tun faisal dot com |
- #saveSgor Khalid diboneka, harta rakyat Selangor disamun #PenyamunRakyat
- #Murtad: Sekarang Pas kena langkah mayat Nurul Izzah juga selain Karpal?
- Pas pening, kenyataan Chua Soi Lek buktikan DAP `kafir harbi'?
| #saveSgor Khalid diboneka, harta rakyat Selangor disamun #PenyamunRakyat Posted: 04 Nov 2012 04:30 AM PST ![]() PKNS Dilelong, Yayasan Selangor Dirompak, UNISEL Digadaikan, Talam Diselamatkan! @Khalid_Ibrahim Siapa yang mengawal Khalid? 1. Kerajaan PKR Selangor baru-baru ini telah mewartakan untuk melelong 5 aset PKNS iaitu: Menara PKNS Petaling Jaya (RM 90 juta) Pusat Konvensyen Shah Alam (RM 97 juta) Kompleks PKNS Shah Alam (RM 85 juta) Kompleks PKNS Bangi (RM 42 juta) Wisma Yakin (RM 7 juta) 2. Dengan jumlah keseluruhannya adalah RM 321 juta. 3. Tindakan ini telah menyebabkan beberapa NGO dan persatuan bertindak balas terhadap TS Khalid Ibrahim serta menyifatkan tindakan itu mencabul matlamat asal penubuhan PKNS untuk memastikan pembangunan sosioekonomi rakyat dapat dibangunkan dengan seimbang. 4. Apabila premis-premis ini terjual, pemilik baru sama sekali tidak akan memikirkan tanggung jawab sosial serta nasib penyewa bumiputera terutamanya. 5. Exco negeri Selangor yang terdiri daripada 5 orang bukan bumiputera terutamanya Teresa Kok yang memegang portfolio Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan ternyata menjadi dalang disebalik kejadian-kejadian yang berlaku di negeri Selangor ini. 6. Ternyata walaupun Menteri Besarnya adalah dari orang Melayu namun tindakan beliau dikawal oleh DAP sebenarnya. 7. Sekiranya tindakan TS Khalid adalah untuk menambahkan pendapatan negeri seperti yang dibangga-banggakan di dalam laporan audit, maka beliau bukanlah seorang tokoh korporat yang bijak. 8. Sepatutnya, PKNS perlu menambah aset yang dipegang untuk menjamin kesejahteraan ekonomi rakyat Selangor. Talam Corp. 1. Apabila membeli/menerima aset-aset, Kerajaan Negeri sepatutnya menggunakan penilaian yang dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Walau bagaimanapun, aset-aset ini telah dibeli/diterima pada harga yang terlalu tinggi mengikut penilaian yang dibuat oleh pihak swasta dan bukan JPPH. Contohnya ialah Bukit Beruntung 2 yang dinilai pada harga RM113 juta oleh JPPH, tetapi Kerajaan Negeri telah menerima/membelinya dengan harga RM345 juta. 2. Daripada jumlah RM676 juta aset-aset yang diterima/dibeli oleh Kerajaan PR Negeri Selangor, telah berlaku lebih nilaian yang ketara antara RM339 juta hingga RM397 juta. 3. Kerajaan PR Selangor telah bayar sejumlah wang sebanyak RM266 juta kepada pembiaya/banker Talam. Jumlah wang ini kebanyakkan diperolehi melalui jualan tanah kepada PNSB, d mana PNSB telah mengambil pinjaman berserta bayaran faedah berjumlah RM316 juta. 4. Menteri Besar Selangor telah membayangkan bahawa Talam menghadapi kemungkinan dibubarkan. Namun, selepas transaksi dengan Kerajaan PR Selangor, Talam telah terkeluar dari senarai syarikat PN 17. 5. Kebanyakan tanah di Selangor telah dikenalpasti untuk pembangunan. Walau bagaimanapun, selepas 2 ½ tahun, tiada pelan pembangunan yang jelas ke atas tanah yang dibeli dari Talam. 6. Adakah tujuan Aset PKNS tersebut dijual demi menutup lubang yang ditinggalkan semasa transaksi Talam? Yayasan Selangor 1. Lebih menyedihkan untuk Yayasan Selangor apabila tanah kepunyaan Yayasan Selangor ini di Klang diberikan begitu sahaja oleh TS Khalid kepada Elizabeth Wong untuk dibangunkan Pusat Kebudayaan Cina. ![]() Surat Elizabeth Wong ini diluluskan dan dipanjangkan kepada Ilham Marzuki, Pengurus Besar Yayasan Selangor untuk diambil tindakan. 