BADUT RAKYAT |
- PEMBANGUNAN DI SELANGOR !!! @NOHOMAR MEMBANTAI KERAJAAN NEGERI KAW-KAW !!!
- KANTOI !!! RAHSIA ANWAR IBRAHIM DI LONDEH OLEH TUN MAHATHIR !!!
- KISAH BENAR !!! PARTI MANA YANG PECAHKAN UMMAH ??? UMNO ATAU PAS ??? WAJIB BACA !!!
- KEGIATAN SAMSENG !!! SIAPA YANG SEBENARNYA LEBIH GANAS ??? UMNO ATAU PAKATAN HARAM ???
- HOT NEWS !!! KISAH SEBENAR KONVENSYEN DAP YANG BERLANGSUNG TERBONGKAR !!!
- HOT NEWS !!! KEBODOHAN 'MELAMPAU' PENENTANG LYNAS TERBONGKAR !!!
- KANTOI !!! KISAH SEKOLAH AGAMA RAKYAT !!! PAS NAK BODEK DAP ??? APA CERITA NI ???
| PEMBANGUNAN DI SELANGOR !!! @NOHOMAR MEMBANTAI KERAJAAN NEGERI KAW-KAW !!! Posted: 11 Dec 2012 03:00 PM PST Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan sebanyak RM5.7 bilion bagi pembangunan di negeri Selangor sepanjang tahun ini yang merangkumi pelbagai bidang.Pengerusi Majlis Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata peruntukan cukup besar itu membuktikan bahawa kerajaan persekutuan tidak pernah menganaktirikan negeri yang ditadbir pembangkang. "Dalam usaha kerajaan persekutuan ingin bangunkan negara dan beri pembelaan kepada rakyat kita tidak memilih sama ada negeri pembangkang atau (ditadbir) Barisan Nasional (BN).Kalau ada dakwaan kita anaktirikan mana-mana negeri ditadbir pembangkang khususnya Selangor ia tidak benar,malah peruntukan diberikan kerajaan persekutuan lebih banyak berbanding peruntukan diberikan kerajaan negeri,"katanya dalam sidang media di sini hari ini.Timbalan Pengerusi BN Selangor itu berkata peruntukan itu melibatkansebanyak 439 projek pembangunan iaitu 280 projek baru membabitkan peruntukan RM2.8 bilion dan 159 projek sambungan membabitkan peruntukan berjumlah RM2.85bilion.Beliau berkata antara projek yang terlibat ialah program bandar selamat dibawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) membabitkan peruntukan RM18.05 juta, projek di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan membabitkan peruntukan RM9.74 juta dan projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam dan Infrastruktur Asas Selangor membabitkan peruntukan RM19.75 juta. Noh berkata kerajaan persekutuan juga memperuntukkan sebanyak RM32.85 juta untuk pembangunan agama Islam di negeri Selangor melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seperti peruntukan untuk elaun imam, guru takmir dan guru Kafa. "Apabila Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri turun ke Selangor,mereka juga meluluskan sebanyak 398 projek membabitkan peruntukan berjumlah RM64juta dan meluluskan peruntukan khas sebanyak RM40.3 juta untuk surau dan masjid," katanya. Selain itu, beliau berkata melalui data e-Kasih, seramai 5,083 orang miskin tegar dan miskin di negeri itu menerima bantuan RM10,000 setiap seorang dan sebanyak RM5.04 juta diperuntukkan untuk program bantuan rumah di bawah program pembasmian kemiskinan.Sementara itu,Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mempersoalkan sikap 'double standard' kerajaan negeri Selangor dalam penganjuran program membabitkan kementeriannya di negeri itu.Beliau berkata seperti contoh,Selangor Agro Fest 2012 anjuran kerajaan negeri yang dijadualkan berlangsung esok hingga 16 Dis ini turut memuatkan program hiburan sedangkan kerajaan negeri tidak membenarkan program hiburan ketika penganjuran Hari