UMNO Online - “Bas Mewah PKR – Khalid Ibrahim “Kantoi” Cakap Berbelit-Belit” plus 9 more

UMNO Online - “Bas Mewah PKR – Khalid Ibrahim “Kantoi” Cakap Berbelit-Belit” plus 9 more

Link to UMNO Online

Bas Mewah PKR – Khalid Ibrahim “Kantoi” Cakap Berbelit-Belit

Posted: 20 Nov 2012 04:03 AM PST

SHAH ALAM, 20 Nov – Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) hari ini meminta rakyat untuk menilai permainan dan sandiwara Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam soal bas mewah dua tinggat PKR yang dipertikai sejak sekian lama.


Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, akhirnya sandiwara dan lakonan Khalid Ibrahim terbongkar semalam selepas beliau mengakui membayar RM10,833.00 sebulan untuk membeli bas mewah PKR yang digunakan oleh penasihat ekonomi kerajaan negeri selangor untuk kempen pilihanraya umum pada kali ini.

"Sedangkan sebelum ini, pada 30 Ogos 2012, Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan dalam kenyataan akhbar beliau yang bas itu disewa untuk tempoh enam bulan dan ianya dibiayai sepenuhnya oleh beliau untuk digunakan oleh penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor untuk kempen pilihanraya umum pada kali ini," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun beliau 'kantoi' selepas itu bila carian di JPJ mendapati bas BLU 8779 itu didaftarkan atas nama beliau Abdul Khalid Bin Ibrahim, yang membukti sebenarnya beliau adalah pemilik bas itu.

Kemudian selepas itu beliau menyatakan pula yang bas itu dibeli oleh beliau secara sewa beli.

"Namun kalau bas itu Khalid bayar sebanyak RM10,833.00 sebulan selama 6 bulan sewabeli seperti yang dinyatakannya, ia berjumlah RM 64,998.00 (RM10,833 x 6). GAPS ingin tahu bayaran muka sebanyak RM 885,002.00 (RM950,000 – RM 64, 998.00) siapakah yang membayar wang muka tersebut.

“Kalau MB menyatakan dia yang membayar wang muka tersebut, GAPS ingin tahu tarikh pembayarannya dan cek dari bank mana," ujarnya lagi.

GAPS juga tegas beliau berminat ingin tahu syarikat kewangan mana yang memberikan pinjaman sewabeli kepada Khalid Ibrahim kerana umum mengetahui beliau adalah seorang yang black listed Ctos dan Ccris kerana kes pinjaman RM60 juta Bank Islam yang masih beliau belum jelaskan.

"Sebagai MB, Khalid Ibrahim wajar berterus terang kepada rakyat dan tidak cuba membohongi rakyat sehingga `kantoi' beberapa kali," tambahnya yang juga mantan Ketua AMK negeri Selangor. -MediaUMNO

UMNO Kelantan Buat Laporan Polis Bersabit Doa Hapuskan UMNO Dan Tuduhan UMNO Murtad

Posted: 20 Nov 2012 02:36 AM PST

KOTA BAHARU, 20 Nov – UMNO Kelantan hari ini membuat dua laporan polis berhubung tindakan Pas membaca doa untuk menghancurkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan tuduhan bahawa UMNO sebuah parti murtad.

Mereka meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Pas kerana menyifatkan segala kenyataan itu telah mengguris hati bangsa Melayu dan Islam di negara ini.

Ketua Wanita UMNO Pengkalan Chepa, Zarina Md Eusoffe mengetuai kira-kira 30 anggota pergerakan itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu di sini.

Ketika ditemui, Zarina berkata mereka mahu polis menyiasat perkara itu mengikut peruntukan undang-undang yang ada termasuk Akta Hasutan kerana menyifatkan doa berkenaan boleh menghasut umat Islam bertelagah sesama mereka.

“Hati kami tersentuh. Kami orang Melayu beragama Islam dan tuduhan ini sangat  melampau yang menyerlahkan sikap sebenar Pas dan Mursidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya.

Beliau meminta rakyat Kelantan terutamanya menilai siapa sebenarnya pemimpin Pas itu  yang ternyata mempunyai politik dendam terhadap UMNO kerana sanggup mendoakan kehancuran dan menuduh UMNO murtad.