2. Tanah seluas 3,000 ekar di Pulau Carey pula kepunyaan Yayasan Selangor yang sebelum ini diuruskan oleh Agro Segar Sdn. Bhd. pula bakal dirobek pula. 3. Pihak Yayasan Selangor dibawah pengarahan Ilham Marzuki (Pengurus Besar) telah menghalau pekerja-pekerja Agro Tech serta menghalang pihak Agro Tech untuk keluar masuk. 4. Perkara ini telah dilaporkan kepada pihak Polisn dan tindakan selanjutnya akan menyusul kemudian. ![]() Laporan terhadap Yayasan Selangor 5. Pengurusan tanah di Pulau Carey ini bakal diserahkan kepada Trilink Construction Sdn. Bhd. yang akan memajukan Hub Minyak di atas tanah tersebut. 5a. Apakah nasib yang bakal diterima oleh suku Mah Meri di kawasan tersebut? ![]() Lantikan Syarikat Trilink Construction Sdn. Bhd. yang tidak ditenderkan ![]() Perintah Ex-Parte Untuk Injuksi Interim ![]() Pendengaran Interpartes pada 30 Oktober 2012 6. Menurut Perintah Ex-Parte ini jelas menunjukkan bahawa pendengaran interpartes ini bakal diadakan 30 Oktober 2012. Maka atas hak apakah pihak Yayasan Selangor boleh menghalau serta melarang Agro Tech ini beroperasi? 7. Bangunan-bangunan Yayasan Selangor yang secara strategiknya ddiletakkan di tengah-tengah Segitiga Emas Bukit Bintang juga bakal dijual kepada pemaju luar. 8. Adakah ini yang Dato' Harun Idris benar-benar mahukan sewaktu beliau mula memperkenalkan Yayasan Selangor? 9. Jelas dapat dilihat bahawa legasi Dato' Harun ini bakal terkubur di bawah pemerintahan TS Khalid Ibrahim Kerajaan PKR Selangor. Tersungkurnya Kerajaan Pakatan Selangor. 1. Lain senario yang berlaku pada anak syarikat milik Kerajaan Negeri adalah seperti berikut: a. Kerajaan Negeri berhutang sebanyak RM115 juta kepada KHSB dan berdasarkan kepada laporan suku tahun yang terkini, tiada bayaran dibuat kepada KHSB. b. Kedudukan kewangan UNISEL telah semakin merosot kerana UNISEL hanya menerima RM 10 juta untuk RM 248 juta hutang dari Talam. Diskaun sebanyak RM 36 juta telah diberi kepada Talam meskipun Talam tidak memenuhi Perjanjian Penyelesaian yang tamat pada tahun 2008. c. Daripada mengutip RM 28 juta, PNSB hanya menerima RM 10 juta dan kini mempunyai pinjaman sebanyak RM230 juta dengan kos bayaran faedah sebanyak RM86 juta sementara Talam pula berjaya menjimatkan RM24 juta setiap tahun. 2. Terdapat banyak lagi kepincangan yang berlaku di dalam Kerajaan Pakatan Selangor ini yang belum didedahkan lagi. 3. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara. Read more: http://truthvaccine.blogspot.com/2012/10/pkns-dilelong-yayasan-selangor-dirompak.html#ixzz2BBjAcDiJ |
| #Murtad: Sekarang Pas kena langkah mayat Nurul Izzah juga selain Karpal? Posted: 04 Nov 2012 01:00 AM PST Pluralisme, sosialisme, LGBT dan gejala murtad nampak seolah-olah semakin berkembang akibat pendirian pemimpin PR terutamanya DAP dan PKR? Baca - 7 faktor kenapa gejala murtad menjadi-jadi di negeri Selangor untuk fahami. Dengar apa kata Anwar di dalam video di atas. Kalau begitu bentuk acuan, begitu jugalah bentuk kuihnya. Hati-hati jika anak anda masuk PKR dan menyokong PR. Mungkin elok diselidik aqidah mereka sebelum terlambat...... Apakah pendirian Pas? Kalau dah bertanding hanya 60 kerusi, agak-agak kerajaan apakah yang akan dibentuk jika PR berjaya menjadi kerajaan. Kerajaan sosialis? Pluralis? Sekularis? Yang pastinya Pas telah terang-terangan menolak hudud bila bersubahat dengan PR menolak hudud menerusi kenyataan bahawa hudud bukan agenda PR, yang dalam erti kata lain, PR tolak hudud sebagai agendanya. |