Peladang,Penternak dan Nelayan Negeri Selangor 2012 oleh kementeriannya di Dataran Banting pada November lepas."Kita hanya ingin adakan persembahan kugiran oleh Tekun tetapi tidak dibenarkan dan dihalang oleh hampir 20 buah lori penguatkuasa sedangkan diSelangor Agro Fest ada konsert dan pesta."Saya difahamkan pada malam sepatutnya diadakan persembahan kugiran itu Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut mengadakan taklimat mengenai isu Talam.Mungkin mereka takut orang tidak datang dengar taklimat. Ini jelas sikap double standard kerajaan PKR yang takut dengan bayang-bayang sendiri," katanya - Bernama |
| KANTOI !!! RAHSIA ANWAR IBRAHIM DI LONDEH OLEH TUN MAHATHIR !!! Posted: 11 Dec 2012 11:00 AM PST Bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sekarang baru beliau sedar bahawa kemasukan Datuk Seri Anwar ke dalam UMNO pada tahun 1982 bukan disebabkan perjuangan parti itu tetapi disebabkan cita-cita rakusnya untuk menjadi Perdana Menteri. "Anwar Ibrahim ni masuk UMNO, kita ingat pasal dia betul-betul nak berjuang dalam UMNO, dia percaya kepada perjuangan UMNO.Kemudian baru kita sedar, kerana hanya melalui UMNO sahaja,dia boleh jadi Perdana Menteri," katanya. UNTUK SELANJUTNYA RENUNG-RENUNGKAN |
| KISAH BENAR !!! PARTI MANA YANG PECAHKAN UMMAH ??? UMNO ATAU PAS ??? WAJIB BACA !!! Posted: 11 Dec 2012 07:30 AM PST Sekali lagi Mursyidul Am PAS,Nik Abdul Aziz Nik Mat cuba mencuci tangan dengan memutar belitkan fakta apabila menuduh UMNO sebagai punca berlakunya perpecahan sesama orang Melayu Islam di negara ini. Katanya, perpecahan orang Melayu Islam masa kini bukannya disebabkan oleh PAS sebaliknya berpunca dari UMNO yang didakwanya mengetepikan dasar Islam dan lebih selesa dengan semangat kebangsaan.Hujah Menteri Besar Kelantan itu bukan sahaja menampakkan kedangkalan pemikirannya malah menunjukkan ketaksubannya yang melampau terhadap PAS.Nik Aziz mungkin lupa,namun sejarah hakiki tidak mungkin dapat dipadamkan bahawasanya kewujudan PAS itu sendiri adalah hasil dari ketamakan kuasa.Dek kerana gagal merebut jawatan Yang Dipertua UMNO maka dari situlah wujudnya PAS hingga ke hari ini.Kewujudannya pula bukan atas nama perjuangan Islam sebaliknya bertitik tolak dari dasar dendam kekalahan yang kemudian merebak kepada perpecahan orang Melayu Islam.Sedar dengan kelemahan itu maka pemimpin PAS berbohong pula kepada rakyat konon penubuhannya adalah hasil dari protes terhadap judi loteri yang dikaitkan dengan UMNO. Walhal jika itu alasannya kenapa tidak sekarang PAS menjauhkan diri dari PKR dan DAP yang memerintah Selangor dan Penang,yang mana di negeri-negeri itu lesen judi ekor dan lumba kuda masih diluluskan oleh Kerajaan Negeri.Hatta lesen kedai arak,rumah urut yang tak berlesen pun tumbuh mengalahkan cendawan selepas hujan di negeri yang diperintah oleh rakan-rakan sekedudukan dengan PAS itu Atau mungkinkah semua senario di negeri-negeri yang diperintah PR itu menepati dasar Islam yang dituntut oleh PAS,maka kerana itulah PAS masih setia bersama PR ??? Sudah menjadi lumrah mana-mana pemimpin PAS gemar memalitkan tuduhan semberono untuk memperlihatkan pada penyokongnya bahawa UMNO adalah parti yang tidak Islamik,manakala PAS pula didendangkan sebagai parti pejuang Islam.Dengan berbuat demikian PAS percaya para penyokongnya akan terus setia