Di IPD yang sama, Majlis Veteran UMNO Kelantan turut membuat laporan serupa, diketuai Pengerusi Biro Ulama Majlis Veteran itu, Mohd Noor Deris.

Mohd Noor berkata tuduhan murtad oleh Nik Aziz itu itu disifatkan sebagai melampau dan meminta Sultan Kelantan campur tangan.

“Kami juga memohon perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V agar dapat segera mengubat perkara yang memudaratkan umat Islam di negeri ini,” katanya.

Mohd Noor juga meminta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menyuarakan pandangan mereka menurut nas-nas Islam berhubung perkara itu dan mengajak pemimpin Pas termasuk Nik Aziz bermuzakarah.

Pada Jumaat lepas, Pas mengadakan solat hajat dan berdoa supaya UMNO hancur yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV dengan dipimpin adik Menteri Besar, Nik Razi Nik Mat, sempena Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58.

Pada Ahad, Nik Abdul Aziz mengundang kontroversi apabila mendakwa UMNO murtad kerana memperlekeh dan menolak Islam.

Ahli Parlimen Sepakat Kecam Tindakan Israel, Tunggu Apa Wayang Anwar..?

Posted: 20 Nov 2012 02:21 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Nov. – Anggota Parlimen hari ini mencapai kata sepakat menyatakan sokongan ke atas usul yang dibentangkan berkaitan serangan Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza dan mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda.

Dalam hal ini, tentunya perhatian akan bertumpu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah mengeluarkan kenyataan dalam temuramah dengan The Wall Street Journal (WSJ) Januari lepas dengan menyatakan komitmennya untuk melindungi Israel.

"Tentunya semua pihak mahu mendengar apa pandangan Anwar berkaitan insiden serangan tentera Israel di Gaza walhal sebelum ini beliau mempunyai pandangan yang bertentangan dengan pendirian Malaysia dan sehingga kini beliau tidak pernah menarik balik apa yang telah diperkatakan atau membuat pembetulan," kata penganalisis politik tempatan, Prof. Datuk Zainal Abidin Borhan.

Katanya, Anwar perlu mempunyai pendirian yang tegas dan pandangan yang kukuh untuk ditunjukkan kepada rakyat apatah lagi sebagai ketua dalam pakatan pembangkang dan antara calon Perdana Menteri sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Umum(PRU) ke-13.

"Anwar perlu berani berdepan dengan kenyataan sebagaimana kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) sentiasa konsisten dan berterusan menyatakan sokongan kepada perjuangan masyarakat Palestin.

"Jangan hanya lantaran ada isu berbangkit dan serangan bertali arus Israel yang telah membunuh puluhan orang awam maka akan timbul sandiwara baru yang barangkali dibuat untuk 'menjaga hati' anggota pakatan pembangkang atau kerana PRU sudah dekat," katanya.

Jelas beliau, sebagai anggota masyarakat di negara ini, beliau amat bersyukur kerana kesepakatan dalam mengutuk tindakan ketenteraan dibuat tanpa melihat kepada latar belakang parti, kedudukan dan idealogi politik.

"Apa yang berlaku ke atas rakyat Palestin perlu menjadi tauladan kepada kita agar sentiasa muafakat dan mengelakkan perpecahan yang hanya akan merugikan pelbagai pihak.

"Senario di Palestin perlu dijadikan tauladan dalam mana kita mahu berdepan PRU ke-13 maka macam-macam perkara ditimbulkan sehinggakan dalam keadaan negara ini aman dan sejahtera pun ada pihak yang mengatakan kerajaan zalim walhal mereka ini sendiri menimati kesenangan hasil pentadbiran BN."

Jelasnya lagi, bukti-bukti imperikal tidak boleh dihapuskan dengan meneruskan lakonan apatah lagi tanggungjawab sebagai pemimpin masyarakat dan ahli politik bukanlah sekadar sedap dimulut untuk melontarkan kata-kata.

"Setiap kata-kata yang diluahkan oleh seorang pemimpin adalah amanah yang perlu dilunaskan untuk rakyat," katanya. - MediaUMNO

“Saya Hanya Doakan Nik Aziz, Pengikutnya Diberikan Kesejahteraan, Tidak Dilaknat Allah S.W.T…”

Posted: 20 Nov 2012 01:33 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Muktamar Parti Islam Se-Malaya (PAS) ke-58 yang berakhir di Kota Bharu Sabtu lalu telah dicemari dengan sikap dan perangai buruk pemimpinnya yang selama ini mendabik dada sebagai pejuang Islam.