| Pas pening, kenyataan Chua Soi Lek buktikan DAP `kafir harbi'? Posted: 03 Nov 2012 10:44 PM PDT MCA tiada masalah dengan Islam sebagai Agama Persekutuan MESTI BACA ! SURAT RASMI MCA TENTANG ISU HUDUD YANG PASTI MEMALUKAN PAS & DAP !!Kenyataan penuh DS Chiua Soi Lek di bawah sudah pasti akan mematikan sandiwara 'double standard' dan pembohongan pemimpin-pemimpin DAP dan PAS untuk menyelamatkan diri sendiri. Beberapa perkara penting yang dinyatakan di antaranya ialah isu ini sebenarnya telah dipolitikkan dan diputar oleh pemimpin Pakatan Rakyat apabila mereka menganggap sesebuah parti politik ( PAS ) itu adalah agama Islam. Satu lagi perkara yang jelas menunjukkan putar belit Nik Aziz ialah kenyataan di bawah. Jika kita kaji kembali permulaan isu Soi Lek dan MCA yang kononnya menghina Islam, kita akan dapati bahawa kenyataan mereka merujuk kepada kenyataan beremosi Nik Aziz yang berkata 'padanlah dirogol jika tidak tutup aurat'. Apabila kenyataan itu menjadi panas, Nik Aziz mengeluarkan satu lagi kenyataan untuk tutup cerita ini. Nik Aziz berkata bahawa kenyataan beliau itu merujuk kepada orang Islam sahaja! Macam itu pula! Apakah Nik Aziz juga bermaksud Hukum Hudud pun akan diasingkan bergantung kepada agama rakyat itu? Tetapi kenyataan di bawah lain pula! Sila baca : Pilihan Raya Umum 1986, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam. Manifesto PAS 1986 dalam muka surat lima menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat kecuali perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang kekeluargaan. "Dalam muka surat 24 pula dinyatakan bahawa hak-hak orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam dan ini adalah hudud sebenar berlandaskan Islam.MiM berminat dengan kaedah penulisan di bawah yang banyak membantu jentera media alternatif seperti MiM untuk menguatkan lagi fakta dan hujah untuk berdepan dengan media alternatif pro-pembangkang. MiM berharap agar lebih banyak lagi kenyataan seperti di bawah daripada kepimpinan UMNO, MCA, MIC dan Barisan Nasional selepas ini. Jika ada sahaja yang digoreng dan dimainkan oleh pemimpin Pakatan pembangkang, pemimpin-pemimpin BN turut membantu menjawab isu tersebut. Bolehkah? Sila baca di bawah : KENYATAAN RASMI PRESIDEN MCA MENGENAI ISU HUDUD VERSI PAS 1. Saya ingin merujuk kepada fitnah permainan politik Pakatan Rakyat berhubung dengan isu pendirian MCA berkaitan dengan perjuangan Enakmen Hudud PAS bahawa kononnya MCA menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia. 2. Saya telah berbincang dengan Ustaz Fathul Bari dari Pertubuhan Ilmuan Malaysia dan tidak ada masalah bagi MCA untuk menerima penerangan dari beliau tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar. 3. Ingin saya tegaskan di sini bahawa, ketika MCA bangkit untuk menentang perjuangan Enakmen Hudud versi PAS, MCA sebenarnya tidak menghina agama Islam kerana tindakan MCA mempertikaikan perjuangan sesebuah parti politk ( PAS ) adalah berbeza dengan penentangan MCA terhadap sesuatu agama ( Islam ). Isu ini sebenarnya telah dipolitikkan dan diputar oleh pemimpin Pakatan Rakyat apabila mereka menganggap sesebuah parti politik ( PAS ) itu adalah agama Islam. 4. Saya seringkali menyatakan bahawa pendirian politik Pakatan Rakyat selalunya konsisten untuk tidak konsisten. Dahulu Pengerusi DAP iaitu Karpal Singh sendiri bangkit mempersoalkan Sultan Perak,Sultan Azlan Shah mengenai campur tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan Istana seharusnya bebas daripada sebarang penglibatan politik. Namun begitu , dalam isu pertikaian MCA terhadap Hudud versi PAS pula Pakatan RAKYAT hendak melibatkan Yang di Pertuan Agong demi memenuhi hawa nafsu dan kepentingan politik mereka sendiri. 