dengan perjuangan PAS sekalipun sejarah membuktikan punca perpecahan ummah antara penyebab utamanya ialah PAS.Sekitar tahun 1960 hingga 1980-an banyak perpecahan sesama penduduk sekampung dan sesama keluarga berlaku disebabkan perbezaan fahaman politik gara-gara taksub pada hasutan kepartian yang dibawa oleh pemimpin PAS.Sembahyang dua imam dalam satu kariah,mendoakan kehancuran sesama Islam serta memboikot kenduri kendara orang Melayu Islam yang condong bersama UMNO,segalanya sudah sinonim dengan watak dan pembawaan PAS dan penyokongnya.Namun disebalik semua itu,PAS tidak kekok untuk menerima dasar sekularisme dan pluralisme yang diamalkan oleh PKR,malah tidak canggung untuk berpeluk sakan dengan DAP yang akidahnya adalah sosialisme.Islam bagi PAS hanya sekadar label dan jenama untuk mengabui mata khalayak semata-mata, namun gerak laku dan praktikal yang diamalkan oleh pimpinan PAS langsung tidak mencerminkan sikap Islamik. RENUNG-RENUNGKAN |
| KEGIATAN SAMSENG !!! SIAPA YANG SEBENARNYA LEBIH GANAS ??? UMNO ATAU PAKATAN HARAM ??? Posted: 11 Dec 2012 04:00 AM PST Di sebalik momokan propaganda PAS dan PR yang giat menuduh UMNO dan BN sebagai punca wujudnya kegiatan samseng dalam dunia politik,tak semena-mena PAS melancarkan taklimat khas untuk menasihatkan ahli dan penyokongnya supaya berkelakuan baik dan menjauhi gengsterisme.Ketua Penerangan PAS Pusat,Tuan Ibrahim Tuan Man mungkin berniat baik mahu mengekang kegiatan samseng politik namun secara tersiratnya ia menunjukkan kepada umum perintis sebenar budaya samseng politik ini dipelopori oleh PAS dan PR.Lihat sajalah kelakuan ahli dan penyokong PAS sewaktu peristiwa berdarah Memali dulu di mana mereka berhimpun beramai-ramai dengan pedang,keris dan parang hanya untuk mencapai cita-cita negara Islam ala PAS yang akhirnya diakui oleh Presiden PAS,Hadi Awang sebenarnya tidak wujud pun dalam Al-Quran.Akibat kegelojohan sikap dan tingkap laku samseng itu berbelas orang isteri menjadi balu dan berpuluh anak kecil menjadi yatim.Malah tabung Memali yang mengumpul pungutan berjuta RM juga lesap sedangkan tujuan asal kewujudan tabung itu untuk menjaga kebajikan balu dan anak yatim tersebut. Begitu juga semasa peristiwa berdarah Lubuk Merbau yang menyaksikan beberapa nyawa melayang gara-gara sikap keras dan kurang ajar penyokong PAS dari luar kawasan yang berlagak samseng dengan bersenjatakan berpuluh bilah parang.Jika dua peristiwa besar di atas tidak cukup untuk gambarkan kegagalan PAS dalam mentarbiah ahli dan penyokongnya supaya berkelakuan baik dan berjiwa Islamik,barangkali lakonan mati hidup semula berkali-kali yang dijayakan oleh penyokong PAS sewaktu demonstrasi Bersih 2.0 boleh dijadikan sempadan pengajaran Atau mungkin juga kegagalan PAS mengawal tingkah laku Unit Amal PAS yang memulakan rempuhan hadangan polis di KLCC semasa demonstrasi Bersih 3.0 beberapa bulan dulu lebih daripada mencukupi untuk membuktikan betapa kelakuan samseng sudah lama mendarah daging dalam perangai pengikut PAS.Andainya itu belum cukup untuk membuktikan kelakuan ganas sudah sinonim dengan PAS dan PR,apa kata anda toleh semula kejadian ganas peserta Bersih 3.0 yang sengaja membaling kon dan objek keras sehingga kereta polis terbabas dan mencederakan pemandunya. Tidak cukup dengan balingan dan kekasaran itu, peserta Bersih 