Penghujung muktamar tahunan tersebut hanya menggambarkan perhimpunan sekumpulan mereka yang 'sakit jiwa' dan tidak dapat berjalan dengan betul di atas satu landasan kebenaran.

Dengan kata lain, pemimpin PAS ternyata begitu ghairah 'menjual agama' demi kerakusan kuasa politik sehingga membiarkan otak ahli-ahli mereka dipenuh sampah-sarap ketaksuban melampau.

Ini terbukti bilamana apa sahaja yang dimuntahkan oleh pemimpin mereka tetap akan  dianggap sebagai satu fatwa atau pegangan agama yang tidak boleh dicabar atau disanggah oleh orang lain.Mereka telan apa sahaja tanpa banyak soal.

Oleh sebab itu, umat Islam di negara ini begitu terkejut dan 'mengucap panjang' apabila adik kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Razi Nik Mat memimpin bacaan doa di Stadium Sultan  Mohammad ke-1V supaya Allah S.W.T. menghancurkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Saya sedih dan terkilan kerana tidak ada seorang pun hamba Allah daripada ratusan perwakilan serta ribuan ahli-ali PAS yang 'terbuka hati' untuk berani menegur  perbuatan yang jelas tidak dianjurkan oleh ajaran Islam yang maha suci.

Amat malang sekali mereka menjadi umat Islam ikutan yang hanya sanggup mendengar dan mengaminkan apa sahaja doa daripada mulut pemimpin mereka. Mereka menjadi jumud sehingga tidak dapat membezakan di antara yang hak dan yang batil.

Umat Islam yang waras dan cerdik akalnya menyifatkan doa pemimpin PAS melaknatkan UMNO yang didokong oleh majoriti orang Melayu dan umat Islam di negara ini sebagai keterlaluan dan satu perbuatan 'hilang akal' dan memalukan seluruh umat Islam di negara ini.

Umat Islam yang berpegang kepada sunnah WalJamaah tidak dapat menerima doa laknat yang dilakukan oleh pemimpin PAS itu  kerana  ia membabitkan sesama Islam.

Sebaliknya mereka terkilan kerana pemimpin PAS tergamak berbuat demikian sedangkan jasa UMNO terhadap perkembangan syiar Islam di negara tidak dapat dinafikan termasuk pembinaan ratusan masjid dan surau.

Mengapa tidak berdoa kepada Allah SWT supaya selamatkan umat Islam di Palestin.

Malah mereka yang masih waras fikirannya juga terkilan kerana pemimpin  PAS termasuk Nik Aziz dan adiknya tidak pernah mengadakan perhimpunan dan  meminta pertolongan  daripada Allah S.W.T apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh yang jelas bukan orang Melayu dan bukan penganut Islam, yang dengan tegas pernah mengatakan : "langkah mayat saya dahulu jika ingin tubuh negara Islam".


Oleh sebab itu, saya sendiri tidak tergamak dan tidak akan mendoakan kepada Allah S.W.T. supaya menghancurkan PAS dan Nik Aziz, sebaliknya saya hanya mampu berdoa kepada Tuhan semoga Nik Aziz dan sekalian pemimpin PAS diberikan taufik dan hidayah serta petunjuk.

Saya tidak akan menjadi manusia hipokrit kerana disebabkan kepentingan politik sehingga menggadaikan maruah agama. Justeru itu saya hanya memohon kepada Allah S.W.T. memberikan hidayah dan petunjuk kepada Nik Aziz dan para pengikuitnya supaya insaf.

Sama sekali saya tidak meminta Allah S.W.T. menjahanamkan Nik Aziz dan pengikutnya sebab saya kasihan melihat kepada Menteri Besar Kelantan itu yang semakin hatri semakin 'meracau' kerana begitu pelahap kepada kedudukan dan kuasa politik duniawi.

Sebaliknya saya sentiasa mendoakan semoga Allah yang Maha Esa memberikan petujunjuk dan hidayah kepada seluruh umat Islam khususnya di Malaysia tanpa mengira perberzaan ideologi politik, sama ada daripada UMNO, PAS mahupun PKR, dengan harapan umat Islam dan negara ini selamat daripada bala dan sebarang musibah, tidak sepertimana yang sedang berlaku di sesetengah negara Islam.

