdana Menteri.Mungkin penerusan pimpinan utama DAP akan membantu Anwar Ibrahim mencapai hasratnya untuk menduduki takhta Ketua Eksekutif negara ini. Penegasan semula DAP bahawa Anwar Ibrahim bukannya Hadi Awang yang berhak bergelar Perdana Menteri menjadikan PKR dan DAP berada di satu sudut dan PAS bersendirian di satu sudut yang lain. Apa pun yang menjadi Lebai Malang ialah PAS. Waktu air surut dia melepas, waktu air pasang pun dia melepas. 

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI 
Presiden JATI

FAKTA !!! KISAH SEBENAR TANAH 10,526 EKAR SEBAGAI SYARAT NIZAR MENJADI MB PERAK TERBONGKAR !!!

Posted: 17 Dec 2012 07:27 AM PST


Masihkah anda ingat sebaik saja kemenangan pakatan di Perak mereka mempunyai masaalah untuk melantik menteri besar. DAP membantah pada waktu itu kerana wakil rakyat mereka tidak boleh menjadi calon Menteri Besar kerana undang undang tubuh negeri menetapkan Menteri Besar Perak harus seorang yang beragama Islam.Pada ketika itu Lim Kit Siang bermati matian tidak mahu menyerahkan jawatan itu kepada PAS.Malah jawatankuasa eksekutif pusat DAP membantah tidak akan menerima PAS sebagai menteri besar memandangkan DAP menang DUN melebihi daripada PAS atau PKR. Tak sampai 24jam,tiba tiba Lim Kit Siang,Ngah Khor Meng dan juga Ngeh Kor Ham bersama Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP menerima Nizar sebagai Menteri Besar Perak.


Disinilah bermulanya episod PAS dan Nizar menjadi boneka DAP di Perak.Pada malam itu berlaku perbincangan peringkat tertinggi diantara PAS dan DAP. DAP berkeras pada mulanya untuk tidak menerima Nizar sebagai Menteri Besar Perak,setelah berlaku campur tangan Nik Aziz dan PAS bersetuju menerima syarat syarat yang ditetapkan oleh DAP maka Nizar secara rasmi menjadi Menteri Besar Boneka DAP Perak. Khabarnya sebahagian daripada rundingan tersebut yang mendapat reaksi serta merta oleh Ngeh dan Nga apabila Nik Aziz menawarkan sebidang tanah yang besar di Kelantan sebagai tukaran ganti membenarkan Nizar menjadi Menteri Besar.Dalam isu ini,bukan saja DAP dengan perlantikan Ngeh dan Nga sebagai exco kanan untuk mengawal sepenuhnya Menteri Besar Perak malah mereka turut mendapat habuan daripada PAS apabila Nik Aziz memberi imbuhan tanah bernilai jutaan ringgit. Ironinya selepas Kongres DAP di Pulau Pinang,Ngeh dan Nga dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat. 

Sahabat Blogger Pisau.Net menerima email daripada orang kuat DAP agar mendedahkan siapakah sebenarnya Ngeh dan Nga.Mereka terlibat dengan penyelewengan dan juga menerima rasuah daripada Nik Aziz Menteri Besar Perak untuk menerima Nizar sebagai Menteri Besar Perak pada ketika itu. Modus operandinya mudah, Sebuah syarikat RM2 ditubuhkan Upayapadu Plantation Sdn Bhd.Kemudian Kerajaan negeri Kelantan menganugerahkan tanah kepada syarikat ini keatas 3 penama seperti tertera didokumen dibawah. Kemudian hak milik syarikat diambil alih oleh Ngeh,Nga dan kroni DAP.Lokasi tanah tersebut di Relai,Daerah Chiku,Gua Musang.Kelantan.Bayangkan rakyat Kelantan sendiri tidak diberi tanah tetapi Nik Aziz dengan semudah itu merasuah 10,526 ekar bernilai lebih 30juta ringgit kepada DAP.