3.0 yang terdiri dari penyokong PAS,DAP dan PKR serta NGO proksi mereka melompat-lompat pula di atas kenderaan polis seterusnya menterbalikkan kenderaan peronda itu.Tidakkah ini satu kelakuan ganas dan luar tabie ??? Kemudian lihat pula kelakuan jelik dan kurang ajar penyokong PR semasa sambutan ambang malam merdeka tempohari yang dengan biadapnya berbogel menunjukkan punggung di khalayak ramai.Memalukan dan menjelikkan.Lantaran itu,walaupun dengan wujudnya taklimat anti samseng yang diwar-warkan oleh Ketua Penerangan PAS pusat ini cukup melegakan kami rakyat Malaysia,namun diharapkan biarlah ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh.Cukup-cukuplah segala macam kelakuan ganas,jelik dan samseng yang sudah mendarah daging dikalangan penyokong PAS dan PR itu dipertontonkan pada khalayak ramai.Apapun tahniahlah pada Tuan Ibrahim kerana telah menyedari sikap biadap dan samseng yang sinonim dengan penyokong PAS dan PR ini langsung tidak membawa kebaikan sebaliknya mengundang pula imej buruk. Semoga Tuan Ibrahim berjaya dengan misi nasihat baiknya itu. RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! KISAH SEBENAR KONVENSYEN DAP YANG BERLANGSUNG TERBONGKAR !!! Posted: 11 Dec 2012 12:30 AM PST Kongres Wanita dan Belia Sosialis DAP (DAPSY) kini berlangsung sempena Konvensyen Kebangsaan Parti DAP yang dijadualkan berlangsung pada 15 dan 16 Disember ini.Konvensyen ini merupakan yang terakhir sebelum berlangsungnya pilihanraya umum ke-13.Justeru,saya menjangka satu konvensyen yang meriah,yang merupakan tiupan semangat 'perang' sepertimana Muktamar PAS dan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang baru saja berlalu.Muktamar PAS menyaksikan ahli-ahlinya beratur panjang untuk ke bilik air dan membeli makanan.PAU pula seperti biasa menyebabkan kesesakan bukan sahaja di jalanraya tetapi juga di dalam dewan di mana untuk berjalan sahaja amat payah sekali kerana terlalu ramainya ahli-ahli UMNO yang hadir,duduk dan 'berkampung' di lantai PWTC.Namun,keadaan Kongres Wanita dan DAPSY DAP nampaknya berbeza sekali.Akhbar-akhbar Cina juga membangkitkan hal ini dan antaranya melaporkan Mesyuarat Agung Kebangsaan Wanita DAP hanya mencatatkan kehadiran sebanyak 33.8% walaupun ia adalah mesyuarat yang pertama bagi mereka.Manakala kehadiran ahli DAPSY pula hanya 53%. Menafikan yang ianya merupakan petunjuk awal bahawa DAP menghadapi masalah,pemimpin mereka memberi alasan bahawa kehadiran yang sedikit adalah biasa bagi DAP dan ia bukan petanda kekuatan DAP berkurangan. Malah,menurut seorang pemerhati politik,Ng Whien Chin,keadaan itu tidak akan menjejaskan peluang DAP untuk mengekalkan kekuasaan mereka di Pulau Pinang berdasarkan hakikat bahawa ramai di kalangan rakyat Pulau Pinang yang membenci Barisan Nasional secara keterlaluan sehingga sanggup menutup mata atas apa saja kelemahan dan keburukan DAP.Apa yang diperkatakan oleh Ng di atas membuktikan bahawa DAP sememangnya bergantung sepenuhnya kepada strategi menyemai dan menyebarkan kebencian terhadap BN untuk berkuasa Atau secara lebih jelas lagi,DAP selama ini hanya bermain dengan emosi rakyat,menyalakan api perkauman dengan membangkitkan perasaan prejudis dan syak wasangka terhadap kerajaan yang diterajui Melayu.DAP berharap rakyat yang telah dirasuk kebencian yang amat sangat tidak akan