Sebagai pemimpin politik yang beragama Islam, saya tidak dapat menerima penganjuran doa laknat seperti itu kerana tetap yakin bahawa UMNO parti yang menaungi seluruh bangsa Melayu dan umat Islam tidak pernah tergelincir daripada landasan Islam yang sebenarnya.

Hakikatnya juga bahawa UMNO walaupun berkongsi kuasa politik dengan rakan-rakan bukan Islam dalam BN untuk memerintah negara ini, pemimpinnya tetap berusaha memperjuangkan kepentingan umat Islam.

UMNO tidak pernah membelakangkan syariat Islam dalam teras perjuangannya walaupun bersendikan semangat nasionalisma.

Sehubungan itu, apabila Nik Aziz mendakwa 'UMNO menolak Islam' kerana mempertahankan doa laknat daripada adiknya (Nik Razi), saya menyifatkan dakwaan Mursyidul Am itu sebagai amat jauh menyeleweng.

Sepatutnya Nik Aziz turut berasa 'terhina' dengan gelaran yang dilebelkan kepada beliau sebagai tok guru kerana turut sama bersekongkol dengan perbuatan melaknat sesama Islam.

Apakah pengikut PAS lebih beriman  daripada orang lain

Nik Razi dalam ucapan doanya dikatakan menyebut : "Ya ALLAH permudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya, hukumkan lah UMNO-BN, hukumkan UMNO-BN,hukumkan UMNO-BN,".

"Kalu kamu pernah tenggelamkan Firaun ke dalam laut, Ya ALLAH kamu telah ranapkan Namrud, begitu juga Abu Lahab. Maka, sungguh mudahnya kamu untuk menjahanamkan UMNO-BN dalam PRU 13,".

 

Bukan setakat saya, malah seluruh umat Islam di negara ini tidak dapat menerima doa seperti itu yang secara terang-terangan ditujukan kepada sesama umat Islam yang hanya bebeza kerana anutan politik.

Apalah yang ada kelebihan kepada orang Melayu dan Islam yang menjadi ahli PAS sehingga pemimpin mereka boleh memberi jaminan bahawa kesemuanya 'tidak kotor',. sepertimana yang mereka dakwa terhadap ahli dan pemimpin UMNO.

Saya cabar Nik Aziz dan rakan-rakan ulama PAS supaya memberikan jaminan bahawa pengikut dan penyokong PAS itu sememangnya bersih dan lebih beriman daripada orang lain.

Justeru, saya sekadar ingin mengingatkan bahawa ahli-ahli PAS yang terlalu taksub sehingga sanggup menelan apa sahaja 'muntah' daripada ulama mereka supaya sedar dan insaf bahawa Allah S.W.T. itu maha mengetahui lagi maha memahami apa yang tersirat dan yang tersurat di hati mereka.

Insaf dan bertaubatlah kerana kejadian yang berlaku di depan mata hari ini  adalah satu peringatran daripada Allah S.W.T.,tidak kira seseorang itu ahli PAS, UMNO dan PKR.

Oleh itu, adalah lebih afdal jika perhimpunan di Stadium Sultan Mohammad ke-1V  anjuran PAS itu mendoakan kesejahteraan dan perlindungan daripada Allah S.W.T. keatas umat Islam di bumi Palestin yang menjadi mangsa sembelihan rejim Yahudi, bukannya menadah tangan memohon kelaknatan kepada umat Islam yang menjadi ahli UMNO.

Dalam satu Hadis, Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda : " Tidaklah para pelaknat itu dapat jadi penolong dan saksi di hari kiamat." (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud).

Marilah kita berjabat tangan atas satu tujuan dan matlamat untuk membebaskan pemikiran umat Islam supaya tidak dijajah oleh fatwa-fatwa yang menyesatkan, sepertimana dilakukan oleh Nik Aziz dan pengikutnya.

Lagipun Islam itu menganjurkan kepada kedamaian dan jalan kebaikan sesama umatnya, bukannya memohon laknat ke atas mereka !

Datuk Syed Ali Alhabshee Adalah Ketua UMNO Bahagian Cheras (www.umnobahagiancheras.blogspot.com)

Malaysia Sedia Hantar Tentera Pengaman Ke Gaza Jika Diperlukan – Ahmad Zahid

Posted: 20 Nov 2012 01:23 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Nov -  Malaysia bersedia menghantar tentera pengaman sekiranya terdapat permintaan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mewujudkan keamanan di Gaza, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata setakat ini badan dunia itu tidak membuat sebarang ketetapan untuk menghantar pasukan pengaman di wilayah bergolak itu.