ANDA INGIN MELIHAT DOKUMEN ITU ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

Syarat untuk Nizar menjadi lembu kepada DAP cukup besar nilainya.Selain daripada menjadi lembu DAP,Nizar turut memberikan pulangan yang lumayan kepada Ngeh dan Nga.11 bulan memerintah kerajaan Perak inilah hasilnya.PAS rasuah DAP,DAP perguna PAS.Yang kaya adalah pasangan bersaudara Ngeh dan Nga. 

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT VIDEO !!! ANWAR IBRAHIM SEKALI LAGI BERJOGET UNTUK PANCING UNDI KAUM INDIA ???

Posted: 17 Dec 2012 04:02 AM PST


Anwar Ibrahim berjoget untuk pancing kaum india,kali ini di Tapah Perak sempena dengan Sambutan Deepavali pada 16 Disember.Program Sambutan Deepavali anjuran PKR Tapah itu di Taman Hijau,Tapah pada jam 7 hingga 10 malam.

 JOM LIHAT VIDEO DI BAWAH

  


ANDA MASIH INGAT LAGI APA YANG ANWAR IBRAHIM BUAT UNTUK KAUM INDIA ??? 



 RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! TUNKU AZIZ MEMBELASAH DAP KAW-KAW !!!

Posted: 17 Dec 2012 03:34 AM PST


Orang Melayu harus sedar bahawa DAP tidak boleh dipercayai untuk menjaga kepentingan mereka walaupun parti itu berdegar-degar melaungkan ia memperjuangkan masyarakat berbilang kaum.Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata masih terlalu awal untuk mengharapkan parti itu membela orang Melayu atau menerima kaum itu. 

"Mereka (orang Melayu) harus sedar dari awal bahawa walaupun (DAP) cakap berdegar-degar sebagai sebuah parti berbilang kaum, ia masih terlalu jauh untuk menerima orang Melayu khususnya.Bagi orang Melayu untuk mempercayai DAP boleh melindungi kepentingan mereka, saya rasa terlalu awal," katanya ketika dihubungi Antarapos bagi mengulas kekalahan semua lapan calon Melayu dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Ditanya sama ada beliau terkejut dengan keputusan pemilihan, Tunku Aziz berkata: "Saya rasa keputusannya seperti dijangka,dua keluarga utama diwakili, keluarga Lim (Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng) dan keluarga Karpal (Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh).Tunku Aziz turut menasihatkan pemimpin Melayu di dalam DAP supaya berwaspada dan jangan menaruh kepercayaan sehingga terbukti jelas mereka mempunyai tempat di dalam parti itu.dalam kata lain,jangan letak 100 peratus kepercayaan (kepada DAP)," ujarnya. 

Mengulas hasrat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hendak meletakkan calon-calon Melayu dalam PRU13, Tunku Aziz berkata: "Kita kena tunggu dan lihat.Dia sudah buat banyak ikrar untuk buat itu dan ini… ujiannya pada bukti yang akan dihasilkan." 

Tunku Aziz juga menyatakan sukar bagi beliau untuk mempercayai slogan Malaysian Malaysia DAP akan berjaya. "…sokongan kepada DAP datang khususnya daripada masyarakat Cina Bandar,jadi takda bezanya. Saya tak yakin masyarakat Melayu akan berebut-rebut hendak mengundi DAP. Ini kerana tidak ada kepercayaan, apabila anda undi sesebuah parti, kepercayaan adalah satu elemen penting." Tunku Aziz adalah pengasas Transparency International Malaysia dan aktivis anti-rasuah yang menyertai DAP 2008. Beliau diangkat sebagai bukti bahawa DAP makin disokong masyarakat Melayu. Bagaimanapun tokoh itu keluar parti pertengahan tahun ini kerana tidak bersetuju dengan tindakan DAP merestui tunjuk perasaan jalanan Bersih 3.0 dan sifat tidak amanah di kalangan pemimpin parti. Walaupun disogok dengan gaji lumayan dan jawatan kanan lain oleh DAP, Tunku Aziz berpegang kepada keputusannya untuk keluar daripada parti itu. 


UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...