mampu berfikir dengan rasional lagi.Apabila ini berlaku,segala kebaikan orang atau parti yang dibenci mereka akan dinafikan, sekali gus terlepas pandang akan segala keburukan DAP.Pemerhatian Ng ini adalah tepat jika dirakamkan pada beberapa bulan lepas atau tahun lepas.Tetapi,ia agak meleset jika dilihat dari keadaan semasa.Mungkin Ng harus bertanya dirinya sendiri, iaitu selama mana rakyat boleh membenci BN hanya berdasarkan hasutan DAP sedangkan di masa yang sama BN terus berkhidmat dan memelihara kebajikan mereka dengan baik dan sempurna ??? Selama mana kata-kata dapat mengatasi apa yang dapat dilihat, dirasa, disentuh dan dinikmati setiap hari dahulu,kini dan selamanya ??? Keamanan,kemakmuran dan kemewahan kaum Cina,terutamanya,adalah hasil dari kecekapan BN memerintah.Tidak mungkin kaum Cina mampu mencapai apa yang mereka capai hari ini jika BN yang diterajui UMNO begitu lemah, korup,bodoh dan malas serta kejam dan tidak adil kepada mereka.Oleh itu,untuk mengatasi BN,DAP perlu buktikan yang parti mereka jauh lebih cekap,telus,bersih,demokratik dan lebih adil dari BN.Malang bagi DAP kerana rakyat melihat sendiri bagaimana DAP dikuasai oleh Dinasti Lim dan Singh dan bagaimana kebebasan akhbar juga sudah berkali-kali dicabuli hanya kerana mengkritik DAP. Juga bagaimana angkuhnya pewaris takhta Dinasti Lim memecat terus ahli dan pemimpin DAP hanya kerana mengkritik tindakan dan keputusannya.DAP juga begitu tegar dan tidak tahu malu apabila mendedikasikan ruang di laman web rasmi parti itu untuk membela mendiang Teoh Beng Hock seolah-olah lupa bahawa kematian mendiang adalah bertitik tolak dari siasatan terhadap korupsi yang melibatkan pemimpin DAP. Sedangkan hakikatnya,DAP sebenarnya lega kerana mendiang yang merupakan saksi utama telah ditemui mati sehingga membantutkan siasatan.Oleh itu,bagi mana-mana rakyat yang melihat DAP sebagai pembela kematian Teoh pastinya merupakan rakyat yang telah benar-benar dirasuk kebencian terhadap BN sehingga tidak mampu lagi berfikir secara rasional.Namun,saya percaya yang ahli-ahli DAP sedikit demi sedikit akan kembali rasional dan proses itu sudah pun berjalan secara perlahan-lahan di peringkat akar umbi dan juga rakyat biasa.Kongres wanita dan DAPSY yang 'sepi' kali ini, membuktikannya.Bagi memulihkan semangat ahli, DAP tidak boleh membelakangkan soal pertentangan pendapat di kalangan sekutu PR dalam konvensyen kali ini.Mahu tidak mahu,mereka terpaksa menangani isu hudud dan isu Negara Islam serta isu siapa Perdana Menteri, untuk kesekian kalinya.Perlu diingatkan bahawa PAS telah berikrar akan meneruskan agenda ini dalam Muktamar yang dihadiri beribu-ribu pengikutnya yang mana merupakan satu tamparan hebat terhadap sifat kiasu ahli-ahli DAP.Untuk itu,DAP wajib menunjukkan kekuatan dari segi jumlah ahli juga bagi 'mengajar' PAS siapakah boss dan siapakah kuli atau parti itu akan kehilangan undi dalam PRU kali ini.Ini kerana kaum Cina penyokong DAP tidak akan sanggup duduk di bawah atau sama tinggi dengan PAS,PKR atau mana-mana bangsa lain.DAP wajar menerima hakikat bahawa strategi menyerap dan menyebarkan kebencian terhadap UMNO/BN yang tidak berasas serta keterlaluan mungkin masih belum cukup untuk mengekalkan Pulau Pinang.Mungkin,Konvensyen DAP perlu menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk menundukkan PAS terlebih dahulu,sebelum bangun menentang BN dalam Pilihanraya. RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! KEBODOHAN 'MELAMPAU' PENENTANG LYNAS TERBONGKAR !!! Posted: 10 Dec 2012 09:00 PM PST Laporan Meloyakini memaparkan gambar 4 orang menteri kerajaan persekutuan yang mengatakan sisa pemprosesan dari kilang Lynas mesti dieksport ke luar negara.Laporan yang dikeluarkan itu seolah-olah mahu menunjukkan kepada rakyat Malaysia sisa dari kilang Lynas itu merbahaya hinggakan menteri BN sendiri minta supaya sisa dari kilang Lynas ini perlu dibawa keluar negara.Hakikatnya ,Lynas telah melakukan beberapa ujikaji dan berjaya menghasilkan teknologi yang menghasilkan sisa dari pemprosesan tanah jarang yang mempunyai kadar radiasi di bawah 1 Becquerel / gram tapi tak bermakna kalau ada 1000 gram sisa , kadar radiasi ialah 1000 Becquerel . 1 Becquerel/gram ialah ukuran 'kepekatan' radiasi dalam istilah sains nukluer , dan cara pengiraan bukanlah seperti kita buat kira2 matematik , ia lebih mirip kepada cara pengiraan dalam kimia . Contohnya 10 gram gula dilarutkan dalam 1 liter air dan 50 gram gula dilarutkan dalam 5 liter air , tentulah 'kepekatan' larutan itu serupa ! Nak cerita pasal apa itu Becquerel , nanti jadi pulak artikel ni macam kelas sains, tapi aku tau ramai malas nak meng 'Google' , kalau 'Google' pun tak ramai yang faham .Apa pun aku letak sedikit penjelasan dalam bahasa Inggeris untuk hi-lite beberapa point ; "Let's assume we were holding a gram of pure thorium-232. It has an atomic mass of 232, which means that 232 grams of thorium would have one mole of number. A mole is defined as 0.6022 trillion trillion (1024) of something. So one gram of thorium would have 1/232 of a mole of thorium, and thus there would be (0.6022 x 1024)*(1/232) = 2.60 x 1021 atoms per gram. So every gram of thorium has 2.6 billion trillion atoms in it. To figure out the activity, we would multiply this number by the decay constant of thorium-232. Thorium-232 has a VERY long half-life, 14 billion years, and so to find the decay constant first we need to figure out how many seconds are in 14 billion years. (60 seconds/minute)*(60 minutes/hour)*(24 hours/day)*(365.24 days/year)*(14 billion years) = 4.4 x 1017 seconds. The decay constant of thorium-232 is then (ln 2)/(4.4 x 1017 seconds) = 1.57 x 10-18/second. The activity of one gram of thorium is then (2.60 x 1021/gram)*(1.57 x 10-18/second) = 4080/second/gram = 4080 Bq/gram. This is the specific activity of pure thorium-232: 4080 Bq/gram, and it is rather low. That's because thorium-232 has such an exceptionally long half-life." Contoh Thorium-232 diambil sebab inilah sisa radioaktif dari Lynas .Dari artikel di atas dikatakan Thorium-232 mempunyai separuh-hayat yang sangat panjang iaitu 14 billion tahun ! Setengah Hayat bagi satu bahan radioaktif ditakrifkan sebagai masa yang diambil untuk setengah dari atom-atom radioaktif asal mereput. Dengan kata lain Setengah Hayat merupakan masa yang diambil untuk keaktifan sumber radioaktif itu berkurang menjadi setengah dari nilai asalnya. Iaitu proses pereputan 1g Thorium 232 untuk jadi 0.5g Thorium 232 ambil masa selama 14 billion tahun .Dalam tempoh pereputan ini hanya sinar Alpha yang dihasilkan ,sinaran Alpha tak mampu nak tembus kulit manusia pun