“Hantar atau tidak (tentera) bergantung kepada permintaan daripada badan dunia yang lain.

“Namun, kita telah buktikan bahawa angkatan tentera kita di tahap terkehadapan untuk mewujudkan keamanan contohnya Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (Unifil),” katanya  semasa menghadiri Sambutan Hari Inovasi di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Ismail Ahmad dan panglimaketiga-tiga perkhidmatan tentera.

Beliau berkata ketika ini usaha sedang dilakukan ke arah mencapai perjanjiangenjatan senjata antara rejim Israel dan pihak Hamas di Gaza.

“Bagi kita pendirian ketua-ketua kerajaan Asean ialah pihak Israel dan Hamashendaklah menghentikan apa yang dilakukan (serangan bom),” katanya.

Serangan Israel ke atas wilayah Palestin sejak 15 Nov lepas telah mengakibatkan lebih 100 penduduk Gaza terbunuh termasuk kanak-kanak dan warga tua, serta mencederakan ratusan yang lain.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid menyampaikan lima kategori anugerah Inovasi iaitu Pengurusan Projek, Pelanggan, Kewangan, Sumber Manusia dan pengurusan Teknologi Maklumat.

Sebanyak 22 projek hasil inovasi dan Kumpulan Kreatif dan Inovatif dipamerkan semasa sambutan itu yang berakhir esok.

Doa Hancurkan & Murtadkan UMNO Serlah Sikap Ekstremis Pas

Posted: 20 Nov 2012 01:20 AM PST

KOTA BAHARU, 20 Nov –  Tidak cukup dengan mengadakan solat hajat untuk mendoakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) hancur Jumaat lepas, Pas membuktikan kebencian ekstremnya dengan kenyataan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa UMNO parti murtad.

Hakikatnya Pas dulu dan sekarang tidak banyak berbeza. Suatu masa dahulu, presidennya Datuk Seri Abdul Hadi sanggup ‘mengkafirkan’ saudara seagama dalam ‘Amanat Haji Hadi’ semata-mata kerana politik dan hingga menyebabkan perpecahan ummah dengan kejadian sembahyang dua imam di Terengganu.

Doa itu dibacakan semasa Pas mengadakan solat hajat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Jumaat lepas yang dipimpin adik Nik Aziz, Nik Razi Nik Mat sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran parti itu.

Nik Aziz yang agak emosional ketika diasak pertanyaan wartawan pada Muktamar Pas ke-58 hujung minggu itu menyifatkan UMNO sebuah parti yang murtad kerana menolak hukum Islam manakala Abdul Hadi pula berkata doa itu boleh dibacakan ketika merasa diri dizalimi.

Sejauh manakah Pas mahu berlawanan dengan label Islam parti itu demi rakan pembangkangnya PKR dan DAP telah jelas dijawab menerusi doa kehancuran UMNO dan BN yang direstui pemimpin dan diaminkan anggotanya.

Sedangkan sebagai umat Islam, pemimpin dan anggota Pas sedar yang mereka tidak boleh mendoakan yang buruk kepada orang lain, lebih-lebih lagi saudara seagama.

Mereka tahu umat Islam patut mencontohi Nabi Muhammad SAW seperti peristiwa yang dikisahkan Rasullullah direjam dengan batu oleh penduduk Taif ketika berdakwah, tetapi Baginda tidak mendoakan kehancuran kaum itu malah berdoa supaya mereka akan beriman kepada Allah SWT.

Muktamar itu juga memperlihat betapa pimpinan Pas tersepit antara suara perwakilannya dan usaha menjaga hati rakan pembangkang. Ini dapat dilihat melalui isu hukum hudud yang menjadi duri dalam daging Pas dalam usahanya menyulam kerjasama bersama PKR dan DAP.

Dewan Ulama Pas merupakan sayap yang paling lantang bersuara berkenaan isu ini apabila Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib pada muktamar itu berkata Pas akan tetap melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berkuasa pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Walaupun kenyataan Harun itu disanggah Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh dan Timbalan Pengerusi Dr Tan Seng Giaw, wakil Pas Wilayah Persekutuan Zahari Arip membidas mereka kerana dikatakan masih berdolak-dalik mengenai isu hudud.