5. Sekirannya Pakatan Rakyat benar–benar konsisten untuk memperjuangkan keadilan demi agama dan umat Islam, maka mengapa mereka hanya berdiam diri apabila pemimpin DAP iaitu Ngeh Koo Ham dalam tweetnya yang jelas menunjukkan beliau menghina dan memperlekehkan Islam apabila beliau menyatakan protest umat Islam terhadap Sam Bacile adalah satu perkara yang terlalu membazir masa dan tenaga. Peliknya juga dalam isu penghinaan Islam oleh pemimpin DAP ini mendapat ramai pemimpin PAS yang keluar menyokong dan mempertahankan beliau. 6. Selain itu, kami telah bersama menuntut kemerdekaan negara dan membangunkan negara hingga ke tahap ini. Tidak pernah sekalipun MCA melakukan sesuatu tindakan yang mengecam Agama Islam dan pengamalannya di Malaysia. 7. Sepertimana MCA menghormati agama-agama lain seperti Buddha, Kristian dan Hindu, MCA juga peka dan menghormati sensitiviti umat Islam negara ini, apatah lagi, Islam adalah agama rasmi persekutuan. 8. Hal ini terbukti dengan sokongan dan penerimaan MCA terhadap perlaksanaan Rukun-rukun Islam di negara ini seperti pembinaan masjid-masjid, institusi Tabung Haji yang memudahkan umat Islam menunaikan haji, penubuhan dan implementasi pusat zakat dan kutipannya, pembinaan sekolah-sekolah Agama, perbankan Islam, penerapan dasar-dasar Islam dalam kerajaan dan yang paling utama, MCA tidak pernah menentang malah menyokong dan mendokong bahawa Islam adalah Agama Persekutuan dengan agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan damai seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sejak Merdeka. 9. Rakyat perlu tahu pada Pilihan Raya Umum 1986, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam. Manifesto PAS 1986 dalam muka surat lima menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat kecuali perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang kekeluargaan. "Dalam muka surat 24 pula dinyatakan bahawa hak-hak orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam dan ini adalah hudud sebenar berlandaskan Islam. 10. MCA juga ingin mencabar pendirian PAS dan PKR dalam isu berkaitan tentang kenyataan Karpal Singh supaya melangkah mayat beliau dahulu sekirannya Negara Islam hendak ditubuhkan di Negara kita dan sama ada kenyataan tersebut merupakan kenyataan yang berbaur menghina Islam atau tidak. Keduanya , mereka juga perlu menyatakan pendirian mereka terhadap Tweeter Ngeh Koo Ham sama ada tweetnya yang mengatakan Are Muslim Wasting Too Much Time and Energy On This ( Protest Sam Bacile )? 11. MCA sekali lagi hendak mencabar pendirian DAP sama ada mereka bersama – sama MCA menentang pelaksanaan Hudud Versi PAS atau tidak ? Sekirannya mereka menyatakan mereka tidak berkongsi pendirian yang sama dengan MCA dalam isu Hudud versi PAS maka mereka perlu tampil memberitahu rakyat bahawa mereka menyokong pelaksanaan Hudud Versi PAS di negara kita. Diharapkan DAP tidak lari dan sembunyi daripada cabaran pendirian mereka dalam isu ini. Mereka hanya perlu menyatakan pendirian sokong atau tidak. 12. Justeru itu, saya sebagai Presiden MCA ingin menegaskan bahawa MCA adalah sebuah parti yang mendokong prinsip demokrasi. Oleh itu, demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi maka Pakatan Rakyat perlu meletak Hudud versi PAS dalam manifesto mereka dalam Pilihan raya yang akan datang (PRU 13). Seandainya ia diterima dan disokong oleh majoriti rakyat Malaysia maka MCA akan menghormati kehendak rakyat Malaysia. |
| You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.


.jpg)








No comments:
Post a Comment