jadi takkan ada kesan pun pada kesihatan manusia.Dari gambarajah dibawah sinar Beta dan Gamma boleh dikategorikan sebagai berbahaya. Uranium-235 (yang digunakan untuk bina bom atom "Little Boy" di Hiroshima) pula mempunyai separuh hayat 704 juta tahun . Uranium-235 dalam proses 'pereputan' menghasilkan sinaran Gamma yang merbahaya, itu lah yang sebabkan ramai orang di Jepun yang terdedah pada sinaran ni lepas kena bom mengalami 'mutasi' dan sebabkan kesihatan mereka terancam. Dari 2 perbandingan di atas (Thorium 232 dan Uranium 235) lebih lama separuh-hayat sisa radioaktif tu maka ia menjadi lebih selamat. Mungkin akan ada persoalkan lagi sebab tak faham ,depa akan kata Thorium-232 tetap radioaktif ! Jadi kalau ada pertanyaan macam ni , aku mohon supaya tablet pottasium untuk darah tinggi juga diharamkan di Malaysia , tablet pottasium untuk darah tinggi yang digunakan ialah Pottasium-40 dengan kadar radioaktif 32Bq/gram iaitu 32 kali lebih tinggi dari sisa Lynas yang diproses ? ANDA NAK LAGI KISAH SEBENAR LYNAS BAHAYA ATAU TIDAK ??? KLIK DI SINI UNTUK SELANJUTNYA RENUNG-RENUNGKAN |
| KANTOI !!! KISAH SEKOLAH AGAMA RAKYAT !!! PAS NAK BODEK DAP ??? APA CERITA NI ??? Posted: 10 Dec 2012 06:00 PM PST PAS yang terhimpit dengan masalah dalaman PR dan ketandusan isu terus cuba memancing undi dengan cara mengelirukan rakyat serta menyemai keraguan dan kebencian terhadap BN.Fitnah konon BN menolak Islam,tidak Islam,kafir dan murtad telah menjadi wirid harian pemimpin-pemimpin mereka.Dalam pembentangan Bajet yang lepas,kerajaan BN telah ditohmah sebagai tidak menitikberatkan Islam kerana tidak memperincikan bajet untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR).Sedangkan ini bukanlah satu isu kerana Sekolah Agama Rakyat bukanlah di bawah tanggungan kerajaan tetapi milik persendirian.Justeru,adalah tidak munasabah meminta kerajaan menanggung kos operasi SAR yang ditubuhkan oleh orang atau pertubuhan persendirian.Logiknya,jika tidak mampu menubuhkan sekolah,kenapa mesti ditubuhkan juga sehingga menjejaskan masa depan murid-murid akibat pembelajaran tidak berkualiti dan keadaan sekolah yang tidak sesuai dan mampu menganggu proses perkembangan minda. Pun begitu, kerana prihatinnya kerajaan terhadap anak bangsa dan agama Islam,maka bantuan tetap diberikan di mana pada tahun 2011, sejumlah RM95 juta telah diperuntukkan kepada SAR.Malah, sebanyak 156 daripada 382 SAR di seluruh negara telah berdaftar dengan kementerian dan ditukar status kepada sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) yang mana mendapat peruntukan terus dibawah bajet pendidikan nasional. Oleh itu,momokan pembangkang kononnya kerajaan tidak prihatin adalah momokan ahli politik yang gila kuasa, bukannya hujah seorang muslim yang benar-benar memperjuangkan agama.Kedegilan kebanyakan SAR untuk berdaftar dengan kerajaan juga merupakan satu kemusykilan yang masih gagal difahami.Jika benar SAR ikhlas ingin mengajar agama,kenapa perlu menolak untuk berdaftar dengan kerajaan dan mendapat bantuan secara langsung ???? Kenapa perlu terasing dari pendidikan nasional tetapi di masa yang sama melangut menunggu suapan kerajaan ??? Bukan rahsia bahawa kebanyakan SAR membawa fahaman PAS, iaitu fahaman pembangkang yang menentang kerajaan.SAR juga kerapkali dikaitkan dengan berbagai masalah