Abdul Hadi sendiri dalam ucapan dasarnya pada muktamar itu mengambil jalan selamat dengan tidak menyebut langsung mengenai hudud.

Namun setelah diasak perwakilan, Abdul Hadi menegaskan hukum hudud adalah hak eksklusif parti itu untuk melaksanakannya di negara ini apabila tiba masanya dan bukan Islam tidak perlu bimbang mengenai pelaksanaannya.

Selain hukum hudud, desakan perwakilan Pas yang mahu Abdul Hadi menjadi perdana menteri turut menyebabkan kepimpinan Pas tersepit dengan kemahuan PKR dan DAP yang mahu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

Perwakilan Pas turut mempersoal sejauh mana kepimpinan ulama masih tinggal di dalam Pas. Perwakilan menyuarakan pandangan bahawa kepimpinan ulama dalam parti itu kian terancam dengan kemasukan ideologi yang tidak sepadan.

Muktamar itu menyaksikan beberapa anggota perwakilan seperti dari Pahang, Mokhtar Senik meminta kepimpinan ulama dalam Pas dipertahan dan anasir mengancam kepimpinan itu dihapuskan. Beliau turut mendakwa ancaman itu dibawa mereka yang memasuki Pas.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar ketika menggulung ucapan dasar Presiden Pas ternyata tidak senang dengan dakwaan kepimpinan ulama semakin terhakis dalam parti itu.

Abdul Hadi pula mengingatkan anggota perwakilan bahawa tidak perlu ada pengacau parti yang boleh mengganggu arah perjalanan Pas dan turut menegaskan mereka yang ingin menyertai Pas perlu mengikut cara parti itu.

Malah dalam ucapan penggulungannya, Abdul Hadi berkias dalam mengingatkan sesiapa yang mahu merampas stering kapal Pas yang bergerak berdasarkan kompasnya tersendiri akan ‘dicampak ke dalam laut’.

Sanggupkan Pas menyingkirkan mereka yang tidak sehaluan dalam parti kerana mahu mengemudi kapal dengan rakan pembangkang PKR dan DAP?

Itu kemungkinan yang akan menggugurkan peluang Abdul Hadi untuk menjadi perdana menteri sekiranya cita-cita pembangkang menakluki Putrajaya berjaya selepas pilihan raya.

Ini kerana hanya penyokong Pas yang beria-ia mahukan Abdul Hadi sebagai perdana menteri sedangkan yang lain memperlekeh idea itu. Maka Pas memerlukan sokongan padu penyokongnya dan dalam masa yang sama tidak sanggup diketepikan rakan pembangkang yang tidak gemar dengan haluan kepimpinan ulama dalam parti itu.

Yang tersepit ialah penyokong tegar Pas yang cintakan perjuangan asal Pas dan akar umbi yang mahu pemimpin Pas lebih tegas dalam menunjukkan hala tuju parti itu.

Pada PRU Ke-12 pakatan pembangkang memenangi 82 kerusi parlimen dan daripada jumlah itu Pas merupakan penyumbang tercorot iaitu 23 kerusi berbanding DAP 28 dan PKR 31.

Anggota Parlimen Gesa Dunia Bersatu Hati Tekan Israel

Posted: 20 Nov 2012 01:16 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Anggota Parlimen termasuk pembangkang hari ini menggesa dunia supaya bersatu hati untuk terus memberikan tekanan kepada Israel agar menghentikan serangan ke atas rakyat Gaza di bumi Palestin.

Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) berkata kuasa besar dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)perlu duduk semeja dan menyelesaikan konflik ini bersama-sama.

“Berilah peluang kepada penduduk Gaza untuk hirup udara segar dan hidup seperti biasa seperti penduduk lain di muka bumi ini,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen pada Selasa.

Usul tergempar bertajuk ‘Mengecam Serangan Kejam oleh Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza’ dibentang di Dewan Rakyat hari ini.Usul telah dicadangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) pula berkata tekanan itu penting supaya dunia dapat bersatu hati menentang kekejaman rejim Zionis yang berterusan menyerang bumi Gaza sehingga membawa kematian kepada kanak-kanak yang tidak berdosa.

“Ini satu usul yang penting dan isyarat jelas dari rakyat Malaysia yang menentang kezaliman regim Zionis terhadap rakyat Palestin.

“Kita perlu terus berusaha memberi tekanan kepada Israel supaya kita dapat membebaskan bumi Palestin dari kekejaman rejim Zionis,” katanya.

Sementara itu Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) berkata seharusnya sudah ada mesyuarat tergempar antara Majlis Keselamatan PBB untuk mengusulkan gencatan senjata kerana apa yang berlaku ketika ini tidak boleh diterima dunia.

Salahuddin Ayob (PAS-Kubang Kerian) pula berkata Malaysia perlu memainkan peranan yang lebih berkesan dalam menangani isu itu dan tidak boleh berharap kepada PBB sahaja. “Patut ada inisiatif lain seperti memainkan peranan sebelum ini dalam pemeteraian Kerangka Perjanjian Damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang diadakan pada Oktober lepas.

“Maka kalau itu (kerangka perjanjian) boleh kita lakukan, tiada masalah untuk main peranan yang lebih dari PBB. Kita mampu bagi komitmen,” katanya.

Dalam pada itu anggota Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Balik Pulau Mohd Yusmadi Mohd Yusoff berkata hak asasi manusia perlu diangkat lebih tinggi dan seharusnya keganasan yang berlaku ketika ini perlu dihentikan.

“Dalam hal ini, peranan Malaysia perlu lebih jelas supaya diikuti Parlimen lain,” katanya.

Obama Responds Positively To Calls To End Gaza Violence

Posted: 20 Nov 2012 01:13 AM PST

PHNOM PENH, Nov 20 – United States President Barack Obama has responded positively to calls made by Indonesia and Malaysia, in trying to stop the current violence in Gaza.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said, Obama informed him this morning that he (Obama) had made several telephone calls last night to stop the violence, after the two countries raised the issue at the Asean-United States Leaders’ Meeting here last night.

“During the meeting, I requested Obama to act in ending the current violence in Gaza and find short-term and medium-term solutions based on the two-state solution (as proposed by the United Nations) as the basis for the conflict resolution,” he told the Malaysian media here.

The leaders met again this morning during the Trans-Pacific Partnership Leaders’ Meeting here.

“Obama informed me this morning that he has acted by making several telephone calls last night,” said Najib.

“Obama said he would try. He wants the current violence to stop, and he knows that finding comprehensive and final solution is going to be a huge undertaking.

“We know the challenges and complexity of the issue. I think there is a desire on his part to find final solution to this issue,” said the prime minister.

Israel has launched its latest aggression operation called, ‘Pillar of Defence’, in Gaza since Nov 14, resulting in the loss of over 100 lives, according to regional news reports, and several hundreds injured.

Malaysia has condemned the attack and the Malaysian Government today tabled an emergency motion on the matter in Parliament.

Najib said Malaysia had urged the United States to find the right time to resuscitate the negotiation based on a two-state solution.

On the Asean-United States Leaders’ Meeting, Najib said the meeting, among others, welcomed the recommendation by the Asean-United States Eminent Persons Group for the institutionalisation of the meeting to become Asean-United States Summit.

“The meeting acknowleged the United States’ intention of enhancing the US-Asean relationship to strategic partnership,” he said, adding that Obama wanted the economic engagement between Asean and United States to be further upgraded.

Najib said he also raised the Global Movement of Moderation’s concept propagated by Malaysia during the meeting, and Obama responded that he was interested in the concept.

Obama was confident the concept would enable each individual get the  opportunity to solve conflicts and help in promoting peace and conflict resolution, he added.

Najib said Malaysia supported the proposal on elevating the Asean-United States relationship to a strategic partnership.

“In view of the importance of this region as an economic global force, the enhancement of the Asean-US relations to a strategic partnership level will further increase international confidence in our region,” he said.

The meeting also saw the US’ commitment to work with Asean on managing and addressing common challenges such as human trafficking, piracy and disaster relief, at both multilateral and bilateral cooperation.

Malaysia, Najib said, reaffirmed its commitment in maritime security for example, in the Straits of Malacca.

“Our support is vital to ensure safe international passage. We are willing to work hand-in-hand with other countries to fight piracy and terrorism to ensure peace and stability in the region,” he told the meeting.