moral sama ada di kalangan murid-murid mahupun guru.Ini mungkin antara sebab SAR tidak wajar diberi bantuan secara membuta tuli tetapi perlu dikaji dan disiasat dahulu agar tidak menjadi punca kepada kemusnahan ummah di masa depan.Berdasarkan hakikat ini,saya tidak hairan kenapa Lim Guan Eng tidak teragak-agak untuk memasukkan SAR di dalam peruntukan hal ehwal agama Islam dalam Bajet Pulau Pinang.Guan Eng pasti sedia maklum bahawa SAR akan membantu melahirkan lebih ramai Melayu yang tidak mampu bersaing dan akhirnya hanya menjadi pak turut kepada DAP. Namun,kenyataan Ketua Pemuda PAS Selangor,Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan mengenai perkara ini dilihat sebagai satu tindakan mengampu Lim Guan Eng secara keterlaluan. Kata Hasbullah, Bajet tersebut membuktikan Guan Eng prihatin dengan SAR dan kerajaan pusat wajar merasa malu dengannya Sedangkan, menurut laporan Bajet negeri,Kerajaan Pulau Pinang telah memperuntukkan RM13.84 juta untuk tahun 2013 meliputi pembangunan masjid, surau dan sekolah agama rakyat (SAR).Maknanya,tiada perincian khas mengenai bantuan untuk SAR. RM13.84 juta sebenarnya tidak banyak jika dilihat dari projek yang di dalam perancangan iaitu pembinaan masjid baru yang mengambilkira prasarana mesra OKU,iaitu di Masjid Jamek Sungai Gelugor,Daerah Timur Laut dan Masjid Jamek Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara.Lebih-lebih lagi,apabila bajet tersebut juga menyatakan bahawa keseluruhan peruntukan untuk tujuan keagamaan pada tahun hadapan adalah RM46.42 juta.Klausa 'tujuan keagamaan' ini adalah terlalu umum di mana kita tidak dapat pastikan sama ada agama yang dimaksudkan adalah Islam atau semua agama lain ??? Jika ia membawa maksud semua agama lain juga maka ini bermakna Islam mendapat peruntukan RM13.84 juta dan lebihan RM32.58 juta lagi adalah untuk semua agama lain. Angka ini jelas belum cukup untuk menobatkan Guan Eng sebagai seorang yang memartabatkan Islam. Oleh yang demikian,jelaslah bahawa Ustaz Hasbullah ini tidak lebih dari sekadar tukang cuci kasut Guan Eng yang sanggup mereka-reka dan menokok tambah cerita semata-mata untuk mengampu DAP.Malah,tajuk Harakah mengenai perkara ini juga mempunyai unsur-unsur fitnah dan bodek yang keterlaluan iaitu kononnya Pulau Pinang meningkatkan bajet SAR sehingga 300% ??? Laporan yang tidak disertakan dengan statistik,angka dan fakta itu dijadikan modal untuk menghentam kerajaan Pusat. Soalnya, berapa ramaikah ahli-ahli PAS yang terpedaya dengan laporan Harakah tersebut ??? Berapa ramaikah ahli-ahli PAS yang sanggup mencari fakta dan angka tepat bagi mengesahkan kenyaaan Ketua Pemuda PAS Selangor itu ??? DAP memperjuangkan Negara Sekular secara terang lagi jelas yang mana menghapuskan Islam sebagai agama rasmi sekali gus meletakkan agama Islam sama dengan agama lain.Jadi,di manakah prihatinnya DAP terhadap Islam ??? DAP langsung tidak berselindung dalam hal ini dan tidak pula memutar-belitkannya.Tetapi,PAS pula yang nampaknya begitu beria-ia membelitkannya untuk DAP sehinggakan seorang pemimpin Pemuda PAS sanggup menggambarkan seolah-olah Guan Eng lebih Islam dari Datuk Seri Najib.Justeru,salahkah lagi jika saya merujuk dan berkata PAS sebagai anjing kepada DAP ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.







No comments:
Post a Comment