He said Malaysia also appreciated the US contribution under the Fulbright English Teaching Assistant Programme by sending 50 English teachers to Malaysia in its first phase, and another 75 in the second phase later.

Najib has also extended an invitation to the re-elected American president to visit Malaysia.

Usul Tergempar Kecam Serangan Israel Ke Atas Gaza Dibentang

Posted: 19 Nov 2012 11:53 PM PST

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Usul tergempar bagi mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza dibentang di Dewan Rakyat hari ini.

Usul bertajuk ‘Mengecam Serangan Kejam oleh Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza’ dan mengandungi 10 ketetapan itu telah dicadangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Najib kini berada di Phnom Penh bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-21 dan sidang-sidang kemuncak berkaitan.

Perdana Menteri berkata serangan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa, undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta merupakan jenayah perang yang menyalahi Konvensyen Keempat Geneva 1949 mengenai Perlindungan Orang-Orang Awam Dalam Masa Perang.

Katanya rakyat Malaysia berpegang teguh kepada pendirian bahawa tiada alas an bagi penggunaan kekerasan yang dilakukan ke atas wilayah Palestin di Gaza, dan dengan itu menolak tindakan hukuman kolektif yang diambil ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Beliau berkata rakyat Malaysia berasa sangat dukacita dan kesal dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa terutamanya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menghentikan dengan serta-merta keganasan Israel yang dilakukan ke atas wilayah Palestin di Gaza.

Sepuluh ketetapan itu ialah antaranya mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas wilayah Palestin di Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat awam Palestin, termasuk golongan wanita, kanak-kanak, bayi dan warga tua, kemusnahan harta benda dan infrastruktur serta menggesa pengunduran menyeluruh Israel dari wilayah Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

Selain itu, menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membuat ketetapan supaya Israel menghentikan dengan serta-merta serangan ketenteraannya ke atas wilayah Palestin di Gaza melalui gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menguatkuasakan gencatan senjata tersebut.

Projek Kondo Batu Caves Diluluskan 24 Jun 2008, Bukan Zaman BN Perintah Selangor

Posted: 19 Nov 2012 11:45 PM PST

SHAH ALAM 20 Nov. – Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini mendakwa projek pembinaan kondominium berhampiran kuil di Batu Caves diluluskan oleh ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang dilantik pakatan pembangkang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Abdul Shukor Idrus berkata, beliau dimaklumkan bahawa kelulusan projek tersebut dibuat pada 24 Jun 2008 yang mana ketika itu tiada lagi ahli majlis daripada BN berada dalam MPS.

“Ini bermakna dakwaan pakatan pembangkang bahawa BN yang bertanggungjawab memberi kelulusan projek itu adalah berniat jahat dan cuba memutarbelitkan fakta untuk mengelirukan rakyat kerana ahli MPS yang dilantik BN tidak lagi hadir mesyuarat selepas 8 Mac 2008.

“Mereka yang bertanggungjawab terhadap kelulusan ini. Walaupun sebelum itu, ahli MPS yang dilantik BN ada membincangkan mengenai pembinaan kondominium, tetapi selepas itu, perkara ini tidak lagi dibincangkan dan ia terhenti di situ saja.

“Selepas ahli MPS yang baru dilantik, mereka meneruskan perbincangan mengenai cadangan pembinaan kondominium ini dan seterusnya meluluskan projeknya. Jadi, saya ingin tanya siapa yang bertanggungjawab meluluskannya kerana mereka ada kuasa membatalkan jika tidak bersetuju,” katanya selepas menghadiri sesi perbahasan Bajet Selangor 2013 di sini hari ini.

Isu pembinaan dua blok kondominium 29 tingkat di sekitar Batu Caves terus menjadi perhatian masyarakat Hindu tempatan apabila Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniam Swamy Devasthanam Batu Caves membantah pembinaan kondominium itu yang didakwa akan menjejaskan pemandangan dan struktur kuil.

Malah, dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini, ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan mencabar Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu untuk meletak jawatan sekiranya gagal membatalkan projek pembinaan kondominium tersebut.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai cabaran Manoharan itu, Abdul Shukor berkata, gesaan itu datang daripada kalangan pemimpin mereka sendiri, sekali gus membuktikan ketidakyakinan pemimpin pakatan rakyat terhadap kredibiliti Ronnie selaku Exco Hal Ehwal Tempatan, Kajian dan penyelidikan negeri. -MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...